The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEM.1/KMK-PROSA TRADISIONAL-CERITA RAKYAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayahandahazum05, 2021-09-17 23:58:11

HIKAYAT PELANDUK

SEM.1/KMK-PROSA TRADISIONAL-CERITA RAKYAT

SEMESTER 1

HIKAYAT PELANDUK JENAKA (SYEIKH
ALAM BERLAWAN DENGAN RAKSASA)

PROSA TRADISIONAL:CERITA RAKYAT- KMK SEMESTER 1

OLEH:CIKGU MOHD HAZLI
BIN CHE SEMAN@
CHE OTHMAN

NUKILAN:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.1/2.2 HIKAYAT PELANDUK-CERITA RAKYAT/PROSA TRADISIONAL

HASIL PEMBELAJARAN
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti jenis dan ciri-ciri prosa tradisional terpilih; √
(b) menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view) masyarakat
Melayu tradisional;
(c) menjelaskan watak dan perwatakan; √
(d) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian
(e) menerangkan kepelbagaian aspek pemikiran masyarakat dalam karya; √
(f) menghuraikan kandungan karya;
(g) menganalisis karya. √

HIKAYAT PELANDUK JENAKA (SYEIKH ALAM BERLAWAN DENGAN RAKSASA)
MENGENAL PASTI JENIS DAN CIRI-CIRI PROSA TRADISIONAL.

Hikayat Pelanduk Jenaka adalah sebahagian daripada cerita binatang. Cerita
binatang adalah sebahagian daripada cerita rakyat. Cerita rakyat pula adalah
sebahagian daripada sastera rakyat (juga dikenali sebagai sastera lisan).

Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang
menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan.Dalam masyarakat Melayu,
terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita
penglipur lara dan cerita pengalaman.Cerita rakyat juga sebagai ekspresi budaya
suatu masyarakat melalui bahasa tutur yang berhubung langsung dengan berbagai
aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi,
sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut.prosa.

Cerita binatang biasanya menceritakan sebuah masyarakat binatang yang tinggal di
dalam hutan. Golongan binatang ini boleh bertutur seperti watak manusia. Terdapat
watak binatang yang unggul dan menjadi hero dalam kalangan mereka sementara
binatang yang lain adalah watak kecil yang sentiasa mengharapkan bantuan.
Binatang yang unggul itu biasanya dikaitkan dengan Sang Kancil dan Pelanduk.
Sang Kancil atau Pelanduk digambarkan sebagai binatang cerdik yang mampu
mengatasi sebarang masalah masyarakat binatang. Pada masa yang sama,
terdapat pula ancaman daripada golongan yang dianggap sangat kuat dan
berkuasa. Biasanya golongan yang mengancam keharmonian masyarakat binatang
adalah seperti harimau, buaya, gergasi dan raksasa. Golongan yang dianggap kuat
dan mengancam keselamatan ini akan ditewaskan oleh binatang kecil yang lebih
cerdik akalnya.

Sesuai dengan genre sastera rakyat (sastera lisan), maka penceritaan tentang kisah
binatang akan lebih menarik sekiranya ia disertakan dengan intonasi suara binatang
yang berbeza ketika cerita berkenaan disampaikan. Khalayak yang biasa
mendengar cerita binatang pula biasanya adalah golongan kanak-kanak. Penyampai
cerita pula tidak semestinya golongan profesional seperti penglipurlara. Ia mungkin
hanya disampaikan oleh golongan penyampai biasa secara turun temurun melalui
orang-orang tua di kampung.

1

NUKILAN:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.1/2.2 HIKAYAT PELANDUK-CERITA RAKYAT/PROSA TRADISIONAL

FUNGSI CERITA BINTANG

1) Sebagai alat hiburan- cerita bintang dapat memberi kerehatan fikiran kepada
khalayak serta memberi kepuasan intlektual melalui permainan fikiran dalam bentuk
fantasi dan rekaan.Cerita bintang sangat disukai kanak-kanak dan terselit kisah-
kisah kepintaran binatang kecil seperti kancil dan pelanduk Berjaya mengalahkan
bintang yang besar dengan menggunakan tipu helah dan akal fikiran bagi tujuan-
tujuan yang tertentu.

2) Sebagai alat pengajaran-cerita binatang adalah satu cara yang paling universal
dan mudah untuk mengajar manusia.Hal ini jelas kerana setiap genre cerita binatang
mengandungi pengalaman pengarang yang berhubung rapat dengan reality
kehidupan.

3) Sebagai alat kritikan sosial- cerita bintang digunakan sebagai media atau saluran
untuk membuat kritikan, atau sindiran terhadap seseorang dalam masyarakat.

4) Sebagai alat kepuasan estetik- merujuk kepada unsur keindahan yang erdapat
dalam hasil karya sastera.Nilai keindahan ini akan menimbulkan rasa suka dan puas
kepada khalayak yang menghayatinya.Rasa suka dan puas dalam cerita binatang
dijelmakan melalui “bahasa” dan “cerita” karya itu sendiri.

