SK LKTP PALONG TIMUR 2
85100, SEGAMAT, JOHOR.
SIDLAIGNIGTABLUFDLAIPYA
PERKONGSIAN
NILAI SEPUNYA
MAKANAN
DI MALAYSIA
MUHAMMAD IZZ FIRAS IMAN BIN HAFEZZUDDIN
4 Arif | [email protected]
SILANG
BUDAYA
Silang budaya berlaku apabila dua atau lebih individu
daripada latar belakang berbeza berinteraksi.
Perbezaan latar belakang ini mencakupi budaya
luaran yang ketara seperti pakaian, rupa, bahasa,
adat resam, makanan dan tempat tinggal.
Manakala budaya dalaman yang tidak ketara adalah
seperti pengetahuan, kepercayaan, moral dan nilai
hidup.
Apabila perbezaan budaya ini difahami, ia akan
melahirkan hubungan yang positif dan harmoni.
SUMBER:
https://www.sinarharian.com.my/article/42540/
KOLUMNIS/Silang-budaya-pupuk-perpaduan
SILANG BUDAYA : M A K A N A N
Masyarakat luar sering memandang Malaysia sebagai negara
model perpaduan atas keharmonian dan kesejahteraan rakyatnya yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang.
Antara aspek yang menyumbang pada keunikan masyarakat Malaysia ialah
kepelbagaian makanan yang dijadikan sebagai salah satu warisan etnik-
etniknya.
Aspek ini memberikan ruang pada pembentukan kesepaduan sosial yang
secara tidak langsung mencerminkan latar belakang kehidupan
masyarakat Malaysia.
Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis makanan yang beraneka
jenis, warna dan rasa serta memaparkan sejarah masakan yang menarik
untuk diketahui dan dipelajari bersama.
Setiap kali sambutan perayaan sesuatu kaum, terdapat pelbagai makanan
tradisional disediakan dan ditonjolkan kepada para pelancong.
Ia sekaligus dapat memperkenalkan kepelbagaian makanan serta budaya
yang terdapat di Malaysia.
MAKANAN
KAUM MELAYU
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis makanan tradisional
Melayu warisan zaman berzaman yang begitu popular dan
diminati ramai.
Sebagai contoh, Nasi Lemak asalnya merupakan hidangan
sarapan pagi dalam kalangan etnik Melayu .
Tetapi kini Nasi Lemak turut diminati oleh kaum lain
seperti kaum India dan Cina dan telah menjadi pilihan
utama bagi semua etnik di Malaysia.
MAKANAN TRADISIONAL
KAUM MELAYU
TMRAMADKEILASAINOYANUNAL 01. N A S I L E M A K
02. P U T U P I R I N G
03. R E N D A N G
NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi
orang Malaysia terutamanya sebagai sarapan
pagi.
Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak
dengan menggunakan santan kelapa bagi
menambah rasa lemaknya.
Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi
lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dimakan bersama dengan
telur kukus , timun, ikan bilis goreng dan sambal.
Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama
nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang,
dan pelbagai lagi.
PUTU PIRING
Putu piring merupakan sejenis kuih yang
diperbuat daripada tepung ubi, yang berIntikan
nisan atau gula Melaka.
Ia dinamakan putu piring sempena bentuknya
seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih
sebelum dikukus dalam kukusan khas.
Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan
kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa
parut muda (nyiur kulit hidup).
Terdapat juga putu piring yang dicampurkan
kunyit menjadikan warna kuning.
RENDANG
Rendang merupakan makanan yang sangat
popular di Malaysia.
Rendang disiapkan secara tradisional oleh
masyarakat Melayu.
Rendang dibuat dari daging sapi (atau kadang-
kadang ayam, daging domba, kerbau, bebek, atau
sayuran seperti nangka atau singkong) santan
dan rempah-rempah dimasak beberapa jam
dengan api kecil, supaya daging menjadi empuk.
Ada dua jenis rendang: kering dan basah.
Rendang kering dapat disimpan untuk 3-4 bulan,
Rendang basah, juga dikenal sebagai kalio.
MAKANAN
KAUM INDIA
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis makanan tradisional
India warisan zaman berzaman yang begitu popular dan
diminati ramai.
Sebagai contoh, Putu Mayam asalnya merupakan makanan
tradisional India.
Tetapi kini, Putu mayam merupakan makanan yang telah
mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa
dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Malaysia.
MAKANAN TRADISIONAL
KAUM INDIA
TRMAAIDKNISADINIOAANNAL 01. NASI BERIANI
02. ROTI CANAI
03. PUTU MAYAM
NASI BERIANI
Nasi Beriani merupakan hidangan berasal dari India.
Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi yang menjadi
sebutan dan kegemaran ialah nasi beriani gam.
Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga
diminati oleh kaum-kaum yang lain.
Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di
Johor.
Nasi beriani gam ini dimasak bersama dengan lauknya
(ayam dan daging) dan doh tepung gandum menjadi bahan
penampal atau pelekat.
Doh ini akan ditampal disekeliling tutup periuk untuk
mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan
aroma dan tekstur nasi.
ROTI CANAI
Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah
makanan kegemaran kaum India.
Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya
bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar
rakyat Malaysia.
Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak
khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis
dan darah tinggi.
Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.
PUTU MAYAM
Putu mayam merupakan makanan tradisional India.
Proses menghasilkan putu mayam terdiri daripada mengaul
tepung beras atau tepung idiyappam dengan air/atau
santan, dan menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan
utusan seperti mee.
Ia dikukus, biasanya dengan tambahan air pandan wangi
sebagai perisa.
Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula
perang atau gula kabung atau gula Melaka atau guna
nisan.
Hidangan ini biasanya dimakan spada waktu pagi bersama
dengan sayuran berkuah atau aviyal, atau kari ikan dan
lain-lain.
MAKANAN
KAUM CINA
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis makanan tradisional
Cina warisan zaman berzaman yang begitu popular dan
diminati ramai.
Sebagai contoh, Char Kway Teow asalnya merupakan
makanan tradisional Cina.
Tetapi kini, Char Kway Teow merupakan makanan yang telah
mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan
kini turut dinikmati oleh semua kaum di Malaysia.
MAKANAN TRADISIONAL
KAUM CINA
TRMAADCKIISANINAOANNAL 01. CHAR KWAY TEOW
02. KUIH BULAN
03. CHANG SHOU MIAN
CHAR KWAY TEOW
Char kway teow merupakan makanan yang popular di
Malaysia .
Ia diperbuat daripada kuey teow, digoreng di atas api
panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur,
tauge dan kucai Cina.
Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-
bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat.
Char kway teow kini sering dimasak menggunakan minyak
biasa.
Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak
basah.
KUIH BULAN
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan
sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan
memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau
dengan kuning telur masin di tengahanya.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat
sebagai persembahan kepada Dewa Dapur.
Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat
menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga
disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang
manis itu.
CHANG SHOU MIAN
Chang Shou Mian merupakan mee telur Kantonis paling
nipis serta diperbuat daripada tepung gandum.
Ia warna kuning keemasan serta sedikit kenyal antara
ciri-ciri istimewanya.
Teksturnya yang sedikit kenyal dan sedikit lembut adalah
disebabkan penggunaan air soda yang digunakan dalam
membuat doh.
Ia kemudiannya digoreng serta dikeringkan.
sekian great
terima kasih Really brand
Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan
tugasan Digital Flip Silang Budaya Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasonal Negeri Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Facebook: https://www.facebook.com/SKPT2JBA7045
GURU PEMBIMBING
CIKGU SITI ZAHRAH BINTI MOHD YATIM