The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG KRS - UB MPU3471a (IPGMKG, TESLSK3, AMBILAN JUN 2022)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by VIE VELORIA HANA ZENO IPG-Pelajar, 2024-04-14 04:58:36

BUKU LOG KRS

BUKU LOG KRS - UB MPU3471a (IPGMKG, TESLSK3, AMBILAN JUN 2022)

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) IPG MALAYSIA KAMPUS GAYA NAMA: VIE VELORIA HANA ZENO OPSYEN: TESLSK3 AMBILAN: PISMP AMBILAN JUN 2022 PENSYARAH/PEMIMPIN KRS: PUAN CHRISTEY MAJUDDIN TARIKH HANTAR: 18 MAC 2024


BUTIRAN DIRI GAMBAR MATRIK ME IN UNIFORM :) MAKLUMAT PELAJAR VIE VELORIA HANA ZENO NAMA PENUH “Sebagai remaja yang bertanggungjawab, kita memegang kendali atas hidup kita sendiri, menumbuhkan kemandirian, dan menjadi contoh yang baik bagi orang lain di sekitar kita." 031029-12-0914 NO. IC 011 - 2050 4243 NO. TELEFON KAMPUNG BAHAB, TAGINAMBUR, JALAN RANAU BYPASS, 89150, KOTA BELUD, SABAH ALAMAT [email protected] EMAIL GAYA, KOTA KINABALU, SABAH IPGM KAMPUS IJAZAH SERJANA MUDA PERGURUAN (TESL) PROGRAM/KURSUS PISMP TESLSK3 SEMESTER 2 TAHUN 2 AMBILAN JUN 2022 KUMPULAN/SEMESTER/AMBILAN P21074480 NO. MATRIK 2021072340539 ANGKA GILIRAN KADET REMAJA SEKOLAH UNIT BERUNIFORM


ISI KANDUNGAN Perlembagaan.............................................................................................................1 Tujuan pertubuhan..............................................................................................1 Prinsip-prinsip asas pertubuhan.......................................................................2 Logo, Lagu, Bendera, Moto, Ikrar, Undang-undang.....................................3-5 Maklumat berkaitan Pendaftaran Keahlian.....................................................6 Alamat berdaftar UB.....................................................................................6 Lampiran Borang Pendaftaran....................................................................7 Lampiran Nombor & Kad Daftar Ahli..........................................................8 Pakaian KRS & TKRS.......................................................................................9-14 Kurikulum...........................................................................................................15 Sejarah penubuhan............................................................................................16-17 Struktur Organisasi..................................................................................................18 Senarai struktur organisasi (KRS IPGM KPM)................................................18 Jawatankuasa KRS 4 peringkat..................................................................19-20 Majlis Tadbir Unit Beruniform KRS IPGM KPM........................................21-26 Pengurusan dan pentadbiran.................................................................................27 Kompeni, Platun , Seksyen..........................................................................27-28 Sistem Pangkat TKRS........................................................................................29 Elemen Pengurusan & Pentadbiran KRS IPGM..............................................29 Perancangan orientasi unit beruniform Kadet Remaja Sekolah di sekolah rendah......................................................30-36 Rujukan ....................................................................................................................37


PERLEMBAGAAN Logo, Bendera, Moto, Keahlian, Pakaian KRS dan TKRS dan Kurikulum


PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 1 TUJUAN PERTUBUHAN Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. A) B) C) D) E) F) G)


PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN 2 1) DISIPLIN YANG KENTAL KRS ditubuhkan melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama. Ia juga membantu dalam menangani masalah salah laku di dalam kalangan pelajar remaja seperti salahguna dadah, budaya lepak dan juvana. Melalui pendidikan ini, pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi dengan pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa. 2) PEGANG TEGUH KEPADA AGAMA KRS ditubuhkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentiment beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia. Ia juga melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkanakhlak beragama serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mesra tetangga. 3) CINTA AKAN NEGARA Semangat cinta akan negara merupakan antara agenda utama dalam menubuhkan KRS. Dalam kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. Ia juga memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zama dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Rukun negara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada pendidikan. 4) SANGGUP BERKHIDMAT KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Ia juga ditubuhkan untuk membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


PENGENALAN KRS ILMU IMAN AMAL 3 LAMBANG DAN COGAN KATA KRS LOGO KRS Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian MOTO KRS ILMU IMAN AMAL Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.


