2020-2021
SMK KAMPUNG GELAM
76400 Tanjung Kling, Melaka
TEL : 06-3510477 FAKS : 06-3512476
EMEL : [email protected]
KOD SEKOLAH : MEA 2101
ISI
KANDUNGAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Murid, guru, ibu bapa, warga sekolah dan saudara saudari yang
dikasihi. Tahun 2020 akan tersemat erat dalam memori kita sebagai
satu tempoh yang amat mencabar khususnya bagi sektor pendidikan.
Kita semua cukup terkesan dengan pandemik COVID-19. Pada bulan
Mac 2020, semua sekolah terpaksa ditutup kerana pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Sejumlah lebih
5 juta orang murid tidak dapat ke sekolah untuk mengikuti pembelajaran secara
bersemuka. Selain itu, lebih 500,000 orang guru perlu menggunakan pelbagai
pendekatan bagi memastikan murid tidak ketinggalan dan dapat terus mengikuti
pembelajaran dengan selamat di rumah.
Sekolah telah dibuka semula secara berperingkat mulai 24 Jun 2020. Sudah tentu
murid gembira dapat kembali ke sekolah untuk mengikuti pembelajaran secara
bersemuka dengan guru. Namun, situasi ini tidak berpanjangan. Kemunculan gelombang
ketiga pandemik COVID-19 membawa satu cabaran yang jauh lebih besar. Keadaan ini
menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan yang
berat untuk menutup semua sekolah bermula 9 November 2020 sehingga tamat sesi
persekolahan tahun 2020. Langkah ini adalah sebagai usaha untuk membantu Kerajaan
mengekang penularan wabak COVID-19, terutamanya dalam kalangan warga sekolah.
Walaupun sekolah ditutup, sesi pengajaran dan pembelajaran masih diteruskan melalui
kaedah Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.
Segala usaha yang dilaksanakan dalam tempoh yang mencabar ini jelas
menunjukkan bahawa semua pihak begitu komited dan bersungguh-sungguh dalam
melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan murid dapat terus mengikuti
pembelajaran. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
murid, guru, ibu bapa dan seluruh warga sekolah atas kesabaran, sokongan dan
dokongan demi pendidikan untuk anak-anak kita.
Dalam mendepani situasi yang sukar ini, saya yakin bahawa segala cabaran yang
dihadapi tidak akan melunturkan semangat murid untuk terus berguru demi menuntut
ilmu dalam apa jua keadaan. Rasa kecintaan kepada penerokaan ilmu yang bermanfaat
akan membentuk insan dan generasi baharu yang bijaksana serta mampu bersaing di
persada dunia. Murid yang mendalami ilmu dengan penuh keikhlasan akan terus
berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga meneroka bidang
ilmu baharu. Dengan ini, lahirlah ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk
serta perkhidmatan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Haluan kecemerlangan
masa depan negara bergantung kepada tahap penguasaan ilmu oleh generasi muda
yang ada pada hari ini. Ketinggian ilmu yang digabungkan dengan kemuliaan akhlak
adalah resipi kegemilangan sebuah negara.
1
Banir tanjung selisih jati
Jati berbalam disinggahi helang
Ilmu dijunjung setulus hati
Akhlak menyulam pertiwi gemilang
Dalam aspek penerbitan majalah sekolah, tentunya edisi penerbitan untuk
tahun ini mempunyai makna yang begitu mendalam dan berbeza berbanding
tahun-tahun sebelumnya. Selain memaparkan latar belakang, aktiviti dan
pencapaian sekolah serta memahat memnri persekolahan, majalah tahun ini
memanifestasikan cabaran besar yang dihadapi oleh sektor pendidikan dalam
mendepani pandemik COVID-19. Apa yang berlaku pada masa ini adalah sesuatu
yang di luar daripada kebiasaan.
Bagi penerbitan majalah sekolah yang berkualiti, pastinya ia terhasil
daripada purıggabungan idea, inovasi, kreativiti serta kerjasama antara guru dan
murid. Proses penerbitan majalah ini telah berjaya meningkatkan kemahiran dan
menggilap bakat serta potensi murid ke arah yang lebih cemerlang. Oleh hal yang
demikian, setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sidang
Redaksi Majalah di atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi tahun 2020.
Akhir kata, diharapkan kejayaan yang dikongsikan dalam majalah ini akan
menjadi aspirasi dan dorongan untuk pencapaian yang lebih baik pada masa
akan datang.
Selamat maju jaya.
“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU"
'
R. RA
2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat
Sejahtera.
Terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi memberi ruang
kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan dalam majalah sekolah pada kali
ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga sekolah khususnya sidang redaksi
majalah atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang sungguh bermakna ini.
Semoga majalah sekolah ini dijadikan sebagai panduan bagi meningkatkan
semangat cinta terhadap sekolah serta meneruskan budaya penyayang dalam
kalangan warga sekolah.
Saya yakin, aspirasi sistem dan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 akan sentiasa menjadi fokus utama
untuk semua pihak. Fokus dan gerak kerja KPM untuk tahun 2020 akan tertumpu
kepada kualiti pembelajaran murid dan kualiti guru serta pemimpin sekolah.
