The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norjuliana3389, 2021-09-05 08:47:14

BUKU SKRAP BULAN KEBANGSAAN

SK TAMAN
TUANKU JAAFAR 2

PERTANDINGAN BUKU SKRAP SEMPENA
BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH

“SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA”

NAMA : ARIF ISA JOHANIF BIN MOHD IZHAM
KELAS : 6 INTAN

ISI 1. SEJARAH KEMERDEKAAN
KANDUNGAN MALAYSIA

2. LOGO DAN TEMA BULAN
KEBANGSAAN 2021

3. AKTIVITI SAMBUTAN BULAN
KEBANGSAAN

4. BIODATA TOKOH
KEMERDEKAAN

5. MENGAPA SAYA BANGGA
MENJADI RAKYAT MALAYSIA

SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

Ringkasan Sejarah Malaysia

• Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi.
Pada zaman kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan
Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana pemimpin
yang berwibawa, sistem pentadbiran dan pemerintahan yang cekap di samping kedudukannya yang
strategik berada di titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan
Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia
Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama
penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.

• Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu
berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641
dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.
British telah campur tangan dalam semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini
diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan
British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa
individu bangkit menentang penjajah antaranya di beberapa buah negeri seperti Dol Said, Tok
Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dhoby dan beberapa tokoh yang lain.

• Pada era 1920-an dan 1930-an, kebanyakan nasionalisme, kesedaran politik dan pembangunan
negara penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau
pendidikan tempatan. Hasilnya, muncul golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan
semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media cetak seperti akhbar, majalah, cerpen dan
novel untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk
persatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan
yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri. Kemaraan tentera Jepun ke
Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 hingga 15 Februari 1942 menandakan bermulanya satu lagi
era penjajahan di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, Jepun yang menduduki Tanah Melayu
sehingga tahun 1945 menyerah kalah ekoran pengeboman bom atom ke atas Hiroshima dan
Nagasaki.

• Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk
menguasai Tanah Melayu. PKM telah melancarkan serangan menguasai Tanah Melayu
melalui kekerasan, pembunuhan tiga orang pengurus peladang getah Eropah di Sungai
Siput, Perak. Lantaran itu, pada bulan Jun 1948, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan
darurat di seluruh Tanah Melayu. PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British
kembali berkuasa. Pentadbiran Tentera British (British Military Administration) atau BMA
adalah antara akhir Perang Dunia II dan Penubuhan Malayan Union. Pada 1 April 1946,
British menubuhkan Malayan Union. Walau bagaimanapun, gagasan ini mendapat
tentangan daripada orang Melayu kerana penghapusan institusi diraja dan hak
keistimewaan orang-orang Melayu.

• Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaikkan semangat perjuangan penduduk
Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan pada 1952 mula
membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir sendiri
negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah
menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956
telah memberi petanda bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos
1957. Sekembalinya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari London, Tunku telah
membuat pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan TanahMelayu di Padang Bandar Hilir,
Melaka pada 20 Februari 1956. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
telah mencadangkan penggabungan lima buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei untuk membentuk sebuah negara yang baharu.

• Pada 9 Julai 1963, wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu,
Sabah,Sarawak dan Singapura kecuali Brunei disebabkan perkara yang tidak dapat
dielakkan. Hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai
pada 16 September 1963.

Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia)

LOGO DAN
TEMA BULAN
KEBANGSAAN

2021

Tema: Malaysia Prihatin Rasional Logo Hari Kebangsaan 2021
Malaysia Prihatin membawa pengertian
kesepaduan seluruh rakyat Malaysia Warna Biru Tua: Kesatuan hati rakyat Malaysia yang
memerangi COVID-19 tanpa mengira berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni
peringkat masyarakat serta kepedulian Bulan sabit: Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
kerajaan melalui inisiatif PRIHATIN yang
mengutamakan kesejahteraan rakyat. Bintang Pecah 14: Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan
Persekutuan
7 Jalur Merah Putih Berbentuk Hati: Terjalin keberanian
dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan
dengan keikhlasan dan kesungguhan

Logo Berbentuk Hati: Melambangkan keprihatinan Kerajaan
Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum

Stigma Bunga Raya: Membawa negara menuju ke mercu
kejayaan

5 Titik Merah: Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya
yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi
kunci perpaduan yang berbilang bangsa

AKTIVITI • Majlis Sambutan Hari Kebangsaan diadakan untuk memperingati Hari
SAMBUTAN Kemerdekaan Negara dan memberi kesedaran kepada murid-murid erti
kemerdekaan disamping mengetahui rentetan peristiwa-peristiwa sebelum
BULAN merdeka. Ia juga bagi memupuk semangat patriotisme dan cinta akan
KEBANGSAAN negara. Selain itu, ia juga dapat menonjolkan bakat murid-murid di dalam
pelbagai acara dan aktiviti menarik yang disediakan.

• Hari Kebangsaan juga disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos
setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan
sejak 1511. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut
secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita
mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos, negara kita akan menyambut ulang
tahun hari kemerdekaan setiap tahun. Oleh itu, sambutan kemerdekaan
diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk semangat patriotik dalam
jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha
untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.