PENGENALAN KRS Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk Laluan hidup yang jelas untuk masa depan Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS 4 BENDERA KRS LIRIK LAGU KRS WARNA HIJAU MELAMBANGKAN... Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah verse: chorus:


PENGENALAN KRS BAHAWASANYA KAMI KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA BERJANJI DAN BERSEDIA AKAN MENYEMAI SEMANGAT PATRIOTIK TETAP BERDISIPLIN, BERAKHLAK MULIA BERILMU, BERIMAN DAN BERAMAL KAMI JUGA AKAN MEMUPUK SEMANGAT KEUSAHAWANAN, MENCINTAI ALAM SEKITAR MEMPUNYAI KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL BERSEDIA BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA SERTA MENDUKUNG RUKUN AGAMA DAN RUKUN NEGARA SEPANJANG MASA KAMI MENJADI AHLI KADET 5 IKRAR KRS UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN KRS Menepati masa. Dilarang memakai jam tangan, gelang dan yang dikaitkan. Sentiasa membawa buku log Berpakaian kemas. Panggilan kepada AJK dalam perjumpaan mengikut jawatan dan pangkat yang disandang oleh AJK tersebut. Tindakan akan dikenakan kepada ahli jika tidak hadir tanpa sebab. Jika tidak hadir serta mempunyai alasan, sistem surat menyurat perlu dibuat dan tandatangan ibu bapa mesti ada didalam surat tersebut (WAJIB). Setiap ahli atau AJK yang melanggar undang-undang KRS sebanyak 3 kali, akan dikenakan denda mengikut arahan Presiden atau guru Penasihat. Setiap ahli atau AJK dibenarkan keluar tanpa kebenaran AJK atasan dan Guru Penasihat. Menghormati setiap AJK dan ahli.


ALAMAT BERDAFTAR UB 6 NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR A) Nama Pasukan Badan beruniform ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) bagi Sekolah Rendah B) Alamat berdaftar/alamat KRS & TKRS 1.PERINGKAT KEBANGSAAN a. Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 1 & 7, Blok E13 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya 1.PERINGKAT NEGERI a.Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2. PERINGKAT DAERAH a.Pejabat Pendidikann Daerah Kota Kinabalu 3. PERINGKAT SEKOLAH a.Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya, Kota Kinabalu


LAMPIRAN (PENDAFTARAN KRS) 7 FORMAT BORANG PENDAFTARAN KRS/TKRS


LAMPIRAN (NOMBOR & KAD PENDAFTARAN) 8 KEAHLIAN KRS Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 1. KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan. Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas. Ahli KRS yang bertukar ke sekolah / negeri lain,keahlian asal masih diterima pakai. Keahlian KRS adalah terbuka kepada SEMUA pelajar di SEKOLAH KERAJAAN dan BANTUAN KERAJAAN. Ahli Bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di Institusi Pandidikan. KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS ditubuhkan. Keahlian KRS lucut serta-merta apabila pelajar tersebut berhenti atau dihentikan daripada manjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas. Yuran keahlian dikenakan sebagai RM 1 bagi setiap ahli. PENDAFTARAN AHLI KRS


PAKAIAN KRS/TKRS SEKOLAH RENDAH 9 PEGAWAI KRS Di sekolah, semua guru yang terlibat dengan KRS/TKRS dipanggil PEGAWAI KRS (tiada istilah pegawai TKRS) Pegawai KRS (Guru Pemimpin KRS) dibahagikan kepada 2 kategori pemakaian: Pegawai Latihan Pegawai Pengurusan PEGAWAI LATIHAN PEGAWAI PENGURUSAN Guru penasihat KRS/TKRS bertauliah atau belum (mengikut Kursus Asas Tahap 1). Pangkat disandang antara Leftenan Muda ke Mejar bergantung kepada proses kenaikan pangkat (lulus ujian kenaikan pangkat) Pengawai menjawat jawatan pengurusan tertentu bermula dari peringkat sekolah hingga kementerian. Pengawai Pengurusan KRS di sekolah adalah semua penolong kanan, guru besar/pengetua. Pangkat KRS disandang secara automatik setelah menjawat jawatan pengurusan tersebut.


