The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sazali ibrahim, 2022-01-05 10:31:38

BSPK BAHASA MELAYU SPM

SPM 2021

Keywords: BPSK BMSPM

cikgusazali@ussspb

BAHAN SOKONGAN
PEMBELAJARAN KENDIRI

BAHASA MELAYU (1103)

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

2021

CSL®

cikgusazali@ussspb

BAHAGIAN A
[30 markah]

Maklumat di bawah berkaitan dengan penyakit berjangkit.
Huraikan pendapat anda tentang penyakit berjangkit.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Bahan 1
Penyakit berjangkit ialah fenomena biososial. Fenomena ini disebabkan sama ada agen infeksi atau bahan-bahan toksik yang berbahaya
kepada manusia. Pandemik ini membawa pelbagai implikasi sosial, ekonomi dan politik, menjejaskan kesejahteraan hidup manusia dan
pembangunan negara, terutamanya dari segi pembangunan sumber manusia. Banyak usaha telah dijalankan kerajaan untuk mencegah
dan mengawal penyakit berjangkit. Antaranya termasuklah program imunisasi dan vaksinasi. Program yang bersifat pencegahan dan
kawalan itu lazimnya dilakukan melalui pendidikan di sekolah, klinik, hospital dan media sosial.

Sumber: Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara

Bahan 2

ANALISIS SOALAN

i. Kehendak soalan :
Calon diharapkan dapat menulis sebuah karangan tentang penyakit berjangkit berdasarkan kedua-dua bahan yang disediakan. Murid-
murid perlu akur dengan jumlah patah perkataan yang ditetapkan iaitu 150 – 200.

ii. Analisis Bahan 1
Punca penyakit berjangkit

• Agen infeksi.
• Bahan-bahan toksik yang berbahaya kepada manusia

Kesan penyakit berjangkit

• Menjejaskan kesejahteraan manusia.
• Menjejaskan pembangunan negara.

Usaha mencegah penyakit berjangkit

• Program imunisasi dan vaksinasi
• Pencegahan dan kawalan – pendidikan di sekolah, klinik, hospital dan media sosial.

iii. Analisis Bahan 2
Statistik dalam Bahan 2 digunakan sebagai contoh untuk menyokong isi.

PERINGATAN: (10 – 14)
(15 – 19)
i. Calon mesti menggunakan idea yang diberikan.
ii. Sekiranya calon hanya mengulas bahan grafik sahaja – maksimum Kurang Memuaskan
iii. Sekiranya calon menulis kurang daripada 150 patah perkataan – maksimum Memuaskan

2

cikgusazali@ussspb

CADANGAN JAWAPAN

Penyakit berjangkit ialah fenomena biososial yang boleh merebak kepada orang lain melalui udara, air, makanan atau sentuhan
cecair badan. Penyakit yang sedang menular dalam kalangan masyarakat akhir-akhir ini perlu dikenal pasti punca, implikasi dan usaha
pencegahannya sebelum nasi menjadi bubur.

Fenomena ini disebabkan sama ada agen infeksi atau bahan-bahan toksik yang berbahaya kepada manusia kerana organisma
penyebab penyakit akan menyerang tisu badan organisma perumah. Contohnya, virus Covid-19 menyerang manusia melalui titisan
pernafasan dari individu yang dijangkiti apabila mereka bersin atau batuk. Sejumlah 243,942 kes aktif yang direkodkan membuktikan
pandemik ini amat berbahaya.

Pandemik ini juga membawa pelbagai implikasi sosial, ekonomi dan politik, serta menjejaskan kesejahteraan hidup manusia
kerana penghidap akan berdepan risiko kematian sekiranya dijangkiti. Sehingga 14.8.2021, sejumlah 12,228 orang yang dijangkiti telah
meninggal dunia. Kesannya, masyarakat mengalami trauma yang serius sehingga menjejaskan kehidupan dan pembangunan negara
khususnya pembangunan sumber manusia.

Kerajaan telah berusaha untuk mencegah dan mengawal penyakit ini termasuklah program imunisasi dan vaksinasi yang
dilakukan melalui pendidikan di sekolah, klinik, hospital dan media sosial. Seramai 26,851,745 orang telah divaksin di bawah Program
Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Masyarakat pula dididik untuk menjalani kehidupan dalam normal baharu.

Kesimpulannya, pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit mestilah ditingkatkan agar kesejahteraan hidup masyarakat
sentiasa terpelihara.

198 patah perkataan

BAHAGIAN B
[70 markah]

CONTOH 1:

MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU: ‘Budaya membaca dapat melahirkan masyarakat yang cerdas. Budaya membaca juga boleh
melahirkan insan yang mulia dan dengan membaca pemikiran seseorang berkembang dan mempunyai imaginasi yang lebih tinggi serta
boleh mengeluarkan pendapat dengan hujah yang baik. Orang yang kuat membaca ini mempunyai idea-idea yang bernas dan secara tidak
langsung mereka ini dapat membangunkan sesebuah negara dan juga menjadi pemimpin yang berkaliber.’

‘Membaca Jambatan Ilmu’
Dewan Siswa, Disember 2020

Petikan rencana di atas membuktikan budaya membaca dapat melahirkan masyarakat yang berdaya saing.
Tuliskan sebuah rencana berkaitan faedah membaca.

Format :
Rencana (Tajuk dan Penulis)

Kehendak / Tugasan Soalan:
Calon diharapkan dapat

i. menulis faedah membaca dapat melahirkan masyarakat yang berdaya saing.

Peringatan: Sekiranya calon tidak menulis dalam format rencana – maksimum Kepujian (47 - 58).
i. Sekiranya calon hanya menulis faedah membaca tanpa mengaitkannya dengan masyarakat yang berdaya saing –
ii. maksimum Kepujian (47 – 58).

Cadangan Isi:
i. Melahirkan masyarakat yang cerdas
ii. Melahirkan insan yang mulia.
iii. Pemikiran seseorang berkembang
iv. Mempunyai imaginasi yang tinggi
v. Mengeluarkan pendapat dengan hujah yang baik.
vi. Mempunyai idea-idea yang bernas

