EBOOK PGA 101
TAJUK: “GURU EFEKTIF”
KUMPULAN 1
NAMA TUTOR:
TS DR MD BAHARUDDIN BIN ABDUL
RAHMAN
NO NAMA NO MATRIK
1 BASRAJA FAZAL WAHAB 149633
2 NUR HIDAYAH BINTI SHAHRIM 150713
Pengenalan
مي ِ ح ّ رلا ِ نَمْح ّ رلا ِ ِ ّ اللَ ِ ِ مْسب ِ
ِ
Profesion perguruan adalah profesion yang berfungsi untuk membimbing, memberi didikan, membentuk
sahsiah dan peribadi serta penghasilan murid yang berkualiti. Profesion perguruan juga antara profesion
yang tertua di dunia. Perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu
atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan
sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Antara aspek yang amat penting dalam
profesionalisme perguruan adalah seperti sikap dan tingkah laku guru serta kebolehannya dalam
mengajar. Hal ini kerana, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi tingkah laku dan tahap
kesediaan pelajar dalam pembelajaran.
Keberkesanan seseorang guru dalam menjalankan tugasnya berkait rapat dengan
kebolehan, keupayaan dan usahanya terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat.Ebook ini dihasilkan
adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan tentang apa yang dimaksudkan dengan
guru efektif. Antara isi kandungan yang terdapat dalam Ebook ini ialah Siapakah Guru, Definisi Guru
Efektif, Ciri-ciri Guru Efektif, Peranan Guru Efektif, Cabaran dalam Menjadi Guru Efektif dan Strategi
Guru Efektif. Ebook ini diharapkan dapat memberi manfaat dan menjadi rujukan kepada guru dan murid-
murid.
2
ISI KANDUNGAN
4. Ciri-ciri Guru Efektif 14-23
MUKA 5. Peranan Guru Efektif 24-28
BIL PERKARA
SURAT
1. Pengenalan 3 6. Cabaran dalam 29-32
Menjadi Guru Efektif
7. Strategi Guru Efektif 33-38
2. Penghargaan 4
8. Penghargaan 39
3. Siapakah Guru 7-9
Efektif
4. Definisi Guru Efektif 10-13 9. Rujukan 40
3
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke atas hadrat-ilahi kerana sesungguhnya dengan
izinnya dapat kami menyiapkan ebook ini yang berjudul “ Guru Efektif”. Selain
itu, jutaan terima kasih diberikan kepada Ts. Dr Baharuddin bin Abdul
Rahman kerana banyak membimbing kami sepanjang penghasilan ebook ini.
Tidak lupa kepada rakan seperjuangan dan ibu bapa yang banyak
memberikan sokongan moral kepada kami. Diharapkan ebook ini dapat
memberi manfaat kepada semua.
Sekian, terima kasih.
4
SAJAK GURU OH GURU
Karya : Usman Awang
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri
berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
5
SAJAK GURU OH GURU
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru
biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-
baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
6
★ Objektif Bab ini ialah :
1) Maksud guru
2) Peranan seorang guru
3) Kepentingan guru
—BASRAJA FAZAL
7
Siapakah
Guru ?
Guru merupakan antara insan yang terpenting dalam pembentukan
corak kehidupan seseorang sama dari segi pembentukan sahsiah, emosi, rohani
dan jasmani. Menurut Mok Soon Sang 1990, guru merupakan ahli masyarakat
yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan
masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang
perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah.
Tanpa guru, lumpuhlah sesebuah sistem pendidikan kerana guru adalah
komponen yang terpenting dan merupakan tulang belakang bagi kejayaan
sesebuah sistem pendidikan.
8
Uji Kefahaman anda
AKTIVITI DAN LATIHAN
BAB 1
Menurut Mohd Hanafiah (2001), dahulunya peranan
utama guru adalah sebagai penyampai pengetahuan
kerana gurulah yang banyak bercakap dan menyoal.
Kini peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara
dalam proses pembelajaran.
Tanpa guru, sesebuah sistem Pendidikan akan lumpuh
dan tidak dapat digerakkan. Hal ini menunjukkan betapa
besarnya peranan guru dalam aspek pendidikan yang
menjadi intipati dalam kehidupan seseorang insan.
