The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharifahnurasyhierra, 2022-05-26 12:58:06

MPU ( KENAPA ARAK DIHARAMKAN )

MPU ( KENAPA ARAK DIHARAMKAN )

MPU23052
SAINS TEKNOLOGI &
KEJURUTERAAN ISLAM

EN. SHAMSUL KAMAL BIN ABDULLAH
@ MOHD KHIR

TAJUK: KENAPA ARAK
DIHARAMKAN ?

AHLI KUMPULAN :-

04DKA21F1153 04DKA21F1140 O4DKA21F1078
ANISYA BINTI SHARIFAH NUR NOOR AMALINA
MAT HUSIN @ ASYAHIERRA BINTI
AISYAH BINTI
ZAKARIA MOHD SYED ABDUL TALIB
ASMADI
04DKA21F1029 04DKA21F1092
NUR NABILA NURI HAZIRAH
BINTI NORKAMAL
YUSMIRA BINTI
MOHD YUSNEE

PENGENALAN .

Alkohol merupakan suatu sebatian organik yang mengandungi kumpulan berfungsi hidroksi (-OH). Ia
mempunyai pelbagai kegunaan dan manfaat namun apabila bercakap tentang alkohol, kita sering
mengklasifikasikan semua jenis alkohol itu sebagai haram. Istilah arak atau khamr dan alkohol sebenarnya
memberi pengertian yang berbeza dan maksud keduanya harus difahami. Alkohol yang diharamkan adalah
etanol yang menjadi salah satu bahan dalam arak. Justeru, artikel ini ditulis bagi membincangkan perbezaan
antara penggunaan alkohol yang dibolehkan dalam Islam dan yang diharamkan dalam Islam. Sebenarnya,
terdapat perbincangan yang luas di antara para fuqaha tentang penggunaan alkohol dalam pelbagai cabang
sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan terutamanya bidang sains dan teknologi. Kajian kepustakaan
melalui pembacaan jurnal, tafsir Al-Quran dan sebab diturunkan ayat tersebut, telah dijalankan bagi mengetahui
tentang maksud sebenar alkohol dan penghasilannya, sejarah dan hikmah pengharaman alkohol (arak) dalam
syariat Islam, kesan pengambilan alkohol terhadap tubuh manusia dan kegunaan serta isu-isu berkaitan
dengan penggunaan alkohol dalam kehidupan seharian.

Alkohol iaitu etanol, boleh dihasilkan melalui dua kaedah iaitu fermentasi dan tindak balas etena dengan stim.
Pengharaman alkohol (arak) dalam syariat Islam adalah secara berperingkat dan ia mempunyai hikmahnya
yang tersendiri antaranya bagi menunjukkan kepada manusia bahawa alkohol juga boleh dimanfaatkan dalam
kehidupan. Pengambilan alkohol sebagai minuman boleh merosakkan sistem tubuh manusia, memberi kesan
ke atas otak dan kebolehan berfikir, risiko kerosakan hati atau sirosis dan meningkatkan risiko kanser. Selain
itu, masyarakat perlu memahami isu-isu berkaitan penggunaan alkohol dalam industri makanan, pembuatan
minyak wangi, perubatan dan sebagai bahan api supaya lebih menghargai alkohol sebagai salah satu sebatian
organik yang bernilai.

AYAT AL-QURAN

ُ‫يَ ْسأَلُونَ َك َع ِن ا ْل َخ ْم ِر َوا ْل َم ْي ِس ِر ۖ قُ ْل ِفي ِه َما إِثْ ٌم َكبِي ٌر َو َمنَافِ ُع ِللنَّا ِس َوإِثْ ُم ُه َما أَ ْك َب ُر ِم ْن نَ ْف ِع ِه َما ۗ َو َي ْسأَلُونَ َك َما َذا يُ ْن ِفقُو َن قُ ِل ا ْلعَ ْف َو ۗ َك َٰ َذ ِل َك يُبَيِ ُن َّلَّلا‬
‫لَ ُك ُم ا ْْليَا ِت لَ َعلَّ ُك ْم تَتَ َف َّك ُرو َن‬

" Mereka bertanya kepadamu tentang khamr dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang
besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka

bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah
Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir." (QS Al Baqarah 219)

HADITH

berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Malik bin al-Asy'ari RA yang mendengar Rasulullah SAW bersabda
bermaksud: "Demi sesungguhnya manusia di kalangan umatku akan minum arak yang mereka menamakannya
dengan nama yang lain.“

mengikut mazhab Imam Syafie arak serta minuman yang memabukkan adalah najis. Ini jelas dalam ayat yang di
atas perkataan Rijzun memberi makna dari segi bahasa: kotor atau najis. (Fiqh Manhaji ala Mazhab Imam
Syafie: 3/78)

