Dirasmikan oleh:
Yb tan sri hj noh bin hj omar
Menteri pembangunan usahawan &
koperasi
Ahli parlimen tg karang
TARIKH: 24.10.2021 (AHAD)
YOUTUBE LIVE TVPSS SKSB
MASA : 2.30 PETANG
ISI KANDUNGAN
Kata-Kata Aluan YDP PIBG
Kata-Kata Aluan Penasihat PIBG
Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 47 Edisi 2021
Aturcara Majlis Dan Agenda Mesyuarat Agung PIBG
Carta Organisasi PIBG Sesi 2020/2021
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 46 Edisi 2020
Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31hb Disember 2020
Pertanyaan/ Soalan/ Usul/ Cadangan PIBG 2021
Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG Tahun 2020/2021
Senarai Nama Guru Dan Kakitangan SK Sungai Burong 2021
Pencapaian Murid Dalam Ko-Akademik dan Sukan 2021
Pengurusan PIBG 2021
Penghargaan
Kata-kata Aluan Penasihat PIBG
Bismillahhirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam
Negaraku Malaysia.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu
maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-47 dapat diterjemahkan hari ini. Terima kasih kepada
semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini ini. Kehadiran ibu bapa secara Maya menunjukkan
komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan
dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung
penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen
yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Sesungguhnya, jauh disudut hati ini, saya mengimpikan mesyuarat ini dilaksanakan secara
bersemuka. Namun apakan daya, pandemik Covid-19 menjadi kekangan, maka Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG ini dilaksanakan secara norma baharu. Hal ini terjadi bukan sahaja kepada kita bahkan
kepada masyarakat seluruh dunia. Kita perlu akur kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang
ditetapkan demi memastikan kita akan kembali ke dalam norma yang biasa. Walau bagaimanapun,
sebagai pentadbir, saya tetap akan melaksanakan tugas saya sebaik mungkin. Justeru, atas sokongan
ibubapa dan guru-guru, saya telah cuba untuk menambahbaik prasarana di sekolah ini untuk
kemudahan pembelajaran murid-murid di SK Sungai Burong.
Setiap kelas dipastikan mempunyai kipas dan lampu yang berfungsi, pintu dan tingkap yang
sempurna, tandas yang dibaik pulih, Pondok Keselamatan dinaik taraf untuk keselesaan dan
persekitaran sekolah diceriakan. Selain itu, kita telah sedia maklum sekolah kita telah mendapat
pelbagai kemudahan seperti dewan dan terkini, Projek Smart Scholl Class, yang diurus oleh PIBG,
menampung sumbangan bumbung untuk laman membaca JTD, modul kelas intervensi Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Hasil daripada sumbangan Yang Berhormat Tan Sri Haji
Noh bin Haji Omar yang sentiasa dihati kami warga #SeSuBor. Saya sebagai guru besar dan mewakili
warga SK Sg Burong, ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan tersebut.
Untuk makluman ibu bapa, sesi persekolahan telah dibuka mengikut fasa. Selangor kini
berada di fasa 4. Murid Pra telah hadir ke sekolah sepenuh dan tiada penggiliran. Murid-murid Tahun
6 berumur genap 12 tahun seramai 35/41 orang telah menerima vaksin pada 19 Oktober. Manakala
murid Tahap 1 pula akan mula bersekolah mulai 1 November dengan penggiliran 50%. Jadual sesi
persekolahan untuk aliran perdana ini bolehlah ibu bapa rujuk jadual yang telah dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Makluman ini juga akan diberitahu dalam kumpulan WhatsApp
kelas anak-anak tuan dan puan. Oleh itu, saya harap ibu bapa dan penjaga ambil cakna tentang
maklumat yang dihantar oleh guru-guru kelas. Keselamatan guru dan anak-anak sentiasa menjadi
keutamaan pihak sekolah dengan memastikan semua SOP 3.0 yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dipatuhi. Kami yakin dan percaya dengan Kerjasama ibubapa, guru-guru dan
anak-anak mematuhi SOP yang telah dikeluarkan, anak-anak kita akan hadir ke sekolah dalam
keadaan selamat. Dalam hal ini kami amat berharap ibubapa atau penjaga dapat memastikan bahawa
anak-anak mereka yang sihat sahaja dihantar ke sekolah. Sebagai ibu bapa pula, pihak sekolah amat
berharap agar memaklumkan kepada pihak sekolah jika anak bergejala atau tidak sihat serta terkena
wabak COVID 19. Mohon ibu bapa melaporkan kepada guru kelas untuk tindakan selanjutnya iaitu
untuk membuat laporan. Tindakan ini wajib dibuat oleh pihak sekolah untuk rekod dan makluman
kepada pihak PPD.
Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Sepanjang pendemik ini, guru-guru
menjalankan PDPR secara maya dengan baik. Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak
sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik, ko-akademik dan dalam bidang kokurikulum, terus
dijalankan dengan jayanya walaupun secara Maya semua pertandingan ini dilaksanakan secara maya
iaitu melalui rakaman yang dihantar. Justeru, besarlah harapan kami warga SeSuBur agar pihak YB
dapat memberikan sumbangan naik taraf bilik pss,bilik akses,bilik tayang,kelas pemulihan,bilik
mesyuarat, bilik abad 21 ,ruang rehat guru,dan informasi bermaklumat di semua kawasan sekolah
selaras Pelan Strategik Organisasi sekolah.
Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak pernah putus
asa dalam mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin
kukuh antara guru dengan ibubapa selama ini diberkati oleh Allah SWT. Dalam usaha kita untuk
menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai
aktiviti. Kerjasama erat dan kesepaduan Bersama membangunkan sekolah ini dapat dilihat dengan
mata kita sendiri, iaitu SKSB telah berubah wajah. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan
dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta hadiah kecemerlangan untuk anak-anak
yang berjaya. Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang. Untuk itu, saya menyeru kepada
ibubapa agar terus menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan
merancang pelbagai aktiviti demi anak-anak kita.
Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar,
pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Kita
tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kepada pihak sekolah.
Dalam norma PDPR kini, pihak sekolah amat berharap agar kerjasama dan komitmen ibu bapa dalam
menguruskan anak-anak untuk belajar dari rumah, seperti menyediakan keperluan pembelajaran,
memastikan anak-anak hadir dalam setiap kali PDPR, Pihak sekolah memohon kerjasama dari pihak
ibu bapa agar anak murid ini mengikuti PDPR.
Selain itu, masalah tidak hadir PDPR tanpa sebab mesti diambil tindakan segera. Jangan kita
biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab dan tercicir dengan ilmu yang akan diberikan oleh
guru-guru. Data murid tidak hadir PDPR akan dihantar laporannya kepada pihak PPD. Justeru
Kerjasama semua pihak amat penting. Para guru akan berasa bangga jika ibu bapa sentiasa mengambil
berat disiplin anak-anak di sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang diterajui oleh Encik
Adib bin Amat Mustakim yang telah banyak memberi sokongan baik dalam bentuk kewangan
mahupun idea serta moral. Tidak keterlaluan jika saya katakan barisan PIBG sekolah ini amat
dedikasi dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan. Akhir kata,
semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi
membina insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjaya kepada agama,
bangsa, dan negara.
Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Sekian, Terima Kasih
HAJAH ISAH BINTI HAJI BAPPU
GURU BESAR SK SUNGAI BURONG
Kata-Kata Aluan YDP PIBG
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan inayahNya dapat kita sekali
lagi bertemu bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke - 47. Kita semua sedia
maklum bahawa mesyuarat kali ini terpaksa dilaksanakan secara atas talian. Tahniah saya ucapkan
kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan mesyuarat kali
ini.
Mesyuarat PIBG merupakan medium yang terbaik untuk ibu bapa berkongsi idea dan
memberikan pandangan yang bernas untuk sama-sama melonjakkan lagi kecemerlangan anak-anak
kita dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, juga dalam pembinaan sahsiah mereka. Bagi
mencapai kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Ia pastinya memerlukan pengorbanan dan komitmen
jitu kedua-dua belah pihak. Ibu bapa tidak boleh hanya bergantung harap kepada pihak sekolah
semata-mata, malahan perlu juga menyumbang tenaga dan sumbangan demi perkembangan anak-anak
kita.
Saya mewakili semua Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021 akan terus menyokong segala
program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan anak-anak kita dalam
semua aspek. Saya mengakui bahawa guru-guru sudah pun melakukan yang terbaik ke atas
pendidikan anak-anak. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan anak-anak tidak keciciran
ekoran pandemik Covid-19. Semoga segala usaha dan kerjasama yang sedia ada dapat dimantapkan
demi kecemerlangan dan kegemilangan SKSB. Sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa /
penjaga agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah sama
ada dari segi kewangan mahupun tenaga.
Akhir kata, saya juga berharap semoga mesyuarat pada kali ini berjalan dengan lancar dan
beroleh keberkatan daripada Allah swt.
Sekian, terima kasih.
ENCIK ADIB BIN AMAT MUSTAKIM
YDP PIBG SK SUNGAI BURONG Sesi 2020/2021
Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 47 Edisi 2021
PIBG. SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BURONG
BATU 12, JLN. BERNAM, 45500 TANJONG KARANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
BBA 3016 & FAX: 603-32693381 e-mail: [email protected]
Ruj.Tuan :
Ruj.Kami : SKSB. 100 – 7 / 1 / 1 ( )
Tarikh : 16 September, 2021
Kepada:
Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Sungai Burong
Batu 12 Jalan Bernam
45500 Tanjong Karang
Selangor Darul Ehsan
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SUNGAI BURONG KALI KE - 47
EDISI 2021
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Burong akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali ke-47 Edisi 2021 pada ketetapan berikut :
2.1 Tarikh : 24 Oktober 2021
2.2 Hari : Ahad
2.3 Pelantar : Siaran langsung Youtube TV PSS SK Sungai Burong
2.4 Masa https://www.youtube.com/watch?v=Pz16kFzeEEQ
2.5 Perasmi : 2.30 Petang
: Yang Berhormat Tan Sri Haji Noh Haji Omar
Ahli Parlimen Tanjong Karang
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
3. Bersama-sama ini disertakan lampiran jawapan kehadiran tuan/puan serta borang cadangan
atau usul. Sila kembalikan borang jawapan kehadiran dan cadangan atau usul kepada kami sebelum
atau pada 09 hb Oktober 2021 (Sabtu) melalui pautan https://forms.gle/M2hoC4fbbg4qGUmq6
4. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam menjayakan mesyuarat ini,
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang info boleh didapati di channel Telegram:
https://t.me/joinchat/7BYTTWcyBm9hNTVl atau hubungi Ustaz Ismail Abd Munir, Setiausaha
PIBG SK Sungai Burong di talian 013-3006981
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Disediakan Oleh Disahkan dan Diluluskan oleh
…………………................................………… …………………................................…………
ENCIK ISMAIL BIN ABD MUNIR ENCIK ADIB BIN AMAT MUSTAKIM
Setiausaha Yang Di-Pertua
Persatuan Ibu Bapa & Guru Persatuan Ibu Bapa & Guru
Sekolah Kebangsaan Sungai Burong Sekolah Kebangsaan Sungai Burong
PIBG. SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BURONG
BATU 12, JLN. BERNAM, 45500 TANJONG KARANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
BBA 3016 & FAX: 603-32693381 e-mail: [email protected]
ATURCARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG
SK SUNGAI BURONG KALI KE - 47 EDISI 2021
02.15 petang : Pendaftaran ibubapa dan guru
02.30 petang : Kata-kata aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar SK Sungai Burong
(Puan Hajah Isah binti Haji Bappu)
Ucapan Wakil PPD Kuala Selangor
(Encik Mahazir Bin Azemi)
Ucapan Yang Dipertua PIBG SK. Sungai Burong
(Encik Adib bin Amat Mustakim)
Ucapan Perasmian
( YB Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar )
Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi merangkap
Ahli Parlimen Tanjong Karang
03.15 petang : Mesyuarat Agung PIBG SK. Sungai Burong Kali ke-47 dimulakan.
