NOVEL JEJAK MONPUS
TINGKATAN 2
IMBAS BLOG SAYA
DISEDIAKAN OLEH:
IMBAS PUSTAKA SAYA CIKGU MOHD HAZLI CHE SEMAN@
CHE OTHMAN(MOHAZ)
ASPEK KAJIAN SENI BAHASA/ASPEK KOMSAS
• TEMA
• PERSOALAN
• PLOT
• WATAK DAN PERWATAKAN
• LATAR
• GAYA BAHASA
• NILAI
• PENGAJARAN/MESEJ
TEMA
Kepentingan
ilmu sains
dalam
kehidupan
Ketabahan dan Sikap dendam
keberanian yang
untuk berjaya memudaratkan
diri.
Pencemaran PERSOALAN
alam sekitar
yang membawa Hubungan
kesan negatif kasih sayang
kepada dalam
masyarakat keluarga.
Gejala sosial Kepercayaan
dalam kalangan tahayul dalam
anak muda di kalangan
kampung masyarakat
PLOT
1) PERMULAAN/EKPOSISI/PENGENALAN
2) PERKEMBANGAN
3) PERUMITAN/KONFLIK
4) KLIMAKS/PUNCAK CERITA
5) PELERAIAN/TAMAT CERITA
Permulaan: Pengarang memperkenalkan watak Zahar dan
ibunya, Qistina. Zahar mempunyai latar belakang pendidikan
yang tinggi dalam bidang Biologi, Fakulti Sains Hayat di
Universiti Teknologi Malaysia. Minatnya amat mendalam
terhadap serangga terutamanya spesies ulat bulu dan rama-
rama.
Cerita mula berkembang apabila Zahar berasa sedih kerana ulat bulunya yang
bernama Pus Pus semakin tenat dan memaksa Zahar mencari penggantinya. Zahar
bersama dengan rakannya, Malcom ke Taman Paya Bakau di Tanjung Piai untuk
mencari spesies ulat bulu tersebut. Kemudian, Zahar meneruskan pencariannya di
Kem Kaizen bersama dengan Malcom dan Fikri. Namun begitu, mereka tidak berjaya.
Akhirnya, Zahar dan rakan-rakannya ke Pulau Pisang. Mereka berjaya menemui
spesies Monarch. Cantuman tisu Pus Pus dan Monarch telah menghasilkan ulat bulu
yang cantik. Zahar menamakan spesies baharu tersebut Morgan.
Perumitan/Konflik: Beribu-ribu ulat bulu menyerang Kampung Maju Jaya.
Penduduk kampung terkena penyakit. Ripin dan beberapa orang pemuda
kampung datang ke rumah Zahar. Mereka menuduh Zahar sebagai punca
serangan ulat bulu. Ibu Zahar, Qistina berjanji akan memanggil pihak Jabatan
Kesihatan untuk menyiasat kejadian yang berlaku. Dua hari selepas itu, Unit
Kawalan Bawaan Vektor, beberapa orang pegawai kesihatan, dan pihak polis
dari Unit Forensik datang ke Kampung Maju Jaya. Mereka menggeledah
makmal Zahar tetapi tidak menjumpai apa-apa selain ulat bulu dan pelbagai
jenis rama-rama
Klimaks/puncak cerita – Formula
ciptaan Zahar hilang. Zahar dan Fikri
melakukan siasatan. Hasil siasatan
yang dilakukan mereka mendapati
bahawa Ripinlah yang
bertanggungjawab. Zahar dan Fikri
ke balai polis untuk membuat
laporan.
Peleraian/Cerita ini berakhir apabila Zahar berjaya mencipta
formula MONPUS gabungan ekstrak cecair antara Morgan dan Pus
Pus. Formula ciptaan Zahar berjaya menghapuskan ulat-ulat bulu di
Kampung Maju Jaya. Ripin pula telah ditangkap oleh pihak polis
atas jenayah yang dilakukannya. Cerita berakhir dengan
kegembiraan apabila Zahar berjaya menerima Anugerah Sains
Negara yang disampaikan oleh ayahnya sendiri. Zahar juga berjaya
memperoleh Biasiswa Kerusi Canselor daripada Universiti Oxford
London. Kegembiraan Zahar makin bertambah apabila ayahnya
melamar ibunya semula.
Watak & Perwatakan
Zahar
(a) Anak tunggal dalam keluarga.
(b) Berumur 22 tahun.
(c) Amat menyayangi ibunya yang hidup tanpa
suami
(d) Mempunyai minat yang sangat mendalam
terhadap serangga sejak kecil lagi.
(e) Mengambil jurusan Biologi di Fakulti
Sains Hayat, Universiti Teknologi Malaysia.
(f ) Seorang yang gigih, rajin, dan tabah dalam
menjalankan penyelidikan sains berkaitan
dengan kehidupan serangga.
(g) Berani.
(h) Suka membantu orang lain.
(i) Bijak.
• Qistina
(a) Ibu kepada Zahar.
(b) Seorang yang cantik dan bergaya walaupun
umurnya telah mencecah 40-an.
(c) Bekerja sebagai guru Bahasa Melayu di
Sekolah Menengah Sri Yasin.
(d) Guru yang berdedikasi, rajin, dan komited
terhadap kerjaya.
(e) Penyayang.
(f ) Pemaaf.
Profesor Dr. Baharuddin
(a) Ayah kepada Zahar dan bekas
suami kepada Qistina.
(b) Seorang saintis yang terkenal
di Universiti Oxford London.
(c) Berhijrah dari Malaysia
selepas berpisah dengan Qistina.
(d) Kurang bertanggungjawab
terhadap keluarga.
(e) Insaf atas kesalahannya.
