The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusrizullkiffli99, 2024-03-31 14:13:58

Sajak Keistimewaan Kita

4 DELIMA 01.04.2024 (ISNIN)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 4 Delima Bilangan Murid : Tarikh : 01/04/2024 Masa : 8.10 – 9.10 pagi (1 jam ) Tema : Kemasyarakatan Tajuk : Istimewanya Kita Fokus Standard Kandungan : 4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. Standard Pembelajaran : 4.2.1 Melafazkan dan menjelaskan maksud sajak Objektif : Pada akhir PdP murid-murid dapat: i. melafazkan sajak “Istimewanya Kita” dengan sebutan yang tepat. ii. menjelaskan maksud sajak ‘Istimewanya Kita’ dengan betul dan tepat. Kriteria keyajaan Murid dianggap berjaya sekiranya : i. dapat melafazkan satu rangkap sajak “Istimewanya Kita” dengan sebutan yang tepat dan fasih. ii. dapat mendeklamasikan satu rangkap sajak “Istimewanya Kita” dengan nada yang sesuai dan betul. iii. dapat menjelaskan sekurang-kurangnya satu maksud sajak ‘Istimewanya Kita’ dengan betul dan tepat. STRATEGI/PENDEKATAN/KAEDAH/TEKNIK Konsep 5P Penyerapan Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Penilaian, Pengayaan, Pemulihan : rujuk lajur catatan Sistem Bahasa : Kosa Kata : ucapan keramat, kelam, petualang Pembelajaran Kecerdasan Pelbagai (KP) : Verbal linguistik, interpersonal dan muzik Strategi/Pendekatan/Kaedah/ Teknik : Berpusatkan Murid, Pembelajaran Koperatif, Sumbang saran Kemahiran Berfikir(KB) : memahami, menjana idea dan menganalisis ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Nilai Murni : keyakinan diri, bekerjasama, rajin PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid sering mendengar sajak terutama pada Hari Guru dan Hari Kebangsaan BAHAN BANTU BELAJAR Bil Perkara Catatan 1. Video 1 2. Buku teks 42 3. Pembesar suara 1 4. Audio Sajak Istimewanya Kita 1 5. LCD 1 6. Komputer Riba 1 7. Belon 8


LANGKAH / MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PdP CATATAN Set Induksi 5 minit Cerita ‘Aku Istimewa’ Contoh soalan: • Apakah yang kamu faham tentang video tersebut? • Adakah kamu bersyukur dengan diri kamu sendiri? 1. Murid menonton satu video bertajuk ‘Aku Istimewa’ 2. Murid dan guru bersoal jawab tentang video yang dimainkan. 3. Jawapan murid dikaitkan dengan isi kandungan yang ingin disampaikan. Kaedah : Sumbang saran KB: Menjana idea Nilai murni : Keyakinan diri BBB: Video, pembesar suara, projektor LCD, komputer riba. Langkah 1 10 minit Sajak ‘Keistimewaan Kita’ 1. Murid ditayangkan teks sajak ‘Keistimewaan Kita’. 2. Beberapa orang murid dipilih untuk melafazkan sajak tersebut diikuti oleh murid lain. 3. Murid diperkenalkan bentuk dan ciri-ciri sajak. Ciri-ciri sajak 1. Jumlah rangkap bebas. • Ada 3 rangkap 2. Jumlah baris setiap rangkap bebas dan tidak tetap. • Rangkap 1 & 2 = 7 baris • Rangkap 3 = 8 baris 3. Bentuknya bebas. • Rima = bebas 4. Setiap baris dalam rangkap sajak mempunyai maksud. BBB: Projektor (Teks Sajak) Strategi: Berpusatkan murid Nilai murni: Keyakinan diri