Hadis Ibnu Umar r.a bercakap: Rasulullah s.a.w bersabda:

Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang
meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat,
maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim
[Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733

HUKUM ISLAM

para penulis menjelaskan kedudukan arak dalam Islam.Haram meminum minuman yang memabukkan sama ada arak ( ,)‫خمر‬
iaitu yang dibuat daripada perahan anggur atau bukan arak, iaitu yang dibuat daripada benda lain.
Ini berdasarkan firman Allah SWT:
‫يَا أَيُّ َها ا َّل ِذي َن آ َمنُوا ِإنَّ َما ا ْل َخ ْم ُر َوا ْل َم ْي ِس ُر َوا ْْلَن َصا ُب َوا ْْلَ ْزََل ُم ِر ْج ٌس ِم ْن َع َم ِل ال َّش ْي َطا ِن َفا ْجتَ ِنبُوهُ لَعَ َّل ُك ْم تُ ْف ِل ُُو َن‬

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi
nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah al-Maidah: 90)

Jumhur ulama bersepakat tentang pengharaman meminum arak sama ada sedikit atau banyak. Ini
kerana sifatnya yang memabukkan dan menyebabkan hilang ingatan untuk mengingati Allah S.W.T. (Al-

Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah: 5/15) Jelas sepertimana firman Allah S.W.T:

‫ِإ َّن َما يُ ِري ُد ال َّش ْي َطا ُن أَن يُوقِ َع َب ْي َن ُك ُم ا ْل َع َدا َوةَ َوا ْلبَ ْغ َضا َء ِفي ا ْل َخ ْم ِر َوا ْل َم ْي ِس ِر َو َي ُص َّد ُك ْم َعن ِذ ْك ِر َّلَّلاِ َو َع ِن ال َّص ََةِ ۖ َف َه ْل أَنتُم ُّمنتَ ُهو َن‬

Maksudnya: Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan
kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada

mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada
melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

(Surah Al-Maidah: 90)

Tafsir Al-Wajiz dari Syekh Prof Wahbah Az Zuhaili menjelaskan, "Mereka bertanya kepadamu tentang
hukum khamr (yaitu air anggur yang difermentasi) dan judi (qamar adalah jenis judi bangsa Arab

dengan menggunakan azlam, yaitu potongan kayu yang mereka gunakan untuk berjudi dengan cara
tertentu di atas daging unta). Maka katakanlah kepada mereka Wahai Nabi: “Mempraktikkan kedua hal
itu adalah suatu dosa besar dan merupakan suatu kerusakan yang agung karena bisa menghilangkan

akal sehat dan harta.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)

Syariat Islam dengan tegas menegah dan mengharamkan perbuatan minum arak yang memabukkan
kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan dan kesan buruk dalam kehidupan. Berdasarkan
ijmak ulama, penentuan hukum pengharaman arak adalah berasaskan sifat minuman itu yang
memabukkan. Justeru pengharamannya adalah ke atas semua jenis minuman yang memabukkan
walau apa pun asal dan jenamanya

KEBURUKAN ARAK

Keburukan arak menurut islam pula ialah mereka akan berpaling daripada ketaatan kepada Allah seperti
meninggalkan solat dan berani melakukan maksiat. Arak juga dapat menghilangkan akal waras manusia serta
menyebabkan kebencian dan permusuhan antara sesama manusia. Dikatakan jugak bahawa agama-agama lain
seperti hindu, budha, kristian dan Sikh jugak mengharamkan arab dalam kitab - kitab mereka. Hal ini kerana,
kesan arak lebih banyak mendatangkan keburukan kerana apabila mereka mabuk, mereka mudah melakukan
kejahatan serta maksiat berterusan tanpa rasa bersalah dan serta masalah kesihatan yang akan dihadapinya
kelak Hari.

KESAN ALKOHOL TERHADAP MENTAL &
FIZIKAL MANUSIA

Minuman beralkohol mengandungi etanol, iaitu sebatian yang tergolong dalam kumpulan dadah yang boleh
menindas fungsi sistem saraf pusat. Ianya boleh melambatkan tindakbalas fizikal dan mental peminumnya. Selain
itu, etanol juga adalah dadah yang boleh mendatangkan kebergantungan atau ketagihan jika diambil setiap hari.
Sebaik sahaja diminum, alkohol akan diserap ke dalam aliran darah melalui permukaan perut dan usus.