Pembelajaran murid di sekolah akan lebih berkesan apabila ia dipacu dengan
pengajaran yang berkualiti oleh guru serta disokong oleh kepimpinan Pengetua/Guru
Besar. Justeru, akauntabiliti perlu ada pada semua pihak bagi menjamin
pembelajaran murid diutamakan. Akauntabiliti adalah seperti pelekat yang dapat
mengikat dan menyatukan komitmen kita ke arah keberhasilan.
Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah serta
terus bersama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi melahirkan
generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.
BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH!
DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM
3
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kalam mendidik
daripada hati dengan penuh intergriti.
Bismillahirahmanirahim, syabas dan tahniah diucapkan kepada
Sidang Redaksi e-majalah kerana telah berjaya menerbitkan e
majalah ini. Kerjasama, usaha dan perkongsian idea yang berterusan antara murid -
murid dan guru - guru merupakan suatu budaya kerja cemerlang dan perlu dijadikan
landasan untuk mencipta pelbagai landasan kejayaan pada masa hadapan.
e-majalah sekolah merupakan wadah yang dapat merakamkan pelbagai
maklumat dan sejarah yang berlaku di dalam dan luar sekolah. Pelbagai sumber
dapat dimuatkan dalam e-majalah ini dan boleh menjadi sumber rujukan pada masa
akan datang. Oleh itu, sidang redaksi e-majalah seharusnya cakna dalam membuat
pemilihan isi kandungan e-majalah agar maklumat tersebut dapat memberi manfaat
kepada sekolah, masyarakat dan negara. Semua ini sangat penting untuk
membolehkan generasi akan datang berhadapan dengan cabaran era globalisasi
yang menuntut jati diri mapan.
Kecemerlangan yang diilhamkan dalam e-majalah ini tidak lari daripada
semangat kerjasama warga sekolah yang terdiri daripada masyarakat berbilang
bangsa. Konklusinya, saya menyeru semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan
Kampung Gelam, Melaka terus meneruskan usaha murni ini tanpa rasa jemu dan
sentiasa memastikan sekolah ini terus cemerlang. Wasalam.
Selamat Maju Jaya
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“ MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
YBRS. DR. MOHD AZAM BIN AHMAD
PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA
4
Setinggi - tinggi penghargaan dan
ucapan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan e-
Majalah sekolah untuk sesi 2020/2021. Penghasilan e-Majalah adalah satu kejayaan
kepada sekolah kerana telah berjaya menghasilkan satu dokumentasi yang menarik
untuk dijadikan tatapan warga SMeK-G dan ibu bapa. Penghasilan e-Majalah ini
adalah seiring dengan perubahan pendekatan pendidikan sekarang iaitu lebih
kepada pendidikan maya.
Mutakhir ini, wabak Covid-19 menjadi cabaran yang besar dalam proses
pendidikan dan pembelajaran anak-anak. Wabak ini dilihat telah merubah proses
pembelajaran dan pendidikan yang konvensional kepada pendidikan era baru iaitu
Kelas Atas Talian yang sangat melibatkan kekuatan kendiri anak-anak dan
penglibatan ibu bapa agar anak-anak tidak tercicir dalam bidang pendidikan dan
pembelajaran. Hanya mereka yang mempunyai jati diri yang tinggi dan keazaman
yang kuat dapat mengharungi cabaran getir ini seterusnya berjaya mengukir
kejayaan.
Saya selaku Yang Dipertua PIBG SMK Kampung Gelam dengan penuh rasa
kasih dan sayang ingin menyeru kepada semua murid SMeK-G agar menzahirkan
rasa cinta kepada sekolah dengan mengukir kejayaan di sekolah ini. Ambillah
peluang yang disediakan oleh pihak sekolah serta sokongan yang diberikan oleh
PIBG. Saya yakin dan percaya bahawa sekolah telah merancang pelbagai aktiviti
untuk memberi peluang kejayaan kepada semua murid di sekolah ini.
Akhir kata, saya mendoakan agar SMeK-G sentiasa berada dalam Rahmat
dan Kasih Sayang Allah serta segala usaha guru dan murid untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat diberkati oleh Allah SWT.
Sekian, Terima kasih.
YB SENATOR DATO’ SERI DR. HAJI MOHAMAD ALI BIN HAJI MOHAMAD
YDP PIBG SMK KAMPUNG GELAM
5
Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah Ta’ala kerana dengan limpah
kurniaNYA kita masih mengecapi nikmat di dunia dan terus berusaha
untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat. Selawat serta salam ke
atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat
baginda.
Syukur dengan rahmatnya, e-majalah edisi 2020 - 2021 berjaya diterbitkan
walaupun kita masih memerangi wabak Covid 19. Tahniah dan syabas kepada ahli
sidang redaksi yang telah bertungkus lumus untuk menyempurnakan tanggungjawab
ini. Tahniah juga kepada murid - murid yang telah memberi kerjasama yang baik.
Penerbitan e-majalah ini bukan sahaja menunjukkan kemampuan murid dalam
menjayakan salah satu aktiviti yang dianggap penting di sekolah, tetapi turut
menonjolkan kredibiliti dan bimbingan yang berkesan daripada para guru.
e-majalah sekolah telah merakamkan segala maklumat berkaitan sekolah
seperti kecemerlangan murid - murid dalam kurikulum dan kokurikulum serta
perjalanan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah sepanjang tahun 2021 ini. e-
majalah merupakan sumber bukti, rujukan dan himpunan koleksi kenangan pahit
manis di sekolah. Oleh itu e-majalah ini memainkan peranan penting dan juga akan
dijadikan tatapan untuk generasi akan datang.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah
dan syabas sekali lagi kepada semua warga SMeK-G dan jutaan penghargaan buat
pihak dan individu Yang telah menghulurkan sumbangan dalam bentuk tenaga,
wang ringgit, masa dan sokongan moral. Kerjasama ini amat berharga buat anak
didik SMeK-G. Semoga e-majalah sentiasa terus menjadi wadah bermanfaat dan
kenangan manis buat semua.
