TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH UNTUK MENENGAH RENDAH/MOHAZ/SEMKIP
MODUL TATABAHASA(CAKAP
AJUK KEPADA CAKAP
PINDAH)
TEKNIK MENUKAR
CAKAP AJUK
KEPADA CAKAP
PINDAH
SMK BUKIT PAYONG
DITINTA OLEH: CIKGU MOHD HAZLI BIN
CHE SEMAN@CHE OTHMAN
1
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH UNTUK MENENGAH RENDAH/MOHAZ/SEMKIP
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Cakap Ajuk (dialog)
1. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dalam ayat penyata tanpa mengubah maksud
asalnya.
2. Cakap ajuk mesti dibubuh tanda pembuka kata pada awal ayat dan tanda penutup pada akhir ayat. (“……”)
Contoh :
“ Lawatan ini akan diadakan pada minggu hadapan,” kata Cikgu Nialafa.
“ Makanan yang seimbang sangat penting untuk tubuh yang sihat,” kata Doktor Satah.
Cakap Pindah (Ayat Biasa )
1. Cakap Pindah ialah perbualan seseorang yang ditulis semula dalam ayat penyata tanpa mengubah
maksud asalnya.
2. Ayat cakap pindah tidak menggunakan tanda pembuka dan penutup kata pada awal dan pada akhir ayat.
Peraturan-peraturan Umum Penukaran Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah
Kata Cakap Ajuk Cakap Pindah
Kata Ganti Nama Diri Pertama saya,aku, hamba , patik,beta, kita , dia , nya , baginda , mereka
kami
Kata Ganti Nama Diri Kedua kamu , anda , awak , engkau saya , kami, dia , mereka, -nya
Kata Ganti Nama Diri Ketiga dia , mereka , beliau dia , mereka , beliau
Kata Ganti Nama Tunjuk ini itu
Kata Ganti Nama Tempat sini situ
Kata Keterangan Cara begini , demikian ini begitu , demikian itu
Kata Keterangan Masa sekarang, pada masa itu , pada ketika itu
malam tadi, malam yang lepas
hari itu, hari itu
semalam , pada hari semalam / malam semalam
esok , pada keesokan hari
Singkatan Perkatan nak , mak , kak , tak , dah hendak , emak , kakak , tidak , sudah
Contoh :
Cakap Ajuk : “ Rumah saya dihias dengan indah,” kata Zukiah kepada Mia Sari.
Cakap Pindah : Zukiah memberitahu Mia Sari bahawa rumahnya dihias dengan indah.
2
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH UNTUK MENENGAH RENDAH/MOHAZ/SEMKIP
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH
Langkah Menukar Ayat Penyata
Langkah 1 menulis penutur
Langkah 2 menulis kata tengah (memberitahu , menyatakan , menerangkan ……)
Langkah 3 menulis pendengar
Langkah 4 menulis kata ganti ( bahawa )
Langkah 5 proses penukaran dan peniruan yang selanjutnya.
Menukarkan Kata Kerja
Cakap Ajuk Cakap Pindah
Kata Berkata kepada / memberitahu / menyatakan
Terang Menerangkan
Jelas Menjelaskan
Tanya Menanyakan / bertanya kepada
Jawab Menjawab
Maklum Memaklumkan
Nasihat Menasihati
Suruh Menyuruh
Setuju Bersetuju
Contoh Ayat : 1
Cakap Ajuk : “ saya tidak mahu pergi,” kata Daniel.
Cakap Pindah : Daniel menyatakan bahawa dia tidak mahu pergi.
Contoh Ayat: 2
Cakap Ajuk : “ Malaysia menduduki tempat ke-10 dalam gejala rasuah,” kata Perdana Menteri
kepada para hadirin.
Cakap Pindah : Perdana Menteri menerangkan kepada para hadirin bahawa Malaysia menduduki
tempat ke-10 dalam gejala sosial rasuah.
