MODUL KARANGAN KEPERIHALAN/GAMBARAN
NOTA,CONTOH KARANGAN DAN LATIHAN
PENULIS:CIKGU MOHD HAZLI BIN 5/19/21 BAHASA MELAYU MENENGAH
CHE SEMAN@ CHE OTHMAN RENDAH(TINGKATAN 1)
TEKNIK MENULIS KARANGAN KEPERIHALAN/GAMBARAN
1. Karangan yang berbentuk gambaran atau keperihalan merupakan suatu bentuk
penulisan yang memerihalkan atau menggambarkan apa-apa yang dilihat, didengar, dan
dirasakan.
2. Karangan jenis ini menuntut daya imaginasi yang tinggi. Anda dapat memuatkan
bahan yang dikutip daripada pengalaman sendiri atau mungkin khayalan semata-mata.
Pengetahuan yang luas tentang apa-apa yang anda gambarkan akan membantu anda
menghasilkan karangan yang baik, logik, dan bernas.
3. Biasanya, karangan jenis ini memerlukan anda memerihalkan seseorang, sesuatu
pengalaman, sesuatu keadaan, sesuatu tempat atau pemandangan, sesuatu peristiwa atau
acara, sesuatu benda dan sebagainya.
4. Karangan jenis gambaran atau keperihalan tidak mempunyai format khusus. Walau
bagaimanapun, karangan jenis ini tidak dapat lari daripada disiplin karangan yang lazim,
iaitu perlu ada pendahuluan, isi-isi penting, dan penutup.
5. Perkara-perkara yang hendak anda gambarkan itu mestilah jelas, menarik, mempunyai
perbandingan yang sesuai, dan dapat memberikan kesan yang mendalam.
6. Anda digalakkan menggunakan bahasa yang lancar, kreatif dan menarik semasa menulis
karangan jenis keperihalan dan gambaran ini. Penggunaan dialog digalakkan di tempat-
tempat yang sesuai.
7. Anda digalakkan agar menggunakan teknik saspens untuk menimbulkan rasa cemas
pembaca. Namun begitu, jangan menggunakan teknik penyampaian yang sama berulang-
ulang.
8. Dalam bahagian pengenalan, anda bolehlah menceritakan peristiwa awal sebelum
peristiwa utama berlaku. Pada bahagian penutup pula, anda digalakkan untuk
menceritakan bagaimana peristiwa itu berakhir. Anda juga boleh menyatakan perasaan
anda terhadap sesuatu peristiwa yang anda tulis itu.
2
CONTOH LENGKAP KARANGAN PENGALAMAN/KEPERIHALAN
CONTOH 1:PENGALAMAN MENYERTAI PERKHEMAHAN
Baru-baru ini anda telah menyertai Perkhemahan Perdana Unit Beruniform.
Ceritakan pengalaman anda sepanjang menyertai perkhemahan tersebut.
Pada minggu yang lepas,saya telah berpeluang mewakili pasukan Kadet Bomba untuk
menyertai satu perkhemahan perdana unit beruniform. Pasukan unit beruniform yang
terlibat ialah pasukan Pengakap, Kadet Bomba, Kadet Polis, Pandu Puteri dan Bulan Sabit
Merah. Perkhemahan itu diadakan di padang sekolah dan dijalankan selama tiga hari dua
malam.
Pada petang Jumaat itu, kami semua berkumpul di padang sekolah.Kami
mendengar taklimat daripada Komandan Kem iaitu Cikgu Ramli.Selepas itu, kami
diagihkan mengikut pasukan uniform masing-masing.Kami kemudian dibekalkan dengan
khemah dan diarahkan untuk memasang khemah masing-masing sebelum malam
menjelang tiba. Pada sebelah malamnya, kami diarahkan bergotong-royong menyediakan
juadah untuk dimakan.
Pada awal pagi kami sudah bangun. Kami diarahkan solat Subuh secara berjemaah
bagi yang beragama Islam. Selepas itu, kami melakukan senamrobik yang diketuai oleh
Cikgu Makhtar.Selepas bersarapan kami diarahkan mengemaskan khemah masing-
masing.Pada pagi itu diadakan pemeriksaan khemah paling cantik dan kemas.Khemah
pasukan Kadet Bomba telah diumumkan sebagai pemenang.
3
Selepas itu,satu pertandingan memasak telah diadakan.Semua bahan telah disediakan
oleh guru-guru penasihat .Kami diminta memasak nasi,lauk-pauk dan menggoreng ikan
dengan menggunakan kayu sebagai bahan bakar.Pemenang dikira berdasarkan keenakan
dan susun atur serta hiasan.Kali ini kumpulan saya telah muncul sebagai johan.