• Bulan Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang
sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang
berdaulat berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara
perlu memahami memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai
kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Sekolah menjadi antara agensi
utama kerajaan mendidik dan membina pelajar mempunyai semangat
patriotisme yang tinggi.

GUBAHAN
REPLIKA BUNGA
RAYA

PERTANDINGAN
SENI VISUAL

LARIAN
KIBARKAN

JALUR
GEMILANG

PAKAIAN
BERAGAM
BERTEMAKAN

HARI
KEBANGSAAN

PERTANDINGAN
SUDUT

SEJARAH

PERBARISAN
SAMBUTAN

HARI
KEBANGSAAN

BIODATA
TOKOH
KEMERDEKAAN

TUNKU ABDUL RAHMAN

PUTRA AL-HAJ

• Menurut catatan sejarah, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor
Star, Kedah. Anak kelahiran Kedah ini merupakan putera kepada Sultan Abdul Hamid Halimshah
iaitu Sultan Kedah yang ke-24 dan bonda beliau bernama Nearng atau lebih dikenali sebagai Makche
Menjalara iaitu seorang wanita cantik berketurunan Thailand. Beliau adalah putera ke20 bagi
pasangan diraja tersebut.

• Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Alor Star dan Sekolah Inggeris sebelum di
hantar ke Bangkok dan dimasukkan ke Sekolah Debsurin. Tidak lama kemudian beliau pulang ke
Kedah dan menyambung pelajaran di sekolah Melayu sebelum memasuki Penang Free School.
Akhirnya beliau dihantar untuk melanjutakan pelajaran ke St. Catherine’s College, Universiti
Cambridge, England.

• Tunku Abdul Rahman merupakan anak melayu pertama yang memasuki universiti inggeris dan
mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Sejarah dari Universiti Cambridge. Pada tahun
1933, beliau berkahwin dengan Meriam, seorang gadis cina yang memeluk agama islam. Mereka
dikurniakan dua orang anak iaitu Tunku Khadijah dan Tunku Nerang.

• Sumbangan pertama beliau ialah untuk memupuk kerjasama di antara kaum dan dalam masa yang
sama menjaga keutuhan bangsa Melayu seperti hak-hak istimewa bagi orang-orang Melayu,
penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan asas dasar pelajaran kebangsaan dan
Islam sebagai agama rasmi. UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC dan membentuk konsensus
dalam Perikatan dan pemimpin-pemimpin Perikatan mengadakan rombongan pertama Perikatan ke
London pada tahun 1954 tetapi tidak beroleh kejayaan.

• Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk berbincang dengan Kerajaan
British mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu. Kali ini beliau membawa empat orang wakil Raja-
raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan
kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan tarikh Kemerdekaan ditetapkan pada 31 Ogos 1957.

• Akhirnya pada 30 Ogos 1957, tepat pukul 12 tengah malam bendera Tanah Melayu pun dinaikkan
bagi menggantikan bendera Union Jack. Keesokan harinya di Stadium Merdeka, Tunku membaca
Pengisytiharaan Kemerdekaan dan kedengaran pekikan “Merdeka!” sebanyak tiga kali oleh Tunku
Abdul Rahman. Setelah kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri yang
pertama.

TUN ABDUL RAZAK Biodata
• -Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein.
• Jawatan: Perdana Menteri Malaysia ke-2.
• -Tempoh Perkhidmatan: 22 September 1970- 14 Januari 1976.
• -Timbalan: Tun Ismail Doto' Abdul Rahman (1970-1973) Tun Hussein Dato' Onn (1973-1976).
• -Menurut: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
• -Menggantikan: Tun Hussein Onn.
• -Parti Politik: UMNO.
• -Tarikh Lahir: 11 mac 1922.
• -Tempat Lahir: Pekan, Pahang.
• -Tarikh Kematian: 14 Januari 1976.
• -Tempat Kematian: London, England,
• -Pekerjaan: Peguam

Kerjaya

- -Selepas kepulanagannya, Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik. Di sebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu.
- -Dua tahun kemudian,pada Febuari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur 33 tahun
- -Selepas memenangani pilihan raya umun yang pertama di Malaya pada Julai 1955, Abdul Razak dilantik sebagai MaenteriPelajaran.Abdul Razak juga menyertai misi Febuari 1956 yang diketuai oleh Tunku
Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British.
- -Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970.
- - Pada 22 September 1970, Abdul Razak mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
-Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971

DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada akhirnya:
1: menghapuskan kemiskinan
2: menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.
- Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti Perikatan.
- - Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatakannya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.
-Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukimia, Abdul Razak meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat jawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid
Negara, Kuala Lumpur.

-Beliau dan "generasi baru" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk menggendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman.
- -Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.

MENGAPA SAYA BANGGA
MENJADI RAKYAT MALAYSIA

(TIDAK BOLEH KURANG DARIPADA 15 PATAH PERKATAAN)

SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA KERANA MALAYSIA
PENUH DENGAN ADAT SEPERTI PAKAIAN, MAKANAN SERTA
ADAB DAN MEMPUNYAI PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA.

SEKIAN


Click to View FlipBook Version