SEMESTER 2 TEKNIK MENJAWAB
SOALAN PERATURAN
DAN UNDANG-UNDANG
BHG.C-PEMBANGUNAN
NEGARA/KMK/STPM
OLEH:
CIKGU MOHD HAZLI BIN CHE OTHMAN
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
HASIL PEMBELAJARAN:
-Menyatakan sejauh mana pentingnya peraturan dan undang-undang dalam
pembangunan negara
A.CONTOH SOALAN DALAM KAJIAN TEKS SS 7 SBDKL
SOALAN 1
Undang-undang menjamin kestabilan politik sesebuah negara. Berdasarkan teks
SS(sejarah Melayu),huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan
negara. [25]
CADANGAN PENGENALAN
Ayat 1 (Konsep undang-undang)
Ayat 2 Undang-undang ialah peraturan yang digubal dan melibatkan hukuman
(Undang-undang masyarakat melayu tradisional)
Ayat 3 Dalam masyarakat melayu tradisional undang-undang dikenali sebagai
adat.
(menyenaraikan isi)
Antara undang-undang dalam Sulalatus Salatin ialah undang-undang
derhaka,undang-undang menggunakanhak raja tanpa izin, undang-
undang merancang untuk merampas kuasa,dan lain-lain
CADANGAN ISI
Fakta 1 Undang-undang derhaka
Huraian+ Sikap derhaka merujuk kepada sikap ingkar akan perintah raja
pembanguan dan melakukan perbuatan yang mencabar hak dan kedudukan
negara raja sehingga menyebabkan kekacauan dalam negara.Hukuman
bagi orang menderhaka ialah hukuman bunuh.
Contoh Contohnya, Hang Jebat yang menderhaka kepada Sultan Mansur
Syah telah dijatuhkan hukuman bunuh. Anak dan isterinya juga
dibunuh dan bangkai mereka dibuang ke laut.Kaki tiang dan bekas
tanah rumahnya semua dibuang ke laut.Jelaslah, sikap derhaka
penting dielakkan oleh setiap rakyat agar mengekalkan keamanan
dan kemakmuran negara.
kk Jelaslah hukuman bunuh terhadap penderhaka penting bagi
mengelakkan rampasan kuasa dan mengekalkan keamanan
dalam negara.
1
Fakta 2 Undang-undang menggunakan hak raja tanpa izin
Huraian+ Rakyat dilarang menggunakan hak raja seperti dayang atau
pembanguan gundik kerana sikap ini menggambarkan sikap rakyat yang tidak
negara menghormati raja yang boleh membawa kemudratan kepada
negara. Hukuman bagi orang menggunakan hak raja tanpa izin
Contoh ialah hukuman bunuh.
Contohnya, Hang Tuah yang menggunakan hak raja tanpa izin
kk iaitu bermukah dengan dayang dikatakan tidak menghormati hak
dan kedudukan raja telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan
Mansur Syah
Jelaslah menggunakan hak raja tanpa izin wajar dikenakan
hukuman bunuh agar dapat mengekalkan kedaulatan raja sekali
gus mengekalkan keamanan negara.
Fakta 3 Undang-undang merancang untuk merampas kuasa
Huraian+ Rakyat tidak boleh merampas kuasa atau menggulingkan raja
pembanguan bagi mengelakkan perbalahan yang boleh membawa kekacauan
negara dalam negara. Hukuman bagi orang merancang untuk merampas
Contoh kuasa ialah hukuman bunuh.
Contohnya, Bendahara Seri Maharaja yang dikatakan ingin
kk merampas kuasa dengan membeli takhta,ciu emas dan kaus
emas kerana ingin menjadi raja Melaka telah dijatuhkan hukuman
bunuh oleh Sultan Mahmud Syah.
Jelaslah rampasan kuasa perlu dielakkan agar dapat menjamin
kestabilan politik sesebuah negara.
Fakta 4 Undang-undang membunuh tanpa izin raja
Huraian+ Membunuh tanpa izin raja merupakan satu kesalahan berat
pembanguan kerana mencabar kedaulatan seorang raja dan menebabkan
negara kedaulatan sesebuah negara tergugat. Hukuman bagi orang
Contoh yang membunuh tanpa izin raja ialah hukuman bunuh.
Contohnya, Seri Akar Raja di Pahang sertelah dititahkan oleh
kk Sultan Muhammad telah menjalankan hukuman bunuh ke atas
Telanai Terengganu tanpa memberitahu Melaka.Sultan Alau’d-Din
Riayat Syah mengutus Laksamana Hang Tuah ke Pahang untuk
menegur perbuatan ini dan Hang Tuah telah membunuh seorang
daripada keluarga Seri Akar Raja sebagai pengajaran.