3

cikgusazali@ussspb

CADANGAN JAWAPAN:
FAEDAH MEMBACA

Oleh: Nayla Humaira binti Mohd. Haniff
Kadar literasi penduduk Malaysia pada tahun 2017 masih berada pada tahap 55 peratus dengan purata setiap rakyat hanya
membaca 15 hingga 20 buah buku setahun. Angka ini sememangnya rendah untuk sebuah negara yang sedang pesat membangun dan
mempunyai visi untuk bersaing dengan negara maju yang lain. Masyarakat yang berdaya saing ialah masyarakat yang mengamalkan
budaya membaca sesuai dengan pepatah membaca itu jambatan ilmu. Sehubungan dengan itu, faedah-faedah membaca perlu dikupas
dan dihayati oleh keluarga Malaysia demi mencapai visi dan misi negara kita.
Budaya membaca dapat melahirkan masyarakat yang cerdas. Hal ini dikatakan demikian kerana maklumat yang diperoleh
melalui pembacaan dapat mengasah ketajaman akal dan ufuk pemikiran seseorang. Orang yang banyak membaca akan kaya dengan
idea-idea yang bernas dan terkini. Kelebihan ini akan menjadikan seseorang itu lebih kreatif dan inovatif serta lebih yakin untuk berhujah
tentang sesuatu isu. Sebagai contohnya, seseorang pelajar yang ingin mendalami aspek kebahasaan akan membaca majalah seperti
Pelita Bahasa untuk meningkatkan kebitaraan mereka dalam aspek penguasaan tatabahasa dan mampu menghasilkan idea penulisan
yang lebih berkualiti. Keterampilan seseorang dalam berbahasa akan mudah dicapai melalui pembacaan pelbagai bahan dalam pelbagai
bahasa. Tegasnya, budaya membaca meningkatkan kecerdasan dan daya saing seseorang kerana belakang parang kalau diasah lagikan
tajam.
Seterusnya, budaya membaca juga boleh melahirkan insan yang mulia. Dalam hal ini, seseorang yang mengamalkan tabiat
membaca akan menimba banyak pengetahuan mengenai nilai-nilai murni dan mempunyai kesedaran terhadap kesan daripada perbuatan
baik dan buruk. Nilai-nilai murni yang merangkumi nilai kerohanian, kemanusiaan, dan kewarganegaraan dalam bahan bacaan boleh
diteladani dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Contohnya, pembacaan novel-novel seperti Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop dapat memberi kesedaran supaya kita sentiasa berusaha melestarikan alam sekitar agar keindahan alam dapat dikekalkan
dan pencemaran dapat dielakkan. Plot cerita yang berkesan dan digarap dengan bahasa yang indah boleh membangkitkan kesedaran
dalaman kepada pembaca. Jelaslah bahawa pembacaan dapat membentuk personaliti seseorang dengan akhlak yang mulia kerana buku
ibarat lantaran ilmu yang penuh mutiara berharga di dasarnya.
Di samping itu, pemikiran seseorang yang membaca akan sentiasa berkembang dan mempunyai imaginasi yang lebih tinggi.
Dalam konteks ini, pembacaan buku pelbagai genre dapat meluaskan minda seseorang dengan pelbagai idea dan maklumat semasa.
Tambahan pula, idea dan maklumat terkini yang diperoleh akan meningkatkan keupayaan seseorang untuk melihat sesuatu isu dalam
skop yang lebih luas, pelbagai dan rasional. Misalnya, melalui pembacaan buku-buku ilmiah seperti buku motivasi diri dan karya agung
penulis di dalam dan di luar negara akan dapat mencambahkan pelbagai idea yang tuntas untuk keterampilan diri. Secara tidak langsung
mereka ini dapat membangunkan negara dan juga menjadi pemimpin yang berkaliber Saya optimis bahawa melalui pembacaan, seseorang
dapat meluaskan horizon pemikiran untuk melihat dunia seperti mata burung dan bukannya seperti katak di bawah tempurung.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk membudayakan amalan membaca agar dapat melahirkan generasi yang
berilmu dengan gaya pemikiran yang luas dan konstruktif. Generasi ini diharapkan berupaya untuk memacu negara kita ke arah kemajuan
sejagat serta mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan rakyat di negara-negara maju dalam menghadapi masa depan yang
penuh cabaran.

496 patah perkataan

4

cikgusazali@ussspb

CONTOH 2:

Berdasarkan kajian, hampir 80 peratus remaja tidur dengan telefon pintar mereka di sisi dan menggunakannya sebagai jam loceng. Secara
purata mereka menghantar 34 mesej selepas berbaring di atas katil untuk tidur. Penggunaan peranti ini telah menyebabkan 45 peratus
remaja tidur kurang daripada 8 jam yang diperlukan. Kekurangan tidur memberi kesan psikologi kepada remaja termasuklah mudah marah,
kemahiran sosial terjejas dan pencapaian akademik yang semakin lemah.

Helma Hassan
‘Hello Dr.’

Pendidik, Ogos 2018

Ketaasuban remaja dalam menggunakan telefon pintar ternyata membawa kesan negatif kepada mereka.
Huraikan kesan penggunaan telefon pintar kepada golongan remaja.

Kehendak / Tugasan soalan :
Calon diharapkan dapat:

i. menghuraikan kesan penggunaan telefon pintar kepada golongan remaja.

Peringatan:
i. Sekiranya calon menghuraikan kesan kepada masyarakat umum – tidak fokus kepadagolongan remaja, maksimum :
Kepujian (47 – 58)

Cadangan isi
i. Masalah kekurangan tidur
ii. Terpengaruh dengan budaya tidak sihat – menyebarkan berita tidak benar, melayari laman porno
iii. Mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan anak – tidak fokus kepada akademik, tidak membantu
ibu bapa

CADANGAN JAWAPAN:

Sejajar dengan proses transformasi digital pada zaman revolusi teknologi komunikasi dan multimedia di Malaysia pada masa
ini, graf penggunaan telefon pintar dalam kalangan masyarakat menunjukkan kenaikan secara mendadak. Hal ini disebabkan oleh
keperluan dan kemampuan setiap individu untuk memilikinya. Golongan remaja juga tidak ketinggalan mempunyai telefon pintar masing-
masing hasil pembelian sendiri atau hadiah daripada ibu bapa mereka. Peranti ini yang telah dianggap sebagai satu trend gaya hidup
masyarakat khususnya golongan remaja telah mempengaruhi cara mereka mengendalikan urusan seharian. Namun, ketaasuban remaja
dalam menggunakan telefon pintar ternyata membawa kesan negatif kepada mereka.

Pada pendapat saya, kesan penggunaan telefon pintar kepada golongan remaja ialah mereka akan menghadapi masalah
kekurangan tidur. Hal ini dikatakan demikian cahaya lampu daripada skrin telefon boleh mengelirukan otak memandangkan kitaran tidur
dan jaga tidak dapat membezakan cahaya matahari dan skrin gajet. Berdasarkan kajian, hampir 80 peratus remaja tidur dengan telefon
pintar mereka di sisi dan menggunakannya sebagai jam loceng. Penggunaan peranti ini telah menyebabkan 45 peratus remaja tidur kurang
daripada 8 jam yang diperlukan. Tegasnya, kekurangan tidur memberi kesan psikologi kepada remaja termasuklah mudah marah,
kemahiran sosial terjejas dan memori lemah yang boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka. Risiko diabetes, tekanan
darah tinggi, penambahan berat badan dan kemurungan juga dilaporkan meningkat dengan kekurangan tidur.

Selain itu, remaja yang terlalu obses kepada penggunaan telefon pintar akan mudah terpengaruh dengan budaya tidak sihat.
Hal ini bermaksud, ketagihan melampau remaja masa kini terhadap media sosial dilihat pendorong kepada pembentukan perilaku dan
sikap agresif. Tindakan sedemikian boleh terjadi ekoran remaja terlalu taasub, kecewa atau terpengaruh dengan kandungan di media
sosial sehingga diri gagal membuat pertimbangan wajar. Contohnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) melaporkan kira-
kira 14% kanak-kanak dan remaja adalah kumpulan majoriti pengguna Internet di Malaysia dan kebanyakannya memiliki akaun Facebook.
Melalui akaun inilah bercambahnya budaya tidak sihat seperti melayari laman-laman porno serta menulis komen-komen di media sosial
menggunakan bahasa yang biadap dan kurang ajar. Tegasnya, penggunaan telefon pintar telah memberi kesan kepada penularan budaya
tidak sihat dalam kalangan golongan remaja.

Kesan penggunaan telefon pintar kepada golongan remaja yang berikutnya ialah mereka dikhuatiri akan mengabaikan
tanggungjawab sebagai pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana tarikan terhadap pelbagai aplikasi yang dimuat turun ke dalam gajet
masing-masing amat kuat. Satu kajian melaporkan bahawa pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja rumah mereka untuk
lebih daripada dua minit tanpa perhatian mereka dialihkan oleh gajet mereka. Apa yang perlu dirisaukan adalah kemungkinan generasi
remaja masa kini akan belajar bukan secara mendalam kerana ketidakmampuan mereka memproses maklumat secara mendalam
disebabkan gangguan-gangguan sewaktu belajar. Misalnya, kajian menunjukkan secara purata mereka menghantar 34 mesej selepas
berbaring di atas katil untuk tidur. Ternyata pelajar terlalu obses dengan aplikasi saling balas mesej seperti Whatsapp, Telegram, Instagram
dan lain-lain. Obsesi yang melampau ini boleh menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran.

Kesimpulannya, ketaasuban remaja dalam menggunakan telefon pintar mestilah ditangani secara kolektif supaya mereka tidak
menjadi mangsa teknologi yang melalaikan. Obligasi semua pihak amatlah dituntut demi pembinaan generasi muda yang matang dan
dapat membezakan antara kaca dengan permata.

493 patah perkataan

5

cikgusazali@ussspb

CONTOH 3:

Pada tahun 2017, kerajaan mengumumkan beberapa inisiatif bagi melonjakkan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.
Inisiatif ini termasuklah membangunkan satu pelan induk komprehensif yang diselaraskan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan
dibantu oleh enam lagi kementerian berkaitan dengan TVET. TVET penting bagi melaksanakan program strategik sebagai satu usaha
untuk menyokong pencapaian matlamat nasional dalam meningkatkan taraf peratusan pekerja mahir di Malaysia. Tumpuan ini penting
dalam usaha mewujudkan tenaga buruh yang berdaya saing di peringkat global.