5) Sebagai alat dokumen budaya-cerita binatang memberikan gambaran atau cara
hidup atau budaya sesuatu masyarakat yang digambarkan melalui watak-watak
binatang.

Sinopsis

Tuan Syeikh Alam di Rimba telah bertitah bahawa ada suatu bahaya akan menimpa
masyarakat binatang yang tinggal di hutan. Kemudian msayarakat binatang
berkenaan telah pergi ke sungai Tinam untuk menangkap ikan yang banyak di
sana. Namun di sungai berkenaan terdapat seorang raksasa yang menjadi
penunggu tempat itu. Sang Beruang, Sang Seladang, Sang Harimau dan Sang
Badak tidak berjaya menjaga ikan hasil tangkapan mereka lantaran ancaman
raksasa tersebut. Malah Badak yang sudah tewas itu menipu rakan-rakannya
dengan mengatakan dirinya cedera kerana berlawan dengan raksasa. Sebenarnya
luka di badan Badak itu kerana tercangkuk onak dan duri ketika berlari
menyelamatkan diri daripada Raksasa.

Kemudaian masyarakat binatang pun meminta pertolongan daripada Pelanduk
Jenaka (Syeikh Alam di Rimba). Pelanduk Jenaka meminta tempoh tujuh hari baru
beliau hendak berangkat untuk melawan Raksasa. Setelah genap tujuh hari
Pelanduk Jenaka pun pergi ke tampat Raksasa. Pelanduk Jenaka mengajak
masyarakat binatang menangkap ikan sebanyak yang boleh. Pelanduk jenaka pula
membuat simpai yang diperbuat daripada rotan. Pelanduk telah mengarahkan rakan
binatang yang lain menyembunyikan diri sementara Pelanduk pula menunggu ikan
yang sedang dimasak. Apabila Raksasa datang, Pelanduk pun berbuat helah dan
menipu Raksasa menggunakan simpai yang kononnya boleh mengubat masalah
sakit-sakit di badan. Akhirnya Raksasa terperangkap dengan simpai (diperbuat
daripada rotan) yang dipasang dibadannya. Badan Raksasa terguling ke tanah.

2

NUKILAN:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.1/2.2 HIKAYAT PELANDUK-CERITA RAKYAT/PROSA TRADISIONAL

Pelanduk pun mengambil kesempatan mencakar mata Raksasa tersebut sehingga
buta. Raksasa telah menjerit kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan
seluruh masyarakat rimba terkejut. Setelah Raksasa dapat dikalahkan, maka
amanlah seluruh penduduk rimba dan dapat bermain-main di sungai Tinam.

Pemikiran

Kehidupan masyarakat rimba yang sedang menghadapi masalah seperti manusia
biasa. Kegiatan mencari rezeki meraka telah terhalang lantaran adanya ancaman
raksasa. Mereka telah berusaha menyelesaikan masalah tersebut namun usaha
mereka gagal. Akhirnnya mereka terpaksa memohon pertolongan daripada
golongan bijak pandai dan pakar strategi. Pelanduk Jenaka merupakan pihak yang
menjadi penyelamat atau penyelesai masalah.Oleh yang demikian terdapat
beberapa pemikiran yang ada dalam hikayat ini.Antaranya seperti berikut:

1) Tolong menolong- Sikap suka menolong dan membantu mereka yang berada di
dalam kesusahan adalah satu amalan yang baik.Sikap tolong menolong dalam
masyarakat akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan berkasih
sayang.Contohnya, Tuan syeikh Alam di-Rimba telah menolong binatang-binatang
yang tinggal di Sungai Tinam daripada ancaman raksasa. Tuan syeikh Alam di-
Rimba telah menolong segala isi rimba dengan membunuh raksasa yang menjadi
ancaman kepada kehidupan isi rimba.Pertolongan yang diberikan oleh Tuan syeikh
Alam di-Rimba kepada binatang-binatang yang tinggal di Sungai Tinam,menjadikan
kehidupan mereka aman damai tanpa ancaman lagi.

2) bercakap benar walaupun pahit-bercakap benar dan jujur akan mengundang
kepercayaan orang lain terhadap kita.Dalam pada itu amalan suka berbohong akan
memberi kesan buruk kepada diri sendiri dan menyebabkan orang lain tidak
mempercayai akan diri kita.Contoh Sang Badak telah berbohong kepada segala isi
rimba dengan mengatakan bahawa badannya luka-luka kerana berlawan dengan
raksasa sedangkan hal sebenarnya dikait dengan onak dan diri semasa ia lari
daripada raksasa.

3) Pemikiran tentang menepati janji-janji adalah tanggunjawab yang harus
ditunaikan,menunaikan segala janji yang kita buat,maka kepercayaan orang lain
terhadap kita tak akan goyah serta akan disanjung tinggi dan dihormati oleh orang
lain.Contoh, Tuan syeikh Alam di-Rimba telah menunaikan janji yang dibuatnya
dengan mengotakan kata-kata tersebut dalam masa yang telah ditetapkan dan
berjaya membunuh raksasa serta kemudiannya Tuan syeikh Alam di-Rimba telah
dipuji oleh segala isi rimba.

