DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu  PERIBAHASA
                 BUKU MARI BELAJAR PERIBAHASA
                                       JILID 1
                               NASKHAH PELAJAR
                              (UJI DIRI KEMAHIRAN
                              PERIBAHASA ANDA)
                 JOM BELAJAR
                 PERIBAHASA
IMBAS BLOG SAYA                                                                             IMBAS PUSTAKA SAYA
MERANGKUMI 52 SOALAN PERIBAHASA BERGAMBAR
                                                                                                                        1
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu
                                                                          PERIBAHASA
PERIBAHASA
Mengikut Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dalam silibus atau kandungan sukatan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu, peribahasa diajar dalam aspek
seni bahasa(4.0) bukan lagi di bawah aspek tatabahasa semasa kbsm yang terdahulu.
4.0 STANDARD KANDUNGAN              STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh:
                                    4.2.1   Memahami dan
4.2 Memahami dan                    (TG.1)  menggunakan perbandingan
         menggunakan bandingan              semacam dalam komunikasi
         semacam, peribahasa,               dan penulisan dengan betul,
         kata-kata hikmat, kiasan           tepat dan mengikut konteks.
         madah pujangga, dan
         bahasa berirama dalam
         komunikasi dan penulisan.
                                    4.2.1   Memahami, menerangkan
                                    (TG.2)  makna dan menggunakan
                                            kata-kata hikmat dan
                                            bahasa berirama dengan
                                            betul dan mengikut konteks.
                                    4.2.1   Menggunakan kiasan dan
                                    (TG.3)  peribahasa dengan betul
                                            mengikut konteks.
1.0.Perbandingan Semacam
    1. Perbandingan semacam akan mula dipelajari oleh pelajar tingkatan satu dalam tema 2
         halaman 21 yang bertajuk”Angsa Putih Nenek” (rujuk buku teks tingkatan 1)dan diulang
         beberapa kali pada halamannya seterusnya.
    2. Definisi perbandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat,
         keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Perbandingan semacam pada
         umumnya digunakan dengan perkataan macam, bak,umpama,seperti, laksana, dan bagai.
    3. Contoh: adil macam hakim, bebas seperti burung.
                                                                          2
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu  PERIBAHASA
2.0.Kata-kata hikmat dan bahasa berirama
1) Kata-kata hikmat pula di pelajari oleh pelajar tingkatan dua dalam tema 2 halaman 24
    yang bertajuk “Pesan Bestari” dan diulang beberapa kali pada halamannya
    seterusnya.Manakala bahasa berirama dipelajari pada halaman 83 yang bertajuk
    “Lautan Budi Tepian Akal” (rujuk buku teks tingkatan 2).
2.1.1. Kata-kata hikmat
1. Definisi kata-kata hikmat ialah kata-kata pujangga atau perkataan orang bijak pandai
    yang mengandungi pengertian yang tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
2. Kata-kata hikmat merupakan ungkapan yang mempunyai makna yang dapat memberi
    pengajaran, teladan, kesedaran, dan peringatan kepada kita.
3. Lazimnya, kata-kata hikmat adalah ringkas tetapi mempunyai pengertian yang
    mendalam dan dapat dijadikan panduan dalam kehidupan harian.
4. Kata-kata hikmat merupakan sebahagian daripada peribahasa.
5. Kata-kata himkat biasanya mempunyai maksud yang tersirat.
6. Kata-kata hikmat dipetik daripada kitab-kitab suci, kata-kata dan pendapat tokoh,
    negarawan, cendekiawan, dan sasterawan yang bijak pandai.
7. Biasanya, kata-kata hikmat digunakan sebagai cogan kata atau kiasan dalam
    pertuturan dan penulisan.
8. Contoh kata-kata hikmat seperti berikut:-
i) Bahasa Jiwa Bangsa - Bahasa merupakan satu identiti atau lambing sesuatu
         negara
ii) Masa Itu Emas - Masa adalah sangat berharga
iii) Pandu Cermat Jiwa Selamat – Sekiranya kita memandu dengan berhati-hati,
         kemungkinan kita ditimpa kemalangan adalah sedikit.
