The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KMK/STPM/SEM.1-PROSA TRADISIONAL-SASTERA EPIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayahandahazum05, 2021-09-07 20:10:42

NOTA HIKAYAT HANG TUAH BAB VII& XIX

KMK/STPM/SEM.1-PROSA TRADISIONAL-SASTERA EPIK

NOTA HIKAYAT HANG TUAH
BAB VII&XIX

PROSA TRADISIONAL/ KMK STPM /SEMESTER 1

SMK BUKIT PAYONG

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/SEM.1/KMKSTPM/PROSA TRADISIONAL/HANG TUAH/BAB VII&XIX

PROSA TARDISIONAL: 2.1 KARYA EPIK

HASIL PEMBELAJARAN:

Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti jenis dan ciri-ciri prosa tradisional terpilih;
(b) menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world
view) masyarakat Melayu tradisional;
(c) menjelaskan watak dan perwatakan;
(d) menyatakan aspek estetik dalam karya kajian;

KARYA EPIK

-2 tajuk akan dipelajari,iaitu:

HIKAYAT HANG TUAH (BAB VII/7) DALAM PERMATA SASTERA SEM.1

- Perkahwinan Radin Mas Ayu dengan Raja Melaka (Sang Maniaka)

HIKAYAT HANG TUAH (BAB XIX) DALAM PERMATA SASTERA SEM.1

-Kepahlawanan Hang Tuah sebagai utusan Sultan Melaka ke Benua Keling dan ke
Benua China

DEFINISI EPIK

Epik adalah sebuah genre puisi naratif yang luas,dicirikan dengan
kepanjangannya,pelbagai latar, sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta
jangka masa yang lama.Biasanya melibatkan cerita-cerita zaman kuno ratusan
tahun lampau dan kadang kala sukar untuk difahami kerana ada maksud tersurat
dan tersirat. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan
peristiwa yang meliputi mitos,lagenda,dongeng dan sejarah.Epik biasanya dianggap
penting bagi perjalanan sejarah sesebuah bangsa dan merupakan sumber inspirasi
kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut.

CIRI-CIRI UMUM SASTERA EPIK

Fakta 1 Bentuk
Huraian Karya berbentuk prosa panjang, Teks begitu tebal, watak-watak dalam
cerita amat ramai, tumpuan utama hanya kepada wira disamping
beberapa watak lain.

Fakta 2 Watak wira / watak utama
Huraian sebagai watak wira, adalah tokoh yang agung / unggul, Mempunyai
kedudukan tinggi dalam masyarakat Melayu, Lambang kemegahan /
kekuatan bangsa Melayu

Fakta 3 Latar penceritaan

1

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/SEM.1/KMKSTPM/PROSA TRADISIONAL/HANG TUAH/BAB VII&XIX

Huraian Latar tempat tidak terbatas / amat luas, Latar masa amat panjang /
lama

Fakta 4 Sifat-sifat kepahlawanan / epik
Huraian Memiliki sifat-sifat kepahlawanan yang menonjol / amat banyak
Memiliki ciri-ciri kepahlawanan unggul berani, dan setia kepada raja
Penceritaaan sifat kepahlawanan sejak kecil

Fakta 5 Unsur luar biasa / supernatural
Huraian Banyak terdapat dalam teks, Melibatkan kuasa sakti dan ghaib
Tokoh pahlawan ialah tokoh superhuman / sifat luar biasa dari segi
Fakta 6 intelek (kebijaksanaan / berilmu tinggi), jasmani (gagah /kekacakan),
Huraian emosi (taat setia), rohani (akhlak / agama), Kehebatan kelihatan
dalam peperangan dan pertembungan dengan musuh
Fakta 7
Huraian Gambaran bersifat objektif / Sudut penceritaan
Pengarang tidak terlibat dalam cerita, Pengarang mengasingkan dirinya
Fakta 8 daripada apa-apa yang sedang dicerita, Pengarang melahirkan
Huraian perasaan menyebelahi mana- mana pihak

Dari segi isi
Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian awal (kehidupan awal
wira), bahagian kedua (peristiwa kehandalan / kemasyhuran wira),
dan akhir ( masa tua / uzur atau kemurungan), Mengandungi bahagian
perlawanan dan bahagian pengembaraan

Kedudukan teks kepada masyarakat
Kebanggaan masyarakat / bangsa Melayu, Lambang kemegahan serta
kekuatan bangsa Melayu, Semangat kekuatan / inspirasi bangsa
Melayu
Mempunyai kedudukan tinggi dalam sejarah bangsa dan antarabangsa

FUNGSI
1. Alat menumbuhkan jiwa kepahlawanan.
2. Alat didaktik
3. Alat Hiburan
4. Alat pengabadian segala kejadian yang dialami oleh para raja