Sekian, terima kasih.
A. HALIM BIN MAT ALI
PENGETUA SMK KAMPUNG GELAM
6
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Bersyukur
kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kami diberi ruang dan
kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Sukacita kami
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada
Sidang Redaksi e-Majalah SMeK-G dan kepada semua pihak yang memberikan
kerjasama dan sokongan sehingga berjaya menghasilkan sebuah dokumentasi
digital yang berkualiti untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan.
e-Majalah SMeK-G edisi ke-4, merupakan satu wadah rasmi yang sangat
penting sebagai gambaran kenangan kecemerlangan dalam aspek kurikulum dan
kokurikulum sejak 12 tahun yang lalu. e-Majalah ini menjadi medium dalam
menterjemahkan pelbagai aktiviti dan pencapaian yang digapai oleh warga sekolah
sepanjang tahun ini. Justeru, e-Majalah ini menjadi medan digital murid-murid dan
guru-guru apabila terpaparnya wajah-wajah kecemerlangan dan kegemilangan
warga sekolah yang sentiasa berusaha menjulang nama SMeK-G.
Akhir kata, tiada kata secantik bahasa untuk kami menyusun kata-kata, tiada
gambar seindah lukisan untuk kami gambarkan perasaan. Dengan ingatan tulus
ikhlas dari lubuk hati, kami dari Sidang Redaksi e-Majalah SMeK-G pada tahun ini
memohon maaf andai terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan e-
Majalah ini. Semoga e-Majalah ini akan dijadikan sebagai salah satu wadah
maklumat kepada warga sekolah dalam memperkasakan pengetahuan mereka
mengenai sekolah dan mengabadikan kenangan manis untuk diingati selamanya.
Sekian, terima kasih.
SIDANG REDAKSI E-MAJALAH SMeK-G
7
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana
memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata
untuk dimuatkan dalam majalah ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sidang
Redaksi majalah sekolah yang telah berusaha menjayakan penerbitan majalah ini.
Setinggi - tinggi penghargaan saya berikan kepada pihak pentadbir, lembaga
pengawas dan guru-guru SMK Kampung Gelam kerana memberikan sepenuh
kepercayaan kepada saya untuk menggalas jawatan sebagai Ketua Pengawas bagi
sesi 2020. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru - guru, para
pengawas serta rakan - rakan atas kerjasama yang diberikan bagi mencapai objektif
lembaga pengawas dan segala maklum balas daripada semua pihak kami hargai
demi meningkatkan kredibiliti Lembaga Pengawas SMK Kampung Gelam.
Saya amat berbangga kerana telah dilantik sebagai ketua pengawas dan
menghargai kepercayaan pihak sekolah terhadap saya. walau bagaimanapun, tidak
dapat dinafikan bahawa tugas ketua pengawas memerlukan komitmen yang tinggi
serta kerjasama yang padu dari semua pihak. Pelbagai cabaran telah saya hadapi
dalam proses memimpin para pengawas dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
Pengalaman yang telah saya peroleh sebagai ketua pengawas sudah pasti akan
membantu saya pada masa akan datang disamping mematangkan fikiran saya.
Sepanjang saya berada di SMK Kampung Gelam, banyak kenangan yang
telah saya lalui sama ada yang manis mahupun yang pahit. Saya berharap sekolah
ini akan terus mencapai kejayaan dalam segala bidang dan melahirkan individu yang
berketrampilan dalam semua aspek pada masa akan datang. Saya juga ingin
menasihati para pengawas supaya menunjukkan sikap yang baik sebagai seorang
pemimpin kerana pengawas merupakan suri teladan kepada murid lain dan
diharapkan semua murid berganding bahu untuk mengangkat martabat sekolah
keperingkat yang lebih tinggi.
Saya dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala
kekurangan dan kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di sekolah ini.
Yang buruk itu datang daripada saya, yang baik jua datang daripada Allah S.W.T.
NURUL SHAHIDAH BINTI IDRIS
KETUA PENGAWAS SMK KAMPUNG GELAM
8
`
9
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam terletak di atas Lot 220 dan SMeKG
sebahagian daripada Lot 2025 di Mukim Tanjung Kling, daerah Melaka Tengah.
Tapak asal sekolah ini merupakan kawasan sawah padi yang ditambak.
Bangunan SMK Kampung Gelam mula dibina pada tahun 2007. Keluasan
kawasan sekolah ini ialah 8.40 hektar (20.8 ekor). Sekolah ini mempunyai sebuah
blok pentadbiran, 5 buah blok akademik, sebuah dewan, sebuah kantin dan
sebuah blok untuk kegiatan kokurikulum. Selain itu, kemudahan yang terdapat di
sekolah ini adalah seperti 4 buah Bilik Tutorial, 9 Makmal Sains, Bengkel
Kemahiran Hidup, Makmal Komputer, Padang dan Gelanggang Permainan.
