BUKU
INFORMASI
KEMASUKAN
KE KOLEJ VOKASIONAL
DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
ZON JOHOR
AMBILAN 2023
KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS PENGARAH/ PENGETUA KV/SMT ZON JOHOR
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya merakamkan penghargaan
syabas dan tahniah kepada Majlis Pegawai Kaunseling Pendidikan Kolej
Vokasional & Sekolah Menengah Teknik Malaysia (MAPEka) Zon Johor kerana
penghasilan Buku Infomasi kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah
Menengah Teknik Zon Johor. Hasil inisiatif dan proaktif ini dalam menyediakan
alternatif kepada pelajar, ibu bapa, dan guru bimbingan & kaunseling sekolah
harian sebagai pemudah cara bagi rujukan dan infomasi ke Kolej Vokasional dan
Sekolah Menengah Teknik Zon Johor.
Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan salah satu cabang pendidikan yang
ditawarkan pada masa kini. Ia bagi memberi peluang kepada pelajar yang
mempunyai kecenderungan kepada pendidikan sains dan teknologi untuk
memenuhi keperluan tenaga kerja di industri di dalam mahupun diluar negara.
Bagi merealisasikan program pendidikan teknikal ini, banyak program yang
berkaitan telah diwujud dan ditawarkan. Sistem latihan ini juga telah
diperkenalkan diperingkat menengah.
Usaha-usaha ini adalah bagi membolehkan pelajar-pelajar yang berpotensi
dilatih untuk menjadi tenaga kerja profesional dan separa profesional dalam
pelbagai bidang teknologi dan kejuruteraan seterusnya memenuhi keperluan
pasaran tenaga mahir dalam menjana ekonomi negara.
Buku Infomasi Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ini
diilhamkan oleh kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling KV/SMT Zon Johor
diyakini memberi infomasi yang tepat dan padat dalam membantu kefahaman
masing-masing. Saya akan terus menyokong usaha murni ini dan diharap ianya
memperluaskan kefahaman mengenai Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah
Teknik serta program-program yang di tawarkan khususnya di negeri Johor.
Akhir kalam, saya menaruh penuh keyakinan dan berharap Guru Bimbingan dan
Kaunseling KV/SMT Zon Johor dapat memainkan peranan dalam
memperkenalkan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik di mata semua
seterusnya membantu meningkatkan keyakinan orang ramai mengenai Kolej
Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.
HJ YUSOF BIN MAT DAUD
PengerusI Zon Majlis Pengarah KV/SMT
Zon Johor
KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS TPSA/PKHEM KV/SMT ZON JOHOR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah
kepada Majlis Pegawai Kaunseling Pendidikan Kolej Vokasional & Sekolah
Menengah Teknik Malaysia (MAPEka) KV/SMT Zon Johor atas penghasilan Buku
Infomasi Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ini. Saya
percaya ianya adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi semua Guru
Bimbingan dan Kaunseling KV/SMT Zon Johor dalam membantu memberi
pemahaman kepada orang ramai tentang Kolej Vokasional dan Sekolah
Menengah Teknik serta program-program yang ditawarkan.
Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Kementerian Pendidikan Malaysia adalah
untuk memberikan akses, ekuiti dan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar
yang mempunyai kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat dalam bidang
teknik, vokasional dan kemahiran. Adalah menjadi tanggungjawab Guru
Bimbingan dan Kaunseling KV/SMT untuk menyebarluaskan maklumat Kolej
Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik serta penawaran program agar
difahami oleh semua lapisan masyarakat.
Buku Infomasi Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ini
diharap membantu pelajar dalam melihat dan membuat pemilihan yang betul
akan peluang melanjutkan pelajaran ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah
Teknik yang terdapat di Johor, seterusnya pelajar dapat membuat pilihan yang
tepat.
Sehubungan itu, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah
kepada kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling KV/SMT Zon Johor yang
mengambil langkah aktif dan proaktif dalam menghasilkan buku ini demi
memperkasakan pendidikan TVET di Malaysia.
EN KHAIRUL ANUAR BIN RAMLAN
Pengerusi TPSA/PKHEM KV/SMT
Zon Johor
KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS KAUNSELING PENDIDIKAN KV/SMT ZON JOHOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdullilah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah kurniaNya, saya dapat bersama-sama dengan Majlis Pegawai
Kaunseling Pendidikan Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik Malaysia
(MAPEka) KV/SMT Zon Johor, dalam menyediakan sebuah buku yang sangat
memberi makna kepada semua Guru Bimbingan & Kauseling sebagai
panduan dan kepada pelajar amnya untuk rujukan. Sesungguhnya, Buku
Infomasi kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik yang
dihasilkan ini bertujuan membantu pelajar, guru dan ibu bapa dalam
mendapatlkan maklumat tentang penawaran program-program yang
terdapat di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor.
