The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DISEDIKAN OLEH:
KELAS: 6UPM
1. MUHAMMAD FARABBY
2. FAWZAN IZZUDDIN
3. MUHAMMAD RIZQ HAZIQ
4. MUHAMMAD LUTFI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11266085, 2023-01-05 18:57:03

PERAYAAN DI MALAYSIA

DISEDIKAN OLEH:
KELAS: 6UPM
1. MUHAMMAD FARABBY
2. FAWZAN IZZUDDIN
3. MUHAMMAD RIZQ HAZIQ
4. MUHAMMAD LUTFI

PERAYAAN
DI MALAYSIA

MUHAMMAD FARABBY BIN ZULFADLY
FAWZAN IZZUDDIN BIN ABDUL LATIF
MUHAMMAD RIZQ HAZIQ BIN RAZALI

MUHAMMAD LUTFI BIN SOLAHUDIN

KELAS : 6 UPM

Isi Kandungan

•Pendahuluan…………………………………...1
Penyataan Masalah……………………………2
Objektif Kajian………………………….............3
Kaedah Kajian……………………….................4
Hasil Kajian 1 …………................................5 - 7
Hasil Kajian 2 …………..............................8 - 11
Hasil Kajian 3 …………...................................12
Hasil Kajian 4 …………...........................13 - 17
Hasil Kajian 5……………………………18 - 20
Hasil Kajian 6…………....................................21
Kesimpulan……………………………………22
Rujukan
Lampiran

Pendahuluan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah syukur ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat kami
menyiapkan Kajian Kes Sejarah Tahun 6 bertajuk ‘Perayaan di
Malaysia’.

Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kita meraikan
pelbagai perayaan pada setiap tahun dan seharusnya berasa bangga
dengan pelbagai keunikan yang ada di negara kita. Oleh itu, setiap
orang perlu memahami tentang sambutan perayaan masyarakat di
Malaysia dan kepentingan menghargai warisan kebudayaan kita.

1

Penyataan Masalah

Perayaan di Malaysia di sambut dengan meriah. Ada perayaan di
sambut untuk memenuhi tuntutan agama, memperingati peristiwa
penting atau mengekalkan budaya yang diwarisi. Setiap orang perlu
mengetahui dan memahami perayaan masyarakat di Malaysia untuk
memupuk perpaduan dan mewujudkan suasana harmoni.

Kami mengetahui dan memahami tentang perayaan masyarakat di
Malaysia kerana kami turut serta menyambut perayaan yang ada di
Malaysia seperti perayaan Hari Raya Aidlifitri, Hari Raya Aidil Adha,
Tahun Baharu Cina, Deepavali, Hari Natal dan lain - lain lagi. Kami
juga saling berkunjung ke rumah rakan yang meraikan perayaan
tersebut bagi mengeratkan silaturahim dan belajar mengenai tradisi
perayaan yang mereka raikan.

2

Objektif Kajian

1. Mengetahui tentang perayaan masyarakat Malaysia.
2. Menerangkan tentang perayaan masyarakat Malaysia.
3. Membuat penilaian tentang perayaan masyarakat Malaysia.

3

Kaedah Kajian

1. Temubual
Kami telah menemu bual dengan ibu dan bapa untuk mendapatkan maklumat tentang sambutan
perayaan masyarakat di Malaysia.

2. Pemerhatian
Kami juga telah melihat dan memerhati amalan sambutan perayaan dalam keluarga saya serta
rakan yang beragama lain.

3. Analisis Dokumen (Gambar sambutan Perayaan)
Selain itu, kami juga telah meneliti gambar serta statistik bagi setiap perayaan yang di sambut bagi
mendapatkan maklumat yang berkaitan.

