The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by EJEN ALI, 2021-11-23 21:43:02

Leftenan Adnan Wira Bangsa

Leftenan Adnan Wira Bangsa

NOVEL
Leftenan Adnan Wira Bangsa



Tingkatan 4: Leftenan Adnan Wira Bangsa

 Murid wajib baca keseluruhan novel.
 Sediakan sinopsis keseluruhan novel.
 Murid perlu kuasai aspek-aspek komsas:

- Tema
- Persoalan
- Watak dan perwatakan
- Plot dan Teknik Plot
- Latar tempat, latar masa, latar masyarakat
- Gaya bahasa
- Nilai
- Pengajaran



Bahagian Novel: Soalan 8
Kertas 2 SPM KSSM ( mulai 2021 )

 Calon akan diberikan 2 soalan:
 Soalan ( i ) berdasarkan mana-mana novel yang tidak dipelajari di sekolah.
 Calon akan diberikan petikan novel dan diikuti dengan satu
 soalan ( 4 markah )
 Soalan (ii) berdasarkan novel yang dipelajari di sekolah.
 Calon boleh pilih novel Ting. 4 atau Ting. 5
 Satu soalan sahaja dikemukakan ( 6 markah )
 Jumlah markah untuk Bahagian Novel = 10 markah

SINOPSIS

 Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan
semasa kecil.Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal,Selangor.
Rata-rata penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan.Kehidupan
mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup
makan sahaja.Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah,iaitu
bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak,iaitu Adnan,Ahmad
dan Amarullah.Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak
Saidi.Sejak kecil,Adnan rajin membantu keluarganya dan merupakan anak
yang taat akan perintah orang tuanya.Walaupun usianya baru mencecah
sepuluh tahun,setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah membantu orang
tuanya menoreh getah.Selain itu,dia turut membantu keluarganya mengerjakan
sawah bendang.Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa
dengan duduk bersembang di kedai kopi.



Sambungan sinopsis

 Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan.Beliau sengaja
merahsiakan keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah
kerana moyangnya menjadi orang buruan inggeris.Darah kepahlawanan itulah
yang mengalir dalam jiwa Adnan. Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak
Saidi amat tebal. Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah
air.Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu
mengubah kehidupan di negara sendiri.Para penjajah telah mengambil
kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam
kemiskinan. Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela.Pak Saidi tidak
mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya.Pengetahuan Pak Saidi yang luas
tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya.Pak Saidi
banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al-
Hadi.Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said,Mat Kilau,Datuk
Bahanam,dan Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam
meningkatkan semangat patriotisme yang ada dalam dirinya.

Sambungan sinopsis

 Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan
pendidikan terbaik untuk anak-anaknya.Beliau mahu anak-anaknya berbakti
kepada agama,bangsa,dan tanah air.Oleh sebab itu,Adnan telah dilengkapi
dengan ilmu keagamaan dan ilmu persilatan.Pak Saidi sedar bahawa dengan
ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan.Pihak penjajah
sememangnya tidak suka orang melayu menjadi pandai.Pelajaran yang
diperolehi mereka setakat boleh membaca dan menulis sahaja.Atas dasar
itu,Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran
Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan.Tindakan Pak Saidi itu mendapat
tentangan dari pada masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi
akan diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya menjadi
murtad.Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan semangat Pak
Saidi untuk menghantar anak-anaknya menimba ilmu di sekolah aliran
inggeris.Bagi Pak Saidi,masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang
Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai bidang keilmuan.Anak-anak perlulah
dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk
mengambil alih pemerintahan negara ini daripada tangan penjajah.

Sambungan sinopsis

 Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan
terkenal sebagai pelajar rajin dan pintar.Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh
teman-teman dan juga guru-guru sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya untuk
menjadi askar.Setelah tamat persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di
Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya.Cita-
citanya hanyalah satu,iaitu untuk menjadi askar. Adnan telah terpilih menjadi askar
dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port Dikson. Kejayaan Adnan terpilih
untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di pelosok kampung.

Sambungan sinopsis

 Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk
menjadi tentera.Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi
tali barut Inggeris.Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan
sekampungnya.Beliau menjadi pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar
Melayu yang hanya berjumlah 25 orang.Kegigihan Adnan membolehkan beliau
terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat bagi
menyambut upacara pertabalan King George VI di London.Adnan telah
berkahwin dengan Sophia,anak Pak Fakih.Adnan membawa Sophia dan anak-
anaknya ke Singapura.Namun,Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya dan

 isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan.
Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang Singapura.Mereka juga
mahu menjajah Tanah Melayu.

