The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayahandahazum05, 2021-09-19 11:00:57

CERPEN MITOS SECEKAK KERTAS TISU

SEM.1/KMK/STPM-PROSA MODEN

CERPEN : MITOS

SECEKAK KERTAS TISU

KMK STPM/SEMESTER 1/PROSA MODEN

NUKILAN AKSARA:

MOHD HAZLI BIN CHE SEMAN @ CHE OTHMAN

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/CERPEN MITOS SECEKAK KERTAS TISU/SEM.1/SEMKIP/#KMKMESTI A

HASIL PEMBELAJARAN

Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti dan menjelaskan aspek intrinsik dan ekstrinsik dalam prosa
moden terpilih;
(b) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;
(c) menerangkan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya;
(d) menghuraikan kandungan karya;
(e) menganalisis karya.

CERPEN MITOS SECEKAK KERTAS TISU( S.Othman Kelantan)
SINOPSIS
wang bukan segala-galanya. Ketika wang mempunyai nilai yang tinggi,kita sangat
bergembira untuk memiliki semua.Apabila nilai mata wang jatuh, manusia mula
menjadi keluh kesah kerana kejatuhannya menyebabkan harga barangan menjadi
terlalu mahal.
Manusia boleh hilang pegangan agama dan menjadi tidak waras akibat mempunyai
masalah kewangan.
Ayah penulis sudah tahu kesan nilai mata wang yang jatuh kerana beliau merupakan
seorang pejuang yang bersejarah pada zaman dulu.
Kasih sayang ibu yang mendalam terhadap ayah membuatkan ayah bersemangat
utuk menempuhi zaman-zaman yang seterusnya sehinggalah berlaku kemelestan
ekonomi.
Walaupun nilai mata wang jatuh,pencerita tetap berdoa kepada Tuhan untuk
memimpin dia agar tidak berputus asa mencari rezeki tanpa menghiraukan
kejatuhan nilai mata wang.
Tema:

Bertemakan tentang masalah ekonomi semasa iaitu kejatuhan nilai mata wang.
Manusia di dunia termasuk di negara kita menjadi resah dan tidak menentu kerana
nilai wang. Bagi mereka, kejatuhan nilai matawang telah menyusahkan kehidupan
dan ramai cuba menyalahkan pihak lain kerana nilai wang jatuh. Seolah-olah
manusia telah menjadi hamba kepada wang dan manusia lupa bahawa pemberi
rezeki adalah Allah. Manusia lupa untuk berikhtiar mencari sumber lain bagi
mendapatkan barangan dan keperluan harian sebagaimana yang telah dilakukan
oleh seekor burung ketika mencari rezeki (hlm 137).

1

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/CERPEN MITOS SECEKAK KERTAS TISU/SEM.1/SEMKIP/#KMKMESTI A

Pemikiran

1. Krisis mata wang yang melanda telah menyebabkan rakyat gelisah.
Mitos dikaitkan dengan kepercayaan. Sesuatu yang dipercayai benar. Ramai orang
percaya kononnya sehelai kertas itu mempunyai nilai dan ramai percaya tanpa
helaian kertas itu, kita akan sengsara. Malah ada yang menjadi leka kerananya. Jika
helaian kertas itu semakin jatuh nilainya sehingga akhirnya tidak bernilai, maka ia
tidak ubah umpama nilai secekak kertas tisu sahaja. Tisu akan dibuang di tempat
longgokan sampah apabila tidak diguanakan lagi. Harga tisu amat murah, kerana itu
ia mudah dibuang. Bayangkan jika dahulu kita mampu membeli 100 biji kuih dengan
RM10 sebaliknya kini kita hanya mampu memiliki 25 biji kuih sahaja dengan wang
yang sama.

2. Nilai mata wang bukan penentu kebahagiaan hidup
Ramai orang menjadi resah kerana kejatuhan nilai mata wang. Namun penentu
kebahagiaan hidup bukan ditentukan oleh nilai wang semata-mata. Masih banyak
faktor penentu lain yang mampu membuatkan seseorang itu bahagia.