Sebahagian kecil akan terus pergi ke otak dan paru-paru, dan dikumuhkan melalui pernafasan. Manakala
sebahagian besar alkohol akan dimetabolisma oleh hati dan dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing.
Kesan alkohol kepada peminumnya bergantung kepada jumlah alkohol yang berada dalam peredaran darah
seseorang itu. Peminum yang mengambil minuman beralkohol dalam jumlah yang banyak akan mabuk.

Apabila mabuk, seseorang itu akan hilang koordinasi gerak tubuh dan juga gangguan kepada pertimbangan dan kewarasan
fikiran. Mereka boleh terjatuh, mengalami kemalangan, bergaduh, tercedera dan memory blackout yang mana merupakan
komplikasi atau kesan kemudaratan jangka pendek berkaitan pengambilan minuman beralkohol. Kesan lain akibat mabuk
adalah apa yang dikenal sebagai hangover.

Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar
selama beberapa jam, bergantung kepada jumlah alkohol di dalam darah pada ketika itu. Tanda hangover akan hilang apabila
semua alkohol dalam peredaran darah telah dikumuhkan dari badan.

Kemudaratan alkohol kepada sistem saraf dan otak (neuropsychiatry) merupakan kesan jangka panjang alkohol yang paling
kerap dilaporkan di kalangan orang dewasa.. Antara kesan alkohol kepada kesihatan mental ialah;
•Kecelaruan tingkahlaku dan fikiran
•Keresahan dan kebingungan
•Kekeliruan
•Kebergantungan kepada alkohol
•Hilang ingatan sementara atau kekal
•Kemurungan

Selain itu, pengambilan minuman beralkohol yang berterusan terutamanya jika diambil dalam jumlah yang banyak,
boleh memberikan kesan toksik kepada organ badan. Kesan toksik alkohol kepada otak boleh menyebabkan
gangguan mental seperti kemurungan dan psikosis. Selain itu, alkohol boleh menyebabkan sirosis hati dan
kegagalan fungsi hati, kegagalan jantung, gastritis, ulser, radang pankreas dan kanser saluran oro-farink (mulut dan
tekak). Semua ini merupakan antara komplikasi atau kesan jangka panjang kemudaratan kesihatan alkohol.
Kematian pra-matang boleh berlaku akibat kegagalan fungsi organ badan ini.

Kajian saintifik juga telah menunjukkan kaitan antara pengambilan minuman beralkohol dikalangan wanita yang
mengandung dengan kecacatan dan keabnormalan janin yang dikandung, contohnya Fetal Alcohol Syndrome.
Kematian mengejut juga boleh sekiranya alkohol diambil dalam jumlah yang terlalu banyak dalam satu-satu masa,
sehingga paras alkohol darah terlalu tinggi yang boleh menyebabkan keracunan atau ganggu sistem pernafasan.

Mereka yang mengambil minuman beralkohol perlu tahu risiko yang mereka hadapi akibat dari corak pengambilan
alkohol mereka. Oleh itu, mereka perlu berjumpa dengan anggota kesihatan untuk menilai tahap risiko mereka.
Mereka yang minum dalam kuantiti yang hazad atau berisiko iaitu kuantiti yang menyebabkan mereka berisiko
tinggi untuk mendapat kemudaratan alkohol, perlu mengubah tabiat minum mereka. Intervensi dan rawatan awal
boleh mencegah dan mengurangkan kemudaratan alkohol.

KAJIAN SAINS

Dapatan daripada kajian yang dijalankan menunjukkan alkohol adalah penyumbang besar kepada masalah
kesihatan sejagat, tidak kira besar atau kecil kadar pengambilannya.

Kajian itu melibatkan mereka yang berumur 15 hingga 95 tahun, ada yang minum satu gelas minuman
beralkohol sehari dan ada pula yang langsung tidak minum alkohol.

Daripada 100,000 peserta kajian yang tidak mengambil alkohol, seramai 914 orang mempunyai masalah
kesihatan seperti kanser dan ada yang mengalami kecederaan. Jumlah itu bertambah lima kali ganda bagi
mereka yang minum satu gelas minuman beralkohol sehari.

Alkohol adalah penyebab kepada kematian, ketidakupayaan dan kecederaan.

Menurut kajian itu lagi, untuk mengurangkan risiko penyakit berkaitan alkohol seperti penyakit
jantung, kencing manis dan kanser, kadar dibenarkan untuk diambil dalam masa seminggu adalah

kosong gram bermakna alkohol tidak dibenarkan sama sekali!

