IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT TUGASAN KERJA KURSUS (TUGASAN 2 PALS1012) Gambar NAMA : MUHAMMAD SYAFIQ ASYRAF BIN AWALLUDIN ANGKA GILIRAN : 2022292310011 NO. KAD PENGENALAN : 030530-01-0343 OPSYEN : BAHASA MELAYU (BM) kumpulan 1 AMBILAN : JUN 2022 KOD KURSUS : PALS1012 NAMA KURSUS : ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU NAMA PENSYARAH : ENCIK HUSSIN BIN YAAKOB JABATAN/UNIT : JABATAN SAINS, TEKNOLOGI, MATEMATIK DAN SAINS SOSIAL TARIKH SERAHAN :10/07/2023 Pengakuan Pelajar: Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Catatan (jika ada): Tandatangan pelajar: __________________________ Tarikh: _______________
1.0 PENGENALAN Kelestarian alam sekitar berkait rapat dengan penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Sebagai khalifah, manusia mempunyai hak dan tanggungjawab dalam memastikan alam sekitar sentiasa dipelihara dengan baik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, lestari membawa maksud tidak berubah-ubah, kekal, atau tetap. Oleh itu, kelestarian alam sekitar boleh digambarkan sebagai satu usaha yang dijalankan bagi mengekalkan persekitaran bumi yang kekal bebas daripada sebarang unsur kerosakan alam. Seiring dengan peredaran arus masa, perubahan dalam penggunaan teknologi juga ikut berubah. Dalam erti kata lain, perubahan zaman sekarang berpandukan Revolusi Perindustrian 4.0 yang memfokuskan penggunaan teknologi dan pengkomputeran dalam setiap sektor dan industri (Khairul Ikhwan Khamis, 2020). Namun begitu, untuk mencapai tahap ini, pelbagai pengorbanan dan perubahan terpaksa dilaksanakan dalam proses tersebut. Sebagai contoh terbesar, penebangan hutan dan pencemaran udara berlaku hanya untuk menyediakan tanah bagi suatu perindustrian bertapak yang akhirnya mengakibatkan kerosakan kepada alam sekitar. Kemajuan era teknologi pada masa kini memperlihatkan kerakusan manusia mengeksploitasi alam sekitar secara berleluasa dan tanpa kawalan. Bagi menangani perkara ini, ilmu dan pengetahuan berkaitan teknologi hijau dan alam sekitar diperkenalkan. Apakah yang dimaksudkan pula dengan teknologi hijau? Secara mudahnya, teknologi hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia (Universiti Sains Malaysia). Dalam erti kata lain, teknologi hijau ini merupakan produk bertujuan untuk mengurangkan atau meminimumkan degradasi kualiti atau kondisi persekitaan agar ianya menjadi selamat. Setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya, dengan ini pihak yang bertanggungjawab perlu mengenalpasti terlebih dahulu isu-isu ini dengan baik. Supaya kita dapat mencegah dan mengawal perkara ini daripada berlaku dengan lebih teruk. Bak kata pepatah mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jadi, esei ini akan membincangkan berkaitan analisis yang telah dijalankan terhadap teknologi hijau berdasarkan isu-isu global yang berlaku yang berkaitan alam sekitar. 2.0 HUBUNGKAIT KELESTARIAN DENGAN TEKNOLOGI HIJAU Hubungan antara kelestarian dan teknologi hijau adalah sangat berkait rapat antara satu sama lain. Kelestarian merujuk kepada tindakan dan usaha yang dilakukan untuk memelihara dan menjaga keseimbangan alam sekitar dan sumber-sumber alam demi kebaikan masa kini dan masa depan. Dari sudut lain, teknologi hijau merujuk kepada penggunaan teknologi yang mesra alam, berinovasi, dan berusaha untuk mengurangkan impak negatif terhadap persekitaran. Menurut Farahwahida et al. (2013) teknologi hijau
