The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KMK STPM SEM.1-SIRI 4 NOTA PUISI TRADISIONAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayahandahazum05, 2021-08-15 21:49:18

NOTA MANTERA

KMK STPM SEM.1-SIRI 4 NOTA PUISI TRADISIONAL

NOT

NOTA MANTERA ULIT MAYANG &
MENDUDUKI RUMAH BARU

SIRI 4

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHD HAZLI CHE SEMAN
KMKSTPM/SEM.1

1.1.7 MANTERA
Definisi
Mantera ialah kata-kata yang diucapkan untuk mendapatkan sesuatu dengan kuasa
ghaib (melalui mimpi). Jampi ialah kata-kata tertentu yang diucapkan untuk
mendapatkan kesaktian (seperti menyembuhkan penyakit dan sebagainya). Mantera
juga diberi pengertian sebagai ungkapan kata-kata yang digunakan pawang dan
bomoh Melayu dalam upacara-upacara yang mempunyai berbagai ragam maksud
dari segi kepercayaan lama seperti digunakan dalam doa dan pendinding
keselamatan daripada segala bencana iaitu digunakan dalam upacara-upacara ritual,
pemujaan kepada penunggu dan semangat, juga dalam kerja-kerja bersangkut paut
dengan pertanian dan menangkap ikan (supaya menjauhkan bala dan kerosakan
segala bencana).

Jampi

Tangkal Tawar
Seru
mantera Sembur
dikenali

juga
sebagai

Uja Cuca

Rajah 1: Nama lain Mantera

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM1/#MANTERA 1

Ciri-ciri Mantera

Dari segi bentuk :
i. Bentuk bebas atau tidak terikat
ii. Jumlah baris dalam satu rangkap adalah bebas / tidak tetap
iii. Jumlah rangkap bagi satu-satu mantera juga adalah bebas.
iv. Rima akhir baris adalah bebas iaitu tidak ada skema rima yang tertentu.

Dari segi isi :
i. Mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengan kata-kata pujian dengan
tujuan membawa keuntungan dan menjauhkan bencana.
ii. Mengandungi unsur-unsur atau ungkapan magis yang digunakan dalam upacara-
upacara tertentu serta bersifat kudus atau menyelami soal-soal kebatinan

Dari segi bahasa :
i. Mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan gambaran (imej) yang tertentu
seperti gambaran alam semulajadi, benda-benda, tingkah laku atau perbuatan,
perasaan atau sentuhan, bunyi atau pendengaran
ii. Kaya dengan bahasa perbandingan, kata-kata perulangan, kata-kata kiasan atau
kiasan bahasa dan metafora.

Jenis mantera dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan tujuan mantera tersebut
diucapkan, iaitu :
a. Perubatan
b. Pakaian diri
c. Pekerjaan
d. Adat isiadat

Tujuan Penggunaan Mantera

a. Menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai
mengganggu sesuatu tempat atau yang mengganggu kehidupan seseorang dan
masyarakat.
b. Dijadikan sebagai pemanis, pengasih dan pembenci
c. Mantera digunakan dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat.

MANTERA ULIT MAYANG

Anda sudah tentu pernah dengar lagu tradisi Negeri Terengganu, Ulit Mayang. Lagu
Ulit Mayang yang bermula sebagai kaedah perubatan tradisional menjadi identiti
Terengganu kerana menjadi amalan masyarakat Melayu lama sejak beratus tahun
lalu. Namun amalan itu dikatakan amalan khurafat kerana menggunakan khidmat
makhluk halus atau pun jin dalam mengubati seseorang pesakit.

Sekarang Ulit Mayang hanya dikaitkan sebagai persembahan kesenian tradisional
yang masih aktif berkembang beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM1/#MANTERA 2

Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulit Mayang ini dimainkan dengan
menggunakan Mayang Pinang. Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan
semangat. Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan
pantun oleh rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai
dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah. Tidak ada muzik
yang mengiringi persembahan ini.

Persembahan dan Tarian Ulit Mayang

Kini, Ulit Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa
mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera. Malah, persembahan
hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit.