‘PM Umum Inisiatif Lonjak TVET’
oleh Rafidah Mat Ruzki

Berita Harian, 17 September 2017

Petikan di atas menunjukkan kepentingan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada negara.
Huraikan kepentingan pendidikan TVET.

Kehendak / Tugasan soalan :

Calon diharapkan dapat:
i. menghuraikan kepentingan Pendidikan TVET.

Cadangan isi
i. Meningkatkan kemahiran diri dalam bidang tertentu seperti automotif / pendawaian elektrik
ii. Melahirkan generasi yang berdikari yang akhirnya mampu menjadi usahawan/bekerja sendiri
iii. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sesuai dengan kerjaya semasa
iv. Mendapat pendedahan meluas tentang penggunaan teknologi terkini.
v. Meningkatkan taraf peratusan pekerja mahir di Malaysia.
vi. mewujudkan tenaga buruh yang berdaya saing di peringkat global

CADANGAN JAWAPAN:

TVET ialah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVET merupakan proses pendidikan dan latihan serta mempunyai
hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Proses ini adalah untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten
dan efektif dalam bidang-bidang yang tertentu. Tenaga kerja yang sebegini dapat memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global bagai pucuk dicita ulam mendatang. Oleh hal yang demikian,
pendidikan TVET amat penting dalam usaha mewujudkan tenaga buruh yang berdaya saing di peringkat global.

Kepentingan Pendidikan TVET ialah dapat melengkapkan individu dengan pelbagai kemahiran teknikal yang sesuai dengan
kerjaya semasa. Hal ini dikatakan demikian kerana TVET melengkapi setiap individu dengan ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam bidang
akademik tetapi juga ilmu kemahiran teknikal dalam pengendalian sesuatu peralatan. Sebagai contoh, ilmu kemahiran teknikal seperti
pertukangan, elektronik, pateri, automotif, amalan bengkel mesin, kimpalan dan fabrikasi logam mampu dimanfaatkan oleh seseorang
individu di mana jua mereka berada. Kemahiran teknikal ini dapat meningkatkan kemahiran diri dalam bidang tertentu serta melahirkan
generasi yang berdikari yang akhirnya mampu menjadi usahawan yang berjaya. Tegasnya, TVET amat penting bagi melahirkan individu
yang berkemahiran tinggi dan dapat menyokong pencapaian matlamat nasional dalam meningkatkan taraf peratusan pekerja mahir di
Malaysia.

Kepentingan Pendidikan Teknik dan Vokasional yang berikutnya iaitu kebolehupayaan individu yang mempunyai
pendidikan TVET untuk memenuhi peluang pekerjaan di negara Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita memerlukan lebih
ramai sumber tenaga kerja untuk memastikan pengeluaran produk-produk secara berterusan. Individu yang berkecimpung dalam TVET
akan memperoleh input baharu untuk menambah baik kualiti diri serta masyarakat. Buktinya, pengetahuan tentang input-input baharu
seperti pengendalian sesuatu mesin atau proses dalam pemasangan sesuatu peralatan berupaya untuk melahirkan masyarakat yang
berpengetahuan tinggi dan berinovasi serta berfikiran kreatif, inovatif dan inventif. Tuntasnya, TVET mampu melahirkan individu yang
berkemahiran tinggi serta kompeten agar dapat memenuhi pasaran tenaga mahir di negara kita.

Seterusnya, kepentingan Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah dapat mewujudkan tenaga buruh yang berdaya saing di
peringkat global. Peningkatan taraf peratusan pekerja mahir di Malaysia menggalakkan pembangunan negara untuk berdiri sama tinggi
dan duduk sama rendah dengan negara-negara mapan di seluruh dunia seperti Russia, China dan Jepun. TVET mampu melahirkan tenaga
kerja tempatan yang diperlukan oleh industri dan negara bagi mengharungi fenomena Revolusi Industri 4.0. Sebagai contoh, industri
perkilangan seperti industri pemakanan, kosmetik, dan petroleum memerlukan lebih ramai pekerja mahir dalam kalangan warga tempatan
Hal ini juga merupakan satu usaha untuk memperkasakan rakyat, selain memantapkan kolaborasi semua pihak berkepentingan dalam
bidang itu agar TVET menjadi pendidikan pilihan dan kerjaya masa depan yang lumayan serta berpotensi tinggi.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah terus menyokong dan memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
(TVET) agar dapat mencapai sasaran kerajaan untuk melahirkan sebanyak 3.3 juta pekerja dengan 50 peratus daripada mereka
merupakan tenaga kerja berkemahiran tinggi, selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.
Generasi muda perlulah mengambil peluang dalam bidang TVET ini untuk melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran yang berguna
sepanjang hayat kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

494 patah perkataan

6

cikgusazali@ussspb

CONTOH 4:

Sekiranya kita bangga dengan Jalur Gemilang, yang menjadi simbol kemerdekaan dan kedaulatan negara Malaysia, kita pasti tidak
keberatan untuk membeli bendera kita sendiri bagi memperingati peristiwa yang amat bermakna ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah
sentiasa mempunyai rasa bangga dan cinta akan negara dalam diri. Semangat cinta akan negara ini perlu disemai di sekolah dan juga di
rumah agar terus subur dalam sanubari anak-anak.

Berita Harian, 15 Ogos 2020

Setiap warganegara perlu mempunyai rasa cinta yang mendalam kepada negara Malaysia.
Nyatakan usaha-usaha yang boleh anda lakukan untuk menunjukkan rasa cinta akan negara.

Kehendak / Tugasan soalan :
Calon diharapkan dapat:

i. menghuraikan usaha-usaha yang boleh ‘saya’ lakukan untuk menunjukkan rasa cinta akan negara.

Kemungkinan:
i. Sekiranya calon menghuraikan usaha pihak lain – mereka, individu, masyarakat, pihak sekolah – maksimum Baik (35
– 46).
ii. Sekiranya calon menghuraikan usaha ‘kita’, – terima seperti biasa

Cadangan isi
i. menyahut kempen Cintai Negara Malaysia yang dijalankan oleh kerajaan dengan caramengibarkan Jalur Gemilang
pada kenderaan dan di rumah.
ii. belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan seterusnya dapat berbakti kepada negara
– usaha tangga kejayaan
iii. menjadi warganegara yang bertatasusila, berbudi bahasa dan patuh kepada undang-undang negara.
iv. memahami budaya, adat resam dan agama pelbagai kaum untuk menghapuskan sikap prejudis dalam diri agar dapat
hidup aman harmoni – bagai aur dengan tebing
v. menghormati para pemimpin dan tokoh pejuang kemerdekaan yang telah banyak berjasa kepada negara – Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj, Mat Kilau, Rentap dan Tok Janggut.

CADANGAN JAWAPAN

Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah sentiasa mempunyai rasa bangga dan cinta akan negara dalam diri. Rasa bangga dan cinta
akan negara merupakan pemangkin kepada keharmonian dan perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat tanpa mengira perbezaan
kaum, agama, jantina dan keturunan. Atas kesedaran ini, semangat cinta akan negara ini perlu disemai di sekolah dan juga di rumah agar
terus subur dalam sanubari anak-anak. Pelbagai usaha boleh saya lakukan untuk menzahirkan perasaan tersebut.

Antara usaha yang saya lakukan untuk menunjukkan rasa cinta akan negara adalah dengan menghormati simbol dan imej negara
iaitu Jalur Gemilang. Saya akan sentiasa memastikan keberadaan imej dan simbol negara itu berada pada tempat yang sesuai kerana di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sebagai contoh, saya akan mengibarkan Jalur Gemilang di halaman rumah saya dan membantu
pihak sekolah menaikkan bendera Malaysia di dalam kelas dan di sekitar kawasan sekolah. Di samping itu, saya akan berdiri tegak setiap
kali bendera Malaysia dinaikkan di mana-mana sahaja terutama apabila upacara majlis rasmi diadakan seperti perhimpunan mingguan
sekolah. Tegasnya, sebagai warganegara yang cinta dan bangga akan negara, saya akan sentiasa menghormati simbol dan imej negara
kita iaitu bendera Malaysia.

