TEKNIK MENJAWAB SELOKA DAN
GURINDAM(PUISI TRADISIONAL)
SIRI 2
NUKILAN AKSARA :CIKGU MOHD HAZLI CHE OTHMAN
KMK STPM SEM.1
NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHAZ/SEMKIP/KMKSTPM/SEM.1-PENGHAYATAN SASTERA
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PUISI TRADISIONAL-SELOKA DAN GURINDAM
INFO AM
CONTOH JAWAPAN SEKIRANYA SOALAN MEMINTA KESAN
Fakta- Gaya bahasa yang terdapat dalam puisi ini ialah asonansi
Huraian/kesan- Pengulangan bunyi vokal memberi kesan kemerduan dan kelembutan
dalam penyebutan.
Contoh- Pengulangan bunyi vokal a sebanyak 7 kali (salin sahaja baris puisi yang
berkenaan dalam bentuk asal)
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
* gariskan huruf vokal yang berulang
Kesimpulan kecil-Jelaslah gaya bahasa asonansi mengindahkan sajak ini.
CONTOH JAWAPAN SEKIRANYA SOALAN TIDAK MEMINTA KESAN
Fakta- Gaya bahasa yang terdapat dalam puisi ini ialah asonansi
Huraian/maksud- asonansi ialah pengulangan bunyi vokal a,e,i,o,u
Contoh- Pengulangan bunyi vokal a sebanyak 7 kali (salin sahaja baris puisi yang
berkenaan dalam bentuk asal)
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
* gariskan huruf vokal yang berulang
Kesimpulan kecil-Jelaslah gaya bahasa asonansi memberi kesan keindahan sajak ini.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN BERDASARKAN KATA TUGAS/TUGASAN.
SOALAN CONTOH 1: SELOKA
Baca seloka di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Seloka Pandai Pak Pandir.
Halaman 11 dalam Permata Sastera Melayu.
(a) Jelaskan aspek keindahan yang terdapat dalam seloka di atas(9m)
(b) Kemukakan tafsiran anda terhadap sikap manusia dalam seloka di atas (16m)
1
NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHAZ/SEMKIP/KMKSTPM/SEM.1-PENGHAYATAN SASTERA
Analisis soalan (a)
JENIS SOALAN KATA KARYA YANG ISU/WATAK HAD JAWAPAN
TUGASAN DISOAL
SOALAN
Soalan Pecahan a) Jelaskan Seloka Pak a) keindahan/estetik a) Lihat jumlah
Pandir puisi:- markah;9m=3
Esei tidak -teknik/bentuk isi
berformat penulisan
-gaya bahasa
-perlu beri isi -nada
saja(tdk perlu -unsur bunyi
pengenalan& -isi
penutup)
2
NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHAZ/SEMKIP/KMKSTPM/SEM.1-PENGHAYATAN SASTERA
PILIH 1 GB
SHJ
Analisis soalan (b)
*Kemukakan *tafsiran anda terhadap sikap manusia dalam seloka di atas (16m)
JENIS SOALAN KATA KARYA YANG ISU/WATAK HAD JAWAPAN
TUGASAN DISOAL
SOALAN a) Lihat jumlah
markah;16m=4
Soalan Seloka Pak b) tafsiran sikap isi
Pecahan a) Kemukakan Pandir manusia dalam
seloka
Esei tidak
berformat
-perlu beri isi
saja(tdk perlu
pengenalan&
penutup)
*PERINGATAN!!! sekiranya kata tugasan hanya KEMUKAKAN , maka calon hanya beri fakta
sahaja tetapi jika ada perkataan tafsiran selepas kata tugasan bermakna pelajar perlu juga
memberi huraian dan contoh. Kemudian pelajar perlu memasukan perkataan SAYA dalam
jawapan sama ada di bahagian fakta,huraian atau kesimpualan kecil……sebab ia tafsiran pelajar
3
NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHAZ/SEMKIP/KMKSTPM/SEM.1-PENGHAYATAN SASTERA
CADANGAN FAKTA JAWAPAN SOALAN 1 (b)
1. Sikap manusia yang lebih mengutamakan orang luar berbanding dengan ahli
keluarga sendiri.
2. Sikap manusia yang terburu-buru dalam melakukan tindakan/tidak berfikir
panjang.
3. Sikap manusia yang mudah terpengaruh/tertipu/terpedaya dengan orang
asing.
4. Sikap manusia yang suka meniru membabi tuli/suka meniru/terikut-ikut
dengan perbuatan atau perlakuan yang dilakukan oleh orang asing.
CARA MENULIS CADANGAN JAWAPAN
TAFSIRAN SIKAP MANUSIA HURAIAN
Fakta 1 Sikap manusia yang terburu-buru dalam melakukan
tindakan/tidak berfikir panjang.
Huraian (guna konsep ABM- Sikap ini merupakan sikap yang akan menyebabkan
apa,mengapa&bagaimana) berlakunya konflik dalam keluarga
Contoh Baris 1
Anak dipijak dagang dijinjing
Kesimpulan kecil Cadangan/harapan/rumusan
Sepatutnya ahli keluarga diberi keutamaan terlebih
dahulu(cadangan) supaya hubungan kekeluargaan terjalin
lebih erat dan mewujudkan institusi keluargaan yang
harmoni (harapan)
4
NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHAZ/SEMKIP/KMKSTPM/SEM.1-PENGHAYATAN SASTERA
TAFSIRAN SIKAP MANUSIA HURAIAN
Fakta 2 Sikap manusia yang lebih mengutamakan orang luar
berbanding dengan ahli keluarga sendiri.
Huraian (guna konsep ABM- Sikap ini menyebabkan tindakan yang dilakukan
apa,mengapa&bagaimana) menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang tidak
diingini/sia-sia
Contoh Baris 6 & 7
Mendengar guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan
Kesimpulan kecil Cadangan/harapan/rumusan
Sepatutnya apa-apa juga tindakan yang hendak dilakukan
perlu difikirkan dahulu baik buruknya agar keputusan yang
dibuat memberi kesan yang baik.
SOALAN CONTOH 2 : GURINDAM
Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Gurindam Taat setia Raja dan Rakyat (Permata Sastera Melayu ms 13)
Bincangkan nilai moral yang terdapat dalam gurindam di atas.(25m)
5
NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHAZ/SEMKIP/KMKSTPM/SEM.1-PENGHAYATAN SASTERA
6
NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHAZ/SEMKIP/KMKSTPM/SEM.1-PENGHAYATAN SASTERA
7