BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
1
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
BAHAGIAN C KERTAS 1 BM 02/01: PEMINDAHAN MAKLUMAT (15 markah)
Terdiri daripada 3 kategori iaitu:-
Kategori Jenis Bahan Mempelajar Kriteria Perenggan
i kemahiran
Ulasan bahan grafik seperti Kenal pasti i) Tidak ditetapkan jumlah Dicadangkan
(80-100 jadual,iklan,gambar, isi tersurat isi tersurat dan isi tersirat pelajar tulis 1
patah poster,brosur,peta, dan isi tetapi mesti ada ada idea perenggan
perkataan) carta.ilustrasi tersirat isi tersurat dan tersirat
kartun,peta i-think, yang relevan dengan
dan sebagainya bahan
Ringkasan petikan Kenal pasti i)ringkasan diberi kata Dicadangkan
(80-100 isi penting kunci dalam arahan soalan pelajar tulis 1
patah dalam lagi. perenggan
perkataan) petikan ii)Bilangan isi ialah 5
berdasarkan
kata kunci
soalan
Rumusan Petikan Kenal pasti Bilangan isi -Dicadangkan
(tidak idea utama, i) idea utama -1 pelajar tulis
melebihi idea ii) idea sokongan -6 1perenggan.
100 patah sokongan iii) Kesimpulan – 1
perkataan) dan iv)rumusan kata kunci -Namun tidak
kesimpulan tidak diberi dalam arahan menjadi
soalan,pelajar kena baca kesalahan
keseluruhan petikan untuk menulis
kemudian kenal pasti kata 3 perenggan
kunci/idea utamanya
2
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Panduan Menjawab Ulasan:
1. Karangan ulasan tiada pendahuluan dan penutup
2. Ulasan yang kurang daripada 80 patah perkataan (kurang matang/jika bahasa baik)-
maksimum 12 markah
3. Ulasan yang lebih 100 patah perkataan,pelajar hanya mendapat maksimum 13 markah
(dikenakan penalti kerana tidak mematuhi arahan soalan )
4. Pelajar dikehendaki memberikan isi tersurat dan isi tersirat.
5. Calon dicadangkan menjawab dalam satu perenggan.
6. Jawapan mesti mengandungi item yang berikut:
a) Pernyataan tema bahan rangsangan
b) Isi yang tersurat dan impak daripada isi tersebut (isi tersirat)
Bagaimana hendak memulakan penulisan ulasan?
1.Pelajar seringkali memikirkan cara untuk menulis karangan ini.Tambahan pula karangan
ini tidak memerlukan pendahuluan dan penutup.
2. Lihat contoh arahan soalan PT3 2014, 2015 dan 2017 di bawah:
Lihat iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut, tulis
ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. (PT3 2014)
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut,
tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. (PT3 2015)
Lihat brosur di bawah dengan teliti, kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan. (PT3 2017)
3. Pelajar boleh memulakan ayat dengan menulis seperti berikut:
*Iklan/brosur tersebut menunjukkan.../Iklan/brosur tersebut membincang tentang…
Rajah/Carta tersebut menunjukkan.../ Rajah/carta tersebut membincang tentang…
3
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Contoh soalan ulasan
S3
* Untuk memulakan tema bahan rangsangan yang menggunakan iklan atau poster pelajar boleh
memulakan ayat dengan mengambil tajuk iklan/poster, tarikh dan tempat sebagai permulaan
ayat. Contoh:
Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) peringkat kebangsaan akan diadakan pada
27 Oktober 2013 yang bertempat di perkarangan tempat letak kereta,Presint 4,Putra Jaya.
4
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Kaedah/Teknik Pengolahan Menulis Isi Ulasan
Teknik Satu- Teknik Penyoalan (5w dan 1h)
1.Teknik penyoalan menggunakan apa (what),mengapa(why),siapa(who),bila(when), di
mana(where) dan bagaimana (how)
2. Penyoalan yang hendak ditulis tidak melibatkan semua pertanyaan 5w 1h. Hal ini
dikatakan demikian kerana pertanyaan yang hendak dibuat itu bergantung kepada bentuk
soalan dan tema bahan rangsangan.
3. Antara teknik penyolan yang boleh digunakan seperti:
i) Teknik penyoalan apa? (tersurat) dan mengapa? (tersirat)-umum/sesuai untuk semua
tema bahan rangsangan
ii) Teknik penyoalan bagaimana ? ( tersurat) dan mengapa ?& kesan/contoh (tersirat)-
sesuai untuk gambar , iklan, poster dan ilustrasi kartun
iii) Teknik penyoalan siapa + apa /bila+apa? (tersurat) dan mengapa + di
mana/mengapa+kesan /mengapa/kesan/contoh (tersirat)- sesuai untuk carta dan jadual
Teknik satu-Instrumen contoh 1: Teknik penyoalan apa? (tersurat) dan mengapa? (tersirat)
Tema Bahan Rangsangan : PIRAMID MAKANAN
ISI TERSURAT (APA?) ISI TERSIRAT (MENGAPA?)
(IMPAK DARIPADA ISI TERSIRAT)
(DIPAPARKAN DALAM BAHAN) Makanan ini membekalkan tenaga
Nasi, mi, roti, bijirin lain dan produk Makanan ini membantu sistem
penghadaman
bijirin dan ubi Makanan ini sumber protein
8 – 12 hidangan
Makanan ini boleh menyebabkan obesiti
Buah-buahan dan sayuran
Minimum 3 – 5 hidangan Makanan ini boleh memudaratkan
kesihatan
Ikan, ayam, itik, daging dan kekacang
2 – 3 hidangan
Susu dan produk tenusu
1 – 2 hidangan
Lemak, minyak, gula dan garam
Guna sedikit
5
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Teknik Satu- Instrumen contoh 2: Teknik penyoalan bagaimana ? ( tersurat) dan mengapa ? serta
kesan/contoh (tersirat)
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis
ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN KAWASAN PERUMAHAN
Contoh rangka jawapan ulasan dengan menggunakan teknik ini:
Cara-cara menjaga kebersihan kawasan perumahan-pernyataan tema( isi tersurat)
(bagaimana caranya? )adalah dengan membuang sampah ke dalam tong sampah( isi tersurat)...