Tuntasnya, profession perguruan merupakan salah satu
profession yang mencabar kerana tugas guru bukan
sahaja untuk mendidik pelajar tetapi juga membentuk
mereka menjadi insan yang berguna dan mampu Sila scan QR
memberi impak kepada bangsa dan negara.
code untuk
menjawab
soalan Bab
1!
9
★ Objektif Bab ini ialah :
1. Definisi Guru Efektif
2. Model Guru Berkesan
10
Definisi Guru Efektif
Efektif menurut kamus Dewan Bahasa Edisi 4
bermaksud ada kesannya(pengaruh), berkesan,
mujarab(ubat). Maksud efektif adalah berbeza mengikut
situasi tertentu. Guru efektif adalah guru yang mampu
menguruskan kelas serta bertugas untuk merangka dan
melaksanakan proses pembelajaran, menilai hasil
pembelajaran, melakukan pembimbingan dan pelatihan,
serta melakukan penelitian dan pengabdian kepada
masyarakat. Untuk menjadi seorang guru yang efektif,
komitmen yang sangat tinggi amat diperlukan. Seorang
guru perlu mahir dalam bidang mata pelajaran pilihannya
dan mempunyai ilmu pedagogi (cara pengajaran) yang
kukuh. Dengan demikian guru yang efektif adalah guru
yang memiliki ilmu pengetahuan mantap
11
serta mampu mengajarkan atau menyampaikan ilmunya kepada orang lain dengan efektif dan
berjaya, sehingga orang tersebut mempunyai peningkatan dalam kualiti sumber hidupnya. Untuk
menjadi seorang guru yang efektif, ianya memerlukan kemahiran dan dedikasi yang tinggi.
Guru berkesan atau efektif menurut Abdull Sukor Shaari (2008) adalah bermula dari
pengajaran dan pembelajaran yang efisien yang mana seseorang guru haruslah menekankan
kepada empat aspek penting dalam pengajaran iaitu perancangan pengajaran, penyampaian,
penilaian dan dorongan. Kualiti peribadi guru yang efektif juga penyumbang kepada pembentukan
nilai guru berkesan. Seterusnya,guru yang berkesan adalah guru yang mempunyai komunikasi
yang efektif seperti penggunaan bahasa yang jelas dan mudah difahami oleh pelajar. Di samping
itu, keyakinan diri dan motivasi yang tinggi juga perlu ada pada seseorang guru agar dapat menjadi
contoh dan ikutan pelajar. Guru yang berkeyakinan tinggi mampu menarik minat pelajar untuk
memberikan tumpuan sepenuhnya. Pengurusan bilik darjah yang efisien merupakan antara elemen
penting dalam menentukan keberkesanan seseorang guru. Di samping itu, guru juga harus
mempunyai ilmu pengetahuan tentang isi kandungan matapelajaran yang diajarkan dan
pengetahuan dalam ilmu pedagogi serta yang berkaitan dengan pendidikan. Tuntasnya, guru efektif
mampu mencapai matlamat dan objektif pengajaran serta memberi tambah nilai dalam diri murid.
12
Uji Kefahaman anda
AKTIVITI DAN LATIHAN
BAB 2
Sila scan QR
code untuk
menjawab
soalan Bab
2!
