Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih 8 OKT 2023 SELASA 02.00 PETANG 31 04.30 PETANG Penghargaan / Gambar Kenangan Sempena Persaraan PUAN HAJAH DAYANG RAHANAH BT AWANG MASHOR
00 JANUARI 2020 / Khamis DATARAN ILMU SMK Johor Bahru Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera. Yang diraikan Puan Dayang Rahanah bt Awang Mashor , Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis persaraan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan seorang teman seperjuangan yang amat kami sayangi dan kasihi. Pn Dayang Rahanah telah menabur bakti bersama dengan saya sejak tahun 2010, sepanjang bersama dengan beliau, saya mendapti beliau seorang yang lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah mementingkan kebajikan peserta-peserta . Beliau juga seorang yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para peserta Sikap beliau yang boleh dibawa berbincang dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila diperlukan serta sentiasa berusaha mempermudahkan sesuatu urusan adalah kualiti peribadi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutama warga IAB Cawangan Sarawak Pada kesempatan ini, saya sebagai Pengarah Cawangan merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Dayang Rahanah yang tidak pernah mengenal erti jemu menabur bakti ini dan mengorbankan waktu demi meningkatkan kepimpinan di seluruh negeri Sarawak . Kami berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada Puan Dayang Rahanah Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan sama dengan yang berganti. Walau bagaimanapun, yang hilang akan tetap diingati, kekal abadi , tersemat di hati. Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara Puan dengan warga IAB Cawangan Sarawak akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila. Buah pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Walau jauh beribu batu, Hilang di mata, di hati jangan. Salam kemaafan kami hulurkan, Semoga kemesraan terus berpanjangan; Ilmu diberi harap halalkan, Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan. Sekian, terima kasih. 2 7 Sekapur Sireh Sekacip Pinang Bingkisan Puisi Harum semerbak si bunga melur, Jadi hiasan taman larangan, Sejambak pantun mesra dihulur, Setulus ingatan mengimbau kenangan. Tinggi sungguh pohon kuini, Dililit pepaku bersulam semalu, Melepaskan dirimu di saat ini, Basahlah daku meratap pilu. Kicak kicau mendayu-dayu, Tumbuh berangan di hujung desa, Sebak di dada pilu di kalbu, Sejuta kenangan segunung jasa. Terbang melayang sianak kedidi, Tersenyum kenari berteman merpati, Bonda tersayang menabur budi, Kami di sini meraih bukti. Asap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati tak mahu bercerai, Kehendak Allah siapa tahu.
00 JANUARI 2020 / Khamis DATARAN ILMU SMK Johor Bahru 6 3 Aturcara Majlis MASA ATURCARA 1.30 pm 1.45 pm Hadirin dijemput ke Dewan Makan Kehadiran Pengarah Cawangan 2.00 pm Majlis Persaraan bermula Mengiringi masuk Pn Dayang Rahanah Bt Awang Mashor Bacaan Doa Ucapan Yang Berusaha Pengarah Cawangan Montaj Majlis Persaraan Ucapan Puan Dayang Rahanah Penyampaian Hadiah Sesi Bergambar Beramai-ramai Selesai Sejarah Perkhidmatan GURU AKADEMIK DG41 PEN. KANAN PENTADBIRAN MENJALANKAN TUGAS PENGETUA (1990-1997) SMK TUNKU ABDUL RAHMAN SMK ST. TERESA GURU PEN KANAN PENTADBIRAN DG 44 (1997-2007) SMKA SHIEKH HJ OTHMAN ABD. WAHAD, KUCHING GURU PEN KANAN PENTADBIRAN DG 44 (2007-2008) SEKOLAH SENI MALAYSIA GURU PEN KANAN (HEM) DG 44 (2008-2009) SMKA MATANG GURU PEN KANAN PENTADBIRAN DG 44 (2009-2010) INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SARAWAK PENSYARAH KANAN DG48/DG52/DG54 (2010-31 OKT 2023)
00 JANUARI 2020 / Khamis DATARAN ILMU SMK Johor Bahru Pengacara : En. Micheal Belekum Pn Suriyani binti Suib Bacaan Doa: En. Khairul Anuar bin Abdul Rahman Buku Program & Backdrop YBrs Dr Ricky anak Lawe Biodata & Gambar Pn Loretha anak Henry Yan Masing Siaraya & PA Sistem: En Syarifuddin bin Sudirman Penyediaan Tempat: En. Khairul Anuar bin Abdul Rahman Banner/Fish Tail YBrs Ricky anak Lawe Pengerusi : Tuan Haji Edmund Shah bin Tambi Naib Pengerusi : YBrs Dr Siti Nursheila bt Khairuddin Yap Penyelaras : YBrs. Dr Ricky anak Lawe Setiausaha/LO : Pn Anita bt Othman Bendahari : YBrs Dr Yeo Siew Pey Persediaan Pentas/ Pelamin Pn Anita bt Othman Hebahan & Jemputan & Hadiah Khas YBrs Dr Yeo Siew Pey Montaj Majlis Persaraan YBrs. Dr Ricky anak Lawe Jurugambar/Dokumentasi: Pn Nurbaizura bt Sharkawi Hadiah Cik Jolene anak Jair Jamuan VIP/Kek/Hadirin Pn Asmawati bt Mahidi Pengangkutan En Peter Petrie anak Ahim JAWATANKUASA PELAKSANA JAWATANKUASA INDUK 4 5 Jawatankuasa Biodata Yang Diraikan NAMA PENUH: Dayang Rahanah Binti Awang Mashor TARIKH LAHIR: 31 Januari 1965 NAMA PASANGAN: Haji Bokhairi Ali Akbar BILANGAN ANAK: 4 Orang SEKOLAH RENDAH SK Orang Kaya Selair Matu SEKOLAH MENENGAH SMKA Shiekh Haji Othman Abdul Wahab Matang Kuching (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 ) UNIVERSITI Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sarjana Pengurusan Pendidkan) Latar Belakang Pendidikan