MODUL CONTOH SOALAN BHG.C
PEMBANGUNAN NEGARA:
ANALISIS TEKS SS & SBDKL
NUKILAN AKSARA OLEH: MOHD HAZLI BIN CHE OTHMAN
KMK STPM/SEMESTER 2
SEMKIP
A.ANALISIS ZAMAN DAN TAHAP DALAM TEKS SULALATUS SALATIN MENGIKUT BAB
BAB ZAMAN PEMERINTAHAN TAHAP
1,2 Iskandar Zulkarnain,Kida Hindi Raja Sebelum Melaka
Suran
3 Singapura dan Pasai Sebelum Melaka
4 Pembukaan Melaka,Penerimaan Islam Awal Melaka
5 Sultan Muhamad Syah (adat istiadat) Awal Melaka
5,6,7,8 Sultan Mansur Syah Kegemilangan
Melaka
8,9 Sultan Alaudin Riayat Syah Kegemilangan
Melaka
9,10,11,12,13,14 Sultan Mahmud Syah Kemerosotan
Melaka(zaman
malap)
PEMBANGUNAN NEGARA
TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C SEM.2(SIRI 01)
POLITIK EKONOMI
kepemimpinan pertanian
Nasionalisme usahawan
Peraturan&undang2 Perdagangan
ANALISIS SOALAN
Kuasai-
1) bentuk soalan dan kata tugas soalan
SOALAN TUNGGAL SOALAN PECAHAN
Tidak perlu-pengenalan
Pengenalan (3) Isi sahaja
Tidak perlu-penutup
Isi (20m) MENENTUKAN
Penutup (3m) FORMAT JAWAPAN
Contoh soalan
Bhgn C : Pembangunan Negara (25 markah)
Jawab satu soalan sahaja
5. Pemimpin yang berwawasan berupaya membangunkan negara.Bincangkan
penyataan ini dengan mengambil contoh Sultan Mansur Syah dalam Sulalatus
Salatin ( Sejarah Melayu) [25]
6. Berdasarkan SDBKL,karya keris Mas,
a) Nyatakan tiga bidang ekonomi dan huraikan setiap bidang tersebut yang
dititikberatkan oleh kerajaan dalam memacu pembangunan negara pada hari ini. [9]
b) Sejauhmanakah generasi muda di negara ini memanfaatkan dua daripada
bidang ekonomi tersebut dalam kehidupan seharian mereka? [16]
KUASAI KATA TUGAS SOALAN
BINCANGKAN MENENTUKAN SETIAP kata Tugas mempunyai
HURAIKAN FORMAT cara menulis Fakta dan huraian isi
NILAIKAN yang BERBEZA
BANDINGKAN PERENGGAN ISI
BEZAKAN SALAH cara menghurai boleh
JELASKAN MENJEJASKAN markah
GALURKAN
NYATAKAN
KEMUKAKAN
CONTOH SOALAN DAN TEKNIK MENJAWAB
Contoh soalan-kata Tugas -Huraikan
Sistem politik yang diamalkan oleh negara Kota Melaka memainkan peranan penting
dalam pembangunan negara. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan teks SS
[25]
BENTUK SOALAN KATA TUGAS SOALAN
Soalan Tunggal Huraikan
Esei Berformat: 7 perenggan Setiap Isi Terdiri Daripada:
1 pengenalan (3m) Fakta
5 perenggan isi (20m) Huraian Pro(fakta)
1 perenggan penutup ( 2m) Contoh
Kesimpulan Kecil
PENGENALAN
AP1-Definisi Politik
AP2-kepentingan politik
AP3-Senarai Isi
Contoh Pengenalan
Politik merujuk kepada segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara
atau hubungannya dengan negara lain. Politik menekankan kepada kepentingan
kuasa yang ada kaitannya dengan pemerintahan. Antara aspek politik ialah raja
berkuasa mutlak,raja mempunyai daulat, rakyat yang setia dan lain-lain.