3
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH UNTUK MENENGAH RENDAH/MOHAZ/SEMKIP
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH
Langkah Menukar Ayat Tanya Jenis Pertama
(apa , siapa , mengapa , kenapa , di mana , ke mana , bagaimana , bila , berapa )
Langkah 1 menulis penutur
Langkah 2 menulis kata menyoal
I. Menyoal
II. Bertanya kepada
III. Ingin tahu daripada
Langkah 3 menulis pendengar
Langkah 4 menulis kata ganti ( tentang )
Langkah 5 proses penukaran dan peniruan yang selanjutnya.
Menukarkan Kata Tanya
Cakap Ajuk Cakap Pindah
Ke mana Tempat
Mengapa Sebab
Bagaimana Cara
Berapa Harga / bilangan
Contoh Ayat : 1
Cakap Ajuk : “ Mengapakah kamu datang lewat hari ini?” tanya Cikgu Mohaz kepada Rasyid.
Cakap Pindah : Cikgu Mohaz bertanya kepada Rasyid tentang sebab dia datang lewat pada hari itu.
Contoh Ayat: 2
Cakap Ajuk : “ ke mana awak nak pergi sekarang?” tanya ibu kepada Sophia.
Cakap Pindah : Ibu bertanya kepada Sophia tentang tempat dia hendak pergi ketika itu.
4
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH UNTUK MENENGAH RENDAH/MOHAZ/SEMKIP
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH
Langkah Menukar Ayat Tanya Jenis Kedua
(sudahkah , bolehkah , sanggupkah , benarkah , adakah )
Langkah 1 menulis penutur
Langkah 2 menulis kata menyoal
I. Menyoal
II. Bertanya kepada
III. Ingin tahu daripada
Langkah 3 menulis pendengar
Langkah 4 menulis kata ganti ( sama ada )
Langkah 5 proses penukaran dan peniruan yang selanjutnya.
Contoh Ayat : 1
Cakap Ajuk : “ Bolehkah engkau bantu saya petang ini?” tanya Fahzuan kepada Uzair.
Cakap Pindah : Fahzuan bertanya kepada Uzair sama ada dia boleh membantunya pada
petang itu.
Contoh Ayat: 2
Cakap Ajuk : “ Adakah kamu setuju dengan cadangan ini?”, tanya Kenny kepada Al-Aiman .
Cakap Pindah : Kenny bertanya kepada Al-Aiman sama ada dia bersetuju dengan cadangan itu
atau tidak.
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH
Langkah Menukar Ayat Perintah
Langkah 1 menulis penutur
Langkah 2 menulis kata tengah
Langkah 3 menulis pendengar
Langkah 4 menulis kata ganti ( supaya )
Langkah 5 proses penukaran dan peniruan yang selanjutnya.
Menukarkan Kata Perintah
Cakap Ajuk Cakap Pindah
Tolong Meminta bantuan
Sila Menjemput / mempersilakan
Jangan / Usah Melarang
Harap Meminta
5
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH UNTUK MENENGAH RENDAH/MOHAZ/SEMKIP
Cakap Ajuk : “ Kumpulkan kertas-kertas itu dan bakar di belakang rumah,” kata Khai Qin kepada
anaknya.
Cakap Pindah : Khai Qin menyuruh anaknya supaya mengumpulkan kertas-kertas itu dan
membakarnya di belakang rumah.
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH
Langkah Menukar Ayat Seruan
Langkah 1 gantikan kata seru
Langkah 2 tulis penutur
Langkah 3 proses penukaran dan peniruan yang selanjutnya.
Cakap Ajuk Menukarkan Kata Seru
Cis Cakap Pindah
Amboi Dengan perasaan benci / marah
Eh Dengan perasaan terkejut
Hero Dengan perasaan hairan / terkejut
Wah Dengan perasaan gembira
Aduhai Dengan perasaan kagum
Aduh Dengan perasaan sedih
Oh Mengerang kesakitan
Syabas Dengan perasaan hairan
Mengucapkan tahniah
Cakap Ajuk : “ Wah hebat betul permainan Datuk Lee Chong Wei sewaktu bertanding dalam
kejohanan Badminton Asia!” kata Raja Adam kepada Alif.
