CERPEN USIA EMAS
KMK STPM-SEMESTER 1
OLEH
CIKGU MOHD HAZLI BIN CHE SEMAN @ CHE OTHMAN
SMK BUKIT PAYONG
Nukilan aksara:cikgu mohaz/sem.1/cerpen-Usia Emas /Kmk/semkip
1
Cerpen Usia Emas
oleh: Abdullah Hussain
Cerpen dimulai oleh Abdullah Hussain dengan menceritakan kisah seorang
kawan lamanya yang bernama Cikgu Baharum dalam usia 80 tahun telah diangkat
selaku tokoh warga emas di daerahnya. Pengarang lantas mengirim poskad tahniah
atas anugerah yang diterima oleh kawannya. Walau bagaimanapun, dalam jawapan
balas, Cikgu Baharum menyatakan penerimaanya terhadap anugerah tersebut
adalah atas dasar “malu alah saja”. Hal ini menimbulkan persoalan kepada
pengarang. Apakah anugerah warga emas tiada mempunyai nilai yang harus
dibanggakan?
Dalam memecahkan persoalan tersebut, pengarang telah membaca beberapa
petikan ayat al-Quran dan akhirnya mendapat jawapan yang dikehendakinya. Anugerah
warga emas adalah tidak releven dengan kehidupan umat Islam. Anugerah
tersebut berasal usul daripada budaya hidup masyarakat luar yang ghairah dengan
pemberian award termasuk kepada orang tua yang sedang menanti ajal. Tidak
sepatutnya orang yang telah tua diberikan anugerah yang nyata tiada memberi
manfaat kepada mereka lagi. Bagi pengarang, kematian orang yang tuabukan untuk
diratapi sebagai “satu kehilangan besar” sebaliknya perlu dilepaskan dengan reda
dan diiringi doa ke atas rohnya.
Tema:Bertemakan kemanusiaan iaitu berkaitan dengan usia dan kehidupan
seharian.Orang tua atau warga emas memerlukan kasih sayang daripada anak-anak
dan masyarakat yang diperlukan oleh warga emas dalam menghabiskan sisa hidup
mereka.Curahan kasih sayang jauh lebih penting daripada pemberian anugerah.
Peristiwa-peristiwa penting:
1. Cikgu Baharum menerima anugerah tokoh warga emas daerah dan berita
penganugerahannya itu telah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.
2. Penulis terkenangkan semula Cikgu Baharum yang telah tidak ditemuinya iaitu
kira- kira 5 tahun yang lalu, ketika sama-sama merayakan hari lahir yang ke-75 tahun.
3. Penulis juga turut mengingati semula perwatakan cikgu Baharum ketika
waktu mudanya dahulu, di samping itu juga penulis teringatkan bagaimana dia
berkenalan dengan cikgu Baharum.
http://slidepdf.com/reader/full/usia-emas-kmk 1/6
Nukilan aksara:cikgu mohaz/sem.1/cerpen-Usia Emas /Kmk/semkip
2
4.Keakraban hubungan antara cikgu Baharum dan penulis di mana mereka saling
berutus-utus poskad dan akhirnya mereka sudah menjadi seperti saudara sehingga
beranak dan bercucu.
5. Penulis mengutuskan poskad mengucapkan tahniah di atas penganugerahan
tokoh
warga emas kepada cikgu Baharum membawa penulis terkenang semula rahsia awet
muda yang turut disiarkan dalam rencana yang turut ditulis oleh wartawan yang
menemuramahnya.
6.Penulis dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain untuk
bertukar-tukar ilmu pengetahuan kerana cikgu Baharum seorang yang banyak ilmu
pengetahuannya kerana dia suka membaca.
7. Penulis akhirnya mendapat juga jawapan bagi persoalan yang sengaja
dibiarkan oleh Cikgu Baharum untuknya berfikir iaitu tentang usia emas.
8. Rumusan yang penulis dapati dari surah Ahqaf ayat 15 hingga 19 tentang
kewajipan anak untuk berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa apabila mereka
menginjak usia emas.
9.Penulis bermimpi melihat cikgu Baharum turun dari rumahnya dengan memakai
jubah putih, kepalanya tidak bertutup dan dia melambaikan tangan tanpa suara kea rah
penulis.
