The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KMK/STPM/SEM.1-PROSA TRADISIONAL-SASTERA AGAMA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayahandahazum05, 2021-09-07 20:13:30

NOTA INILAH HIKAYAT PERI MENYATAKAN NABI WAFAT

KMK/STPM/SEM.1-PROSA TRADISIONAL-SASTERA AGAMA

SEMESTER I/KMK/STPM

NOTA INILAH HIKAYAT
PERI MENYATAKAN
NABI WAFAT

PROSA TRADISIONAL-SASTERA AGAMA

NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHD HAZLI BIN CHE SEMAN @ CHE OTHMAN
SEMKIP

nukilan aksara:cikgumohaz/prosa tradisional/sastera agama/sem.1

INILAH HIKAYAT PERI MENYATAKAN NABI WAFAT
JENIS
-merupakan genre sastera agama.
DEFINISI SASTERA AGAMA (CERITA NABI DAN TOKOH-TOKOH ISLAM)
Cerita-cerita nabi dan tokoh-tokoh Islam khasnya cerita tentang Nabi Muhammad
SAW merupakan karya sastera bercorak naratif yang berkisar tentang peristiwa
yang berlaku ke atas diri baginda.

Secara umumnya, cerita ini berlatar belakangkan sejarah Islam sebenar.Walau
bagaimanapun,gambaran tentang perwatakan baginda serta latar tempat dan latar
masa yang dilukiskan adalah berdasarkan peristiwa sejarah sebenar tetapi telah
diolah kembali dengan memasukkan unsur mitos dan lagenda( Majlis Peperiksan
Malaysia,2003)

Ringkasan definisi sastera agama
i) Merupakan hasil-hasil karya bercorak cereka melalui media naratif
ii) sastera agama berkisar tentang peristiwa yang berlaku kepada watak yang
penting dalam sejarah perkembangan Islam
iii) watak yang digambarkan dalam karya merupakan tokoh yang agung dalam
sejarah perkembangan Islam
CIRI-CIRI SASTERA AGAMA
1. Bersifat doksologi
-memuji-muji kebesaran Allah
-banyak peristiwa yang menggambarkan kebesaran Allah
2. Karya berbentuk naratif
-mengandungi pelbagai teknik:dialog penceritaan langsung dan imbas kembali
3. Bertemakan ketokohan Nabi Muhammad
-banyak memberi fokus kepada perwatakan dan keistimewaan Nabi Muhammad.
4. berlatar belakangkan cerita sejarah Islam
-berdasarkan cerita sebenar peristiwa Nabi Muhammad tetapi cerita ini telah
digubah oleh pengarang di Alam Melayu dengan tujuan untuk menyalurkan
pengajaran Islam.

1

nukilan aksara:cikgumohaz/prosa tradisional/sastera agama/sem.1

FUNGSI SASTERA AGAMA
A) Sebagai alat pengajaran dan teladan
Cerita Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat kaya dengan sumber ajaran
moral bagi mengatur kehidupan masyarakat yang baik dan mengikut lunas-lunas
Islam. Sifat-sifat yang ada pada Nabi Muhammad dan tokoh-tokoh lain seperti
baik,merendah diri,tabah,berusaha,beriman,cekal dan sentiasa bertakwa kepada
Allah SWT itu dapat dijadikan contoh teladan dan pengajaran kepada orang lain.

B) Sebagai alat untuk menyebarkan agama Islam
Dengan penyebaran dan meluasnya agama dan pengaruh Islam di alam
Melayu,Islam perlu menunjukkan keistimewaan yang dimiliki oleh tokoh-tokoh Islam
yang terbilang. Dengan cara ini penyebaran agama Islam semakin diterima dan
berjaya memupuk kepercayaan penganut Islam tentang kelebihan kehandalan nabi-
nabi yang memiliki mukjizat yang tidak ada pada tokoh manusia lain.