Ulit Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang
lelaki yang terkena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak
raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena
sampuk.

Sejarah Ulit Mayang

Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa
menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit
melalui jampi, seru dan mantera. Ulit Mayang yang ada pada hari ini sudah mengalami
perubahan termasuk menghapuskan unsur khurafat.

Kini, persembahan Ulit Mayang yang dimainkan sekadar untuk suka-suka saja, di
mana ia melambangkan suatu pemujaan mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh
beradik. Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal
Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan
disapu minyak kelapa terlebih dahulu.
Doa dan ‘bangkitan’ dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang
mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.

ANALISIS MANTERA ULIT MAYANG

FUNGSI/TUJUAN MANTERA
· Untuk tujuan perubatan tradisional melayu.
· Untuk hiburan masyarakat zaman dahulu.
· Dijadikan sebagai persembahan kesenian tradisional.

TEMA
. Mantera ini membawa tema kemasyarakatan, iaitu kebolehan puisi ini menjadi

amalan penting dalam kehidupan masyarakat yang mempercayai amalan pemujaan
dan puji-pujian untuk merawat penyakit.

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM1/#MANTERA 3

PERSOALAN
1. Persoalan kehidupan manusia dahulu yang mengamalkan satu bentuk amalan

perubatan magis sama ada dalam bentuk pemujaan atau jampi.
2. Persoalan manusia pada zaman dahulukala amat bergantung pada alam dalam

seluruh kehidupannya.
3. Persoalan masyarakat pada zaman dahulu bersandar atau memoho perlindungan

daripada unsur ghaib untuk meneruskan kehidupannya.

CIRI-CIRI MANTERA (dari segi bentuk dan sifatnya)
· Ada 7 rangkap
· 1 rangkap ada 8 baris kecuali rangkap 7 ada 4 baris
· 3-5 patah perkataan sebaris
· Jumlah suku kata 7-11 suku kata dalam sebaris
· Rima bebas kecuali rangkap 1

NILAI KEMASYARAKATAN
· Nilai masyarakat yang percaya akan benda-benda khurafat.
· Nilai masyarakat yang percaya kepada penggunaan jin.
· Nilai masyarakat yang amalkan adat turun temurun.

ASPEK ESTETIKA
· Bahasa mantera dianggap bahasa keramat
Unsur Bunyi
o Ansonansi (pengulangan vokal;a,e,i,o,u )
Rangkap 1 baris 5 “ Seri Menapak nama daunmu “

Baris diatas pengulangan vokal a sebanyak 5 kali

o Aliterasi (pengulangan konsonen )

Rangkap 2 baris 1 “ umbut mayang diumbuk”

Baris diatas pengulangan konsonan m sebanyak 3 kali

Gaya Bahasa

o Anafora ( pengulangan di awal baris )
Rangkap 1 baris 1 dan 8 = “aku”
Rangkap 1 baris 2-7 = “seri”
Aku tahu asal usulmu

Seri Bersila nama asalmu
Seri Berdiri nama batangmu

Seri Hidup asal usulmu
Seri Menampak nama daunmu

Seri Guntur nama bungamu
Seri Gintir nama buahmu

Aku tahu asal usulmu.
Rangkap 2 = “umbut “, “ulit “, “puteri “

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM1/#MANTERA 4

o Responsi (pengulangan tengah ayat )
Rangkap 2 baris 1 dan 3 = “mayang “
Rangkap 2 baris 2 dan 4 = “dengan”
Rangkap 2 baris 5-8 = “dua”
Umbut mayang diumbuk
Umbuk dengan jala jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan tuan puteri
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning.

o Repitasi (pengulangan sebaris ayat )
Rangkap 1 baris 1 dan baris 8 = “aku tahu asal usulmu “
Rangkap 2,3,4,5 dan 6 baris 1-3 = “umbut mayang di umbuk”

“umbut dengan jala jemala”
“ulit mayang diulit”

MANTERA MENDUDUKI RUMAH BARU

TEMA
· Adat menduduki rumah baru agar tuan rumah tidak ditimpa kecelakaan.

