NOTA
HIKAYAT
HANG TUAH
BAB VII(7)
KMK STPM SEM.1:PROSA TRADISIONAL(BAHAGIAN B)
NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHAZ
SEMKIP/KMK STPM
1|nukilan aksara:cikgu mohaz/semkip
Hikayat Hang Tuah bab 7 (V11)
Hikayat Hang Tuah (V11)
SINOPSIS
Sultan Melaka bersama rombongan telah datang ke Majapahit bertujuan untuk mengahwini
Raden Mas Ayu. Rombongan ini diringi oleh Patih Kerma Wijaya, Hang Tuah dan lain-lain
pegawai serta rakyat Melaka.
Di Majapahit, Radin Mas Ayu adalah anak kepada Betara Majapahit. Upacara perkahwinan
dimulakan dengan majlis berjaga-jaga. Hang Tuah berjawatan sebagai seorang Bentara. Sultan
Melaka telah menghantar belanja perkahwinan dengan persembahan emas tujuh bahara, kain
tujuh peti dan perempuan dayang seramai 70 orang. Sultan Melaka telah mengadap Betara
Majapahit.
Ketika majlis mengadap diadakan berlaku perancangan jahat Patih Gajah Mada iaitu salah
seorang pembesar Majapahit. Hang Tuah telah menunjukkan kehebatannya memarang mata
tombak dan membunuh pencabarnya.
ANALISIS KARYA
Kisah ini berdasarkan cerita Raja Melaka yang telah pergi untuk dengan Raden Galuh Emas
Ayu iaiti anak Betara Majapahit..
Upacara perkahwinan tersebut telah dimulakan dengan Majlis berjaga-jaga..
Raja Melaka telah membawa hadiah berupa emas tujuh bahara,kain tujuh peti,dayang tujuh
puluh orang kain bersuji dan tepi tujuh helai..
Dalam satu majlis,Hang Tuah telah dicabar berlawan dengan Majapahit yang handal bermain
tombak..
Taming Sari sukar untuk dikalahkan kerana tidak lut ditikam oleh Hang Tuah tetapi Hang
Tuah mengetahui bahawa rahsia kekuatan Taming Sari terletak pada kesakitan kerisnya.Hang
Tuahtelah menggunakan kebijaksanaan dengan merampas keris Taming Sari tersebut
Hang Tuah telah berjaya membunuh perajurit Majapahit ,iaitu TamingSari tersebut.
Hang Tuah dianugerahkan gelaran Laksamana,anugerah Sungai Jemaja dan keris yang dimiliki
oleh Taming Sari kerana telah berjaya menewaskan penjurit tua,Taming Sari..
2|nukilan aksara:cikgu mohaz/semkip
TEMA
Epik ini bertemakan semangat patriotik.Keberanian dan kekuatan seorang pahlawan Melayu
,iaitu Hang Tuah dalam membuktikan ketaatan kepada rajanya
PLOT
Plot hikayat ini ialah kronologi,iaitu sebuah cerita yang mendaftarkan dengan kisah di
Majapahit..
Pertemuaan antara Hang Tuah sebagai wakil kerajaan Melayu dengan perajurit Majapahit
berakhir dengan kisah pertarungan Hang Tuah dengan Taming Sari..
Jalan cerita karya ini adalah seperti berikut;
Kedatangan rombongan Raja Melaka ke Majapahit untuk melangsungkan perkhawinan dengan
Raden Galuh Emas Ayu iaitu Betara Majapahit..
LATAR TEMPAT
Sebuah wilayah bernama Majapahit:-
Tempat Hang Tuah berlawan dan membunuh Penjurit dan Taming Sari..
LATAR MASA
Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka:-
Semua peristiwa dalam karya ini berlaku pada era kegemilangan Hang Tuah yang
hebat dan perkasa..
LATAR MASYARAKAT
KEHIDUPAN GOLONGAN DIRAJA(ISTANA):-
Masyarakat yang diceritakandalam karya ini berada dalam sistem fuedal.Golongan
diraja diwakilkan Raja Melaka,Seri Betara dan Raden Galuh Emas Ayu
MASYARAKAT MELAYU LAMA YANG MEMPERTAHANKAN DIRI:-
Golongan pahlawan ini diwakili oleh Hang Tuah ,Patih Gajah Mada,Penjurit dan
Taming Sari yang mementingkan seni pertahanan diri,iaitu seni silat dalam usaha
meluaskan kuasa dan wilayah pemerintah.
3|nukilan aksara:cikgu mohaz/semkip
KEHIDUPAN GOLONGAN DIRAJA:-
Masyarakat yang diceritakan dalam karya ini berada dalam sistem feudal. Golongan
diraja diwakili oleh Raja Melaka, Seri Bentara dan Raden Galu Emas Ayu.