C) Dapat meningkatkan keimanan
Umat Islam diseur untuk sentiasa beribadat kepada Allah,mendirikan sembahyang
lima waktu dan menjauhkan diri daripada segala perbuatan maksiat kerana manusia
semuanya akan mati dan menghadapi Tuhan pada hari Akhirat.

SINOPSIS
Nabi Muhammad telah didatangi oleh dua orang malaikat iaitu Jibrail dan malaikat
Maut atas arahan Allah. Nabi bersedih kerana akan meninggalkan umatnya yang
dikasihi. Beliau telah berpesan kepada umatnya yang dikasihi. Beliau telah berpesan
kepada anak dan isterinya agar jangan bersedih dan meneria hakikat takdir serta
berjanji akan bertemu semula di hari akhirat kelak. Para sahabat Nabi Muhammad
SAW seperti bilai,Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali turut bersedih di atas berita yang
disampaikan. Kemudian Rasulullah mengajak Ali ke masjid untuk menunaikan solat
sunat diikuti oleh Abu Bakar,Umar,Uthman,Ali,Hassan dan Hussin. Setelah selesai
menunaikan solat, Rasulullah pun naik ke atas mimbar membaca selawat dan
membaca khutbah yang akhir. Setelah selesai memberi khutbah,baginda turun dari
mimbar dan berdiri ditempat imam untuk mengimamkan solat berjemaah. Setelah itu
Rasulullah pun membuat pengumumuan kepada siding jumaah yang ingin
menyelesaikan perkara-perkara tertentu termasuk hutang sebelum beliau wafat
supaya tidak menjadi beban di hari akhirat kelak. Ada umatnya yang bernama

2

nukilan aksara:cikgumohaz/prosa tradisional/sastera agama/sem.1

Akasyah ingin menuntut hutang kerana telah terpukul oleh cemeti Rasulullah ketika
perang.Akasyah ingin membalas balik ke atas Rasulullah sebagai syarat membayar
balik hutang lama tersebut. Para sahabat dan ahli keluarga baginda bersedih namun
Akasyah tetap ingin meneruskan niatnya dan Rasulullah diminta membuka baju
supaya Akasyah dapat memukul baginda dengan cemeti.Sebaik sahaja baginda
membuka baju Akasyah terus mencium perut pusat Rasulullah SAW,wajah Akasyah
bercahaya-cahaya seperti bulan purnama. Setelah peristiwa tersebut,baginda telah
mengumumkan bahawa pengganti imam di masjid ialah Saidina Abu Bakar.
Seterusnya baginda dibawa pulang oleh Saidina Ali ke rumah Aisyah, Rasulullah SAW
telah berpesan kepada Fatimah agar tidak mencabut rambut dan menampar-nampar
dada kerana perbuatannya tersebut adalah haram di sisi Allah SWT. Setelah sampai
waktunya, Malikul Maut datang ke rumah Rasulullah dan memberi salam di luar rumah
baginda. Apabila Malikul Maut dibenarkan masuk maka dikhabarkan bahawa segala
bidadari dan malaikat sedang meunggu roh nabi setelah baginda mencium kepala
Fatimah,baginda wafat.

TEMA
Keistimewaan Nabi Muhammad sebagai tokoh Islam yang agung
PERSOALAN
1) Persoalan kasih sayang.
Contoh: Nabi sangat menyayangi ahli keluarga dan umatnya.Begitulah
sebaliknya,Fatimah sangat menyayangi baginda selaku bapanya.
2) Persoalan prihatin
Contoh: Rasullah SAW prihatin terhadap umatnya dan sentiasa mengingatkan
umatnya supaya sentiasa beriman kepada Allah SWT.
3) Persoalan pasrah kepada Allah
Contoh: Rasulullah SAW reda dengan ketentuan Allah bahawa kewafatannya
hamper tiba.
4) Persoalan bertanggunjawab
Contoh: Sebagai pemimpin Islam,Rasulullah SAW telah mengimamkan solat dan
menyampaikan khutbah kepada sidang jemaah. Baginda juga berwasiat kepada
umatnya agar sentiasa beriman kepada Allah,menjaga solat dan tidak menganiayai
anak-anak yatim.