13
★ Objektif Bab ini :
1. Ciri-ciri guru yang efektif
2. Kaedah guru efektif mewujudkan suasana
pembelajaran
3. Kemahiran dan sifat yang perlu ada pada
guru efektif
14
CIRI-CIRI GURU EFEKTIF
Guru efektif mempunyai ciri-ciri yang mampu menarik minat pelajar dan mencapai objektif dan sasaran yang
ditetapkan oleh pihak sekolah. Menurut Dr. Darhim, guru efektif adalah guru yang mampu memotivasi pelajar
untuk belajar dan meningkatkan semangat belajar yang lahir dari kesedaran diri pelajar dan bukan kerana
takut pada gurunya .Guru efektif dapat mempengaruhi persekitaran sekeliling melalui aura dan semangat yang
ditonjolkan. Terdapat beberapa ciri untuk menjadi seorang guru yang efektif :
1. Mempunyai kualiti peribadi yang tersendiri
Guru yang efektif mempunyai ciri kualiti peribadi yang tersendiri. Guru ini mempunyai perwatakan yang unggul
yang mampu memberi kesan positif kepada persekitaran sekeliling. Guru ini sentiasa bersikap proaktif dan
mempunyai semangat yang tinggi dalam memastikan sesi pembelajaran mampu mencapai objektif yang
ditetapkan. Sebagai contoh, guru yang bersikap peramah dan mesra adalah antara langkah bagi mereka untuk
berusaha mengenali sikap pelajarnya. Apabila guru dapat mengenali dan memahami sikap dan tingkah laku
pelajarnya, maka ia akan memudahkan guru untuk memilih pendekatan pembelajaran yang sesuai. Guru yang
efektif adalah guru yang mempunyai sikap kasih sayang, hormat- menghormati dan sifat kemanusiaan yang
tinggi. Mereka sentiasa akan menjadi contoh
15
2. Menentukan Objektif Pengajaran
dan Pembelajaran
dan panduan oleh pelajar sama ada dari segi tingkah laku
Guru yang efektif adalah guru yang
mahupun tutur kata. Selain itu, guru yang sentiasa
sentiasa menetapkan objektif Pengajaran
berpakaian kemas dapat menarik tumpuan pelajar terhadap
dan Pembelajaran bagi setiap sesi
guru tersebut. Guru yang mempunyai kualiti peribadi yang
pengajaran. Penetapan matlamat dan
cemerlang akan bersinar di mana sahaja beliau berada
objektif ini membolehkan guru untuk
kerana semangat dan auranya yang tiada tolok bandingnya.
membuat perancangan pembelajaran
jangka panjang dan menyediakan
pemikiran yang tetap terhadap kemahiran,
pengetahuan dan hasil yang ingin dicapai
apabila pembelajaran tamat. Guru ini tidak
hanya menumpukan kepada pengajaran
semata-mata tetapi juga pembangunan
sahsiah, rohani, emosi. Selain itu, guru
yang efektif sentiasa menambah
Contoh guru yang berpakaian kemas
16
Matlamat dan target pengajaran mengikut 3. Menguasai Pelbagai Kemahiran
kesesuaian pembelajaran. Penentuan objektif Pengajaran Dan Pembelajaran
menjadikan guru mempunyai yang hala tuju jelas
bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran dan Seseorang guru efektif harus menguasai
tidak terkapai-kapai. Guru juga dapat menilai tahap pelbagai kemahiran pengajaran dan
pencapaian murid berdasarkan learning outcome. pembelajaran.
Dari sini, guru dapat menilai kelemahan dan
Antara contoh kemahiran yang perlu ada bagi
kekuatan seseorang pelajar berdasarkan hasil akhir
seorang guru efektif ialah:
pembelajaran.
●Kemahiran Pedagogi
Kemahiran pedagogi adalah kemahiran dalam
mengajar atau teknik mengajar. Menurut
Ladson-Billings (1994) antara ciri-ciri pedagogi
responsif budaya termasuklah:
i) Guru menggabungkan semua pengetahuan,
konsep, prosedur, dan kemahiran yang telah
dipelajari oleh pelajar daripada kehidupan
seharian mereka untuk diamalkan dalam
pembelajaran di dalam kelas.
17
ii) Tiada prejudis dan stereotaip terhadap sesuatu kaum
yang menjadikan pembelajaran lancer Kemahiran Penyelesaian Masalah :
iii) Pelajar memahami latar belakang budaya sendiri dan Guru perlu mempunyai kemahiran berfikir dan
penyelesaian masalah yang kritis dan kreatif. Oleh
juga menghormati rakan dari budaya yang berlainan.
yang demikian, kemahiran penyelesaian masalah
iv) Mendorong pelajar untuk terlibat dalam proses penting kerana guru akan berdepan dengan pelbagai
pembelajaran aktif merentasi pelbagai budaya cabaran yang datang dari pelajar, pengurusan sekolah
dan ibubapa. Guru juga harus menggalakkan murid
v) Menaikkan motivasi pelajar untuk belajar secara dalam menggunakan kemahiran berfikir melalui
konstektual. Contohnya, subjek matematik melibatkan pelbagai jenis bentuk soalan. Hal ini secara tidak
pedagogi dalam matematik seperti kaedah mengajar bagi langsung membolehkan pelajar untuk meneroka dan
mengembangkan idea mereka pada tahap yang
kiraan(tolak, tambah, bahagi). Begitu juga subjek lain.
maksimum. Hal ini seterusnya dapat membangun dan
Kemahiran Psikologi Pembelajaran: mengembangkan kreativiti murid yang dapat
menghasilkan karya yang cemerlang dan unggul.