Saya ingin menegaskan bahawa Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu
berfikiran global dan bertindak secara terarah dengan menjadikan buku ini
sebagai wadah untuk membantu pelajar dengan ciri-ciri individu dan minat
yang berbeza membuat pilihan kerjaya yang bersesuaian. Moga usaha kecil
ini menjadi penyuluh buat pelajar.
EN KHIRUL ZAMAN BIN MUSA
Pengerusi Majlis Pegawai Kaunseling Pendidikan KV/SMT
Zon Johor
ISI KANDUNGAN 6
7
1. Visi dan Misi Kolej Vokasional dan SMT 11
2. Senarai Kolej Vokasional dan SMT 12
3. Senarai Program KV dan SMT 18
4. Sinopsis Senarai Program KV 19
5. Syarat Kemasukan Program KV 21
6. Kolej Vokasional Segamat 23
7. Kolej Vokasional Batu Pahat 25
8. Kolej Vokasional Kota Tinggi 26
9. Kolej Vokasional Tun Hussein Onn 28
10. Kolej Vokasional Muar 29
11. Kolej Vokasional Tanjung Piai 30
12. Kolej Vokasional Pagoh 32
13. Kolej Vokasional Tanjung Puteri 34
14. Kolej Vokasional Pasir Gudang 36
15. Kolej Vokasional Perdagangan 38
16. Kolej Vokasional (ERT) Azizah
17. Kolej Vokasional Kluang
18. Hala Tuju Program Kolej Vokasional 40
19. Sekolah Menengah Teknik 42
20. Sinopsis Senarai Program 43
Sekolah Menengah Teknik 45
21. Pakej Mata Pelajaran 46
Sekolah Menengah Teknik 47
22. Syarat Kemasukan Program
48
Sekolah Menengah Teknik
23. Hala Tuju Pelajar
Sekolah Menengah Teknik
24. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru
VISI
Peneraju Pendidikan
Teknikal Dan Vokasional
Yang Unggul
MISI
Memperkasakan
Pendidikan Teknikal Dan
Vokasional Melalui
Pelaksanaan Program
Yang Berkualiti
SENARAI KOLEJ VOKASIONAL DAN
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
NEGERI JOHOR
Bil Nama KV / SMT Nombor Telefon Pegawai Kaunseling
KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT 018-7701300(AZILENDA BINTI AHMAD)
013-4084733 (NOOR NABILA BINTI
KM 5, Jalan Genuang, JEMADI)
1 85000 Segamat Johor.
Tel : 07-9433103
fb : kv segamat johor
KOLEJ VOKASIONAL MUAR 0196588332 (HAIROZI BIN ABDULLAH)
0127446764 (AKMAR LAILY BINTI
Jalan Sungai Abong AHMAD)
2 84000 Muar Johor 0129044900 (FATIMATULZAHRAH BINTI
MOHD ZULKIFLI)
Tel: 06-9512212
Fb dan ig: kolej vokasional muar
KOLEJ VOKASIONAL BATU 0197379439 (NORJANAH BINTI MASOD)
PAHAT 0137350788 (WATINA BINTI THABAT)
KM 7 Jalan Kluang 01164247794 (NUR AFIFAH BINTI
3 83000 Batu Pahat BAHARUM)
Tel: 07-4312051
01110900952 (ZULKIFLI BIN MOHD IPROW)
fb : kv batu pahat_official 0129789527(JULIYANA BINTI ABDUL
ig : kvbatupahat_official JAMAL)
0177105484 (NURUL AFIQAH BINTI
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG ZAILANI)
Jln Mengkibol
4 86000 Kluang
Tel: 07-772 1482
fb : kv kluang
tiktok : kvkluang
KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG 0177379567 (HAZIMAH BINTI ISAHAK)
PUTERI 0172896725 (ASMAHANI BINTI MD
Jln Yahya Aldatar NOOR)
5 80300 Johor Bahru
0137185732 (NURFARHANA BINTI
Tel: 07-222 0051
fb: kolej vokasional tanjung puteri johor SULAIMAN)
bahru / ig: kvtgputeri
SENARAI KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK NEGERI JOHOR
Bil Nama KV / SMT Nombor Telefon Pegawai Kaunseling
KOLEJ VOKASIONAL KOTA TINGGI 0137195509 (NUR FAHIMAH BINTI
Kota Kecil 81900 Kota Tinggi ZAMRI)
6 Tel: 07-883 5367 0146698708 (NURULLAH IRAWATI BINTI
fb: kolej vokasional kota tinggi ISMAIL)
ig: kv.kotatinggi
KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH 0187648026 (JUNAIDAH BINTI
Jln Datin Halimah KADIMAN)
0177496238 (NURASIKIN BINTI A
7 80350 Johor Bahru .HALIM)
Tel: 07-236 1040
fb:Kolej Vokasional ERT Azizah Johor Bahru
https://kvertazizah.moe.edu.my/ 01126374292 (AZNI BINTI MAT)
KOLEJ VOKASIONAL 0197211161 (NORLAILEE BINTI SARIFF)
PERDAGANGAN 0122944046(NURRULFATIN BINTI
Susur 7, Jln Tun Abdul Razak RUSLAN)
8 80350 Johor Bahru 0194160423 (KHAIRUNNISA BINTI
Tel: 07-237 4378 KAMARULZAMAN)
kv perdagangan, jb
0135676564 (NUR AZIRA RUZILA BINTI
fb : kvperdaganganjb ZAKARIA)
