MARI BELAJAR
PERENGGAN PENUTUP
DITINTA OLEH:
CIKGU MOHD HAZLI BIN CHE SEMAN@CHE OTHMAN
http:lamanrencahdidik.blogspot.com.my
[email protected]
DITINTA OLEH:MOHAZ/SMKBP/BELAJAR PERENGGAN PENUTUP
MODUL MARI BELAJAR PERENGGAN PENUTUP/KESIMPULAN
1.0 INFO & RUJUKAN BUKU UNTUK PELAJAR
BUKU MUKA SP PEMBELAJARAN TEMA(T) & UNIT(U)
TEKS SURAT
TING.1 28,88,148 3.4.2 Pendahuluan T3&U5,T8&U15,T13&U25
TING.1 33,93,153 3.4.3 Penutup/kesimpulan T3&U6,T8&U16,T13&U26
TING.2 44,49,122,172 3.4.3 Pendahuluan dan T4&U7&U8,T7&U19,T14&U27
kesimpulan/Penutup
TING.3 72-73 3.4.2 Pendahuluan Tema 6
TING.3 98-99 3.4.4 Penutup Tema 8
2.0 Pemahaman Tentang Perenggan Penutup/Kesimpulan
Perenggan penutup atau kesimpulan berfungsi membuat rumusan secara
keseluruhan segala idea yang telah dicurahkan dalam perenggan-perenggan
sebelumnya. Pelajar boleh membina perenggan ini dengan menggunakan tiga hingga
lima ayat. Perenggan ini tidak seharusnya mengulang kembali apa-apa yang telah
dituliskan dalam perenggan pendahuluan. Beberapa cara menulis penutup yang
mudah adalah seperti menyatakan semula, membuat ramalan dan membuat syor.
Walau bagaimanapun, pemilihan teknik penutup perlulah sesuai dengan jenis
karangan.
Kesimpulan atau penutup merupakan rumusan menyeluruh yang merangkumi
keseluruhan karangan dalam satu penerangan yang padat. Tanpa kesimpulan,
karangan berkenaan dikatakan tidak lengkap atau tidak sempurna ( sumber buku teks
tg.1,ms 33 ) Oleh yang demikian, perenggan kesimpulan ialah perenggan akhir
dalam sesuatu penulisan. Kesimpulan dibuat berdasarkan maklumat daripada
keseluruhan penulisan dengan menggunakan wacana yang sesuai. Lazimnya,
terdapat ayat yang memberi cadangan dan harapan dalam kesimpulan.
Contoh 1 kesimpulan
Soalan: Huraikan faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya.
Sebagai kesimpulannya, kes kemalangan jalan raya yang begitu tinggi di negara kita,
terutamanya pada musim perayaan, perlulah diatasi. Dalam hal ini, pihak berkuasa
mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar
peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada.
Kempen-kempen yang dijalankan mestilah melibatkan semua pihak agar kesannya
menyeluruh.(sumber buku teks tg.1, ms 93)
Page1
DITINTA OLEH:MOHAZ/SMKBP/BELAJAR PERENGGAN PENUTUP
Selain itu,dapatlah ditegaskan lagi bahawa perenggan kesimpulan atau
penutup bertujuan untuk merumuskan keseluruhan isi karangan. Secara umumnya
perenggan kesimpulan mempunyai:
- penanda wacana
- rumusan isi secara umum
- cadangan
- harapan
Contoh 2 kesimpulan:
Kesimpulannya, penerapan nilai murni dapat melahirkan bangsa Malaysia yang
berbudi pekerti tinggi. Oleh hal yang demikian, usaha menerapkan nilai murni perlu
dipupuk dalam kalangan masyarakat. Dengan itu, keharmonian dan kesejahteraan
hidup di negara yang tercinta ini dapat dikekalkan.(sumber buku teks tg.2,ms.49)
2.1 CADANGAN AYAT DALAM MENULIS PERENGGAN PENUTUP
Ayat kesimpulan
– pendirian penulis
DALAM PERENGGAN Ayat cadangan
PENUTUP PERLU Ayat cadangan tulis satu atau 2 ayat cadangan
ADA
Ayat harapan
(agar,akan,bahawa,supaya,diharapkan,maka dan lain-lain perkataan yang sesuai menggambarkan harapan)
Contoh 3 :Kesimpulan
Kesimpulannnya/Konklusinya, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di
negara kita,terutamanya pada musim perayaan perlu diatasi.(pendirian penulis) Dalam
hal ini pihak berkuasa mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan
raya yang melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang
ada. (ayat cadangan 1)Kempen yang dijalankan mestilah melibatkan semua pihak (ayat
cadangan 2) Semua pengguna jalan raya perlulah beringat bahawa keselamatan di
jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak. (ayat harapan)
Page2
DITINTA OLEH:MOHAZ/SMKBP/BELAJAR PERENGGAN PENUTUP
Contoh 4 :Kesimpulan
Intihanya, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara kita,terutamanya
pada musim perayaan perlu diatasi. .(pendirian penulis) Dalam hal ini pihak berkuasa
perlulah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar
peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang ada. (ayat cadangan 1)
Pengguna jalan raya janganlah bersikap“sudah terhantuk baru hendak
terngadah”.Sedarilah bahawa, keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab semua
pihak. (ayat harapan)
2.2 RUMUSAN PEMAHAMAN TENTANG PERENGGAN PENUTUP/KESIMPULAN
• Isi perenggan perlulah dikembangkan dengan adanya ayat kesimpulan(pendirian
penulis),ayat cadangan dan ayat harapan.
• Sebaiknya penulisan perenggan penutup perlu sekata sama seperti menulis
perenggan pendahuluan dan isi.
• Ayat yang gramatis.
• Penggunaan penanda wacana yang tepat.
• Boleh menyatakan peribahasa, perumpamaan, cogan kata dan sebagainya dalam
perenggan penutup.
Justeru pemahaman tentang kesimpulan karangan adalah seperti yang berikut:
1. Merumuskan isi dan pendirian serta mengemukakan cadangan dan harapan.
2. Menyentuh perasaan atau membangkitkan semangat.
3. Ringkas, padat, dan tepat.(sumber buku teks tg.2, ms. 122)
Page3
DITINTA OLEH:MOHAZ/SMKBP/BELAJAR PERENGGAN PENUTUP Page4
3.0 BENTUK/PANDUAN LAIN UNTUK MENULIS PERENGGAN PENUTUP
3.1 Membuat Ramalan
Dengan penutup cara ini, pelajar menghuraikan kemungkinan yang akan
berlaku.Lihat contoh kesimpulan di bawah:-
“Sikap sedemikian jika dibiarkan berterusan boleh mengakibatkan kesan yang serius.
Pelbagai jenis penyakit bawaan air yang sukar dikawal akan merebak dengan cepat,
dan menjejaskan kesihatan penduduk. Selain itu, hal ini akan membabitkan
peruntukan kewangan yang tinggi, bukan sahaja untuk mengubati pelbagai penyakit
tersebut, tetapi juga untuk memulihkan sungai, tasik atau laut yang tercemar.”
Dalam perenggan penutup tersebut, dua ramalan dibuat, iaitu dalam baris 3,4&5
yang ayatnya digaris dan diwarnakan dengan warna merah.
3.2 Memberikan Syor
Melalui teknik ini pelajar menutup karangan dengan memberikan cadangan yang
dikira munasabah. Dua cadangan dianggap mencukupi. Walau bagaimanapun,
teknik ini tidak sesuai dengan karangan yang sudah meminta langkah atau cara
untuk menyelesaikan sesuatu isu. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar telah
menyatakannya dalam perenggan isi, walaupun berlainan. Contoh penutup jenis ini
adalah sebagaimana di bawah ini:
“Jelaslah bahawa sikap masyarakat menyebabkan pencemaran air berleluasa di
mana-mana sahaja. Untuk mengatasinya, kesedaran masyarakat terhadap
kebersihan perlu dipupuk. Kempen, ceramah dan pertandingan perlu dijalankan dari
semasa ke semasa sehingga masyarakat dapat mendisiplinkan diri dalam aspek
kebersihan. Selain itu, peraturan yang sesuai perlu digubal, ditambah atau diubah
suai. Dalam masa yang sama, penguatkuasaan yang tegas wajib dilaksanakan
untuk memastikan segala program mencapai matlamatnya.”