SENARAI/CADANGAN ISI POLITIK
1.Raja Berdaulat
2. Raja berkuasa mutlak-cth sultan Mansur syah jatuhkan hukuman bunuh ke atas
Hang Tuah sebab bermukah dengan dayang raja
3. Pembesar yang bijaksana dan berwibawa- cth Tp ..psg puntung api
4. Rakyat yang setia-Tapi tdk ambil tndkn bls semasa anknya kena bunuh olh Raja
Muhamad
5. Peraturan dan Undang-undang-membuat fitnah..(satu shj tdk hkm bunuh,tidak
plngkn harta cicir..potong tgn shj)
Pertama,raja mempunyai daulat.Konsep daulat pada raja penting agar dapat
meninggikan dan memperkukuh kedudukan raja di mata rakyat dan rakyat perlu
menumpahkan taat setianya kepada raja.Contohnya,Sultan Mansur Syah
mempunyai daulat sehingga menyebabkan Maharaja China mendapat penyakit
kedal setelah menerima sembah daripada Sultan Mansur Syah. Penyakit kedal ini
hanya sembuh setelah Maharaja China meminum dan mandi menggunakan air
basuhan kaki Sultan Mansur yah. Jelaslah, raja berdaulat penting agar melahirkan
negara yang dipandang tinggi.
PERENGGAN PENUTUP
-Rumusan isi
- cadangan & harapan-kaitkan dgn pembangunan negara
CONTOH PENULISAN PENUTUP
Kesimpulannya, terdapat pelbagai aspek politik dalam SS seperti raja berkuasa
mutlak, raja mempunyai daulat, rakyat yang setia dan lain-lain. Aspek politik ini
haruslah dijadikan pegangan oleh setiap pemimpin dan rakyat agar mewujudkan
negara yang terbilang dan dipandang tinggi.
CONTOH SOALAN BINCANGKAN
Kepemimpinan generasi muda merupakan aset penting dalam pembangunan
negara. Berdasarkan watak-watak dalam novel SBDKL, BINCANGKAN pernyataan
tersebut dalam konteks pembangunan negara [25]
BENTUK SOALAN KATA TUGAS SOALAN
Soalan Tunggal Bincangkan
Esei Berformat: 7 perenggan Setiap Isi Terdiri Daripada:
1 pengenalan (3m) Fakta
5 perenggan isi (20m) Huraian Pro(fakta)
1 perenggan penutup ( 2m) Huraian kontra (fakta)
Contoh
Kesimpulan Kecil
*huraian pro dan kontra mesti ditulis bersama,jika pelajar hanya tulis huraian markah
pro shj maka tiada markah akan diberiā¦1 markah akan diberi apabila pelajar
menulis kedua-dua huraian pro dan kontra.
CADANGAN PENDAHULUAN
Kepemimpinan merujuk kepada sikap,kebolehan,tindak-tanduk,kecekapan dan
sebagainya yang menjadikan seseorang itu sebagai pemimpin.Antara generasi
muda dalam novel SBDKL ialah Rahim,Sudin, Mahani dan sebagainya.(Ayat 2-sebut
siapa generasi muda-kehendak soalan) Antara kepemimpinan yang terdapat pada
generasi muda ini ialah berani,bijaksana, bertanggungjawab dan lain-lain.
CONTOH PERENGGAN ISI
F1-Berani-Rahim
F2- Bertanggungjawab-Rahim-minta ayahnya byr pampasan kpd tuan punya tanah
ygndiminta jual tnh mereka diambil utk jdikn SLLT..
F3-Gigih-sudin pujuk ..jual tnh
F4-suka menolong-Sudin melalui bantuan Rahim selesaikan mslh en muhd dgn
Lebai Maarup berkaitan pertikaian tnh wakaf
F5-hormat-menghormati- mahani-hormati kptsn ibu bapa untuk menerima tawaran
Rahim sbg suaminya,hormati majikannya..panggil tuan.
Pertama,berani. Sikap berani penting dalam melahirkan generasi muda yang
berwibawa dan disanjung tinggi dalam membangunkan negara dari segi
ekonomi,politik, dan sosial.tanpanya generasi muda akan tidak berupaya
menyumbang kepada pembangunan negara. Contohnya,Rahim berani mengkritik
dan menentang sikap ayahnya yang baginya lebih mengutamakan keuntungan
peribadi daripada memikirkan nasib penduduk Kampung Pulai yang kehilangan
tanah melalui penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Jelaslah, sikap berani
dalam diri generasi muda penting dalam menyuarakan sesuatu ketidakwajaran agar
dapat memastikan pembangunan negara dijalankan dengan seimbang dari segi
ekonomi dan sahsiah.