Garis panduan Ketua Pegawai Perubatan United Kingdom pada tahun 2016 juga menyatakan tidak
terdapat kadar selamat untuk pengambilan alkohol (no safe level of alcohol consumption).

Senario semasa di Malaysia menyokong kenyataan itu bahawa kemalangan maut yang diakibatkan
oleh pemandu mabuk kian meningkat. Kehilangan nyawa orang yang mabuk itu adalah satu perkara.

Mudarat yang lebih besar adalah apabila ia melibatkan pihak-pihak lain yang tidak bersalah bukan
sahaja kerugian yang terpaksa ditanggung akibat kehilangan atau kerosakan harta benda, sama ada
bagi individu atau kerajaan tetapi lebih malang lagi ia melibatkan kehilangan nyawa insan-insan yang

tidak bersalah dan pelbagai kesan negatif terutamanya ke atas ahli keluarga mereka yang tidak
bersalah itu.

TITIK PERTEMUAN ANTARA HASIL KAJIAN
SAINS DAN HUKUM ISLAM

Konsep Alkohol Dari Segi Kimia dan Sains Makanan Pengkajian-pengkajian berkaitan alkohol dari segi kimia dan
sains makanan kebanyakannya ditulis oleh ahli-ahli sains. Ia lebih menjurus kepada pengkajian saintifik. Pengkaji
telah merujuk beberapa sumber mengenai konsep alkohol dari sudut kimia bagi membantu kajian dijalankan.
Antaranya “Jurnal Halal”34 bertajuk „Penjenisan alkohol dan Kesan Penggunaannya dalam Makanan dan
Minuman‟. Artikel ini menjelaskan penggunaan alkohol dalam makanan sebagai perasa makanan serta faktor-
faktor yang mempengaruhi kandungan alkohol dalam darah.
Selain itu, alkohol juga di kupas dalam kertas kerja bertajuk „Alkohol sebagai Bahan Kimia dan Kegunaannya
dalam Kehidupan‟35. Kupasan yang dibuat secara ringkas merangkumi alkohol sebagai bahan kimia, sifat-sifat
alkohol, proses pembuatan alkohol secara sintesis dan penapaian, kegunaan alkohol dan kesan alkohol terhadap
diri manusia.

Pengkaji juga turut merujuk kertas kerja Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke 2236 bertajuk
„Alkohol Sebagai Penstabil Dalam Minuman Ringan Menurut Islam‟. Perbahasan dilakukan
secara terperinci bagi mendapatkan keputusan hukum. Penjelasan daripada sainstis terhadap
isu ini juga turut diambilkira dalam memutuskan keputusan. Pengkaji juga mendapati buku-
buku terjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu yang turut membincangkan konsep
alkohol secara kimia iaitu bertajuk „Alkohol
34Dzulkifly Mat Hashim dan Nurul Hayati Abdul Majid )2008). „Penjenisan alkohol dan kesan
penggunaannya dalam makanan dan minuman‟ dalam “Jurnal Halal”. Selangor: Bahagian Hub-
Halal JAKIM, h. 21-33.
35Bohari Mohd. Yatim „Alkohol sebagai bahan kimia dan kegunaannya dalam kehidupan‟
dalam Mohd Ridzuan b. Awang (1988), Isu-isu Syariah dan Undang-undang , Siri Kumpulan
Kertas Kerja. Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia, h. 33-47.
36 Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, „Alkohol Sebagai Penstabil Dalam
Minuman Ringan Menurut Islam‟, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke 7, 24 dan
25 November 1988. Dewan Syura Pusat Islam Malaysia, Jalan Perdana Kuala Lumpur

Konsep Alkohol Dari Perspektif Islam Konsep alkohol tidak dibincangkan secara langsung
oleh ulama silam, tetapi terdapat beberapa ulama kontemporari yang membincangkannya
secara lebih fokus dan mencuba mengistinbatkan hukumnya secara berasingan daripada
hukum arak sekalipun ianya ada kaitan dengan arak. Antara ulama yang paling menonjol
dalam membincangkan isu alkohol dari sudut fiqh ialah Dr. Wahbah al-Zuhayli22Dr. `Abd al-
Karim Zaydan,23Dr. Nazih Hammad,24.
Di samping itu, Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menyebut berkaitan hukum alkohol dalam kitab
“al-Halal wa al-Haram fi al-Islam”25. Tetapi, huraiannya tidak secara jelas kerana ia disebut
ketika mengulas tentang arak. Dalam kitab “Yas‟alunaka fi al-Din wa al-Hayah”26 karangan
Dr. Muhammad Sharbasi mengulas mengenai kesucian alkohol. Buku “Hidup Sejernih
Embun tanpa dadah, tanpa arak dan tanpa rokok (1995)27” ditulis oleh Umamah Al-Edrus
membicarakan mengenai konsep arak dari sudut Islam dan menghuraikan isu alkohol seperti
proses penghasilan alkohol, kegunaan alkohol, kesan minum alkohol terhadap otak dan hati,
ketagihan alkohol dan kesan terhadap masyarakat.
22Wahbah al-Zuhayli (Dr) (1997), Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, juz. 7, c. 4. Damshiq: Dar al-
Fikr al- Muasir, h. 5264-5265.