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SK SUNGAI BURONG KALI KE - 47 EDISI
2021
1. Ucapan Pengerusi.
2. Ucapan Penasihat.
3. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46 sesi
2020
4. Perkara-perkara berbangkit.
5. Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan PIBG Kali ke-47sesi 2020/2021.
6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan berakhir Disember Tahun 2020.
7. Mencadang dan Melanik pengerusi sementara mesyuarat
8. Menerima dan Membahaskan usul-usul 2021
9. Ucapan penangguhan.
CARTA ORGANISASI
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK SUNGAI BURONG
SESI 2020/2021
PENAUNG
Tuan Haji Mohd Azuan Bin Mohd Nawawi
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor
PENASIHAT
Puan Hajah Isah binti Haji Bappu (Guru Besar)
YANG DIPERTUA:
Encik Adib Bin Amat Mustakim
NAIB YANG DIPERTUA:
Puan Salbiah Bt Saari
SETIAUSAHA:
Encik Ismail Bin Abd Munir
BENDAHARI:
Puan Nadiah Nur Bt Abdul Rahim
JAWATANKUASA IBU BAPA:
Encik Zainal Abidin Bin Md. Zain
Puan Nor Aslina Bt Md Yasin
Puan Norziana Bt Sapari
Encik Abd.Gafar Bin Mohamed Amzah
Encik Mohd Saiful Bin Paijo
Puan Noor Ain Bt Che Yah
Encik Mohd Najib Bin Samsuri
Encik Halil Amir Bin Omar
Puan Irma Bt Abdul Rahman
Puan Maslina Bt M. Adzoha
Puan Suhana Bt Md Yusof
JAWATAKUASA GURU
Encik Adanan Bin Daud
Encik Mohd Norfadzlie Bin Ishak
Puan Siti Aishah Bt Kaliwon@Lewon
JURU AUDIT
Encik Azrul Nizam Bin Mat Khar
Puan Rohaya Bt Yeop
JAWATANKUASA GERAK KERJA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-47 EDISI 2021
Tarikh : 24 Oktober 2021
Penasihat
Pengerusi : Puan Hajah Isah binti Haji Bappu
Pengerusi Bersama (Guru Besar SK SUNGAI BURONG)
Naib Pengerusi 1
Naib Pengerusi 2 : Encik Nordin bin Ramli
Naib Pengerusi 3 (GPK Pentadbiran SK SUNGAI BURONG)
Setiausaha
Bendahari : Encik Adib bin Amat Mustakim
(Yang Di Pertua PIBG SK SUNGAI BURONG)
: Tuan Haji Mohd Rafie bin Mahari
(GPK HEM SK SUNGAI BURONG)
: Encik Mazlan bin Sabran
(GPK Ko-kurikulum SK SUNGAI BURONG)
: Puan Salbiah binti Saari
(Naib Yang Di Pertua PIBG SK SUNGAI BURONG)
: Encik Ismail bin Abd Munir
(Setiausaha PIBG)
: Puan Nadiah Nur binti Abd Rahman
(Bendahari PIBG)
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
PENGERUSI MAJLIS ✓ Mengendalikan Majlis semasa perasmian
En. Adanan Bin Daud
Puan Allia bt. Baharun MAT PIBG.
BUKU PERSIDANGAN
Encik Ismail Bin Abd Munir ✓ Menyediakan dan mencetak buku
Puan Nadiah Nur binti Abd Rahman program secukupnya
POSTER / BACKDROP/BANNER MAYA ✓ Membuat sijil penghargaan AJK PIBG sesi
Puan Norhafizan bt Mohd Zin yang lepas.
Puan Nurul Hidayah binti Apandi ✓ Membina Poster dan Banner yang akan
Encik Saharin bin Ramli digunakan untuk MAT PIBG 2021 semasa
Online. *Mengikuti spesifikasi gmeet.
Encik Mohd Noor b. Mat Ain
TEKNIKAL STREAMING ONLINE ✓ Menyediakan platform MAT secara
online
Encik Ismail bin Abd Munir
Tuan Haji Mokhtar bin Suratin ✓ Menyediakan link pendaftaran.
PENDAFTARAN DAN SIJIL PENYERTAAN MAT ✓ Mengira jumlah kehadiran ibu bapa dan
PIBG 2021 guru
Puan Surita binti Mamat
Puan Nurhidayah bt. Mazlan ✓ Mencatat minit semasa perasmian dan
Encik Mohd Norfadzlie b. Ishak semasa Mesyuarat Agung PIBG.
PENCATAT MINIT MESYUARAT
Puan Norazimah binti Manan ✓ Menyediakan cendera hati perasmi
Puan Norahriza Md Arof Mesyuarat Agung PIBG
CENDERAHATI PERASMI ✓ Merakam peristiwa gambar dan video
Puan Norazizah bt. Chon sepanjang program.