4

Hasil Kajian (1)

Hari Raya Hari Raya Tahun
Aidilfitri Aidiladha Baharu Cina

Deepavali PERAYAAN San Pedro
DI
Thaipusam Sambutan Tahun
MALAYSIA Baharu, Ganggulang
Hari Gawai
dan Hari Moyang

Vaisakti

Pesta Krismas Hari
Kaamatan Wesak

Rajah 1.0 : Perayaan di Malaysia 5
dalam bentuk Peta Bulatan

Hasil Kajian (1)

Rajah 1.1 : Bilangan Penduuduk Malaysia pada tahun 2020 sehingga 2022

6

Hasil Kajian (1)

Rajah 1.2 : Carta peratusan penduduk warganegara mengikut kumpulan etnik Rajah 1.3 : Peratusan penduduk warganegara
2020- 2022 mengikut kumpulan etnik pada tahun 2022

7

Hasil Kajian (2) 10
8
1. Perayaan Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri disambut oleh masyarakat Islam
pada 1 Syawal mengikut kalender Islam. Ia
merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat
yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya
bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah
menjalani ibadat puasa selama sebulan. Ia
merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat
Islam di Malaysia.

1.1 Simbol

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia
ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang
masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat
adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun
kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan
bersama dengan rendang. Antara juadah yang lain
adalah seperti lemang, lontong, dodol dan kuih raya.

Hasil Kajian (2)

1.2 Amalan

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri
ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan
dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari
Raya Aidilfitri selalunya sebelum dan sejurus sesudah
menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri, umat Islam
yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi
pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah
atau bacaan surah Yassin. Kemudian mereka akan
berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.
Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan
yang lampau.

9

Hasil Kajian (2)

2. Perayaan Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha disambut oleh masyarakat Islam
pada 10 Zulhijah mengikut Kalender Islam. Perayaan
ini bermula dengan takbir Aidiladha pada 9 Zulhijah
selepas solat maghrib, diikuti dengan solat sunat
Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijah,
sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh
dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13
Zulhijah, yang dipanggil hari Tasyrik

2.1 Simbol
Hari Raya Aidiladha melibatkan penyembelihan
binatang ternakan seperti lembu, kambing, biri -biri,
kambing dan unta. Tujuannya adalah untuk
memastikan setiap muslim dapat memakan daging,

10

Hasil Kajian (2)

2.2 Amalan

Semasa perayaan Aidiladha, amalan mengedarkan
daging di kalangan masyarakat islam yang menjalankan
ibadah korban serta melafazkan takbir sebelum
menunaikan solat sunat Aidiladha pada hari pertama
dan selepas solat sepanjang empat hari lebaran,
dianggap sebagai perkara penting dalam perayaan Islam
ini.

11

Hasil Kajian (3)

Keagamaan

Meraikan Tujuan Mengingati
Tahun Sambutan Tokoh
Baharu Perayaan Di Agama
Malaysia

Mensyukuri Mengharapkan
Hasil Unsur Baik
Mengatasi
Tanaman atau Kejahatan
Hasil Laut

12

Hasil Kajian (4)

Perbezaan amalan perayaan dahulu dan sekarang

1. Kad Ucapan
Pada masa dahulu kad ucapan dihantar melalui pos atau serahan tangan manakala pada masa sekarang
ucapan dihantar melalui media elektronik seperti e-mail dan media sosial.

Kad Raya e- Kad Raya

13

Hasil Kajian (4)

2. Kolam
Pada masa dahulu tradisi membuat ‘kolam’ daripada tepung atau hampas kelapa bagi masyarakat yang
merayakan perayaan Deepavali manakala pada masa sekarang ‘kolam’ dihasilkan dengan
menggunakan beras yang berwarna - warni.

Kolam yang di hasilkan dengan Kolam yang di hasilkan dengan 14
menggunakan tepung menggunakan beras warna - warni

Hasil Kajian (4)

3. Makan besar Tahun Baharu Cina
Pada masa dahulu tradisi tradisi makan besar di rumah dengan berkumpul bersama-sama keluarga
pada malam Tahun Baharu Cina berbeza pada masa sekarang kebanyakkan mereka memilih untuk
meraikan makan besar di restoran atau hotel.