Selain itu, saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan seterusnya dapat berbakti
kepada negara. Perubahan demi perubahan yang dialami oleh negara memerlukan saya bersikap lebih dinamis dan sentiasa siap siaga
untuk mendepani cabaran yang mendatang. Contohnya, saya mesti belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dengan cemerlang dalam
peperiksaan SPM kerana kecemerlangan dalam peperiksaan ini menjadi batu loncatan untuk saya menyambung pengajian ke menara
gading kerana usaha tangga kejayaan. Dalam masa yang sama, saya mesti meningkatkan nilai tambah dalam kualiti peribadi supaya
menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Kombinasi antara kualiti akademik dan kualiti peribadi membolehkan saya menjadi
pekerja yang cemerlang dan mampu memberi sumbangan yang bermakna untuk negara. Jelaslah bahawa kecemerlangan akademik dapat
memacu kemajuan negara yang tercinta ini.

Usaha yang boleh saya lakukan untuk menunjukkan rasa cinta akan negara yang berikutnya ialah memahami budaya, adat resam
dan agama pelbagai kaum untuk menghapuskan sikap prejudis dalam diri agar dapat hidup aman harmoni. Malaysia merupakan sebuah
keluarga besar yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan. Semua entiti dalam keluarga Malaysia ini mestilah
mengekalkan keharmonian dalam satu keluarga ibarat cubit peha kanan, peha kiri akan terasa sakitnya. Saya akan berusaha untuk
memahami perbezaan budaya setiap kaum agar lahir perasaan saling menghormati adat resam dan agama masing-masing. Contohnya,
saya akan menjaga sensitiviti kaum lain dalam mengutarakan komen dan pandangan dalam media sosial seperti Facebook, Twitter dan
sebagainya agar tidak menyinggung kaum yang lain. Dengan berbuat demikian, rakyat Malaysia dapat menghapuskan sikap prejudis
dalam diri dan hidup aman harmoni bagai aur dengan tebing.

Kesimpulannya, setiap warganegara mestilah mempunyai rasa cinta yang mendalam kepada negara Malaysia agar kedaulatan
negara kita dapat dilestarikan. Sebagai generasi pewaris bangsa, kita bertanggungjawab meneruskan legasi kepimpinan negara yang telah
dibina dengan keringat dan darah oleh pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Usaha murni ini mestilah kita mulakan dari sekarang
kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

498 patah perkataan

7

cikgusazali@ussspb

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]

SOALAN 1 : MORFOLOGI

Aspek morfologi yang ditumpukan ialah:
• Bentuk kata yang merujuk kepada bentuk tunggal atau hasil pembentukan kata yang terdiri daripada kata tunggal,
kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk.
• Golongan kata dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
• Kata yang bukan dalam bentuk leksikal tunggal yang diterbitkan daripada tiga proses pembentukan kata, iaitu
pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Hasrat Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub sukan elektronik yang terbesar di Asia Tenggara
seharusnya menjadi pemangkin bagi para remaja untuk mendalami bidang sukan baharu ini dan mendapatkan manfaat daripadanya.
Umum mengetahui bahawa golongan remaja pada masa ini terdedah dengan pelbagai gejala sosial seperti merokok, melepak dan ponteng
sekolah. Hal ini tidak termasuk pengaruh budaya Barat yang semakin menular dalam kalangan remaja sehingga mereka berani melakukan
perkara di luar batasan agama dan budaya. Oleh hal yang demikian, kegiatan e-sukan ini dapat mengisi waktu lapang para remaja sekali
gus mengurangkan masalah sosial yang sering berlaku dalam kalangan mereka.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Memperkasakan E-sukan dalam Kalangan Remaja’

Oleh Muhammad Lutfi Zahid
Dewan Siswa, Mac 2019

[6 markah]

Skema:
Kata majmuk

i. hub sukan
ii. gejala sosial
iii. budaya Barat
iv. waktu lapang
v. sekali gus
vi. masalah sosial
(Mana-mana tiga jawapan)

CADANGAN JAWAPAN:

Kata majmuk
i. gejala sosial
ii. waktu lapang
iii. masalah sosial

Ayat: Remaja yang terlibat dalam gejala sosial perlu diberi kaunseling oleh pihak sekolah.
i. Pada waktu lapang, Ahmad selalu mengunjungi perpustakaan desa berhampiran rumahnya.
ii. Aktiviti kokurikulum merupakan wahana untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan pelajar.
iii.

8

cikgusazali@ussspb

SOALAN 2 : SINTAKSIS

Aspek sintaksis yang ditumpukan ialah bentuk, jenis, ragam, binaan ayat dan penerbitan ayat seperti yang berikut:
• Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan
predikat.
• Jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
• Ragam ayat yang terdiri daripada ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif.
• Susunan ayat terdiri daripada ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang.
• Binaan ayat yang terdiri daripada ayat dasar, ayat tunggal, ayat majmuk dan ayat terbitan.
• Penerbitan ayat melalui proses pengguguran, proses penyusunan semula dan proses peluasan.

Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang
digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.

Kes pemerdagangan manusia merupakan jenayah yang melibatkan kanak-kanak dan golongan dewasa. Gejala tidak
bermoral ini dilakukan oleh segelintir manusia yang ingin mengaut keuntungan semata-mata. Ibu bapa boleh mengelakkan anak
mereka menjadi mangsa dengan mengawasi anak mereka supaya tidak bermain secara bersendirian. Anak-anak biasanya suka
bermain di taman rekreasi dan digelanggang permainan yang disediakan. Pada waktu petang, mereka akan keluar bermain.
Pengawasan ibu bapa sangat penting kerana anak-anak biasanya akan mendengar kata-kata ibu bapa mereka.

[6 markah]

SKEMA / CADANGAN JAWAPAN:

i. Apakah maksud kes pemerdagangan manusia?
ii. Siapakah yang melakukan gejala yang tidak bermoral ini?
iii. Bagaimanakah ibu bapa mengelakkan anak mereka daripada menjadi mangsa?
iv. Di manakah anak-anak suka bermain?
v. Bilakah anak-anak keluar bermain?
vi. Mengapakah pengawasan ibu bapa sangat penting?

SOALAN 3 : PENYUNTINGAN

Dalam Petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala Petikan 2 mempunyai lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap sekolah mempunyai keinginan dan inspirasi tertentu dalam memantulkan imej dan status
sekolah melalui pencapaian akedemik murid. Pihak sekolah amat berharap sistem pengasingan kelas dapat mengerakan pola pengajaran
dan pembelajaran selaras matlamat yang sekolah tentukan. Sistem ini juga diharapkan dapat mendorong perjuangan pembelajaran yang
positif di dalam kalangan murid. Murid yang lemah dipercayai dapat meningkatkan daya saing dengan murid yang lebih bijak melalui
pembangunan potensi mereka.

[6 markah]

Petikan 2

Perkara yang turut menjadi kebimbangan ibubapa dalam isu kerja sambilan ini adalah kecenderungan pelajar terjebak dalam gejala sosial.
Remaja boleh di ibaratkan seperti rebung yang mudah dilunturkan dan pokok ranting yang mudah dipatahkan. Remaja yang kurang
berpendidikan agama mungkin memilih pekerjaan sambilan yang tidak selesa seperti menjadi ejen penjual bahan khayal dan bekerja di
kelab malam.

[5 markah]

SKEMA / CADANGAN JAWAPAN

6 kesalahan Bahasa dalam Petikan 1 - aspirasi
i. inspirasi - akademik
ii. akedemik - menggerakkan
iii. menggerakan - ditentukan oleh sekolah
iv. sekolah tentukan - persaingan
v. perjuangan - dalam
vi. di dalam

5 kesalahan Bahasa dalam Petikan 2 - ibu bapa
i. ibubapa - ialah
ii. adalah - dilenturkan
iii. dilunturkan - ranting pokok
iv. pokok ranting - sesuai
v. selesa

9

cikgusazali@ussspb

SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti, kemudian tulis semula petikan tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa
mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka
ia pun kembalilah pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala
saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik memohonkan ampun, adapun patik
sekelian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.”