10. Selepas selesai solat sunat tahajud dan berzikir isteri penulis menjawab
panggilan
telefon yang membawa khabar tentang kematian cikgu Baharum. Penulispasrah
dan redha dengan pemergiannya.
Persoalan
1. Persoalan tentang keagamaan, ayat-ayat suci al-Quran merupakan panduan
dan pedoman tentang kehidupan kepada manusia yang ingin mengambilnya sebagai
iktibar. Penulis banyak memasukkan petikan-petikan ayat-ayat al-Quran dari
beberapa suarah antaranya surah an-Nahl ayat 70, surah al-Isra’ ayat 23 dan surah
al-Ahfat. Kesemua petikan ayat-ayat al-Quran itu menceritakan tentang kehidupan
manusia yang antara lainnya tanggungjawab anak terhadap orang tua. (hlm.121)
2. Persoalan tentang menghormati orang tua.Anak-anak seharusnya
menghormati dan mengasihani orang tua yang sudah lanjut usia kerana ianya
adalah tuntutan agama. Sebagaimana yang dicatatkan oleh pengarang berdasarkan
ayat 23: Surah al-Isra yang mana Maha suci Allah Yang Maha Mengetahui dan
Maha Mengasihani telah memerintahkan Nabi Muhammad supaya mengasihani ibu
bapanya. (hlm. 124)
http://slidepdf.com/reader/full/usia-emas-kmk 2/6
Nukilan aksara:cikgu mohaz/sem.1/cerpen-Usia Emas /Kmk/semkip
3
3. Persoalan tentang persahabatan/setiakawan. hubungan yang akrab yang
menjalinkan ukhuwah persaudaraan yang kukuh. Pengarang dan Cikgu Baharum
saling ziarah- menziarahi antara satu sama lain malah mereka juga sering berutus
poskad tanda ingatan yang berkekalan.(hlm 121)
4. Persoalan tentang kesihatan. Kesihatan yang dijaga menerusi amalan
senaman tertentu akan mengekalkan tahap kesihatan seseorang dan boleh
memanjang usia seseorang. Cikgu Baharum seorang yang sangat mementingkan
kesihatan dirinya, terbukti sejak zaman muda dia telah mengamalkan senaman
radio taisyo setiap pagi yang dipelajari pada zaman Jepun lagi.(hlm. 119)
5. Persoalan pengaruh budaya asing. Masyarakat di negara kita mudah terikut-
ikut dengan budaya dari luar sehingga semua yang dibuat masyarakat luar hendak
ditiru biarpun ianya tidak sesuai dan releven dengan budaya kita. Buktinya Cikgu
Baharum menganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah tidak releven
dengan budaya masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk
beribadat kepada tuhan. (hlm.122)
6. Persoalan tentang Disiplin Diri. Disiplin dalam melakukan rutin kehidupan
adalah ruang untuk mencapai kejayaan. Cikgu Baharum seorang yang
mementingkan disipilin diri sebagaimana yang diceritakan kepada wartawan yang
menemuramahnya, setiap hari dia akan bangun seawall jam 5.00 pagi melakukan
senama radio taisyo, mandi serta berwuduk dan menunaikan solat subuh,
bersarapan dan berpagi-pagian ke tempat kerja. (hlm. 119-120)
7. Persoalan kerajinan dalam pekerjaan. pelbagai tugas yang diberikan
dijalankan dengan penuh komitmen. Cikgu Baharum selain mengajar dia juga
memegang jawatan sebagai guru senaman dan juga guru pengawas disipilin pelajar.
(hlm. 120)
8. persoalan tentang warga emas. seringkali usia seseorang yang melewati usia
warga emas, terpaksa berhadapan dengan cabaran terutama anak-anak yang
tidak sanggup untuk menjaganya. Inilah yang diingati oleh penulis tentang perlunya
keikhlasan anak- anak untuk mengambil tanggungjawab menjaga dan mengasihani
ibubapa yang sudah tua. Tidak sebagaimana masyarakat Jepun yang mana anak-
anak Jepun enggan memelihara orang tua mereka , malah mereka tergamak
menghantar orang tua ke rumah kebajikan. (hlm. 123-124)
TEKNIK PLOT
1. Teknik Imbas Kembali-Peristiwa yang berlaku pada watak pada waktu masa lampau
untuk memberitahu pembaca tentang perjalanan plot sebelumnya.
