BAHASA MELAYU NOTA KESALAHAN KATA
DAN KESALAHAN FRASA
TINGKATAN 2
DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU MOHD HAZLI BIN CHE SEMAN@ CHE OTHMAN
SMK BUKIT PAYONG,JERTEH,TERENGGANU
1
A. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA DALAM BAHASA MELAYU
1. Pendahuluan
Kesalahan penggunaan kata dalam bahasa Melayu merupakan salah satu daripada
aspek kesalahan umum bagi kebanyakan penutur. Bentuk-bentuk kesalahan
seumpama ini sememangnya biasa digunakan oleh penutur-penutur bahasa Melayu
tetapi salah dari segi tatabahasa.
Kesalahan–kesalahan ini dapat kita tinjau dari beberapa sudut:
(a) bentuk jamak
(b) penggunaan kata sendi nama
(c) penggunaan kata gant diri
(d) etimologi
(e) kesalahan makna
(f) hukum D-M
2. Kesalahan Menggunakan Kata dalam Bentuk Jamak
Dalam bahasa Melayu, sering terdapat kesalahan penggunaan kata yang sudah
mendukung pengertian jamak.
Contoh :
* mereka-mereka yang berkenaan sudah pun dijemput
Kata mereka sudah membawa maksud jamak. Oleh itu, kata tersebut pada
kebanyakan kes tidak perlu diulang untuk menunjukkan bentuk jamak.
Mereka yang berkenaan sudah pun dijemput.
Kesalahan penggunaan kata yang sudah menunjukkan maksud jamak juga dapat
dikaitkan dengan penggunaan kata bilangan.
Contoh :
*dua buah buku-buku
*semua pelajar-pelajar
Kata bilangan dua dan semua sudah menerangkan maksud bilangan. Oleh sebab
itu, buku dan pelajar tidak perlu diulang lagi untuk memberikan pengertian jamak,
misalnya;
dua buah buku....
semua pelajar....
Kesalahan penggunaan kata ini juga dapat dikesan dalam ayat yang mempunyai kata
nama yang diulang untuk membawa pengertian jamak yang hadir bersama-sama
dengan pengulangan adjektif dalam konstituen predikat.
Contoh :
*buku-buku di mejanya tebal-tebal
2
Buku tidak perlu diulang untuk membawa pengertian jamak kerana dengan
mengulang adjektif tebal menjadi tebal-tebal itu sudah tergambar maksud jamak
walaupun kata buku tidak diulang.
Buku di mejanya tebal-tebal.
3. Kesalahan Menggunakan Kata Sendi Nama
Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi bertugas untuk
menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam ayat.
Contoh kata sendi ialah akan, antara, dalam, dari, daripada, demi, dengan, di, sampai,
ke kepada, oleh, pada, sejak, seperti.
Pemilihan kata sendi nama juga sering kali menimbulkan kekeliruan. Kesalahan dalam
penggunaan kata sendi nama ini dapat dikesan dalam contoh-contoh yang
menggunakan kata sendi nama dari, daripada, di, pada, kepada dan ke.Kata sendi
nama ialah kata tugas yang mendahuli kata nama.
Kata sendi nama dari digunakan untuk merujuk tempat, masa dan arah (temarah).
Manakala kata sendi nama daripada digunakan untuk perkara-perkara yang lebih
umum seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan sebagainya.
Contoh :
*Rombongan itu datang daripada Kuala Kangsar.
Seharusnya :
Rombongan itu datang dari Kuala Kangsar.
Kata sendi nama di yang digunakan untuk tempat sering dikelirukan pula dengan kata
sendi nama pada yang digunakan untuk masa, orang, binatang dan benda abstrak.
Contoh-contoh kesalahan penggunaan kata di dan pada dapat diperhatikan dalam
ayat-ayat berikut:
Contoh :
Salah Betul
*di zaman ini pada zaman ini
*di hari ini pada hari ini
*di masa itu pada masa itu
Kata sendi nama ke pula sering dikelirukan penggunaannya dengan kata sendi
nama kepada. Ke digunakan untuk tempat dan benda konkrit yang tidak bernyawa
sementara kepada digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak kecuali kata
yang menunjukkan masa.