Huraian di atas adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar teknik yang betul
dan berkesan dalam menulis karangan. Pelajar akan menjadi lebih mudah untuk
menulis karangan jika guru memberi penerangan yang jelas dan tepat.
DITINTA OLEH:MOHAZ/SMKBP/BELAJAR PERENGGAN PENUTUP
3.3 KESIMPULAN YANG MENGANDUNGI UNSUR HARAPAN DAN SARANAN.
Contoh Tajuk:Kepentingan menyambut hari merdeka
Konklusinya, sebagai rakyat Malaysia yang amat sayang akan negara, maka
rakyat perlulah bersungguh-sungguh meraikan hari kemerdekaan
negara.(HARAPAN) Jadikanlah perang saudara, pergolakan, dan peperangan yang
berlaku di sesetengah negara sebagai pengajaran. Tokoh sejarah terkenal, George
Santayana pernah berkata, “sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya
semula,” Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghargai nikmat
kemerdekaan yang kita kecapi ini.(SARANAN/CADANGAN)
4.0 AYAT/FRASA/PENANDA WACANA MEMULAKAN PENUTUP
(a) Sebagai intiha,
(b) Akhir kalam / Akhirulkalam,
(c) Sudah terang lagi bersuluh bahawa…
(d) Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa…
(e) Secara tuntasnya,
(f) Sebagai konklusinya
(g) Berdasarkan cambahan minda di atas, konklusi yang dapat dibuat ialah sukar
untuk menafikan bahawa
(h) Sebagai penghias bicara akhir,
(i) Secara keseluruhan,
(j) Secara total,
(k) Kesimpulannya,
(l) Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa ….
(m) Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, jelaslah bahawa …..
(n) Ringkasnya, jelaslah bahawa ….
(o) Kenyataan-kenyataan tersebut menunjukkan bahawa….
(p) Natijahnya, jelaslah bahawa …
Page5
DITINTA OLEH:MOHAZ/SMKBP/BELAJAR PERENGGAN PENUTUP
4.1 Ayat / Frasa memulakan penutup berformat
a) Penutup dalam penulisan karangan yang berformat perlu disudahi dengan penutup
mengikut format yang telah ditentukan dalam karangan berkenaan seperti:-
Sekian, terima kasih.
Saya sudahi syarahan saya dengan serangkap pantun,
Kalau ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
5.0 Bagaimana hendak menulis perenggan penutup cerita?
a) Penutup dalam karangan jenis cerita ialah kesudahan kepada peristiwa-peristiwa yang
berlaku dalam bahagian isi cerita. Pastikan penutup dalam karangan jenis
cerita sejajar dengan kehendak soalan. Umpamanya, jika soalan berkehendakkan
“menceritakan cara-cara bomoh memulihkan pesakit yang dirasuk makhluk halus” , pastikan
pada penghujung cerita pesakit yang dipulihkan itu sedar daripada kerasukan. Jangan
biarkan penghujung cerita tergantung.Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu
perenggan sahaja.
5.1) Aspek penting bahagian penutup karangan jenis cerita
Perenggan penutup dalam karangan jenis cerita merupakan peleraian kepada cerita
yang disampaikan. Bahagian penutup tidak mengandungi isi, sebaliknya merupakan
kesudahan cerita. JANGAN meleret kepada perkara-perkara lain yang dapat
menjejaskan kesudahan cerita. JANGAN timbulkan unsur suspens: Ingat! Anda
bukan menulis skrip drama atau filem yang kadang kala mengandungi unsur suspens
dalam peleraian cerita dengan harapan penonton berfikir sendiri. Terus sahaja kepada
kesudahan cerita.