                                                                                                                     3
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu  PERIBAHASA
2.1.2.Bahasa berirama
1. Bahasa berirama ialah sejenis puisi lisan Melayu yang tertua. Bahasa berirama ini
biasanya digunakan dalam cerita rakyat seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan
Hikayat Malim Deman. Dalam bahasa berirama ini, irama sangat dipentingkan dan
ungkapan dicipta melalui baris-baris yang pendek.
2. Bahasa berirama ialah kata-kata ibarat yang mempunyai rentak dan keindahannya yang
tersendiri. Selalunya, kata-kata berirama ini diambil daripada ungkapan atau peribahasa
yang digubah menjadi bahasa yang menarik.
3. Bahasa berirama sebenarnya tidak terikat seperti penciptaan pantun. Rima akhir bahasa
berirama boleh berbentuk bebas atau terikat, iaitu aaaa.
4. Contoh bahasa berirama seperti berikut:-
         Berilmu dan Berbudaya
Orang berilmu mengangkat keseniannya;
            Seni tersurat seni tersirat
          Seni membawa manfaat
           Seni menambah berkat
          Mengukur tajamnya pandangan
          Menyelam dalamnya fikiran
          Menilai tingginya peradaban
        Menjadi pujaan zaman-berzaman.
                               (dipetik daripada buku teks ting.2,ms.83
                                rangkap pertama)
                                                                                            4
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu  PERIBAHASA
3.0. Kiasan dan Peribahasa
1.Kiasan dan Peribahasa akan mula dipelajari oleh pelajar tingkatan tiga dalam tema 3
halaman 33 yang bertajuk “Bangkit Bersama” (rujuk buku teks tingkatan 3)dan diulang
pada halaman 152 dan beberapa halaman lain dalam buku teks tersebut.
3.1.1. Kiasan
1. Mengikut Za'ba dalam buku Ilmu Mengarang Melayu, terdapat empat fungsi bahasa
    kiasan. Pertama, bahasa kiasan menjadikan sesuatu maksud lebih terang. Melalui
    perbandingan yang berkias, ungkapan yang digunakan seolah-olah lukisan gambar yang
    terang dan nyata. Jika tidak digunakan bahasa kiasan, mungkin huraian terpaksa lebih
    panjang, dan kurang jelas.
2. Sebagai contoh ialah kiasan-kiasan seperti : Mukanya terserlah seperti bulan purnama,
    bagi merujuk kecantikan wajah seorang gadis; Diamnya diam ubi, bagi menyatakan sifat
    seorang, iaitu diam tetapi berisi, seperti orang yang pendiam tetapi banyak berfikir;
    dan Hatinya sedang mendidih, bagi menyatakan keadaan yang sedang sangat marah, yang
    dibandingkan dengan keadaan air yang sedang mendidih.
3. Fungsi kedua bahasa kiasan adalah untuk menguat dan menajamkan sesuatu karya,
    supaya lebih senang ditangkap oleh pembaca atau pendengar. Dengan kata lain,
    penggunaan bahasa kiasan bertujuan untuk menarik minat pembaca atau pendengar supaya
    meneruskan pembacaan dan pendengaran.
                                                                                            5
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu
                                                              PERIBAHASA
4. Sebagai contoh ialah : Bunyi air mengalir seperti orang sedang tertawa; Dalam selimut
kemalasan; dan Tangga kejayaan.
5. Fungsi ketiga bahasa kiasan adalah untuk menjadi perhiasan , mencantikkan bahasa
    supaya menjadi indah dan menarik. Ini ditambah pula dengan hakikat bahawa bahasa
    kiasan menggambarkan kecantikan alam. Oleh sebab itu, mengikut Za'ba, bahasa kiasan
    juga dikenali sebagai bungaan bahasa.
6. Sebagai contoh ialah : Angin bertiup seperti orang berbisik-bisik; Jinak-jinak merpati,
    dan Puteri lilin.