3. Jangan menjadi hamba wang.
Ramai orang percaya bahawa kejatuhan mata wang akan menyebabkan kesusahan
dan hilang banyak rezeki. Mereka telah berusaha siang malam semata-mata untuk
mengumpulkan duit yang banyak. Semoga dengan duit yang banyak akan
menyelamatkan diri mereka daripada kemiskinan dan papa.

4. Yakin dengan kekuasaan Allah yang memberi rezeki kepada manusia.
Sebenarnya pemberi rezeki kita adalah Allah swt. Keyakinan kepada perkara yang
lain selain Allah akan menjejaskan keimanan kita. Mempunyai wang sememangnya
penting, namun kita tidak boleh meyakini bahawa mempunyai wang maka kita
mempunyai banyak rezeki. Pengarang mengambil contoh burung-burung yang
terbang tetap memperolehi rezeki tanpa menghiraukan kejatuhan nilai wang
(secekak kertas tisu).

BINAAN PLOT

PERMULAAN

‘Aku”(penulis) menyatakan bahawa kewujudan “Dia” (wang) tidak dapat diramalkan
oleh orang ramai. Namun,ayah menjelaskan bahawa wang itu telah wujud sama
lamanya dengan nafsu manusia yang ingin memiliki segala-galanya.

PERKEMBANGAN

“Ayah” mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran kerana diri beliau yang
semakin uzur. Walaupun memiliki pancaindera yang kurang sempurna,”ayah” tetap
menjalani kehidupan dengan penuh kebahagian melalui sokongan daripada “ibu”
yang sentiasa berada disisi beliau.

2

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/CERPEN MITOS SECEKAK KERTAS TISU/SEM.1/SEMKIP/#KMKMESTI A

KONFLIK
“Dia” datang mengetuk pintu di setiap rumah penduduk di situ yang mana ekonomi
kewangan mereka telah pun terjejas. Hal ini menimbulkan keraguan,kerisauan dan
pertanyaan kepada penulis kerana tidak dapat merungkai maksud sebenar “ayah”
mengenai kejatuhan “dia” dan sebab “dia” mengetuk pintu rumah. Namun begitu,
“ayah” menanamkan keyakinan di dalam dada penulis untuk tidak berasa risau dan
menerima dugaan yang diuji oleh Allah dengan ikhlas.
KLIMAKS
Disebabkan nilai mata wang jatuh,ramai orang telah menjadi hampa,kecewa,putus
asa,hysteria dan sehingga ada yang membunuh diri. Tiba-tiba,”dia” mengetuk pintu
rumah penulis lalu “ayah” dan “ibu” mengejutkannya dari tidur dan membisikkan
tentang kedatangannya kepada penulis.(Masalah ekonomi kewangan ekoran
daripada kejatuhan nilai mata wang tersebut telah melanda keluarga penulis)

PELERAIAN
Penulis mulai sedar dan memahami kesan signifikan kejatuhan nilai mata wang itu
terhadap keluarganya setelah mendengar keluhan dan rintihannya di pintu
rumah.Lalu,penulis insaf akan kelemahannya yang tidak mengenali masalah
sebenar di sebalik kejatuhan nilai mata wang tersebut.
Penulis pun memanjatkan doa kepada Tuhan agar meneguhkan imannya dan
memipin dia agar tidak berputus asa mencari rezeki tanpa menghiraukan kejatuhan
nilai mata wang itu. Penulis ibaratkan burung di udara dan ikan di laut yang masih
bebas mencari makanan tanpa mempedulika kejatuhan nilai mata wang.

PERSOALAN
1. Persoalan peranan wang ringgit dalam Kehidupan.Nilai wang sungguh berharga
dan penting untuk manusia hidup selesa.
Contoh: Ahli politik Rusia yang kaya dengan wang memberikannya kelebihan
mendapatkan perlindungan politik.
2. Persoalan sifat manusia yang tamak akan wang.Sifat tamak akan wang
melahirkan golongan kaya yang tidak berperikemanusiaan dan menindas golongan
yang lemah.
Contoh:Individu yang tidak bertanggungjawab seperti penipu kewangan Amerika
disingkirkan dari negaranya kerana melakukan rasuah demi wang.