Langkah 2 (20 minit) Sajak ‘Istimewanya Kita’ 1. Murid mendengar audio cara mendeklamasikan sajak dengan betul mengikut nada yang sesuai. 2. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. 3. Tiga kumpulan dipilih secara rawak untuk mendeklamasikan sajak mengikut perenggan manakala murid lain mengikut bacaan kumpulan terpilih. 4. Murid dipilih secara rawak untuk memberikan penerangan ringkas tentang sajak yang dilagukan. BBB: Projektor (teks sajak, audio sajak ‘Keistimewaan Kita. KP: Interpersonal & muzik Nilai murni: Bekerjasama Penilaian Objektif Langkah 3 (20 minit) Permainan ‘Tembak dan Jawab’ Konsep Permainan: • Seorang wakil daripada setiap kumpulan menembak mana-mana belon. • Kertas yang terjatuh daripada belon dibawa kepada ahli kumpulan. • Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti pengajaran berdasarkan rangkap yang terpilih. 1. Setiap kumpulan diminta untuk memilih seorang wakil kumpulan dan datang ke hadapan keals. 2. Murid tersebut perlu menembak satu belon yang mengandungi satu rangkap sajak. 3. Secara berkumpulan, murid perlu mengenal pasti maksud rangkap sajak yang diperoleh. 4. Wakil kumpulan menulis jawapan pada peta minda digital di hadapan kelas. BBB : Belon, peta digital, potongan kertas. KP: Interpersonal EMK: Bekerjasama Penilaian Objektif Penutup 5 minit Rumusan: Sosial Murid mendeklamasikan semula sajak “Keistimewaan Kita secara beramai-ramai. Nilai murni: Bertanggungjawab


LAMPIRAN Lampiran A Istimewanya Kita Istimewanya kita dilahirkan seorang ibu membuka pintu dunia jasanya tetap dikenang dengan ucapan keramat Selamat Hati Ibu. Istimewanya kita dididik insan yang gigih menerangi alamku yang kelam hingga membawaku ke bintang jasamu sepanjang zaman pasti kukenang dengan ucapan Selamat Hari Guru. Istimewanya kita mampu menikmati keamanan berkat gagah berani perwira negara meniup semangat membara mengusir petualang akan kukenang jasamu Selamat Hati Pahlaman


Lampiran B


Catatan Refleksi: i. Kekuatan pengajaran guru • ii. Kelemahan pengajaran guru • iii. Cadangan penambahbaikan • iv. Catatan tambahan •


Sajak Istimewanya Kita Istimewanya kita dilahirkan seorang ibu membuka pintu dunia jasanya seluas alam budinya tetap dikenang dengan ucapan keramat Selamat Hati Ibu. Istimewanya kita dididik insan yang gigih menerangi alamku yang kelam hingga membawaku ke bintang jasamu sepanjang zaman pasti kukenang dengan ucapan Selamat Hari Guru. Istimewanya kita mampu menikmati keamanan berkat gagah berani perwira negara meniup semangat membara mengusir petualang akan kukenang jasamu Selamat Hati Pahlawan.


AKTIVITI TEMBAK DAN JAWAB Istimewanya kita dilahirkan seorang ibu membuka pintu dunia jasanya seluas alam Sebagai anak, kita mestilah bersyukur kerana dilahirkan oleh seorang ibu. jasanya tetap dikenang dengan ucapan keramat Selamat Hati Ibu. Kita juga perlu mengenang jasanya dan mengucapkan Selamat Hari Ibu. Istimewanya kita dididik insan yang gigih menerangi alamku yang kelam hingga membawaku ke bintang Sebagai murid, kita perlulah menghargai jasa guru kerana gigih mendidik kita sehingga berjaya. jasamu sepanjang zaman pasti kukenang dengan ucapan Selamat Hari Guru. Kita juga perlu mengenang jasa guru dan mengucapkan Selamat Hari Guru Istimewanya kita mampu menikmati keamanan berkat gagah berani perwira negara meniup semangat membara mengusir petualang Sebagai rakyat, kita perlu mengenang jasa pasukan negara yang gagah dan berani mempertahankan negara. Kita juga mampu hidup dengan aman. akan kukenang jasamu Selamat Hati Pahlawan. Oleh itu, kita seharusnya mengucapkan Selamat Hari Pahlawan untuk mengenang jasa mereka.


Click to View FlipBook Version