E-FOLIO
Penghayatan Etika Dan Peradaban
MPU21032
TAJUK:PERPADUAN DI MALAYSIA
NAMA PENSYARAH:PN.ADIBAH
NAMA KUMPULAN : AZZIM AMIR BIN AFIZ AZRY (24DKM20F1075)
MUHD NOR SUFYAN BIN AZAHAR (24DKM20F1098)
PARASURAMAN A/L YOGANATHAN (24DKM20F1031)
THANES A/L SANTHIRAN (24DKM20F1066)
DKM5A
PENGENALAN
Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan di kalangan mereka.Sejak
merdeka lagi,kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan
negara kita dengan menjalankan pelbagai dasar untuk mencapai proses perpaduan
ini.Tanpa perpaduan,kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak
mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana
kemajuan.
PENDAHULUAN
Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum berdasarkan
hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati.Pembentukan masyarakat majmuk yang
berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak.
Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja.Pada awal abad ke-19,lebih 90%
penduduk di tanah Melayu adalah Melayu.Namun pada pertengahan abad ke-19,penghijrahan masuk
kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur
kependudukan asal tanah Melayu.Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang
dikategorikan mengikut cara hidup.pola penempatan,pekerjaan,pendidikan dan keseimbangan antara
kekukuhan ekonomi dan kestabian politik.
TUJUAN
• Dapat memajukan ekonomi negara
-Sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan
harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala
kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan
keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan
ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan.
Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak.
• Memupuk dan membina masyarakat harmoni
-Kepelbagaian masyarakat merupakan satu yang lumrah bagi kebanyakan negara di dunia pada hari
ini. Masyarakat yang terdiri daripada kelompok kaum, budaya dan agama yang berbeza-beza
menjadikan ia satu cabaran yang berpanjangan dalam mengurus kemajmukan sosial ini. Cabaran ini
wujud terutamanya dalam aspek membentuk keharmonian, keamanan dan interaksi positif antara
kaum, agama dan budaya yang berbeza-beza ini. Ia memerlukan pendekatan yang berhemah dan
penuh rasa hormat.
• Mewujudkan kestabilan dari segi politik dan ekonomi
-Kestabilan politik amat penting bagi sesebuah kerajaan yang memerintah bagi memberi jaminan akan nasib
sesuatu kaum di Malaysia. Ini kerana, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum
dan kestabilan politik mampu menjamin hak pembelaan sama rata tidak mengira bangsa ataupun kaum. Tanpa
kestabilan politik, dengan mudahnya tercetus konflik perkauman yang akan menimbulkan perasaan kurang senang
antara kaum seterusnya akan melibatkan pertelingkahan kaum.
• Dapat mengelakkan pergaduhan kaum
-RUSUHAN di kawasan Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini, amat
membimbangkan jika tidak diurus dengan baik dan berkesan.
Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya yang pada asasnya hidup secara aman dan damai.
Kepelbagaian ini satu keunikan yang sepatutnya dirai dan menjadi kebanggaan rakyat kita.
Keharmonian dalam kemajmukan ini menjadikan Malaysia negara yang sering dicontohi masyarakat
antarabangsa, namun sebagai negara dengan rakyat berbilang kaum dan budaya, masyarakat kita kadangkala
berdepan isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian.
KEPENTINGAN PERPADUAN
Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka.
Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu
untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu
menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada
Tanah Melayu.
Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya
mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah
ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada
negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar
yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam.
Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit.
Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi
negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk
mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat
hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang
dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain
dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia.
KEBAIKAN PERPADUAN
-Masyarakat hidup bersatu padu
• Perpaduan yang teguh dalam kalangan rakyat juga telahmewujudkan kestabilan dari segi politik dan ekonomi.
Hal ini sudah pastimenarik minat para pelabur asing melabur dalam pelbagai sektor di negarakita. para pelabur
tidak perlu risau akan mengalami kerugian dalam pelaburankerana perpaduan yang wujud menjamin keamanan.
Pelaburan ini akanmembantu meningkatkan ekonomi negara kita.
-Ekonomi negara semakin maju
• Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu, dengan masyarakat Malaysia yang yakin,
mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak
ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan
sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental.