Mengapa? Untuk mengelakkan nyamuk, lalat, tikus dan lipas daripada membiak...kesan/contoh-
dapat mengelakkan penyakit berbahaya seperti demam denggi, keracunan makanan dan kencing
tikus. (isi tersirat)
*isi tersirat bagi kesan itu harus difikirkan-yang ada kaitan atau sebab dengan isi tersurat buang
sampah ke dalam tong sampah.
6
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Teknik Satu-Instrumen contoh 3: Teknik penyoalan siapa + apa /bila+apa? (tersurat) dan
mengapa + di mana/mengapa+kesan /mengapa/kesan/contoh (tersirat)
8. Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
(SOALAN PT3 2015)
JUMLAH KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA
DARI TAHUN 2010 HINGGA 2012
7
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Jawapan lengkap instrumen Contoh 3:
Rajah tersebut menunjukkan jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia dari tahun 2010 hingga tahun
2012. Kemalangan kereta adalah lebih banyak daripada kemalangan motosikal pada ketiga-tiga tahun ini
(bila+apa?). Pada ketiga-tiga tahun ini, kemalangan termasuklah kereta dan motosikal pada tahun 2012
adalah tertinggi berbanding dengan tahun 2010 dan 2011 (bila+apa?). Selain itu, kemalangan motosikal
pada tahun 2012 adalah lebih tinggi daripada tahun 2010 dan 2011(bila+apa?). Kemalangan ini berlaku
kerana beberapa sebab seperti tidak mematuhi peraturan jalan raya, kurang berhati-hati dan sebagainya
(mengapa?). Oleh itu, pengguna jalan raya mesti mematuhi peraturan di jalan raya dan sentiasa berhati-
hati dan mengelakkan menggunakan telefon bimbit semasa memandu kereta bagi mengelakkan
kemalangan berlaku.(kesan/contoh)
Teknik Dua: 7 Ayat
Ayat 1: Pernyataan tema
Ayat 2: Isi (Tersurat) + Huraian (Tersirat) + Contoh (Jika sesuai)
Ayat 3: Penanda Wacana + Isi (Tersurat) + Huraian (Tersirat) + Contoh (Jika sesuai)
Ayat 4: Penanda Wacana + Isi (Tersurat) + Huraian (Tersirat) + Contoh (Jika sesuai)
Ayat 5: Penanda Wacana + Isi (Tersurat) + Huraian (Tersirat) + Contoh (Jika sesuai)
Ayat 6: Penanda Wacana + Isi (Tersurat) + Huraian (Tersirat) + Contoh (Jika sesuai)
Ayat 7: Penegasan
Contoh Ulasan teknik dua:7 ayat
Piramid makanan merupakan panduan pemakanan untuk kesihatan(ayat 1) .Nasi, mi, roti,
bijirin dan ubi boleh diambil 8 – 12 hidangan kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada
manusia(ayat 2). Selain itu, kita digalakkan supaya mengambil hidangan buah-buahan dan sayur-
sayuran secara minimum 3 – 5 hidangan untuk membantu sistem penghadaman( ayat 3 ). Di
samping itu, kita disyorkan supaya makan ikan, ayam, itik, daging dan kekacang kerana
makanan tersebut kaya dengan protein(ayat 4). Seterusnya, pengambilan susu dan produk tenusu
mestilah dikurangkan untuk mengelakkan risiko obesiti(ayat 5). Akhir sekali, lemak minyak,
gula dan garam mestilah digunakan sedikit sahaja bagi mengelakkan penyakit(ayat 6). Tegasnya,
kita digalakkan mematuhi piramid makanan agar kesihatan lebih terjamin (ayat 7).
(99 patah perkataan)
8
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Teknik Tiga: Teknik 2-2-2-2-1
2- Dua ayat yang mengaitkan tajuk dan tema (isi tersirat)
2- satu ayat topik (isi tersurat/SU) + satu ayat huraian (isi tersirat/SI)
2-satu ayat topik (isi tersurat) + satu ayat huraian (isi tersirat)
2-satu ayat topik (isi tersurat) + satu ayat huraian (isi tersirat)
1- satu ayat kesimpulan/penegasan ( isi tersirat )
Instrumen contoh teknik tiga:Teknik 2-2-2-2-1
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis
ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Rangka ulasan
2- Dua ayat yang mengaitkan tajuk dan tema (isi tersirat)
Ayat 1 :Aktiviti kokurikulum penting untuk semua pelajar.(tajuk-difikirkan berdasarkan andaian
apabila melihat dan memahami gambar tersebut)
Ayat 2 : Para pelajar diwajibkan untuk aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.(tema-
membawa kepada isi tersirat atau tersurat yang hendak dibincangkan )
9
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
2- satu ayat topik (isi tersurat) + satu ayat huraian (isi tersirat)
Ayat topik: Antara aktivitinya termasuklah bermain bola sepak.(isi tersurat)
Ayat huraian: Fizikal para pelajar akan menjadi sihat kerana aktiviti fizikal ini dapat membakar
kalori dalam badan/mengeluarkan peluh. (isi tersirat )
2- satu ayat topik (isi tersurat) + satu ayat huraian (isi tersirat)
Ayat topik: Selain itu, para pelajar juga boleh menyertai aktiviti kawad kaki.( SU )
Ayat huraian: Aktiviti ini mampu melatih para pelajar berdisiplin dan memupuk sikap
kepemimpinan.( SI )
2- satu ayat topik (isi tersurat) + satu ayat huraian (isi tersirat)
Ayat topik: Di samping itu, persembahan teater juga boleh disertai oleh para pelajar. ( SU ) ISI 3
Ayat huraian: Kegiatan ini dapat menyemai nilai keberanian dalam diri. ( SI )
ATAU (PILIHAN ISI 3 @ ISI 4/AKTIVITI MEMADA1 3 ISI- *bergantung kepada jumlah perkataan)
2- satu ayat topik (isi tersurat) + satu ayat huraian (isi tersirat)
Ayat topik: Seterusnya, aktiviti kokurikulum yang lain termasuklah para pelajar boleh ISI 4
menyertai perkhemahan. ( SU )
Ayat huraian: Perkhemahan dapat melatih pelajar berdikari dan bekerjasama. ( SI )
1- satu ayat kesimpulan/penegasan ( isi tersirat )
Konklusinya, aktiviti kokurikulum sangat bermanfaat untuk para pelajar.( S1 )
*Jika tidak cukup jumlah perkataan dan 4 isi digunakan maka teknik tersebut akan menjadi 2-2-2-2-2-1
10
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Teknik Empat: Teknik SuASiM
(*teknik ini merupakan teknik yang dibuat oleh penulis dalam kajian tindakan tahun 2018 dan
dibentangkan dalam seminar di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan serta telah dijadikan
bahan dalam Modul Intervensi JPNT)
Teknik SuA (tersurat) dan SiM (tersirat)-umum/sesuai untuk semua tema bahan rangsangan.