Puan Hendon bt. Jerkaasi
PERAKAM PERISTIWA/DOKUMENTASI ✓ Membuat dokumentasi
Puan Masroha binti Wayni ✓ Membacakan doa yang bersesuaian
Puan Harlina binti Ismail
dengan majlis.
BACAAN DOA ✓ Menyediakan teks ucapan dengan laras
Encik Azrul Nizam bin Mat Khar
PENYEDIAAN TEKS ALUAN PERASMI/GURU Bahasa yang mudah difahami
BESAR/YDP PIBG ✓ Menyediakan montaj tayangan
Puan Nor Wahida bt. Sidek
Perasmian MAT 2021
Encik Yusop bin Udin
MONTAJ ✓ Membuat kad jemputan maya
✓ Menjemput para tetamu
Puan Nadiah Nur Abd Rahim
Puan Farhatul Khalidah Zainal Abidin
JEMPUTAN MAYA
Puan Siti Aishah bt. Kaliwon @ Lewon
Encik Shahrul Azlan b. Bujang
PK 07/3
Tarikh MINIT MESYUARAT AGUNG
Masa PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
Tempat SK SUNGAI BURONG, TANJONG KARANG
Pengerusi
KALI KE – 46 EDISI 2020
: 14 Mac 2020/Sabtu
: 8.00 pagi
: Dewan Jubli Intan, SK Sungai Burong
: En. Adib bin Amat Mustakim
Kehadiran(Bilangan) : 124 orang
1 AGENDA 1
PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 En.Adib bin Amat Mutakim selaku Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih
kepada ibu bapa dan ahli PIBG yang hadir.Dimulakan dengan bacaan ummul
kitab.Kehadiran ibu bapa sangat memberangsangkan pada pagi ini.
1.2 Mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang hadir demi kemajuan anak- anak
SKSB.Program tahun 2020, sarana ibu bapa telah berjaya dilaksanakan terutama
dalam menceriakan kelas dan gotong- royong persekitaran sekolah.
1.3 Kerjasama erat antara PIBG dan sekolah telah memberikan hasil bahawa SKSB
Berjaya mendapat tempat dalam kelompok sekolah yang berjaya mencapai 6A. Syabas
dan tahniah kepada ibu bapa dan pihak sekolah.
1.4 Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah berusaha keras untuk
memastikan kejayaan anak anak SKSB.Alhamdulillah murid-murid yang mendapat
kejayaan cemerlang telah berjaya menempatkan diri di sekolah terbaik seperti MRSM
1.5 SKSB telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh dari alumni seperti Tan Sri Haji Noh
Bin Haji Omar dan Tan Sri Ir. Zainuddin Bin Karjan.
2 AGENDA 2
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 En. Mohd Yusop B. Udin selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat
Agung kali ke-45 2019/2020 pada halaman 11 -18 buku program untuk diterima dan
disahkan oleh ahli mesyuarat.
2.2 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45 sesi 2019/2020 bertarikh 02hb Februari 2019
diterima tanpa pindaan.
Dicadang untuk disahkan oleh Pn.Fauziah Bt Mat Isa
Disokong untuk pengesahan oleh Pn.Salbiah bt Saari
3 AGENDA 3
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada perkara-perkara berbangkit
4 AGENDA 4
MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG YANG BERAKHIR
PADA 31HB DISEMBER 2019
4.1. Bendahari, En. Saharin bin Ramli membentangkan Penyata Kewangan PIBG berakhir
31hb Disember 2019 dan meminta semua ahli mesyuarat merujuk muka surat 24.
Dicadang untuk disahkan oleh En.Halil Amir Bin Omar
Disokong untuk pengesahan oleh Pn.Fauziah Bt Mat Isa
5 AGENDA 5
MEMBAHASKAN USUL-USUL DAN CADANGAN
5.1 Usul / cadangan lain ahli mesyuarat
Tiada usul tetapi terdapat beberapa cadangan:
5.1.1 Pn. Irma binti Abdul Rahman
Hiasan di dalam kelas. Diharap tidak menggunakan bahan-bahan hiasan kelas yang boleh
mencacatkan keceriaan kelas kerana kelas berikut akan digunakan untuk jangka masa
panjang.
Maklumbalas: YDP mencadangkan agar hiasan kelas yang dijalankan oleh sarana
mengambil kira untuk kesan jangka masa panjang dan tidak mencacatkan kelas
tersebut.
5.1.2 Pn. Nor Aslina binti Md Yasin
Majlis sambutan hari jadi anak-anak adakah dibolehkan atau diberi kelonggaran untuk
dilakukan pada hari persekolahan?
Maklum balas: Guru Besar memaklumkan bahawa waktu PdPC tidak dbenarkan
diadakan sebarang majlis hari jadi. Guru Besar memberi beberapa cadangan untuk
perkara tersebut. Pilihan pertama boleh dijalankan sambutan hari jadi semasa waktu
Kokurikulum di sesi petang. Pilihan kedua semasa menyambut sambutan hari kanak-
kanak peringkat sekolah. Sebagai contoh gabung dari kelahiran Januari sehingga
Jun. Pilihan ketiga selepas waktu persekolahan atau semasa rehat sahaja. Jadi
sarana boleh memilih waktu yang bersesuaian mengikut pilihan yang ada.
5.1.3 Pn. Salbiah binti Saari
Ziarah cakna seharusnya pihak sekolah bersama-sama dengan PIBG.
