INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL 21030 KUALA NERUS TERENGGANU. PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2023 SEMESTER 1 TUGASAN 2 : E - PORTFOLIO NAMA PELAJAR : AHMAD HAZIM FIRDAUS BIN AZMI ANGKA GILIRAN : 2022092310059 NO KAD PENGENALAN : 050805-03-0633 KUMPULAN/UNIT : BM 2 KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDDIN TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2023 NO TEL : 011-12559125 Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah : Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh : Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 17 September 2023
ISI KANDUNGAN TUGASAN 1 BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 1 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 1 2.1 SEBELUM MERDEKA 1 2.1.1 SISTEM EJAAN WILKINSON (1902) 1 2.1.2 SISTEM EJAAN ZA’BA 2 2.1.3 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA 2 2.1.4 SISTEM EJAAN KONGRES 3 2.2 SELEPAS MERDEKA 3 2.2.1 SISTEM EJAAN PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA (PBMUM) 3 2.2.2 SISTEM EJAAN BAHASA MALAYSIA-INDONESIA (EJAAN MALINDO) 3 2.2.3 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 1972 4 3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI 5-6 4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI 7-8 5.0 KESIMPULAN 9
PENGHARGAAN Bersyukur ke atas hidrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Dr. Mohd Fadzil bin Baharudin kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan sekalung apresiasi kepada pensyarah saya yang disayangi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepad rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka . Selain itu, saya turut berterima kasih kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyelesaikan tugasan.Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian, terima kasih. .......................................................................... AHMAD HAZIM FIRDAUS BIN AZMI Siswa Guru Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail 21030 Kuala Nerus Terengganu
1 1.0 PENGENALAN Bahasa merupakan ungkapan melalui pertuturan seseorang untuk menyampaikan maknanya dan diaplikasikan oleh komuniti masyarakat untuk berkomunkasi. Tambahan lagi, tulisan wujud apabila manusia meneliti kaedah untuk menyampaikan fikiran dan perasaan melalui warkah atau coretan kepada bahasa yang difahami oleh diri sendiri dan pembaca. Justeru, sistem ejaan rumi ini bermula mengikut fasa kedatangan dan pengaruh asing dalam bahasa yang akhirnya diolah dan dikemas kini mengikut peradaban Melayu. Hal ini demi memastikan bangsa Melayu memiliki imej tersendiri dengan adanya bahasa rasmi. Pada mulanya, kajian menunjukkan bahasa Melayu dipengaruhi bahasa Sanskrit dan bahasa Arab serta bahasa Parsi yang digunakan dalam bahasa Melayu Klasik. Sistem ejaan rumi mula berkembang semasa tanah melayu berada di bawah pimpinan penjajah. Impaknya, sistem ejaan Wilkinson, sistem ejaan Za’ba, sistem ejaan Fajar Asia dan sistem ejaan Kongres mula wujud. 