Cakap Pindah : Dengan perasaan kagum Raja Adam menyatakan kepada Alif tentang kehebatan
permainan Datuk Lee Chong Wei sewaktu bertanding dalam Kejohanan Badminton
Asia.
10 PETUA DALAM TRANSFORMASI AYAT CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH.
1. Semua kata ganti nama diri pertama dan kedua harus diubah menjadi kata ganti nama diri ketiga.
"Awak tinggal di mana?" Tanya Nur Aisah kepada Nurdayana.
▶ Nur Aisah bertanya kepada Nurdayana tentang tempat tinggalnya.
2. Semua kata ganti tunjuk dekat harus ditukar kepada kata ganti tunjuk jauh.
"Beg ini milik siapa?" Tanya Muhammad Muslim.
▶ Muhammad Muslim bertanya tentang identiti pemilik beg itu.
6
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH UNTUK MENENGAH RENDAH/MOHAZ/SEMKIP
3. Semua kata tanya harus ditukar kepada kata nama am.
Siapa - tentang individu
Apa - tentang apa
Berapa - tentang harga / bilangan
Mengapa - tentang sebab / punca / faktor
Bila - tentang masa / tarikh
Di mana - tentang tempat
Bagaimana - tentang cara / keadaan
"Bagaimanakah Puan Hasanah sekarang?" tanya ibu kepada Nazreen.
▶ Ibu bertanya kepada Nazreen tentang keadaan Puan Hasanah pada waktu itu.
4. Semua kata adverba yang menunjukkan maksud dekat harus menjadi jauh.
begini ➡begitu
"Jangan bersikap begini, tak elok dipandang orang," nasihat bapa Faiz kepadanya.
▶ Bapa Faiz menasihatinya supaya tidak bersikap begitu kerana tidak elok dipandang orang.
5. Semua singkatan kata perlu diubah menjadi perkataan yang lengkap kerana cakap ajuk ialah dialog yang banyak
mengandungi singkatan kata.
mak➡emak
tak ➡ tidak
nak➡hendak
mau➡mahu
tiada➡ tidak ada
"Saya nak pergi ke Kuala Lumpur esok,"'kata ibu kepada Damia.
Ibu memberitahu Damia bahawa dia hendak pergi ke Kuala Lumpur esok.
6. Semua kata kerja yang tidak berimbuhan (biasanya wujud dalam cakap ajuk) harus ditukar menjadi kata kerja yang
berimbuhan mengikut tatabahasa dan pengimbuhan.
"Mak, saya nak rotan adik kerana nakal," kata Cameliya kepada ibunya.
▶Cameliya berkata kepada ibunya bahawa dia hendak merotan adiknya kerana nakal.
7. Semua perkataan yang tidak formal harus ditranformasikan kepada perkataan yang formal mengikut tempat dan
keadaan.
"Keluar dari rumah aku ini," jerit ibu kepada kakak yang degil.
Ibu menjerit kepada kakak yang degil sambil menghalau kakak keluar dari rumahnya itu.
7
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH UNTUK MENENGAH RENDAH/MOHAZ/SEMKIP
8. Semua kata seru perlu ditransformasikan kepada kata nama yang jelas dan sesuai.
Wah ➡perasaan kagum
Amboi ➡nada mengejek
Eh ➡perasaan hairan
Cis ➡marah
Oh ➡seolah-olah sudah memahami ....
dan lain-lain
"Wah, tingginya Menara KLCC ini," kata murid-murid dari Terengganu.
Murid-murid dari Terengganu mengagumi ketinggian Menara KLCC.
9. Semua kata perintah dalam ayat perintah harus ditransformasikan kepada ayat penyata yang gramatis.
Jangan ➡melarang
Usah ➡menasihati (siapa) agar tidak
"Jangan buang sampah di tapak perhimpunan," kata guru disiplin itu kepada murid-murid.
▶Guru disiplin itu melarang murid-murid daripada membuang sampah di tapak perhimpunan.