Maklum balas: Guru Besar memberitahu ada disusun dan dirancang untuk
mengadakan ziarah cakna bersama PIBG dan Ketua Kampung. Bagi ziarah drastik
yang dilakukan oleh pihak sekolah bersama Kaunselor dan PK HEM kerana murid
yang bermasalah dari segi kehadiran ke sekolah.
5.1.4 Pn Hajah Isah Binti Haji Bapu
Mencadangkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak MBK. Menasihatkan kepada
ibu bapa untuk mebawa anak-anak untuk pemeriksaan lanjut di hospital dan jangan takut
untuk hantar anak-anak ke sekolah khas kerana di sana ada pendekatan dan pembelajaran
khas sesuai untuk anak-anak demikian.
AGENDA 6
AHLI JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2019/2020
6.1 Terdapat pemilihan dan pencalonan AJK pada tahun 2019/2020. Setelah melalui proses
pencalonan dan undi, berikut adalah senarai penuh AJK PIBG bagi Sesi 2019/2020.
Penasihat : Puan Hajah Isah binti Haji Bappu
Yang Di Pertua : Encik Adib Bin Amat Mustakim
Naib Yang Di Pertua : Puan Salbiah Bt Saari
Setiausaha : Encik Ismail Bin Abd Munir
6 Bendahari : Puan Nadiah Nur Bt Abdul Rahim
Ahli Jawatankuasa :
AJK Ibubapa
1. Encik Zainal Abidin Bin Md. Zain
2. Puan Nor Aslina Bt Md Yasin
3. Puan Norziana Bt Sapari
4. Encik Abd.Gafar Bin Mohamed Amzah
5. Encik Mohd Saiful Bin Paijo
6. Puan Noor Ain Bt Che Yah
7. Encik Mohd Najib Bin Samsuri
8. Encik Halil Amir Bin Omar
9. Puan Irma Bt Abdul Rahman
10. Puan Maslina Bt M. Adzoha
11. Puan Suhana Bt Md Yusof
Juruaudit Dalaman AJK Guru
Juruaudit Dalaman 1. Encik Adanan Bin Daud
2. Encik Mohd Norfadzlie Bin Ishak
3. Puan Siti Aishah Bt Kaliwon@Lewon
: Encik Azrul Nizam Bin Mat Khar
: Puan Rohaya Bt Yeop
7 AGENDA 7
HAL-HAL LAIN
7.1 Ucapan Penasihat (Guru Besar Pn Hjh Isah Bt Hj Bappu)
7.1.1 Mengucapkan salam dan rasa syukur di atas kehadiran ibu bapa dan kehadiran
tetamu kehormat ke mesyuarat PIBG kali ke 46. Kehadiran ibu bapa seramai 124
orang. Sebuah sekolah bergerak atas kesepaduan bersama PIBG.
7.1.2 Masalah murid yang masih tidak menguasai 3M. Murid tegar Bahasa Melayu
seramai 69 orang.Manakala BM dalam bimbingan seramai 51 orang.Bagi matapelajaran
Matematik murid tegar seramai 33 orang manakala dalam bimbingan seramai 70
orang.Dari segi kurkilum memberi kesan kepada MTM tahap minimum sekolah.
7.1.3 Sekolah telah memulakan program Intervensi bagi Matematik dan Bahasa Melayu
bermula Mac manakala sebahagian kelas tahap 2 pada hari Sabtu. Keberhasilan murid
tidak hanya dari 1 hala tapi dari 2 hala iaitu perlu kerjasama dari ibu bapa sendiri.
7.1.4 Bagi murid-murid tahun 6 guru-guru telah mengadakan kelas tambahan UPSR
telah bermula sejak Disember 2019.Sasaran untuk tahun 6 ada dua iaitu MTM dan
pencapaian 6A.
7.1.5 Masalah dari segi fizikal sekolah yang dihadapai ialah dari segi aliran air tiada,
longkang berlumpur dan disebabkan aliran air keluar tiada telah menyebabkan masalah
air bertakung.
7.1.6 Masalah makmal komputer sekolah yang tidak beroperasi sejak tahun 2014,kesan
nya anak-anak murid tidak dapat menguasai sepenuhnya penggunaan Google
Classroom.Pihak JKR telah mengeluarkan bancian kewangan anggaran sebanyak
RM50,000 berkaitan isu makmal komputer.
7.1.7 Keadaan Pusat Sumber Sekolah dari segi lantai,tiada penghawa dingin dan dari
segi pencahayaan.Hari Rabu telah ditetapkan murid-murid perlu hadir untuk program
NILAM. Hari Khamis pula dijalankan program dari Panitia Bahasa Inggeris.Melatih
murid murid untuk berani bercakap dan berkeyakinan.
7.1.8 Makluman bahawa SK Sungai Burong akan menjadi Tuan Rumah bagi
pertandingan Sahibba pada bulan 4 ni.
7.1.9 Ziarah cakna murid tahun 6 yang tidak hadir semasa ujian bulanan. Pihak sekolah
telah melawat murid tersebut dan murid telah hadir ke sekolah.
7.1.10 Bilangan murid RMT yang layak pada tahun ini sebanyak 46 orang.Namun masih
terdapat murid RMT yang tidak mengambil makanan RMT semasa waktu rehat. Jumlah
terkini murid SKSB seramai 278 orang sahaja
7.1.11 Ucapan ribuan terima kasih kepada kedua-dua tetamu kehormat,barisan
jawatankuasa PIBG dan ibu bapa. Harapan agar sama-sama berusaha untuk
meningkatkan MTM Sk Sungai Burong
7.2 Ucapan Perasmi
Yang Berbahagia Tan Sri Ir.Zainuddin Bin Karjan
(Pengarah Urusan Mangkubumi Sdn Bhd)
7.2.1 Mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG dan sekolah kerana sudi
menjemput beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 2020.Tahniah dan syabas
kepada ibu bapa yang hadir untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang sangat penting
dalam membincangkan segala permasalahan demi kecemerlangan anak- anak SK Sungai
Burong
7.2.2 Bersekolah di SK Sungai Burong pada tahun 1980. Beliau mempunyai seorang
anak disleksia dan dihantar ke sekolah khas.