Meraikan di rumah Meraikan di restoran

15

Hasil Kajian (4)

4. Mengambil gambar sebagai kenangan
Pada masa dahulu tradisi mengambil gambar dilakukan di kedai gambar manakala pada waktu sekarang
boleh dibuat secara swafoto

Mengambil gambal di kedai gambar Swafoto dengan menggunakan telefon mudah alih dan
memuatnaik di media sosial

16

Hasil Kajian (4)

5. Mengambil gambar sebagai kenangan
Pada masa dahulu mereka menggunakan periuk api untuk memasak juadah hari raya manakala pada
waktu sekarang mereka menggunakan periuk segera.

Memasak rendang dengan Masak juadah hari raya dengan menngunakan periuk
menggunakan periuk api segera.

17

Hasil Kajian (5)

Keunikkan sambutan perayaan masyarakat di Malaysia

1. Balik Kampung
Keunikkan masyarakat di Malaysia adalah meraikan perayaan bersama ibu-bapa dan sanak saudara di
kampung halaman. Kebanyakkan masyarakat yang bekerja di bandaraya akan pulang ke kampung
halaman masing-masing.

18

Hasil Kajian (5)

2. Pemberian duit raya dan ‘angpow’
Pemberian duit raya kekal sehingga kini dikalangan masyarakat yang meraikan perayaan Hari Raya
Aidilfitri manakala masyarakat yang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina memberi ‘angpaw’.

Pemberian duit raya kepada kanak- Pemberian angpow kepada kanak-
kanak kanak

19

Hasil Kajian (5)

3. Kunjung mengunjung
Amalan kunjung mengunjung menjadi kekal sehingga kini dikalangan masyarakat Malaysia tanpa
mengira bangsa dan agama.

Kunjung mengunjung dari pelbagai kaum bagi setiap perayaan

20

Hasil Kajian (6)

Kepentingan menghargai warisan perayaan masyarakat Malaysia

1. Meneruskan kesinambungan dan ketinggian tamadun negara yang diwarisi sejak dahulu lagi kepada
generasi baru.
2. Melambangkan keistimewaan budaya dalam masyarakat yang berbilang kaum serta menjadi
sebahagian daripada identiti negara Malaysia.
3. Mempamerkan sikap mesra dan saling hormat menghormati di kalangan masyarakat serta memupuk
keadaan yang harmoni dikalangan masyarakat.

21

Kesimpulan

Perayaan yang disambut oleh masyarakat kita pada hari ini masih mengekalkan budaya dan
adat resam yang diwarisi sejak dahulu lagi.

Oleh itu, kita perlulah sentiasa mengamalkan sikap saling hormat menghormati diantara satu
sama lain agar keharmonian ini dapat kekal selamanya. Keunikkan negara Malaysia yang mempunyai
pelbagai kaum menjadi contoh dan tauladan kepada negara lain.

Harapan kami agar Malaysia terus maju dan hormoni supaya perayaan di Malaysia dapat
disambut dengan meriah. Keharmonian yang kekal ini dapat mengeratkan silaturahim dikalangan semua
kaum, bangsa dan agama. Semangat perpaduan harus dipupuk dalam setiap generasi bagi
memudahkan mereka memahami perayaan masing-masing serta menanam sikap cinta pada negara.

22

Rujukan

1. Buku Teks Sejarah Tahun 6.
2. Orang sumber Ibu dan bapa.
3. Dokumen sumber Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia - (Hasil Kajian 1).
4. Gambar sumber laman sesawang media elektronik.

Lampiran

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2022 disambut dengan meriah sekali selepas dua tahun tidak dapat beraya di
kampung bersama sanak saudara kerana wabak covid -19.

Take risks to lead in Keluarga Lutfi Keluarga Farabby Keluarga Rizq
product innovation

Keluarga Fawzan


Click to View FlipBook Version