Sambungan sinopsis

 Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah
berjaya menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda
Melayu menjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu.Pada 1 Januari
1935,pasukan percubaan Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar
Melayu dengan kekuatan anggotasebanyak 150 orang.Kemudian dipercepatkan
pengambilan anggota baharu menjadi 232 orang.Mereka dibahagikan kepada dua
kompeni dilengkapi dengan platun mesingan,seksyen semboyan, dan unit
tambur.Pada 1 Januari 1938,Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan dengan
dianggotai 17 pegawai British, 6 pegawai melayu, 11 pegawai waran,759 pegawai,
dan lain-lain pangkat. Pada bulan Mac 1941,Rejimen Askar Melayu ditambah
kekuatan menjadi dua batalion.Mereka diberi tanggungjawab
untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun.



Sambungan sinopsis

 Pada Sabtu 6 Disember 1941,satu persidangan telah berlangsung di Manila
yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan
British.Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar
menuju Asia.Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang
diiringi oleh kapal tempur,kapal penjajap,dan kapal pembinasa menuju Laut China
Selatan.Hal ini merupakan isyarat jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang
Dunia Kedua.

Sambungan sinopsis

 Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang
pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai
Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941.Pada hari pertama askar Jepun
mendarat,mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh
tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai.Pada hari kedua,kapal-
kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang
pantai menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini banyak menyebabkan askar
India yang berkhidmat dengan tentera British melarikan diri.Namun,askar
Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar
Jepun.Namun,pada hari ketiga,askar Melayu yang sedang bertempur
diarahkan berundur.Dengan itu,askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan
setelah tiga hari bertempur.

Sambungan sinopsis

 Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh
Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di
Kota Bharu,Kelantan.Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh
tentera Jepun yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan.
Akibatnya,negeri-negeri di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera
Jepun.Kemudian,mereka terus mara ke Singapura dan dalam masa 69 hari
Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

Sambungan sinopsis

 Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk
menangkis serangan askar Jepun.Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang
tentera Jepun mendarat di Kota Bharu,Inggeris telah menghantar askarnya berkubu
di sepanjang pantai.British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of
Wales dan Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua
buah kapal perang kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal
terbang Jepun yang melakukan serangan kamikaze.Berita tenggelamnya dua buah
kapal perang itu telah mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan
semangat askarnya.



Sambungan sinopsis

 Namun,mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang
dianggap kebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu
tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun.Dalam pertempuran dengan askar
Melayu di Kelantan dan di Singapura,askar Melayu telah menunjukkan
keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar
melayu,termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar
Melayu terkorban.Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah
Leftenan Adnan bin Saidi.Beliau bersama-sama dengan 42 orang
anggotanya yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang
terakhir.Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura
setelah berlaku pertempuran hebat.Akhirnya British terpaksa menyerah kalah
kepada Jepun.

Contoh Soalan ( i )

Jawapan Soalan ( i )

 Soalan 8: Novel
i. - kerana aku tidak mampu menyuarakan keinginanku kepada ibu.

- cuti sekolah yang terakhir di alam sekolah menengah ini aku ingin memanfaatkannya bersama-
sama teman-teman sekelas.

- menghadiri majlis perpisahan pengetua sekolah.
kerana aku berpura-pura gembira dan tidak sabar mahu pulang ke kampung, sebenarnya aku
tidak memiliki perasaan itu.
[Maksimum: 4 markah]
[Isi cukup: 3 isi]

Contoh soalan ( ii )

Jawapan soalan ( ii )

Peleraian
 Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman

Hirosyima dan Nagasaki.
Peristiwa ini memberi teladan kepada pembaca bahawa peperangan
menyebabkan kemusnahan harta benda.
Peristiwa ini memberi teladan kepada saya bahawa peperanagn akan
mengakibatkan kehilangan nyawa orang yang tidak berdosa.
 Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan
memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah
Sungai Ramal.
Peristiwa ini memberi teladan kepada pembaca bahawa tanggungjawab
seorang ibu
membesarkan anak-anak setelah kehilangan ketua keluarga.
Peristiwa ini memberi teladan kepada diri saya tentang pengorbanan
seorang ibu
membesarkan anak-anak tanpa rasa penat.


Click to View FlipBook Version