CADANGAN PENUTUP
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepemimpinan dalam generasi muda SBDKL
seperti berani,bijaksana,bertanggungjawab dan lain-lain. Kepemimpinan ini haruslah
(cadangan)dijadikan teladan oleh setiap pemimpin dan generasi muda agar
(harapan)mewujudkan negara yang terbilang dan dipandang tinggi.
CONTOH SOALAN NILAIKAN
Berdasarkan teks SS, NILAIKAN kepemipinan Sultan Mahmud Syah sebagai
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka(25)
BENTUK SOALAN KATA TUGAS SOALAN
Soalan Tunggal Nilaikan
Esei Berformat: 7 perenggan Setiap Isi Terdiri Daripada:
1 pengenalan (3m) POSITIF&NEGATIF
5 perenggan isi (20m) (Kombinasi Isi 2:3 ATAU 3:2)
1 perenggan penutup ( 2m) Huraian Pro(fakta)
Contoh
Kesimpulan Kecil
CONTOH PENGENALAN
Kepemimpinan merujuk kepada sikap,kebolehan,tindak-tanduk,kecekapan dan
sebagainya yang menjadikan seseorang itu sebagai pemimpin. Nama asal Sultan
Mahmud syah ialah Raja Mamad.Antara kepemimpinan yang terdapat pada Sultan
Mahmud Syah ialah berpandangan jauh,berani,pilih kasih dan lain-lain.
CADANGAN ISI
NEGATIF
1) Pilih Kasih
2) Dendam
POSITIF
1) Berpandangan jauh
2) merendah diri-
3) Berani
Pertama berpandangan jauh. Pemimpin yang berpandangan jauh penting dalam
membawa pembangunan dan meningkatkan imej negara di mata dunia.Contohnya
Sultan Mahmud Syah berpandangan jauh dengan menitahkan Paduka Tuan
menyerang Manjong dan Seri Maharaja menyerang Kelantan bagi meluaskan
jajahan takluk Melaka dan memperkukuh kedudukan Melaka selain menjalin
hubungan diplomatik dengan Benua Keling apabila mengutus Hang Nadim ke Benua
Keling untuk membeli 40 jenis kain serasah. Jelaslah,pemimpin yang berpandangan
jauh penting agar memperkukuh kedudukan ekonomi,politik dan sosial sesebuah
negara.
Fakta 2: merendah diri
HP: Konsep/ kepentingan merendah diri pada wtk pemimpin
C: Sultan Mahmud Syah merendah diri dengan pergi ke rumah Maulana Yusuf
dengan membawa sendiri Kitab Maklumat dan menggelar dirinya Fakir Mahmud
demi mempelajari Kitab Maklumat daripada Maulana Yusuf
Kk:cdgn&hrpn
Fakta 3: Berani
HP: Konsep/ kepentingan merendah diri pada wtk pemimpin
C: Sultan Mahmud Syah berani menentang mjusuh,iaitu berdepan dengan Peringgi
ketika berada di Kopak.
Kk:cdgn&hrpn
Fakta 4: pilih kasih
HP: Konsep/ kepentingan merendah diri pada wtk pemimpin
C: Sultan Mahmud Syah bersikap pilih dngan mengasihi empat orang
pembesarnya, iaitu Seri Wak Raja,Tun Umar,Hang Isap Pantas dan Hussain
Cengang. Baginda sanggup menunaikan apa-apa pun permintaan pembesar-
pembesar yang dikasihinya ini.
Kk:cdgn&hrpn
Fakta 5: Dendam
HP: Konsep/ kepentingan merendah diri pada wtk pemimpin
C: Sultan Mahmud Syah berdendam dengan Bendahara Seri Maharaja yang tidak
menunjukkan Tun Fatimah kepadanya sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali. Oleh
itu,apabila Bendahara seri Maharaja difitnah ingin merampas kuasa di Melaka,Sultan
Mahmud syah tanpa melakukan sebarang siasatan terus menjatuhkan hukuman
bunuh kepada Bendahara Seri Maharaja
Kk:cdgn&hrpn
CONTOH PENUTUP
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepemimpinan dalam watak Sultan Mahmud syah
yang boleh dijadikan teladan dan sempadan. Kepemimpinan ini haruslah dijadikan
teladan oleh setiap pemimpin agar mewujudkan negara yang terbilang dan
dipandang tinggi.