10. Semua bahasa pinjaman atau bahasa pasar harus ditransformasikan menjadi bahasa Melayu yang gramatis.
"Lu mau pergi ke mana?" tanya Halimatul kepada Nancy.
▶ Halimatul bertanya kepada Nancy tentang tempat yang ingin ditujuinya.
*INFO-cakap ajuk dan cakap pindah akan dipelajari oleh pelajar menengah rendah semasa
di tingkatan 3 .Rujuk buku teks ms 177 Tema 14.
8
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH UNTUK MENENGAH RENDAH/MOHAZ/SEMKIP
UJI DIRI
Soalan uji diri subjektif
A. Tukarkan ayat-ayat yang berikut kepada cakap pindah.
1.“Sudah lama kami tunggu kamu di sini,”kata Kiki dan Noni kepada Aidil zakwan.
2. “Aduh, peningnya kepalaku!” kata Muhammad Faris.
3. “Ibu berdoa semoga kamu memenangi pertandingan syarahan itu,”kata Puan
Memy kepada Naieemah.
4.”Jangan tonton televisyen hingga larut malam,” kata Puan Nursyalina kepada
Hasbullah.
B. Tukarkan ayat-ayat yang berikut kepada cakap ajuk.
1. Nur Aqilah ingin mengetahui keadaan diri Haikal.
2. Zetyy mengajak rakan sekelasnya dating ke rumahnya pada hari Khamis.
3. Ashok menyatakan bahawa dia telah menyiapkan kerja sekolah.
4. Cikgu Mohaz menyuruh murid-muridnya menyapu sampah di dalam makmal.
9
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH UNTUK MENENGAH RENDAH/MOHAZ/SEMKIP
C. Soalan Uji Diri Objektif
Arahan soalan: Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang
paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
1) “Maafkan saya jika ada kesalahan sepanjang kita berkawan,” Kata Mikail
kepada Zarul.
A Mikail memaafkan kesalahan Zarul sepanjang mereka berkawan.
B Mikail meminta maaf jika berbuat salah kepada Zarul sepanjang mereka
berkawan.
C Zarul memaafkan Mikail yang berbuat salah kepadanya sepanjang mereka
berkawan.
D Zarul meminta maaf jika berbuat salah kepada Mikail sepanjang mereka
berkawan.
2) “Berjimat cermatlah dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang,”
kata Encik Pabio kepada isteri dan anak-anaknya.
A Encik Pabio berkata kepada isteri dan anak-anaknya supaya berjimat
cermat kerana keadaan ekonomi pada masa itu tidak menentu.
B Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu itu, Encik Pabio,isteri, dan
anak-anak mereka dinasihati supaya berjimat cermat.
C Encik Pabio menasihati anak-anak dan isterinya supaya berjimat cermat
dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa itu.
D Encik Pabio berkata kamu semua berjimat cermatlah semasa ekonomi
tidak menentu sekarang.
10
TEKNIK MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH UNTUK MENENGAH RENDAH/MOHAZ/SEMKIP
PANDUAN PENSKORAN
Skema uji diri subjektif
Cakap ajuk kepada cakap pindah.
1. Kiki dan Noni memberitahu Aidil Zakwan bahawa sudah lama mereka
menunggunya di situ.
2. Muhammad Faris mengaduh kerana kepalanya pening.
3. Puan Memy memberitahu Naieemah bahawa dia berdoa semoga anaknya
memenangi pertandingan syarahan itu.
4. Puan Nursyalina melarang Hasbullah menonton televisyen hingga larut malam.
Cakap ajuk kepada cakap pindah.
1. “Apa khabar?” tanya Nur Aqilah kepada Haikal.
2. “Silalah datang ke rumah saya pada hari Khamis,” kata Zetyy kepada rakan
sekelasnya.
3. “Saya telah menyiapkan kerja sekolah,” kata Ashok.
4. “Tolong sapu sampah di dalam makmal, kata cikgu Mohaz kepada murid-
muridnya.
Skema uji diri objektif
1. B
2. C
11