Teknik SuA bermaksud Su=surat, A=Apa? manakala SiM pula bermaksud Si=sirat,
M=Mengapa?
Contoh Penggunaan Teknik SuA dan SiM
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan.
AKTIVITI PADA CUTI PERSEKOLAHAN
Membersihkan kawasan rumah Melancong bersama keluarga
Berkunjung ke perpustakaan Mengulang kaji pelajaran
11
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
SuA (apa yang diperoleh SiM (Mengapa/impak/kesan isi tersurat)
daripada bahan rangsangan? )
1.Dapat merapatkan hubungan kekeluargaan
1. Membersihkan kawasan rumah apabila melakukan kerja bersama-sama seperti
bersama keluarga membersih kawasan rumah,membasuh
pinggan mangkuk dan aktiviti-aktiviti lain
2.Melancong bersama keluarga 2.Dapat menambah pengetahuan baharu dan
menghayati sendiri sejarah lampau apabila
melawat ke tempat-tempat bersejarah
3. Berkunjung ke perpustakaan 3.Dapat menimba ilmu pengetahuan apabila
4.Mengulang kaji pelajaran banyak membaca
4. Apabila kita mengulang kaji pelajaran
ialah kita lebih bersedia belajar apabila
bermula sesi persekolahan yang baru
12
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Latihan 1 Ulasan:Soalan 3.( Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai )
Lihat jadual di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam jadual tersebut, tulis
ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Kes Jenayah di Sekolah Menengah Kebangsaan 123
(2017-2021)
KESALAHAN 2017 2018 2019 2020 2021
Mencuri 50 48 28 30 15
Buli 1--- 1
Bertumbuk 128 130 48 13 10
Peras ugut - 50 70 90 100
Pecah sekolah - 12- -
Merokok 50 48 30 10 5
Dadah 5 711 -
Jumlah 234 284 179 144 131
Jadual menunjukkan kes jenayah di Sekolah Menengah Kebangsaan 123 pada tahun 2017
sehingga 2021.(1. Isi______) Kes jenayah yang paling banyak berlaku pada tahun 2018 ialah sebanyak
284 manakala kes jenayah paling kurang berlaku pada tahun 2021 ialah sebanyak 131.(2.isi
________)Selain itu, pada tahun 2018 menunjukkan kesalahan bertumbuk adalah paling tinggi iaitu 130
kes.(3.isi__________) Namun begitu, kes jenayah semakin berkurangan pada tahun 2021 berikutan
langkah pihak sekolah mengambil tindakan tegas terhadap para pelajar yang melakukan kesalahan seperti
merotan, menggantung persekolahan dan buang sekolah.( 4.isi ________) Di samping itu, peranan agensi
Anti Dadah Kebangsaan yang mengadakan pemeriksaan air kencing kepada pelajar yang disyaki
mengambil dadah membolehkan kes dadah berjaya diatasi.(5. isi _______)
(95 patah perkataan)
13
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Latihan 2 Ulasan:soalan 3.( Senaraikan isi tersurat dan isi tersirat)
Sila lihat carta instrumen contoh 3
Carta tersebut menunjukkan jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia dari tahun 2010 hingga tahun
2012. Kemalangan jalan raya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kes kemalangan yang banyak ialah
kereta pada tahun 2012. Kemalangan tersebut berpunca daripada sikap pemandu yang cuai dan tidak
mematuhi had laju. Penguatkuasaan undang-undang perlu diketatkan supaya pemandu akan mematuhi
peraturan di jalan raya. Pihak yang bertanggungjawab juga perlu mengenakan denda terhadap mereka
yang memandu tanpa lesen. Kesimpulannya, pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan jalan raya
yang telah ditetapkan supaya rakyat Malaysia dipandang sebagai rakyat yang bertanggungjawab.
Isi tersurat
1.___________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
2.___________________________________________________________________________________
3.___________________________________________________________________________________
Isi tersirat
1.___________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
2.___________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
3.___________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
4.___________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
14
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
LATIHAN 3
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan.
KEPENTINGAN HUTAN
Kawasan tapdpahan hujan
Sumber kayu balak Habitat haiwan
Sumber perubatan tradisional
15
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Tuliskan isi tersirat bagi setiap isi tersurat yang dinyatakan di bawah. Anda boleh menggunakan
panduan yang di beri untuk mengolah isi tersirat menjadi ayat yang gramatis.
SuA (apa yang diperoleh SiM (Mengapa/impak/kesan isi tersurat)
daripada bahan rangsangan? )
1. Hutan merupakan habitat haiwan
( tempat tinggal pelbagai spesies)
2. Kepentingan hutan sebagai
kawasan tadahan hujan
(meresap hujan dan elak banjir kilat )
3. Hutan juga merupakan sumber
kayu balak
( berkualiti tinggi seperti cengal dan mahal )
4. Kepentingan hutan juga sebagai
sumber perubatan tradisional
( banyak tumbuhan herba seperti tongkat
Ali)
16
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
TIPS BELAJAR RINGKASAN
1. Mesti mencari 5 isi penting berdasarkan kata kunci soalan dalam petikan.
2. Gabungkan isi tersebut dengan penanda wacana yang baik.
3. Ingat JANGAN ambil ayat huraian dan contoh.
4. Pastikan murid menggunakan bahasa yang gramatis dan betul.
5.Bagi pelajar pandai boleh tulis dalam bentuk ayat pasif dan ayat songsang selagi tidak mengubah
maksud asal petikan.