Contoh :
Salah Betul
*kepada Sabah ke Sabah
*ke Aminah kepada Aminah
3
Penggunaan kata sendi nama ini juga selalu diabaikan apabila predikat diluaskan
dengan menambahkan keterangan. Hal ini berlaku dalam ayat yang predikatnya
mengandungi kata kerja tak transitif (intransitif) atau adjektif. Contoh-contoh
kesalahan dan pembetulannya adalah seperti berikut:
Contoh :
Salah Betul
*balik kampung balik ke kampung
*pergi kedai pergi ke kedai
4. Kesalahan Menggunakan Kata Ganti Diri
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang. Kata
ganti diri terbahagi kepada tiga, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri
orang ketiga.
Contoh :
(a) kata ganti diri orang pertama: saya, aku, beta, daku, patik, kami, kita, dan hamba.
(b) Kata ganti diri orang kedua : anda, engkau, awak, kamu, kalian, tuanku, dan dikau.
(c) Kata ganti diri orang ketiga : ia, dia, mereka, baginda, beliau, dan -nya.
Kesalahan menggunakan kata ganti diri yang selalu berlaku ialah berhubung dengan
penggunaan kata ganti diri ketiga. Penggunaan kata beliau sebenarnya khusus untuk
orang yang dihormati, tetapi selalu digunakan dengan sewenang-wenangnya dan
disamakan dengan kata ganti diri ia atau dia.
Contoh :
{*Tan Seri Sani / Datuk / }telah bersetuju dengan agenda tersebut.
{ Tuan Pengarah } [Ia / Dia ] akan hadir dalam mesyuarat itu kelak.
{*Tan Seri Sani / Datuk / }telah bersetuju dengan agenda tersebut.
{ Tuan Pengarah } Beliau akan hadir dalam mesyuarat itu kelak.
5. Kesalahan Etimologi
Kesalahan berkenaan dengan etimologi (mengkaji asal usul dan perkembangan
sesuatu bahasa) dapat dilihat melalui dua aspek. Aspek yang pertama ialah
kesalahan bentuk kata dan yang kedua ialah kesalahan makna. Kesalahan
dalam bentuk kata ini meliputi ejaan dan seterusnya akan mempengaruhi
sebutannya.
Contoh-contoh kesalahan yang dapat dikesan dalam bahan-bahan bertulis adalah
seperti yang berikut:
Salah Betul
*ugama, igama agama
*istirehat istirahat
*kapan kafan
4
(*kapan bermaksud bila; yang dimaksudkan di sini ialah kain kapas
yang digunakan untuk membungkus mayat)
6. Kesalahan Makna
Kesalahan berlaku disebabkan tradisi merujuk kamus tidak begitu ketara dalam
kalangan masyarakat kita dan penggunaan sesuatu kata itu hanya mengikut
kebiasaan. Contoh-contoh kesalahan adalah seperti yang berikut:
#apa dan siapa
Kata tanya apa digunakan untuk menanyakan benda dan binatang telah
digunakan untuk menanyakan nama orang.
Salah Betul
*Apakah nama awak? Siapakah nama awak?
*Nama awak, apa? Nama awak, siapa? atau
Siapa nama awak?
# bila dan apabila
Bila merupakan kata tanya sedangkan apabila ialah kata hubung pembentuk
klausa.
Kesalahan yang sering berlaku ialah penggunaan bila sebagai kata
penghubung.
Contoh :
Salah Betul
*Kamu boleh pergi bila dia pulang! Kamu boleh pergi apabila dia pulang!
# banyak dan ramai
Makna kedua-dua kata ini sering menimbulkan kekeliruan. Banyak orang
menganggap bahawa banyak adalah khas untuk binatang dan benda, sementara
ramai khas untuk manusia.Sebenarnya kata banyak juga boleh digunakan
untuk manusia. Binatang dan benda. Kata ramai pula boleh menunjukkan suasana
tempat.
Contoh :
(i) Banyak lembu yang mati kerana terkena penyakit kuku.