3

nukilan aksara:cikgumohaz/prosa tradisional/sastera agama/sem.1

5) Persoalan keimanan
Contoh: Walaupun Rasullah SAW berada dalam keadaan tenat,namun baginda
tetap ingin menunaikan solat di masjid dan masih mampu menjadi imam serta
menyampaikan khutbah kepada umatnya.
6) Persoalan merendah diri
Contoh: Rasulullah mengakui kesalahannya walaupun tidak tersengaja terpukul
Akasyah dengan cemeti kudanya,baginda telah meminta Akasyah membalas
pukulan tersebut.
7) Persoalan kejujuran
Contohnya: Akasyah menyatakan bahawa ketika hendak pergi berperang sabilillah,
Rasulullah SAW telah memukulnya tanpa berbaju secara tidak sengaja dengan
cemeti kuda.
NILAI
1. Nilai kasih sayang
Contoh: Nabi sangat menyayangi ahli keluarga dan umatnya.Begitulah
sebaliknya,Fatimah sangat menyayangi baginda selaku bapanya.
2. Nilai tanggunjawab
Contoh: Sebagai pemimpin Islam,Rasulullah SAW telah mengimamkan solat dan
menyampaikan khutbah kepada siding jumaah. Baginda juga berwasiat kepada
umatnya agar sentiasa beriman kepada Allah,menjaga solat dan tidak menganiayai
anak-anak yatim.
3. Nilai rendah diri
Contoh: Rasulullah mengakui kesalahannya walaupun tidak tersengaja terpukul
Akasyah dengan cemeti kudanya,baginda telah meminta Akasyah membalas
pukulan tersebut.
4. Nilai Adil
Contoh: Rasulullah ingin membersihkan diri daripada kesalahan yang telah
dilakukan terhadap umatnya sehingga baginda sanggup dipukul oleh Akasyah
walaupun dirinya sudah lemah.
5. Nilai iman/keimanan
Contoh: Walaupun Rasullah SAW berada dalam keadaan tenat,namun baginda
tetap ingin menunaikan solat di masjid dan masih mampu menjadi imam serta
menyampaikan khutbah kepada umatnya.

4

nukilan aksara:cikgumohaz/prosa tradisional/sastera agama/sem.1

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Rasulullah SAW
Latar Belakang
-Ayah kepada Siti Fatimah dan suami kepada Siti Aisyah
- Memiliki 2 orang cucu iaitu Hassan dan Hussin
-Merupakan pesuruh Allah dalam menyebarkan dakwah Islamiah
-Seorang pemimpin Islam yang agung
Perwatakan Rasulullah SAW
1. seorang yang tidak suka berhutang
Contoh: Apabila hampir tiba masanya untuk wafat,Rasulullah SAW ingin
melangsaikan hutangnya kepada Akasyah iaitu berbentuk pukulan.
2. Seorang yang sayang akan umatnya
Contoh: sebelum baginda wafat, baginda meninggalkan wasiat iaitu peringatan
supaya hidup dalam keadaan yang harus bersangka baik dan dinasihatkan agar
menjauhi larangan Allah.
3. Seorang yang bertanggunjawab
Contoh: Sebagai pemimpin Islam,Rasulullah SAW telah mengimamkan solat dan
menyampaikan khutbah kepada sidang jemaah. Baginda juga berwasiat kepada
umatnya agar sentiasa beriman kepada Allah,menjaga solat dan tidak menganiayai
anak-anak yatim.
4. Seorang yang merendah diri
Contoh: baginda merelakan pembalasan yang ingin dilakukan oleh Akasyah dengan
cemeti sambil membuka baju. Walaupun baginda seorang pemimpin yang disanjung
tinggi tetapi baginda dengan rendah hatinya dan merelakan dirinya dihukum.