Item Contoh Bahagian C– Ringkasan[ masa dicadangkan:15 minit]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang cara-cara
menjaga kebersihan diri. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kebersihan dan penjagaan diri sangat penting kepada semua orang, khususnya golongan remaja. Hal ini
dikatakan demikian kerana semasa proses akil baligh, kulit remaja yang aktif akan mengeluarkan peluh
yang berlebihan sehingga mengakibatkan liang folikel tersumbat. Apabila hal ini berlaku, kulit remaja
yang sensitif akan mudah berjerawat. Oleh itu, remaja perlulah menitikberatkan aspek kebersihan diri,
terutamanya penjagaan muka.
Remaja hendaklah mencuci muka dengan kerapnya bagi memastikan wajah sentiasa bersih①.
Amalan ini bertujuan untuk menghilangkan minyak dan habuk yang terampai pada pori-pori kulit muka.
Remaja perlu bijak memilih produk penjagaan muka yang sesuai supaya tidak mengalami gejala alergi
dan kerengsaan②. Pemilihan barangan penjagaan diri yang sesuai juga penting bagi menjamin
kebersihan dan penampilan diri yang sempurna. Sesetengah remaja menggunakan penyental dan
pelembap muka untuk mendapatkan wajah yang bersih dan berseri③. Kaedah ini juga dapat
membaharui sel-sel kulit mati.
Selain itu, pengeluaran peluh yang berlebihan dan perubahan hormon dalam diri remaja juga
menyebabkan masalah bau badan. Oleh hal yang demikian, remaja mestilah bijak memilih pewangi badan
dan produk antipeluh yang sesuai. Remaja juga perlu menitikberatkan penjagaan mulut dan tatarias
diri④. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan diri remaja dan disenangi oleh rakan-rakan. Amalan
menjaga kebersihan diri mestilah dilaksanakan setiap masa supaya kita terhindar daripada sebarang
penyakit. Di samping itu, remaja harus memastikan rambut mereka bersih dan berpakaian kemas⑤.
17
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Sebagai golongan yang diharapkan untuk mencapai aspirasi negara, remaja bukan sahaja perlu
berpendidikan dan berkeperibadian tinggi, bahkan perlu juga sentiasa bersih, rapi dan berketerampilan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Halaman 4, Buku Teks Tingkatan 1,
KSSM, Dewan Bahasa dan Pustaka)
PANDUAN MENJAWAB RINGKASAN
1. Untuk mengenal pasti isi penting, calon hendaklah merujuk arahan soalan.
Contohnya jika soalan mengkehendaki calon menyatakan langkah-langkah
/ cara mengatasi / kaedah-kaedah biasanya kata kunci yang boleh
membantu calon ialah perkataan berikut:
perlu
harus
patut
mesti
hendaklah
kata bantu + kata kerja (contoh:harus memastikan,mesti mengawal)
kata kerja + perkataan/ayat yang menjurus kepada isi jawapan
kata sendi + kata kerja (contoh: untuk mendapatkan,bagi
mengatasi,untuk merawat)
Untuk soalan yang mengkehendaki calon menyatakan punca-punca/ faktor-faktor biasanya kata
kuncinya ialah:
kerana
sebab
Untuk soalan yang mengkehendaki calon menyatakan kesan-kesan / kelebihan/
kepentingan/keburukan biasanya kata kuncinya ialah:
dapat
boleh
2. Pelajar dicadang menggariskan jawapan yang dikenal pasti kemudian menuliskan nombor isi
pertama,kedua dan seterusnya dalam bahan petikan/dalam soalan.Tujuannya isi yang dikenal
pasti cukup 5 isi dan nampak lebih tersusun.
3. Bagi tujuan latihan dan pembelajaran pelajar digalakkan untuk menyenaraikan 5 isi yang didapati
kemudian barulah boleh memulakan penulisan lengkap ringkasan.Bagi tujuan peperiksaan pelajar
dicadangkan hanya menggariskan isi penting dikenal pasti sahaja.
18
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Penyenaraian 5 isi penting yang diperoleh dalam bahan petikan contoh seperti berikut:-
i) Remaja hendaklah mencuci muka dengan kerapnya bagi memastikan wajah sentiasa
bersih.
ii) Remaja perlu bijak memilih produk penjagaan muka yang sesuai supaya tidak
mengalami gejala alergi dan kerengsaan.
iii) Sesetengah remaja menggunakan penyental dan pelembap muka untuk mendapatkan
wajah yang bersih dan berseri.
iv) Remaja juga perlu menitikberatkan penjagaan mulut dan tatarias diri.
v) Di samping itu, remaja harus memastikan rambut mereka bersih dan berpakaian kemas.
4. Seterusnya untuk memulakan ringkasan calon haruslah memulakan dengan
menulis ayat pendahuluan. Ayat pendahuluan mestilah dibina berdasarkan arahan
soalan. Contohnya:
Cara-cara menjaga kebersihan diri [ kehendak soalan ] ialah/termasuklah ...
_________________________________________________________________
* Cadangan kata kunci soalan iaitu cara-cara boleh ditukarkan dengan perkataan atau ayat yang
sama maksudnya. (Langkah-langkah menjaga kebersihan diri termasuklah...)
5. Seterusnya untuk memulakan penulisan isi, calon hendaklah memasukkan
penanda wacana pada permulaan ayat bagi setiap isi yang telah dikenal pasti
berdasarkan petikan bermula dengan isi kedua.
Senarai penanda wacana:
- Biarpun demikian - Oleh sebab itu
- Di samping itu - Sehubungan dengan itu
- Selanjutnya - Selain itu
- Lebih-lebih lagi - Tambahan pula
- Meskipun demikian - Walau bagaimanapun
- Namun begitu - Walaupun begitu
- Oleh itu - Untuk itu
- Bukan itu sahaja - Umumnya
- Seterusnya - Akhir sekali
19
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Pilihan penanda wacana untuk pelajar HALUS
Selain itu * S - Saya
Seterusnya * S - Suka
Selanjutnya * S - Sebab
Di samping itu * D - Dia
Akhir sekali * A - Anggun
Contoh Penulisan Lengkap Ringkasan dan Jawapan Cadangan
Cara-cara menjaga kebersihan diri ialah remaja hendaklah mencuci muka dengan kerapnya bagi
memastikan wajah sentiasa bersih. Selain itu, remaja perlu bijak memilih produk penjagaan muka yang
sesuai supaya tidak mengalami gejala alergi dan kerengsaan. Di samping itu, sesetengah remaja
menggunakan penyental dan pelembap muka untuk mendapatkan wajah yang bersih dan berseri.