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 2.1 SEBELUM MERDEKA 2.1.1 SISTEM EJAAN WILKINSON (1902) Pada tahun 1902 , Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif untuk mendirikan sebuah jawatankuasa ejaan yang dipimpin oleh R.J. Wilkinson. R.J.Wilkinson merupakan antara pegawai pemerintah Inggeris yang berperanan untuk memperbaiki sistem persekolahan di Tanah Melayu. Beliau telah menyusun semula sebuah kamus yang berjudul ‘Malay-English Dictionary’ pada tahun 1895 dan menulis kamus tersebut sebanyak 1300 halaman. Penyusunan ejaan yang dilakukan oleh Wilkinson pada dasarnya hanya untuk kepentingan dalam sistem persekolahan Melayu di negeri-negeri Melayu Bersekutu. Ejaan Wilkinson diperkenalkan berdasarkan rumusan daripada nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan. Sistem Ejaan Rumi Wilkinson yang diterapkan secara meluas di semua sekolah-sekolah umum adalah bertepatan dan seragam dengan yang diterapkan dalam semua kamus dan penerbitan dari karya Wilkinson sendiri dari tahun 1901 hingga akhir tahun 1904. Dalam hal ini, Wilkinson menjelaskan bahawa terdapat dua sistem yang logik bagi perumian bahasa
2 Melayu iaitu perumian secara harafiah berdasarkan ejaan dan perumian secara fonetik iaitu menurut sebutan sesuatu kata perkataan. 2.1.2 SISTEM EJAAN ZA’BA Sistem Ejaan Rumi Za’ba muncul apabila pendeta Za’ba telah membuat perubahan kepada sistem ejaan Wilkinson. Sistem ini juga dikenali sebagai ejaan sekolah yang berupa sistem ejaan baru yang telah dimulakan di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) yang ditubuhkan pada tahun 1922 yang bertujuan untuk meneruskan perkembangan sistem ejaan di Tanah Melayu. Beberapa buku bahasa dalam tulisan rumi yang memperluaskan sistem ejaan sekolah yang berasaskan sistem ejaan Wilkinson telah disusun,digubal dan diterbikan oleh tokokh-tokoh bahasa, pengkaji bahasa dan tenaga pengajar di maktab perguruan tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan yang dikesan misalnya sistem ini agak sukar difahami kerana terdapat pengejaan kata yang masih terdapat sistem ejaan Wilkinson. Selain itu, terdapat ketidakseimbangan pengejaan kata dalam penulisan yang menggabungkan penggunaan tulisan rumi yang berpunca daripada kaedah penggunaan aneka ragam lambing huruf serta beberapa sistem ejaan rumi lain yang diterapkan ke dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa. Rentetan itu, kelemahan-kelemahan daripada sistem ini dan kaedah penggunaan yang beraneka itu telah menggalakkan sebahagian pihak untuk turut menghasilkan sistem ejaan rumi baharu dalam tempoh 20 tahun. 2.1.3 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA Sistem Ejaan Fajar Asia merupakan kaedah ejaan yang digunakan dalam majalah dwimingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura bermula pada tahun 1943 di bawah pimpinan Zainal Abidin bin Ahmad sebagai ketua pengarang. Grafem yang digunakan dalam Fajar Asia menunjukkan sedikit perbezaan sahaja daripada yang terdapat dalam Sistem Ejaan Wilkinson dan Sistem Ejaan Za’ba. Dari sudut aspek pengejaan kata dan cara penulisan keharmonian vokal, didapati sistem ejaan Fajar Asia boleh dikatakan sebagai percubaan yang pertama dalam inisiatif menyatukan ejaan rumi bahasa Melayu dengan ejaan rumi bahasa Indonesia. Tambahan lagi, ejaan Fajar Asia diangkat untuk menjadi sebagai ejaan rasmi oleh Angkatan Sasterawan 50 yang telah ditubuhkan pada 6 Ogos1950. Persatuan ini dibentuk oleh satu angkatan penulis generasi muda seperti Tongkat Warrant. Para penulis Melayu mula memikirkan betapa wajarnya mereka bergerak dalam pertubuhan penulis agar dapat disepakatkan tuntutan yang berhubungan dengan politik, bahasa dan sastera Melayu.