7. Akhir sekali, setengah-setengah bahasa kiasan digunakan sebagai bahasa halus bagi
    perkataan-perkataan kurang sopan digunakan di hadapan khalayak ramai atau yang
    tidak digalakkan disebut yang sebenarnya. Za'ba juga menyebut kiasan jenis ini sebagai
    kiasan gayang atau pemanis. Sebagai contoh : Ke sungai besar (atau sungai
    kecil); Menghembuskan nafas yang akhir; dan Pak Belalang.
    ( bahan nota diambil daripada http://kenalibahasamelayu.blogspot.com)
3.1.2. Peribahasa
1. Definisi : ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi
pengertian yang tertentu, bidal, pepatah: (Kamus Dewan Edisi Keempat)
2. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas,
mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
                                                                                                                              6
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu  PERIBAHASA
3. Terdapat pihak yang mengklasifikasikan peribahasa seperti berikut:
 Peribahasa selapis yang terdiri daripada pepatah, bidalan dan perbilangan (pepatah).
 Peribahasa berlapis, iaitu perumpamaan
 Lidah pendeta
4. Namun ada juga yang membahagikan peribahasa seperti berikut:
 Simpulan bahasa
 Perumpamaan
 Bidalan
 Pepatah atau Perbilangan
5. Perlu diingatkan bahawa dua jenis perlambangan iaitu kiasan dan metafora tidak dikategorikan
    sebagai peribahasa.
                                                                                            7
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu                              PERIBAHASA
NOTA PERIBAHASA BERGAMBAR
FOTO 1  Nyatakan peribahasa yang sesuai :           FOTO 4
                                                            Nyatakan peribahasa yang
                                                                         sesuai :
        Seperti lipas kudung                                Sehari selembar benang, lama-lama
                                                                             jadi kain
FOTO 2                                              FOTO 5
        Nyatakan peribahasa yang                            Nyatakan peribahasa yang
                     sesuai :                                            sesuai :
        Ukur baju di badan sendiri                                                          Berdiri sama tinggi, duduk
                                                                                                    sama rendah
FOTO 3                                              FOTO 6
        Nyatakan peribahasa yang                            Nyatakan peribahasa yang
                     sesuai :                                            sesuai :
        Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam          Seperti orang mengantuk disorongkan
                          jangan diduga                                         bantal
                                                                                                                        8
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu
                                                                                                PERIBAHASA
FOTO 7                                FOTO 10
        Nyatakan peribahasa yang               Nyatakan peribahasa yang
                     sesuai :                               sesuai :
        Seperti ikan pulang ke lubuk                                  Bagai telur di hujung tanduk
FOTO 8                                FOTO 11
        Nyatakan peribahasa yang               Nyatakan peribahasa yang
                     sesuai :                               sesuai :
        Sambil menyelam minum air                                     Bagai duri dalam daging
FOTO 9                                FOTO 12
        Nyatakan peribahasa yang               Nyatakan peribahasa yang
                     sesuai :                               sesuai :
        Bagai cincin dengan permata                                   Bagai itik pulang petang
                                                                                                    9
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu
                                                                                                    PERIBAHASA
FOTO 13                               FOTO 16
         Nyatakan peribahasa yang              Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                              sesuai :
         Seperti rusa masuk kampung                                      Genggam bara api
                                                                       biar sampai jadi arang
FOTO 14                               FOTO 17
         Nyatakan peribahasa yang              Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                              sesuai :
         Nasi sudah menjadi bubur                                      Bagai bulan dipagar bintang
FOTO 15                               FOTO 18
         Nyatakan peribahasa yang              Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                              sesuai :
         Kalau hendak melentur buluh                                   Ringan tulang berat perut
             biarlah dari rebungnya
                                                                                                    10
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu
                                                                       PERIBAHASA
FOTO 19                                 FOTO 22
         Nyatakan peribahasa yang                Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                                sesuai :
         Ada udang di sebalik batu                                     Seperti lembu dicucuk hidung
FOTO 20                                 FOTO 23
         Nyatakan peribahasa yang                Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                                sesuai :
         Enggang lalu ranting patah              Burung terbang dipipiskan lada
FOTO 21                                 FOTO 24
         Nyatakan peribahasa yang                Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                                sesuai :
         Sediakan payung sebelum hujan           Bagai kaca terhempas ke batu
                                                                       11
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu
                                                                                           PERIBAHASA
FOTO 25                                     FOTO 28
         Nyatakan peribahasa yang                    Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                                    sesuai :
         Mendengar guruh di langit, air di                             Kalau tiada rotan,