MASYARAKAT MELAYU LAMA YANG MEGAH MEMPERTAHANKAN DIRI:-
Golongan pahlawan ini diwakili oleh Hang Tuah, Patih Gajah Mada yang
mementingkan seni mempertahankan diri iaitu silat.
MEMENTINGKAN ADAT RESAM:-
Masyarakat Melayu mementingkan resam dan mengamalkan dalam kehidupan
harian mereka..Adat resam ini termasuklah pantang larang dan adat istiadat yang
diamalkan sejak turun temurun lagi..Antara adat yang sering diamalkan oleh
masyarakat Melayu seperti adat perkahwinan, tambalan raja..contohnye Hikayat
Hang Tuah yang menunjukan masyarakat Melayu mementingkan adat perkahwinan
seperti dibawah;setelah ke esok harinya maka baginda pun berangkat keluar
dihadap oleh segala pegawai dan pertuanan sekalian..
PERSOALAN
Keberanian pahlawan melindungi rajanya..
Ketaatan seorang rakyat terhadap rajanya..
PERWATAKAN
HANG TUAH:-
Seorang hulubalang dan pengiring raja Melaka
Hang Tuah telah dilantik oleh Sultan Melaka untuk jawatan hulubalang negara dan menjadi
pergiring dalam semua urusan pentadbiran negara
Seorang yang taat setia
Seorang yang terlalu taat setia kepada raja sehingga sanggup mengorbankan dirinya sendiri.
Tangkas bermain senjata
Hang Tuah mempunyai ilmu mempertahankan diri yang hebat dan ilmu tangkas bermain
senjata
RAJA MELAKA:-
Seorang yang baik
4|nukilan aksara:cikgu mohaz/semkip
Raja Melaka yang bernama Sultan Mansur Syah merupakan seorang sultan yang baik hati dan
sangat taat pada perintah agama.
Mempunyai keinginan yang tinggi
Baginda memiliki keinginan yang tinggi untuk meluaskan wilayah pemerintahannya.
SERI BENTARA:-
Raja kerajaan Majapahit
Baginda ialah Sultan bagi kerajaan Majapahit. Di bawah pentadbirannya, baginda mempunyai
sikap suka memperkecil kecilkan negara lain kerana negaranya mempuyai kekuatan tentera
yang sangat luar biasa.
Seorang yang berkeinginan tinggi
Keinginan baginda yang sukar ditandingi ialah ingin memperluaskan kuasa dan jajahan.
Kerajaan Majapahit adalah satu kuasa besar yang telah berjaya menakluki Demak dan Pasai.
CIRI EPIK
1. Pahlawan tampil sebagai susuk tubuh yang mengkagumkan.
Hang Tuah mampu mengalahkan pencabarnya seorang diri dan memenangi pertarungan
tersebut. Malah Hang Tuah sangat bijaksana kerana mampu memperdaya Taming Sari agar
mereka saling bertukar keris.
2. Latar penceritaan pahlawan adalah luas, universal dan berlaku di sebarang tempat.
Asal Hang Tuah daripada Melaka sedangkan penceritaan di atas adalah di Majapahit.
3. Keberanian tokoh dijadikan bahagian penting dalam keseluruhan tema.
Hang Tuah digambarkan sangat berani menentang musuh seorang diri tanpa bantuan rakan-
rakan yang lain.
4. Ada keterlibatan unsur supernatural (kuasa luarbiasa).
Hang Tuah tidak cedera walau sedikitpun dalam pertarungannya. Perkara ini adalah suatu yang
luar biasa.
5. Tindakan pahlawan bersifat objektif. Watak epik dilukiskan secara tidak langsung melalui
dialog dan aksinya sahaja.
Hang Tuah diceritakan berjaya mengelak tikaman, melompat ke kiri dan kanan. Hal ini
menggambarkan ketangkasan watak Hang Tuah.
5|nukilan aksara:cikgu mohaz/semkip
KEPENTINGAN KARYA DALAM KONTEKS SARWAJAGAT (WORLD VIEW)
MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL.
1. Perlu bersikap berani
Seseorang individu yang dianggap berani ialah, sanggup menggadaikan nyawa demi membantu
orang lain. Dalam konteks Hikayat Hang Tuah, keberanian Hang Tuah tidak dapat dinafikan.
Kesanggupan menentang musuh seorang diri sudah cukup menggambarkan beliau seorang
yang sanat berani. Apatah lagi menentang musuh yang handal seperti Taming Sari.
2. Manusia perlu bijaksana.
Kebijaksanaan adalah sesuatu yang penting dan signifikan kepada diri seseorang. Selalunya
aspek kebijaksanaan dikaitkan dengan kebolehan seseorang itu menyelesaikan masalah dan
dapat mengatasi masalah dengan jayanya. Ketika Hang Tuah bertikam dengan Taming Sari,
Hang Tuah sangat bijaksana mencari punca masalah yang menyebabkan dirinya tidak mampu
mencederakan Taming Sari. Seterusnya, dengan kebijaksana. Akhirnya Taming Sari terpedaya
dan dapat dibunuh.