Seterusnya, remaja mestilah bijak memilih pewangi badan dan produk antipeluh yang sesuai. Bukan itu
sahaja, remaja juga perlu menitikberatkan penjagaan mulut dan tatarias diri. Tambahan pula, remaja juga
perlu menitikberatkan penjagaan mulut dan tatarias diri.
(85 patah perkataan)
Latihan i: – Ringkasan
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut , tulis sebuah ringkasan tentang
langkah-langkah berjimat cermat. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.
Kenaikan harga barang kini merupakan ekoran kenaikan harga minyak. Oleh itu, setiap orang
terasa bebannya temasuk golongan yang berpendapatan sederhana. Walaupun kita amat berharap agar
kerajaan mengawal harga barang bagi mengurangkan beban, kita perlu berusaha untuk mengurangkan
kesan kenaikan harga. Dalam situasi ini, kita perlu berjimat ketika berbelanja. Kalau dahulu kita telah
mengamalkan sikap jimat cermat, kini kita perlu lebih berkira-kira lagi. Jika dahulu kita hanya berjimat
dari segi penggunaan petrol, kini kita harus mengurangkan amalan makan di luar, membeli barangan
mewah dan sebagainya.
Perancangan kewangan juga penting. Pengurusan kewangan yang baik perlu mengambil kira
simpanan atau tabungan. Dengan kata lain, pendapatan patut diagihkan kepada simpanan dan
perbelanjaan. Pada peringkat keluarga, perancangan kewangan mesti dibuat secara bersama-sama oleh
suami isteri supaya mereka jelas tentang kedudukan ekonomi mereka dan menyumbangkan idea tentang
cara untuk menggunakan sumber yang ada sebaik mungkin. Hasil perbincangan ini pula, harus dijelaskan
kepada anak-anak supaya mereka turut faham dan bersama-sama melaksanakan langkah penjimatan.
20
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Dalam krisis kenaikan harga barang ini, mahu tidak mahu, kita perlu menjadi pengguna yang
bijak menguruskan kewangan peribadi. Untuk itu, kita perlu berilmu dan ilmu boleh didapati melalui
pembacaan dan pemelajaran. Buku-buku panduan pengurusan kewangan yang banyak terdapat di pasaran
boleh dijadikan rujukan sekiranya kita serius hendak menguruskan kewangan keluarga dengan bijak. Di
tempat kerja pula, warga kerja mesti menjimatkan penggunaan elektrik. Pihak pengurusan hendaklah
mengawal penggunaan kemudahan pejabat seperti mesin fotostat, alat tulis dan kertas. Pekerja perlu
memahami sebab-sebab langkah penjimatan diambil dan bekerjasama dalam melaksanakannya. Arahan
demi arahan tanpa penjelasan yang munasabah, tidak akan meninggalkan bekas. Para pekerja juga sukar
untuk memberikan kerjasama sekiranya pihak pengurusan tidak menunjukkan teladan yang baik dalam
malaksanakan langkah penjimatan ini.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
‘Masa Berkira ketika Berbelanja’,
Utusan Malaysia, 11 Ogos 2005)
A) Berdasarkan perkataan yang telah digarisi,sila senaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam
latihan i:
B) Daripada 7 isi penting di atas pilih mana-mana 5 isi sahaja untuk para pelajar menulis
ringkasan yang lengkap dalam satu perenggan sahaja. Sila buat ringkasan anda dalam buku
latihan.
21
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Latihan ii:– Ringkasan
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kelebihan
budaya membaca dalam kalangan masyarakat. . Panjang ringkasan anda hendaklah antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Budaya membaca dalam kalangan masyarakat kerap menjadi bahan perbincangan ahli
akademik dan pemimpin negara. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa budaya
membaca dalam masyarakat masih rendah. Lantaran itu, isu ini tidak boleh dipandang ringan
oleh masyarakat. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan budaya membaca kepada
masyarakat.
Melalui pembacaan seseorang itu dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang
sesuatu perkara dan dapat mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Hal
ini bersesuaian dengan peribahasa ‘Membaca Jambatan Ilmu’. Sesungguhnya terdapat banyak
bahan bacaan yang boleh dibaca oleh masyarakat seperti surat khabar, majalah dan buku-
buku.
Melalui pembacaan juga kita dapat menambahkan perbendaharaan kata. Dengan
perbendaharaan kata yang banyak, seseorang akan lebih berupaya bercakap dengan lancar
mengenai sesuatu perkara. Melalui pembacaan juga, seseorang akan mudah menguasai
sesuatu bahasa. Seseorang pelajar juga akan dapat memahami sesuatu tajuk atau kandungan
sesuatu tajuk atau kandungan mata pelajaran dengan baik jika pelajar banyak membaca atau
mengulang kaji pelajaran. Hal ini secara tidak langsung membolehkan seseorang pelajar lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaan. Di samping itu, budaya membaca membolehkan
seseorang memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Masa lapang ialah masa
senggang antara dua pekerjaan. Masa lapang yang tidak digunakan dengan baik akan
merugikan diri seseorang. Sebagai contoh, kita boleh membaca ketika menunggu bas atau
kereta sewa. Penggunaan masa lapang yang efisien membolehkan seseorang mendapat
faedah yang banyak.
Budaya membaca yang ada dalam masyarakat juga akan dapat memajukan negara. Hal
ini dikatakan demikian kerana rakyat yang berilmu pengetahuan akan membangunkan negara
dengan cepat. Oleh itu, tidak dapat dinafikan budaya membaca banyak faedahnya kepada
rakyat dan negara dan budaya ini perlu dipupuk sejak pelajar di bangku sekolah lagi.
22
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Panduan Menjawab Rumusan
1. Teliti kehendak soalan.Kemudian kenal pasti idea utama melalui kata kunci yang terdapat
dalam petikan.Kata kunci tidak diberi,jadi pelajar perlu membaca dan memahami petikan
untuk mengetahui kata kunci.Idea utama ini dianggap sebagai pendahuluan.