SMK Kampung Gelam telah menerima pelajar seramai 225 orang dan 15 orang
guru pada hari pertama pembukaan sekolah ini, iaitu pada 15 Jun 2009. Murid-
murid asal sekolah ini dipindahkan sebahagian besarnya dari SMK Seri Tanjung,
SMK Klebang Besar dan SMK Bukit Rambai. Ramai murid sekolah ini tinggal
berdekatan dengan sekolah, iaitu seperti di kampung Gelam, Kampung Bukit
Darat, Kampung Pengkalan Lanjut Lereh, Pekan Tanjung Kling dan persekitaran
Pantai Puteri. Majoriti murid sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu dan
beragama Islam.
Pada tahun 2009, hanya terdapat 8 kelas yang dibuka iaitu, 4 kelas tingkatan 1, 3
kelas tingkatan 2 dan sebuah kelas tingkatan 4. Nama-nama kelas di sekolah ini
dinamakan mengikut nama cendikiawan Islam iaitu Al-Biruni, Al-Khawarizmi. Ar-
Razi, lbnu Khaldun dan Ibnu Sina. Pada tahun 2010 kelas yang dibuka telah
bertambah menjadi 18 buah kelas. Bilangan kelas yang dibuka terus bertambah,
iaitu 20 buah kelas pada tahun 2011 dan 21 kelas pada tahun 2012.
Sehingga November tahun 2012, SMK Kampung Gelam telah mempunyai seramai
586 orang murid dan 48 orang guru. Bilangan murid ini dijangka akan terus
meningkat dari setahun ke setahun. Sekolah ini juga mempunyai laman blog
sendiri dan facebook https://www.facebook.com/smekg sebagai sebahagian
kaedah untuk mendekatkan sekolah dengan komunitinya. Murid dan guru sekolah
ini juga telah memperkenalkan nama SMeK-G sebagai nama singkatan sekolah
pada tahun 2009. Kini SMeK-G telah menyambut 12 tahun penubuhan dengan
penuh warna-warninya.
10
LENCANA SEKOLAH
VISI SEKOLAH Reka bentuk asas ini merupakan sebuah globe bercirikan unsur-
Pendidikan Berkualiti unsur sains dan teknologi yang ditatang dengan tangan dan
Insan Terdidik dilingkupi pintu gerbang yang terbentuk daripada konsep mata
Negara pena yang membawa pengertian tangan-tangan guru yang
dedikasi menjadikan nilai-nilai keilmuan tonggak kepada
MISI SEKOLAH organisasi ini.
Melestarikan Sistem
Pendidikan yang Berkualiti MATA PENA
untuk Membangunkan
Potensi Individu bagi Melambangkan pelajar-pelajar yang sentiasa progresif dan dahaga
Memenuhi Aspirai Negara ilmu menjadikan mata pena sebagai alat untuk melahirkan pelajar
MOTO SEKOLAH yang bertanggungjawab, rajin dan berilmu pengetahuan.
Tanggungjawab
Kualiti GERBANG
Produktif
Melambangkan SMK Kampung Gelam terus bergerak menuju
puncak kejayaan cemerlang. 2009 Melambangkan tahun SMK
Kampung Gelam mula beroperasi dan menjadikan titik tolak ke
arah hala tuju institusi yang cemerlang.
TANGAN
Melambangkan tangan-tangan pendidik SMK Kampung Gelam
menggunakan kebolehan dan kepakaran dengan bersungguh-
sungguh dengan ikhlas mendidik dan membentuk pelajar-pelajar
yang bertaraf dunia.
Warna-Warna dalam Lencana Sekolah
BIRU
Membawa pengertian kesetiaan dan kepatuhan, melahirkan insan
yang lembut jiwanya, terasuh mindanya, bertoleransi dan sifat
mesra.
MERAH
Keberanian menghadapi segala dugaan dan cabaran ke arah
kecemerlangan, berdisiplin dan berkeyakinan setia mampu
membuat keputusan yang rasional dan bijak.
KUNING
Taat setia kepada pemerintah, patuh kepada undang-undang dan
peraturan dan dapat memberi sumbangan bakti kepada agama,
bangsa dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan din serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara."
11
BENDERA SEKOLAH
LAGU SEKOLAH SMeKG
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam,
Keunggulan dibina bersama,
Membentuk membimbing tunas bangsa,
Tetap cekal hadapi cabaran,
c/o : Berdisiplin dan berhemah tinggi,
Berwawasan celik IT,
Lahirkan warna yang berwibawa,
Satu Malaysia Tercinta,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam,
Tanggungjawab, Kualiti, Produktif,
Bersama restu doa harapan,
Kejayaan akan terus dijulang,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam,
Tanggungjawab, Kualiti, Produktif,
Itulah motto sekolah kami,
Tanggungjawab, Kualiti, Produktif.