4) Gigih berusaha untuk menyelesaikan masalah.Dugaan yang dihadapi perlu
ditempuh serta ditangani secara berhemah dan bijaksana supaya ia dapat
diselesaikan dengan baik.Jadi,kita perlu berusaha untuk menyelesaikan masalah
yang kita hadapi dengan bijaksana dan berhikmah.Contohnya, segala isi rimba telah
berusaha untuk membunuh gergasi yang memberi ancaman kepada mereka dan
dengan meminta bantuan daripada Tuan syeikh Alam di-Rimba serta kerjasama
daripada isi rimba,maka raksasa dapat dibunuh.

3

NUKILAN:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.1/2.2 HIKAYAT PELANDUK-CERITA RAKYAT/PROSA TRADISIONAL

5) bijaksana menyelesaikan masalah- untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan
berkeupayaan untuk memimpin,pemimpin tersebut harus memiliki akal fikiran yang
bijaksana.Dengan kebijaksanaan yang dimiliki oleh seorang pemimpin, segala
permasalahan yang dihadapi oleh orang bawahan yang dipimpinnya dapat
diselesaikan secara hikmah dan berkesan seperti dapat mengalahkan musuh
bersama yang kuat.Contohnya, Tuan syeikh Alam di-Rimba yang bijaksana berjaya
memperdaya raksasa dengan menggunakan simpai yang dibuat daripada rotan.
Simpai tersebut dikatakan mampu mengubati sakit tubuh raksasa. Tuan syeikh Alam
di-Rimba memasukkan simpai itu pada siku dan lutut raksasa sehingga sukar
bergerak. Kesempatan tersebut telah diambil oleh Tuan syeikh Alam di-Rimba untuk
mencakar mata raksasa dan akhirnya tersebut berjaya dibunuh oleh segala isi
rimba.

6) Pemikiran tentang bekerjasama dalam kehidupan bermasyarakat untuk
melakukan sesuatu kerja amatlah dituntut.

7) Pemikiran tentang keberanian.

8) Pemikiran tentang sikap bertanggunjawab seorang pemimpin.

9) Pemikiran tentang sikap terus terang.

10) Pemikiran tentang sikap prihatin terhadap orang lain.

PERWATAKAN TUAN SYEIKH ALAM DI-RIMBA
1. Bijaksana
2.Pemimpin yang prihatin
3.Menepati janji apabila berjanji atau jujur.
4. Pemimpin yang bertanggungjawab terhadap orang bawahannya.
5. seekor binatang yang berani.
6. Pemimpin yang berwibawa.
7. Pemimipin yang berpandangan jauh.

PENGAJARAN

1.Kita hendaklah perlu berwaspada
2.Kita perlu berusaha menyelesaikan masalah
-Jangan takbur
-Jangan menipu
-Kita mestilah membantu rakan yang memerlukan pertolongan.
-Kita hendaklah menggunakan akal sebaiknya ketika bertindak.
-Kita Perlu bijak merancang strategi (kaedah penyelesaian masalah).

4

NUKILAN:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.1/2.2 HIKAYAT PELANDUK-CERITA RAKYAT/PROSA TRADISIONAL

Persamaan kehidupan manusia dengan kehidupan masyarakat binatang dalam
Hikayat Pelanduk Jenaka.
1. Terdapat golongan manusia yang bersikap takbur atau bercakap besar. Sang
Beruang sangat takbur dan mengatakan bahawa dirinya mampu mengalahkan
raksasa dengan mudah. Hakikatnya Sang Beruang tidak berkemampuan untuk
mengalahkan raksasa secara fizikal. Akhirnya beliau tewas dan mengaku kalah.
2. Sebahagian daripada manusia bersikap tidak jujur kepada diri sendiri dan rakan.
Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan sikap badak yang telah mengalami
kecederaan. Badak menyatakan bahawa kecederaan yang telah berlaku ke atasnya
adalah disebabkan berlawan dengan raksasa. Hal tersebut sebenarnya tidak berlaku
sama sekali.
3. Manusia kadangkala bertindak dengan cara yang salah. Mereka tidak
menggunakan kelebihan akal yang ada pada diri mereka. Sebaliknya mereka hanya
menggunakan kekuatan fizikal semata-mata. Akibat tidak bertindak dengan betul,
manusia akan mengalami kegagalan dalam usaha mereka mengatasi masalah
kehidupan. Malah ada di antara mereka bertindak terburu-butru. Masyarakat
binatang dalam cerita ini diselubungi rasa takut yang melampau. Apabila berjumpa
raksasa, mereka segera melarikan diri tanpa erfikir pajang. Akibatnya mereka
mengalami kecederaan dan kesukaran.
4. Manusia perlu berkerjasama sesama ahli masyarakat. Muafakat yang diamalkan
oleh masyarakat binatang dalam cerita ini begitu baik. Mereka cuba memberikan
peranan kepada setiap anggota masyarakat yang ada. Malah Pelanduk juga bijak
mengarahkan rakan-rakan mereka supaya melaksanakan tugasan masing-masing
ketika hendak memerangkap raksasa.

5


Click to View FlipBook Version