The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izurinnrahman, 2022-11-07 10:02:50

etika dan peradaban anyflip

etika dan peradaban anyflip

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK TUGASAN

PERPADUAN DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH
USTAZ RAMLI BIN OMAR

NAMA PELAJAR

NAMA NOMBOR MATRIK
SITI NOOR SAADIAH BINTI AB 19DUP22F1026

WAHAB 19DUP22F1016
NUR IZZURIN BINTI RAHMAN 19DUP22F1036
TEHJASWINI NAIR A/P PRIVIN

ISI KANDUNGAN

UNIT PERKARA MUKA SURAT
1 1.0 PENGHARGAAN 1

2 2.0 PENGENALAN 2

3 3.0 KEPENTINGAN PERPADUAN 3-4
KAUM 5-6
7-8
4 4.0 LANGKAH MEMUPUK
PERPADUAN KAUM 9
10
5 5.0 KEBURUKAN DAN KEBAIKAN
MASYARAKAT BERSATU PADU

6 6.0 KESIMPULAN

7 7.0 RUJUKAN

OBJEKTIF

 MENJELASKAN KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

 MENYATAKAN KEBAIKAN MENGUKUHKAN PERPADUAN YANG
SEDIA ADA DI MALAYSIA

 MENERANGKAN LANGKAH LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN
ANTARA KAUM

 MENGENALPASTI KESAN SEKIRANYA MASYARAKAT TIDAK
BERSATU PADU

1.0 PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh
jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustaz Ramli Bin
Omar, Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU
21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga
banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini
berlangsung. Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami
yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang
penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan terima
kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung
atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.
Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan
ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan
hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa
bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja
kursus ini dengan sempurna.

1

2.0 PENGENALAN
Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang
diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza
untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain
perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum
yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia Melayu,
Cina, India Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada
segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi
isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia.Menurut Kamus Melayu terbitan
Fajar Bakti Sdn Bhd,perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai
satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakatdan negara supaya
setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dannilai bersama
serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Di samping itu juga,definisi
perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai
penggabungan, peleburan, persesuaian dan perihal berpadu iaitu bergabung
menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan
perpaduan sebagai satu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan
dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju.Akhir sekali, Asabiyyah
merujuk kepada perpaduan sosial dengan penekanan kepada kesatuan,
kesedaran kumpulan, dan kepaduan sosial, pada asalnya di dalam konteks
"kepuakan" dan "kesukuan", tetapi kadangkala digunakan untuk nasionalisme
moden, menyerupai sistem komunalisme. Istilah Ibn Khaldun secara amnya
sama dengan perpaduan Ibn Khaldun dengan secara efektif menyatakan
bahawa setiap dinasti memiliki benih-benih kejatuhannya. Beliau
menerangkan bahawa keluarga yang memerintah lazimnya muncul dari
pinggir empayar dan menggunakan kepaduan yang terdapat dalam
masyarakat pinggiran untuk membawa perubahan kepada pimpinan.

2

3.0 KEPENTINGAN PERPADUAN DI MALAYSIA

 Dapat membangunkan ekonomi negara

Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat
pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat
Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni
di bawah satu bumbung.Selaras dengan itu, ekonomi negara akan
berkembang dengan kemasukan pelancong asing.

 Mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat dan
mengeratkan ikatan persahabatan

Keharmonian demi kesatuan ini merupakan keistimewaan yang bukan sahaja
memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum malah menjadi penanda aras
bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai negara yang aman dan
harmoni.

 Sebagai sebuah negara yang merdeka

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan yang mutlak ini, pelbagai ranjau
berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut
kemerdekaan.Hasilnya mmembuat masyarakat Tanah Melayu ketika itu
berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris
supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu yang telah
memberikan masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan
penjajah.

 Mengekalkan keamanan negara

Perpaduan antara rakyat tidak kira bangsa dan agama adalah sangat penting
supaya peristiwa berdarah yang terjadi pada 13 Mei 1969 akibat rusuhan
antara kaum Cina dan Melayu yang telah mengorbankan banyak nyawa tidak
berulang lagi. Jika rakyat tidak mempunyai persefahaman dan toleransi

3

antara satu sama lain, persengketaan akan tercetus dengan mudah. Hal ini
akan menyebabkan hubungan yang dingin antara masyarakat dan belakunya
pertengkaran-pertengkaran yang akan menggugat keamanan negara.

4

4.0 LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN

 Mengadakan bulan patriotik dan kemerdekaan.