Gubahan : TBH@DMIR/Lirik : Abdul Aziz bin Nahar
12
Pengerusi : En. A. Halim bin Hj Mat Ali (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Pn. Hjh Kamariah binti Embot (GPK HEM)
Naib Pengerusi I : En. Ramlan bin Hassan (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : Tn. Hj. Kamis bin Kapil (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Rosamizana binti Ismail
Setiausaha : Pn. Rahina binti Zaidan
Penolong Setiausaha : En. Mohd Nor Hisham bin Tahir
Bendahari : Pn. Norhayati binti Ahmad
Pn. Nik Zaleha Binti Ismail (Su Hem 2020)
Pn. Mazura Binti Mohd Satar (Su Hem 2021)
Pn. Zeehan Binti Zakaria (Kaunseling)
En. Mohamad Amir bin Samsudin (Su Kokurikulum)
Pn. Fathanah Binti Jani (Su Sukan)
Pn. Solah Makiah Binti Osman (Peperiksaan SPM)
Pn. Syazwani Binti Isnin (Pusat Sumber Sekolah)
Pn. Azlin Binti Zaini (Pendidikan Khas)
Cik Siti Patimah Binti Ariffin (Karya Bahasa Melayu)
Pn. Siti Fatimah Binti Md Arip (Karya Bahasa Inggeris)
En. Salezman Bin Salleh (Jurugambar)
13
SIDANG REDAKSI SMeK-G
Pn. Rosamizana Pn. Rahina En. Mohd Nor Hisham Pn. Norhayati
Penyelaras Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari
Pn. Nik Zaleha Pn. Zeehan Pn. Mazura Pn. Azlin
SU HEM 2020 Kaunseling SU HEM 2021 Penyelaras PPKI
Pn. Syazwani Pn. Solah Pn. Siti Fatimah Cik Siti Patimah
Pusat Sumber Peperiksaan SPM Karya BI Karya BM
Pn. Fathanah En. Salezman En. Mohamad Amir
SU Sukan Jurugambar SU Kokurikulum
14
NAMA MANTAN PENGETUA : Pn. Sri Dewi Binti Saiful Nathan
TARIKH LAHIR : 3 Jun 1968
TEMPAT KELAHIRAN : Melaka
KELULUSAN AKADEMIK : B.Ed TESL (H) (UKM), M.Ed. Curriculum Studies (USM)
GRED : DG52
SEJARAH PERKHIDMATAN :
1994-1995 Guru Akademik, SMK Date Seth
1995-2000 Guru Akademik, Penang Free School
2000-2003 Guru Akademik, SMK Tun Tuah
2004-Dis 2010 Guru Akademik, SMK Seri Pengkalan
Dis 2010-Sept 2012 GKMP Bahasa, SMK Seri Pengkalan
Sept 2012-Jan 2014 PK Kokurikulum, SMK Seri Pengkalan
Jan 2014-Jan 2016 PK Hal Ehwal Murid, SMK Dato' Dol Said
Jan 2016- Feb2017 Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Tun Haji Abdul Malek
Mac 2017 Jul 2020 Pengetua, SMK Kampung Gelam
ANUGERAH / PENGHARGAAN :
1. 1998 Sijil Penghargaan - Bengkel Membina Teaching Notes Bagi Mata Pelajaran Elektif
Kesusasteraan Dalam Bahasa Inggeris Bagi Tingkatan 4 Dan 5 (PPK, KPM)
2. 2006 Sijil Penghargaan - Anugerah Inovatif dan Kreatif (SMK Seri Pengkalan)
3. 2008 Sijil Penghargaan - AJK Pelaksana Konvensyen Nasional Ke Dua 2008, Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (IAB, KPM)
4. 2009 Sijil Penghargaan - AJK Pelaksana Projek Lawatan Penaandaarasan (IAB, KPM)
5. 2010 Sijil Penghargaan sebagai Penulis Artikel Jurnal Pendidikan Persidangan Kebangsaan
Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSM) 6. 2010 Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2010
7. 2011 Sijil Penghargaan sebagai Penyumbang Hasil Karya untuk Jurnal Majlis Pengetua Sekolah
Menengah Cawangan Melaka (MPSM)
8. 2014 Sijil Penghargaan Bengkel Perancangan Strategik Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Negeri Melaka
9. 2017 Anugerah Kecemerlangan (SPM) Peningkatan GPS Tahun 2017 Peringkat PPDMT
10. 2017 Peningkatan Terbaik GPS (1.08 mata) SPM 2017 Peringkat Negeri Melaka
SUMBANGAN DI SMEKG :
1. Sumbangan dalam bidang akademik
a) Peningkatan Pencapaian Tertinggi Gred Purata Sekolah SPM 2017 Peringkat Negeri Melaka (dari 6.43 ke 5.35).
b) Peningkatan peratus layak sijil SPM 2017 (dari 81.3% ke 95.97%).
c) SMK Kampung Gelam menghasilkan seorang calon yang mendapat 9A SPM 2018 buat julung kalinya dalam
tempoh 10 tahun sejarah penubuhan sekolah.
d) Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Mata Pelajaran Bidang Sains dan Matematik bertambah baik dalam SPM
2018 (Matematik Moden. Sains, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi).
e) Peratus lulus Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Sains SPM 2018 meningkat.
2. Sumbangan dalam bidang kokurikulum
a) Menyediakan Bilik Khas untuk pasukan Robotik sekolah. Impaknya, pasukan robotik telah memenangi pelbagai
pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan.
b) Menjadikan Robotik, Kadet Koreksional dan Kriket sebagai bidang kebitaraan kokurikulum sekolah.