(ii) Kerusi lama telah banyak yang rosak dan kini sebahagiannya telah
digantikan dengan kerusi yang baru.
(iii) Ramai orang berduyun-duyun ke pesta pantai.
(iv) Banyak orang berpendapat amalan menabung merupakan tabiat yang
positif.
5
# golongan dan gulungan
Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza. Kata golongan yang
bererti ‘kalangan’ atau ’kelompok’ sering dikelirukan dengan gulungan yang bererti
suatu benda atau barang yang bergulung seperti tikar dan kertas.
Contoh :
(i) Dalam sistem demokrasi {golongan} pembangkang merupakan saingan{gulungan} pihak
kerajaan.
(ii) {Gulungan} kertas itu kurang rapi.
{Golongan}
# guna dan pakai
Guna - melakukan sesuatu dengan ....
Pakai - mengenakan pakaian, kasut, barang perhiasan dan sebagainya
Contoh :
(i) {*Pakai} pisau yang tajam untuk membelah ikan itu.
{Gunakan}
(ii) Mereka telah menjolok jambu itu dengan {menggunakan)
{memakai} pengait.
(iii) Jangan {pakai} kasut apabila masuk ke dalam masjid.{guna}
#pedalaman dan pendalaman
Erti pedalaman iaitu kawasan atau daerah yang jauh terpencil sering dikelirukan
dengan kata pendalaman yang bererti perihal mendalamkan, tindakan (proses, dll),
mendalamkan (KD, 2005 :307).
Contoh :
(i) Saya pernah menjadi guru di {pedalaman} selama tiga tah
{pendalaman}
(ii) Padi huma banyak ditanam di kawasan {pedalaman}.
{pendalaman}.
pendapat dan pendapatan
Pendapat - buah fikiran atau pandangan
Pendapatan - jumlah wang yang diperoleh dalam jangka waktu tertentu (KD, 2005
:313).
Contoh :
(i) Pendapat yang dikemukakan oleh pembahas itu sangat bernas.
(ii) Pendapatannya cukup untuk dia menyekolahkan lima orang anaknya.
6
7. Hukum D – M (diterangkan – menerangkan)
Kesalahan penggunaan kata dalam bahasa Melayu juga dapat dilihat dari sudut
Hukum D-M. Hukum ini merupakan satu sifat susunan kata dalam bahasa Melayu
yang berbeza dengan bahasa Inggeris. Dalam Hukum D-M, D melambangkan ’yang
diterangkan’ (head) manakala D melambangkan ’yang menerangkan’ (modifier).
Dalam bahasa Inggeris, penerang mendahului kata utamanya (inti) sementara hal
yang sebaliknya berlaku dalam bahasa Melayu. Kesalahan yang dapat dikesan ialah
susunan kata bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh susunan kata dalam bahasa
Inggeris.
Contoh :
Salah Betul
Adam Klinik Klinik Adam
Hana Restoran Restoran Hana
Cili Sos Sos Cili
Lain-lain Hal Hal-hal Lain
Besut Kedai Pajak Gadai Kedai Pajak Gadai Besut
Goreng pisang Pisang goreng
Lain faktor Faktor lain
B KESALAHAN DARI SEGI FRASA
1.Kesalahan Umum Frasa Nama
a. Kesalahan hukum D-M
- Hukum D-M ialah hukum tentang cara kata-kata disusun supaya frasa nama
dapat dibentuk.
- D bermaksud unsur/perkara yang diterangkan atau subjek ayat.
- M bermaksud unnsur/perkara yang menerangkan atau predikat ayat
- Suatu frasa nama unsur D mestilah mendahului M kecuali nama-nama
jawatan.
Ah Seng restoran terletak di persimpangan Jalan Melati
Restoran Ah Seng terletak di persimpangan Jalan Melati
b. Kesalahan dari segi bentuk jamak;
- Kata nama/frasa nama tidak boleh mengikut kata bilangan yang membawa
7
maksud banyak.Contoh:-
Beberapa masalah-masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera
Beberapa masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera
- Kata nama/frasa nama tidak perlu digandakan menjadi penggandaan
berentak/kata nama ganda berentak yang membawa maksud jamak tidak
boleh hadir selepas kata bilangan tak tentu.Contoh:-
Di daerah ini banyak bukit-bukau
Di daerah ini banyak bukit.