PERSOALAN
1) Persoalan memohon pertolongan daripada Allah supaya melindungi rumah baru

daripada ditimpa bencana.
2) Persoalan adat menduduki rumah baharu perlu dipatuhi beberapa syaratnya supaya

kediaman itu diberkati dan mendapat keharmonian atau akan beroleh kebahagiaan.

CIRI-CIRI(dari segi bentuk dan sifatnya)
· 1 rangkap
· 17 baris
· 1 baris mempunyai 3 hingga 4 patah perkataan

Contoh : baris 13 “barangku citaku perolehi” (3 patah perkataan)
Baris 2 “tepung tawar tepung jati” (4 patah perkataan)

· Bilangan suku kata 6 hingga 14 suku kata
Contoh : baris 16 “dengan berkat doa” (6 suku kata)
Baris 17 “la ilaha ‘illallah, Muhammad Rasulullah” (14 suku kata)

· Mantera tidak terikat
· Rima akhir bebas
· Mantera berbentuk naratif

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM1/#MANTERA 5

NILAI KEMASYARAKATAN
· Masyarakat yang mementingkan adat
- Penggunaan mantera apabila ingin menduduki rumah baru.
· Masyarakat yang mempercayai pegangan agama masing-masing.
- Masyarakat yang berpegang pada agama Islam.
· Masyarakat yang menaruh harapan yang positif.
- Masyarakat yang berharap agar rumah yang baru diduduki itu terselamat daripada

sebarang bencana.

FUNGSI MANTERA
· Bertujuan untuk melindungi/memagari rumah baru daripada semangat jahat.

NILAI ESTETIKA
Unsur Bunyi
· · Ansonansi
- Contoh : baris 1 “tepung tawar tepung jati”

(pengulangan vokal a sebanyak 3 kali)

· Aliterasi
- Contoh : baris 1 “tepung tawar tepung jati”

(pengulangan konsonen t sebanyak 4 kali)

Gaya Bahasa

Penggunaan bahasa arab
- Contoh : baris 1 dan 17

Bismi’llahi’I-Rahmani’I-Rahim
La ilaha ‘illalah, Muhammad Rasulullah

· Anafora
- Contoh : baris 5-7 “jangan sakit jangan mati”

“jangan cela jangan binasa”
“jangan punah jangan ranah”

· Responsi
- Contoh : baris 5-7 “jangan sakit jangan mati”

“jangan cela jangan binasa”
“jangan punah jangan ranah”

· Epifora
- Contoh : baris 3 dan 9 “ketiga dengan tepung kedangsa”

“ketiga dengan tepung kedangsa”

· Repitasi
- Contoh : baris 2 dan 8 “tepung tawar tepung jati”

· Hiperbola
- Contoh : baris 10 “naik emas berkati-kati”

Baris 11 “naik orang beribu laksa”

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM1/#MANTERA 6

· Kata ganda
- Contoh : baris 10 “naik emas berkati-kati”
· Personafikasi
- Contoh : baris 10 “naik emas berkati-kati”

PENGAJARAN
1.Kita hendaklah memohon perlindungan Allah S.W.T supaya jauh daripada
kecelakaan atau perkara buruk.
2. Kita wajib yakin dengan apa-apa juga pemberian Allah SWT.Keyakinan kita
terhadap Allah dalam memohon bantuan seperti menjaga rumah daripada kecelakaan
adalah terletak di bawah kuasa-Nya.

Kepentingan Karya dalam Konteks Sarwajagat Masyarakat Melayu
Tradisional(bagi karya Mantera Ulik Mayang & Menduduki Rumah Baharu)
Mantera penting dalam kalangan masyarakat Melayu kerana mantera digunakan
sebagai kepercayaan magis sebagai pendinding atau penjaga sesuatu benda.
Mantera adalah amalan pemujaan untuk memenuhi hajat dan tujuan tertentu.

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM1/#MANTERA 7


Click to View FlipBook Version