Berkemahiran memahami bertingkah laku setiap murid
bagi memahami ciri-ciri pertumbuhan dan
perkembangan murid-murid seperti meramal tingkah
laku, memberi motivasi serta menghubungkaitkan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.
18
Sebagai contoh, pelajar sudah dapat merasakan aura guru
4. Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid
tersebut melalui bunyi derapan kaki walaupun guru tersebut
Aspek ini amat menekankan kemahiran berkomunikasi sedang dalam perjalanan menuju ke kelas. Terdapat juga guru
dan komunikasi oleh guru. Guru efektif akan sentiasa yang tegas namun pandai mengambi hati pelajar melalui
menjana idea untuk menjadikan sesebuah kelas itu caranya tersendiri. Hal ini seterusnya, membuatkan pelajar
ceria dan mendapat penglibatan yang aktif oleh berasa selesa dan gembira untuk berada di dalam kelas
pelajar. Guru yang ikhlas dalam menyampaikan ilmu tersebut. Penglibatan murid yang aktif dalam sesebuah aktiviti
dapat dirasai oleh pelajar melalui tingkah lakunya, atau perbincangan menjadi tanda aras kepada kemampuan
tutur kata dan reaksi wajah. Oleh itu, pelajar akan guru tersebut dalam menarik minat pelajar dalam menyertai
dapat merasakan bahawa kehadirannya diterima dan aktiviti yang dianjurkan.
dihargai oleh guru.
Interaksi yang berkesan membolehkan pelajar dapat
mengenali antara satu sama lain, berkongsi ilmu dan
pandangan dan bergembira dalam suasana
pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan. Kita
sendiri dapat melihat aura seorang guru yang efektif
akan terserlah dari segi cara pembawakan guru
tersebut dengan rakan sekerja dan hubungan dengan
CERIA: Ahmad berjenaka dengan anak muridnya yang berjaya menjawab
pelajar soalan dengan betul di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir baru-baru ini.
(Sumber dipetik dari : Utusanborneo.com)
19
Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini
terutamanya yang berkait dengan visual dan audio dan
5. Kepelbagaian dan Kreativiti
menggunakan peralatan elektronik seperti komputer,
Kaedah Mengajar internet, power point, projektor dan video. Guru efektif
Kepelbagaian dalam kaedah mengajar mempunyai daya kreativiti yang tinggi mampu
merupakan antara ciri terpenting dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang aktif dan
membuat penilaian pengajaran ke atas ceria.
seorang guru. Menurut Edgar Dale Contoh Bahan Bantu Belajar Elektronik
(1978) yang menyatakan bahawa
kepentingan Bahan Bantu Mengajar
(BBM) dapat menolong pelajar dalam (Projektor)
kefahaman dan mempercepatkan
perkembangan perbendaharaan kata
pelajar. Guru efektif tidak hanya
mengajar dengan menggunakan satu
cara sahaja namun mempunyai
kreativiti dalam mempelbagaikan
kaedah mengajar. Antara kaedah
mengajar yang boleh digunakan adalah
kaedah peta minda, kaedah klip video,
kaedah kuiz, pembentangan powerpoint
dan sebagainya. 20
Contoh Bahan Bantu
Belajar Elektronik
Bidang teras dalam Pendidikan
(Flash Cards) seharusnya dijadikan pegangan dan
panduan setiap guru.Guru efektif
bukan sahaja berpengetahuan dalam
bidang mata pelajaran yang diajar
tetapi dapat memahami kandungan
dalam pendidikan seperti Falsafah,
Matlamat dan Objektif Pendidikan.