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
Dalam antologi Jaket Kulit Dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]

SKEMA / CADANGAN JAWAPAN

i. Kertala Sari telah masuk mencuri di rumah saudagar yang lain.
ii. Setelah mendapat banyak harta dia telah kembali semula ke tempatnya.
iii. Semua harta saudagar yang kaya raya habis dicuri oleh Kertala Sari.
iv. Setelah itu saudagar dan orang kaya telah pergi menghadap raja dan menyembah “Ya, tuanku, patik mohon ampun, patik

semua kecurian dan hanya tinggal sehelai sepinggang”.

SOALAN 5: PERIBAHASA

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.

1. Pak Hamid sekeluarga semakin menderita sejak berlakunya musibah pandemik COVID-19. Pak Hamid bukan sahaja kehilangan kerja
malah dia terpaksa menagih simpati daripada masyarakat untuk meneruskan kelangsungan hidup dirinya serta keluarga.

2. Datuk Salleh selalu membawa keluarganya melancong ke luar negara pada setiap tahun. Beliau berpendapat bahawa melancong
sama ada di dalam mahu pun di luar negara membolehkan mereka mengenali tempat-tempat yang menarik selain mengetahui budaya
dan adat resam negeri tersebut.

3. Dato’ Muhammad Azizulhasni bin Awang digelar ‘The Pocket Rocketman’ telah berjaya memenangi pingat perak dalam acara keirin
Kejohanan Olimpik di Tokyo, Jepun baru-baru ini. Kemenangan yang amat bermakna ini merupakan hasil usaha beliau yang selama
ini tidak mengenal erti putus asa.

SKEMA / CADANGAN JAWAPAN:

i. sudah jatuh ditimpa tangga / sudah basah kehujanan / sudah hamba diperhambakan pula

ii. sambil menyelam minum air / jauh perjalanan luas pemandangan

iii. usaha tangga kejayaan / kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya / dimana ada kemahuan di situ
ada jalan

10

cikgusazali@ussspb

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[35 markah]

Perhatian bagi soalan 6 dan 7

i. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
ii. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap / sempurna.
iii. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang

diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

Soalan 2 markah:

DESKRIPSI MARKAH
2
• Jawapan tepat mengikut konteks dan ayat gramatis 1
• Jawapan tepat mengikut konteks tetapi ayat kurang gramatis 0
• Jawapan tidak tepat / salah

Soalan 3 markah: MARKAH
3
DESKRIPSI
2
• Isi cukup dan lengkap / relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 1
• Isi cukup dan lengkap / relevan tetapi ayat kurang gramatis 0
• Isi tidak cukup / kurang lengkap tetapi ayat gramatis

• Isi tidak cukup / kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
• Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis

Soalan 4 markah: MARKAH
4
DESKRIPSI 3
2
• Isi cukup dan lengkap / relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 1
• Isi cukup dan lengkap / relevan tetapi ayat kurang gramatis 0
• Isi tidak cukup / kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis
• Isi tidak cukup / kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
• Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis

11

cikgusazali@ussspb

SOALAN 6 : PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Bahan 1

Sesungguhnya tidak ada kejayaan yang datang bergolek. Begitulah juga dengan remaja yang ingin menceburi dunia perniagaan
dan menjadi usahawan. Antara petua untuk remaja berjaya dalam perniagaan termasuklah mengetahui produk dan industri yang ingin
diceburi, mengenal pasti pelanggan dan pasaran, membentuk pasukan yang hebat dalam menguruskan perniagaan dan bijak
menguruskan masa antara pelajaran dengan perniagaan. Hal ini penting kerana banyak remaja yang ingin memulakan perniagaan tetapi
terkandas di tengah jalan kerana tidak dapat membahagikan masa antara pelajaran dengan perniagaan.

Sehubungan dengan itu, remaja harus bersedia, berjiwa kental dan sanggup berhadapan dengan apa-apa sahaja risiko yang
mendatang. Remaja tidak boleh mengalah dengan sebarang masalah yang dihadapi.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Usahawan Remaja Berjiwa Kental’

Oleh Fadhli Ali
Dewan Siswa, Jun 2020

Bahan 2

Malaysia merupakan hub pengeluar produk halal di rantau ini. Kelebihan ini perlulah diambil oleh golongan remaja untuk
menyertai bidang ini. Para remaja perlulah mempersiapkan diri dalam pelbagai kemahiran, terutamanya kemahiran bahasa
memandangkan Malaysia akan menjadi tumpuan dunia bagi menghasilkan produk halal. Hal ini dikatakan demikian kerana kemahiran
berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dapat membantu menarik minat pelabur asing untuk melabur di negara kita sekali gus
meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Keusahawanan dan perniagaan yang dijadikan satu daripada kerjaya pilihan dalam kalangan remaja sebenarnya turut membantu
mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran kerjaya yang semakin mencabar.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Ayuh, Jadilah Usahawan’

Oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Dewan Siswa, Julai 2019

SKEMA: [2m]
[1m]
(i) maksud kemahiran berkomunikasi [1m]
kecekapan / kebolehan / kepandaian / berhubung / berinteraksi / bercakap [Maksimum : 2 markah]
kecekapan / kebolehan / kepandaian / berkomunikasi
kemahiran / berhubung / berinteraksi / bercakap. [1m]
[1m]
(ii) Petua-petua yang dapat dipraktikkan [1m]
P1 - mengetahui produk dan industri yang ingin diceburi [1m]
P2 - mengenal pasti pelanggan dan pasaran [1m]
P3 - membentuk pasukan yang hebat [Maksimum : 3 markah]
P4 - bijak menguruskan masa [ Isi cukup : 2 isi]
P5 - mempersiapkan diri dalam pelbagai kemahiran

(iii) Faktor-faktor [1m]
P1 - perubahan budaya masyarakat yang mementingkan kebendaan. [1m]
P2 - sikap remaja yang mahu mencari pengalaman . [1m]
P3 - ingin membantu keluarga untuk menyara kehidupan. [1m]
P4 - terpengaruh dengan rakan sebaya / selebriti / instafamous [1m]
P5 - perkembangan bidang teknologi yang memudahkan usahawan
[Maksimum : 3 markah]
(iv) Perancangan-perancangan [ Isi cukup : 2 isi]
P1 - mengadakan mesyuarat dengan guru penasihat
P2 - mengadakan perbincangan bersama-sama ahli kumpulan [1m]
P3 - mengenal pasti jenis makanan kegemaran pelajar. [1m]
P4 - mengadakan promosi / iklan [1m]
P5 - menyediakan jadual kerja / bertugas / agihan tugas [1m]
[1m]

[Maksimum : 4 markah]
[ Isi cukup : 3 isi]

12

cikgusazali@ussspb

CADANGAN JAWAPAN: [2 markah]
i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud kemahiran berkomunikasi

Berdasarkan Bahan 2, maksud kemahiran berkomunikasi ialah kecekapan berinteraksi.

ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan petua-petua yang dapat dipraktikkan oleh remaja untuk berjaya dalam bidang

perniagaan yang diceburi. [3 markah]

Petua yang dapat dipraktikkan oleh remaja untuk berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi ialah mengetahui produk dan
industri yang ingin diceburi. Petua yang lain ialah mengenal pasti pelanggan dan pasaran. Petua yang berikutnya ialah
membentuk pasukan yang hebat dan bijak menguruskan masa.

iii. Remaja hari ini berlumba-lumba untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong remaja untuk menceburi bidang keusahawanan?
[3 markah]

Pada pendapat saya, faktor yang mendorong remaja untuk menceburi bidang keusahawanan ialah perubahan budaya
masyarakat yang mementingkan kebendaan. Faktor yang lain ialah sikap remaja yang mahu mencari pengalaman. Faktor yang
berikutnya ialah ingin membantu keluarga untuk menyara kehidupan di samping terpengaruh dengan rakan sebaya.

iv. Sekolah anda akan mengadakan Hari Koperasi Sekolah bersempena dengan Minggu Keusahawanan. Anda dan rakan-rakan
dipertanggungjawabkan untuk mengurus sebuah gerai untuk menjual makanan pada hari tersebut.