- Kata nama am/frasa nama am yang mendukung maksud jamak tidak perlu
diulang.Contoh:-
Generasi-generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya
Generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya
- Kata nama/frasa nama yang didahului oleh kata bilangan yang membawa
makna/kumpulan tidak perlu diulang atau digandakan.Contoh:-
Kaum petani-petani itu sedang mengerjakan tanah
Kaum petani itu sedang mengerjakan tanah
- Kata nama majmuk yang membawa maksud jamak tidak perlu diulang sama
ada sebahagian atau keseluruhannya.Contoh:-
Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim-alim ulama
Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim ulama
- Kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka tidak boleh diulang kerana sudah
membawa maksud jamak.Contoh:-
Mereka-mereka itu ialah kawan saya
Mereka itu ialah kawan saya
8
- Kata nama di bahagian subjek tidak perlu diulang jika unsur predikatnya
terbina daripada kata adjektif yang digandakan atau sebaliknya.Contoh:-
Baju-baju itu cantik-cantik belaka
Baju-baju itu cantik belaka
Baju itu cantik-cantik belaka
2.Kesalahan Frasa Adjektif Yang Terbina Daripada Kata
Adjektif Dasar
a. Kata adjektif yang bersifat emotif (pernyataan perasaan) tidak boleh menerima
akhiran -an.Contoh:-
Adam masih sayangkan isterinya
Adam masih sayang akan isterinya
b. Frasa adjektif yang hendak diperluaskan tidak boleh melenyapkan kata sendi
antara frasa adjektif yang bersifat emotif dengan frasa nama.Contoh:-
Saya amat minat seniman agung P. Ramlee
Saya amat minat akan seniman agung P. Ramlee
c. Dua unsur penguat tidak boleh hadir di depan atau di belakang kata adjektif
serentak.Contoh:-
Amat miskin benar kehidupan kami sekarang
Miskin benar kehidupan kami sekarang
d. Walau bagaimanapun, dua unsur penguat yang tertentu boleh hadir
berderetan sebelum kata adjektif.Contoh:-
Makanan itu amat lazat sungguh
Makanan itu sungguh amat lazat
e. Kata penguat maha merupakan awalan pinjaman bahasa Sanskrit yang
membawa maksud amat atau sangat. Kata penguat maha tidak boleh
9
berfungsi seperti mana amat atau sangat yang boleh hadir sebelum
atau sesudah kata adjektif. Sebaliknya kata penguat maha hanya boleh hadir
sebelum kata adjektif dan ditulis berasingan dengan kata adjektif tidak seperti
mana fungsinya sebagai imbuhan awalan pinjaman yang ditulis secara
bercantum dengan kata dasar.Contoh:-
Mahaluas bumi ciptaan Tuhan ini
Maha luas bumi ciptaan Tuhan ini
f. Kata nafi bukan tidak boleh mendahului kata adjektif melainkan frasa adjektif
tersebut mengandungi dua maklumat yang bertentangan. Contoh:-
Siti bukan pendek
Siti tidak pendek
g. Kata kuat kurang tidak boleh digunakan untuk menegaskan kata adjektif
yang mempunyai ciri negatif.Contoh:-
Keadaannya kurang teruk sejak semalam
Keadaannya kurang baik sejak semalam
3. Kesalahan Frasa Adjektif Yang Terbina Daripada Kata Adjektif
Terbitan
a. Kata adjektif yang berawalan teR- yang mendokong maksud kata penguat
tidak boleh hadir secara langsung sebagai predikat kepada subjek ayat (Frasa
Nama). Kata adjektif tersebut perlulah diawali oleh partikel –lah atau kata sandang
yang pada frasa namanya.Contoh:-
Dia terpandai di dalam kelasnya
Dialah yang terpandai di dalam kelasnya
Dialah terpandai di dalam kelasnya
Dia yang terpandai di dalam kelasnya
10
Dia paling pandai di dalam kelasnya
Dia amat pandai di dalam kelasnya
Dia sungguh pandai di dalam kelasnya
b. Kata adjektif yang berawalan teR- yang bermaksud paling tidak perlu
ditegaskan lagi dengan kata penguat.Contoh:-
Dialah pelajar yang mendapat tempat terakhir sekali di dalam kelasnya
Dialah pelajar yang mendapat tempat terakhir di dalam kelasnya
c. Tetapi terdapat juga kata adjektif yang berawalan teR- yang boleh didahului oleh
kata penguat paling. Kata adjektif itu dikenali sebagai kata adjektif yang membawa
maksud darjah biasa.Contoh:-
Beliau tokoh yang paling terkenal di kawasan itu
Beliau tokoh yang terkenal di kawasan itu.