6. Berpengetahuan Luas
Guru efektif adalah guru yang mempunyai ilmu
pengetahuan yang luas. Terdapat beberapa bidang
pengetahuan yang harus dikuasai oleh guru
antaranya ialah:
·Bidang teras dalam Pendidikan seperti falsafah,
matlamat, objektif Pendidikan, keperluan pengajaran
dan pembelajaran 21
·Kemahiran Literasi, Maklumat, Media dan Kemahiran
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) Teknologi
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan
·Kemahiran ini amat penting terutamanya dalam
progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya pengajaran
aspirasi negara, menjamin perkembangan
dan pembelajaran suram dan membosankan. Kemahiran
individu dan memelihara suatu masyarakat yang
ini melibatkan penggunaan Teknologi
bersatu padu, demokratik, progresif dan
ICT seperti komputer dan internet.
berdisiplin.
·Kandungan mata pelajaran yang diajar
Guru haruslah menguasai bidang mata
pelajarannya supaya dapat bersedia
sepenuhnya untuk berhadapan dengan
soalan-soalan yang dikemukan oleh
pelajar dan soalan KBAT. (Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi).
22
Uji Kefahaman anda
AKTIVITI DAN LATIHAN
BAB 3
Antara aktiviti ringkas yang boleh dilakukan oleh
guru ialah :
Aktiviti Magix Box:
Guru akan memanggil pelajar dan pelajar tersebut
akan membuat cabutan menerusi
kotak tersebut. Magix Box tersebut berisi soalan
dan pelajar perlu menjawab soalan yang
diberikan.
Jika pelajar Berjaya menjawab soalan dengan
betul, guru akan memberi ganjaran.
Sila scan QR
code untuk
menjawab
soalan Bab
3!
23
★ Objektif Bab ini
Peranan Guru yang efektif dalam pendidikan.
Bagaimana guru membantu pelajarnya dalam
pembelajaran serta dalam membentuk akhlak.
—BASRAJA FAZAL
24
Peranan Guru efektif
● Tugas guru bukan hanya mengajar tetapi banyak juga mempengaruhi anak pelajarnya.
Seseorang guru itu mempunyai pelbagai jenis pengalaman dalam pelbagai tugasan.
Menurut pandangan tokoh confusious, seseorang yang sangat berminat untk menjadi
seorang guru. Menurut beliau, guru yang baik adalah guru yang menyampaikan ilmu
dengan penuh minat, komited dengan kerjayanya, perlu mempunyai pengetahuan yang
luas serta kukuh tentang pelajaran yang diajar. Selain itu, menurut beliau juga, guru
juga perlu memahami tingkah laku, menunjukkan kesopanan dan budi bicara. Guru
hendaklah menjadi teladan yang baik kepada pelajar, dan sentiasa menganalisii diri
sendiri dan sanggup menerima kritikan.
25
● Membentuk perwatakan pelajar
Selain ibu bapa guru juga dikatakan memainkan peranan dalam membentuk perwatakan pelajar. Dengan adanya bimbingan guru maka
lahirlah insan yang mulia. Dalam hal ini, guru hendaklah membimbing murid-muridnya dalam membuat keputusan dan secara tidak
langsung mendorong untuk berfikir dan membentuk maklumat untuk memproses keputusan. Perkara ini akan membantu dan
membentuk sikap serta tingkah laku positif murid dari segi mereka berkomunikasi, berhubung, adab berpakian, adab makan serta adab
bergaul dan sebagainya. Peranan guru begitu “vital” kerana ia dapat menerapkan nilai murni dalam jiwa pelajar. Nilai-nilai murni ini
dapat diterapkan ole guru-guru disekolah melalui perancangan aktiviti yang sesuai kepada pelajar. Misalnya, seperti mengadakan
ceramah, permainan yang berkaitan dengan kepentingan nilai murni, memberi ganjaran kepada pelajar yang bermoral agar menjadi
contoh kepada pelajar-pelajar lain.