Sekolah harus mengadakan program sempena memperingati hari
kemerdekaan negara. Acara yang dilaksanakan adalah seperti ceramah
kemerdekaan, menyanyikan lagu kebangsaan negara, kibaran jalur gemilang,
hiasan bilik darjah dan asrama,melukis potret tokoh negara serta sambutan
detik kemerdekaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program
ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan
bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme
yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

 Mengadakan majlis rumah terbuka

Rumah terbuka merupakan kaedah pemupukan perpaduan yang efektif
kerana dapat mendedahkan masyarakat kepada keunikan adat resam kaum
lain. Secara tidak langsung, persefahaman antara kaum dapat diwujudkan
dan hubungan erat bak isi dengan kuku dapat dijalin. Dengan perkataan lain,
aktiviti kemasyarakatan merupakan kaedah yang paling berkesan untuk
memupuk perpaduan kaum.

 Penganjuran aktiviti bergotong-royong

Melalui penganjuran aktiviti gotong-royong,masyarakat dapat memupuk
semangat bekerjasama bak aur dengan tebing untuk membersihkan dan
mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman.Aktiviti sebegini
mampu menjamin keceriaan kawasan kediaman masyarakat dan juga
membuka ruang serta peluang komunikasi antara jiran tetangga.

 Penggunaan Bahasa Kebangsaan

Cara paling penting ialah penggunaan Bahasa Kebangsaan. Hal ini demikian,
penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu

5

kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.
Sebagai contoh, Bahasa Melayu digunakan semasa berkomunikasi dengan
kaum lain.Jelaslah bahawa langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan
rasa hormat antara kaum di negara ini.

6

5.0 KEBURUKAN DAN KEBAIKAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU

5.1 KEBURUKAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU

 Masyarakat yang telah berpecah belah menjadikan negara kacau-bilau
dan huru-hara

 Keselamatan dan keamanan negara akan terancam
 Kadar jenayah di dalam Negara akan meningkat
 Perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi.
 Masyarakat saling benci membenci dan tiada rasa kasih-

sayang,langgungjawab dan kerjasama di dalam satu komuniti
 Tunjuk perasaan.perhimpunan dan aktiviti yang tidak sihat akan

berterusan dan berleluasa.
 Masalah mencuri, meculik dan lain-lain akan meningkat kerana tiada

sikap untuk saling bekerjasama.
 Wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain

kerana wujudnya sikap perkauman.
 Aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin

berhenti dengan serta-merta.

5.2 KEBAIKAN MASYARAKAT BERSATU PADU

 Dapat melindungi negara daripada ancaman kuasa luar kerana negara
yang mempunyai masyarakat yang berkerjasama antara satu sama lain
dapat melemahkan gerakan kuasa luar yang ingin menakluk negara .

 Negara akan sentiasa aman dan harmoni kerana masyarakat yang
bersatu padu akan melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada
masalah pertelingkahan antara kaum berlaku.

 Negara Malaysia akan dihormati dan disegani oleh negara asing kerana
kekal aman meskipun terdapat masyarakat yang berbilang kaum.

7

 Ekonomi negara juga akan meningkat dan para pelabur asing tidak akan
berasa takut untuk melabur di negara Malaysia kerana negara yang aman
dan bersih dari segala masalah.

 Kerjasama antara kaum dapat memudahkan Malaysia menuntut hak
sebagal warganegara.

8

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus
diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat
adalah amat penting bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta
menjamin kestabilan ekonomi dan politik negara. Hubungan kaum yang
harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi
mencapai kemajuan, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited
untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Justeru,
masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia
iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, ,
pendidikan dan integriti. Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses
pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global
yang besar. Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua
golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Sebarang
kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum yang
diterjemahkan secara berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan
dan persengketaan dan akhirnya merugikan negara kita sendiri dan
membazirkan usaha-usaha yang telah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin
dahulu.Tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak akan wujud kerana rakyat
akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan
sesebuah negara yang telah terbina. Malaysia merupakan sebuah negara
majmuk walaupun mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama tetap
mampu menjalinkan satu hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin
utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang.Sebagai
pengakhir kata,setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha
untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.Setiap
individu mestilah memainkan peranan atau secara sukarela dan penuh
tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.

9

7.0 RUJUKAN
 1malaysiaunited.blogspot.com
 slideshare.net
 -v2n1-n4.pdf
 forumms.net
 Academia.edu
 https://etikaperpaduandimalaysia.blogspot.com
 https://dokumen.tips/documents/folio-sejarah-tingkatan 2
 perpaduan-kaum-569e6154cbd28.html
 https://perpaduandimalaysia-efolio.blogspot.com/2020/40/e folio-etika-

dan-peradabanperpaduan-di.html
 http://karanganspmska.blogspot.com/2016/03/langkah langkah-memupuk-

perpaduan.htm

10


Click to View FlipBook Version