The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayahandahazum05, 2023-08-15 00:20:53

Istilah Aspek Karya dlm puisi dan prosa

SEM 1 KMK STPM

ISTILAH ASPEK KARYA KMK STPM: SEMESTER 1/SEMKIP NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHAZ(MOHD HAZLI) EDISI KEMAS KINI 15 OGOS 2023


1 ISTILAH DALAM ASPEK KAJIAN PUISI KMK STPM TEMA Tema ialah isu utama atau persoalan pokok yang mendasari sesebuah karya sastera. Ia merupakan gagasan pemikiran pengarang yang ingin disampaikan melalui karyanya. Oleh yang demikian, hanya terdapat satu tema dalam setiap karya. Ia boleh diungkapkan dengan hanya satu perkataan seperti perjuangan, kemasyarakatan, keagamaan, kecintaan, kemanusiaan dan lain-lain. Tema dapat dikesan dan diketahui setelah membaca dan memahami keseluruhan sesebuah karya. PERSOALAN /PEMIKIRAN Persoalan ialah isu atau pemikiran sampingan yang ingin disampaikan oleh penulis sesebuah karya sastera di samping tema. Ia biasanya dapat dikesan melalui gagasan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sesebuah karya. Terdapat lebih daripada satu persoalan dalam setiap karya. - Pemikiran membawa maksud yang sama dengan tema dan persoalan. - Walau bagaimanapun, pemikiran lazimnya digunakan dalam genre drama dan puisi NADA Nada ialah perasaan yang terdapat dalam sesebuah karya sastera yang berbentuk puisi terutamanya sajak. Perasaan itu boleh terdiri daripada perasaan penulis dengan penggunaan bahasa dan juga perasaan pembaca apabila karya tersebut seperti nada sedih, marah, cinta, patriotik dan lain-lain. BENTUK Bentuk adalah pola, struktur atau susunan kata-kata dalam sesebuah karya puisi. Ia akan membentuk irama dan juga membentuk ciri-ciri sesebuah karya puisi. RIMA Rima ialah persamaan bunyi suku kata terakhir antara dua baris atau lebih dalam karya puisi. Ia dikenali sebagai rima akhir sekiranya persamaam itu terdapat pada akhir baris puisi. Jika terdapat pada tengah baris, ia dikenali sebagai rima tengah. NILAI Mengikut Kamus Dewan, nilai merupakan sifat ketinggian pekerti pada diri seseorang. Dalam karya sastera, nilai dapat difahami sebagai unsur ketinggian pekerti yang dapat dikesan oleh pembaca. Ia merupakan rumusan terhadap seseuatu gagasan penulis dan tindakan watak. PENGAJARAN/AMANAT/MESEJ/DIDAKTIK Pengajaran ialah unsur teladan dalam sesebuah karya sastera. Sebahagian daripada pengkaji sastera menyebutnya sebagai mesej. Ia dapat dikesan melalui gagasan penulis atau tindakan dan pemikiran watak dalam sesebuah cerita. Pembaca dapat mengesan unsur ini dalam sesebuah karya sastera dengan menggunakan pemikiran positif. Pembaca akan dapat membuat kesimpulan bahawa