3 2.1.4 SISTEM EJAAN KONGRES Sistem Ejaan Kongres terbentuk pada 17 April 1959 melalui satu perjanjian persahabatan yang telah dimenteraidi di antara Tanah Melayu dan negara Republik Indonnesia. Ejaan Kongres adalah sistem ejaan rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956. Perkara ini dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf rumi. Antaranya ialah ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disatukan dan disamakan serta peraturan ejaan hendaklah mudah. Selain itu, sistem fonologi diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik dan satu fonem hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda huruf sahaja. Pengejaan hendaklah sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam. Malah, kata-kata dari bahasa asing hendaklah disusun pengejaannya dengan hukum-hukum fonologi Melayu. 2.2 SELEPAS MERDEKA 2.2.1 SISTEM EJAAN PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA (PBMUM) Kaedah Ejaan PBMUM ialah sistem ejaan yang digunakan dalam penerbitan jurnal Bahasa yang diterbitkan oleh PBMUM bermula pada tahun 1959. Kaedah PBMUM bukanlah suatu kaedah ejaan rasmi yang diperakui tetapi merupakan suatu percubaan lanjutan ke arah penyatuan ejaan rumi bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia. Hal ini kerana sistem ejaan ini hampir menyamai sistem ejaan yang diketengahkan oleh Sistem Ejaan Fajar Asia. PBMUM telah mengusulkan tentang sistem ejaan PBMUM semasa Kongres Persuratan dan bahasa Melayu ke-111 pada tahun 1956. Dalam konteks ini, PBMUM mencadangkan penolakan huruf-huruf kembar atau juga dikenali sebagai rangkap konsonan. Hal ini menyebabkan fonem perlu digantikan dengan huruf lain seperti fonem ‘sh’ digantikan dengan ‘s’. Selain itu, PBMUM menekankan ejaan ‘pun’ dipisahkan yang beerti ‘juga’ malah fonem ‘ain’ dan fonem ‘hamzah’ tidak berlaku pengolahan ekoran ejaan rumi diubah suai daripada tulisan Jawi. ( Muhammad Ariff,1994) 2.2.2 SISTEM EJAAN BAHASA MALAYSIA-INDONESIA (EJAAN MALINDO) Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), sistem ejaan antara kedua-dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia diseragamkan dengan melakukan beberapa siri perundingan dan
4 pertemuan. Ekoran daripada itu, hasil sistem ejaan daripada negara Malaysia dan Indonesia telah dikenal pasti sebagai ejaan Malindo pada tahun 1959. Ejaan ini mencadangkan penggunaan lambing-lambang fonetik tanpa praktikal. Ejaan ini tidak dijalankan pada akhirnya disebabkan oleh sistem ini tidak dihebahkan kepada masyarakat. Kemudian, keduadua negara menjalankan rundingan untuk kali kedua pada tahun 1967 yang membincangkan sistem ejaan Rumi. Hasil rundingan melalui kesepakatan kedua-dua negara iaitu sistem ejaan baru telah diperkenalkan. 2.2.3 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 1972 Akhirnya, hasil daripada pemikiran yang matang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik, sistem ejaan baru untuk bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berjaya menggapai kemuncak kepada segala kegiatan pelengkap bagi semua sistem ejaan. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu diguna pakai supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna antara kedua-dua negara.
5 3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN EJAAN RUMI Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada tahun 1956 setelah mendapat resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3. Selepas itu, DBP ditukarkan kepada Badan Berkanun setelah mendapat kelulusan rasmi daripada Akta Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959. Mengikut Akta DBP (Semakan 1978, Pindaan dan Perluasan 1995), DBP diwujudkan untuk memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi ( Shamsul et al,2020). Jelaslah terbukti bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan wadah yang amat signifikan dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi. Antara peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi adalah dengan memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan. Dalam usaha merealisasikan misi ini, DBP telah giat megadakan program dari semasa ke semasa iaitu Minggu Penulis Remaja yang bertujuan untuk melahirkan dan menuai penulis muda. Program sebegini diadakan bagi melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa hadapan. Justeru, DBP menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakkan sasterawan-sasterawan menceburi bidang ini dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan. Kerja buat pihak DBP amat penting dalam memantapkan pengembangan bahasa sstera sehinggakan diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada tahun 1959. Jika dilihat pada tinta kaca yang berbeza, pihak DBP merupakan satu organisasi yang amat penting dalam industri percetakan bahan-bahan ilmiah. Hal ini kerana DBP merupakan salah sebuah organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia. Hal ini berikutan pihak DBP telah banyak mencetak dan menerbitkan buku- buku untuk sekolah seperti buku teks yang merupakan bahan ilmiah yang sangat diperlukan bagi pelajar-pelajar sekolah. Dalam masa yang sama, DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku kesusasteraan Bahasa Melayu. Hal ini dapat membuktikan bahawa penglibatan DBP memberi impak yang positif dalam bidang kesusasteraan, pendidikan dan tidak ketinggalan juga industry percetakan negara. Hal ini juga diperkukuhkan lagi kepentingan peranan yang ditunjukkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 20 tahun yang lalu apabila berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Malah, hal ini menjelaskan bahawa DBP merupakan medium atau wadah dalam penterjemahan karya-karya asing melalui sistem ejaan bahasa Melayu kini.