Apakah perancangan yang harus anda dan rakan-rakan lakukan bagi memastikan gerai tersebut mendapat sambutan?
[4 markah]

Perancangan yang harus saya dan rakan-rakan lakukan bagi memastikan gerai tersebut mendapat sambutan adalah dengan
mengadakan mesyuarat dengan guru penasihat. Selain itu, saya dan rakan-rakan akan mengenal pasti jenis makanan
kegemaran pelajar dan mengadakan promosi secara besar-besaran. Di samping itu, saya akan mengadakan perbincangan
bersama-sama ahli kumpulan.

13

cikgusazali@ussspb

SOALAN 7 : PETIKAN SASTERA

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

“Mei, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang
dilebati dengan bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada. Andai kedua-duanya sudah hilang di atas muka bumi ini, kita
bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.”

Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di pangkal hati. Oleh itu, saya
tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan
keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai arga kota.

Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang sekadar dibangunkan dengan kempen para
warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya dan bahasa pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng
ketaasuban dan kepentingan diri masing-masing.

Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa percakapan serta fahaman politik sehingga
mengundang resah dan amarah.

Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
Oleh Husna Nazri

Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2

Pantun Endah Bahasa

Sederet langsat pinggiran paya,
Memayung redup pokok selimpat;

Bahasa kesat bukan budaya,
Norma hidup berbeza pendapat.

Hendak diajak menugal jagung,
Sebatang kayu runcing sudah;

Bahasa rojak jangan diagung,
Bimbang Melayu tergeliat lidah.

Fikiran kesasar kasih diluka,
Apakah cara di mana ubat;

Bahasa kasar siapa yang suka,
Dipulau saudara hilang sahabat.

Pasir jerlus di tepi muara,
Melangkah teliti khuatir tenggelam;

Bahasa halus lembut bicara,
Menjaga hati tergores dalam.

Sudah dipesan lampu terendak,
Hadiah percuma bingkai kenangan;

Bahasa kiasan dibuang tidak,
Tutur orang lama bukan sembarangan.

Teroleng kolek gelisah terasa,
Ombak bergulung guruh menderum;

Bahasa molek menunjukkan bangsa,
Tamadun terulung seantero mengharum.

Zalina Samsudin
Raub, Pahang
Pelita Bahasa, Bil. 12/2020

14

cikgusazali@ussspb

SKEMA

(i) maksud cermin maruah [2m]
- gambaran / lambang / kehormatan/ harga diri [1m]
- gambaran / lambang / maruah [1m]
- cermin / kehormatan / harga diri [Maksimum : 2 markah]

(ii) Cabaran bahasa Melayu (Bahan 1) [1m]
P1 - bercampur aduk bahasa pertuturan

Cabaran bahasa Melayu (Bahan 2) [1m]
P2 - membudayakan bahasa kesat [1m]
P3 - mengagungkan bahasa rojak [1m]
P4 - mengamalkan / menyukai bahasa kasar [Maksimum : 4 markah]
[ Isi cukup : 3 isi]

(iii) Cara meningkatkan penguasaan bahasa Melayu

P1 - menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan seharian. [1m]

P2 - sentiasa membaca buku, akhbar dan majalah. [1m]

P3 - sentiasa bertanya guru sewaktu proses pembelajaran di dalam kelas / matapelajaran

Bahasa Melayu. [1m]
P4- menyertai pertandingan pengucapan awam – syarahan, perbahasan Bahasa

Melayu [1m]

[Maksimum : 3 markah]

[ Isi cukup : 2 isi]

(iv) Tindakan menarik minat rakan-rakan

P1 - berkempen kepada mereka dengan menyatakan kepentingan bahasa Melayu [1m]

P2 - menonjolkan aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan oleh Persatuan Bahasa Melayu. [1m]

P3 - mengadakan lawatan ke Perpustakaan Negara / Perpustakaan Negeri [1m]

P4 - memberikan hadiah bahan bacaan kepada rakan-rakan [1m]

[Maksimum : 4 markah]

[ Isi cukup : 3 isi]

CADANGAN JAWAPAN [2 markah]
i. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud frasa cermin maruah.

Berdasarkan Bahan 1, maksud frasa cermin maruah ialah lambang kehormatan.

ii. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, bahasa Melayu dikatakan mempunyai cabaran-cabaran yang tertentu.

Apakah cabaran-cabaran tersebut? [4 markah]

Berdasarkan Bahan 1, cabaran bahasa Melayu ialah bercampur aduk bahasa pertuturan. Berdasarkan Bahan 2, cabaran
bahasa Melayu ialah membudayakan bahasa kesat dan mengagungkan bahasa rojak.

(iii) Belakangan ini, kedudukan bahasa Melayu semakin dipinggirkan terutamanya oleh golongan muda.

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda meningkatkan penggunaan bahasa Melayu? [3 markah]

Sebagai seorang pelajar, saya dapat meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dengan cara menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pertuturan seharian. Usaha yang lain ialah saya sentiasa membaca buku, akhbar dan majalah. Usaha yang
berikutnya ialah sentiasa bertanya guru sewaktu proses pembelajaran di dalam kelas Bahasa Melayu.

(iv) Rakan-rakan di sekolah anda tidak berminat untuk menyertai Persatuan Bhasa Melayu sebagai salah satu aktiviti kokurikulum

yang dititikberatkan oleh pihak sekolah.

Sebagai Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, apakah tindakan-tindakan yang patut anda lakukan untuk menarik minat rakan-

rakan anda? [4 markah]

Sebagai Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, tindakan yang patut saya lakukan untuk menarik minat rakan-rakan ialah
berkempen kepada mereka dengan menyatakan kepentingan bahasa Melayu. Tindakan yang lain ialah menonjolkan aktiviti-
aktiviti menarik yang dijalankan oleh Persatuan Bahasa Melayu. Tindakan yang berikutnya ialah mengadakan lawatan ke
Perpustakaan Negeri dan memberikan hadiah bahan bacaan kepada rakan-rakan.

15

cikgusazali@ussspb

SOALAN 8 : NOVEL

(i) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kebelakangan ini payah benar mataku hendak lelap. Lantaran itu, aku hanya duduk di anjung rumah. Kadang-kadang aku menandai
pelbagai buku latihan anak-anak didikku ataupun aku juga menulis rancangan pelajaran dalam buku rekod mengajarku. Kadang-kadang
aku akan bersembang dengan Tauke Lim. Kadang-kadang pula aku menulis puisi atau cerpen. Malam yang hening benar-benar
mendamaikan. Ilham adakalanya datang seperti hujan lebat yang turun menyirami bumi. Namun, adakalanya ilham seperti memerah kain
kering.

Aku melihat ke arah rumah Tauke Lim yang letaknya tidak jauh dari rumahku. Ruang dalam rumah Tauke Lim sudah gelap.
Cuma lampu kalimantang di bahagian beranda rumahnya sahaja yang dinyalakan. Barangkali mereka sekeluarga sudah hanyut di dalam
mimpi.

Dipetik daripada novel ‘Silir Daksina’
Karya Nizar Parman

Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan tindakan-tindakan yang ‘Aku’ lakukan sewaktu duduk di anjung rumah apabila matanya payah benar hendak lelap.
[4 markah]

SKEMA

Tindakan-tindakan: [1m]
P1 - menandai pelbagai buku latihan anak-anak didikku. [1m]
P2 - menulis rancangan pelajaran dalam buku rekod mengajarku. [1m]
P3 - bersembang dengan Tauke Lim. [1m]
P4 - menulis puisi atau cerpen. [Maksimum : 4 markah]
[ Isi cukup : 3 isi]

CADANGAN JAWAPAN

(i) Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh ‘ Aku’ sewaktu duduk di anjung rumah apabila matanya payah benar hendak lelap.
ialah menandai pelbagai buku latihan anak-anak didikku. Tindakan yang lain ialah menulis rancangan pelajaran dalam buku
rekod mengajarku. Tindakan yang berikutnya ialah bersembang dengan Tauke Lim dan menulis puisi atau cerpen.