2 sesuatu gagasan penulis atau tindakan dan pemikiran watak itu patut diikuti dicontohi atau tidak. GAYA BAHASA Gaya bahasa ialah pemilihan dan susunan kata-kata yang digunakan oleh penulis. Pemilihan dan susunan itu dipersembahkan dalam karya mereka sama ada puisi atau prosa. Ia merupakan individualiti setiap penulis dalam menyampaikan pemikiran, gagasan atau perasaan mereka. Terdapat beberapa unsur pemilihan dan susunan kata yang biasa digunakan oleh penulis. (a) Diksi merupakan aspek utama dalam gaya bahasa. Ia merujuk kepada pemilihan dan penggunaan kata oleh penulis dalam karyanya. Kata-kata tersebut dipilih supaya sesuai dengan pemikiran dan maksud yang hendak disampaikan dalam karya mereka. (b) Hiperbola merupakan perbandingan atau perlukisan melampau. Contohnya; suaranya bagaikan singa, kesabaran suaminya itu meledak.. (c) Anafora merupakan unsur perulangan kata pada awal baris dalam puisi. Contohnya; Sudah takdir sudah suratan, Sudah nasib memang begitu. (d) Epifora pula merupakan unsur perulangan kata pada akhir baris dalam karya puisi. Contohnya; kumasuki pasar ini Kususuri sungai sibuk ini (e) Inversi merupakan susunan kata dalam ayat yang tidak mengikut susunan yang biasa atau dikenali juga dengan susunan kata terbalik. Contohnya; Ke negeri Patani berjalan segera Pada Laksamana ibu saudara (f) Metafora merupakan salah satu bentuk gaya bahasa kiasan atau perbandingan. Perbandingan itu diungkapkan secara terus menggunakan dua perkataan yang berlainan maksud.(konkrit dan abstrak) Contoh : Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih terbenam di kaki hari. (g) Simile juga merupakan gaya bahasa perbandingan dengan menggunakan kata banding seperti, bak, bagai, umpama,laksana dan macam . Contohnya; … teratur laksana seorang primadona dia bagaikan gunung berapi pendam (h) Repitasi merupakan satu lagi gaya bahasa perulangan. Namun pada ia biasanya diaplikasikan dalam karya prosa. Antara aspek yang terkandung dalam unsur bahasa ini adalah perulangan kata dalam satu ayat, perulangan kata serta perulangan ayat dalam perenggan. (i) Personafikasi merupakan pemberian sifat-sifat manusia sama ada dari segi


3 perasaan, perwatakan atau perbuatan kepada objek-objek lain. Contohnya; Daun pokok pisang melambai-lambainya… Pungguk di belakang rumahnya terus merintih… ISTILAH DALAM ASPEK KAJIAN PROSA KMK STPM Sinopsis 1. Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan. 2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot. Tema dan Persoalan 1. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit). 2. Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya. PEMIKIRAN 1. Pemikiran membawa maksud yang sama dengan tema dan persoalan. -Walau bagaimanapun, pemikiran lazimnya digunakan dalam genre drama dan puisi WATAK Watak merupakan pelaku atau pelakon dalam sesebuah cerita. Selain daripada manusia biasa, watak dalam cerita bolek terdiri daripada binatang ataupun makhluk lain seperti jin, peri, raksasa dan sebagainya. Setiap watak ini mempunyai identiti mereka tersendiri. Watak terbahagi kepada golongan utama. (a) Watak Protagonis atau watak utama dalam sesebuah cerita. Ia berkembang mengikut jalan cerita. Watak ini juga dikenali sebagai watak bulat. Pada kebiasaannya wayak ini akan memperjuangkan nilai-nilai positif. (b) Watak Antagonis merupakan watak sampingan dalam sesebuah cerita. Ia merupakan watak penentang kepada watak utama. Pertembungan watak utama dengan watak antagonis ini akan mewujudkan konflik dan membolehkan plot berkembang. PERWATAKAN Perwatakan juga disebut sebagai penokohan merupakan sifat peribadi seseorang watak dalam cerita sama ada sifat luaran atau dalaman. Sifat luaran termasuklah perlukisan tentang bentuk badan, perlakuan atau tindakan dan juga pertuturan.Manakala sifat dalaman termasuklah pemikiran dan perasaan watak. Perwatakan dalam dikesan oleh pembaca melalui pemerian penulis secara langsung, pemikiran watak itu sendiri, dialog watak itu sendiri dan dialog watak lain tertentang watak berkenaan.