3

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/CERPEN MITOS SECEKAK KERTAS TISU/SEM.1/SEMKIP/#KMKMESTI A

3.Persoalan kasih sayang.Pasangan yang saling mengasihi satu sama lain hidup
bahagia dan berjuang bersama-sama menghadapi rintangan hidup.

Contoh:Bagi ayah,ibu merupakan sayap dan tenaga untuk ayah.Ibu memberi ayah
keyakinan,semangat kemahuan dan berjuang dalam hidup.Cinta ibu terhadap ayah
pula tidak pernah berkurangan meskipun mereka semakin berusia.

4. Pesoalan keinsafan.Seseorang yang insaf dapat mengubah hidup kea rah yang
lebih baik.
Contoh: ‘Aku’ insaf akan kesalahannya yang cepat terpengaruh dengan kejatuhan
nilai mata wang.Dia sedar bahawa Allah yang menentukan sumber rezeki kita.

5. Persoalan rezeki ketentuan Allah. Rezeki Allah kepada manusia tidak terhad
kepada wang sahaja,malahan rezeki boleh berada dalam bentuk sumber makan
minum yang cukup,kesihatan yang baik dan kebahagian.
Contoh :’Aku” yakin bahawa Allah menyediakan rezeki yang lebih baik jika’Aku’
berusaha mencari rezeki dan teguhkan iman kepada Allah.Memiliki wang bukanlah
satu-satunya rezeki seseorang manusia.

NILAI

1. Nilai Kasih sayang

Ibu tidak pernah luak memberikan kasih sayang kepada ayah walaupun sudah
menjangkau usia emas.

2.Nilai Setia

Ibu setia bersama ayah biarpun kehidupan mereka diuji dengan pelbagai dugaan
dan cabaran

3. Nilai rasional

Disebabkan pengalaman ayah,beliau dapat menggunakan akal fikiran dengan baik
untuk memikirkan serta merasakan kesan kejatuhan nilai mata wang yang turut
mempengaruhi kehidupan penulis.

4.Nilai Keyakinan

Ayah yakin bahawa orang yang beriman mampu menghadapi masalah yang
melanda kerana kejatuhan nilai mata wang itu.

5. Nilai Insaf

Seseorang insan haruslah bertaubat dan mendekatkan diri dengan Tuhan supaya
tidak kekal dalam dosa memudratkan diri sendiri

6. Nilai Beriman

Mereka yang mempunyai keimanan yang teguh,tidak mudah terpengaruh dengan
tipu daya yang berkaitan dengan wang

4

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/CERPEN MITOS SECEKAK KERTAS TISU/SEM.1/SEMKIP/#KMKMESTI A

PENGAJARAN
1.Kita mestilah menyayangi dan menghargai orang tersayang agar dapat hidup
bahagia,
2.Kita perlulah rasional dalam sesuatu keputusan agar tidak mudah tersalah pilih
3. Kita perlulah beriman kepada Tuhan agar dapat membezakan perkara yang baik
dan tidak baik.
4. Kita hendaklah mempunyai keinsafan dalam diri kita agar tidak mengulangi
kesalahan yang sama.
5.Kita hendaklah menerapkan nilai kesetiaan dalam diri kita agar disenangi
masyarakat.
6. kita haruslah mempunyai keyakinan dalam melakukan sesuatu perkara agar
dapat berjaya melaksanakannya dengan baik.
WATAK & PERWATAKAN
WATAK UTAMA
1.Aku
i)Seorang yang penyayang
Penulis tinggal bersama orang tuanya iaitu ibu dan ayahnya yang sudah tua,rabun
dan mempunyai masalah pendengaran
ii) Seorang yang insaf dari kesalahan
Aku insaf akan kesalahannya dan berdoa kepada Allah agar imannya diperteguh
supaya dia sengtiasa beringat akan rezeki yang dimilikinya datang daripada Allah
dan bukan dari kekayaan wang semata-mata.
iii) Seorang yang prihatin
Prihatin dengan ayahnya yang mempunyai kecacatan fizikal dan sentiasa
mendengar kisah silam ibu bapanya dengan penuh perhatian.
Watak Sampingan
2. ‘Dia’(nilai mata wang)*..jangan guna seorang yang…
i) Dia diberi nilai yang tinggi
Dia asalnya hanyalah seberkas kertas tisu yang digunakan untuk mengelap peluh
dan kotoran. Kini,dia menjadi lebih bernilai daripada emas tulen apabila dunia
semakin memerlukannya.