● Guru sebagai pembimbing
Pembimbing bermaksud tugas guru bagi membimbing dan memberi kaunseling kepada pelajar. Bimbingan boleh
dilakukan secara memberi nasihat, panduan dan pertolongan kepada pelajar yang memerlukanya. Terdapat pelbagai jenis
masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar, masalah seperti sosoemosi seperti harga diri (self-esteem) yang rendah,
atau masalah keluarga. Masalah seperti itu dapat menjejaskan prestasi akademik pelajar. Oleh itu sebagai seorang guru,
pentingya agar membantu pelajarnya Berjaya dalam persekolahan. Guru boleh membantu pelajarnya dalam menyemaikan
minat, memberi motivasi terhadap mata pelajaran, menyedarkan pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka serta
membantu pelajar mengenalpasti masalah sosioemosi atau masalah kesihatan.
26
3) Guru sebagai pendidik.
Dalam merealisasikan matlamat Pendidikan negara, seorang guru bertanggungjawab
untuk mendidik murid-murid iaitu dengan memberi ilmu, menyampaikan maklumat, memberi
pendedahan dan pengalaman serta mendidik pelajar-pelajarnya agar berakhlak mulia. Menurut Al
farabi( 1993 ), hanya mereka yang bermoral tinggi boleh menjadi guru. Oleh itu, guru hendaklah
mengamal kesederhanaan dalam menghukum pelajar. Jika seorang guru terlalu lembut,
kemungkinan pelajar akan tidak berasa takut untuk menyiapkan tugasan dan menjadi malas. Hal ini
sama jika guru memberi hukuman yang keterlaluan, akan membuat pelajar benci padanya. Oleh itu
pentinglah untuk guru mengamalkan kesederhanaan dalam mengajar di kelas. Selain daripada itu,
guru juga perlulah mendedahkan pelajar- pelajarnya dengan pengalaman-pengalaman tertentu.
Sebagai contonhnya, pengalaman yang boleh didedahkan oleh guru kepada pelajar seperti
pengalaman mengembara, ikhtiar hidup di hutan, dan menyertai pertandingan. Dengan cara tersebut
murid juga trurut dapat mengambil bahagian dalam berkomunikasi Bersama guru samada dalam
bentuk soal jawab ataupun membuka peluang untuk pelajar juga mengkongsikan pengalaman
mereka.
27
Aktiviti pembelajaran
1) Apakah tangungjawab guru dalam merealisasikan matlamat
pendidikan?
2) Apakah prasyarat menjadi guru mengikut Al Farabi ?
3)Bagaimanakah guru dapat menerapkan nilai-nilai murni melalui ?
28
★ Objektif Bab ini
Cabaran yang dihadapi oleh guru.
Jenis hukuman atau kanun yang diperkenalkan
kepada guru.
—BASRAJA FAZAL
29
Ketidak upayaan dalam Guru dalam mendidik
menggubakan ICT semakin lemah
Kebanyakkan ibu bapa meletakkan
Hamdan dan Mohd Yasin (2010) menyatakan tanggungjawab mendidik anak-anak ke atas guru
bahawa pembelajaran yang berpusatkan guru disebabkan kesibukan bekerja. Hal ini kerana ibu
sahaja dalam bentuk sehala di mana guru bapa terlalu memanjakan anak-anak mereka
menyampaikan isi pelajaran dan pelajar hanya sehingga menyebabkan wujudnya masalah
mendengar telah menjadikan pelajar yang pasif sosial, vandalisme, gejala buli dan sebagainya. Ini
merupakan cabaran bagi guru untuk melayan
atau ‘passive learner’. Pelajar akan mudah pelajar manja dan degal tersebut. Perkara ini
berasa bosan dan sedikit sebanyak telah menjadi cabaran buat seorang guru untuk
melunturkan minat pelajar untuk belajar. Pada melayan pelajar degil dan terlalu dimanjakan oleh
masa kini, guru-guru terutama guru yang sudah ibu bapa. Guru terikat dengan akta dan peraturan
berkhidmat lama kurang mendapat pendedahan yang menyebabkan kuasa mendidik semakin
terhadap penggunaan teknologi. berkurangan.