Contoh: Penulis mengenang semula tentang dirinya dan cikgu Baharum yang saling
menziarahi. Apabila mereka berjumpa,mereka akan membincangkan soal politik,
sosial,ekonomi hinggalah bahasa dan sastera.
http://slidepdf.com/reader/full/usia-emas-kmk 3/6
4
2.Teknik dialog- Perbualan antara watak bagi menyampaikan sesuatu peristiwa.
Contoh: Perbualan antara wartawan dan cikgu Baharum tentang perlunya pergi kerja
awal sebelum matahari terbit dan balik selepas matahari terbenam kerana perbuatan
tersebut mengajar kita rajin dan kerajinan itu membawa kejayaan.
3. Teknik Suspen- Pembaca tertanya-tanya apakah peristiwa yang akan berlaku
seterusnya.
Contoh: Penulis terpegun sehingga menggerakkan perasaan ingin tahu mengenai cikgu
Baharum yang dipilih sebagai tokoh warga emas dengan tajuk “Usia Emas Untuk
Apa?”Pembaca tertanya-tanya apakah maksud tajuk tersebut.
4. Teknik konflik Dalaman-konflik yang berlaku dalam diri sendiri yang melibatkan
pergolakan perasaan seperti marah,kecewa,sedih,rindu dan sebagainya.
Contoh: Penulis berasa sedih apapbila mengetahui cikgu Baharum telah meninggal dunia
dan beliau berada sangat kehilangan dengan pemergian cikgu Baharum menyebabkan
air matanya keluar tanpa disedari.
5. Teknik Pemerian- menggambarkan perihal watak,latar dan sebagainya secara
menyeluruh
Contoh: Cikgu Baharum digambarkan sebagai seorang yang tinggi dan maskulin pada
zaman mudanya. Cara dia berjalan seperti tentera dengan belakangnya
Aspek Watak dan Perwatakan:
A. Watak Cikgu Baharum
1. Aspek Latarbelakang:
1.1 Seorang guru pelatih yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke MPSI
tetapi gagal (118)
1.2 Lahir pada tanggal 25 Mac
1.3 Berusia 80 tahun
1.4 Guru senaman dan juga pengawas disiplin pelajar (zaman muda)
Nukilan aksara:cikgu mohaz/sem.1/cerpen-Usia Emas /Kmk/semkip
5
1.5 Penulis yang produktif (Cerpen, puisi, pantun dan rencana) karyanya
disiarkan oleh Warta Malaya (singapura)
1.6 Pandai jawi (tulisan jawinya halus dan cantik)
1.7 Dianugerahkan sebagai tokoh warga emas daerah.
2. Aspek Fizikal
2.1 Tinggi
2.2 Maskulin
2.3 Tegak (Macam tentera)
3. Perwatakan:
3.1 Berterus terang
3.2 Tidak munafik (tidak berpura-pura)
3.3 Lantang bersuara – menyebabkan beliau tidak disukai dan kesannya
beliau tidak mempunyai ramai kawan.
3.4 Seorang yang banyak ilmu – Beliau banyak membaca , pengetahuannya
luas meliputi pelbagai disiplin imu kerana banyak membaca antaranya politik,
ekonomi, bahasa dan sastera (121)
3.5 Setiakwan-mementingkan keakraban persahabatan, beliau sering
menziarahi penulis kerana dia suka berkunjung ke rumah penulis.
3.6 Seorang yang alim – setiap hujahan yang diberikannya apabila
memperkatakan sesuatu isu beliau sering merujuk pada ayat-ayat al- Quran sebagai
sumber rujukan , contohnya apabila dia memberitahu kepada penulis dia menerima
anugerah tokoh warga emas hanya kerana dia malu alah saja sebagaimana yang
termaktub dalam ayat 70 surah an-Nahl.
3.7 Mementingkan kesihatan-Cikgu Baharum seorang yang mementingkan
kesihatan.,buktinya rutin harian yang dilaluinya sejak zaman muda
membawa ke usia warga emas,termasuklah rahsia kesihatannya yang kekal sihat
kerana disiplin mengamalkan senaman radio taiso.