5

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/CERPEN MITOS SECEKAK KERTAS TISU/SEM.1/SEMKIP/#KMKMESTI A

ii) Dia mempunyai sejarah awal
Menurut kata orang,’dia’ telah wujud sejak zaman tamadun Tiongkok dan Yunani.
Dia juga telah lama hidup bermula pada awal tamadun Babylon,Assyria dan Hethit.

iii) Nilai dia telah jatuh
Kejatuhan dia di pecan tersebut kehidupan ramai penduduk. Kesannya,mereka
menjadi sasau,hampa,kecewa,putus asa,hysteria dan ada yang membunuh diri.
3. Ayah
i) Seorang yang bersyukur
Ayah bersyukur kerana masih boleh menggunakan dua pancaindera iaitu deria
melihat dan mendengar walaupun tidak sempurna.
ii) Seorang yang beriman
Ayah beriman kepada Allah dengan selalu mendengar Forum Perdana Hal Ehwal
Islam di televisyen walaupun deria pendengarannya semakin susut.
iii) Seorang yang tabah
Ayah tabah menjalani hidupnya seperti biasa bersama ibu dan penulis walaupun
mempunyai kekurangan dari segi fizikal.
4.Ibu
i) Seorang yang setia
Ibu sentiasa berada di samping ayah dan menguatkan diri ayah apabila ayah
kecewa dan berputus asa.
ii) Seorang yang bertanggunjawab
Ibu bertanggunjawab menjaga kebajikan ayah dengan penuh kasih sayangnya.
iii) Seorang yang penyayang
Cinta ibu kepada ayah sangat mendalam dan tidak pernah berkurangan langsung
walaupun dirinya sudah uzur.

TEKNIK PENCERITAAN
1. DIALOG
Aku berbual dengan ayah dan bertanya kepada beliau jika dia yang jatuh itu
menyeru nama mereka. Namun,ayah menafikan pertanyaan itu dan berkata
“tidak”(ms131)
2.MONOLOG LUARAN

6

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/CERPEN MITOS SECEKAK KERTAS TISU/SEM.1/SEMKIP/#KMKMESTI A

Aku berdoa kepada Tuhan agar imannya diteguhkan supaya tidak terpengaruh
dengan kejatuhan nilai mata wang tersebut.Walaupun nilai mata wang itu jatuh,ikan
di laut dan burung di udara masih bebas mencari rezeki kerana Allah yang
memberikan rezeki dan bukan hanya wang semata-mata. (ms137)

3. IMBAS KEMBALI
Ayah terkenang saat-saat dia melihat ratusan saluran televisyen dipenuhi dengan
adegan cabul dan menayangkan wanita separuh bogel serta yang bogel.Ayah
bersyukur kerana matanya yang rabun mengelakkannya melihat perkara mungkar
tersebut.(ms 130)
4.KONFLIK DALAMAN
Aku dipenuhi rasa hairan yang bersimpul-simpul memikirkan cara ayah boleh
mendengar keluhan dan ketukan dia di pintu rumahku.Aku juga tertanya-tanya jika
dia sudah mati.(ms 131)
Soalan Latihan.
Berdasarkan cerpen Mitos Secekak Tisu,jelaskan gaya bahasa yang digunakan oleh
pengarang cerpen tersebut.

7


Click to View FlipBook Version