memainkan peranan dalam kelestarian alam dan kehidupan manusia seperti memberi kesihatan yang baik kepada manusia dan juga memelihara alam dari pencemaran dan kerosakan. Teknologi hijau memainkan peranan penting dalam mencapai tujuan kelestarian. Ia menyediakan alternatif yang lebih lestari kepada teknologi konvensional yang mungkin mencemarkan alam sekitar dan menghabiskan sumber-sumber semulajadi. Contoh-contoh teknologi hijau termasuklah tenaga solar, tenaga angin, penggunaan bahan bakar terbarukan, dan pengurusan sisa pepejal yang efisien. Selain itu, teknologi hijau juga berperanan dalam mempromosikan gaya hidup yang lestari dan mempengaruhi cara kita hidup dan bekerja. Contohnya, teknologi hijau digunakan dalam pembinaan bangunan hijau yang menggunakan bahan yang mesra alam dan mengoptimalkan penggunaan tenaga. Ia juga digunakan dalam pengangkutan hijau seperti penggunaan kenderaan elektrik. Sudah terang lagi bersuluh, kelestarian dan teknologi hijau saling berkait rapat dalam usaha untuk menjaga alam sekitar dan sumber-sumber semulajadi. Penggunaan teknologi hijau memainkan peranan penting dalam mencapai kelestarian dengan mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar, meningkatkan efisiensi penggunaan sumber-sumber semulajadi, dan mempromosikan gaya hidup yang lestari. 3.0 KEPENTINGAN KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU TERHADAP ALAM SEKITAR Manusia dan alam sekitar merupakan dua entiti yang penting dalam ekosistem kehidupan. Kedua-duanya saling berkait rapat dan jika salah satu mengalami kepupusan maka keseluruhan ekosistem akan musnah. Menurut Ding et al. (2012), merumuskan, tenaga dan teknologi hijau dijangka memainkan peranan penting dalam kestabilan sektor kelestarian tenaga dan teknologi. Kepentingan kelestarian terhadap alam sekitar ialah, dapat membantu menjaga keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang sihat dan berfungsi dengan baik adalah penting untuk kelangsungan hidup semua makhluk hidup di bumi. Dengan menjaga kelestarian alam sekitar, kita dapat memelihara populasi tumbuhan dan haiwan serta menjaga keseimbangan rantai makanan dan interaksi antara spesies. Dalam konteks lain, teknologi hijau mempunyai peranan yang penting untuk memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara. Antara kepentingan teknologi hijau terhadap alam sekitar ialah, mengurangkan pencemaran alam sekitar. Penggunaan teknologi hijau membantu mengurangkan pencemaran dan impak negatif terhadap alam sekitar. Contohnya, teknologi hijau seperti kenderaan elektrik mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan pencemaran udara, manakala sistem kitar semula dan pengurusan sisa pepejal yang efisien mengurangkan pencemaran tanah dan air. Selain itu, kepentingan teknologi hijau dapat mengurangkan kebergantungan terhadap sumber asli yang terkandung dalam alam sekitar kita. Sejak berlaku revolusi perindustrian, masyarakat dunia telah menjarah sumber-sumber asli seperti gas dan petroleum yang semakin berkurangan dari hari ke hari. Sumber asli ini memerlukan proses
yang memakan masa ratusan malah ribuan tahun untuk menjadi gas atau petroleum yang kita gunakan pada hari ini. Oleh hal yang demikian penggunaan teknologi hijau dapat mengurangkan pergantungan kita terhadap sumber asli. Sudah terang lagi bersuluh, kelestarian dan teknologi hijau sering berkait dari aspek sosial dan ekonomi. Teknologi hijau dan kelestarian penting dalam menjaga alam sekitar daripada tercemar dan dirosakkan oleh manusia yang tidak berhati perut. 4.0 ISU-ISU SEMASA GLOBAL MENGENAI ALAM SEKITAR DAN INOVASI TEKNOLOGI HIJAU. 