PAKAIAN KRS/TKRS PEGAWAI KRS 10 PEGAWAI KRS (SEKOLAH RENDAH) 1.GURU BESAR - Komandan TKRS 2.SEMUA PENOLONG KANAN - Timbalan Komandan TKRS JENIS PEMAKAIAN PEGAWAI KRS UNIFORM NO.2 - Pakaian acara rasmi Bush Jacket KRS UNIFORM NO.3 - Pakaian pejabat Dipakai semasa menghadiri mesyuarat/ke sekolah Kemeja hijau muda UNIFORM NO.4 - Pakaian aktiviti dan latihan Dipakai semasa menjadi hakim pertandingan kawad, menjalankan latihan, dan perkhemahan ***Semua guru KRS/TKRS layak memakai semua jenis pemakaian


PAKAIAN KRS/TKRS MURID SEKOLAH RENDAH 11 ***Gambar hak milik TKRSM SRI HIRA’ KLANG @facebook


PAKAIAN KRS/TKRS MURID SEKOLAH RENDAH 12 ***Gambar hak milik TKRSM SRI HIRA’ KLANG @facebook


PAKAIAN KRS/TKRS MURID SEKOLAH RENDAH 13 ***Gambar hak milik TKRSM SRI HIRA’ KLANG @facebook


PAKAIAN KRS/TKRS MURID SEKOLAH RENDAH 14 ***Gambar hak milik TKRSM SRI HIRA’ KLANG @facebook


KURIKULUM UB KRS 15 LATAR BELAKANG Pelajar adalah aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting bagi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar serta meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi muda yang semakin mencabar bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan pelajar yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelak (JERI) (SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH) KURIKULUM 1.Pendidikan Ketatanegaraan/Patriotisme 2.Latihan Fizikal 3.Pendidikan kerohanian Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah (KRS) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu Pasukan Badan Beruniform di sekolah. Kewujudan KRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan TERAS 1.Aktiviti di Air 2.Aktiviti di Darat 3.Aktiviti Pengembaraan 4.Latihan Mental 5.Latihan Kewarganegaraan 6.Aktiviti Ketahanan Diri 7.Aktiviti Pendidikan Luar 8.Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar 9.Aktiviti Kemahiran Hidup (Keusahawanan) 10.Aktiviti Khidmat (Khidmat Masyarakat) UMUM


SEJARAH KRS tujuan penubuhan, objektif penubuhan KRS, penubuhan TKRS dan pengasas


SEJARAH UB KRS 16 SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) (SEJARAH PENGASAS KRS) Pada 27 Jun 1987, di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur, ditubuh sebuah pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha’aban (yang dibulatkan dalam gambar). Pasukan ini, pada mulanya, dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Seramai 20 orang pelajar sahaja yang menganggotai pasukan (tingkatan 1 & 2). Tujuan utama penubuhan adalah melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik, dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM bernaung di bawah pangawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Pada 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Perseketuan mulai menubuhkan KPIM. 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Penubuhan KPIM secara rasmi dimulakan pada 10 Ogos 1993 bernaung dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertemuan bersama Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia) pada 13 September 1993 membincangkan tentang tesis mengenai KPIM. Hasil daripada perbincangan, jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet dan mencadangkan supaya pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM (KPIM). Kemudian ditukar lagi nama kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). NOTA: Antara sekolah terawal menubuh pasukan ini ialah Sek. Men. Taman Tun Dr Ismail dibawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani. Sek. Men. Seri Titiwangsa dibawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz. Sek. Men. Agama Ma’ahad Hamidiah, Kajang, Selangor dibawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad.


SEJARAH UB KRS 17 SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah pertama (perintis) yang menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. TKRS ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana KRS untuk murid-murid sekolah menengah sahaja. Tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada muridmurid mengenai KRS (TKRS merupakan KRS di peringkat awal). Kurikulum, matlamat, dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan KRS. Penubuhan TKRS secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan YB Dato’ Noh b. Omar pada 26 Mac 2006. Dalam pada itu, ceramah KRIS kepada para Pengarah Pendidikan telah diadakan pada Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh YB Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid. Beliau memutuskan untuk menukar KRIS kepada nama Kadet Remaja Sekolah Malaysia (KRS). Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 1995 dan keahlian terbuka kepada semua lelaki dan wanita tanpa mengira agama atau kepercayaan. Sejak itu, banyak sekolah mula membawa pertubuhan belia ini kerana melihat kepentingan kumpulan beruniform dalam meningkatkan disiplin seseorang pelajar. Kumpulan KRS kebanyakannya terbentuk apabila sekolah baru ditubuhkan atau dibawa masuk oleh pentadbir sekolah yang telah ditubuhkan sebelum ini.