Mawar
(a) Rakan sekuliah Zahar.
(b) Merupakan anak sulung
daripada lima beradik.
(c) Seorang gadis yang cantik,
lemah lembut, tertib, dan sopan.
(d) Penyayang.
(e) Bijak.
Munirah
(a) Rakan sekuliah Zahar.
(b) Kuat cemburu.
(c) Menyimpan perasaan terhadap Zahar.
Fikri
(a) Rakan sekuliah Zahar
(b) Sahabat baik Zahar
(c) Baik hati
(d) Menghormati orang tua
Malcom Tan
(a) Rakan sekuliah Zahar
(b) Sahabat baik Zahar
(c) Baik hati
(d) Menghormati orang tua
• Ripin
(a) Pendendam
(b) Kuat cemburu
(c) Busuk hati.
Faridah
(a) Salah seorang murid Cikgu Qistina.
(b) Suka membantu guru.
(c) Anak tunggal dalam keluarganya.
(d) Bertubuh kecil, berwajah bujur sirih, dan bermata
galak.
(e) Bijak dan cerdas.
(f ) Anak saudara kepada Profesor Dr. Baharuddin.
LATAR
LATAR TEMPAT LATAR MASA LATAR
MASYARAKAT
LATAR TEMPAT
(a) Makmal kecil di sebelah rumah Zahar.
(b) Rumah Zahar di Kampung Maju Jaya.
(c) Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Yasin.
(d) Kem Kaizen.
(e) Pulau Pisang.
(f) Balai raya.
(g) Kedai kopi Pak Mail.
Latar Masa
(a) Waktu pagi.
(b) Waktu petang
(c) Waktu malam.
(d) Waktu subuh
LATAR MASYARAKAT
(a) Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.
(b) Masyarakat kampung yang menjalankan kerja pertanian
dan perladangan.
(c) Masyarakat yang terdiri daripada pebagai bangsa.
(d) Masyarakat yang terdiri daripada pelajar dan guru.
(e) Masyarakat yang suka berdendam.
(f) Masyarakat yang terdiri daripada penuntut universiti.
(g) Masyarakat yang percaya kepada bomoh dan perkara
tahayul.
(h) Masyarakat yang pemaaf.
GAYA BAHASA
(a) Personifikasi. Contohnya, Bahang,yang mula menggigit membuatkan
penghuni yang berada di dalam bangunan yang berupa makmal kecil itu
mulai resah; Burung-burung berkicauan menyambut kedatangan pagi.
(b) Metafora. Contohnya, lautan masa; kotak ingatan; tirai kehidupan.
(c) Simile. Contohnya, Cinta, seperti kerja, amat meletihkan; Cahaya itu
tiba-tiba menebar tak ubah seperti renjatan dalam filem ‘X-Ray’; Tiba-tiba
perasaan Fikri seperti dihempap beban yang berat.
(d) Peribahasa. Contohnya, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi;
bagai ikan pulang ke lubuk; seperti mencurah air ke daun keladi.
(e) Inversi. Contohnya, Beberapa minit kemudian, mereka sudah
memasuki pekarangan sekolah; Hampir mabuk mereka menghabiskan
udang yang memenuhi pinggan mi udang Wak Sino.
NILAI
• 1. Nilai Kasih sayang
• contohnya Qistina amat menyayangi anaknya, Zahar. Dia
bimbang akan keselamatan Zahar apabila penduduk
kampung menyalahkan anaknya gara-gara membiaknya
ulat bulu berintik hitam, lalu dia mencadangkan kepada
anaknya itu memusnahkan makmalnya. Qistina juga
mencadangkan agar mereka berpindah rumah sahaja.
• 2. Nilai berhemah tinggi
• contohnya Malcom Tan dan Fikri amat menghormati Qistina
dan mereka berdua memanggil bekas gurunya itu “cikgu”
walaupun telah meninggalkan alam persekolahan.
• 3.Nilai Kesabaran.
• Contohnya, Zahar begitu sabar mencari formula untuk
menyelamatkan penduduk kampungnya daripada
serangan ulat bulu.
4. Nilai Keberanian
• Contohnya Zahar sanggup ke Pulau Pisang semula
untuk mencari penawar bagi mengatasi penyakit gatal
yang dialami oleh penduduk kampung setelah diserang
ulat bulu berintik hitam walaupun hasratnya itu ditegah
oleh ibu dan rakannya kerana keadaan di pulau itu
berbahaya. Dengan keyakinan yang dimilikinya, dia
pergi bersama-sama Fikri dan akhirnya menerusi
penemuan dan kajian yang dilakukan, maka terhasillah
MONPUS, iaitu sejenis agen biologi.
•
PENGAJARAN/MESEJ
LATIHAN
1)SILA BUAT HURAIAN BERSAMA
CONTOH PERISTIWA UNTUK
LATAR TEMPAT YANG TELAH ANDA
PELAJARI
2) SILA BUAT HURAIAN BERSAMA
CONTOH PERISTIWA UNTUK LATAR
MASA YANG TELAH ANDA
PELAJARI
MULAKAN PENULISAN AYAT SEPERTI
BERIKUT:-
Novel yang saya kaji di tingkatan dua ialah
novel Jejak Monpus,karya Zulaiha Paikon.
Dalam novel ini terdapat beberapa latar tempat
yang telah dipaparkan/dikemukakan.
Latar tempat tersebut ialah…
Seterusnya,…/Selain itu,…
Akhir sekali,…
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
ASPEK SENI BAHASA UNTUK NOVEL
JEJAK MONPUS DI TINGKATAN 2
TELAH TAMAT…SEMOGA FAHAM DAN
BOLEH JAWAB SOALAN LATIHAN
YANG CIKGU BAGI…BYEEE