Selepas makan malam,persembahan malam kebudayaan diadakan.Setiap
persembahan mengikut unit uniform masing-masing.Antara persembahan adalah seperti
nyanyian,tarian,lakonan dan sebagainya.Kali ini kumpulan pengakap menjadi johan dengan
persembahan boria yang menarik.
Keesokan harinya,kami bergotong-royong membersihkan kawasan tapak
perkhemahan dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.Penyampaian hadiah dan
sijil turut diadakan kepada para pemenang. Perkhemahan berakhir kira-kira pukul 12.00
tengah hari. Selepas itu,saya dan rakan-rakan pulang dengan perasaan yang gembira. Saya
berharap dapat menyertai lagi perkhemahan seperti ini pada masa akan datang.
4
LATIHAN 1:PENGALAMAN MENYERTAI KEM MOTIVASI DIRI
Arahan soalan: Sila susun perenggan karangan pengalaman/keperihalan di
bawah supaya menjadi sebuah karangan yang baik dan kemudiannya sila tulis
semula karangan yang telah disusun tadi mengikut urutan ceritanya atau urutan
perenggan yang betul.
Andaikan bahawa anda terlibat dalam suatu kegiatan kem motivasi
anjuran Kelab Rekreasi di sekolah anda.
Sepanjang kem motivasi ini yang bermula pada pukul 9.30 pagi para peserta telah
didedahkan kepada beberapa aktiviti lasak. Aktiviti ini memerlukan
kerjasama,ketabahan,keyakinan diri,serta ketahanan mental dan fizikal.Antaranya
termasuklah ’Flying Fox’ yang menghendaki para peserta menyeberangi arus sungai yang
deras dengan menggunakan tali yang direntang. Aku tahu sahabat-sahabatku yang lain juga
gementar sepertiku. Setiap peserta mencuba bersungguh-sungguh apabila tiba giliran
masing-masing.Aku menguatkan semangat untuk melakukan aktiviti ini. Aku yakin aku
mampu berbuat demikian seperti orang lain. Aku bersyukur kerana akhirnya aku berjaya
melepasi halangan ini.
Aku merupakan salah seorang ahli Kelab Rekreasi Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit Payong. Pada cuti penggal yang lepas, kelab ini telah mengadakan Kem Motivasi Diri
di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu. Kem motivasi selama tiga hari dua malam ini disertai
oleh 40 orang peserta bersama-sama 5 orang fasilitator.Kami tiba di tempat itu pada pukul
9.00 pagi. Inilah pengalaman pertama aku menyertai program seperti ini.
5
Manakala untuk pengisian rohani pula,sepanjang kami berada di sini,kami telah
diminta mendirikan solat secara berjemaah pada setiap kali masuk waktu solat. Kami juga
dikehendaki mendengar takzirah selepas solat Subuh dan Maghrib yang disampaikan oleh
Ustaz Alias dan Ustaz Wan Hassan secara bergilir-gilir. Pada pukul 4.00 pagi pula kami
dikehendaki berkumpul untuk aktiviti Qiamulail. Aktiviti berakhir jam 6.30 pagi selepas
solat Subuh.
Ternyata Kem Motivasi Diri itu telah berjaya menyemaikan nilai-nilai positif dalam
diri kami. Kami telah mematuhi arahan fasilitator walaupun umur mereka sebaya dengan
kami. Kem motivasi ini juga berjaya menyedarkan kami tentang kepentingan penghayatan
agama,disiplin, semangat setia kawan,bersatu hati,bekerjasama dan tidak mementingkan
diri apabila bergerak dalam satu kumpulan.
Fasilitator yang bertugas, iaitu Encik Mohd Hazli telah memberikan taklimat ringkas
kepada para peserta tentang atur cara kem motivasi itu. Para peserta diingatkan agar
senantiasa mematuhi arahan fasilitator yang bertauliah demi keselamatan masing-
masing.Para peserta dilarang sama sekali merayau-rayau di hutan lipur itu tanpa keizinan
petugas.Peserta yang mengingkari arahan akan dikenakan tindakan tatatertib. Arahan itu
dikeluarkan supaya para peserta tidak melakukan sesuatu sehingga boleh membahayakan
diri mereka.
6
Selain itu ,pada hari berikutnya pula para peserta diberi tunjuk ajar cara menuruni
tebing batu yang curam. Gementar rasa hatiku apabila melihat jurang sedalam kira-kira 30
meter itu yang perlu aku turuni.Sebelum aktiviti diadakan,kami diberikan seutas tali untuk
diikatkan pada badan masing-masing. Kami dinasihatkan agar senantiasa berwaspada dan
memberikan tumpuan ketika memijak batu.Jika kami tersilap langkah,padah akibatnya.
Berkat ketabahan dan keyakinan diri,hampir kesemua peserta berjaya mengatasinya tanpa
mengalami sebarang kecederaan.
7