STRUKTUR ORGANISASI Senarai struktur organisasi, KRS IPGM KPM Jawatankuasa KRS 4 peringkat, dan Majlis Tadbir Unit Beruniform KRS IPGM KPM


STRUKTUR ORGANISASI KRS IPGM KPM MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA (PENAUNG) PUAN FADHLINA SIDEK KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA (PENASIHAT) TUAN HJ AZMAN BIN ADNAN REKTOR IPG INDUK (PENGERUSI) DR MOHD AZAM BIN AHMAD TIMBALAN REKTOR IPG INDUK (TIMBALAN PENGERUSI) PUAN ANIS ALISYAH BT ABDULLAH KETUA JABATAN (SETIAUSAHA KEHORMAT) PENGERUSI MAJLIS TADBIR KRS (PEN. SETIAUSAHA KEHORMAT) AHLI PENGARAH-PENGARAH IPG 4 AHLI MAJLIS TADBIR KRS JURU AUDIT 1 IPG 1 AHLI MAJLIS TADBIR EX-OFFICIO PEGAWAI LATIH BPG PEGAWAI LATIH BPG AHLI MAJLIS TADBIR KRS (BENDAHARI KEHORMAT) 18 JAWATAN PERINGKAT KRS IPGM KPM INDUK JAWATANKUASA a. Penaung b. Penasihat c. Pengerusi d. Timbalan Pengerusi f. Setiausaha : : : : : Menteri Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Pengarah Bahagian Sekolah Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Ketua Penolong Pengarah (HEM) Bahagian Sekolah g. Penolong Setiausaha h. Bendahari i. Ahli-ahli : : : Dilantik (Dua Orang) Dilantik Pengarah - Pengarah JPN Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Bahagian Dakwah & Kepimpinan Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional Pengarah Institusi Aminuddin Baki Tiga Ahli dilantik Dua Wakil Jurulatih KRS Dua Wakil Jurulatih TKRS j. Juruaudit : Dilantik


JAWATANKUASA KRS 19 STRUKTUR & ORGANISASI PERINGKAT ANTARABANGSA/NEGERI/DAERAH/IPG STRUKTUR & ORGANISASI PERINGKAT NEGERI a. Penaung b. Penasihat c. Pengerusi d. Timbalan Pengerusi e. Setiausaha f. Pen. Setiausaha 1 Pen. Setiausaha 2 g. Bendahari Kehormat h. Ahli-ahli i. Juruaudit : : : : Menteri Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Pengarah Pendidikan Negeri Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Ketua Unit Kokurikulum Penyelia PPSrg. Pegawai Tadbir KRS Dilantik Dilantik Termasuk Pengawai Pelajaran Daerah 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil Jurulatih TKRS Wakil PKPSM dan MGB Dilantik : : : : : : STRUKTUR & ORGANISASI PERINGKAT DAERAH a. Penaung b. Penasihat c. Pengerusi d. Timbalan Pengerusi f. Setiausaha : : : : : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Pengarah Pendidikan Negeri Pengawai Pendidikan Daerah Penolong Pengawai Pendidikan Daerah (SPPK) Penyelia g. Penolong Setiausaha h. Bendahari i. Ahli-ahli i. Ex-Officio j. Juruaudit : : : : : Dilantik Dilantik Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB Pengawai Tadbir KRS Negeri Dilantik (2 orang) ***Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh pengerusi setiap jawatankuasa. PERINGKAT ANTARABANGSA/NEGERI/DAERAH/IPG


JAWATANKUASA KRS 20 STRUKTUR & ORGANISASI PERINGKAT GABUNGAN/DAERAH JAWATANKUASA PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN GABUNGAN (SABAH & SARAWAK) a. Penaung b. Penasihat c. Pengerusi d. Timbalan Pengerusi f. Setiausaha : : : : : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Pengarah Pendidikan Negeri Pengawai Pendidikan Gabungan Ketua Unit Penyelia Kokurikulum g. Penolong Setiausaha h. Bendahari i. Ahli-ahli i. Ex-Officio j. Juruaudit : : : : : Pegawai Tadbir Gabungan KRS Dilantik Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB (Gabungan) Pengawai Tadbir KRS Negeri Dilantik (2 orang) STRUKTUR & ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH a. Penaung b. Penasihat c. Pengerusi d. Timbalan Pengerusi f. Setiausaha : : : : : Pengarah Pendidikan Negeri PPD Pengetua / Guru Besar Penolong Kanan Kokurikulum Dilantik g. Penolong Setiausaha h. Bendahari i. Ahli-ahli i. Juruaudit : : : : Dilantik Dilantik ( 7 orang dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS) Dilantik dalam kalangan guru Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh penolong pendaftar sekolah. Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia. Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah. Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola, dan mengatur program KRS/TKRS Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS PERINGKAT ANTARABANGSA/NEGERI/DAERAH/IPG