4.1.1 ISU PENCEMARAN UDARA Pencemaran alam sekitar ini boleh terjadi akibat dua faktor iaitu faktor semula jadi dan juga faktor manusia. Faktor semula jadi yang dimaksudkan disini seperti letusan gunung berapi dimana ia meletus disebabkan faktor semula jadi dan bukannya manusia yang menginginkan ataupun melakukanya. Contoh lain bagi faktor semula jadi seperti ribut taufan, gempa bumi dan tsunami. Manakala faktor manusia pula dimana pencemaran ini berlaku disebabkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya alam sekitar untuk mencapai kehidupan yang sihatdan produktif. Isu pertama yang ingin ketengahkan disini ialah isu pencemaran udara. Menurut Haliza (2021) pencemaran udara ini berlaku disebabkan perubahan yang berlaku dalam kandungan bahan kimia yang boleh mengakibatkan etmosfera kita dicemari. Persoalan yang sedang berlegar dalam fikiran umum ialah apakah bentuk pencemaran udara ini. Pencemaran udara ini merupakan bendasing yang wujud dalam bentuk gas, habuk dan kabus. Pencemaran udara ini banyak mendatangkan kesan buruk kepada manusia dan juga alam sekitar. Contoh kesan negatif yang boleh berlaku kepada manusia seperti menjejaskan sistem pernafasan manusia. Setiap individu memerlukan udara yang bersih untuk bernafas. Jika udara yang berada di langit tidak sihat ia akan merosakkan sistem pertukaran karbon dioksida kepada oksigen kerana tidak oksigen tidak mencukupi. Contoh kesan buruk kepada alam sekitar pula iaitu proses fotosistesis tidak berlaku dengan lancar. Seperti yang kita tahu setiap tumbuhan yang hidup di muka bumi ini memerlukan udara untuk melakukan proses fotosintesis. Jika udara tercemar, tumbuh-tumbuhan yang hidup tidak dapat hidup dengan sihat atau boleh menyebabkan tumbuhan itu mati. Natijah lain yang boleh berlaku ialah, seperti berlakunya perubahan terhadap iklim global dan kepada keretakan bangunan-bangunan. Dengan ini kita perlu melakukan sesuatu agar isu ini dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin.
INOVASI TEKNOLOGI HIJAU Untuk mengatasi isu pencemaran udara ini, penggunaan produk teknologi amat digalakkan untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Menurut Iskandar (2022) teknologi hijau ini merupakan produk bertujuan untuk mengurangkan atau meminimumkan degradasi kualiti atau kondisi persekitaan agar ianya menjadi selamat. Teknologi ini menggunakan alat yang mesra alam dan juga rendah karbon. Produk teknologi yang sesuai untuk mengatasi masalah pencemaran udara ialah menggunakan penapis udara dan menggunakan kenderaan elektrik. Di mana pencemaran udara bukan sahaja boleh berlaku akibat proses yang berlaku di dalam kilang malah ianya juga berlaku disebabkan kenderaan yang kita selalu bawa kemana-mana sahaja yang ingin dituju. Penapis asap mestilah diletakkan pada seluruh cerobong asap kerana cerobong asap ini hanya berfungsi untuk mengeluarkan udara dalam ruangan yang mengandungi bahan tercemar tersebut keluar daripada dalam ruangan. Penapis asap ini memainkan peranan yang penting supaya kadar udara yang dibebaskan tidak diikuti dengan bahan-bahan berbahaya. Perkara ini bertujuan agar meminimakan pembebasan asap yang menjejaskan ekosistem daripada tersebar luas di udara. contoh cerobong asap Seterusnya penggunaan kereta elektrik dan kereta hibrid. Menurut Arziana (2019) menyatakan bahawa kereta hibrid elektrik ini boleh didefinisikan sebagai kereta yang telah diinovasikan dari industri permotoran yang menggunakan kombinasi tenaga enjin pembakaran dalaman kepada satu atau lebih motor elektrik. Kenderaan hibrid ini sangat popular dalam kalangan kenderaan yang mesra alam. Kenderaan ini tidak 100% bebas daripada bahan tercemar kerana ianya menggunakan gabungan daripada dua sumber kuasa iaitu bahan api dan bahan elektrik. Jadi ia dapat mengurangkan pencemaran udara. Kenderaan elektrik pula merupakan cara yang paling efektif bagi mengelakkan pencemaran udara semakin melonjak naik. Perkara ini berlaku kerana kenderaan elektrik ini menggunakan zero emmision iaitu kenderaan ini sepenuhnya hanya menggunakan bateri sebagai sumber kuasa untuk menggerakkan kereta. Kelemahan kereta elektrik dan hibrid ialah jarak pemanduan terhad.