2. Idea utama mungkin ada 1 atau mungkin ada 2
3. Kemudian cari dan kenal pasti 6 idea sokongan/idea sampingan (isi penting atau isi
tersurat yang ada dalam bahan petikan setelah memperoleh idea utama.Jika pelajar salah
mengemukakan idea utama maka idea sokongannya juga akan salah.Kemungkinan dalam
petikan memang cukup-cukup 6 sahaja idea sokongan yang diberi.Sekiranya lebih isi
diberi mungkin antara 6-8.(bergantung kepada tahun semasa panjang pendek petikan
dan skema jawapan)
4. Akhir sekali pelajar dikehendaki menulis kesimpulan iaitu idea calon sendiri.Tidak boleh
menulis kesimpulan yang diambil daripada bahan petikan.Pelajar kena buat sendiri.Harus
ada sekurang-kurangnya 2 elemen,iaitu harapan&cadangan serta kesan.
5. Dari segi binaan perenggan, murid dicadangkan menulis rumusan dalam satu perenggan
tetapi dalam perenggan rumusan itu pastikan mengandungi idea
Utama(pendahuluan),idea sokongan dan penutup/kesimpulan (kena fikir ...tidak boleh
ambil dalam petikan).Namun tidak menjadi kesalahan jika pelajar menulis rumusan
dalam 3 perenggan.Rumusan pelajar masih disemak seperti biasa.
6. Cara-cara hendak memulakan penulisan ayat bagi rumusan...
i) Jika ada 1 idea utama:-
Petikan membincang tentang punca-punca pencemaran alam sekitar.
ii)Jika ada 2 idea utama:-
Petikan membincangkan punca-punca pencemaran alam sekitar dan langkah-
langkah mengatasinya.
7. Markah rumusan ialah 15 markah,iaitu 10 markah untuk isi dan 5 markah untuk bahasa.
isi Bilangan markah
isi
Idea utama 1 2m
Idea 6 6m
sokongan(Isi
penting) 1 2m
kesimpulan 8 10 markah
Jumlah
23
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Item Contoh Bahagian C– Rumusan [ masa dicadangkan:15 minit]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat setiap kali musim
perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa. Peningkatan jumlah
kematian merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa, harta benda, wang, tenaga manusia, dan
masa. Memandangkan bilangan kematian terus meningkat, maka pelbagai usaha perlu diambil untuk
mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya ialah pengeluaran lesen memandu
diperketat① demi membendung kejadian yang menyayat hati terutamanya pada musim perayaan.
Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu ②yang teliti
sebelum diberi lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan yang positif. Antara
penyebab peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah sikap pengguna yang cuai. Hal ini
dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menunjukkan
bahawa 90 peratus daripada kes kemalangan jalan raya berlaku kerana kecuaian pemandu. Dalam
memastikan kemalangan sifar dicapai, hukuman yang lebih tegas sebagai pengajaran③ terhadap
pemandu perlu dikenakan. Pemandu-pemandu baharu yang melakukan kesalahan dalam
tempoh dua tahun pertama perlu dikenakan tindakan perlanjutan tempoh percubaan④ sebelum
mendapat lesen sepenuhnya.
Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu, malah pengalaman
pihak lain juga dipandang rendah. Sejajar dengan itu, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengkaji
secara mendalam aspek-aspek yang sesuai dalam sistem pembelajaran dan pendidikan
pemanduan⑤ di negara kita. Sistem pemanduan yang dikendalikan oleh pihak JPJ umpama sistem
peperiksaan akademik yang diduduki oleh para pelajar. Sewajarnya, elemen sivik dipupuk pada jiwa
seseorang pelajar ⑥ sehingga amalan tersebut tersemai dengan mendalam dan menjadi amalan apabila
dewasa nanti.
Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat menyemai nilai-
nilai murni⑦ dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang berhemah. Penguatkuasaan undang-
undang dan denda⑧ yang dikenakan perlu diketatkan supaya mereka yang bersalah dihukum
sewajarnya. Selain itu, penetapan had laju di lebuh raya dan di jalan-jalan biasa ⑨ perlu dikekalkan
kerana banyak kemalangan yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang tidak dapat dikawal sebagai
akibat dipandu terlalu laju. Para pengguna perlu disedarkan bahawa jalan raya bukanlah tempat untuk
berlumba dan mereka perlulah memandu secara berhemah supaya tidak mengakibatkan nahas yang
membabitkan orang lain.
Jelaslah bahawa banyak langkah yang boleh diambil oleh individu, masyarakat mahupun negara
pelbagai pihak dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua pihak perlu menggemblengkan
tenaga secara lebih efektif untuk mengatasi kemelut ini, janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah
kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah
menjadi bubur. Tragedi kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa kerana
malang tidak berbau.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Budayakan Hargai Nyawa” oleh G.
Manimaran, Utusan Malaysia, Disember 2003)
24
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
* untuk tujuan pencontohan, latihan rumusan ini ada 9 idea sokongan.Namun begitu,diingatkan dalam
peperiksaan hanya 6 idea sokongan sahaja perlu di kenal pasti oleh calon.
Panduan Menulis Perenggan Lengkap Rumusan
Petikan membincangkan ( idea utama ). Antaranya ialah / adalah/termasuklah ( idea
sokongan 1 ). Selain itu, ( idea sokongan 2 ). Seterusnya, ( idea sokongan 3 ). Tambahan
pula, ( idea sokongan 4 ). Selanjutnya, ( idea sokongan 5 ). Akhir sekali, ( idea sokongan 6 ).
Kesimpulannya, (Ayat kesimpulan ) supaya / agar / untuk ( penjelasan ).
Contoh Jawapan
Petikan membincangkan usaha-usaha mengatasi kemalangan jalan raya. (idea utama ).
Antaranya termasuklah pengeluaran lesen memandu diperketatkan. ( idea sokongan 1 ) Selain
itu, para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu sebelum diberi lesen. (
idea sokongan 2 ) Tambahan pula, hukuman tegas sebagai pengajaran terhadap pemandu
perlu dikenakan. ( idea sokongan 3) Selanjutnya, pemandu-pemandu baharu yang melakukan
kesalahan dalam tempoh dua tahun pertama dikenakan hukuman tempoh percubaan. ( idea
sokongan 4 ) Seterusnya, sistem ujian pemanduan yang dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan
Jalan perlu dikaji semula. ( idea sokongan 5 ) Akhir sekali, elemen sivik dipupuk dalam jiwa
pemandu. ( idea sokongan 6 ) Kesimpulannya, kadar kemalangan yang tinggi di jalan raya
perlu dibendung (Ayat kesimpulan ) supaya jalan raya menjadi tempat yang selamat untuk
semua pengguna.( penjelasan ).