BIDANG TUGAS MAJLIS TADBIR UB KRS KPM 21 FUNGSI MAJLIS TADBIR Memperkasakan dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS. Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak. Menjadi institusi yang menggerak, mengeratkan, dan memperkukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman, dan kesejahteraan bekerja. Menjadi saluran rasmi kepada semua ahli. Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan serta pertubuhan lain. MATLAMAT MAJLIS TADBIR SEKRETARIAT KRS/TKRS/KEBANGSAAN/NEGERI/DAERAH Membantu KPM/JPN/PPD merancang aktiviti tahunan (takwim) KRS/TKRS peringkat masing-masing. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi aktiviti KRS/TKRS peringkat Kebangsaan/Negeri/Daerah. Bertindak sebagai urusetia bagi mesyuarat KRS/TKRS Kebangsaan/Negeri/Daerah (menguruskan surat panggilan mesyuarat, minit mesyuarat, bahan edaran, tempat mesyuarat dll) Melaksanakan arahan pihak KPM, JPN dan PPD berkaitan pengurusan & pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS peringkat Kebangsaan/Negeri/Daerah dari semasa ke semasa. Membantu KPM/JPN/PPD dalam proses melantik Sekretariat KRS/TKRS Kebangsaan/Negeri/Daerah. PEGAWAI TADBIR KRS/TKRS KEBANGSAAN/NEGERI/DAERAH Membantu merancang dan melaksana aktiviti berkaitan kejurulatihan seperti kursus (kursus asas dan lanjutan) kepada Sekretariat KRS/TKRS Kebangsaan/Negeri/Daerah emggunakan modul yang telah ditetapkan. Memastikan aktiviti/latihan yang dijalankan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Menyediakan senarai nama jurulatih dan hakim bagi aktiviti KRS/TKRS perigkat Kebangsaan/Negeri/Daerah. KETUA JURULATIH KRS/TKRS DAERAH


BIDANG TUGAS MAJLIS TADBIR UB KRS KPM 22 Menasihati dan memastikan tatacara berpakaian pangawai dan anggota KRS/TKRS dipatuhi. Menasihati pengawai dan anggota KRS/TKRS supaya etika KRS dipatuhi seperti tatacara memberi dan membalas hormat, adab makan, tingkah laku dan sebagainya. Mengawas selia majlis-majlis rasmi KRS iaitu kawalan kehormat/perbarisan/terima sijil/pemakaian pangkat (format perbarisan. aturcara, juru acara, pembaca doa, bahasa hukuman, perbuatan, teks ucapan vip, bilik menunggu, susunan kerusi, pentas hormat, pakaian, jamuan) SEKRETARIAT ISTIADAT KRS/TKRS KEBANGSAAN/NEGERI/DAERAH Membantu merancang dan melaksana aktiviti untuk murid KRS/TKRS Peringkat Kebangsaan/Negeri/Daerah seperti perkhemahan, pertandingan, kursus dan sebagainya. Menyediakan alatan aktiviti seperti (klip fail, kon, kompas wisel, alatan abseiling, dan sebagainya) Memastikan peralatan yang hendak digunakan selamat dan berfungsi dengan baik serta mematuhi SOP penggunaannya. Memastikan fasiliti di lokasi aktiviti berada dalam keadaan baik dan selamat seperti tapak khemah, surau, dewan makan, dorm alat siaraya, walkie talkie, dan sebagainya. SEKRETARIAT LAKSANA KRS/TKRS KEBANGSAAN/NEGERI/DAERAH Membantu Sekretariat KRS/TKRS Kebangsaa/Negeri/Daerah dalam aspek-aspek kejurulatihan dan hal ehwal wanita. Membantu Ketua Jurulatih menyediakan jadual tugas bagi jurulatih wanita ketika program. Bersama Sekretariat Istiadat memantau pemakaian uniform KRS/TKRS agar mematuhi tatacara yang telah ditetapkan. Memantau lokasi aktiviti agar selamat untuk peserta wanita. Mengurus hal-hal kebajikan pangawai dan kadet wanita. SEKRETARIAT HAL EHWAL WANITA (HEWA) KRS/TKRS KEBANGSAAN/NEGERI/DAERAH Melaksanakan tugas pengumpulan data keahlian KRS/TKRS, bilangan pemegang pangkat (kadet) dan bilangan pengawai latihan mengikut pangkat. Mengenal pasti bilangan sekolah yang menubuhkan KRS/TKRS dan bilangan sekolah yang tidak membuat pendaftaran. Bertanggungjawab menyediakan data untuk laporan kepada pihak KPM/JPN/PPD. Menguruskan laman web/media sosial KRS Kebangsaan/Negeri/Daerah. PEGAWAI DATA & ICT KRS/TKRS KEBANGSAAN/NEGERI/DAERAH