7.2.3 Beliau berbesar hati menyumbang RM10,000.00 kepada tabung PIBG untuk
prasarana dan fizikal sekolah dan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Sungai Burong
kali ke-46 2020
7.3 Ucapan Tan Sri Noh Bin Hj Omar (Ahli Parlimen Tanjung Karang)
7.3.1 Mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG dan sekolah kerana sudi
menjemput beliau pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 2020.
7.3.2 Pengalaman selama 25 tahun telah menjadi ahli parlimen.
7.3.3 Beliau sedikit berdukacita kerana kehadiran ibu bapa kurang memberangsangkan.
7.3.4 Pembangunan fizikal jika telah diberi bantuan hargailah terutama dari segi
penyelenggaraan. Mengambil contoh SJKC yang pandai menjaga dan menghargai
kemudahan yang ada.
7.3.5 Beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5000.00 untuk kelas intervensi
di SK Sungai Burong. Beliau mencadangkan agar pihak sekolah menjemput
penceramah luar seperti yang dilakukan oleh SK Sg Sireh menjemput Ustaz Elyas
Ismail untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa.
7.3.6 Kehadiran ibu bapa jika sekolah mahukan kehadiran yang memberangsangkan
sebagai contoh bantuan awal persekolahan jika disampaikan pada tarikh mesyuarat
PIBG berkemungkinan kehadiran ibu bapa tidak mengecewakan.
8 AGENDA 8
UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 YDP PIBG bagi sesi 2020/2021, Encik Adib bin Amat Mustakim mengucapkan
ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa hadir ke
mesyuarat PIBG kali ini. Pada masa akan datang, diharapkan semua bekerjasama
memberikan pandangan kepada PIBG dalam mejayakan semua perancangan PIBG
bagi tahun 2020
8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.24 tengahari
Disediakan oleh, Disemak Oleh,
..........................................…........…… ..........................................……...
(ENCIK ISMAIL BIN ABD MUNIR ) (ENCIK ADIB BIN AMAT
MUSTAKIM)
Setiausaha PIBG SK Sungai Burong YDP PIBG SK Sungai Burong
Tarikh : 14 Mac 2020 Tarikh : 14 Mac 2020
PENYATA KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SK SEMENTA TAHUN 2020/2021
Bil Nama Jawatan 08 24 07
Julai Mac Sept
1 Pn Hajah Isah binti Haji Bappu Penasihat 20 21 21
YDP
2 En Adib bin Amat Mustakim NYDP / //
S/U / //
3 Pn Salbiah binti Saari / 0/
Bendahari / //
4 En Ismail bin Abd Munir Ajk / //
Ajk / //
6 Pn Nadiah Nur binti Abd Rahim Ajk / 0/
/ //
7 Encik Zainal Abidin Bin Md. Zain Ajk
0 0/
8 Puan Nor Aslina Bt Md Yasin Ajk
Ajk 0 0/
9 Puan Norziana Bt Sapari Ajk 0 0/
Ajk / 0/
10 Encik Abd.Gafar Bin Mohamed Ajk / 0/
Amzah Ajk 0 //
Ajk / //
11 Encik Mohd Saiful Bin Paijo Ajk 0 //
Ajk / //
12 Puan Noor Ain Bt Che Yah Ajk 0 //
Juruaudit / //
13 Encik Mohd Najib Bin Samsuri Juruaudit 0 0/
PK 0 00
14 Encik Halil Amir Bin Omar Kurikulum
PK / //
15 Puan Irma Bt Abdul Rahman HEM
PK KOKO / 0/
16 Puan Maslina Bt M. Adzoha / 0/
17 Puan Suhana Bt Md Yusof
18 Encik Adanan Bin Daud
19 Encik Mohd Norfadzlie Bin Ishak
20 Puan Siti Aishah Bt Kaliwon@Lewon
21 En. Azrul Nizam bin Mat Khar
22 Puan Rohaya bt Yeop
2 Nordin b. Ramli
3 Mohd Rafie Bin Mahari
4 Noor Zaliza binti Zahari
SENARAI NAMA GURU DAN STAF SK SUNGAI BURONG 2021
BIL NAMA GURU OPSYEN / JAWATAN GRED
1. Hajah Isah Bt Hj. Bappu Guru Besar 44
2. Nordin b. Ramli GPK Pentadbiran 38
3. Mohd Rafie Bin Mahari GPK HEM 44
4. Encik Mazlan bin Sabran GPK Kokurikulum 44
5. Adanan b. Daud GBKSM 38
6. Allia bt. Baharun BI / KP BI 44
7. Azrul Nizam b. Mat Khar BA/ KP BA 41
8. Farhatul Khalidah bt Zainal Abidin BA / Setiausaha Unit Koko 44
9. Harlina bt. Ismail PAI / KP Sejarah 38
10. Hendon bt. Jerkaasi RBT / KP RBT 38
11. Ismail b. Abd Munir PAI / GPM 44
12. Masroha bt. Wayni Guru Bestari 44
13. Mohamad Mokhtar b. Suratin BM/ Guru Data 38
14. Mohd Noor b. Mat Ain BI / KP Muzik 32
15. Mohd Norfadzlie b. Ishak BI 44
16. Mohd Yusop b. Udin BM / KP BM 38
17. Nadiah Nur bt. Abdul Rahim PAI / KP PAI 44
18. Nor Ahriza bt. Mohd Arof Prasekolah 44
19. Norazimah bt Abd Manan Prasekolah 44
