KESALAHAN PENGGUNAAN
KATA GANDA
Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan
daripada melakukan Kesalahan Penggunaan
Kata Ganda seperti yang berikut :
Sayur mayur Sayur - mayur
Sayur-mayur adalah kata ganda dan memerlukan
tanda sempang kerana perkataan 'mayur' tidak
mempunyai makna dan tidak boleh berdiri sendiri.
Sampah - sarap Sampah sarap
'Sarap' bermaksud kotoran seperti debu yang halus-
halus. Ini bermakna perkataan 'sarap' boleh beridiri
sendiri dan tidak memerlukan tanda sempang.
Kerusi kerusi Kerusi - kerusi
Semua perkataan yang mengalami penggandaan
penuh dieja dengan menggunakan tanda sempang.
Kertas kerja - Kertas - kertas kerja
kertas kerja
Penggandaan kata nama majmuk dieja secara
terpisah dan hanya perkataan pertama yang perlu
digandakan.
Suruhan - Suruhanjaya -
suruhanjaya suruhanjaya
Untuk kata majmuk yang dieja bercantum (kata
majmuk mantap), seluruh perkataan perlu
digandakan.
Kesalahan Penggunaan
Kata Ganda Dalam Ayat
Kesalahan kata bilangan
Semua murid-murid sedang berkumpul di
dewan.
Semua murid sedang berkumpul di dewan.
Penjelasan :
Jika kata bilangan seperti semua, beberapa, banyak dan
sebagainya digunakan, kata selepasnya tidak perlu
digandakan kerana kata bilangan tersebut sudah
membawa maksud jamak.
Kesalahan kata penguat
Sayur itu kelihatan sungguh segar-
bugar.
Sayur itu kelihatan segar-bugar.
Penjelasan :
Kata ganda segar-bugar sudah membawa maksud
'sungguh'. Oleh itu, kata penguat seperti sungguh atau
sangat tidak diperlukan lagi dalam ayat tersebut.
Kesalahan menggandakan kata nama setelah kata
adjektifnya digandakan
Anak-anak Senah hasil perkahwinan
terdahulu sudah besar-besar belaka.
Anak Senah hasil perkahwinan terdahulu
sudah besar-besar belaka.
Penjelasan :
Oleh kerana penggandaan penuh yang terdiri daripada
kelas kata adjektif sudah membawa maksud jamak, maka
kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak
perlu digandakan.
Kesalahan menggandakan kata ganda separa
yang membawa maksud jamak
Taman perumahan mewah itu dipenuhi
pepohon-pepohon rendang.
Taman perumahan mewah itu dipenuhi
pepohon rendang.
Penjelasan :
Kata gada separa yang membawa maksud jamak seperti
pepohon dan dedaun tidak boleh digandakan.
Kesalahan kata ganda berimbuhan
Berbagai projek akan dilaksanakan di
kawasan perumahan itu.
Berbagai-bagai projek akan dilaksanakan
di kawasan perumahan itu.
Penjelasan :
Kata gada separa yang membawa maksud jamak seperti
pepohon dan dedaun tidak boleh digandakan.