ASAS PERKHEMAHAN
NAMA :
MUHAIMIN SYUKRAN BIN MUHD SHAHIZAN
KELAS:
4 AL RAZI
JENIS-JENIS
KHEMAH
RIDGE TENT
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang
bumbung. Ia diperbuat dari bahan
nilon(nylon) yang ringan supaya mudah
dibawa dan dilipat.
DORM TENT
Berbentuk gelembung dan menggunakan
bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya
ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan
untuk perkhemahan seperti di sekolah dan
sebagainya.
FRAME TENT
Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk
perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan
dipasang terlebih dahulu kemudian barulah
dipasang kanvas.
BELL TENT
Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak
khemah. Khemah jenis ini juga sudah jarang
digunakan dan digantikan dengan khemah
jenis ‘dome’.
KHEMAH AVIAN
Mempunyai satu atau dua pole tegak.
Flaysheet dibentangkan untuk menutupi
bahagian dalam. Ia selalu digunakan untuk
perlindungan yang cepat dan hanya untuk
keadaan cuaca yang elok.
PERALATAN
PERKHEMAHAN
&
KEGUNAANNYA
PETI KECEMASAN (FIRST AID KIT)
First aid kit ini adalah sesuatu perkakas yang
penting ketika anda memasuki hutan. Ia
mampu memberi pertolongan kecemasan yang
asas ketika di dalam hutan sehinggalah
pesakit dibawa keluar daripada hutan
tersebut.
PISAU KECIL
Untuk menggunakan segala sumber tumbuh-
tumbuhan dan sebagainya di dalam hutan, pisau kecil
ini memainkan peranan yang penting. Dari menyiang
ikan, hinggalah digunakan untuk memotong tali bagi
membuat khemah, ia sangat-sangat membantu bagi
mereka yang selalu bercamping.
Bahkan terdapat pisau kecil yang mempunyai pelbagai
kegunaan seperti boleh membuka botol, bertindak
sebagai gunting dan juga mempunyai pelbagai fungsi
yang lain
PEMASANG API(LIGHTER) ATAUPUN
MANCIS
Benda ini adalah benda asas digunakan untuk
menghidupkan api. Dan daripada api itu pula anda
boleh masak makanan dan juga air. Sebenarnya anda
boleh cuba cara lama untuk menghasilkan api iaitu
daripada geselan kayu. Tetapi ia akan menggunakan
masa dan tenaga yang banyak untuk menghasilkan api
daripada cara tersebut.
Jika disuruh pilih mancis berbanding lighter, eloklah
dibawa lighter kerana mancis jika sudah basah
selalunya susah untuk digunakan balik berbanding
lighter.
KAIN RENTANG KALIS AIR
Kain rentang ini adalah penting kerana ia boleh
dijadikan khemah ataupun alas tempat duduk atau
baring. Ia juga boleh digunakan untuk menutupi barang
camping seperti makanan atau dapur untuk memasak
ketika hujan.
Benda ini adalah sangat mudah dibawa kerana ia boleh
dilipat dan tidak mengambil ruang yang banyak dalam
beg.
KOMPAS DAN PETA
Kebanyakan daripada kita sangat bergantung kepada
GPS di telefon bimbit kita. Tetapi perlu diketahui
bahawa telefon bimbit juga memerlukan perkhidmatan
internet untuk mendapat lokasi GPS yang tepat dan
selalunya coverage internet di dalam hutan adalah
sangat rendah.
Oleh itu, jika anda tidak boleh menggunakan khidmat
GPS tersebut ataupun telefon anda kehabisan bateri,
maka penggunaan kompas dan peta ini mampu
membantu diri anda. Selain digunakan sebagai
penunjuk lokasi, kompas turut membantu untuk
menentukan arah kiblat.
SLEEPING BAG
Ketika anda tidur semasa bercamping, akan terdapat
banyak serangga yang akan menggigit anda dan
permukaan tanah juga tidak rata. Perkara ini mungkin
akan membuatkan anda tidak selesa ketika anda ingin
tidur.
Penyelesaianya adalah dengan menggunakan sleeping
bag kerana kebanyakan sleeping bag yang ada
selalunya akan menutupi kebanyakan bahagian badan
kita daripada dada hingga ke bahagian kaki. Jadi ia
akan mengelakkan diri anda daripada digigit serangga
ketika anda tidur
KUALI MEMASAK
Jika anda sudah bawa rempah ratus dan juga makanan
seperti ikan, ayam dan sebagainya untuk memasak,
maka anda perlulah juga membawa kuali atau bekas
tin untuk memasak.
LAMPU
Ini merupakan salah satu perkara asas yang perlu ada.
Mungkin ada yang mengatakan tidak mengapa sebab
perjalanan hanya mengambil makan pada waktu pagi
sahaja.
Ketahuilah bahawa ada yang pernah sesat di dalam
hutan hingga waktu malam. Dan pada waktu tersebut,
sudah tentu anda akan tidak nampak apa-apa pun.
Oleh itu, tidak kisah perjalanan tersebut memakan
waktu pagi sahaja ataupun tidak, anda perlu bawak
lampu untuk memudahkan diri anda jika anda sesat di
dalam hutan nanti.
TALI
Dalam pengakap, tali merupakan salah satu instrumen
penting ketika mana mereka memasuki hutan. Bahkan
seorang pengakap juga akan belajar pelbagai jenis cara
ikatan yang boleh digunakan untuk pelbagai perkara.
Ia boleh digunakan untuk buat khemah, sangkut baju,
buat tripod untuk memasak air, menanda jalan dan
pelbagai lagi. Bahkan ia juga boleh digunakan untuk
membuat alat untuk mengangkat orang sakit
TERIMA
KASIH