ig : kvperdaganganjb
KOLEJ VOKASIONAL PASIR
GUDANG
Jalan Limbungan, Kampung
9 Pasir Putih,
81700 Pasir Gudang.
Tel: 07-2712066
fb: kolej vokasional pasir gudang
KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PIAI
Mukim Air Masin, 0177440856 (SITI HAJAR BINTI
SUPARDI)
10 82300 Kukup, Pontian.
Tel: 07-6960535
fb: kolej vokasional tanjung piai
ig: kvtanjungpiai_officia
SENARAI KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK NEGERI JOHOR
Bil Nama KV / SMT Nombor Telefon Pegawai Kaunseling
KOLEJ VOKASIONAL TUN 0124292575 (NUR ZAWIN NAJAH BINTI
HUSSEIN ONN ABD RAHMAN)
Peti Surat 24, Cawangan 0137539589 (MOHD TAMIMI BIN
11 Serahan SARINGAT)
Pos Malaysia,
83000, Batu Pahat. 0138862703 (KHIRUL ZAMAN BIN MUSA)
Tel : 07-434 0112
0137898055 (NORIDIAMIYANTI BINTI
fb : kv tun hussein onn SAMIRON)
0167760602 (NORHASIMAH BINTI
KOLEJ VOKASIONAL PAGOH HASHIM)
Jalan Renchong Gombang,
Pagoh
12 84600, Muar Johor
Tel : 016-7347322
fb : kolej vokasional pagoh
ig : kvpagoh_official
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
JOHOR BAHRU
Jalan Tun Abdul Razak,
13 80350 Johor Bahru,
Tel : 07-236 1028
fb : SM Teknik Johor Bahru
ig : smtjb
website : smtjb.moe.edu.my
ALIRAN VOKASIONAL
Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang
berpencapaian baik atau sederhana dalam akademik dan berminat
kepada pembelajaran bercorak vokasional (berkaitan pekerjaan).
Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan
praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu
melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam
bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat
pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan
kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan
Program ini merangkumi dua (2) tahun pengajian di peringkat
Sijil dan dua (2) tahun 6 (6) bulan di peringkat Diploma (termasuk
lima (5) bulan On The Job Training)
Murid yang berjaya di peringkat Sijil akan dianugerahkan Sijil
Vokasional Malaysia (SVM)
Murid yang dianugerahkan SVM dan melepasi syarat kemasukan
layak menyambung pengajian di peringkat Diploma di Kolej
Vokasional yang sama
Murid yang tidak melepasi syarat kemasukan ke peringkat
Diploma akan menyambung pengajian di Kolej Vokasional yang
sama dalam bidang kemahiran dan dianugerahkan Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan tahap kompetensi yang
dicapai
Murid yang lulus pengajian di peringkat Diploma akan
dianugerahkan Diploma oleh Senat Kolej Vokasional,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Matlamat Program Kolej Vokasional untuk melahirkan tenaga
kerja yang mahir dan kompeten bagi memenuhi keperluan
industri dan entrepreneur.
SENARAI PROGRAM
KOLEJ VOKASIONAL
ZON JOHOR
BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BIDANG TEKNOLOGI
MEKANIKAL & PEMBUATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK &
ELEKTRONIK
1. Teknologi Pemesinan Industri
2. Teknologi Kimpalan 1. Teknologi Elektrik
3. Teknologi Automotif 2. Teknologi Elektronik
4. Teknologi Penyejukan &
BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT
Penyamanan Udara DAN KOMUNIKASI
BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN 1. Teknologi Sistem Pengurusan
AWAM Pangkalan Data dan Aplikasi
Web
1. Teknologi Pembinaan
2. Teknologi Pemprosesan Kayu dan 2. Teknologi Maklumat
Kemasan BIDANG PERTANIAN
BIDANG HOSPITALITI 1. Landskap
2. Agroindustri Tanaman
1. Seni Kulinari
2. Pelancongan BIDANG KEMASYARAKATAN
3. Bakeri dan Pastri
4. Kosmetologi 1.Pendidikan Awal Kanak-kanak
BIDANG PERNIAGAAN BIDANG SENI REKA
1. Pengurusan Perniagaan 1. Seni Reka Fesyen
2. Kesetiausahaan Pentadbiran 2.Multimedia Kreatif Animasi
3. Perakaunan 3.Rekabentuk Grafik dan Media
Cetak
BIDANG MARITIM
1. Teknologi Marin
2. Teknologi Pembuatan Bot
SINOPSIS PROGRAM
BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL & PEMBUATAN
1. Teknologi Pemesinan Industri
Kursus ini memberi pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri,
lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan terbantu komputer,
mengenalpasti jenis, senaraian alatan dan pengoperasian mesin industri.