3.Sumbangan dalam aspek fizikal sekolah
a) Penyelenggaraan pintu-pintu bilik darjah bernilai RM9,000.
b) Baikpulih ke semua pintu dewan dengan kerjasama JPNM.
c) Ubahsuai dan naik taraf (USNT) makmal Fizik dan Kimia dengan kerjasama JPNM.
d) Penyelenggaraan salur air hujan dan atap dengan kerjasama JPNM.
e) Baikpulih pam kumbahan dengan kerjasama JPNM.
f) Menyediakan Bilik Khas sebagai sebahagian daripada inisiatif Program Pembangunan Pasukan Robotik Sekolah.
g) Keceriaan Musola Perempuan di Blok Pentadbiran dengan kerjasama guru-guru.
15
NAMA PENGETUA : En. A. Halim bin Hj. Mat Ali
TARIKH LAHIR : 29 Julai 1967
TEMPAT KELAHIRAN :Alor Gajah, Melaka
KELULUSAN AKADEMIK : Diploma (DKHP), Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian),
Master Sains (Pendidikan Teknik Dan Vokasional)
GRED : DG54
SEJARAH PERKHIDMATAN :
SMK Lubok China (1992-1998)
SMK Rahmat (1999)
SMK Lubok China (2000-2012)
SMK Sultan Alauddin (2012-2017)
SMK Rahmat (2017-2020)
SMK Kampung Gelam (1 Julai 2020 hingga kini)
ANUGERAH / PENGHARGAAN :
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2002 dan 2011
2. Panel pengubal modul KBSM Sains Pertanian
3. Panel penggubal soalan percubaan SPM, sains pertanian dan KHB (PMR)
4. Ketua pengawas PMR dan penolong ketua pengawas SPM
5. Naib setiausaha Masjid Qariah, Al-Wakil, Lubok China
6. Naib Pengerusi Jawatankuasa PIBG Sekolah Agama JAIM, Telok Berembang, Lubok China, Melaka
SUMBANGAN DI SMEKG :
1. Sumbangan dalam bidang akademik
a) Peningkatan peratus kelulusan SPM 2020 sebanyak 94.32% berbanding tahun2019 sebanyak 88.18% dengan
kenaikan sebanyak 6.14%.
b) Terlibat secara kolaborasi bersama sekolah sekitar bagi Program PINTAR untuk kecemerlangan SPM 2021.
c) Terlibat dalam Program RENTAS secara kolaborasi dengan sekolah-sekolah luar Melaka untuk kecemerlangan
SPM 2021.
2. Sumbangan dalam bidang kokurikulum
a) Kecemerlangan pelajar dalam sukan Perahu Layar di Peringkat Antarabangsa / Kebangsaan
b) Kecemerlangan pasukan Robotik sekolah dalam peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
3. Sumbangan dalam aspek fizikal sekolah
a) Memperbaiki kerosakan prasarana dan bangunan sekolah
b) Berusaha dalam mengumpulkan sumbangan untuk pembinaan surau sekolah
c) Berusaha dalam meningkatkan keindahan dan keceriaan di sekitar kawasan sekolah.
16
NAMA : Encik Ramlan bin Hassan
Tarikh Lahir : 11 Februari 1964
Tempat Lahir : Wilayah Persekutuan
Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pengajian Seni dan Kreatif
(Senireka Grafik)
Institusi : UITM
Jawatan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Gred : DG 52
Sejarah Pekhidmatan :
1. SMK Purun Pahang (04/01/1988-31/12/1997)
2. SMK Dato Abdul Rahman Yakub Melaka (01/01/1998-31/12/1998)
3. SMK Tun Haii Abdul Malek (01/01/1999-30/06/2002)
4. SMK Sungai Udang, Melaka (01/07/2002-30/04/2006)
5. SMK Bukit Baru, Melaka (01/05/2006-15/10/2009)
6. SMK Kampung Gelam, Melaka (16/10/2009 hingga kini)
Anugerah : Anugerah Cemerlang 1993, 2005, 2014
NAMA : Pn. Hjh. Kamariah binti Embot
Tarikh Lahir : 1 Jan 1964
Tempat Lahir : Melaka
Kelulusan Akademik : Sarjana Muda Sastera
Institusi : UM
Jawatan : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Gred : DG 52
Sejarah Pekhidmatan :
1. Smk Keratong (1988-1989)
2. Smk Gombak Setia (1989-1992)
3. Smk Munshi Abdullah (1992-2003)
4. Smk Canossa Convent (2003-2016)
5. Smk Tinggi St David (2016-2019)
6. Smk.Kg Gelam (2019-2021)
Anugerah : Anugerah Cemerlang 1995, 2008
NAMA : Tn. Hj. Kamis bin Kapil
Tarikh Lahir : 03 Julai 1969
Tempat Lahir : Singapore
Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sains Perniagaan Tani
Institusi : UPM
Jawatan : Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Gred : DG 48