25
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Latihan 1 : Rumusan (Bahan Petikan)
[Masa dicadangkan: 15 Minit ]
Baca petikan di bawah dengan teliti.Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.
Kebolehan melakukan tugas harian menyebabkan ramai orang menyangka bahawa mereka cergas.
Sesetengah orang menyatakan bahawa mereka jarang-jarang sakit dan tidak kerap mendapatkan rawatan
perubatan tetapi hal ini tidak bermakna keadaan fizikal mereka itu baik. Dari segi kesihatan, strategi yang
berkesan untuk seseorang berada kekal dalam keadaan cergas dan sihat adalah dengan bersenam
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Walaupun fakta ini diketahui umum, namun aktiviti yang berkait
dengan kesihatan masih berada di tangga terbawah dalam senarai keutamaan yang perlu dilakukan pada
setiap minggu.
“Tubuh yang sihat membawa kepada akal yang sihat.” Bagaimanakah senaman menyumbang kepada
akal yang sihat? Senaman dalam jangka panjang akan melancarkan perjalanan darah ke otak.
Peningkatan tekanan darah akan menyalurkan darah ke otak yang kurang mendapat darah, seterusnya
meningkatkan keperluan oksigen kepada otak. Hal ini menyebabkan kita akan menjadi lebih segar dan
tidak mengantuk. Senaman aerobik pula mampu meningkatkan proses pembelajaran walaupun kepada
golongan dewasa. Kita juga akan kelihatan hebat dan berkeyakinan setelah melakukan senaman kerana
wujudnya kepercayaan dalam diri. Selain itu, senaman juga mampu menangani masalah kemurungan.
Dari segi teori perubatan apabila seseorang bersenam, hormon adrenaline akan dibebaskan dan
menyebabkan salur darah mengecil. Dengan itu tekanan darah akan meningkat dan darah sampai kepada
organ dalam masa yang singkat. Sebagai kesannya, salur darah di otot pula dilebarkan untuk memenuhi
keperluan oksigen kepada bahagian otot berkenaan. Senaman menjadikan jantung berfungsi dengan lebih
baik kerana darah perlu dipam cepat untuk memenuhi badan yang bermetabolisme tinggi. Hasilnya,
seseorang akan sentiasa gembira dan tenang.
Bersenam secara konsisten dan mengamalkan diet seimbang membantu mengawal berat badan yang
berlebihan. Obesiti meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung
dan batu karang. Satu fakta menarik faedah bersenam ialah jangka hayat lebih panjang dalam kalangan
orang yang dikategorikan mempunyai kecergasan sederhana berbanding dengan mereka yang tidak
cergas. Hal ini terbukti melalui satu kajian yang mendapati kadar kematian kumpulan orang yang tidak
cergas adalah sekali ganda lebih tinggi berbanding dengan mereka dalam kumpulan sederhana cergas.
Tuntasnya, jadikanlah bersenam sebagai satu budaya hidup kita supaya kita kekal sihat sepanjang masa.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Faedah-faedah Senaman’,
oleh Ziauddin Sharuddin,
dalam Berita Minggu, 12 Mac 2010)
a) Sila jawab latihan rumusan ini dalam buku latihan.
26
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
Latihan 2 : Rumusan (Bahan Petikan)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Industri inap desa sememangnya mempunyai potensi yang tidak kurang pentingnya
kepada pembangunan negara. Sebenarnya, terdapat beberapa potensi industri inap desa dan
cabaran-cabaran yang dihadapinya.
Antara kepentingan industri inap desa adalah mampu membantu meningkatkan
ekonomi negara. Apabila inap desa ditubuhkan dengan giat, maka keuntungan yang diperoleh
daripada sektor ini akan menyumbang kepada pendapatan negara. Hal ini akan membantu
negara memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda serta dapat memajukan negara.
Di samping itu, industri inap desa dapat memperkenalkan sektor pelancongan
Malaysia di mata dunia.Pelancong yang menginap di inap desa dapat melakukan pelbagai
aktiviti terancang yang disediakan oleh pihak inap desa.Hal ini dapat memperkenalkan pelbagai
budaya Malaysia yang terdapat di kawasan inap desa tersebut.Selain itu, industri inap desa
juga mempunyai potensi dalam memajukan sektor pelancongan negara.Penubuhan industri
inap desa di kawasan luar bandar mampu menarik minat ramai pelancong ke kawasan tersebut.
Hal ini akan menyebabkan penduduk setempat memperoleh pendapatan yang lumayan
berikutan kehendak pelancong untuk menyewa inap desa. Oleh itu, para pelancong yang ingin
melawat ke kawasan pedalaman tidak perlu bimbang tentang tempat penginapan kerana
terdapat inap desa.
Seterusnya, potensi inap desa juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan. Apabila
industri inap desa dibina di kawasan luar bandar maka terdapat banyak peluang pekerjaan
yang tersedia. Hal ini akan membantu penduduk setempat untuk bekerja di inap desa.
Contohnya, bekerja sebagai tukang cuci, tukang kebun, pengawal keselamatan dan
sebagainya. Industri inap desa ini walaupun tidak membuka peluang pekerjaan yang banyak
namun mampu membantu golongan penganggur bagi mencari sumber rezeki.
Antara cabaran yang dihadapi oleh industri inap desa ialah masalah kekurangan
modal. Pengusaha inap desa sering berhadapan dengan masalah mendapatkan modal untuk
kos pengurusan dan membayar gaji pekerja. Hal ini dikatakan demikian kerana pengusaha
industri inap desa sukar mendapatkan pinjaman daripada bank berikutan faktor ekonomi
mereka yang kurang kukuh. Situasi ini akan menyebabkan perkembangan inap desa agak
perlahan dan terbatas. Selain itu, kedudukan inap desa yang jauh dari bandar menyukarkan
para pelancong untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan yang lain. Contohnya
perkhidmatan bank, liputan talian dan pasar raya. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu
berganding bahu dalam memajukan industri inap desa agar terus berkembang dan menjadi
salah satu sektor yang menyumbang kepada pendapatan negara kita.
27
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
a) Sila jawab latihan rumusan ini dalam buku latihan.