-Pembangunan yang dirancang dapat mengekalkan kestabilan politik
• Pembangunan bandar sememangnya semakin menjadi-jadi selaras dengan arus pemodenan pada
zaman ini. Hal ini demikian kerana setiap negara masing-masing ingin berlumba-lumba dalam
melaksanakan pembangunan yang dapat memenuhi permintaan penduduk, malahan menjadi
tarikan kepada negara lain untuk datang ke negara ini. Apabila sesebuah bandar itu sudah
mencapai kemajuan dalam pembangunan bandar, hal ini akan menjadi mercu dan idola kepada
negara lain untuk membangun dan menjalankan hubungan diplomatik serta melabur yang dapat
memberi kebaikan kepada penduduk bandar dan kepada pembangunan bandar itu sendiri.
-Menjadikan imej negara semakin baik
• Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan
diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang
berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Oleh itu, adalah sangat wajar bagi generasi muda khususnya
menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap
lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme
dan dikenali sebagai masyarakat majmuk.
-Aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan dengan lancar
• Negara yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan usaha-usaha untuk memupuk perpaduan kaum bagi
membina negara yang harmoni.Langkah-langkah mengeratkan perpaduan di antara pelbagai kaum yang ada di
Malaysia ini sangat penting bagi mengelakkan berlakunya rusuhan antara kaum. Justeru itu, kepelbagaian kaum
ini haruslah diraikan dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu saling tolong menolong antara kaum “bagai aur
dengan tebing” untuk sama-sama hidup dalam persekitaran hidup yang sihat dan aman makmur. Menurut kata
Perdana Menteri yang ke-6, hubungan yang baik lagi erat serta rencaman sesama kaum merupakan penawar yang
paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung bulat
manusia kerana muafakat”.
-Dapat mengekalkan kestabilan politik
• Kestabilan politik bagi sesebuah negara amat penting kerana ia memberikan kesan besar kepada ekonomi untuk
terus berkembang dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat.
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN
I.penggunaan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu
*Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat
diwujudkan
II.Menjaga budi bahasa dan akhlak
* kita mestilah menghormati kepercayaan setiap kaum agar hubungan semakin erat
III.Mengadakan gotong royong untuk semua kaum
*dapat mengukuhkan hubungan antara setiap kaum
*dapat memupuk semangat kerjasama tanpa mengira bangsa
IV.Kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka perayaan setiap kaum
*interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum
KESAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU
1.Masyarakat yang berpecah-belah akan menyebabkan negara lain memandang rendah terhadap
• Perpaduan adalah elemen penting untuk membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Justeru, semua
pihak wajar mengelak sebarang bentuk perpecahan kerana ia tidak mendatangkan kebaikan dan keuntungan
kepada masyarakat dan negara. Segala perbalahan dan perselisihan pandangan harus diselesaikan melalui meja
rundingan atau saluran yang tidak bercanggah dengan Perlembagaan negara dan norma masyarakat.
2.Keselamatan dan keamanan negara akan terancam
• Pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), pelarian, isu keselamatan siber serta perpaduan rakyat
Malaysia dikenal pasti sebagai antara ancaman.Yang membimbangkan ketika ini. yang menekankan keselamatan
negara bukan dari aspek ketenteraan atau kepolisian semata-mata sebaliknya kemakmuran ekonomi,
keharmonian sosial dan kestabilan politik.
3.Tunjuk perasaaan,demonstrasi dan aktiviti yang tidak sihat akan berterusan dan berleluasa.
• Demonstrasi boleh berlaku secara spontan dan ada juga dieksploitasi sepenuhnya oleh organisasi tertentu
bagi kegiatan subversif. Bagi demonstrasi yang terancang, penganjur akan menyediakan pentas untuk
menarik bilangan pendengar yang ramai. Selain berkumpul secara fizikal, demonstrasi juga berlaku secara
maya.
4.Perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi.
• Ia akan melahirkan kumpulan yang saling bertentangan dan masing-masing mahu menjatuhkan lawannya
atas dasar kebencian dan permusuhan. Perpecahan dan permusuhan yang menajam boleh menyuburkan
budaya fanatisme dan ekstremisme dalam masyarakat. Masyarakat yang berpecah akan hilang kekuatan. Kita
akan mudah dicatur dan dihancurkan oleh musuh yang mahu menjayakan agenda jahat mereka.
KESIMPULAN
Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpetual kaum telah meresap ke dalam jiwa
setiap rakyat Malaysia . Tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan
bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah
dibina.Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-
peranda.
Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum, budaya
dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin utama kepada
kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak
dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk
mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk teerus maju ke
mercu kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat
yang dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan
kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar
ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secara kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah
terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan
susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita
idamkan.