16

cikgusazali@ussspb

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(a) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(b) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang dapat dikaitkan dengan masyarakat bertanggungjawab.
[6 markah]

SKEMA:

Panduan Pemarkahan bagi soalan 8 (ii)

i. Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dikaji.
ii. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
iii. Beri 1 markah bagi setiap peristiwa yang berkaitan dengan masyarakat bertanggungjawab.
iv. Berikan 1 markah bagi huraian / contoh yang lengkap / jelas bagi setiap peristiwa.
v. Markah isi, maksimum 4 markah.
vi. Markah bahasa maksimum 2 markah.
vii. Markah bahasa diberi secara impression.

Baik : 2 markah
Lemah: 1 markah
viii. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk Bahasa.
ix. Calon yang tidak menjawab 0 markah.

SKEMA:
Peristiwa yang dapat dikaitkan dengan masyarakat bertanggungjawab.

Novel Pantai Kasih HURAIAN
PERISTIWA
Doktor Raiha menjalankan tanggungjawabnya sebagai doktor bedah di Pusat
Doktor Raiha merawat pesakitnya dengan penuh Rawatan Pantai Kasih (PRPK) dengan penuh dedikasi dan mengikut etika
tanggungjawab kedoktoran. Beliau telah merawat pesakitnya, Unong Siron yang menjalani
pembedahan sendi tulang pinggul kalikeenam. Beliau turut melawat pesakitnya
pada waktu malam.

Doktor Raiha menjaga anaknya, Rohayu dengan Doktor Raiha bertanggungjawab menjaga anak tunggalnya, Rohayu yang
baik walaupun Rohayu mengalami kecacatan. mengalami Sindrom Down dengan penuh kasih sayang walaupun suaminya Doktor
Sadiz mengarahkan Doktor Raiha menggugurkan kandungannya. Kecacatan
anaknya itu tidak menjejaskankasih sayangnya sebagai seorang ibu.

Ibu Unong Siron sentiasa bertanya kepada doktor Ibu Unong Siron bertanggungjawab menjaga Unong Siron yang terlantar sakit di
tentang keadaan anaknya yang sakit. Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menjalani pembedahan penggantian sendi
tulang pinggulsebanyak enam kali. Wang pampasan yang diperoleh hampir habis
untuk mengubati anaknya yang sakit.

Ibu Unong Siron memujuk pemuda kurang Apabila Felicia Landosi telah ditahan oleh seorang penceroboh yang menyamar
siuman yang menceroboh masuk ke Pusat sebagaidoktor di bilik bedah, ibu Unong Siron bertanggungjawab menawarkan
Rawatan Pantai Kasih. dirinya untuk memujuk pemuda kurang siuman itu kerana kebetulan pemuda itu
merupakan jirannya.

Doktor Raiha telah menegur Felicia Landosi yang Doktor Raiha bertanggungjawab menegur Felicia Landosi supaya melayani dan
bersikap kasar terhadap ibu Unong Siron. merawatpesakit dengan adil. Felicia Landosi sering kali melayan pesakit yang
bergelar datin dengan penuh mesra dan bertanggungjawab, sebaliknya melayan
ibu Unong Siron(golongan sederhana) dengan kasar.

Bapa Doktor Raiha menasihati Doktor Raiha Bapa Doktor Raiha yang merupakan seorang doktor bedah tidak mahu anaknya
supaya tidak memilih kerjaya sebagai seorang turut memilih kerjaya sebagai doktor pakar bedah. Oleh itu, ayah Doktor Raiha
doktor pakar bedah. bertanggungjawab memberi nasihat dan teguran kepada Doktor Raiha supaya
tidak memilih kerjaya sebagai doktor pakar bedah kerana masa yang diperlukan
oleh kerjaya tersebut akan menyebabkannya meminggirkan urusan keluarga.

CADANGAN JAWAPAN

Novel yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Dalam novel ini terdapat peristiwa-peristiwa yang dapat dikaitkan
dengan masyarakat bertanggungjawab.

Antara peristiwa tersebut ialah Doktor Raiha merawat pesakitnya dengan penuh tanggungjawab. Dalam peristiwa ini, Doktor
Raiha menjalankan tanggungjawabnya sebagai doktor bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) dengan penuh dedikasi dan mengikut
etika kedoktoran. Beliau telah merawat pesakitnya, Unong Siron yang menjalani pembedahan sendi tulang pinggul kalikeenam. Beliau turut
melawat pesakitnya pada waktu malam.

Peristiwa yang lain ialah Doktor Raiha menjaga anaknya, Rohayu dengan baik walaupun Rohayu mengalami kecacatan. Dalam
peristiwa ini, Doktor Raiha bertanggungjawab menjaga anak tunggalnya, Rohayu yang mengalami Sindrom Down dengan penuh kasih
sayang walaupun suaminya Doktor Sadiz mengarahkan Doktor Raiha menggugurkan kandungannya. Kecacatan anaknya itu tidak
menjejaskankasih sayangnya sebagai seorang ibu.

17

cikgusazali@ussspb

Novel Bimasakti Menari

PERISTIWA HURAIAN
Nurul Hafsa melayan sekumpulan kanak-kanak
dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Hiroshima Jepun. Salahuddin bertanggungjawab melayan dengan baik sekumpulan kanak-kanak
Sekolah Rendah dariJepun yang datang untuk melihat bintang. Hasrat mereka
tidak tercapai akibat keadaan langit cerah. Nurul Hafsa berjanji untuk memastikan
hasrat 15 orang budak kecil dari Jepun tercapai.

Nurul Hafsa dan abangnya Budiman Nurul Hafsa dan abangnya Budiman bertanggungjawab untuk menyelamatkan
menyelamatkan Muhammad Taufik. Muhammad Taufik yang cedera di kepala akibat dipukul oleh penjenayah upahan
dalam semak. Kedua-dua mereka telah menghantar Muhammad Taufik untuk
mendapatkan rawatan di hospital.

Nurul Hafsa menyediakan laporan tentang tahap Nurul Hafsa bertanggungjawab menyediakan laporan tentang tahap kecerahan
kecerahan langit di Kuala Selangor. langit di Kuala Selangor untuk diserahkan kepada Pejabat Majlis Daerah Kuala
Selangor. Nurul Hafsa berbuat demikian dalam usaha untuk menjayakan hasratnya
menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

Muhammad Taufik membina sebuah rumah Muhammad Taufik bertanggungjawab membina sebuah rumah model
Ikhtiar Teknoalam berkonsepkan mesra alam. berkonsepkan mesra alam iaitu Rumah Ikhtiar Teknoalam di Kampung Kuantan.
Projek ini bertujuan untuk memastikan rumah-rumah yang akan dibina dapat
mengekalkan kelestarian alam sekitar dan mengekalkan populasi kelip-kelip di
Kuala Selangor.

Muhammad Taufik ingin menyatukan ibu Muhammad Taufik bertanggungjawab untuk menyatukan kedua-dua ibu bapanya

bapanya yang telah berpisah. yang telah berpisah sejak sekian lama. Perpisahan mereka disebabkan masing-

masing mempunyai sikap ego dan keras hati. Akhirnya kedua-dua ibu bapanya

telah bersatu kembali.

Konstabel Hussein memeriksa jambangan bunga Konstabel Hussein sebagai anggota polis yang dipertanggungjawabkan untuk

yang dikirim oleh Nurul Hafsa kepada menjaga keselamatan Muhammad Taufik yang sedang dirawat di hospital

Muhammad Taufik. bertanggungjawab memeriksa jambangan bunga yang dikirim oleh Nurul Hafsa.

CADANGAN JAWAPAN:

Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Dalam novel ini terdapat peristiwa-peristiwa yang
dapat dikaitkan dengan masyarakat bertanggungjawab.

Antara peristiwa tersebut ialah Nurul Hafsa melayan sekumpulan kanak-kanak dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima
Jepun. Dalam peristiwa ini, Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin bertanggungjawab
melayan dengan baik sekumpulan kanak-kanak Sekolah Rendah dariJepun yang datang untuk melihat bintang. Hasrat mereka tidak
tercapai akibat keadaan langit cerah. Nurul Hafsa berjanji untuk memastikan hasrat 15 orang budak kecil dari Jepun tercapai.