4 Watak dan Perwatakan 1. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam. 2. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman. 3. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan. 4. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis. 5. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu. 6. Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca. 7. Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya. 8. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir. 9. Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak. 10.Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan. 11.Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis. 12.Walaupun begitu, untuk kajian penghayatan sastera KMK STPM, hanya watak utama dan watak sampingan yang diberikan tumpuan. Lagi penerangan & Rumusan berkaitan aspek watak dan perwatakan. Oleh yang demikian,dalam aspek watak dan perwatakan, pelajar perlu juga tahu akan makna istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu seperti yang berikut. (a) Watak utama adalah watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita. Pada umumnya, watak utama adalah wira atau wirawati dalam sesuatu karya itu. (b) Watak sampingan adalah watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak utama dalam sesuatu karya. (c) Watak hitam adalah watak yang jahat atau watak yang buruk dalam sesuatu karya.


5 (d) Watak putih adalah watak yang baik atau watak yang menonjolkan nilai-nilai yang murni dalam sesuatu karya. (e) Watak bundar adalah watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya dijelaskan secara terperinci. (f) Watak pipih adalah watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat dalam sesuatu karya. (g) Watak dinamik adalah watak yang aksi, fikiran, pandangan, atau perasaannya berkembang dan sering berubah. (h) Watak statik adalah watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau fikirannya tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita. (i) Watak kodi adalah watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat. Watak nenek kebayan dalam cerita-cerita rakyat merupakan contoh watak kodi. LATAR Latar adalah ruang sama ada ruang masa, tempat atau persekitaran iaitu masyarakat yang mendasari sesuatu peristiwa dalam karya prosa. Ia bertujuan menjadikan sesuatu persitiwa lebih konkrit, realistik dan tidak berlaku pada ruang kosong. Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita. Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar. Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya. (a) Latar Masa merupakan ruang zaman, musim, hari atau waktu sesuatu peristiwa berlaku. Ia dapat dikesan melalui penceritaan penulis, dialog watak atau gambaran suasana ketika itu.Latar suasana merupakan pecahan daripada latar masa. Ia menerangkan dengan lebih jelas/pendetailan tentang suasana yang berlaku pada latar masa dari segi suasana. Contoh : Latar Masa-waktu tgh malam, Suasananya macam mana..gelap/cahaya samar-samar..ni dipanggil latar suasana..(ada dalam sajak”Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian oleh Baha Zain”) (b) Latar Masyarakat (gambaran masyarakat/citra masyarakat) merupakan ruang persekitaran yang terdiri daripada watak-watak dalam sesuatu peristiwa. Ia merujuk kepada ciri-ciri sesebuah masyarakat yang terdapat dalam sesebuah cerita. Watak dalam cerita merupakan wakil untuk menggambarkan masyarakat sebenar. Ia juga dapat dikesan melalui penceritaan penulis, tindakan serta pemikiran watak-watak dalam cerita berkenaan.Gambaran masyarakat ini meliputi perkara seperti berikut:-