               tempayan dicurahkan                                     akar pun berguna
FOTO 26                                     FOTO 29
         Nyatakan peribahasa yang                    Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                                    sesuai :
         Bagai pinang dibelah dua                     Hendak belajar berenang dapatkan itik,
                                                     hendak belajar memanjat dapatkan tupai
FOTO 27                                     FOTO 30
         Nyatakan peribahasa yang                    Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                                    sesuai :
         Bagai lidah tidak bertulang                                   Seperti air dalam dulang
                                                                                           12
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu
                                                                                                    PERIBAHASA
FOTO 31                                FOTO 34
         Nyatakan peribahasa yang               Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                               sesuai :
         Seperti kacang lupakan kulit                                  Di mana bumi dipijak,
                                                                       di situ langit dijunjung
FOTO 32                                FOTO 35
         Nyatakan peribahasa yang               Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                               sesuai :
             Ibarat telur sesangkak,                                   Ada gula ada semut
         pecah sebiji pecah semuanya
FOTO 33                                FOTO 36
         Nyatakan peribahasa yang               Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                               sesuai :
         Bagai anjing menyalak bukit                                   Belakang parang pun jikalau
                                                                           diasah nescaya tajam
                                                                                                    13
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu
                                                                                            PERIBAHASA
FOTO 37                                FOTO 40
         Nyatakan peribahasa yang               Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                               sesuai :
         Lain padang lain belalang                                     Kecil tapak tangan
                                                                       nyiru saya tadahkan
FOTO 38                                FOTO 41
         Nyatakan peribahasa yang               Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                               sesuai :
         Seperti tikus jatuh ke beras                                  Bagai tikus membaiki labu
FOTO 39                                FOTO 42
         Nyatakan peribahasa yang               Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                               sesuai :
         Bagai mencurah garam ke laut            Gajah sama gajah berjuang,
                                                pelanduk mati ditengah-tengah
                                                                                            14
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu
                                                                       PERIBAHASA
FOTO 43                                    FOTO 46
         Nyatakan peribahasa yang                   Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                                   sesuai :
         Harapkan pagar, pagar makan padi           Seperti anjing berebut tulang
FOTO 44                                    FOTO 47
         Nyatakan peribahasa yang                   Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                                   sesuai :
         Bagai cicak makan kapur                    Seperti pahat dengan penukul
FOTO 45                                    FOTO 48
         Nyatakan peribahasa yang                   Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                                   sesuai :
         Bagai dakwat dengan kertas                 Seperti pungguk rindukan bulan
                                                                       15
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu
                                                                       PERIBAHASA
FOTO 49                                       FOTO 52
         Nyatakan peribahasa yang                      Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                                      sesuai :
         Seperti kera mendapat bunga                   Seperti kumbang putus tali
FOTO 50                                       FOTO 53
         Nyatakan peribahasa yang                      Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                                      sesuai :
         Seperti mencurah air ke daun keladi           Seperti rumput di tepi jalan
FOTO 51                                       FOTO 54
         Nyatakan peribahasa yang                      Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :                                      sesuai :
         Seperti katak di bawah tempurung              Sepandai-pandai tupai melompat,
                                                           akhirnya jatuh ke tanah jua
                                                                       16
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu
                                                                       PERIBAHASA
FOTO 55                                        FOTO 58  Nyatakan peribahasa yang sesuai :
         Nyatakan peribahasa yang
                      sesuai :
         Setinggi-tinggi terbang bangau,                Ayam di kepuk mati kelaparan, itik
         hinggap di belakang kerbau juga                di air mati kehausan
FOTO 56  Nyatakan peribahasa yang sesuai :     FOTO 59  Nyatakan peribahasa yang sesuai :
         Ular menyusur akar tidak akan hilang           Bagai ayam disambar helang
                                bisanya
FOTO 57  Nyatakan peribahasa yang sesuai :     FOTO 60  Nyatakan peribahasa yang sesuai :
         Alang-alang menyeluk pekasam, biar             Bagai cendawan tumbuh selepas
         sampai ke pangkal lengan                                           hujan
                                                                       17
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu
                                                                       PERIBAHASA
FOTO 61  Nyatakan peribahasa yang sesuai :  FOTO 64  Nyatakan peribahasa yang sesuai :