5. Seorang yang patuh kepada perintah Allah dalam apa-apa keadaan.
Contoh: Rasulullah ialah seorang pemimpin dan ketua yang paling patuh kepada
perintah Allah. Contohnya, saat kewafatannya baginda terus berdakwah kepada
sidang jemaah dan meningatkan anak-anak,isteri dan sahabatnya supaya
meningkatkan iman dan amal soleh.

5

nukilan aksara:cikgumohaz/prosa tradisional/sastera agama/sem.1

PERWATAKAN WATAK-WATAK LAIN

1. Akasyah

Seorang yang jujur.

Contoh: Akasyah menyatakan bahawa ketika hendak pergi berperang
sabilillah,Rasulullah SAW telah memukulnya tanpa berbaju secara tidak sengaja
dengan cemeti kuda.

2. Malikat Jibrail,Mikail dan Malikul Maut

Hamba yang sangat taat kepada Allah SWT.

Contoh: Malaikat-malaikat selalu mematuhi segala perintah Allah yang diberikan
oleh mereka iaitu dengan mengambil nyawa Rasulullah yang diperintahkan oleh
Allah SWT.

LATAR

LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang berkasih sayang.

Contoh: Rasulullah SAW amat menyayangi umatnya.Setelah diberitahu oleh Maliku
Maut berita kemangkatannya, baginda terus menangis bukan kerana sayangkan
dunia atau sayang untuk meninggalkan ahli keluarga tetapi baginda menangis
kerana bimbangkan umatnya akan terpesong keimanannya serta baginda juga amat
menyayangi puterinya Fatimah dan mencium rambut puterinya.

2. Masyarakat yang merendah diri

Contoh: Rasululllah mengakui kesalahannya walaupun tidak tersengaja terpukul
Akasyah dengan cemeti kudanya, baginda telah meminta Akasyah membalas
pukulan tersebut.

3. Masyarakat yang bertanggunjawab

Contoh: Rasulullah bertanggungjawab mengimamkan solat dan menyampaikan
khutbah kepada sidang jemaah. Baginda juga berwasiat kepada umatnya agar
sentiasa beriman kepada Allah,menjaga solat dan tidak menganiayai anak-anak
yatim.

4. Masyarakat yang tidak suka berhutang

Contoh:Rasulullah SAW meminta sahabatnya Akasyah untuk datang berjumpa
dengan baginda untuk melunaskan hutang baginda walaupun hutang itu berbentuk
pukulan.

5. Masyarakat yang taat perintah kepada Allah

Contoh: Rasulullah melaksanakan segala tuntutan Allah dan meninggalkan
larangan-Nya walaupun dalam keadaan sakit dan hampir kewafatan masih lagi solat
berjemaah di masjid.

6

nukilan aksara:cikgumohaz/prosa tradisional/sastera agama/sem.1

6. Masyarakat Arab
Contoh: Masyarakat arab yang hidup dalam zaman perkembangan Islam
iaitu di Tanah Arab @ dikenali dengan gelaran bumi anbia,iaitu di Madinah al-
Munawarah.

Latar Tempat
1)BUMI ANBIA [TANAH ARAB]

-Kisah kenabian ini berlaku di tanah arab.peristiwa kewafatan Rasulullah ini
berlaku di Madinah,iaitu di rumah Siti Fatimah yang kini lebih dikenali dengan
nama tanah masjid Nabawi.
2) Masjid : Sebelum kewafatannya,nabi dan umat-umatnya menunaikan solat
berjemaah secara beramai-ramai.
Latar Masa
1) Pada Zaman keagungan Islam : Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin
agama Islam pada ketika itu.
2) Pada waktu subuh: Setelah selesai menunaikan solat,baginda pulang ke rumah.

PLOT
i) PERMULAAN
Allah swt memerintahkan malaikat untuk mencabut nyawa nabi .
ii) PERKEMBANGAN
Nabi meminta sahabat untuk membawa baginda ke masjid.
iii) KONFLIK
Akasyah menuntut untuk memalu badan rasulullah saw disebabkan
rasulullah saw telah memalu badannya semasa perang.

iv) PELERAIAN
Malaikat maut menjalankan tugasnya mencabut nyawa nabi.