2

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/SEM.1/KMKSTPM/PROSA TRADISIONAL/HANG TUAH/BAB VII&XIX

HIKAYAT HANG TUAH (BAB XIX) DALAM PERMATA SASTERA SEM.1
Tema
Kepahlawanan Hang Tuah sebagai utusan Melaka ke Benua Keling dan Benua
China.Contohnya, Hang Tuah menunjukkan kepahlawanannya di Benua Keling
dengan bersikap berani menaiki kuda teji setinggi 6 hasta,laju seperti tidak berpijak
di bumi dan buas seperti singa. Di Benua China pula Hang Tuah berani memandang
wajah Maharaja China walaupun hapir dibunuh oleh 40 orang betara China.
Persoalan
1. Persoalan sifat keberanian Hang Tuah.Contohnya,Laksamana Hang Tuah berani
menunggang kuda teji yang tingginya 6 hasta,pantas berlari seperti tidak berpijak di
bumi dan buas seperti singa.
2. Persoalan kebijaksanaan membuat tipu muslihat.Contohnya,Hang Tuah berjaya
pandang wajah Maharaja China dengan mendongakkan kepalanya ketika makan
kangkung
3. Persoalan keistimewaan tokoh epik yang mampu menguasai bahasa
asing.Contohnya,disebabkan Laksamana Hang Tuah mampu berbicara dengan Raja
Keling dalam Bahasa Bijaya Nagaram,Hang Tuah diberi keistimewaan untuk
menghadap,berbicara dan bertemu dengan Raja Keling dengan sendirinya.
4. Persoalan sikap rendah diri. Contohnya,Laksamana Hang Tuah telah mengatakan
kepada Raja Keling bahawa pengetahuannya dalam berbahasa Bijaya Nagaram
hanya sedikit kerana pernah belajar dengan seorang lebai ketika berada di
Majapahit sedangkan Hang Tuah mampu bercakap dalam Bahasa Keling dengan
lancer dan lembut.
5. Persoalan kuasa sakti. Contohnya, Hang Tuah menanam benih pokok yang
dengan serta-merta tumbuh,berdaun,berbunga,berputik,berbuah lalu masak dan
masak.Apabila buah itu dimakan oleh Kisna Rayan,pokok itu pun ghaib.
6. Persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah.Contohnya,Hang Tuah
selesaikan masalah Nala Sang Guna yang tidak mempunyai kayu api untuk
memasak jamuan untuk Kisna Rayan telah menyuruh Nala Sang Guna agar
menggunakan kain di gedungnya sebagai pengganti kayu api.

3

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/SEM.1/KMKSTPM/PROSA TRADISIONAL/HANG TUAH/BAB VII&XIX

7. Persoalan sikap menghormati orang yang lebih tua.Contohnya,Laksamana Hang
Tuah dan Maharaja Setia berundur dan tunduk sebagai tanda hormat kepada isteri
Nala Sang Guna sebaik melihatnya bersama-sama Nala Sang Guna.

8. Persoalan kepentingan ilmu perubatan.Contoh Hant Tuah pandai membuat ubat
mandul yang dipanggil madat untuk mengubati penyakit mandul pada isteri Nala
Sang Guna

9. Persoalan menguasai ilmu kuda. Contoh Hang Tuah berjaya menunggang kuda
teji yang 6 hasta tinggi,pantas dan ganas seprti singa dengan membisikkan ilmu
kuda yang dipelajarinya daripada gembala kuda di telinga kuda teji.

10. Persoalan sikap bermurah hati.Contohnya isteri Nala Sang Guna telah
memberikan sepersalinan tujuh semberap kepada Laksamana dan Maharaja Setia
sebanyak tiga semberap.

11. Persoalan sikap tolong-menolong.Contohnya,Nala Sang Guna telah memanggil
semua orang-orang kaya untuk membantunya membuat persediaan ketibaan Duli
Kisna Rayan ke rumahnya iaitu,memasak nasi,menyediakan jamuan dan tempat
untuk para menteri.

12. Persoalan kebesaran Raja Melaka.Contohnya surat yang diutuskan oleh Raja
Melaka melalui Laksamana Hang Tuah sangat dipermuliakan oleh orang Benua
Keling kerana Raja Keling asalnya dari keturunan Raja Melaka dan juga Raja Melaja
merupakan saudara tua Raja Keling

13. Persoalan kekayaan pembesar Benua Keling

Contohnya Nala Sang Guna merupakan saudagar Benua Keling yang memiliki
kekayaan yang melimpah dengan dua puluh gedung berisi emas,perak tujuh
buah,gedung dagangan,dan tiga ribu hamba.