30
Kelengkapan ilmu
Sambungan...
pengetahuan dan
keperibadian yang mulia
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 yang bertajuk
Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid
yang Melakukan Perbuatan Salahlaku yang Tidak Guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan
Dinyatakan dalam Peraturan peraturan Pelajaran yang mencukupi. Selain itu, guru perlu menguasai
bertarikh 7 November 1983 (Bahagian Sekolah KPM, pelbagai bidang untuk membentuk pelajar seperti
1983) jasmani melalui aktiviti kokurikulum, rohani iaitu
pengaplikasian Pendidikan islam dan Pendidikan
Guru diperingatkan agar menjauhi daripada mengambil moral, emosi dan intelek. Guru efektof tidak hanya
tindakan menghukum seperti memulas telinga, berlari tertumpu kepada pengajaran semata-mata.
keliling padang, menjemur, menampar.Ibu bapa hanya Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru
menganggap guru mendidik pelajar dari segi perlu mempersiapkan diri dan menguasai pelbagai
ilmu(intelektual)-bukan dari segi emosi, rohani dan cabang ilmu agar dapat menjadi yang terbaik serta
sosial. Ibu bapa harus sedar bahawa nilai-nilai murni, jati menjadi contoh dan ikutan pelajar.
diri, disiplin serta sahsiah terpuji juga penting dalam
pembentukan diri.
31
Aktiviti pembelajaran
1)Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru ?
2) Bagaimanakah kelengkapan ilmu pengetahuan dan keperibadian
yang mulia membantu seorang guru?
3) Nyatakan secara ringkas kefahaman anda tentang bab ini
32
★ Objektif Bab ini
Mengenalpasti jenis strategik yang digunakan oleh
guru dalam mengajar anak murid di dalam kelas
33
Strategi menjadi guru efektif
Penglibatan pelajar secara
aktif dalam kelas Penyediaan Alat bantuan
mengajar
Pengajaran aktif dapat membantu pelajar pelajar sekarang lebih tertarik kepada
untuk tidak berasa bosan Guru perlulah pembelajaran interaktif dan berbeza dengan
memastikan agar pelajar dapat dahulu yang menggunakan kaedah
mengenali,memprosesdan mengaplikasi tradisional. Alat Bahan Bantu Mengajar
(ABBM) merupakan alat yang menggunakan
informasi. Penglibatan aktif membantu guru
multimedia untuk memudahkan serta
untuk menarik perhatian pelajar
membantu dalam pengajaran dan
Kursus latihan teknologi komunikasi dan pembelajaran moden.
maklumat Ict
Penggunaan ICT penting pada masa sekarang khususnya dalam bidang Pendidikan serta bagi mewujudkan
guru yang efektif. Guru yang kreatif dalam bidang ICT dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan
pelajar terhadap pelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang
dengan baik, sesuai dengan kurikulum dan menyokong pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, Pihak
sekolah perlu mengadakan kursus-kursus ICT untuk guru yang kurang bermahir dalam bidang ICT.
34
Contoh bahan
bantu Mengajar
(ABBM) T
35
Aktiviti pembelajaran
1) Senaraikan 3 jenis strategi yang digunakan oleh guru dalam
mengajar anak pelajar di bilik darjah ?
2) Bahan bantu mengajar digunakan untuk ?
3) Apakah kegunaan ICT dalam pembelajaran di dalam kelas ?
36
Senarai Rujukan
Ammar al-Talb (1993). Al-Farabi. Prospects: the quarterly review of comparativeEducation. Paris, UNESCO:
International Bureau of Education), vol. XXIII, no. 1/2,1993, p. 353-372.
Abd. Rahim Abd. Rashid (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Na, S. (2016). PROFESIONALISME GURU PAI DALAM PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG GURU
DAN DOSEN (STUDI KASUS). ATTARBIYAH, 26, 179. https://doi.org/10.18326/tarbiyah.v26i0.179-204
N.Farhana jumaat. (2016, August 5). Guru Oh Guru - by Usman Awang | Dr. Nurul Farhana Jumaat.
People.utm.my. https://people.utm.my/nfarhana/guru-oh-guru-by-usman-awang/
Ilias, Mohd & Abdullah, Murihah & Husain, Kalthom & Mohd Noh, Mohd Amin & Nurzuliana Rashed,
Zetty. (2016). Sumber Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Bestari.
37
EBOOK PGA 101
TAJUK : “GURU EFEKTIF”