The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najminanadhirah, 2022-06-12 13:55:39

E-MAJALAH PI

E-MAJALAH PI

1

2

3

4

APAKAH MAKSUD
KAEDAH FIQH ?

Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu berkaitan

penjelasan tentang hukum-hukum yang

umum. Kaedah Fiqh boleh ditakrifkan

sebagai hukum syarak secara keseluruhan

yang merangkumi pelbagai masalah

hukum fiqh. Terdapat pelbagai kaedah fiqh

yang telah diperkenalkan oleh para ulama’

bagi menyelesaikan permasalahan-

permasalahan baru yang timbul pada hari

ini . Kaedah fiqh ini juga terbahagi kepada

lima kaedah iaitu .. 5

SEGALA URUSAN

BERDASARKAN NIAT

Kaedah ini memberi maksud

kedudukan bagi setiap
tindakan dan perbuatan
sesorang adalah bergantung
kepada niat dan tujuannya.
Penilaian terhadap manusia,
sama ada baik atau buruk,
dosa atau ataupun pahala
adalah berdasarkan niat orang
yang melakukannya.

6

CONTOH

1.seorang yang mandi dengan maksud
untuk memperolehi kecergasan dalam
beribadat, maka dia akan memperolehi
pahala walaupun perbuatan mandi
adalah perkara rutin hariannya.

2.Seseorang yang pergi menunaikan
umrah tetapi hanya kerana ingin
membeli belah .

3.pemandu pelancong yang ingin
mencari rezeki yang halal tetapi
mengambil untung berlipat ganda.
maka dia akan memperolehi dosa kerana
niat tidak menghalalkan cara, dengan
menjadi pemandu pelancong. ia ingin
mencari rezeki yang halal tetapi amalkan
riba , serta penipuan dalam berkhidmat.

7

KEYAKINAN TIDAK BOLEH
DIHILANGKAN DENGAN
KERAGUAN

‫اليَ ِقي ُن ََل يُ َزا ُل إِ اَل بِاليَ ِقين‬

Maksudnya : Keyakinan tidak

dihilangkan melainkan dengan

suatu keyakinan juga.

Oleh itu, seseorang yang

meyakini bahawa dirinya masih

berada dalam keadaan taharah,

kemudian timbul rasa ragu-ragu

sama ada berlaku hadas atau

tidak, maka kita katakan

bahawa dia masih kekal berada

dalam taharah melainkan

setelah dia meyakini berlakunya

hadas yang membatalkan

taharah seperti dia yakin yang

dia telah kentut sama ada dia

mendapati ada bunyi atau bau 8

kentut tersebut.

CONTOH

1 . Seseorang yang telah selesai
mengambil wuduk kemudian
dia berasa sangsi dan ragu-ragu
sama ada wuduknya telah
terbatal atau tidak

2 . Seseorang yang berasa syak
tentang bilangan rakaat
solatnya maka hendaklah dia
menghilangkan syak dengan
mengambil pendapat yang
paling yakin dan pasti.

3 . Seseorang yang berasa ragu-
ragu tentang arah kiblatnya
semasa pergi bercuti sebagai
contoh di tempat penginapan .

9

KEMUDARATAN
HENDAKLAH

DIHILANGKAN

Kaedah ini membawa pengertian

bahawa kemudaratan itu harus

dihilangkan dengan makna

kemudaratan yang telah terjadi.

Apabila keadaan demikian berlaku

maka ia wajib dihilangkan. Kaedah ini

juga membawa maksud sesuatu yang

boleh mendatangkan bahaya mestilah

dihapuskan dan perkara yang

merbahaya itu juga hendaklah

dihilangkan sama. Dalil asas kepada

kaedah ini ialah sabda Rasulullah

SAW :

‫ََل َض َر َر َوََل ِض َرار‬

Maksudnya : Tidak ada kemudaratan
dan tidak memudaratkan.