23 `Abd Karim Zaydan (t.t), Al-Mufasal Ahkam al-Mar‟ah wa al-Bait al-Muslim fi al-Shari`ah al- Islamiyyah, j.3.
Baghdad: Mua‟ssasah al-Risalah, h. 58.
Di samping buku-buku, kertas kerja berkaitan konsep alkohol menurut Islam turut juga dirujuk oleh pengkaji. Kertas
kerja tersebut bertajuk “Kegunaan alkohol di dalam makanan dan wangian mengikut pandangan Islam” 28 dalam
Seminar Flavour and Fragrance Workshop & Exhibition (1999). Kertas kerja ini menghuraikan konsep alkohol secara
ringkas. Selain itu, kertas kerja dalam pembentangan di Seminar Bahaya Alkohol Dan Penggunaan Dadah Peringkat
Kebangsaan bertajuk “Isu-isu berkaitan dengan alkohol dari pandangan polis”29. Kertas kerja ini berkisarkan tabiat
minum alkohol mempengaruhi perlakuan kejadian-kejadian jenayah, akibat minum alkohol.
Pengkaji juga telah mendapatkan kertas kerja Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke 730 daripada pihak
penolong pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berkaitan “Alkohol menurut
pandangan Islam”. Huraian konsep alkohol dibuat secara terperinci dari pandangan ulama dan juga pendapat para
ahli kimia untuk mendapatkan keputusan yang tepat mengenai hukum alkohol. Oleh itu, kertas kerja ini sangat
berkaitan dengan tajuk kajian dan dapat membantu pengkaji dalam menjalankan kajian ini.
Bagi isu makanan dan minuman yang mengandungi alkohol diulas secara jelas dalam buku “Halal Food
Production”31 bawah tajuk „Alcohol in Halal Food Production, Halal Production Requirements for Dairy Product and
Enzymes in Halal Food Production‟. Manakala buku “Penjenamaan Halal satu Paradigma Baru” 32

28 Mustafa b. Omar “Kegunaan Alkohol Di Dalam
Makanan dan Wangian Mengikut Pandangan
Islam”, Seminar Flavour and Fragrance Workshop
& Exhibition. 30 Jun-1 July 1999. Jasmine Room
Chemical Engineering Pilot Plant.
29 “Isu-isu berkaitan dengan alkohol dari
pandangan polis”, Seminar Bahaya Alkohol Dan
Penggunaan Dadah Peringkat Kebangsaan, 27-30
Januari 1984.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, bagi mereka semua yang memabukkan adalah diharamkan sama ada banyak atau sedikit.
Mazhab Hanafi yang membezakan antara keduanya, meminum arak daripada perahan anggur sahaja
diharamkan, selain daripadanya tidak haram kecuali memabukkan. Hukum kenajisan arak pula disimpulkan
kepada dua golongan, iaitu golongan jumhur menyatakan arak adalah najis dan golongan kedua menyatakan
ianya suci.
Hukuman hudud ke atas peminum arak pula berbalik kepada hukum meminum arak. Jumhur menyatakan
haram meminum sesuatu yang memabukkan, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak. Namun
Mazhab Hanafi, hanya meyifatkan arak khusus bagi perahan anggur sahaja dan melihat membezakan antara
hukuman „minum‟ dan hukumun „mabuk‟. Jika peminum tersebut tidak mabuk, maka tidak dikenakan hukuman
hudud. Antara jenis-jenis arak pada zaman jahiliyah seperti al-Bit`, al-Mizr, al-Fadikh, al-Ghubaira‟, al-Thala‟, al-
Bazikh, al-Sakar, al-Ji`ah. Jenis-jenis arak di masa kini seperti bir, wain, wiski, rum, vodka, brandi. Proses
pembuatan arak akan melalui dua proses iaitu fermentasi dan penyulingan secara amnya. Secara khususnya
bir akan melalui proses malt, milling, mashing, fermentation, maturation, filling, dan packing.

THANKS !!!


Click to View FlipBook Version