6 Memetik wasitah nirmala yang lain, peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi adalah dengan membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Penggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh DBP dilaksanakan melalui dasar bahasa yang menerapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi. Selain itu, Jawatankuasa Istilah (JKI) telah banyak ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam bagi mengumpul, membentuk dan mengembangkan istilah dan ejaan bahasa Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan. Hal ini menggambarkan perancangan korpus bahasa Melayu berkembang dengan pesat dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi.
7 4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI Dalam meniti arus pemodenan kini, kejayaan rakyat Malaysia dalam bidang iktisas serta pentas siasah kerap kali diuar-uarkan di corong-corong radio mahupun di kaca televisyen. Kilauan emas yang dijulang oleh rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang telah menyuntik semangat perjuangan kita. Namun sayang seribu kali sayang apabila hanya sebilangan sahaja rakyat Malaysia yang menggunakan ejaan perkataan bahasa Melayu dengan betul. Hal ini dapat dibuktikan apabila kebanyakkan komuniti masyarakat menggunakan bahasa pasar dalam bahasa perhubungan komunikasi harian mereka.Hal ini jelas menunjukkan bahawa sistem ejaan bahasa Melayu masa kini menghadapi cabaran dalam mempertahankan keaulatan dan keutuhannya. Antara cabaran yang perlu dihadapi ialah penggunaan bahasa rojak yang semakin berkembang luas dalam kalangan masyarakat. Hal ini dicirikan dengan penggunaan bahasa Malaysia yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Melayu dalam internet perlu dipertingkatkan agar selari dengan penggunaan bahasa-bahasa utama lain di dunia. Dalam masa yang sama, penggunaan bahasa Melayu dalam ruang siber ini menyebabkan berlakunya perubahan yang ketara khususnya yang memperlihatkan unsur bahasa yang unik dan tersendiri yakni bahasa Melayu internet. Misalnya, perkataan seperti “ I nak eat dekat cafe tengah hari nanti” dan lain-lain lagi muncul dalam dunia siber. Fenomena ini merupakan unsur yang dikhuatiri akan mencemarkan nilai-nilai kesantunan dalam bahasa Melayu. Jelaslah bahawa perkara ini perlu disedari oleh pengguna internet yang menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah komunikasi agar tidak menggunakan bahasa Melayu sesuka hati tanpa mengambil kira soal peraturan yang sedia ada. Selain itu, cabarannya ialah sikap penuturnya sendiri yang membawa cabaran terhadap bahasa Melayu. Hal ini kerana pada abad ke-21 ini telah memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang memandang rendah terhadap bahasa ibunda. Hal ini berlaku rentetan mereka telah dididik dan diasuh untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Impaknya, mereka yang tidak mahu menggunakan bahasa ibunda telah mebentuk sikap tidak ambil kisah. Hal ini dapat dibuktikan apabila mereka disuruh untuk memberi akal fikiran,mereka lebih gemar untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Justeru, masalah ini perlu diselesaikan secara berhati-hati agar bahasa Melayu tidak ditelan zaman oleh masyarakat sendiri. Nik Safiah Karim ada memperkatakan dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf bahawa cabaran bahasa Melayu sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya.