6 i) sosio-ekonomi masyarakat ii) Budaya iii) Kaum iv) agama (c) Latar Tempat merupakan ruang tampat yang melatari sesuatu peristiwa dalam cerita. Ia boleh terdiri daripada perlukisan tempat semulajadi dari segi geografi dan semulajadi seperti bukit, hutan, sungai, laut dan sebagainya atau tempat yang menggambarkan ciri-ciri budaya seperti rumah, masjid, padang, istana dan sebagainya. d) *Latar peralatan cerita dan watak Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita. *( jarang disoal dlm peperiksaan-untuk pengetahuan umum) PLOT(TEKNIK PLOT) Plot merupakan jalinan atau hubungan peristiwa dalam sesebuah karya/sesebuah cerita/cereka yang ingin disampaikan oleh seseorang pengarang berdasarkan hukum sebab dan akibat. Ia berkait rapat dengan tindakan dan pemikiran watakwatak dalam cerita tersebut. Sesuatu peristiwa yang berlaku boleh menyebabkan berlakunya satu peristiwa lain yang lebih rumit atau sebaliknya. Perkembangan peristiwa itu boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. (a) Permulaan / eksposisi merupakan peringkat awal dalam cerita. Pada peringkat ini penulis mendedahkan watak, latar dan juga masalah yang dialami oleh watak berkenaan. Melalui teknik plot yang digunakan oleh penulis, peringkat ini tidak semestinya berada pada permulaan cerita. Ia mungkin berada di tengah atau akhir cerita melalui teknik imbas kembali. (b) Perkembangan / perumitan merupakan peringkat kedua dalam perkembangan peristiwa dalam cerita. Pada peringkat ini, konflik dan ketegangan telah timbul di antara watak dengan watak utama. Semakin panjang cerita tersebut, konflik menjadi semakin rumit. Dalam perkembangan plot, peringkat ini merupakan peringkat yang paling panjang. (c&d) Perumitan &Kemuncak / klimaks merupakan peringkat akhir konflik dan ketegangan. Pada peringkat ini, konflik antara watak dengan watak utama mencapai peringkat paling tegang dan rumit. Selepas peringkat ini, sebahagian besar atau semua konflik selesai. (e) Pengakhiran / antiklimaks merupakan peringkat penyelesaian konflik dan ketegangan mulai hilang. Biasanya peringkat ini terdapat pada bahagian akhir cerita dan perkembangannya agak pendek. Rumusan Plot: Perkembangan plot melalui beberapa peringkat iaitu:- a) Permulaan/eksposisi b) Perkembangan c) Perumitan d) kemuncak/klimaks e)Peleraian/tamat/happy ending


7 Penerangan Tentang Binaan plot/Teknik Plot: 1. Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat. 2. Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat. 3. Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang. 4. Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian. 5. Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana. 6. Perkembangan plot mengakibatkan konflik. 7. Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi). 8. Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum. 9. Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka. KONFLIK Konflik merupakan pertentangan antara watak dengan watak lain atau antara watak dengan alam dan haiwan akibat daripada sesuatu permasalahan yang timbul. Konflik adalah aspek penting dalam perkembangan plot kerana ia membuatkan wujudnya rentetan peristiwa. Ia juga menimbulkan unsur-unsur ketegangan dalam cerita.


8 TEKNIK PENCERITAAN/TEKNIK PENULISAN/TEKNIK PERSEMBAHAN Teknik penceritaan adalah cara atau kaedah seseorang penulis menyampaikan cerita dalam karya prosa mereka. Terdapat beberapa teknik penceritaan yang biasa digunakan oleh penulis seperti berikut:- (*a) Pemerian merupakan teknik yang paling tua dan paling banyak digunakan oleh penulis dalam karya-karya mereka. Mengguakan teknik ini, penulis telah bercerita secara langsung tentang apa sahaja sama ada peristiwa, watak dan perwatakan atau latar cerita tersebut. (*b) Dialog merupakan percakapan watak dengan watak dalam cerita. Dua orang watak atau lebih akan berbalas kata. Teknik ini juga banyak terdapat dalam cerita. Melalui teknik ini, penulis menyampaikan cerita secara tidak langsung. Pembaca akan dapat mengetahui sesuatu peristiwa, watak dan perwatakan serta latar melalui dialog antara watak. (*c) Monolog Luaran merupakan percakapan watak dengan dirinya sendiri. Watak berdialog dengan diri sendiri dengan mengeluarkan suara sama ada kuat atau hanya dapat didengari oleh dirinya sahaja. Biasanya penulis menggunakan pengikat kata untuk monolog ini. (*d) Monolog Dalaman(interior monolog) merupakan percakapan di dalam minda atau fikiran watak dengan dirinya sendiri. Ia tidak mengeluarkan suara. Sesetengah penulis menggunakan tanda pengikat kata bagi monolog ini manakala sebahagiannya tidak menggunakan tanda pengikat kata. (* kebiasaan/kerap kali digunakan oleh penulis dalam pengkaryaan mereka) (e) Imbas kembali 1. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. 2. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman (f) Imbas muka 1. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. 2. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku. (g) Saspens 1. Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu


9 di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. (h) Konflik 1. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot. 2. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. 3. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran? (i) Kejutan 1. Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca. 2. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca. * Lain-lain seperti prolog( prakata/peristiwa pendahuluan / pembukaan cerita),epilog(bahagian akhir sesebuah karya yang memberi komen atau ringkasan tentang karya/drama yang berkenaan),dramatik (penceritaan tak langsung), didaktik, dan pembahagian fasal/bab SUDUT PANDANGAN Sudut Pandangan adalah kedudukan penulis dalam mempersembahkan cerita mereka. Penulis boleh berada dalam beberapa kedudukan semasa mempersembahkan cerita mereka. Mereka boleh berada dalam cerita sebagai satu watak atau di luar cerita sama ada sebagai pencerita yang serba tahu atau sebagai pencerita yang objektif. Sudut Pandangan Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak. Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.


10 Teknik sudut pandangan: (a) Sudut pandangan orang pertama Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik. (b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas (serba tahu) Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak. (c) Sudut pandangan orang ketiga terbatas Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja. (d) Sudut pandangan objektif Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut. *Nilai Antara contoh nilai ialah: 1. Baik hati 2. Berdikari 3. Hemah tinggi 4. Hormat-menghormati 5. Kasih sayang 6. Keadilan 7. Kebebasan 8. Keberanian 9. Kebersihan mental dan fizikal 10.Kejujuran 11.Kerajinan


11 12.Kerjasama 13.Kesederhanaan 14.Kesyukuran 15.Rasional 16.Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian. * 16 nilai ini boleh juga digunakan dalam puisi Cara mudah untuk menghafal nilai murni: Aku bawa sikap (1) BAlK HATI untuk hidup (2) BERDIKARI. Di rantau orang, aku kekalkan sikap (3) HEMAH TINGGI dan (4) HORMATMENGHORMATI. Perasaan (5) KASIH SAYANG aku pupuk dalam diri dan (6) KEADILAN dalam bertindak. Di sini, ada (7) KEBEBASAN dan aku memerlukan (8) KEBERANIAN untuk menghadapi cabaran. Aku kekalkan (9) KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL, agar lahir sikap (10) KEJUJURAN dalam diri warga di sini. Aku berharap rakan senang dengan sikap (11) KESEDERHANAAN yang aku tunjukkan. Di sini, aku dapat menilai erti (12) KERJASAMA dan (13) KERAJINAN untak mengubah nasib. Timbul rasa (14) KESYUKURAN dan dapat berfikir secara (15) RASIONAL terhadap (16) SEMANGAT BERMASYARAKAT penduduk di sini. Akhirnya, timbul perasaan (17) PATRIOTISME terhadap negaraku sendiri. Nota: Anda boleh menggunakan nilai lain yang anda tahu, tetapi mesti ada atau terdapat dalam teks kajian. AMANAT 1. Amanat yang dikenal juga sebagai pengajaran atau mesej bermaksud perutusan yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca. 2. Dalam karya sastera tradisional, amanat tersurat dengan jelas kerana disampaikan secara langsung oleh pengarang. Contohnya :- (a) Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. (b) Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. (c) Ilmu itulah gemala sakti, Sinarnya cerah cahaya sejati. 3. Dalam karya sastera moden, amanat itu tersirat kerana disampaikan secara tidak langsung.


12 4. Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab pengajaran. Jika pengajaran diperoleh daripada nilai positif, mulakan ayat jawapan anda dengan - Kita hendaklah …….. - Kita seharusnya……. • PENGAJARAN/IKTIBAR/DIDAKTIK : dikutip oleh pembaca, cth. ayat : Pengajaran yang dapat diambil dalam cerpen ini ialah kita hendaklah…………… Jika pengajaran diperoleh daripada nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan - Kita jangan…. - Kita tidak boleh…. …diikuti dengan contoh dalam teks. MESEJ : oleh pengarang, cth ayat : Mesej pertama yang ingin disampaikan oleh pengarang ialah………………….


Click to View FlipBook Version