BIDANG TUGAS MAJLIS TADBIR UB KRS KPM 23 FUNGSI-FUNGSI PENTADBIR Mengurus dan mentadbir pertubuhan. Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung. Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa. Merancang, melaksana, dan menyelia aktiviti. Meneliti catatan minit mesyuarat. Berhak mempunyai undi pemutus. Menandatangani cek-cek. TUGAS PENGERUSI Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila pengerusi tiada. Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran. Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi. TUGAS NAIB PENGERUSI Menjalankan kerja pentadbiran mengikut undang-undang. Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi. Mengendalikan urusan surat-menyurat. Menyimpan buku daftar ahli. Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan. Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus pertubuhan. Menjalankan tugas semasa. TUGAS SETIAUSAHA Mengurus hal-hal berkaitan kebajikan dan CSR kepada ahli dan guru KRS/TKRS. Mewujudkan hubungan (rakan strategik) bersama agensi luar (KARESMA/KRS Musleh/Outpost dsb) Menyelaras hubungan antarabangsa bagi pelaksanaan program KRS peringkat Kebangsaan/Negeri/Daerah. Menyedia dan menyiarkan bahan-bahan promosi pasukan KRS/TKRS melalui pelbagai medium. Menyelenggara dan mengemaskini laman sosial rasmi KRS iaitu KRSCYBER PEGAWAI KORPORAT & CSR KRS/TKRS KEBANGSAAN/NEGERI/DAERAH


BIDANG TUGAS MAJLIS TADBIR UB KRS KPM 24 Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan. Memungut dan menyimpan penyata pembayaran ahli. Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang. Mengurus dan mentadbir pembelian dan urusan kewangan. Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira. Menandatangani cek-cek yang diterima. Mengeluarkan resit. Melaporkan penyata kewangan dalam mesyuarat. TUGAS BENDAHARI Menjalankan tugas semasa ketiadaan bendahari. Membantu bendahari menyiapkan urusan kewangan Tugas Ketua Patrol. Mengetuai satu kumpulan kecil. Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang ditetapkan. TUGAS PENOLONG BENDAHARI Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS. Membantu, memberi idea dalam aktiviti pertubuhan KRS. Mempengerusikan biro-biro kecil sekiranya dilantik Tugas Ketua Pentadbir. Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program KRS di peringkat negeri. Dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berpangkat MEJARKRS. Mencalonkan pengawai-pegawai dan ahli kadet untuk berkursus di peringkat kebangsaan. Bertanggungjawab terhadap program KRS di peringkat negeri. Penasihat berkaitan dengan logistik KRS negeri. Pengesahan tatacara pemakaian uniform KRS dan TKRS. Membantu Ketua Unit dan Penyelia KoKum. Tanggungjawab terhadap Pengarah Pendidikan Negeri dalam semua perancangan program di peringkat kebangsaan. TUGAS AJK BIASA


BIDANG TUGAS MAJLIS TADBIR UB KRS KPM 25 Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program kejurulatihan KRS. Dilantik oleh KPM dan berpangkat MEJAR KRS. Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS. Mengeluarkan dan mengaturkan jadual tugas - jurulatih dalam sesuatu program. Merancang dan melaksanakan program di peringkat negeri. Membantu Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai. Menyediakan modul kursus kejurulatihan di peringkat negeri. Mengenal pasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih/pegawai. Tatacara perkhemahan. TUGAS KETUA JURULATIH PERJALANAN PROGRAM PENGAWAI KANAN NEGERI Membantu Pengawai Tadbir dan Ketua Jurulatih. Dilantik oleh KPM dan MEJARKRS. Membantu Pengawai Tadbir dari aspek teknikal. Melaksana prosedur-prosedur teknikal terhadap semua aktiviti. Menyelia ahli jawatankuasa teknikal. Bertanggungjawab dari aspek teknikal. Menjalankan tugas yang dimaklumkan oleh JPN/Kementerian. Tanggungjawab terhadap perjalanan pertandingan kawad kaki di peringkat negeri. TUGAS PEGAWAI TEKNIKAL ASPEK KESELAMATAN Pegawai kanan KRS Negeri. Tanggungjawab khas atas penglibatan pengawai & ahli kadet wanita. Dilantik oleh KPM & MEJARKRS Mambantu Pengawai Tadbir, Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal & Pegawai Istiadat Negeri Membantu mengenal pasti prestasi, peningkatan & kebajikan jurulatih wanita & ahli kadet wanita TUGAS PEGAWAI ISTIADAT


