PK07 – LAMPIRAN 3
SEKOLAH KEBANGSAAN LOK YUK LIKAS,
PETI SURAT 12122, 88823 KOTA KINABALU, SABAH
MINIT MESYUARAT KURIKULUM
BIL 1 / TAHUN 2022
TAJUK MINIT MESYUARAT : Kokurikulum
BIL / TAHUN : 1 / 2022
TARIKH : 25 Februari 2022 (Jumaat)
MASA : 11.30 – 12.10 pagi
TEMPAT : Dewan Terbuka
PENGERUSI : Encik Fo Nee Khen (Guru Besar)
KEHADIRAN
Hadir
1. En. Fo Nee Khen Guru Besar
2. En. Herman Bin Hj. Yubing PK1
3. Pn. Florence Sapai PK HEM
4. En. Mohamad Ja-Affar Bin Mohd Yusoff PK KoKuM
5. Pn. Frederica Tingka PK Petang
6. Pn. Amita Binti Luntid
7. Pn. Berlinda Davids @ Maria
8. Cik Brenda Binti Vincent
9. Pn. Cecilia Bakiong
10. Pn. Chak Kam Fung
11. Pn. Chin Bin Syiu
12. Pn. Corina S Binting
13. Pn. Dayang Rohana Bte Amat
14. Pn. Dayannaty D. Laggang
15. Pn. Dg Afsah Binti Hj. Moksin
16. Pn. Elvina Binti Thomas
17. Pn. Euphrasia Chong Pai Su
18. Pn. Evalina Liew
19. En. Faisal Bin Ishak
20. Pn. Hayati Istiqamah Binti Hj. Jalidar
21. Pn. Irene Justin
22. Pn. Jen Lee Shee Zee
23. Pn. Jumida binti Tamaruddin
24. Pn. Kalsum Binti Salim
25. Cik Lau Siew Huong
26. Pn. Malini Bt Masangku
27. Pn. Nancy Lo Bitt Fui
28. Pn. Norhazlynda Binti Asaad
29. Pn. Norisah @ Anisah bt Hj Anam
30. En. Norjain Bin Mahali
31. Pn. Norsuhailah Binti Hj Ag.Osman
32. Pn. Norzailah Binti Hj. Ag Osman
33. Cik. Rosinah Binti Minji
34. Pn. Rosyati Binti Mujari @Sujari
1
35. Pn. Roziah Binti Mazlan
36. Pn. Sahridah Binti Lokman
37. En. Salehudin Bin Othman
38. Pn. Hjh. Saliza Binti Ali
39. Pn. Shantyriver Elity Sulaiman
40. Pn. Hjh. Sitti Nadirah Binti Hj. Mohd Salleh
41. Pn. Suryamegawati Bt. Hj. Sutajil
42. Pn. Tinglan @ Justina Bt Ungkomor @ Ongkomor
43. Pn. Zulailah Rahim
44. En. Mazran Bin Kotlin
45. En. Masdie Sham Bin Mustin
46. En. Mohd Hisham Bin Esmail
47. Pn. Ratni Erma Surya Binti Abdul Samad
Tidak Hadir Bersebab
48. En. Augustine Justin Lanak
49. Pn. Nur Izyan Farhanah Binti Abdul Hamid
50. Cik Hjh. Lydia Wati Binti Hj. Ajamain
51. Pn. Noor Azreen Binti Md Yusoff
52. Pn. Nooraidah Binti Hj. Ahmad
53. Cik Sabtia Binti Matlin
54. Pn. Sherone J. Oyunini
Pencatat Minit Mesyuarat: Pn. Istiqamah Hj Jalidar
CATATAN MESYUARAT
1.0 Perutusan Pengerusi Mesyuarat (Guru Besar)
1.1 Guru Besar mengucapkan selamat pagi dan salam semangat 0.1 kepada barisan Guru
Penolong Kanan dan semua guru yang menghadiri mesyuarat kali pertama yang
diadakan di dewan terbuka secara bersemuka.
1.2 Guru Besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang telah
gigih dalam melaksanakan pelbagai program sepanjang tahun 2021 dengan jayanya.
1.3 Perutusan Awal Tahun Pengarah Jabatan Negeri Sabah mensasarkan 43 KPI dan
surat tunjuk sebab dikemukakan oleh sekolah yang gagal mencapainya.
1.4 Guru Besar meletakkan sasaran SRK Lok Yuk Likas berada pada kelompok 5 sekolah
terbaik di PPD Kota Kinabalu.
1.5 Guru Besar mengingatlan semua guru memberi tumpuan kepada sasaran gelombang
3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti.
1.6 Guru Besar mengingatkan semua guru menjadikan SKPMg2 sebagai panduan
merealisasikan matlamat PPPM sekolah transformasi.
1.7 Guru besar menjelaskan KPI yang perlu dicapai pada tahun ini :
1.7.1 Semua murid perdana mencapai minimum Tahap Penguasaan 3 bagi Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris Matematik, Sains dan Bahasa Cina.
1.7.2 5% murid tahun 6 mencapai Tahap Penguasaan 5 dan 6 bagi mata pelajaran
Matematik.