Sejarah Pekhidmatan :
1. SMK Lokman Hakim, Kota Tinggi, Johor (1997-2003)
2. SMK Malim, Melaka (2004-2011)
3. SMK Canossa Convent, Melaka (2011-2017)
4. SMK Kampung Gelam, Melaka (2017 hingga kini)
Anugerah : Anugerah Cemerlang 2008, 2013
17
NAMA : Pn. Rosamizana binti Ismail
Tarikh Lahir : 06 Mac 1975
Tempat Lahir : Kemaman, Terengganu
Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia
Institusi : UM
Jawatan : Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik
Gred : DG 48
Sejarah Pekhidmatan :
1. SMK Banang Jaya, Batu Pahat, Johor (2004-2005)
2. SMK Seri Tanjung, Melaka (2006-2008)
3. SMK Kampung Gelam, Melaka (2009 hingga kini)
Anugerah : Anugerah Cemerlang 2010, 2019
NAMA : Pn. Fa‟aizah binti Ibrahim
Tarikh Lahir : 23 Mei 1970
Tempat Lahir : Masai, Johor Baharu
Kelulusan Akademik : Ijazah Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu
Institusi : UPM
Jawatan : Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa
Gred : DG 48
Sejarah Pekhidmatan :
1. MRSM Muar, Johor (1994-1996)
2. SMK Cheras Perdana, Kajang (1997-2010)
3. SMK Sultan Abd Aziz Shah, Kajang (2011-2012)
4. SMK Semerah Padi, Kuching (2013-2018)
5. SMK Kampung Gelam, Melaka (2019 hingga kini)
Anugerah : Anugerah Cemerlang 2012
NAMA : Norshida binti Mohamat
Tarikh Lahir : 04 April 1968
Tempat Lahir : Singapore
Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Rumah Tangga
Institusi : UPM
Jawatan : Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional
Gred : DG 48
Sejarah Pekhidmatan :
1. SMK Seri Tanjung, Kuala Selangor, Selangor (1995-1999)
2. SMK Seri Tanjung, Melaka (2000-2009) )
3. SMK Kampung Gelam, Melaka (2010 hingga kini)
Anugerah : Anugerah Cemerlang 2012, 2018
18
NAMA : Pn. Hjh. Khalilah binti Ahmad
Tarikh Lahir : 21 Januari 1965
Tempat Lahir : Melaka
Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Syariah
Institusi : UKM
Jawatan : Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan
Gred : DG 52
Sejarah Pekhidmatan :
1. SMK Dato Haji Abdul Rahman Yaakub (1989-1992)
2. SMK Cheras Perdana (1997-2008)
3. SMK Seri Pengkalan (2009-2014)
4. SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka (2015-2018)
5. SMK Malim (2018)
6. SMK Kampung Gelam, Melaka (2019 hingga kini)
Anugerah : Anugerah Cemerlang 2002
NAMA : Pn. Azlin bint Zaini
Tarikh Lahir : 02 September 1980
Tempat Lahir : Gemas, Negeri Sembilan
Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan
Institusi : UUM
Jawatan : Penyelaras Pendidikan Khas
Gred : DG 44
Sejarah Pekhidmatan :
1. SMK Klebang Besar (2008-2009)
2. SMK Kampung Gelam, Melaka (2010 hingga kini)
Anugerah : Anugerah Cemerlang 2015
19
MUTIARA KATA PENGUAT JIWA
GANTUNGKAN AZAM DAN SEMANGAT
MU SETINGGI BINTANG DI LANGIT DAN
RENDAHKAN HATI MU SERENDAH
MUTIARA DI LAUTAN
EN. A. HALIM BIN MAT ALI
PENGETUA
AKU SEORANG PECINTA
BUKAN PEJUANG, TAPI AKU AKAN
MEMPERJUANGKAN
APA YANG AKU CINTAI
EN. RAMLAN BIN HASSAN
PK PENTADBIRAN
BERKHIDMAT
BERBAKTI
MENUJU REDA ILAHI
PN. HJH. KAMARIAH BINTI EMBOT
PK HAL EHWAL MURID
ADA MASANYA SENYUMAN DAPAT
MENYELESAIKAN BANYAK MASALAH,
NAMUN, BERDIAM DIRI DAPAT
MENYELESAIKAN BANYAK MASALAH
JUGA
TN. HJ. KAMIL BIN KAPIL
PK KOKURIKULUM
20
CARTA ORGANISASI
BARISAN PENTADBIR SMK KAMPUNG GELAM
EN. A. HALIM BIN MAT ALI
EN. RAMLAN BIN HASSAN TN.HJ. KAMIL BIN KAPIL PN. HJH. KAMARIAH BINTI EMBOT
PN. ROSAMIZANA BINTI ISMAIL PN. FA’AIZAH BINTI IBRAHIM PN. NORSHIDA BINTI MOHAMAT
PN. HJH KHALILAH BINTI AHMAD PN. AZLIN BINTI ZAINI
21
BARISAN PENTADBIR
SMK KAMPUNG GELAM
22
BARISAN PENJANA AKADEMIK SMK KAMPUNG GELAM
1. Nurul Asyikin binti Rahman 2. Zeehan binti Zakaria 3. Ahmad Nor Iman bin shawal 4. Basri bin Jamaluddin
5. Fathanah binti Jani 7. Haslizawati binti Abd. Hamid