BIDANG TUGAS MAJLIS TADBIR UB KRS KPM 26 Mengumpul data atau maklumat tentang : Pegawai, Jurulatih, Ahli kadet. Dilantik oleh JPN dan MEJAR KRS. Mengumpul maklumat statistik dan status semua pegawai, jurulatih dan ahli kadet - semua peringkat. Mengemaskini data. Buat pendaftaran sekolah, pegawai, jurulatih dan ahli kadet. Bertanggungjawab terhadap : (berhubung dengan statistik KRS dan TKRS), Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua Unit Kokurikulum, Penyelia Kokurikulum JPN Negeri. Membantu Pegawai Tadbir, Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal, Pegawai Istiadat, Pegawai HELWA, Tugas Penolong-Penolong Pegawai KRS dan TKRS. Membantu dan menjadi penolong kepada pegawai-pegawai kanan dalam merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau aktiviti. Dilantik oleh JPN dan KAPTEN KRS. Penolong dan pembantu berkaitan logistik KRS Negeri. Bertanggungjawab: Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua Unit Kokurikulum, Penyelia Kokurikulum. TUGAS PEGAWAI DATA/MAKLUMAT


PENGURUSAN & PENTADBIRAN Kompeni, platun , seksyen, sistem pangkat TKRS dan elemen pengurusan & pentadbiran KRS IPGM


STRUKTUR & ORGANISASI PERTUBUHAN 27 STRUKTUR UNIT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) KOMPENI (KRS) Kompeni terdiri daripada gabungan 4 platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar/Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pengawai Waran, Staf Sarjan, dan 4 orang Ketua Platun. KETUA KOMPENI PENOLONG KETUA KOMPENI EJUTAN PEGAWAI WARAN PLATUN A PLATUN A PLATUN A PLATUN A


STRUKTUR & ORGANISASI PERTUBUHAN 28 PLATUN KRS Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pengawai, 1 sarjan, 3 koperal, dan 3 lans koperal, serta 30 anggota kadet. PENGAWAI PLATUN STAF SARJAN SARJAN PLATUN SEKSYEN 1 SEKSYEN 2 SEKSYEN 3 SEKSYEN (KRS) Setiap seksyen dianggotai seramai 12 orang anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans, 3 koperal, dan 10 anggota kadet. KETUA SEKSYEN PENOLONG KETUA SEKSYEN 10 ANGGOTA KADET


SISTEM PANGKAT KRS/TKRS IPGM & ELEMEN PENGURUSAN 29 Pengetua / Guru Besar : Komandan KRS Penolong Kanan Kokurikulum : Timbalan Komandan KRS Guru Pemimpin : Pegawai Platun Pengerusi : Pegawai Waran KRS / Sarjan TKRS Naib Pengerusi : Sarjan KRS / Koperal TKRS Setiausaha : Koperal KRS Bendahari : Koperal KRS Ahli Jawatankuasa : Koperal dan Lans Koperal KRS Ahli-ahli : Semua anggota KRS yang berdaftar di sekolah Catatan: Pengetua /Guru Besar : Komandan KRS. ***Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan nama panggilan Komandan KRS Sekolah. Penolong Kanan/Kokurikulum/Akademik/HEM : Timbalan Komandan KRS. ***Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan panggilan Timbalan Komandan KRS Sekolah. SISTEM PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN KUASA PENGANJUR STRUKTUR UNIT PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN PENGURUSAN FOLIO/BUKU LOG/LAPORAN AKTIVITI TAKWIM & PERANCANGAN AKTIVITI ANUGERAH & PENILAIAN ELEMEN PENGURUSAN & PENTADBIRAN KRS


PERANCANGAN ORIENTASI UB KRS DI SK Rancangan tahunan, mingguan, pelaksanaan program dan laporan


RANCANGAN TAHUNAN UB KRS 30 CONTOH RANCANGAN TAHUNAN UB KRS Catatan: Aktiviti kokurikulum hanya dilakukan oleh murid-murid Tahap 2 (Tahun 3-6). Bagi unit beruniform, aktiviti/perjumpaan perlu dilaksanakan 18 kali setahun. Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) adalah kesinambungan dasar MBM untuk memartabatkan Bahasa Melayu melalui aktiviti kokurikulum disekolah. MASA PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM: Tahun 3 & 4 : 60 seminggu Tahun 5 & 6 : 120 seminggu JUMLAH BILANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM Unit Beruniform : 18 kali seminggu Kelab/Persatuan : 12 kali seminggu Sukan/Permainan : 12 kali seminggu rujukan: UNITKOKURIKULUM (SJKT TANJONG RAMBUTAN) @ googlesites