Page6
DITINTA OLEH:MOHAZ/SMKBP/BELAJAR PERENGGAN PENUTUP
Ringkasnya perenggan penutup karangan jenis cerita pengalaman seperti jadual di bawah:-
Nombor ayat Kandungan ayat
Ayat 1 Peleraian cerita ataupun kesudahan cerita
Ayat 2 Pengajaran daripada cerita ataupun pengalaman yang dilalui
Ayat 3 Huraian ringkas pengalaman yang diperoleh
Ayat 4 Harapan daripada cerita yang ditulis
*Perkara dalam penutup yang dicadangkan di atas tidak semestinya disusun
mengikut urutan, boleh juga didahulukan mana-mana perkara yang difikirkan sesuai.
5.1.1) Contoh penutup karangan jenis cerita pengalaman
Soalan : Anda dan keluarga anda telah terlibat dalam pemindahan mangsa banjir dalam
kejadian banjir besar yang melanda kampung anda. Ceritakan pengalaman anda semasa
berada di pusat pemindahan banjir selama beberqpa hari.
Perenggan lengkap :
Setelah berada di pusat pemindahan banjir itu selama beberapa hari, akhirnya
hujan pun teduh dan banjir pun mula surut Kami pulang ke rumah masing-masing dan
berdepan dengan kerja-kerja membersihkan segala kekotoran yang ditinggalkan
akibat banjir. Selama berada di pusat pemindahan banjir itu, kami beroleh
pengalaman yang amat berharga. Kami berharap agar kami tidak akan terlibat lagi
dalam kejadian seumpama ini pada masa depan.
Page7
DITINTA OLEH:MOHAZ/SMKBP/BELAJAR PERENGGAN PENUTUP
5.2 ) Penutup karangan cerita berdasarkan peribahasa
Penutup dalam karangan cerita berdasarkan peribahasa agak berbeza dengan karangan
jenis cerita berdasarkan pengalaman ataupun gambaran peristiwa. Penutup dalam
karangan bentuk ini memerlukan pelajar membuat peleraian cerita dan menyatakan
pengajaran yang diperoleh daripada cerita yang disampaikan. Hal ini dikatakan demikian
kerana karangan cerita berdasarkan peribahasa merupakan karangan yang dapat
memberikan pengajaran kepada pembaca.
Nombor ayat Kandungan ayat
Ayat 1 Peleraian cerita
Ayat 2 Ulasan peleraian / kesudahan cerita
Ayat 3 Pengajaran yang diperoleh daripada kisah yang berlaku
Ayat 4 Penegasan dan kaitan cerita dengan peribahasa
Perkara dalam penutup yang dicadangkan di atas tidak semestinya disusun
mengikut urutan, boleh juga didahulukan mana-mana perkara yang difikirkan
sesuai.
5.2.1) Contoh penutup karangan jenis cerita peribahasa
Soalan : Salah satu peribahasa Melayu yang selalu disebut ialah “sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa
tersebut.
Perenggan lengkap :
Semenjak hari itu, Razak tidak berani lagi melawan cakap ibunya. Dia berasa begitu insaf
dengan peristiwa yang berlaku kepada rakannya yang mati lemas di lombong lama itu
akibat tidak mendengar nasihat ibunya. Razak amat menyesal kerana tidak mendengar
nasihat ibunya yang menegahnya daripada menghampiri lombong lama itu. Namun
segala-galanya telah berlaku, tragedi yang berlaku kepada rakannya itu bertepatan dengan
peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.
Page8
DITINTA OLEH:MOHAZ/SMKBP/BELAJAR PERENGGAN PENUTUP
UJI DIRI SATU
Acuan contoh :Menulis Penutup/Kesimpulan
Tajuk : Peranan keluarga untuk membentuk masyarakat penyayang.
1. Kesimpulannya peranan keluarga sangatlah mustahak untuk melahirkan
masyarakat penyayang.
2. Peribahasa Melayu ada mengatakan tak tumbuh tak melata,tidak
sunggguh orang tak kata.
