MODUL NOTA DAN LATIHAN ASPEK SENI BAHASA NOVEL JEJAK MONPUS TINGKATAN 2
NIlai dan pengajaran
dalam novel
Ikuti saya di laman blog
http://lamanrencahdidik.blogspot.com
1|tukilan cikgu Mohaz
MODUL NOTA DAN LATIHAN ASPEK SENI BAHASA NOVEL JEJAK MONPUS TINGKATAN 2
NILAI DAN PENGAJARAN DALAM NOVEL JEJAK MONPUS(sk:4.1.1)
*(Boleh juga guna buku teks tg.2 ms 57-tajuk ‘Utusan Sultan Melaka ke China’-untuk aktiviti analisis nilai dan pengajaran)
Definisi/ Maksud :
-Nilai atau nilai-nilai murni ialah 'sikap ketinggian' seseorang atau sesebuah masyarakat dari segi
pemikiran dan tindakan.
Sumber : Norliza Ghazali, KHAIRUL ANWAR:
Berikut ialah nilai- nilai murni yang diterima oleh Lembaga Peperiksaan dan nilai- nilai murni yang
tidak diterima. Untuk pengetahuan anda, buku rujukan pun nilai- nilai murni yang diberi adalah salah,
jadi jangan ikut 100% buku rujukan. Guna bahan yang guru anda berikan.
Ada sekurang-krangnya 37 nilai- nilai murni yang BOLEH DITERIMA :
1.Nilai tanggungjawab
2.Nilai prihatin atau keprihatinan
3.Nilai berkasih sayang atau kasih sayang
4.Nilai hormat menghormati
5.Nilai kejujuran
6.Nilai kerajinan, ketukanan, kegigihan
7.Nilai kerjasama atau bekerjasama
8.Nilai ketaatan
9.Nilai pengorbanan
10.Nilai ketabahan
11.Nilai tolong menolong atau bantu membantu
12.Nilai keberanian
13.Nilai berhemah tinggi
14.Nilai setia kawan
15.Nilai pemurah atau baik hati
16.Nilai mengenang budi
17.Nilai dedikasi
18.Nilai berpendirian tegas atau ketegasan
19.Nilai berdikari
20.Nilai kesyukuran
21.Nilai nasihat menasihati
22.Nilai patriotisme atau cinta akan negara
23.Nilai keikhlasan
24.Nilai kesabaran
25.Nilai keredaan
26.Nilai keinsafan
27.Nilai amanah
28.Nilai kesopanan
29.Nilai menepati janji
30.Nilai simpati atau bersimpati
31.Nilai berjimat cermat
32.Nilai keyakinan
33.Nilai cinta akan alam sekitar
34.Nilai cinta akan budaya
35.Nilai kebijaksanaan
36.Nilai kesetiaan
37.Nilai kecekalan
2|tukilan cikgu Mohaz
MODUL NOTA DAN LATIHAN ASPEK SENI BAHASA NOVEL JEJAK MONPUS TINGKATAN 2
Nilai- nilai Murni yang TIDAK BOLEH DITERIMA :
Nilai penyayang
Nilai gigih berusaha
Nilai tabah
Nilai balas budi, kenang budi
Nilai sopan santun
Nilai berpegang janji
Nilai bertolak ansur
Nilai kesederhanaan
Nilai rasional
Nilai belas kasihan
Nilai murah hati
Nilai berhati- hati
NILAI DALAM NOVEL JEJAK MONPUS (Peta pemikiran-peta buih)
KASIH
SAYANG
KEBERANIAN SETIA
KAWAN
KEBIJAKSANAAN NILAI KEGIGIHAN
BERHEMAH HORMAT
TINGGI MENGHORMATI
KESABARAN KETABAHAN
KERJASAMA KEPRIHATINAN
3|tukilan cikgu Mohaz
MODUL NOTA DAN LATIHAN ASPEK SENI BAHASA NOVEL JEJAK MONPUS TINGKATAN 2
5 HURAIAN CONTOH PERISTIWA BERKAITAN NILAI
(1) Nilai Kasih sayang.
Contohnya, Zahar amat menyayangi ibunya dan sanggup berulang-alik dari
rumah ke kampus kerana tidak mahu ibunya tinggal sendirian di rumah.
(2) Nilai Keberanian.
Contohnya, Zahar dan rakan-rakannya berani menjelajah Pulau Pisang yang
terlalu banyak kisah seramnya semata-mata untuk membuat kajian tentang ulat
bulu.
(3) Nilai Kesabaran.
Contohnya, Zahar begitu sabar mencari formula untuk menyelamatkan
penduduk kampungnya daripada serangan ulat bulu.
(4) Nilai Berhemah tinggi.
Contohnya, Qistina tidak pernah menyimpan perasaan dendam terhadap
Baharuddin malah memaafkan bekas suaminya itu.
(5) Nilai Kebijaksanaan.