PELAKSANAAN PROGRAM DI IPG 31 CONTOH PELAKSANAAN PROGRAM UB KRS AKTIVITI KAWAD KAKI Dihadiri oleh 4 kelas (BMSK4, BMSK5, TESLSK3, MZK) berjumlah 102 ahli. Diketuai oleh 4 pensyarah. Komandan kawad dilantik dari wakil setiap kelas. AKTIVITI KHIDMAT KOMUNITI Dihadiri oleh 4 kelas (BMSK4, BMSK5, TESLSK3, MZK) berjumlah 102 ahli. Diketuai oleh 3 pensyarah. Pelajar membersihkan kawasan lapangan (Ujana Taman Rimba, Kota Kinabalu)


PELAKSANAAN PROGRAM DI IPG 32 CONTOH PELAKSANAAN PROGRAM UB KRS AKTIVITI PERTOLONGAN CEMAS Dihadiri oleh 4 kelas (BMSK4, BMSK5, TESLSK3, MZK) berjumlah 102 ahli. Diketuai oleh 4 pensyarah. Pelajar belajar tentang asas pertolongan cemas sp CPR dan ikatan Anduh.


PELAKSANAAN PROGRAM DI SK 33 CONTOH PELAKSANAAN PROGRAM UB KRS Contoh-contoh pelaksanaan program/aktiviti KRS boleh rujuk dalam laman sesawang tersebut: AKTIVITI TKRS SK LUBOK TERAS @ BLOGSPOT


RANCANGAN MINGGUAN UB KRS 34 CONTOH RANCANGAN MINGGUAN UB KRS Format rancangan aktiviti mingguan TKRS Tahap 2 (Tahun 4 & 5) Bentuk rancangan aktiviti mingguan unit beruniform adalah sama seperti bentuk rancangan mengajar harian guru.


LAPORAN MINGGUAN UB KRS 35 CONTOH LAPORAN MINGGUAN UB KRS


CONTOH LAPORAN TAHUNAN UB KRS LAPORAN TAHUNAN UB KRS 36


RUJUKAN Buku Log TKRS. (2020). Modul Guru: Aktiviti Mingguan Tunas Kadet Remaja Sekolah. https://www.facebook.com/photo/? fbid=123336822490462&set=pcb.123336912490453 En. Khairul Farez bin Nahrawi. (n.d.). Tujuan Penubuhan KRS. KRS SMK ABC. Retrieved April 14, 2024, from https://krsabc.weebly.com/tujuan-penubuhan-krs.html Malaysia, K. R. S. (n.d.-a). TATACARA PEMAKAIAN. Kadet Remaja Sekolah. https://www.krscyber.org.my/tatacara-pemakaian.php Malaysia, K. R. S. (n.d.-b). TUGAS & TANGGUNG JAWAB. Kadet Remaja Sekolah. https://krscyber.org.my/tugas---tanggung-jawab.php Muhammad Aiman Bin Razali. (n.d.). KRS - Struktur dan Organisasi Pertubuhan. Sites.google.com. Retrieved April 14, 2024, from https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/muhammad-aiman-w1-krs/strukturdan-organisasi-pertubuhan Muhammad Ikram Bin Niza Ruddin. (2022). BUKU LOG KRS - Flip eBook Pages 1-50 | AnyFlip. Anyflip.com. https://anyflip.com/dgayc/ehwl/basic Nor Hafizan Binti Che Ismail. (2023). Perancangan Aktiviti Tahunan TKRS 2023-2024 | PDF. Scribd. https://www.scribd.com/document/678205995/PERANCANGANAKTIVITITAHUNAN-TKRS-2023-2024 SJKT Tanjong Rambutan. (n.d.). KOKURIKULUM - DASAR. Sites.google.com. Retrieved April 14, 2024, from https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/koku-sjkttr/dasar SK LUBOK TERAS. (2012). AKTIVITI TKRS. Blogger. https://sklubokteras.blogspot.com/p/aktiviti-tkrs.html TKRSM Sri Hira' Klang. (2020). Baju TKRS (Murid). https://www.facebook.com/photo/? fbid=117048216499553&set=pcb.117048263166215 37


Click to View FlipBook Version