2. Teknologi Kimpalan
Kursus ini memberi pendedahan kepada kimpalan mengikut aras bs/aws, proses
dan teknik, pengkelasan bahan logam, teknik, tatacara serta teknik pemotongan
mekanikal dan haba, lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku
dan kimpal arka logam berperisai. Disamping itu juga didedahkan dengan
automasi komputer.
3. Teknologi Automotif
Kursus ini memberi pendedahan kepada amalan bengkel automotif,
penyelenggaraan dan membaikpulih kenderaan, pengurusan pusat servis.
Penekanan kepada sistem enjin, brek, suspensi, hidrolik dan transmisi sebuah
kenderaan serta rekabentuk kejuruteraan.
4. Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara
Kursus ini memberi pendedahan kepada sistem pengoperasian,
penyelenggaraan, pemasangan dan pengujian penyejukan dan penyamanan
udara serta sistem kawalan dan keselamatan disamping rekabentuk sistem
penyejukan dan penyamanan udara domestik.
SINOPSIS PROGRAM
BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM
1. Teknologi Pembinaan
Program ini memperkenalkan pelajar kepada asas pembinaan sesuatu struktur.
Pelajar akan didedahkan dengan bahan-bahan binaan, cara-cara asas
pembinaan, asas lukisan pelan, keselamatan industri, asas kejuruteraan elektrik
dan elektronik, pengurusan industri dan sebagainya.
2. Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan
Program pengajian Teknologi Berasaskan Kayu direkabentuk untuk
melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan
tingkah laku yang diperlukan dalam bidang teknologi perkayuan yang meliputi
skop kerja di dalam industri perkayuan meliputi aspek sains kayu, kejuruteraan
kayu dan teknologi pemprosesan kayu yang merangkumi jenis dan ciri-ciri kayu,
penggunaan dan produk kayu, peralatan dan teknologi terkini dalam industrI
berasaskan kayu.
BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK
1. Teknologi Elektrik
Program ini memberi pendedahan kepada sistem kuasa, arus (D.C & A.C),
penyelenggaraan, pemasangan dan menguji sistem elektrik domestik dan
industri, kawalan motor,sanggaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir litar
serta memahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan.
2. Teknologi Elektronik
Program ini memberi pendedahan kepada mentafsir dan mengenalpasti simbol,
komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip
krjuruteraan elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan
video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan dan industri robotik.
SINOPSIS PROGRAM
BIDANG HOSPITALITI
1. Seni Kulinari
Program ini mendedahkan pelajar kepada operasi dan penyelenggaraan
dapur, penyediaan makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut,
masakan timur dan barat, kuih tempatan, roti, pastri dan manisan, seni
makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan.
2. Bakeri dan Pastri
Program ini menawarkan pelajar berkaitan penghasilan dan penyediaan
roti, kek, manisan. Coklat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza,
membuat dan menghasilkan resepi baru dan istimewa serta pengurusan
kos dan perniagaan dalam bidang ini.
3. Kosmetologi
Kursus ini mendedahkan kepada pelajar penjagaan dan rawatan wajah
serta anggota badan, penggayaan rambut, seni make-up, refleksologi,
serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian
salun.
SINOPSIS PROGRAM
BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
1. Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web
Program ini mendedahkan pelajar kepada struktur, konfigurasi, penyediaan
sistem pangkalan data dan mengenali kegunaan serta hubungkaitnya dengan
aplikasi web sebagai perantara atau user interface (ui).
2. Teknologi Maklumat
Program ini merupakan sebuah gedung ilmu yang mengumpulkan ahli-ahli
akademia, pentadbir, ahli teknologi serta pelajar yang berdedikasi untuk
kecemerlangan akademik dan penyelidikan bagi seluruh spekturm dunia Sains
Komputer dan Teknologi Maklumat.
BIDANG PERTANIAN
1. Landskap
Program landskap ini dibentuk bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam
bidang pembangunan dan pengurusan landskap yang terlatih dan
berkemahiran dalam menguruskan hal-hal berkaitan projek landskap. Kurikulum
program yang dibentuk adalah seimbang antara pengetahuan SINOPSIS
PROGRAM teori serta amali pratikal di tapak.