Contoh kereta hibrid Contoh kereta elektrik 4.1.2 ISU PENGGUNAAN SUMBER ELEKTRIK Isu kedua yang saya ingin ketengahkan iaitu isu penggunaan sumber elektrik. Menurut Rokiah et.al (2013) menyatakan bahawa tenaga elektrik merupakan satu elemen yang memainkan peranan yang sangat penting dalam sistem pengoperasian tidak kira salam ada operasi di kilang -kilang mahupun di banggunan kediaman. Penggunaan elektrik yang terlampau kerap dapat memberikan impak negatif kepada iklim dunia iaitu akan menyebabkan peningkatan CO2 ataupun karbon dioksidal. Penghawa dingin secara relatifnya memerlukan sumber tenaga elektrik yang amat besar jika ingin dibandingkan dengan peralatan elektrik yang lain. Perkara ini menjadi lebih merisaukan apabila banyak negara luar yang membawa masuk peralatan-peralatan elektrik yang canggih serba moden di dalam negara kita. Semestinya perkara sedemikian akan meningkatkan jumlah penggunaan tenaga elektrik di setiap rumah. Peningkatan karbon dioksida ini akan menyebabkan perubahan kepada perubahan iklim dunia, jadi tidak musykillah jika bumi kita semakin meningkat suhunya dari tahun ke tahun. Penggunaan peralatan elektrik ini akan membebaskan gas rumah hijau yang menyebabkan iklim bumi tidak terkawal. Hal ini juga akan menyebabkan bumi akan kehilangan sumber alam semula jadi seperti minyak, gas asli dan arang batu. Perkara ini bukan sahaja dan memberikan kesan negatif kepada alam malah ianya juga memberikan kesan negatif kepada ekonomi Malaysia. Hal ini kerana kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kos yang tinggi terhadap perbelanjaan tenaga elektrik. Aktiviti pembangunan yang kian meningkat serta taraf hidup rakyat yang tinggi mengakibatkan permintaan tenaga elektrik. Contoh yang paling mudah, kita dapat lihat banyak banggunan-bangunan membeli belah yang semakin banyak dibangunkan semestinya akan meningkatkan peningkatan kegunaan tenaga. INOVASI TEKNOLOGI HIJAU Menurut Madya (2020) menyatakan bahawa penggunaan elektrik lebih banyak digunakan buat masa kini iaitu penggunaan elektrik sebanyak 78% manakala bagi sumber tenaga mesra alam punya hanya 28%. Oleh hal yang demikian, tenaga solar merupakan langkah yang selari dengan teknologi hijau di dalam kerangka ke arah kelestarian alam. Hal
ini kerana tenaga solar adalah dihasilkan daripada radiasi cahaya matahari. Matahari merupakan sumber tenaga yang kuat dan mampu dimanfaatkan dan digunakan melalui pemasangan panel solar. Dalam konteks ini, sumber tenaga yang dihasilkan oleh matahari kepada bumi bagi tempoh satu jam dapat mencapai suatu kadar keperluan penggunaan tenaga selama satu jam secara global. Lantaran itu, tenaga solar ini sememangnya sangat efisien jika dilihat pada masa kini kerana mampu menjimatkan atau mengurangkan bil elektrik di rumah melalui penggunaan tenaga solar berbanding penggunaan elektrik. Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan yang menjadi halangan terhadap penggunaan tenaga solar iaitu harga pemasangan panel solar yang mahal dan masih ramai yang meragui keberkesanannya kerana bergantung kepada keadaan cuaca. Contoh panel solar Seterusnya tenaga angin. Tenaga angin merupakan tenaga yang diperoleh daripada satu tenaga kinetik yang terhasil melalui tindakan aliran udara. Tenaga angin ini diperoleh melalui penukaran pergerakan bilah turbin angin kepada tenaga elektrik. Turbin angin yakni berfungsi sebagai penjana yang digerakkan melalui turbin angin dan didahului oleh kincir angin. Tenaga angin ini sangat sesuai untuk digunakan kerana tenaga ini lebih bersih dan mampan. Kaedah ini selalunya digunakan oleh para petani yang maju kerana kawasan yang lapang merupakan tempat yang strategik untuk meletakkan turbin angin. Jelaslah bahawa, dengan menggunakan tenaga-tenaga yang boleh diperbaharui ia dapat mengurangkan penggunaan yang berasaskan tenaga elektrik. Dengan ini ia dapat mengurangkan masalah perubahan iklim. Kelemahan kincir angin ini ialah kesan bunyi kerana kincir angin menghasilkan bunyi yang berulang apabila bilahnya berputar yang mana boleh menjadi gangguan kepada peduduk setempat.
Contoh kincir angin 5.0 PENUTUP Kesimpulannya, teknologi hijau ini sangat luas rangkumannya dari segi konsep dan pengaplikasian. Isu-isu di atas seperti pencemaran udara dan isu penggunaan elektrik ini pasti dapat diatasi dengan baik jika semua pihak memainkan peranan yang sewajarnya untuk menjadikan bumi ini sihat sejahtera. Konsep pembangunan lestari perlu dipraktikkan dan asimilasi di setiap peringkat mulai sekarang demi kelangsungan generasi akan datang. Hal ini dikatakan demikian kerana teknologi hijau mampu menjadi wasilah atau ejen bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan sekaligus mewujudkan negara yang mesra alam. Hal ini disebabkan masyarakat yang telah memiliki pengetahuan dan kesedaran mengenai teknologi hijau untuk mengaplikasinnya di dalam kehidupan seharian dari pelbagai sudut. Diharap perkara ini tidak lagi dianggap remeh sebaliknya menjadi satu topik yang perlu sering dikomersialkan agar setiap komuniti didedahkan dan dapat memberikan kerjasama yang baik untuk bersama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar ini dengan mengamalkan konsep teknologi hijau.
RUJUKAN Apakah itu Revolusi Industri 4.0? (n.d.). Pakcik.Engineer. Retrieved Julai 16, 2023, from https://pakcikengineer.com/industri/apakah-itu-revolusi-industri-4-0/ Arziana Mohmad Azaman (2019, July 10) Kenapa kita perlu guna kereta elektrik? https://www.sinarharian.com.my/article/36644/LIFESTYLE/Trend/Kenapa-kita-perluguna-kereta-elektrik Dr Haliza Abdul Rahman (2021, September 21) Risiko pencemaran udara. https://premium.sinarharian.com.my/article/153408/mediasi-kritis/cetusan/risikopencemaran-udara Ding, F., Kinch, B. D., Tonison, L., Mao, L., & Ohya, S. 2012. Green energy development and technology transfer in China and India. Journal of International Development and Cooperation 19(2): 13-24. Saunah Zainun (2020, August 30). Tenaga Mesra Alam Lestarikan Kehijauan Bumi. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/08/726376/tenaga-mesra-alamlestarikan-kehijauan-bumi Teknologi Hijau. (n.d.). cetree usm. Retrieved Julai 16, 2023, from http://cetree.usm.my/index.php/en/berita-cetree/98-teknologi-hijau Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Hamidi Ismail dan Md Khalid Md Noh (2013) Kesedaran Mengenai Penjimatan Tenaga Elektrik dan Kelestarian Alam Sekitar. https://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVIII/PKEM2013_4B3.pdf