The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rynyrynnnn, 2022-11-23 06:46:44

Misi Kemanusiaan

Misi Kemanusiaan

MISI KEMANUSIAAN

Tema : SAYANGI MALAYSIAKU
Nama : Hanis Qistina bt Azhan
Kelas : 4 IA
Nama guru : Siti Aaisyah

Pengenalan tentang misi kemanusiaan

◦ Misi kemanusiaan ialah bantuan keperluan dan barangan yang diberikan
kepada orang yang susah dan memerlukan.

◦ Antara golongan yang menerima bantuan ini ialah golongan tunawisma iaitu
orang yang tidak mempunyai tempat tinggal, pelarian, mangsa bencana
alam, mangsa peperangan dan kebuluran.

◦ Tujuan utama misi ini dilakukan adalah untuk menyelamatkan nyawa,
mengurangkan penderitaan yang dialami serta mengekalkan harga diri
kemanusiaan.

Badan-badan kebajikan di malaysia

1. Muslim volunteeer Malaysia (MVM)

◦ Muslim Volunteer Malaysia(MVM) memfokuskan untuk memperkasakan
penglibatan anak. muda dalam aktiviti sukarelawan dan kebajikan dalam
dan luar negara sejak 2014.

◦ Misi MVM adalah untuk melahirkan generasi sukarelawan yang proaktif
kepada golongan sasaran khususnya B40 dan miskin bandar.

◦ Mereka menyediakan program yang memberi impak positif kepada
penyumbang, sukarelawan dan penerima bantuan dari aspek ekonomi,
pendidikan, kesihatan dan sahsiah diri.

◦ Mereka juga memastikan jenis dan pengagihan bantuan menepati sasaran
yang ditetapkan.



2 . Humanitarian Care Malaysia Berhad(MyCARE)

◦ MyCARE ialah ahli Komuniti Kemanusiaan Asia Tenggara (SEAHUM).

◦ MyCARE juga aktif dalam menyediakan bantuan kemanusiaan di Malaysia
seperti bantuan bencana banjir, tempat perlindungan sementara, pembaikan
rumah yang dilanda bencana, pemberian pek makanan dan pendidikan.



3 . Pertubuhan Kasih Neelofa(PKN)

◦ Pertubuhan Kasih Neelofa(PKN) ialah sebuah organisasi bukan kerajaan
(NGO) yang terletak di bandar Kuala Lumpur, Malaysia.

◦ PKN ditubuhkan pada 2019 dengan persetujuan dari Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia.

◦ Tujuan utama PKN adalah untuk menjalankan kerja dan aktiviti kebajikan
untuk kepentingan masyarakat.

◦ Mereka berjaya membantu masyarakat dengan projek berimpak tinggi di PKN
Qurban Kasih.

◦ Pertubuhan Kasih Neelofa bercita-cita untuk menyumbang dalam bidang di
mana kita dapat menyumbang kepada masyarakat

◦ Mereka juga berganding bahu dengan rakan kongsi dan rakan kolaboratif,
NGO, masjid, industri dan komuniti untuk memastikan manfaatnya kepada
masyarakat dan negara secara amnya.


Click to View FlipBook Version