(6) Contohnya, Zahar sentiasa melakukan kajian dan inovasi untuk membantu
masyarakat.
Contoh soalan jenis nilai.
Soalan :
Nyatakan nilai yang terdapat di dalam novel yang telah anda kaji. Berikan contoh
peristiwa yang sesuai.(10 markah)
Contoh Jawapan Lengkap (biasanya pelajar disarankan menjawab dalam 3
perenggan)
Novel yang saya kaji di tingkatan 2 ialah novel Jejak Monpus Karya oleh Zulaiha
Paikon.Nilai yang terdapat dalam novel yang telah saya kaji ialah nilai kasih sayang.
Contohnya, Zahar amat menyayangi ibunya dan sanggup berulang-alik dari rumah
ke kampus kerana tidak mahu ibunya tinggal sendirian di rumah
Seterusnya, nilai kebijaksanaan. Contohnya, Zahar sentiasa melakukan kajian dan
inovasi untuk membantu masyarakat.
Akhir sekali nilai keberanian. Contohnya, Zahar dan rakan-rakannya berani
menjelajah Pulau Pisang yang terlalu banyak kisah seramnya semata-mata untuk
membuat kajian tentang ulat bulu.
(* biasanya pelajar dikehendaki memberi 3 contoh peristiwa untuk 10 markah yang diperuntukkan)
4|tukilan cikgu Mohaz
MODUL NOTA DAN LATIHAN ASPEK SENI BAHASA NOVEL JEJAK MONPUS TINGKATAN 2
PENGAJARAN/MESEJ
Definisi /maksud :
-Pengajaran ialah 'peringatan atau pedoman' daripada peristiwa dan tindakan
seseorang.
- Pengajaran haruslah dimulakan dengan ayat :
Kita hendaklah ...
Kita mestilah ...
Kita seharusnya ...
Kita perlulah ...
Kita janganlah ...
PENGAJARAN DALAM NOVEL JEJAK MONPUS (Peta pemikiran-peta dakap)
Kita hendaklah tabah
menghadapi dugaan hidup
PENGAJARAN/MESEJ Kita mestilah berani
menghadapi cabaran
Kita perlulah saling
bekerjasama ketika perlu
melakukan sesuatu aktiviti
5|tukilan cikgu Mohaz
MODUL NOTA DAN LATIHAN ASPEK SENI BAHASA NOVEL JEJAK MONPUS TINGKATAN 2
Contoh Soalan jenis pengajaran.
Soalan :
Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji. Berikan
contoh peristiwa yang sesuai.(10 markah)
Contoh Jawapan Lengkap (biasanya pelajar disarankan menjawab dalam 3
perenggan)
Novel yang saya kaji di tingkatan 2 ialah novel Jejak Monpus Karya oleh Zulaiha
Paikon.Pengajaran yang terdapat dalam novel yang telah saya kaji ialah kita
janganlah menipu untuk kepentingan diri sendiri. Umpamanya,Ripin sanggup
menipu dengan membekalkan benih sawit yang tidak berkualiti.Akhirnya dia telah
ditangkap oleh polis setelah penipuannya itu terbongkar.
Pengajaran yang lain ialah kita hendaklah tabah menghadapi dugaan
hidup.Contohnya zahar berusaha mencari penawar untuk serangan ulat bulu berintik
hitam walaupun sering diancam oleh Ripin dan penduduk kampong.
Akhir sekali kita mestilah…( pelajar tulis sendirilah perenggan akhir ni berdasarkan
contoh nota cikgu bagi kat atas tu ye…hi..hi..)
LATIHAN (ARAS TINGGI)
Berdasarkan pengajaran yang diberikan sila cari dan kemukakan contoh peristiwa
yang sesuai dalam novel yang telah anda pelajari.
1) Kita mestilah menyayangi ibu yang telah banyak berjasa kepada kita.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
2) Kita mestilah memiliki sikap hemah tinggi.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
3) Kita seharusnya mengamalkan semangat bermasyarakat.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
6|tukilan cikgu Mohaz
MODUL NOTA DAN LATIHAN ASPEK SENI BAHASA NOVEL JEJAK MONPUS TINGKATAN 2
BUAT LATIHAN SAMPAI SIAP DULU BAHARU CIKGU BAGI SKEMA
UNTUK PANDUAN SEMAKAN SAMA ADA BETUL ATAU TIDAK CONTOH
PERISTIWA YANG DIBERIKAN.
SKEMA INI MERUPAKAN CADANGAN JAWAPAN UNTUK CONTOH
PERISTIWA BERDASARKAN PENGAJARAN YANG DIBERIKAN DALAM
LATIHAN DI ATAS.JIKA ADA CONTOH PERISTIWA LAIN YANG
BERSESUAIAN DAN BERTEPATAN DENGAN PENGAJARAN DI ATAS
JUGA AKAN DITERIMA.
7|tukilan cikgu Mohaz