NILAI

1.Nilai setia kepada raja.contohnya Hang Tuah patuhi arahan Raja Melaka dengan
menjadi utusan ke Benua Keling dan Cina

2. Nilai bijaksana. Contohnya Hang Tuah bijak menggantikan kayu api dengan kain
yang dicelup minyak semasa ketiadaan kayu api.

3. Nilai hormat akan orang lebih tua.Contohnya Hang Tuah menunduk hormat
sebaik melihat Nala Sang Guna dan isterinya

4.Nilai berani.Contohnya Hang Tuah berani menunggang kuda teji setinggi 6
hasta,laju seperti tidak berpijak di bumi dan buas seperti singa

5. Nilai rendah diri.Contohnya Hang Tuah merendah diri mengatakan bahawa beliau
hanya tahu bercakap bahasa Bijaya Nagaram sedikit sahaja ketika dipuji Raja
Keling.

4

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/SEM.1/KMKSTPM/PROSA TRADISIONAL/HANG TUAH/BAB VII&XIX

CIRI EPIK HANG TUAH
1. BERANI
Contohnya Hang Tuah berani menunggang kuda teji setinggi 6 hasta,laju seperti
tidak berpijak di bumi dan buas seperti singa
2. Bijaksana membuat tipu muslihat
Contohnya Hang Tuah meminta agar sayur jamuannya hanya dipotong panjang-
panjang agar dapat mendongakkan kepalanya untuk melihat Naharaja China
3. Bijak menyelesaikan masalah
Contohnya Hang Tuah bijak menggantikan kayu api dengan kain yang dicelup
minyak semasa ketiadaan kayu api.
4. Mempunyai kuasa sakti
Contohnya Hang Tuah mengeluarkan benih yang apabila ditanam terus tumbuh
dann berbunga serta berbuah. Apabila buahnya dimakan,pokoknya teus ghaib.
5. Mahir berbahasa asing
Contohnya Hang Tuah mahir berbicara Bijaya Nagaram apabila menghadap Kisna
Rayan
6. mempunyai ilmu perubatan
Contoh Hang Tuah pandai membuat ubat mandul yang dipanggil madat untuk
mengubati penyakit mandul pada isteri Nala Sang Guna
7. setia kepada raja
Contoh Hang Tuah mengikuti segala arahan Raja Melaka dengan menjadi utusan ke
Benua Keling.

PENGAJARAN
1.Kita haruslah bersikap berani agar disanjungi orang sekeliling. Contoh Hang Tuah
berani menunggang kuda teji setinggi 6 hasta,laju seperti tidak berpijak di bumi dan
buas seperti singa
2.Kita haruslah bijak menyelesaikan masalah agar dapat menyelesaikan cabaran
hidup dengan mudah.
contoh Hang Tuah bijak menggantikan kayu api dengan kain yang dicelup minyak
semasa ketiadaan kayu api.
3. kita haruslah bersifat rendah diri dalam kehidupan agar tidak dibenci orang

5

NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/SEM.1/KMKSTPM/PROSA TRADISIONAL/HANG TUAH/BAB VII&XIX

Contohnya Hang Tuah merendah diri mengatakan bahawa beliau hanya tahu
bercakap bahasa Bijaya Nagaram sedikit sahaja ketika dipuji Raja Keling.
4. Kita haruslah bersikap hormat-menghormati agar disenangi orang.
Contohnya,Laksamana Hang Tuah menunduk sebagai tanda hormat sebaik melihat
Nala Sang Guna.

5. Kita mestilah bijak berbahasa dalam melakukan sesuatu perkara agar kita dapat
emahami orang asing yang menggunakan bahasa yang lain.
Contoh Hang Tuah yang fasih dalam bahasa Bijaya Nagaram yang menyebabkan
Kisna Rayan dan menteri dari Benua Keling berasa hairan

SOALAN LATIHAN
Baca petikan prosa di bawah kemudian jawab soalan yang mengikutinya.
Maka segala orang banyak pun suka melihat Tun Tuah bertikam dengan Taming
Sari itu. MakaTun Tuah pun fikir dalam hatinya, ‘Apa juga dipakainya maka tiada lut
kuparang? Tetapi pada firasatku sebab kerisnya inilah maka ia tiada dapat ditentang
lawan dan tiada lut kuparang tubuhnya itu. Jikalau demikian, apa juga
kehendaknya? Baiklah kerisnya kuperdayakan.’

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia[peny.]2012.Permata
Sastera Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Jelaskan tindakan Hang Tuah seterusnya berdasarkan ayat petikan di atas
“Baiklah kerisnya kuperdayakan” [9]
(b) Berdasarkan Hikayat Hang Tuah (Bab XIX) ini bincangkan empat peristiwa yang
menunjukkan Hang Tuah seorang watak epik yang hebat. [16]

6


Click to View FlipBook Version