9. Indah Hariyanti binti Othman 6. Haslisah binti Selamat 11. Marziah Binti Mat Ali 8. Ibrahim bin Jari
13. Mazura binti Mohd Satar 15. Mohamad Noor bin Sulaiman
10. Madihah binti Zakaria 12. Mazura binti Mashur
14. Mohamad Amir bin 16. Mohd Nor Hisham bin
Samsudin Tahir @ Mohd Tahir
12 34
56 7 8
9 10 11 12
13 14 15 16
23
BARISAN PENJANA AKADEMIK SMK KAMPUNG GELAM
17. Mohd Padil bin Mat Saad 18. Nadiah binti Sahum 19. Nik Zaleha binti Ismail 20. Nor Alfatihah binti Che
Adanan
21. Nor Azmawati binti Omar 22. Nor’Amilin binti Kamaruddin 23. Noraini binti Mat Nor
25. Norazera Binti Zamri 26. Norfairuz binti Mohd 27. Norhafizah binti 24. Noraini binti Mohd Arshad
28. Norhayati binti Ahmad
29. Nur Errenna Fazlin Binti Shohaimin Hassan
Ramli 30. Nur Fadhlina binti Abdul 31. Nur Fazlina binti Alwi 32. Nur Ilham Binti Zairan
Rahman
17 18 19 20
21 22 23 24
25 26 27 28
29 30 31 32
24
BARISAN PENJANA AKADEMIK SMK KAMPUNG GELAM
33. Nursarah binti Zulkifli 34. Quek Chaw Mei 35. Rahina binti Zaidan 36. Salezman bin Salleh
37.Saripah binti Baharin 39. Siti Fatimah binti Md. 40. Siti Noorzarizan binti
41. Siti Patimah binti Arifin 38. Siti Amirah binti Yunus
45. Syazwani binti Isnin Arip Juhari
42. Solah Makiah binti Osman 43. Suhaila binti Ibrahim 44. Syamimi binti Mohamed
46. Syed Abdul Rahman bin Syed
Ahmad 47. Mohd Hairullah bin 48. Mohd Fairul bin Kamardin
Abdul Talip
49.Mohd Zahin bin Zakaria 50.Mohd Nasir bin Mohd Nor
33 34 35 36
37 38 39 40 41
42 43 44 45
46 47 48 49 50
25
ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA
SMK KAMPUNG GELAM
PN. JAMILIAH EN. MUHAMAD SHAFEEQ
BINTI OSMAN BIN AB LATIF
PN. JEMAAH BINTI PN. ROSLINA BINTI PN. AZLINA BINTI
MD. ZIN GHANI HARON
EN. SUHAIMI PN. NOR HAJAR ASHIKIN PN. RAUDAH @ KHADIJAH
BIN A. RAHIM BINTI MOHD RADZIR BINTI MOHAMAD
26
PN. ZEEHAN PN. RAHINA PN. NUR FADHLINA EN. MOHD NASIR
BINTI ZAKARIA BINTI ZAIDAN BINTI ABDUL RAHMAN BIN MOHD NOR
EN. AHMAD NOR IMAN CIK ILHAM EN. MOHD FAIRUL EN. MOHD ZAHIN
BIN SHAWAL BINTI ZAIRANI BIN KAMARDIN BIN ZAKARIA
PN. SRI DEWI PN. NORHAFIZAH PN. SITI FAIRUZ
BINTI SAIFUL NATHAN BINTI MD YUSOF BINTI MAHYON
EN. BAHARULLAH EN. MAZRAN EN. MUHAMAD NURI
BIN HJ ADAM BIN ISMAIL BIN AHMAD
27
28
29
30
31
LAPORAN
AKTIVITI PIBG
32
Encik A. Halim bin Mat Ali
Pengetua
YB Senator Dato’ Seri (Dr.) Haji Tuan Haji Ismail bin Hasim
Mohamad Ali bin Haji Mohamad Naib Yang Dipertua PIBG
Yang Dipertua PIBG
Puan Rosamizana binti Ismail Encik Mohd Nor Hisyam bin Tahir Puan Norhayati binti Ahmad
Setiausaha @ Mohd Tahir Bendahari
AJK GURU Penolong Setiausaha
JURU AUDIT
Encik Syed Abdul Puan Azlin Puan Nurul Asyikin Encik Mohd Fairul Encik Basri bin Puan Mazura Encik Mohd Jefree
Rahman bin binti Zaini binti Rahman bin Kamardin Jamaluddin binti Mohd Satar bin Kahar
Syed Ahmad
AJK IBU BAPA
Encik Mustaffa Encik Kamaludeen Tuan Haji Zamry Encik Rahiman bin Puan Norazlina Puan Norfazlina
bin Basiron Mohamad Haneefa bin Gafar binti Daud
Abu Hassan binti Ahmad
33
Pengerusi Pengerusi Pengerusi
Tuan Haji Zamry bin Gafar Encik Kamaludeen bin Mohamad Puan Norfazlina binti Daud
Naib Pengerusi Haneefa Naib Pengerusi
Encik Syed Abdul Rahman Naib Pengerusi Encik Mohd Fairul bin bin Kamardin
Encik Mustaffa bin Basiron
bin Syed Ahmad AJK
AJK Puan Khalilah binti Ahmad
AJK Encik Basri bin Jamaluddin
Puan Fa’aizah binti Ibrahim
Pengerusi Pengerusi Pengerusi
Encik Rahiman bin Abu Hassan Encik Mohd Jefree bin Kahar Encik Mustaffa bin Basiron
Naib Pengerusi Naib Pengerusi Naib Pengerusi
Puan Mazura binti Mohd Satar Puan Nurul Asyikin binti Rahman Encik Mohd Nor Hisyam bin Tahir @
AJK AJK Mohd Tahir
Puan Norazlina binti Ahmad Puan Norshida binti Mohamat
AJK
Puan Azlin binti Zaini
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
LAPORAN
KURIKULUM
45
46
47