Jelaslah ,perbuatan membunuh tanpa memberitahu raja perlu
dihukum bagi memastikan keamanan dan kedaulatan sesebuah
negara kekal terpeihara.
2
Fakta 5 Undang-undang tidak menghadap raja pada hari-hari tertentu
Huraian+ Pembesar atau wakil jajahan mesti meghadap raja pada hari-hari
pembanguan tertentu seperti hari raya bagi menunjukkan rasa hormatnya
negara kepada raja sekali gus memandang tinggi kepada kedaulatan
negara. Hukuman bagi orang yang tidak menghadap raja pada
Contoh hari-hari tertentu ialah hukuman bunuh.
Contohnya, Seri Bija Diraja yang tidak masuk mengadap Sultan
kk Mansur Syah ketika Hari Raya telah dijatuhkan hukuman bunuh
oleh Sultan Mansur Syah.Hal ini kerana perbuatan Seri Bira Diraja
ini seolah-olah menafikan keabsahan Sultan Mahmud Syah
sebagai raja yang berdaulat.
Jelaslah ,undang-undang menghadap raja perlu dikuatkuasakan
agar melahirkan rakyat yang setia kepada raja dan mengukuhkan
kedudukan sesebuah negara.
CADANGAN KESIMPULAN
AYAT 1(KESIMPULAN) Kesimpulannya,undang-undang yang diwujudkan perlu
dipatuhi oleh setiap rakyat tanpa berbelah bahagi.
AYAT 2 Pematuhan undang-undang oleh setiap rakyat penting
(cadangan+harapan bagi mengekalkan keamanan sesebuah negara dan
+pembangunan negara melahirkan sebuah negara yang dipandang tinggi.
PERINCIAN PEMARKAHAN
Situasi 1
Fakta aspek / 1
Huraian / 2
(Dikaitkan dgn
pembangunan) / 1
Contoh 4
Jumlah Markah
Situasi 2 aspek / 1
/ 2
Fakta
Huraian X 0
(Dikaitkan dgn 3
pembangunan)
Contoh
Jumlah Markah
3
Situasi 3 aspek / 1
X 0
Fakta
Huraian / 1
(Dikaitkan dgn 2
pembangunan)
Contoh
Jumlah Markah
Situasi 4 aspek / 1
X 0
Fakta
Huraian X 0
(Dikaitkan dgn 1
pembangunan)
Contoh
Jumlah Markah
Situasi 5 aspek X 0
/ 0
Fakta
Huraian / 0
(Dikaitkan dgn 0
pembangunan)
Contoh
Jumlah Markah
SOALAN 2
Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur turut memaparkan peraturan dan undang-
undang. Huraikan peraturan dan undang-undang dalam konteks pembangunan
negara pada masa kini. [25]
CADANGAN PENGENALAN
Ayat 1 (Konsep Peraturan)
Ayat 2 Peraturan merujuk kepada segala yang ditetapkan dan tidak melibatkan
Ayat 3 hukuman.
(Konsep Undang-undang)
Undang-undang merujuk kepada peraturan yang digubal dan perlu
dipatuhi serta melibatkan hukuman
(menyenaraikan isi)
Antara peraturan dan undang-undang dalam novel Saudagar Besar dari
Kuala Lumpur ialah peraturan di pejabat,peraturan pelantikan Orang
Kaya Wilayah, Undang-undang jenayah dan lain-lain
4
Fakta 1 Peraturan di pejabat
Huraian+ pembanguan negara Peraturan di pejabat penting dalam menentukan ,
memantap dan melancarkan pengurusan
Contoh sesebuah organisasi ke arah membangunkan
kk sesebuah negara pada masa ini. Peraturan
syarikat menetapkan perlunya membuat janji
temu sebelum bertemu dengan pengurusan
tertinggi syarikat.
Contohnya Mahani meminta maaf kepada Datuk
Tan kerana tidak membuka pintu pejabat Encik
Muhammad kerana tidak mengetahui kedatangan
Datuk Tan yang datang ke pejabat Encik
Muhammad tanpa sebarang temu janji
Jelaslah peraturan pejabat sangat perlu bagi
memastikan urusan pejabat berjalan lancer ke
arah usaha membangunkan ekonomi negara
pada masa kini.