2. Agroindustri Tanaman
Program ini menyediakan para pelajar kepada penyediaan, penanaman dan
penjagaan tanaman, mengawal kerosakan tanaman, penyenggaraan
insfrastruktur ladang, jentera dan fertigasi serta aktiviti-aktiviti lai n berkaitan
industri tanaman sehingga urusan penuaian hasil dan pemasaran.
SINOPSIS PROGRAM
BIDANG PERNIAGAAN
1. Pengurusan Perniagaan
Program ini dibentuk bagi menyediakan pelajar dalam bidang pemasaran,
perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika
dan protokol perniagaan.
2. Kesetiausahaan dan Pentadbiran
Program ini menyediakan pelajar dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat,
keupayaan dalam menggunakan aplikasi perisian pejabat bagi menyediakan
minit mesyuarat, laporan dan lain-lain. Penyediaan dokumen penting dalam
kerja pentadbiran
3. Perakaunan
Program ini menawarkan pelajar dalam pengurusan kewangan syarikat seperti
penyediaan buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga
serta membuat analisa tentang prestasi syarikat
BIDANG KEMASYARAKATAN
1. Pendidikan Awal Kanak-kanak
Program ini memberi pendedahan pelajar dalam servis penyediaan pusat
penjagaan kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat prasekolah.
Pengurusan pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan
pemakanan, keselamatan tempat tinggal serta pengurusan aset kewangan dan
operasi.
BIDANG SENI REKA
1. Seni Reka Fesyen
Program ini menyediakan pelajar tentang jenis, klasifikasi dan alatan jahitan
serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang
berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan
dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.
2. Multimedia Kreatif Animasi
Program ini mendedahkan pelajar kepada asas penggunaan unsur media yang
pelbagai dalam menghasilkan sesuatu iklan. Mereka juga akan mempelajari
konsep Dual Dimension (2D), Kesan Khas (FX) dan animasi lain yang berkaitan.
3 Rekabentuk Grafik dan Media Cetak
Program ini akan mendedahkan pelajat dengan Desktop Publishing, grafik,
pengiklanan, percetakan, label pembungkusan di mana akhirnya akan
dijelmakan dalam media cetak.
BIDANG MARIN
1. Teknologi Pembuatan Bot
Program Teknologi Pembuatan Bot menekankan secara langsung pembuatan
bot *FIBER* serta komposit disamping asas-asas kepada keselamatan serta
teknologi di bengkel, senibina serta lukisan teknikal.
2. Teknologi Marin
Program Teknologi Marin menyediakan pelajar berpengetahuan dan
berkemahiran berasaskan teori dan amali yang merangkumi kerja-kerja
penyelenggaraan dan baik pulih enjin marin dan asas penyelenggaraan sistem
kapal.
SYARAT KEMASUKAN KOLEJ VOKASIONAL
SYARAT UMUM
1. Calon adalah warganegara Malaysia.
2.Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah kerajaan/ sekolah
menengah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan
Malaysia pada tahun 2022.
3.Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
4.Calon mestilah menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti
Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
5.Calon sihat tubuh badan.
6.Calon mestilah tiada sebarang kecederaan dan sejarah penyakit atau
penyakit-penyakit yang menghadkan, menyukarkan dan membataskan
pelaksanaan kerja praktikal amali .
7.Calon mestilah tidak rabun warna.
8.Calon berminat dengan program yang dipohon.
SYARAT KHUSUS
1.Calon memperoleh sekurang-kurangnya tahap penguasaan 3 bagi Pentaksiran
Bilik Darjah (Tingkatan 3) bagi mata pelajaran berikut:
1.Bahasa Melayu
2.Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5.Rekabentuk Teknologi atau Asas Sains komputer
TEMUDUGA
1.Calon juga akan menjalani temuduga secara bersemuka bagi kolej vokasional
tertentu.
KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT
SENARAI PROGRAM
1.TEKNOLOGI PEMBINAAN
2.TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
3.TEKNOLOGI PENYEJUKAN PENYAMANAN UDARA
4.TEKNOLOGI ELEKTRONIK
5.TEKNOLOGI ELEKTRIK
6.TEKNOLOGI KIMPALAN
7.TEKNOLOGI AUTOMOTIF
QR Code Info lanjut Kolej Vokasional Segamat
KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT
KEMENJADIAN PELAJAR
BEKERJA
SAMBUNG
PENGAJIAN
USAHAWAN
KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT
SENARAI PROGRAM
1.TEKNOLOGI PEMBINAAN
2.TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
3.TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN
PENYAMANAN UDARA
4.TEKNOLOGI ELEKTRONIK
5.TEKNOLOGI ELEKTRIK
6.TEKNOLOGI KIMPALAN
7.TEKNOLOGI AUTOMOTIF
8.TEKNOLOGI PEMPROSESAN KAYU DAN
KEMASAN
QR Code Info lanjut Kolej Vokasional Batu Pahat
KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT
KEMENJADIAN PELAJAR
BEKERJA
SAMBUNG
PENGAJIAN
USAHAWAN
KOLEJ VOKASIONAL KOTA TINGGI
SENARAI PROGRAM
1.TEKNOLOGI PEMBINAAN
2.TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
3.TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN
PENYAMANAN UDARA
4.TEKNOLOGI ELEKTRONIK
5.TEKNOLOGI ELEKTRIK
6.TEKNOLOGI KIMPALAN
7.TEKNOLOGI AUTOMOTIF
QR Code Info lanjut Kolej Vokasional Kota Tinggi
KOLEJ VOKASIONAL KOTA TINGGI
KEMENJADIAN PELAJAR
BEKERJA
SAMBUNG
BELAJAR
USAHAWAN
KOLEJ VOKASIONAL TUN HUSSEIN
ONN
SENARAI PROGRAM
1. SENI REKA FESYEN
2. PENYEDIAAN DAN PERKHIMATAN
MAKANAN SEGERA (MCD)
QR Code Info lanjut Kolej Vokasional Tun Hussein Onn
KOLEJ VOKASIONAL TUN HUSSEIN
ONN
KEMENJADIAN PELAJAR Pelajar kumpulan pertama SVM
yang menyambung pengajian
SAMBUNG BELAJAR
17 ORANG PELAJAR SVM MENYAMBUNG
PENGAJIAN DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
DI KOLEJ VOKASIONAL MUAR
KOLEJ VOKASIONAL MUAR
SENARAI PROGRAM
1.TEKNOLOGI AUTOMOTIF
2.TEKNOLOGI KIMPALAN
3.TEKNOLOGI PEMBINAAN
4.TEKNOLOGI ELEKTRIK
5. TEKNOLOGI ELEKTRONIK
6. TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
7. TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA
8. SENI KULINARI
9. SENI REKA FESYEN
10. KOSMETOLOGI
QR Code Info lanjut Kolej Vokasional Muar
KOLEJ VOKASIONAL MUAR
KEMENJADIAN PELAJAR
BEKERJA
SAMBUNG
PENGAJIAN
USAHAWAN
KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG
PIAI
SENARAI PROGRAM
1. TEKNOLOGI AUTOMOTIF
2.TEKNOLOGI KIMPALAN
3. TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
QR Code Info lanjut Kolej Vokasional Tanjung Piai
KOLEJ VOKASIONAL PAGOH
SENARAI PROGRAM
1. BAKERI & PASTRI (SVM) 5. TERAPI ESTETIK (SKM)
2. AGROINDUSTRI TANAMAN 6. DANDANAN RAMBUT (SKM)
(SVM)
4. LANDSKAP (SVM)
QR Code Info lanjut Kolej Vokasional Pagoh
KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG
PUTERI
SENARAI PROGRAM
1. TEKNOLOGI AUTOMOTIF
2.TEKNOLOGI KIMPALAN
3.TEKNOLOGI PEMBINAAN
4.TEKNOLOGI ELEKTRIK
5. TEKNOLOGI ELEKTRONIK
6. PENYEDIAAN MAKANAN SEGERA-
MCDONALD'S
QR Code Info lanjut Kolej Vokasional Tanjung Puteri
KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG
PUTERI
KEMENJADIAN PELAJAR
BEKERJA
SAMBUNG
PENGAJIAN
USAHAWAN
KOLEJ VOKASIONAL PASIR
GUDANG
SENARAI PROGRAM
1. TEKNOLOGI PEMBUATAN BOT
2. TEKNOLOGI MARIN
QR Code Info lanjut Kolej Vokasional Pasir Gudang
KOLEJ VOKASIONAL PASIR
GUDANG
KEMENJADIAN PELAJAR
SAMBUNG PENGAJIAN
BEKERJA
KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN
SENARAI PROGRAM
1. PERAKAUNAN
2. KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN
3. PENGURUSAN PERNIAGAAN
4. TEKNOLOGI SISTEM PENGURUSAN
PANGKALAN DATA DAN APLIKASI WEB
QR Code Info lanjut Kolej Vokasional Perdagangan
KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN
KEMENJADIAN PELAJAR
BEKERJA
SAMBUNG
PENGAJIAN
USAHAWAN
KOLEJ VOKASIONAL ERT AZIZAH
SENARAI PROGRAM
1. SENI KULINARI
2. BAKERI DAN PASTRI
3. SENI REKA FESYEN
4. PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
5. KOSMETOLOGI
QR Code Info lanjut Kolej Vokasional ERT Azizah
KOLEJ VOKASIONAL ERT AZIZAH
KEMENJADIAN PELAJAR
BEKERJA
SAMBUNG
PENGAJIAN
USAHAWAN
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG
SENARAI PROGRAM
1. TEKNOLOGI AUTOMOTIF
2.TEKNOLOGI KIMPALAN
3.TEKNOLOGI PEMBINAAN
4.TEKNOLOGI ELEKTRIK