d. Kata adjektif yang berawalan se- yang membawa maksud sama dengan tidak
perlu diikut oleh kata sendi nama dengan selepasnya.Contoh:-
Kehebatannya setanding dengan pemain import itu
Kehebatannya setanding pemain import itu
Kehebatannya sama tanding dengan pemain import itu
e. Kata adjektif berapitan ke-…-an yang membawa maksud memiliki sifat
seperti tidak perlu lagi diikuti oleh kata sendi nama seperti sebelumnya.Contoh:-
Perangainya seperti keanak-anakan sahaja
Perangainya seperti anak-anak sahaja
11
f. Kata adjektif yang berapitan ke-…-an yang membawa maksud seakan- akan/agak
tidak perlu lagi diikuti oleh kata sendi nama seperti sebelumnya.Contoh:-
Warna kainnya agak kekuning-kuningan
Warna kainnya kekuning-kuningan
Warna kainnya agak kuning-kuningan
g. Kata ganda berirama yang mendukung maksud sangat/paling untuk sesuatu
kata adjektif, tidak perlu lagi disertai kata penguat sebelumnya.Contoh:-
Majlis kenduri itu sangat hiruk-pikuk dengan suara saudara-mara
Majlis kenduri itu hiruk-pikuk dengan suara saudara-mara
4. Kesalahan Umum Ayat Majmuk Gabungan
a. Kata hubung seperti lalu, dan, lagi, serta, dan sambil berfungsi menggabungkan
ayat-ayat tunggal yang susunannya berurutan. Manakala kata hubung
seperti sebaliknya, tetapi, kecuali, dan malahan berfungsi menggabungkan ayat-ayat
tunggal yang susunannya membawa maksud pertentangan dua maklumat.Contoh:-
Fatimah diam dan bijak berpidato
Ftimahh diam tetapi bijak berpidato
b. Kata sendi dengan tidak boleh disamakan fungsinya dengan kata hubung
sambil atau serta.Contoh:-
Ahmad berbaring dengan membaca majalah itu
Ahmad berbaring sambil membaca majalah itu
c. Jika predikat dalam ayat tunggal terbina daripada frasa sendu nama, maka
kata sendi yang menjadi kata inti frasa tersebut tidak boleh digugurkan.Contoh:-
Alisa ke sekolah atau tempat lain
Alisa ke sekolah atau ke tempat lain.