7

nukilan aksara:cikgumohaz/prosa tradisional/sastera agama/sem.1

TEKNIK PENCERITAAN
1. DIALOG
Contohnya, Malaikat memberi salam kepada Rasulullah pun menjawab
salamnnya.

2. SASPENS
Contohnya, Akasyah yang ingin memukul Rasulullah menggunakan cemeti
sebagai balasan.

MESEJ
(apa -apa yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada audien/pembaca)

1. Pentingnya sikap kasih sayang antara satu sama lain agar dapat menjalinkan
hubungan silaturahim yang erat.
2. Pentingnya sikap bertanggunjawab agar setiap amanah yang dipikul oleh
seseorang dapat ditunaikan dengan sebaik-baiknya.
3. Pentingnya sikap merendah diri agar seseorang rela menerima cadangan dan
buah fikiran orang lain.
4. Pentingnya sikap prihatin kepada seseorang agar sentiasa hidup dengan
berpegang ajaran agama Allah.
5. Pentingnya sikap keredaan agar seseorang menerima takdir yang berlaku itu
ditentukan oleh Allah dengan kerelaan hati.

PENGAJARAN

(apa-apa yang pembaca/audien peroleh atau dapat daripada pembacaannya)

1. kita hendaklah menerima ketentuan takdir ilahi
Contoh:Nabi adalah insan yang menerima takdir atau ketentuan ilahi bahawa
umurnya akan berakhir.

2. kita mestilah berani mengakui kesilapan diri.
Contoh:Nabi mengakui kesilapan perbuatannya ketika peperangan yang telah
menyebabkan akasyah terkena cemeti kudanya.

3. kita haruslah menyayangi keluarga sendiri.

Contoh:Nabi sangat menyayangi keluarganya fatimah. begitulah
sebalikmya,fatimah sangat menyayangi baginda selaku bapanya.

4. kita hendaklah jadi insan yang pemaaf
Contoh:Akasyah adalah insan yang pemaaf dan tidak berniat untuk menganiayai
nabi Muhammad

5. Kita haruslah mempunyai sikap kasih sayang antara satu sama lain agar
melahirkan masyarakat yang hidup dalam penuh keharmonian dan kedamaian.

8

nukilan aksara:cikgumohaz/prosa tradisional/sastera agama/sem.1

6. Kita haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab agar amanah yang
diberikan dapat dilaksanakan dengan baik.
7. Kita haruslah mempunyai sikap merendah diri agar seseorang akan rela
menerima cadangan dan buah fikiran orang lain.
8. Kita haruslah mempunyai sikap prihatin kepada seluruh manusia agar dapat
membentuk sikap mulia dalam diri.
9. Kita haruslah mempunyai sikap ketaatan kepada Allah SWT agar umat Islam
tidak terpesong dari landasan Islam.
10. Kita haruslah mempunyai sikap keredaan dalam diri agar mempunyai
kerelaan hati dalam menerima kenyataan yang telah ditentukan oleh Allah.
11. Kita haruslah mempunyai sikap keadilan dalam menjalani kehidupan agar
seseorang akan dipandang mulia sama ada di sisi Allah SWT atau dalam
kalangan manusia.
ASPEK PEMIKIRAN
1. Percaya Kepada Allah Taala.
2. Beribadat kepada Allah.
3. Tidak meninggalkan sembahyang lima waktu.
4.Kelebihan dan keistimewaan Rasulullah.
5.Menerima ketentuan Allah/takdir Allah.
KEPENTINGAN KARYA DALAM KONTEKS SARWAJAGAT MASYARAKAT
MELAYU TRADISIONAL
1. Mengagungkan Nabi Muhammad
2. Sebagai alat untuk menyampaikan dakwah
3. Menguatkan akidah dan kepercayaan kepada Islam.

9


Click to View FlipBook Version