8 Seiring dengan perkembangan sains dan teknologi, komunikasi dalam ruang siber yang melibatkan interaksi bersemuka semakin mendapat perhatian. Menurut Noriah Mohamed (2014), ruang siber merupakan kacukan ruang fizikal, mental dan sosial. Dalam ruang siber wujud variasi dalam bahasa, termasuk bahasa pengaturcaraan yang dianggap sebagai unsur fizikal, virus sebagai entiti kehidupan dan ruang sosial yang melibatkan komuniti berkomunikasi yang melangkaui sempadan dunia. Pada era ini, media sosial termasuk ‘Twitter’, ‘Whatspp’, ‘Wechat’ dan seangkatan dengannya membuka ruang jaringan seluasnya kepada ahli masyarakat di seantero dunia berinteraksi dan berkomunikasi dalam bahasa penuturan dan penulisan. Dalam usaha menjaga dan mempertahankan kedaulatan bahasa melalui ruang siber, pengguna bahasa Melayu tidak boleh mencemarkan keaslian bahasa kebangsaan ini melalui penggunaan singkatan perkataan dalam sistem ejaan. Sebagai contoh, singakatan bagi perkataan ejaan ‘kau’(engkau), ‘gini’(macam ini), ‘pastu’(selepas itu) dan lain-lain lagi. Penggunaan singkatan dalam ejaan perkataan ini merupakan perubahan yang amat merisaukan dan boleh mencemarkan nilai-nilai keaslian dalam sistem ejaan rumi. Perkataan ejaan yang tidak lengkap ini tidak mematuhi hokum tatabahasa bahasa Melayudan kelihatan janggal apabila dibaca ( Syamsul Aizuwani, Suhasni Dollah dan Zurihan Yusof,2020).
9 5.0 KESIMPULAN Secara ringkasnya, melalui kajian dan penulisan ini menunjukkan bahawa sistem ejaan rumi merupakan elemen terpenting dalam memastikan bahasa Melayu dapat terus digunakan oleh rakyatnya. Hal ini demi memastikan penggunaan bahasa melalui penulisan dan pertuturan dapat diimplementasikan dengan sebaiknya menggunakan sistem ejaan rumi. Menurut Za’ba, tanggungjawab memajukan dan mengangkat darjat bahasa serta pengembangannya jauh lebih sukar dan mendesak jika dibandingkan dengan gembargembur yang dimainkan oleh percaturan politik (Ahmad &Tasnim,2020). Oleh hal yang demikian, pihak-pihak berwajib terutamanya haruslah berganding bahu bersama rakyat Malaysia untuk meneruskan inisiatif dalam menjaga keutuhan sistem ejaan bahasa Melayu ini. Hal ini kerana usaha sebelah pihak tidak membuahkan hasil dan menjadi sia-sia ibarat membuang garam ke laut.
10 Rujukan 1. Internet Sistem Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Retrieved September 18, 2022, from https://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/modul-bmm3112-topik- 7- iankaka.pdf (PPT) SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN RUMI | afi afida. (n.d.). Academia.edu. Retrieved September 18, 2022, from https://www.academia.edu/32237445/SEJARAH_PERKEMBANGAN_TULISAN_RU MI SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU. (2013, May 20). SlideShare. Retrieved September 18, 2022, from https://www.slideshare.net/izzahzahh/sejarah-dan-perkembangan-sistem-ejaanrumi-bahasa-melayu Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. (2013, October 1). Aram. Retrieved September 18, 2022, from http://bujangetg.blogspot.com/2013/10/sejarah-perkembangan-sistem-ejaanrumi.html?m=1 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEN EJAAN RUMI DI MALAYSIA. (2011, January 20). Pintaku. Retrieved September 18, 2022, from http://bolehsayatahu.blogspot.com/2011/01/sejarah-perkembangan-sisten-ejaanrumi.html?m=1 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. (n.d.). Cikgu Saberi. Retrieved September 18, 2022, from http://cikgusaberi.blogspot.com/2010/08/sistem-ejaan-rumi-bahasamelayu.html?m=1 2. Penyelidikan Perpustakaan Awang Sariyan, (Penyelenggara), (2004). Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
11 LAMPIRAN
12
13
14