12
d. Kata nafi bukan hanya boleh berpasangan dengan kata hubung yang
membawa maksud pertentangan.Contoh:-
Bukan dia yang melakukannya malahan dia dituduh
Bukan dia yang melakukannya tetapi dia dituduh
e. Kata hubung sama ada hanya boleh berpasangan dengan kata hubung
atau dalam ayat majmuk gabungan.Contoh:-
Sama ada itu kepunyaannya dan adiknya, saya kurang pasti
Sama ada itu kepunyaannya atau adiknya, saya kurang pasti
5. Kesalahan Umum Ayat Majmuk Pancangan
a. Kesalahan menggunakan kata hubung pancangan seperti bahawa,
agar, kerana, dan sebagainya.Contoh:-
Dia menyatakan yang dia datang lambat hari ini
Dia mengatakan bahawa dia datang lambat hari ini
b. Menggunakan kata hubung pancangan secara sewenang-wenangnya
dalam ayat.Contoh:-
Dia yakin dia akan berjaya
Dia yakin bahawa dia akan berjaya
c. Kehadiran kata hubung pancangan yang tidak tepat kedudukannya dalam
ayat, menjadikan struktur ayat tersebut salah.Contoh:-
Basikal itu yang berwarna merah terbiar di tepi jalan
Basikal yang berwarna merah itu terbiar di tepi jalan
13
Kesalahan Umum Frasa Kerja Transitif Aktif
a. Kata lain tidak boleh hadir selepas kata kerja transitif aktif kecuali kata/
frasa nama.Contoh:-
Dia menasihati akan rakan-rakannya
Dia menasihati rakan-rakannya
b. Kata hubung klain atau kata hubung sandang yang tidak boleh hadir kecuali kata
hubung komplemen bahawa selepas kata kerja pembentuk ayat majmuk pancangan
komplemen.Contoh:-
Mereka mengatakan yang Alisa kemalangan semalam
Mereka mengatakan bahawa Alisa kemalangan semalam
c. Frasa kerja transitif aktif tidak menerima kata nafi bukan sebagai
penerang kepada frasa kerja tersebut.Contoh:-
Dia bukan menonton filem tadi
Dia tidak menonton filem tadi
d. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh hadir sebagai penerang
frasa kerja transitif aktif jika terdapat maklumat yang bertentangan.Contoh:-
Dia bukan membaca buku ataupun menulis nota
Dia bukan membaca buku tetapi menulis nota
6. Kesalahan Umum Frasa Kerja Tak Transitif Aktif
a. Kata kerja tak transitif aktif berapitan beR-…-kan tidak boleh disisipkan
kata lain selepas kata nama/frasa nama selepasnya.Contoh:-
Penahanannya berdasarkan pada bukti yang kukuh
Penahanannya berdasarkan bukti yang kukuh
14
b. Kata kerja tak transitif aktif selain kata kerja berapitan beR-…-kan atau
kata kerja menjadi mesti disisipkan dengan kata sendi apabila hendak meluaskan
frasa tersebut ataupun menerima kata adjektif selepasnya.Contoh:-
Ismail bermain-main adiknya
Ismail bermain-main dengan adiknya
c. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebagai penerang
frasa kerja tak transitif jika terdapat maklumat yang bertentangan.Contoh:-
Mereka bukan bersedih ataupun bergembira
Mereka bukan bersedih tetapi bergembira
7. Kesalahan Umum Frasa Kerja Pasif Diri Pertama dan Kedua
a. Memasukkan kata lain antara kata ganti nama diri dengan kata kerja
pasif.Contoh:-
Saya hendak meminjamkan buku ini kepada Tong Seng
Buku ini saya hendak pinjamkan kepada Tong Seng
Buku ini hendak saya pinjamkan kepada Tong Seng
c. Frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh menerima awalan di- atau ter-
dan oleh.Contoh:-
Jam itu dirosakkan oleh saya
Jam itu saya rosakkan
d. Kata nafi bukan tidak boleh digunakan dalam binaan frasa kerja pasif
diri pertama dan kedua.Contoh:-
Kerosakan itu bukan saya lakukan
Kerosakan itu tidak saya lakukan
15
e. Kata nafi bukan hanya boleh digunakan apabila terdapat dua maklumat
yang bertentangan.Contoh:-
Hadiah itu bukan saya belikan malahan dia
Hadiah itu bukan saya belikan tetapi dia.
f. Kata sandang nya tidak boleh hadir selepas kata kerja pasif
diri pertama/kedua.Contoh:-
Pembaris itu telah saya pulangkannya semalam
Pembaris itu telah saya pulangkan semalam.
g. Kata kerja pasif diri ketiga boleh diikuti kata sendi oleh secara pilihan.Contohnya:-
Kumari membeli buah-buahan di pasar
Buah-buahan dibeli oleh Kumari di pasar
Buah-buahan dibeli Kumari di pasar
-NOTA TAMAT-