10

CONTOH ::

1. Pemandu pelancongan atau agensi
pelancongan semestinya mengelakkan dari
membawa pelancong ke tempat yang
merbahaya.
Contoh – Pemandu pelancong tidak boleh
membawa pelancong ke tempat yang
merbahaya dan tidak mempunyai
keselamatan yang terjamin

2 . Kemudahan-kemudahan awam seperti
tong sampah dan tandas awam dikawasan
yang menjadi tumpuan ramai.
Contoh – tempat perkelahan supaya
kebersihan dikawasan tersebut sentiasa
terpelihara dan tidak tercemar sehingga
memudaratkan manusia.

3 . Pekerja rumah penginapan , tetamu dan
pelancong mestilah menjaga etika berpakaian
demi mengelakkan berlakunya kemudaratan.
Contoh - Para pekerja di rumah penginapan
memperagakan pakaian yang cantik,menutup
aurat,sopan,dan kemas bagi menunjukkan
imej sesebuah industry itu mementingkan
kualiti dalam menjalankan tugasan.

11

ADAT SEBAGKAI

SUMBER HUKUM

Kaedah ini membawa
maksud bahawa sesuatu
adat yang diiktiraf oleh
syariat Islam boleh diterima
sebagai salah satu sumber
hukum. Sebarang bentuk
tradisi atau budaya yang baik
dan menjadi sebahagian
daripada kehidupan
masyarakat Islam adalah
wajar diterima pakai atau
diteruskan. Ia tidak perlu
disingkirkan selagi mana ia
tidak bercanggah atau
bertentangan dengan
syarak ataupun nilai murni .12

CONTOH

1 . Para pelancong mesti meraikan dan
menghormati kebiasaan dan adat yang
boleh diamalkan oleh masyarakat setempat,
sama ada dari sudut cara berpakaian ,
perbuatan atau makanan.

2 . ) Jual beli as-salam (jual beli pesanan)
yang tidak memenuhi syarat jual beli.
Menurut syarat jual beli adalah pada
saat jual beli dilangsungkan pihak
pembeli telah meneriam barang yang
dibeli dan pihak penjual telah
menerima uang penjualan dagangannya
tersebut. Sedang pada as-salam barang
yang akan dibeli itu belum ada
wujudnya pada saat akad jual beli.
Tetapi karena sudah menjadi adat
kebiasaan dalam masyarakat, bahkan
dapat memperlancar arus jual beli,
maka as-salam itu dibolehkan.

13

3. Dalam menentukan perkataan
yang baik dan buruk , maka
hendaklah merujuk kepada adat
kebiasaan masyarkat setempat.
Selain itu , sebahagian perkataan
yang digunakan dalam
percakapan harian mempunyai
maksud berbeza di sesebuah
tempat. Oleh disebabkan itu
perkataan yang dituturkan
hendaklah sesuai dengat keadaan
sesuatu tempat.

‫دة محكـمة‬

(Al'aadatu muhakkamah), Artinya: “
Adat Kebiasaan dapat
dipertimbangkan menjadi hukum"
Adat yang dapat dijadikan hukum ialah
adat kebiasaan yang tidak
bertentangan dengan ketentuan syara'
(hukum islam).

14

KESULITAN

MEMBAWA KEPADA
KERINGANAN

Apabila berlaku sesuatu kesulitan dan
kesukaran dalam melaksanakan kewajipan
yang diperintahkan oleh Allah SWT, maka Islam
memberi jalan keluar untuk mengatasi
kesulitan yang dihadapi. Jalan keluar tersebut
adalah dengan memberikan beberapa
kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan
tertentu.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah: 185

‫يُ ِري ُد َّلهلاُ بِ ُك ْم ا ْليُ ْسر وَل يُ ِري ُد بِ ُك ْم ا ْلعُ ْسر‬

Yang Bermaksud : Dengan ketetapan
sedimikian , Allah menghendaki kamu
beroleh kemudahan dan Dia juga tidak
menghendaki kamu untuk menanggung
kesukaran.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah
ayat 296 :
Bermaksud : Allah tidak akan
memberatkan seseorang melainkan
dengan apa yang terdaya olehnya. 15








Click to View FlipBook Version