5. TEKNOLOGI ELEKTRONIK
6. TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
7. TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN
PENYAMANAN UDARA
8. PERAKAUNAN
9. PENGURUSAN PERNIAGAAN
10. TEKNOLOGI MAKLUMAT
11. ANIMASI 3D
QR Code Info lanjut Kolej Vokasional Perdagangan
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG
KEMENJADIAN PELAJAR
BEKERJA
SAMBUNG
PENGAJIAN
USAHAWAN
HALATUJU PELAJAR
KOLEJ VOKASIONAL
Program DVM - Diploma Vokasional Malaysia
Sarjana Muda SVM - Sijil Vokasional Malaysia
(Malaysian Technical SKM3 - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
University Network, SLDN - Sistem Latihan Dual Nasional
University Awam, KSKV - Kurikulum Standard Kolej Vokasional
IPTA, IPTS) NOSS - Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
IMPAK- Mata Pelajaran Aliran Kemahiran
KSSM - Kurikulum Standard Sekolah Menengah
BEKERJA, SAMBUNG BELAJAR ATAU USAHAWAN
Umur
19 +
Tahun
Program MQA
Diploma MBOT
(DVM)
Lepasan
Menengah
Atas
17 +
Lembaga Peperiksaan Jabatan Jabatan
JPA Pembangunan Pembangunan
JPK Kemahiran Kemahiran
Program Sijil Program Penuh Apprenticeship
(SVM + SKM 3) Kemahiran (SKM 3) (SLDN)
SKM 3
Lepasan KSKV NOSS +
Menengah MPAK + KSSM NOSS +
Rendah MPAK + KSSM
15 +
LEPASAN TINGKATAN 3
PERSIJILAN AKREDITASI
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
ALIRAN TEKNIKAL
Penawaran aliran akademik dengan pakej mata pelajaran sains teknikal
bagi pelajar yang berminat terhadap bidang Sains/ Science, Teknologi/
Technology, Kejuruteraan/ Engineering dan Matematik/ Mathematics
(STEM).
Aliran Teknikal yang ditawarkan di sembilan (9) buah Sekolah Menengah
Teknik memberi fokus kepada pengajian seperti berikut :
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Mekanikal
Perdagangan
Pertanian
Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun iaitu Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5 dengan menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
Mempunyai peluang melanjutkan pelajaran yang luas sama ada ke
Peringkat Persediaan Ijazah (Program Asasi/ Matrikulasi/ Tingkatan 6/
Institut Pendidikan Guru), Program Diploma di Institut Pendidikan Tinggi
Awam (IPTA)/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)/ Institut Latihan
Kemahiran Awam (ILKA) dan peluang ke Program Khas Pelajar
Cemerlang dengan tajaan sama ada di dalam atau luar negara.
OBJEKTIF PENDIDIKAN TEKNIKAL
Memberi pendidikan asas dan pendedahan terhadap bidang sains dan
teknologi kepada pelajar melalui mata pelajaran Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Mengekalkan kecenderungan tersebut agar membolehkan pelajar
melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan di Institusi Pengajian
Tinggi.
Melahirkan tenaga kerja profesional dalam bidang kejuruteraan
(Awam/ Elektrik/ Mekanikal) dan bukan kejuruteraan (Pertanian/
Perdagangan).
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
SINOPSIS SENARAI JURUSAN
1. Kejuruteraan Awam
Kursus ini memberi pendedahan kepada murid berkaitan pengetahuan asas
dalam Kejuruteraan Awam dengan memberi penekanan kepada skop Proses
Pembinaan, Bahan Binaan, Struktur Kejuruteraan Awam, Geoteknik, Ukur
Kejuruteraan, Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu
Lintas, Sumber dan Bekalan Air, Sistem Pembersihan dan Aturcara Kontrak
dan Taksiran. Murid juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran secara
teori, kerja amali serta lawatan industri. Ia juga bertujuan untuk membentuk
kesedaran murid agar peka terhadap alam sekitar dan menyemai minat
dalam kerja-kerja penyelidikan, merekabentuk, menganalisis dan bertindak
berasaskan fakta.
2. Kejuruteraan Elektrik
Kursus ini adalah pendedahan kepada murid kepada asas Kejuruteraan
Elektrik & Elektronik. Konsep-konsep asas yang dipelajari dapat memupuk
dan memperkembangkan minat dan penguasaan prinsip kejuruteraan
Elektrik & Elektronik seperti litar, elektromagnet, pengubal diod, transistor
dwikutub, elektronik conduit, perhubungan, komputer motor dan robotik
melalui aktiviti pembelajaran secara teori, amali dan binaan projek. Ia juga
membantu murid untuk memahami komponen-komponen elektrik dan
elektronik serta simbol-simbolnya.
