The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by joelranjan123, 2021-05-19 07:07:22

anti dadah

e-majalah eitka

Penyalahgunaan bahan (dadah)

Nama ahli : 1) JOEL RANJAN KRISHNAN
( 18DEV20F2017)

2) MUHAMMAD ISAMUDDIN ALIF BIN MOHAMAD ISA
(18DEV20F2011)

Nama pensyarah : Encik Hanafi
Subjek : ETIKA DAN PERADABAN

DEFINISI

• Penyalahgunaan bahan, juga dikenali sebagai salahguna dadah, adalah corak penggunaan sesuatu bahan
(dadah) di mana pengguna menggunakan bahan itu dalam jumlah atau dengan kaedah-kaedah yang
merbahaya kepada diri mereka sendiri atau orang lain. Punca sebenar penyalahgunaan dadah adalah
mustahil untuk diketahui kerana terdapat lebih dari satu sebab langsung. Walau bagaimanapun
penyalahgunaan dadah dan ketagihan ini diketahui cenderung dalam keluarga. Satu teori mencadangkan
terdapat genetik yang mempengaruhi individu tertentu terhadap penyalahgunaan dadah. Satu lagi
menunjukkan penyalahgunaan dadah dipelajari apabila tingkah laku penyalahgunaan dadah oleh seseorang
diikuti oleh mereka yang berada di sekeliling. Penyalahgunaan dadah mungkin bermula sebagai tabiat yang
tidak baik tetapi bila dan jika ketagihan berkembang ia menjelma sebagai satu penyakit melumpuhkan yang
kronik. Antara bahan yang sering disalahgunakanialah rokok,alkhohol,gam,turpentine,ubat batuk,dan dadah.
Menyalahgunakan bahan seperti dadah bermaksud menggunakan bahan yang boleh menjadikan ketagih
secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya. Perbuatan menyalahgunakan
bahan adalah salah dari segi agama dan undang-undang. Bahan-bahan tersebut boleh meudaratkan
kesihatan dan menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan. Keadaan ini boleh membahayakan diri sendiri
dan juga orang lain. Bahan yang sering disalahgunakan oleh golongan remaja ialah dadah. Isu
penyalahgunaan dadah merupakan masalah utama kepada Negara

• Istilah ini mempunyai pelbagai takrifan meluas yang berkaitan dengan pengambilan dadah psikoaktif
atau dadah meningkatkan prestasi bagi kesan bukan rawatan atau bukan perubatan. Semua takrifan ini
membayangkan suatu rumusan negatif penggunaan dadah yang dipersoalkan (bandingkan dengan
istilah penggunaan dadah berhemah bagi pandangan alternatif). Sesetengah ubat yang sering dikaitkan
dengan istilah ini termasuk alkohol, amphetamines gantian, barbiturates , benzodiazepines
(terutamanya alprazolam , temazepam , diazepam dan clonazepam), kokaine , methaqualone , dan
opioid. Penggunaan ubat-ubatan ini boleh membawa kepada kemungkinan hukuman jenayah di
samping kecederaan fizikal, sosial, dan psikologi, kedua-duanya banyak bergantung pada bidang kuasa
tempatan. Terdapat banyak kes di mana jenayah atau tingkah laku anti-sosial berlaku apabila
seseorang itu di bawah pengaruh dadah. Perubahan personaliti jangka panjang pada individu juga
mungkin berlaku juga. Istilah lain penyalahgunaan dadah masuk di bawah empat kategori utama:
takrifan kesihatan awam, komunikasi massa dan penggunaan vernakular, takrifan perubatan, dan
politik dan takrifan jenayah kehakiman. Penyalahgunaan dadah adalah lazim dengan anggaran 120 juta
pengguna dadah keras seperti kokain, heroin, dan ubat-ubatan sintetik yang lain.

• Jenis-jenis dadah: 2) meth (ice) 3) gam (glue)
1) Ganja

4) Heroin 5) ganja sintetik 6) cocaine

Sebab- sebab ketagihan dadah

Tindakan Malaysia terhadap dadah

• Akta 39 (a) dan (b)
Akta Dadah Berbahaya telah diperkenalkan di Malaysia sejak 1952 . Kemudian
dipinda pada 1985 dengan nama Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah
Pencegahan Khas) 1985 .
- Dasar Dadah Negara telah diisytiharkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas
Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen
Anti Dadah. Tujuannya bagi mewujudkan negara Malaysia yang bebas dari ancaman
gejala dadah menjelang tahun 2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup
masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional.

Seksyen 39 B dan Seksyen 39 A Akta Dadah Berbahaya 1952 telah digunakan
terhadap pesalah yang melakukan kesalahan tersebut di mana ia membawa
hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit melakukan kesalahan tersebut.
Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dinyatakan bahawa: 39B. Pengedaran
dadah berbahaya

Kesan dadah kepada diri-sendiri

Bahan kimia otak
- Mengurangkan fungsi otak
Komplikasi kesihatan
- Berkesan buruk terhadap organ dalam jangka masa yang singkat
Jangkitan
- Jangkitan lebih cepat pada organ
Akibat dari segi undang – undang
- Boleh didenda RM 200,000

Kesan dadah terhadap masyarakat

• Kejadian jenayah
• Menimbulkan perselisihan faham
• Melemahkan perpaduan masyarakat
• Menimbulkan kecurigaan ibu bapa
• Menjejaskan perpaduan kaum
• Menjejaskan kesopanan dan kesusilaan

Kesan dadah terhadap negara

•Ekonomi terjejas
•Nama negara rosak
•Akan dipandang rendah oleh negara lain
•Keamanan dan Keharmonian negara
akan terjejas

Kumpulan anti-dadah

Kes dadah yang terkenal di Malaysia

Kesimpulan

• dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah yang
berpunca daripada banyak faktor mengakibatkan banyak masalah sosial
berlaku. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu dan mengatur
strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga dianggap musuh utama
Negara. Antaranya adalah pihak-pihak yang bertanggungjawab
terutamanya pihak kerajaan hendaklah mengatur langkah untuk
menangani masalah tersebut. Namun, ia tidak akan berjaya sekiranya kita
sebagai rakyat tidak mahu bekerjasama untuk membanteras masalah ini.
Ibu bapa perlu memainkan peranan membimbing anak-anak mereka
supaya menjauhi dadah. Kita perlu insaf bahawa masalah dadah boleh
membebankan keluarga dan negara. Akhirnya, kita haruslah terus
memerangi dadah agar masyarakat kita tidak menjadi lemah.



Terima kasih


Click to View FlipBook Version