Peristiwa yang lain ialah Nurul Hafsa dan abangnya Budiman menyelamatkan Muhammad Taufik. Dalam peristiwa ini, Nurul
Hafsa dan abangnya Budiman bertanggungjawab untuk menyelamatkan Muhammad Taufik yang cedera di kepala akibat dipukul oleh
penjenayah upahan dalam semak. Kedua-dua mereka telah menghantar Muhammad Taufik untuk mendapatkan rawatan di hospital.

18

cikgusazali@ussspb

SOALAN 9 : RUMUSAN
[30 markah]

Markah penuh 30 dibahagikan kepada

(a) Isi - 20 markah

(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [ 20 markah]

Nota : Panduan mengira perkataan
i.
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
ii. • nama khas
iii. • perkataan berganda
iv. • penggunaan kata sendi di dan ke
• tarikh
• angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
• gelaran

Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.

Periksa jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja, selebihnya tidak perlu diperiksa.

Beri markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Bilangan Isi Bilangan Isi Diterima Markah Isi
Maksimum
(i) Pendahuluan
(ii) Isi Bahan 1 2

Fokus 1 2 22 12 1
Fokus 2
(iii) Isi Bahan 2 4 32 34 4
Fokus 1
JUMLAH ISI 4 34 42 3 16
(iv) Penutup / Kesimpulan
10 88 88 8 2
20
Jumlah Markah

19

cikgusazali@ussspb

Bahasa [10 markah]

Markah bahasa dinilai secara holistik berdasarkan penggunaan bahasa oleh calon dan bukan berdasarkan jumlah isi yang diperoleh. Asas
pemberian markah bahasa adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual yang berikut :

PERINGKAT MARKAH KRITERIA
CEMERLANG
8 – 10 ▪ Kesinambungan ayat sangat baik
▪ Bahasa sangat gramatis dari segi kosa kata dan ayat,penggunaan tanda

baca yang betul dan tepat, ejaan mengikut sistem ejaan Rumi baharu.

▪ Penggunaan kosa kata luas dan tepat
▪ Pengolahan sangat menarik dan berkesan

BAIK 5–7 ▪ Kesinambungan ayat baik
▪ Bahasa masih gramatis dari segi kosa kata dan ayat,penggunaan tanda

baca yang betul dan tepat, ejaan mengikut sistem ejaan Rumi baharu.

▪ Penggunaan kosa kata masih luas dan tepat
▪ Pengolahan masih menarik dan berkesan

SEDERHANA 3–4 ▪ Kesinambungan ayat kurang baik
▪ Bahasa kurang gramatis dari segi kosa kata dan ayat,penggunaan tanda

baca yang masih betul dan tepat,ejaan mengikut sistem ejaan Rumi baharu.

▪ Penggunaan kosa kata kurang luas dan kurang tepat
▪ Pengolahan kurang menarik dan kurang berkesan

LEMAH 1–2 Pada keseluruhannya, penggunaan bahasa tidak
memuaskan / pengolahan lemah.

20

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 - Petikan

Kejayaan sesebuah bangsa atau negara itu diukur dari pelbagai aspek termasuklah politik, ekonomi dan sosial. Ketiga-tiga aspek
ini menjadi kayu ukur utama dalam menilai kemunduran dan kemajuan sesebuah bangsa atau negara. Mantan Perdana Menteri Malaysia,
Tun Dr. Mahathir Mohamad menggariskan nilai-nilai hidup seperti rajin, amanah, berdisiplin dan bertanggungjawab perlu diterapkan dalam
kalangan masyarakat untuk membentuk negara yang berjaya dan dihormati dunia.

Pada hakikatnya nilai-nilai murni ini perlu diterapkan dalam diri rakyat Malaysia dengan menyedarkan ibu bapa tentang
pentingnya memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak semasa mereka masih kecil. Ibu bapa perlu sentiasa mengajar mereka tentang
pentingnya kerajinan, berdisiplin dan bertanggungjawab. Usaha yang seterusnya ialah kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran
kepentingan nilai murni kepada masyarakat. Langkah ini boleh dilakukan sama ada di desa mahupun di bandar-bandar besar yang sedang
mengalami proses pembangunan. Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Sebagaimana yang kita ketahui, mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dapat memajukan negara. Hal ini terjadi kerana
setiap rakyat tekun bekerja dan mempunyai sifat amanah yang tinggi dalam diri mereka ketika melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh,
setiap pekerja di Malaysia hadir ke tempat kerja pada waktu yang ditetapkan. Secara tidak langsung produktiviti sesebuah syarikat akan
meningkat.

Pengamalan nilai murni juga dapat mengeratkan perpaduan masyarakat majmuk di negara kita. Hal ini dikatakan demikian
kerana masyarakat Malaysia saling menghormati dan menjaga hubungan baik antara satu sama lain. Selain itu, jika diteliti dengan lebih
mendalam, mengamalkan nilai murni akan dapat mengekalkan kestabilan politik dalam negara Malaysia. Dapat melahirkan insan yang
berakhlak mulia juga merupakan impak masyarakat mempraktikkan nilai murni dalam kehidupan. Insan yang berakhlak mulia ini telah
berjaya mengimbangkan nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan iaitu aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi

Guru-guru, pihak kerajaan dan ibu bapa perlu sama-sama menggalas tanggungjawab dalam menerapkan nilai-nilai hidup
tersebut untuk memastikan sebuah bangsa Malaysia yang berjaya dalam semua aspek dapat direalisasikan.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Memupuk Bangsa Malaysia yang Berjaya’

Dewan Siswa, Ogos 2019

Bahan 2 - Grafik

21

SKEMA:

Pendahuluan [2 markah]

Rumusan membincangkan usaha-usaha / langkah-langkah / cara-cara / tindakan- tindakan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan

masyarakat dan kesan-kesan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. [2 markah]

Rumusan membincangkan usaha-usaha / langkah-langkah / cara-cara / tindakan-tindakan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan

masyarakat. [1 markah]

Rumusan / Bahan membincangkan kesan-kesan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. [1 markah]

Isi [16 markah]

FOKUS 1 :
Usaha-usaha / langkah-langkah / cara-cara / tindakan-tindakan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat.

BAHAN 1 (Petikan)

i. menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak [2m]
semasa mereka masih kecil. [2m]

ii. kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat.

BAHAN 2 (Grafik)

i. murid diterapkan nilai yang bersesuaian semasa sesi PdP. [2m]

ii. murid perlu menzahirkan amalan nilai murni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. [2m]

iii. guru memberi penghargaan kepada murid dan memberi penghargaan sesama rakan. [2m]

iv. guru mengadakan program untuk menggalakkan penghayatan dan amalan nilai murni. [2m]

FOKUS 2 : Kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

BAHAN 1 (Petikan) [2m]
i. memajukan negara. [2m]
ii. mengeratkan perpaduan masyarakat majmuk di negara kita. [2m]
iii. mengekalkan kestabilan politik dalam negara Malaysia. [2m]
iv. melahirkan insan yang berakhlak mulia.

BAHAN 2
Tiada

Kesimpulan [2 markah]

K1 - Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menerapkan nilai-nilai murni dalam
kalangan masyarakat supaya / agar lahirnya generasi yang cemerlang dan terbilang.
[2 markah]
K2 - Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menerapkan nilai-nilai murni dalam [1 markah]
kalangan masyarakat.

CADANGAN JAWAPAN

Rumusan membincangkan usaha-usaha menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat dan kepentingan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Antara usaha tersebut ialah menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak semasa
mereka masih kecil. Di samping itu, kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat. Murid diterapkan nilai yang
bersesuaian semasa sesi PdP dan mereka perlu menzahirkan amalan nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Guru memberi penghargaan kepada murid dan memberi penghargaan sesama rakan.

kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan ialah mengeratkan perpaduan masyarakat majmuk di negara kita
dan mengekalkan kestabilan politik dalam negara Malaysia. Nilai-nilai murni melahirkan insan yang berakhlak mulia.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat supaya lahirnya
generasi yang cemerlang dan terbilang.

118 patah perkataan

Semoga bermanfaat. Insya-Allah

Cikgu Sazali bin Ibrahim A.M.N
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
013943439
[email protected]

22

CATATAN


Click to View FlipBook Version