3. Kejuruteraan Mekanikal
Kursus ini melengkapkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang Kejuruteraan Mekanikal yang merangkumi sumber alam dan tenaga,
penjanaan dan penggunaan haba, daya jentera serta rekabentuk,
pengeluaran dan kegunaan mesin serta alat tangan. Murid juga akan
didedahkan kepada pengetahuan seperti metrologi dan mekanik berkaitan
dengan momentum dan geseran, sistem hidraulik, pneumatic dan robotik
asas. Kejuruteraan Mekanikal memberi tumpuan kepada pemahaman
konsep, prinsip asas, teori kejuruteraan mekanikal serta kemahiran berkaitan.
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
4. Perdagangan
Kursus ini ditawarkan bagi memberi pendedahan kepada murid
berdasarkan amalan perdagangan dan perniagaan yang merangkumi
bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan, bantuan perniagaan,
pelaburan, pemilikan perniagaan, konsumerisme dan etika amalan
perniagaan. Pembelajaran merangkumi pemahaman konsep serta
perkembangan maklumat terkini dalam bidang perdagangan berdasarkan
kepada konsep, peraturan, undang-undang yang diamalkan dalam dunia
perniagaan sebenar. Ia akan membantu untuk membina asas yang kukuh
untuk menceburkan diri dalam bidang perdagangan di aras lebih tinggi.
Kursus ini juga memberi peluang untuk murid mempelajari amalan-amalan
positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan.
5. Pertanian
Kursus ini adalah satu bidang pengajian saintifik terhadap prinsip dan
amalan dalam penanaman, penternakan, teknologi pertanian dan
pengurusan ladang. Murid didedahkan kepada pengetahuan, kemahiran
dan kefahaman mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi tanaman dan
ternakan serta perladangan sebagai suatu perniagaan. Murid juga akan
mempelajari tentang pelbagai faktor yang mempengaruhi hasil tumbuhan
dan pengeluaran ternakan serta cara untuk meningkatkan hasil serta mutu
pengeluaran. Aspek teknologi dalam pertanian juga diberi penekanan dalam
pembelajaran secara teori, kerja amali dan kerja kursus.
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
PAKEJ MATA PELAJARAN
YANG DITAWARKAN
JURUSAN MATA PELAJARAN ELEKTIF MATA PELAJARAN
KEJURUTERAAN TERAS
AWAM 1. Fizik
KEJURUTERAAN 2. Kimia
3.Matematik Tambahan
ELEKTRIK 4.Pengajian Kejuruteraan Awam
KEJURUTERAAN 5.Lukisan Kejuruteraan
MEKANIKAL 1. Fizik
PERDAGANGAN 2. Kimia
3.Matematik Tambahan
PERTANIAN 4.Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik
5.Lukisan Kejuruteraan
1. Fizik 1.Bahasa Melayu
2. Kimia 2.Bahasa Inggeris
3.Matematik Tambahan 3. Sejarah
4.Pengajian Kejuruteraan 4.Pendidikan Islam/
Mekanikal Moral
5.Lukisan Kejuruteraan 5. Matematik
1. Fizik
2. Kimia
3.Matematik Tambahan
4.Prinsip Perakaunan
5.Pengajian Keusahawanan
1. Fizik
2. Kimia
3.Matematik Tambahan
4. Biologi
5. Pertanian
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
SYARAT KEMASUKAN
SYARAT UMUM
1.Calon adalah Warganegara Malaysia;
2.Calon mesti murid Tingkatan Tiga (3) pada tahun 2022/2023;
3.Calon mesti mesti mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid;
4.Calon mesti menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus
(PKSK), KPM;
5.Calon mesti menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran
Psikometrik (PPsi);
6.Calon sihat tubuh badan;
7.Calon mesti tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau
penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan
menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
8.Calon mesti TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA; dan
9.Calon berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
HALA TUJU PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
DOKTOR FALSAFAH /
DOCTOR OF PHILOSOPHY
(PhD)
SARJANA/ MASTER
IJAZAH SARJANA MUDA
IPTA/ IPTS/ IPG
PROGRAM PROGRAM DIPLOMA
PERSEDIAAN
IPTA/ IPTS
IJAZAH Politeknik
ILKA / ILKS
Program Khas
Pelajar Cemerlang/ SIJIL
International
Baccalaureate (IB) ILKA / ILKS
Asasi
Matrikulasi
Pendidikan (IPG)
Tingkatan 6
SPM
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
SENARAI PROGRAM
1. KEJURUTERAAN AWAM
2. KEJURUTERAAN ELEKTRIK
3. KEJURUTERAAN MEKANIKAL
4. PERTANIAN
5. PERDAGANGAN
fb : SM Teknik Johor Bahru
#STJBexcellent
#strive4thebest