Fakta 2 Peraturan pelantikan Orang Kaya Wilayah
Huraian+ pembanguan negara Pelantikan sesuatu jawatan haruslah
berdasarkan persetujuan bersama bagi
Contoh mengelakkan perebutan kuasa yang boleh
membawa perpecahan dalam negara pada masa
kk kini. Pelantikan Orang Kaya Wilayah hendaklah
berdasarkan waris yang sah bagi mengelakkan
konflik
Contohnya, Penghulu Mahmud dilantik sebagai
Orang Kaya Indera semasa Majlis Puja Umur
Sultan di Kampung Pulai kerana beliau ialah waris
sah keturunan Orang Kaya Indera Datuk Idris B
Muhammad Saman dan kebolehan beliau untuk
memimpin serta membangunkan masyarakat
Jelaslah ,pelantikan sesuatu jawatan haruslah
berdasarkan peraturan yang ditetapkan bagi
mengelakkan penyalahgunaan kuasa yang
membawa kepada kehancuran negara pada
masa kini.
Fakta 3 Peraturan penubuhan syarikat
Huraian+ pembanguan negara Penubuhan sesebuah syarikat perlulah mematuhi
syarat yang ditetapkan bagi melancarkan peranan
Contoh sesebuah syarikat dalam membangunkan
ekonomi negara kini. Syarikat yang ditubuhkan
hendaklah memperuntukkan 60% saham dimiliki
oleh kaum bumiputera manakala 40% lagi milik
kaum bukan bumiputera.
Contohnya, penubuhan Syarikat Firma Serba
Dagang Internasional yang merupakan
5
perkongsian antara Encik Muhammad yang
memegang 60% saham dengan Datuk Tan yang
memiliki 40% saham melahirkan perpaduan
dalam kalangan rakyat dalam membangunkan
ekonomi negara.
kk Jelaslah, penubuhan perlu menitikberatkan
penglibatan rakyat bumiputera agar dapat
merapatkan jurang ekonomi dalam kalangan
rakyat yang berbilang kaum pada masa kini.
Fakta 4 Undang-undang jenayah
Huraian+ pembanguan negara Undang-undang yang memperuntukkan hukuman
sama ada denda,penjara atau ganung jika disabit
Contoh kesalahan penting untuk membendung kegiatan
jenayah seperti bunuh,rompak dan sebagainya
yang semakin berleluasa kini yang boleh
mengancam keamanan negara. Hukuman yang
dikenakan bagi orang yang melakukan kesalahan
jenayah ialah ditangkap,dimasukkan ke dalam
lokap sementara menunggu hari untuk
dibicarakan.
Contohnya, Mat Akil dan rakan-rakannya telah
membuat kecoh semasa di balai raya.Dia juga
bersikap kurang ajar dan tidak menghormati
perjumpaan itu sehingga berlakunya
kekecohan.Mat Akil telah melibas pisau dan
terkena pada bahu Lebai Maarup.Serangan itu
terhenti apabila terdengar letupan pistol dan
pihak polis telah menangkap Mat Akil,Man dan
dua orang rakannya serta digari.Mat Akil
sekiranya didapati bersalah dia bakal
dipenjarakan untuk tempoh yang panjang dan
bakal bergelar banduan.
kk Jelaslah , undang-undang jenayah penting bagi
mewujudkan keselamatan dan keamanan dalam
negara pada masa kini.
6
Fakta 5 Undang-undang membela tertuduh
Huraian+ pembanguan negara Setiap tertudah berhak untuk diwakili oleh
seorang peguam untuk membelanya ketika hari
Contoh perbicaraan bagi memastikan hak setiap rakyat
untuk dibicarakan terpelihara.
kk Contohnya. Sudin berjanji kepada Mat Akil dan
kawan-kawannya yang ditahan di lokap bahawa
dia akan membantu menyediakan peguam untuk
membela mereka.
Jelaslah , pembelaan terhadap pihak tertuduh
penting bagi menegakkan keadilan dan
kesaksaman hak setiap rakyat dalam sesebuah
negara pada masa kini.
CADANGAN KESIMPULAN
AYAT 1(KESIMPULAN) Kesimpulannya,peraturan dan undang-undang yang
ada dalam sesebuah negara perlu dipatuhi oleh
AYAT 2 segenap lapisan rakyat bagi melahirkan rakyat yang
(cadangan+harapan cinta akan negara.
+pembangunan negara Pematuhan kepada peraturan dan undang-undang
sangat penting pada masa ini bagi mewujudkan negara
yang kekal aman,harmoni dan dipandang tinggi oleh
negara luar.
7