3. Taat setia kepada ketua/Memupuk ketaatan dan kepatuhan kepada raja.
Kemana sahaja Sultan Melaka pergi, Hang Tuah sentiasa bersamanya.
4. Menghargai jasa dan sumbangan pihak lain.
Hang Tuah diberi anugerah Sungai Jemaja oleh Betara Majapahit sebagai salah satu cara
menghargai jasa-jasanya.
5. Sentiasa berwaspada.
Perlu bersikap waspada terutama dengan pihak yang tidak kita kenali saperti Patih Gajah
Mada. Apabila kita berada di perantuan, kita perlu sentiasa berhati-hati
6. Hormat menghormati.
Sebarang tindakan yang dilakukan Hang Tuah di Majapahit mendapat restu pemerintah di
sana. Sultan Melaka dan Hang Tuah sentiasa sedar bahawa mereka berada di negara orang
(Majapahit).
7. Gambaran adat dan budaya masyarakat/sebagai alat gambaran sosi0-budaya masyarakat
Melayu.
Majlis perkahwinan antara Raja Melaka dengan Radin Galoh Emas Ayu digambarkan
mempunyai adat-adat tertentu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Di antara adat
perkahwinan itu ialah seperti adat berjaga-jaga, hantaran mas kahwin, berarak dan mengadap
raja
* banyak lagi fakta/isi yang berkaitan kepentingan karya tersebut dalam konteks sarwajagat.
6|nukilan aksara:cikgu mohaz/semkip
NILAI
1. Semangat setia kawan
Nilai semangat setia kawan dapat ditonjolkan dalam diri Hang Jebat yg berani menentang dan
derhaka kepada rajanya sendiri. Hal ini demikian kerana dia merasa tidak puas hati terhadap
keputusan rajanya yang terlalu mengikut nafsu utk menjatuhkan hukuman bunuh terhadap
Hang Tuah
CONTOH SOALAN PERBINCANGAN
Berdasarkan “ Hikayat Hang Tuah (bab 7/VII)” dalam Permata Sastera Melayu, huraikan
kepentingannya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat Melayu tradisional. [25]
PENGENALAN
P1/A1 Kesusasteraan epik jua dikenali sebagai kesusasteraan kepahlawanan. Genre ini
menceritakan wira dan kepahlawanan sesuatu bangsa. Dengan kata lain, watak yang
P2/A2 dikisahkan ialah wira bangsa dan lambang keagungan budaya bangsa sehingga menjadi
P3/A3 sanjungan dan sumber inspirasi masyarakatnya. Watak wira dilukiskan dengan sifat yang
begitu unggul sama ada dari segi keperibadian, ketokohan, kepintaran, kegagahan
mahupun ketangkasan.
“Hikayat Hang Tuah (Bab VII) menceritakan kehebatan dan kehandalan tokoh Hang Tuah
sewaktu di Majapahit.
Antara kepentingan Hikayat Hang Tuah ialah menanam semangat cinta akan
negara,bangsa dan agama,lambang keagungan sesuatu bangsa dan negara atau simbol
kedaulatan raja,mengagungkan seorang tooh pahlawan bangsa, sebagai alat sosio-budaya
masyarakat Melayu, dan memperkenalkan identiti bangsa dan negara kepada generasi
akan datang.
PERENGGAN FAKTA/ISI
FAKTA 1 Menanam semangat cintakan negara bangsa dan agama
HURAIAN Sifat kepahlawanan watak epik menjadi dorongan kepada masyarakat Melayu
lama untuk memupuk semangat cinta akan negara, bangsa,dan agama.
CONTOH Keberanian Hang Tuah berjuang mempertahankan kedaulatan raja dann negara
menjadi pendorong kepada masyarakat Melayu untuk mempertahankan
KK negara, bangsa, dan agama dari sebarang ancaman
Hal ini boleh dilihat apabila Hang Tuah berjaya membunuh penjurit dan
Taming Sari sewaktu berada di Majapahit. Tindakan Hang Tuah ini berjaya
mengelakkan Raja Melaka daripada diaibkan oleh Patih Gajah Mada dan
Betara Majapahit.
7|nukilan aksara:cikgu mohaz/semkip
FAKTA 2 Sebagai lambang keagungan sesuatu bangsa dan negara atau simbol
HURAIAN kedaulatan raja
Watak yag dikisahkan ialah wira bangsa dan lambang keagungan budaya
CONTOH bangsa sehingga menjadi sanjungan dan sumber inspirasi masyarakat
KK khalayaknya. Hang tuah memiliki keisitimewaan yang jarang-jarang dimiliki
oleh orang lain seperti berani,bijaksana, luar biasa dan sebagainya. Sifat yang
dimiliki oleh Hang Tuah ini menjadi sanjungan masyarakat Melayu sehingga
ke hari ini.