SKEMA JAWAPAN 2) isi tersurat 3) isi tersurat
ULASAN 5) isi tersirat
LATIHAN 1
1) isi tersurat
4) isi tersirat
LATIHAN 2
ISI TERSURAT
1. Carta tersebut menunjukkan jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia dari tahun 2010 hingga tahun
2012.
2. Kemalangan jalan raya semakin meningkat dari tahun ke tahun.
3. Kes kemalangan yang banyak ialah kereta pada tahun 2012.
ISI TERSIRAT
1. Kemalangan tersebut berpunca daripada sikap pemandu yang cuai dan tidak mematuhi had laju.
2. Penguatkuasaan undang-undang perlu diketatkan supaya pemandu akan mematuhi peraturan di jalan
raya.
3. Pihak yang bertanggungjawab juga perlu mengenakan denda terhadap mereka yang memandu tanpa
lesen.
4. Kesimpulannya, pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan supaya
rakyat Malaysia dipandang sebagai rakyat yang bertanggungjawab.
LATIHAN 3
SiM(ISI TERSIRAT)
1. Tempat tinggal pelbagai jenis haiwan seperti spesies mamalia, burung, ular dan lain-lain
2. Hujan yang turun akan meresap ke dalam tanah dan hal ini dapat mengelakkan berlakunya
banjir kilat
3. Kayu balak yang ada dalam hutan di Malaysia seperti cengal,keruing dan meranti merupakan
kayu balak yang berkualiti tinggi dan mahal harganya
28
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
4. Dalam hutan negara kita terdapat banyak jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan herba
seperti pokok tongkat Ali,kacip Fatimah dan sebagainya.
RINGKASAN
LATIHAN 1 (A)
i) Dalam situasi ini, kita perlu berjimat ketika berbelanja.
ii) Pengurusan kewangan yang baik perlu mengambil kira simpanan atau
tabungan
iii) Pada peringkat keluarga, perancangan kewangan mesti dibuat secara
bersama- sama oleh suami isteri supaya mereka jelas tentang kedudukan
ekonomi mereka dan menyumbangkan idea tentang cara untuk menggunakan
sumber yang ada sebaik mungkin.
iv) Hasil perbincangan ini pula, harus dijelaskan kepada anak-anak supaya
mereka turut faham dan bersama-sama melaksanakan langkah penjimatan.
v) Dalam krisis kenaikan harga barang ini, mahu tidak mahu, kita perlu menjadi
pengguna yang bijak menguruskan kewangan peribadi
vi) Di tempat kerja pula, warga kerja mesti menjimatkan penggunaan elektrik
vi) Pihak pengurusan hendaklah mengawal penggunaan kemudahan pejabat
LATIHAN 2
1) Melalui pembacaan seseorang itu dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu
perkara
2) dapat mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.
3) Melalui pembacaan juga kita dapat menambahkan perbendaharaan kata.
4) Melalui pembacaan juga, seseorang akan mudah menguasai sesuatu bahasa.
5) Seseorang pelajar juga akan dapat memahami sesuatu tajuk atau kandungan sesuatu tajuk
atau kandungan mata pelajaran dengan baik jika pelajar banyak membaca atau mengulang kaji
pelajaran.
6) Di samping itu, budaya membaca membolehkan seseorang memenuhi masa lapang dengan
aktiviti yang berfaedah.
7) Budaya membaca yang ada dalam masyarakat juga akan dapat memajukan negara.
29
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
RUMUSAN
LATIHAN 1
CADANGAN IDEA UTAMA
1) Petikan membincang tentang faedah-faedah senaman.
CADANGAN IDEA SOKONGAN/IDEA SAMPINGAN (AMBIL 6 ISI SAHAJA)
1) Senaman dalam jangka panjang akan melancarkan perjalanan darah ke otak.
2) Senaman aerobik pula mampu meningkatkan proses pembelajaran walaupun kepada golongan
dewasa.
3) Selain itu, senaman juga mampu menangani masalah kemurungan.
4) Dari segi teori perubatan apabila seseorang bersenam, hormon adrenaline akan dibebaskan dan
menyebabkan salur darah mengecil.
5) Senaman menjadikan jantung berfungsi dengan lebih baik kerana darah perlu dipam cepat untuk
memenuhi badan yang bermetabolisme tinggi.
6) Bersenam secara konsisten dan mengamalkan diet seimbang membantu mengawal berat badan
yang berlebihan.
7) Satu fakta menarik faedah bersenam ialah jangka hayat lebih panjang dalam kalangan orang yang
dikategorikan mempunyai kecergasan sederhana berbanding dengan mereka yang tidak cergas.
CADANGAN KESIMPULAN
Kesimpulannya, manfaat/faedah bersenam perlu diamalkan oleh setiap individu agar kesihatan kita
lebih terjamin dan negara lebih beruntung kerana mempunyai rakyat yang sihat untuk membangunkan
negara.
30
BM PT3/KOLOKIUMBM/SEMKIP /MOHAZ
LATIHAN 2
CADANGAN IDEA UTAMA :
1. Petikan membincangkan potensi-potensi / kebaikan-kebaikan inap desa dan cabaran-
cabaran yang dihadapinya. (2M)
2. Rumusan membincangkan potensi-potensi / kebaikan-kebaikan inap desa dan cabaran-
cabaran yang dihadapinya. (2M)
CADANGAN IDEA SOKONGAN/SAMPINGAN :
ISI TERSURAT TERDAPAT DALAM PETIKAN:
Potensi-potensi / kebaikan-kebaikan :
1. mampu membantu meningkatkan ekonomi negara. (1M)
2. dapat memperkenalkan sektor pelancongan Malaysia di mata dunia.(1M)
3. mempunyai potensi dalam memajukan sektor pelancongan negara (1M)
4. mampu mewujudkan peluang pekerjaan. (1M)
Cabaran-cabaran :
1. masalah kekurangan modal. (1M)
2. kedudukan inap desa yang jauh ke dalam kawasan kampung. (1M)
CADANGAN KESIMPULAN :
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama bagi memajukan lagi pengusahaan inap
desa di negara kita agar dapat menyumbang ke arah peningkatan ekonomi negara. (2M).
Pemarkahan :
IU – 2M
IS – 6M (6 ISI)
K – 2M
(BAHASA) B – 5M
J – 15M
31