2
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
Cadangan : Puan Corina S Binting
Sokongan : Puan Malini Bt Masangku
3.0 Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit
4.0 Pembentangan AJK Kokum 2022
4.1 GPK Kokum membentangkan senarai AJK Kokum Sekolah Kebangsaan Lok Yuk Likas
bagi tahun 2022.
Tindakan: Makluman
5.0 Penyampaian Hadiah Pakaian Terbaik Unit Beruniform (Guru)
5.1 GPK Kokum mempersilakan Guru Besar untuk menyampaikan hadiah kepada
penerima Anugerah Pakaian Terbaik Unit Beruniform (Guru) 2021 iaitu ;
1. Puan Roziah Binti Mazlan
2. Puan Istiqamah Binti Hj Jalidar
Tindakan: Makluman
6.0 Pendaftaran Kokurikulum bagi Murid Tahun 3/2022
6.1 GPK Kokum memaklumkan bahawa pendaftaran kokum untuk murid tahun 3/2022
akan di buat secara online yang akan di selaraskan oleh SU Kokum Pn Jen Lee Shee
Zee dengan kerjasama guru kelas tahun 3/2022.
6.2 Perjumpaan Kokum secara bersemuka belum dapat di jalankan dan masih menantikan
arahan dan surat pekeliling dari JPN dan PPD.
Tindakan: SU Kokum
7.0 Takwim Kokum 2022
7.1 GPK Kokum memaklumkan belum ada Takwim Program Kokurikulum untuk tahun ini
memandangkan belum ada penetapan aktiviti, kebenaran bertulis dan takwim program
yang di keluarkan dari KPM.
7.2 Walau bagaimanapun maklumat dan perubahan terkini akan di maklumkan dari masa
kesemasa.
Tindakan: Makluman
8.0 Pencapaian 2021
8.1 GPK Kokum membacakan beberapa pencapaian murid sepanjang tahun 2021 yang
telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian terbaik walau dalam keadaan
pendamik dan virtual.
Tindakan: Makluman
3
8.0 Hal-hal Lain
8.1 GPK Kokurikulum memaklumkan akan membuat Mesyuarat Penyelarasan bersama
AJK Kokum 2022 bagi merancang aktiviti dan program yang bakal dijalankan.
8.2 GPK Kokum mengucapkan tahniah dan terima kasih diatas kerjasama yang padu dan
kegigihan guru-guru.
Tindakan: Makluman
Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.10 pagi.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
………………………………… ………………………………..
(ISTIQAMAH HJ JALIDAR) (FO NEE KHEN)
Setiausaha Kokurikulum Guru Besar
SK Lok Yuk, Likas SK Lok Yuk, Likas
Tarikh :
4
Talking point PK Kokum (Mesyuarat bil 2)
1. Tahniah dan terima kasih atas kerjasama yg hebat dari semua guru dengan
momentum semangat 0.1
2. Aktiviti PERJUMPAAN KOKUM telah bermula 13.4.2022 untuk tahap 2 dan
11.5.2022 bagi tahap 1. Tahniah dan terimakasih atas kerjasama semua
guru dan penyelaras. Kerjasama padu dan mantap mengwalau cuaca
panas dan murid murid yang ramai dengan tenang.
3. Terima kasih dan tahniah SU Kokum Pn Lee dan Guru Kelas tahun 3 :
3.1 Pendaftaran setiap unit, iaitu bagi murid tahun 3/2022 juga telah
dilaksanakan.
3.2 Pendaftaran semula murid tahun 4 (penyelarasan unit)
4. Guru-guru bolehlah Mengenalpasti (highlight) murid yang berkebolehan
serta berbakat dari satiap unit untuk disenarai dan direkodkan agar mudah
di ketengahkan ke peringkat yg lebih tinggi.
5. Setiap unit hendaklah merancang, melaksanakan dan melaporkan aktiviti
atau program yang di jalankan.
6. Program yang akan berlangsung, :
1. Kejohanan Merentas Desa SKLY 2022
2. Pesta Kaamatan 2022
3. Hari Guru 2022
7. Penyelarasan system fail bagi unit kokum akan di adakan pada bulan Jun,
SEMUA PENYELARAS dan KETUA SETIAP UNIT akan terlibat untuk
menyiapkan fail bagi unit masing-masing.
7.1 Foolder, muka depan, cover telah di sediakan oleh SU Kokum dan akan
di selaraskan kepada semua unit.
7.2 Isi fail lama sehingga tahun 2020 akan di arkibkan, dan fail baru akan di
buat pengisian iaitu bermula tahun 2021 sehingga tahun semasa.
7.3 Tarikh masa dan lokasi akan di tetapkan dalam masa terdekat.
7.4 Cadangan untuk lawatan “benchmarking” ke sekolah yg cemerlang
system fail sebagai panduan dan penanda aras.
8. Semoga tahun 2022 kita dapat memupuk kemenjadian murid dan
menyerlahkan bakat mereka dengan pencapaian yang lebih hebat dan
cemerlang sekaligus menaikkan nama sekolahke arah cemerlang kokum
dan semangat 0.1.
5