20. Nor Wahida bt. Sidek BM / SU Unit HEM 44
21. Norazizah bt. Chon PSV / KP PSV 48
22. Norhafizan bt Mohd Zin Matematik / Guru SPBT 44
23. Nurhidayah bt. Mazlan Pemulihan 41
24. Nurul Hidayah bt. Apandi BI / KP PJPK 44
25. Saharin b. Ramli Matematik / Guru Disiplin 34
26. Shahrul Azlan b. Bujang Matematik / KP Matematik 32
27. Siti Aishah bt. Kaliwon @ Lewon Sains / KP Sains / SU Unit Kurikulum 42
28. Surita bt. Mamat BI 44
29. Hairul Anuwar bin Amran Pembantu Tadbir N19
30. Noor Azlina binti Jemahadi Pembantu Pengurusan Murid N17
31. Norazlina binti Mustaram Pembantu Pengurusan Murid N17
32. Zakaria bin Juman Pembantu Operasi
N14 KUP
REKOD PENCAPAIAN KURIKULUM / HEM / KOKURIKULUM 2021
BIL PROGRAM / TARIKH PERINGKAT PESERTA JURULATIH
AKTIVITI
20 April Kebangsaan 19 orang Masroha Bt
1 Kangaroo Math 2021 Kebangsaan 3 orang Wayni
Competition
2021 Masroha Bt
2 Minecraft Wayni
Challenge 2021 Mac - Jun Kebangsaan 1 Guru
2 Murid Surita Bt
3 Virtual Cross Mamat
Country Run
4 Pertandingan Daerah 1 orang
Bicara Buku 2021 2021 No.3 1 orang
1 orang
5 Nilam Bahasa 2021 Daerah PSS
Inggeris No.3
Panitia
6 HIP Bahasa 2021 Daerah B.Inggeris
Inggeris
Panitia
B.Inggeris
7 Public Speaking 2021 Daerah 1 orang Panitia
B.Inggeris B.Inggeris
8 Pertandingan e- Mac - April Daerah 2 orang Panitia
Tarannum Pend.Islam
9 Pertandingan e- Mac - April Daerah 2 orang Panitia
Hafazan Pend.Islam
10 Pertandingan e – Mac - April Daerah 2 orang Panitia
Daie Cilik Pend.Islam
11 Pertandingan Mac - April Daerah 2 orang Panitia
Nyanyian Solo Mac - April Daerah 2 orang Pend.Islam
Kerohanian
Panitia
12 Pertandingan e- Pend.Islam
Sajak
Panitia
13 Pertandingan e- Mac - April Daerah 2 orang Pend.Islam
Syair
Panitia
14 Kuiz Kemerdekaan Sejarah
PSS
2021 11 Sept Negeri 3 orang
2021
15 Penarafan SQPSS Daerah
( 5 bintang)
2020 2020
16 Pertandingan
Bicara Buku Bahasa Daerah
(ke 3)
Inggeris 2021 2021 1 Orang PSS
17 Pertandingan Farhatul
Khalida
Video Pendek 2021 Negeri 1 Orang
Anuerah Guru Panitia
Sambutan Hari Khas Juri B.Arab
Panitia Sains
Guru
18 Pertandingan Lagu
Arabiyah 2021 Negeri 1 Orang
(Johan)
19 Kancil Science Julai 2021 Kebangsaan 20 Orang
Competition
20 Amalan terbaik 12 Okt Daerah 1 Unit
sekolah-JTD Okt Akan ke 1 Beruniform
negeri akhir TKRS
21 Mendirikan oktober
khemah Negeri
Wakil
kebangsaan
PENGURUSAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BURONG
1. Falsafah PIBG SK SUNGAI BURONG
PIBG SK SUNGAI BURONG adalah komponen penting dalam merealisasikan
wawasan sekolah. Peranannya sebagai pemangkin kepada usaha menjadikan
institusi masyarakat hendaklah diterjemahkan melalui program peningkatan SK
SUNGAI BURONG. Dalam semua keadaan, program dan tindakan PIBG hendaklah
menjadi pelengkap kepada program-program yang telah dirancang oleh
pentadbir SK SUNGAI BURONG.
2. Visi PIBG SK SUNGAI BURONG
Membantu mencapai matlamat dan objektif yang lebih gemilang berdasarkan
perancangan strategik SK SUNGAI BURONG khususnya dalam bidang kurikulum,
kokurikulum, disiplin, bina insan/moral, keceriaan.
3. Misi PIBG SK SUNGAI BURONG
Menjadikan PIBG SK SUNGAI BURONG sebagai agen pembantu kepada program
peningkatan sekolah disamping menyediakan prasarana perhubungan yang
mantap antara waris dan semua pengurusan pendidikan.
4. Perancangan Strategik PIBG SK SK SUNGAI BURONG
Isu Masalah Matlamat Strategi Indikator Pencapaian
Kerjasama Kekangan Supaya 1. Mengadakan Ibubapa bekerjasama
dan masa untuk komuniti aktiviti dengan pihak sekolah.
hubungan mengadakan setempat merapatkan
dengan perjumpaan sentiasa hubungan Agensi luar sentiasa
komuniti yang kerap. bekerjasama dengan membantu sekolah
perlu dengan pihak masyarakat.
ditingkatkan. Kekurangan sekolah. -Sidang Libat
bantuan dari Urus
Bantuan dan agensi luar. Supaya
sokongan agensi 1. Memberi ruang
dengan kerajaan dan dan peluang
agensi swasta kepada agensi
kerajaan dan sentiasa kerajaan dan
swasta amat bekerjasama swasta memberi
diperlukan. dan memberi sumbangan
sumbangan untuk
kepada meningkatkan
sekolah. prestasi sekolah.