3. Oleh hal yang demikian semua ibu bapa perlulah menyedari dan
memainkan peranan masing-masing mendidik anak-anak sejak dari kecil
lagi tentang masyarakat penyayang.
4. Apabila mereka besar dan bergaul dengan masyarakat diharap mereka
akan mengamalkan nilai-nilai murni itu dalam pergaulan mereka.
5. Hal ini sudah tentu dapat mencapai hasrat murni kerajaan untuk
membentuk masyarakat sejahtera dan harmoni selaras dengan konsep 1
Malaysia.
Latihan 1:
Baca arahan dengan teliti.
1. Lihat contoh acuan menulis penutup di atas, Baca dan fahami.
2. Dalam ruangan kosong atau bergaris sila tulis jawapan yang betul
berdasarkan contoh acuan di atas.
3. Setelah ruangan kosong itu telah diisi dengan jawapan,maka pelajar
dikehendaki menulis perenggan lengkap penutup atau kesimpulan.
A) Tajuk : Peranan ibu bapa untuk memupuk budaya membaca dalam
kalangan anak-anak.
1. Kesimpulannya ........................ sangatlah mustahak untuk memupuk
budaya membaca dalam ...................................................................
2. Peribahasa Melayu ada mengatakan tak tumbuh tak melata,tidak
sunggguh orang tak kata.
3. Oleh hal yang demikian semua ....................... perlulah menyedari dan
memainkan peranan masing-masing mendidik anak-anak sejak dari kecil
lagi tentang..........................................................................
4. Apabila mereka besar dan bergaul dengan masyarakat mereka akan
menjadikan amalan ................................ sebagai budaya dalam kehidupan
mereka.
5. Hal ini sudah dapat mencapai hasrat murni kerajaan untuk membentuk
masyarakat berilmu pengetahuan selaras dengan konsep 1 Malaysia.
Page9
DITINTA OLEH:MOHAZ/SMKBP/BELAJAR PERENGGAN PENUTUP Page10
B) Tajuk : Peranan masyarakat untuk menangani kes penderaan kanak-
kanak.
1. Kesimpulannya peranan ......................... sangatlah mustahak untuk
.................. kes penderaan kanak-kanak.
2. Peribahasa Melayu ada mengatakan tak tumbuh tak melata,tidak
sunggguh orang tak kata.
3. Oleh hal yang demikian............................. perlulah menyedari dan
memainkan peranan masing-masing untuk mencegah
...........................................yang tidak berdosa
4. Masyarakat perlu bertindak dengan cepat sebelum terlambat atau
sebelum nasi menjdi bubur..
5. Hal ini sudah dapat mencapai hasrat murni kerajaan untuk membentuk
masyarakat penyayang selaras dengan konsep 1 Malaysia.
UJI DIRI DUA
Acuan contoh :Menulis Penutup/Kesimpulan
Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan
yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada
pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?
Tuntasnya, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan
kerjasama anggota masyarakat. Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen
secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat.
Hal ini dikatakan demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu
perkara ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara.Jadi, sebelum nasi
menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan
sebelum menjadi lebih serius. Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah
pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah.
Latihan 1:
Baca arahan dengan teliti.
1. Lihat acuan contoh karangan penutup di atas.Baca dan fahami.
2. Kenal pasti dan nyatakan ayat-ayat yang terdapat dalam perenggan penutup
tersebut.
Ayat-ayat yang terdapat dalam perenggan penutup tersebut
ialah...................................................................................................................
..........................................................................................................................
DITINTA OLEH:MOHAZ/SMKBP/BELAJAR PERENGGAN PENUTUP
Latihan 2:
A. Tulis kembali ayat yang merujuk kepada ayat kesimpulan (pendirian penulis)
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
B. Tulis kembali ayat yang merujuk kepada ayat cadangan/saranan
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
C.
Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini
dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi lebih serius.
Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat
dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah.
Petikan ayat di atas merujuk kepada ayat………………………………………
-©MODUL MARI BELAJAR PERENGGAN PENUTUP TAMAT-®
Page11