         Bagai layang-layang putus tali                                Bagai murai dicabut ekor
FOTO 62  Nyatakan peribahasa yang sesuai :  FOTO 65  Nyatakan peribahasa yang sesuai :
         Bagai menatang minyak yang                  Bagaimana acuan begitulah
                          penuh                                     kuihnya
FOTO 63  Nyatakan peribahasa yang sesuai :  FOTO 66  Nyatakan peribahasa yang sesuai :
         Bagai minyak dengan air                     Baik membawa resmi padi
                                                        daripada resmi lalang
                                                                       18
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu
                                                                       PERIBAHASA
FOTO 67  Nyatakan peribahasa yang sesuai :  FOTO 70  Nyatakan peribahasa yang sesuai :
         Belum duduk sudah berlunjur                 Biar putih tulang jangan putih
                                                                        mata
FOTO 68  Nyatakan peribahasa yang sesuai :  FOTO 71  Nyatakan peribahasa yang sesuai :
         Berat mata memandang berat lagi             Harimau mati meninggalkan belang;
                        bahu memikul                  manusia mati meninggalkan nama
FOTO 69  Nyatakan peribahasa yang sesuai :  FOTO 72  Nyatakan peribahasa yang sesuai :
         Berjagung-jagung dahulu                     Kalau tidak dipecahkan ruyung
           sementara padi masak                           manakan dapat sagunya
                                                                       19
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu
                                                                       PERIBAHASA
FOTO 73  Nyatakan peribahasa yang sesuai :  FOTO 76  Nyatakan peribahasa yang sesuai :
                                                                                     CONTOH SIMPU
         Seperti api di dalam sekam                  Seperti harimau menyembunyikan
                                                                         kukunya
FOTO 74  Nyatakan peribahasa yang sesuai :  FOTO 77  Nyatakan peribahasa yang sesuai :
         Seperti aur dengan tebing                   Seperti hujan jatuh ke pasir
FOTO 75  Nyatakan peribahasa yang sesuai :  FOTO 78  Nyatakan peribahasa yang sesuai :
         Seperti embun dihujung rumput               Seperti lintah menghisap darah
                                                                       20
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu
                                                              PERIBAHASA
CONTOH PENGGUNAAN PERIBAHASA DALAM AYAT
1. Ada air adalah ikan.
Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.
Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana
ada air adalah ikan.
2. Ada gula adalah semut
Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah
ramai orang berkumpul.
Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan,
seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.
3. Air dicencang tidak akan putus
Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik
semula.
Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah
berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.
4. Air pun ada pasang surutnya
Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.
Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana
dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.
5. Air sama air, sampah ke tepi juga
Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka
berbaik semula kita akan tersisih.
Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi
apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.
6. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia
sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.
7. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Maksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.
                                                              21
DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/semkip ke mercu
                                                                                              PERIBAHASA
Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang
cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
8. Alah bisa, tegal biasa
Maksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.
Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak
kecil lagi dia telah melakukannya.
9. Alah membeli, menang memakai
Maksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu
bermutu dan tahan Iama.
Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah
membeli, menang memakai.
10. Alah sabung, menang sorak
Maksud : Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.
Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak
habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.
                                                                                              22
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         23
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         24
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         25
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         26
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         27
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         28
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         29
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         30
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         31
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         32
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         33
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         34
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         35
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         36
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         37
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         38
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         39
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         40
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         41
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         42
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         43
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         44
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         45
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         46
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         47
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                         48
DISUSUN&DISELENGGARAKAN OLEH:CIKGU MOHAZ/LATIHAN 52 PERIBAHASA BERGAMBAR/ BM /UNTUK MEN.RENDAH
                                                                                                                      49