5. Aktiviti PIBG SK SEMENTA 2020/21
Bil Aktiviti
1. Mesyuarat AJK 3 kali.
2. Pelancaran Sarana Peringkat Sekolah / Gotong Royong Pembukaan Sekolah
3. Dialog Libat Urus Pdpr Sarana Kelas & Pibg Sk Sungai Burong
4. Bacaan Yaasin dan Tahlil
5. Pelancaran Program Smart School Class
LAPORAN
KEWANGAN
PIBG
*berakhir Disember 2020
PIBG SK SUNGAI BURONG BANK ISLAM
12083010003542
PENYESUAIAN BANK
1 NAMA BANK
2 NO.AKAUN
3 Baki seperti dalam penyata Bank pada 31 Dis 2020 : RM20,671.42
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK SUNGAI BURONG
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BERAKHIR 31.12.2020
PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM
Baki pada 31 Disember 2019 18,928.00 Akademik (Nota 1) 490.00
Sumbangan PIBG 2020 1889.00
Sumbangan Tan Sri Zainuddin 5250.00 Hal EhwalMurid (Nota 2) 2,150.00
Karjan 21,134.00
Sumbangan MDKS 20,000.00 Kokurikulum (Nota 3) 9693.60
500.00 Aktiviti/ Sumbangan (Nota 2,856.00
Sumbangan Tan Sri Noh Omar 4)
Lain-lain (Nota 5)
Mesyuarat Agung (Nota 6)
10,000.00
Jumlah 38,212.60
Baki 16,465.00
Jumlah 54,678.00 Jumlah 54,678.00
Kami yang bertandatangan di bawah ini mengaku telah memeriksa kira-kira kewangan PIBG
SK Sungai Burong bagi tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020 bagi pihak PIBG SK
Sungai Burong dengan berpandukan resit dan baucer yang ditunjukkan oleh Bendahari
Persatuan ini dan kami mengesahkan bahawa kira-kira ini betul.
DISEDIAKAN OLEH:
(Puan Nadiah Nur Binti Abdul Rahim)
Bendahari PIBG SK Sungai Burong
DISEMAK & DISAHKAN OLEH: DISEMAK & DISAHKAN OLEH:
(En. Azrul Nizam Bin Mat Khar) (Puan Rohaya bt Yeop)
Pemeriksa Kira-Kira 1 Pemeriksa Kira-Kira 2
TARIKH NOTA 5 AMAUN
LAIN-LAIN (RM)
28/1/2020 Alat Pengukur Suhu 433.00
Majlis Perpindahan GB Abdul Rahman dan Pn 700.00
3/2/2020 Latifah)
85.00
Mesyuarat AJK (Suai Kenal dengan GB Pn Hjh Isah bt 210.00
5/2/2020 Bappu)
4000.00
25/2/2020 Sewa Mesin Fotostat (Jan-Feb) 500.00
500.00
Bayar hutang sewa tertunggak mesin fotostat tahun 315.00
4/5/2020 2019 100.00
200.00
9/5/2020 Modul intervensi untuk murid pemulihan
1,000.00
13/3/2020 Pembelian Modul Bacalah Sayangku (BM) 150.60
500.00
17/6/2020 Sewa Mesin Fotostat bulan Mac, April dan Mei 200.00
22/7/2020 Bahan Automasi Sistem Pengurusan Kewangan PIBG 500.00
30/7/2020 Sewa Mesin Fotostat bulan Jun dan Julai 300.00
9,693.60
P.A Sistem Sekolah (Pendawaian dan pembelian
3/8/2020 barang-barang)
10/8/2021 Face Mask dan Termometer
26/8/2020 A4 Paper –
30/9/2020 Sewa Mesin Fotostat bulan Ogos dan September
A4 PAPER - Bahan Modul Intervensi BM.BI dan
1/10/2020 Matematik
Sewa Mesin Fotostat bulan Oktober, November dan
18/12/2020 Disember
JUMLAH
USUL & CADANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SEMENTA 2020/2021
ADIB BIN AMAT MUSTAKIM
Usul Lantikan YDP Baharu
MOHD ZAHRUSYAHRIL BIN RUSMAN
Cadangan menambah bilangan Tukan Kebun Lelaki.
NURUL IMAN BINTI OTHMAN
Cadangan Pertama Mohon PdPR dilakukan melalui aplikasi google meet atau
live worksheet,supaya anak-anak lebih disiplin untuk mengikuti pembelajran(mohon
kurangkan tugasan yang perlu anak- anak salin semula-memang susah anak-anak
nak siapkan tugasan yang diberikan
Jika Pdpr Di Teruskan, Mohon Pembelajaran Secara Online Google Meet Bagi
Setiap Subjek Teras Supaya Murid Mendapat Kefahaman Yang Jelas Dan Dapat
Menyiapkan Tugasan Yang Diberikan Dengan Baik.
PENGHARGAAN
Pengerusi & Jawatankuasa
Mesyuarat Agung PIBG Ke - 47 SK SUNGAI BURONG
Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih
kepada,
YB Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar
Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi merangkap Ahli Parlimen
Tanjong Karang.
Tuan Haji Mohd Azuan Bin Mohd Nawawi
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor,
&
semua yang terlibat
secara langsung atau tidak
dalam menjayakan majlis kali ini
TERIMA KASIH