3.8 Berdisiplin-Cikgu Baharum selalu pergi kerja pada waktu pagi dan pulang
agak lewat petang. Bagi beliau kerja wal pagi dan pulang lewat adalah sikap orang
yang rajin dan kerajinan akan membawa kejayaan.
3.9 Mementingkan kebersihan-Tugasnya sebagai guru pengawas disiplin turut
digunakan bagi memastikan pelajar-pelajar juga menjaga kebersihan buktinya dia
akan menyuruh para pelajarnya mencuci kaki sebelum masuk kelas. Para
pelajarnya juga disuruh kencing ditandas. (120-121)
B. Watak Penulis:
1. Latarbelakang:
1.1 Seorang penulis
1.2 Berusia 80 tahun
1.3 Mempunyai seorang isteri
http://slidepdf.com/reader/full/usia-emas-kmk 4/6
7/30/2019 Usia Emas Kmk
6
2. Perwatakan:
2.1 Seorang sahabat yang setiakwan- sering menghubungi kawan menerusi
poskad untuk bertanya khabar berita.
2.2 Alim-sering beramal ibadat, termasuklah solat tahajud. Semasa mendapat
berita kematian cikgu Baharum penulis baru selesai solat tahajud dan berzikir.
2.3 Seorang yang merendah diri-penulis berasa rendah diri apabila membandingkan
tulisan jawi cikgu Baharum yang halus dan cantik berbanding tulisannya seperti cakar
ayam(118)
2.4 Seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama yang luas-Pengarang
selalu merujuk pada petikan-petikan ayat al-Quran sebagai sumber rujukan.
2.5 Seorang yang prihatin-Penulis berasa kematian cikgu Baharum adalah
satu kehilangan baginya.
Nilai Keagamaan:
1. Bersyukur: Bersyukur dengan segala kurniaan Allah s.w.t kepada kita, Cikhu
Baharum amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dipinjamkan umur yang
panjang serta masih diberi kesihatan yang baik.(116)
2. Berdoa:Doa adalah kekuatan bagi orang mukmin, Cikgu Baharum pernah
menjelaskan kepada penulis tentang perlunya berdoa sebagaimana yang telah
diajar oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sahih al-Bukhari,
rasulullah sentiasa berdoa selepas solat agar jangan sampai ke umur tua. (117)
3. Bersolat: Solat harus dilakukan tepat pada waktunya seawall mungkin, Cikgu
Baharum melakukan solat subuh tepat pada waktunya. (120)
4. Al-Quran sebagai sumber rujukan: Cikgu Baharum selalu merujuk ayat-ayat al-
Quran sebagai rujukan untuk isu-isu yang diperkatakan kepada penulis, contohnya dia
merujuk suarh al-Isra (ayat 23) dan surah al-Ahfat (ayat 15) tentang suruhan supaya
anak-anak mengambilberat tentang ibubapa.(123)
5. Menghormati dan mengasihani ibu bapa yang tua: Orang Islam diperintahkan
supaya berbuat baik kepada orang tua sebagaimana yang diperintahkan kepada
junjungan besar Nabi Muhammad SAW supaya mengasihani ibubapa yang lanjut usia
sebagaimana yang termaktub dalam ayat 23 surah al-Isra. (124)
http://slidepdf.com/reader/full/usia-emas-kmk 5/6
Nukilan aksara:cikgu mohaz/sem.1/cerpen-Usia Emas /Kmk/semkip
7
6. Beribadat: Umat Islam dituntut supaya melakukan amal ibadat termasuklah
ibadat-ibadat sunat seperti solat malam serta berzikir. Penulis semasa menerima
berita kematian Cikgu Baharum baru selesai solat sunat tahajud dan berzikir. (125)
7 . Percaya pada takdir: Ketentuan tuhan terhadap apa jua kejadian,termasuklah
kematian.Cikgu Baharum yang masih sihat akhirnya meninggal dunia kerana telah
ditakdir oleh Allah, sebagaimana penulis menyedari pemergian Cikgu Baharum
sudah ditakdirkan oleh Allah (126)
8. Bersabar: Ujian dan dugaan yang didatangkan oleh tuhan adalah untuk
menguji kesabaran hambanya. Sebagaimana penulis menerima dengan sabar
kematian Cikgu Baharum sebagai ketentuan Illahi.(126)