-pelajar diminta/kemukakan/ cari contoh-
FAKTA 3 Mengagungkan seorang tokoh pahlawan bangsa
HURAIAN Watak Hang Tuah dalam “Hikayat Hang Tuah(Bab VII) merupakan seorang
CONTOH wira atau tokoh pahlawan bangsa Melayu. Watak ini mnjadi sanjungan dan
kebanggan orang Melayu
KK
Oleh hal yang demikian, watak Hang Tuah dalam karya ini dilukiskan dengan
sifat yang begitu unggul sama ada dari segi keperibadian,
ketokohan,kepintaran, kegagahan mahupun ketangkasan. Sifat yang
dilukiskan ini dilebih-lebihkan sehingga menjadikan watak berkenaan begitu
sempurna. Hang Tuah memiliki keistimewaan yang jarang-jarang dimiliki oleh
orang lain seperti berani, bijaksana, luar biasa dan sebagainya. Hal ini
menjadikan Hang Tuah sebagai tokoh pahlawan.
FAKTA 4 Sebagai alat gambaran sosio-budaya masyarakat Melayu
HURAIAN Karya satera merupakan cerminan hidup masyarakat yang melahirkannya.
Lantaran itu, dalam karya sastera terdapat gambaran budaya masyarakat yang
CONTOH menghasilkannya. Budaya yang digambarkan dalam karya sastera
merangkumi aspek adat istiadat,kepercayaan,stratifikasi sosial, agama,
KK kepercayaan, interaksi sosial dan sebagainya.
Majlis perkahwinan antara Raja Melaka dengan Radin Galoh Emas Ayu
digambarkan mempunyai adat-adat tertentu yang diamalkan oleh
masyarakatnya. Di antara adat perkahwinan itu ialah seperti adat berjaga-jaga,
hantaran mas kahwin, berarak dan mengadap raja
8|nukilan aksara:cikgu mohaz/semkip
FAKTA 5 memperkenalkan identiti bangsa dan negara kepada generasi akan datang
HURAIAN
Sastera epik sarat dengan gambaran identiti masyarakat Melayu. Antara
CONTOH identiti masyarakat Melayu lama yang menjadi teras sastera epik ialah
KK berkaitan dengan aspek jati diri. Aspek jati diri masyarakat Melayu lama boleh
dilihat dari sudut ketaatan dan kepatuhan rakyat kepada raja.
Hal ini boleh dilihat melalui watak Hang Tuah dalam “Hikayat Hang Tuah(bab
VII). Hang tuah sanggup mempertahankan maruah dan keselamatan Raja
Melaka sewaktu berada di Majapahit.
FAKTA 6 Memupuk ketaatan dan kepatuhan kepada raja
HURAIAN
Dalam sastera epik, terselit unsur pengajaran dan nasihat yang berguna untuk
CONTOH panduan hidup. Unsur nasihat dan pengajaran jelas kelihatan dalam “Hikayat
Hang Tuah (bab VII) seperti taat kepada raja dan negara.
KK
Hang Tuah sanggup mempertahankan maruah raja dan negara daripada
diaibkan oleh Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit sewaktu berada di
Majapahit.
FAKTA 7 Suri teladan
HURAIAN sebagai sebuah karya epik bangsa Melayu,”Hikayat Hang Tuah “ ini banyak
memaparkan peristiwa yang boleh menjadi contoh teladan yang berguna kpd
CONTOH khalayak,khusunyamkepada orang Melayu alah taat dan patuh kepada raja dan
negara, berani,bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah, berpandangan
KK jauh, sabar dan sebagainya
Kebijaksanaan dan keberanian Hang Tuah berhadapan dengan Taming Sari
wajar dijadikan contoh dan pedoman kpd masyarakat apabila berhadapan
denga situasi yang sukar. Dengan kebijaksanaan dan keberanian Hang Tuah
maka amukan Taming Sari dapat dipatahkan.
PERENGGAN PENUTUP
TI/A1/K1 Sebagai kesimpulannya ,”Hikayat Hang Tuah(bab VII)”merupakan karya
T2/A2/K2 sastera epik yang mengisahkan tokoh wira dan kepahlawabab bangsa Melayu.
Tokoh yang dikisahkan ialah wira bangsa dan lambang keagungan budaya
bangsa sehingga menjadi sanjungan dan sumber inspirasi masyarakat
khalayaknya.
Oleh hal yang demikian maka, “Hikayat Hang Tuah”(bab VII) ini amat penting
dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat Melayu.