The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Kursus Pedagogi Pendidikan Tahfiz

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jky5222, 2022-12-07 17:31:56

Buku Pedagogi Tahfiz

Buku Program Kursus Pedagogi Pendidikan Tahfiz

KURSUS PEDAGOGI PENDIDIKAN TAHFIZ

ANJURAN
KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH)

DENGAN KERJASAMA
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAIJ)
PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN JOHOR (PINTA JOHOR)

TARIKH
6-8 DISEMBER 2022M
BERSAMAAN 11-13 JAMADILAWAL 1444H

TEMPAT
HOTEL V8, SKUDAI, JOHOR BAHRU,

JOHOR DARUL TA’ZIM.

ISI KANDUNGAN

KATA ALU-ALUAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAIJ...............................3
KATA ALU-ALUAN REKTOR MARSAH ...........................................................4
KATA ALU-ALUAN TIMBALAN SETIAUSAHA PINTA JOHOR........................5
LATAR BELAKANG ..........................................................................................6
RASIONAL KURSUS ........................................................................................7
OBJEKTIF KURSUS .........................................................................................7
TENTATIF KURSUS .........................................................................................8
AHLI JAWATANKUASA ..................................................................................10
SENARAI PENYERTAAN INSTITUSI.............................................................12
PENGHARGAAN ............................................................................................14

2

KATA ALU-ALUAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAIJ

‫اﻟﺴﻼم ﻋﻠﻴﻜﻢ ورﲪﺔ ﷲ وﺑﺮﻛﺎﺗﻪ‬

Alhamdulilah, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT
dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
berjaya melaksanakan Kursus Pedagogi Pendidikan Tahfiz buat julung-julung
kalinya. Tahniah ditujukan kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)
dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Johor (PINTA JOHOR) yang telah
bersama-sama menjadi rakan strategik dalam menguruskan program tersebut.

Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
MARSAH yang telah dinaik taraf kepada Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim
(KUIJSI). Kolej ini merupakan Institusi Pendididikan Tinggi Swasta berteraskan
pendidikan Islam tunggal di Negeri Johor yang bernaung di bawah MAIJ.

Selaku pemilik KUIJSI, MAIJ sentiasa memberi dokongan bukan sahaja dari sudut
kewangan bahkan kepercayaan bahawa KUIJSI mampu berdiri sendiri sebagai
sebuah Kolej Universiti ternama yang mampu berdaya saing dan mempunyai
kekuatan melaksanakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
(TVET). Ia adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan
dengan penekanan utama terhadap amalan industri, khususnya untuk menghasilkan

tenaga kerja yang kompeten dalam bidang pendidikan tahfiz. Sekian, terima kasih.

3

KATA ALU-ALUAN REKTOR MARSAH

‫اﻟﺴﻼم ﻋﻠﻴﻜﻢ ورﲪﺔ ﷲ وﺑﺮﻛﺎﺗﻪ‬

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT dan terima kasih tidak
terhingga saya ucapkan kepada semua peserta Kursus Pedagogi
Pendidikan Tahfiz seramai 106 orang. Saya juga mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan atas kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor
(MAIJ) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Johor (PINTA JOHOR)
kerana sudi menganjurkan program ini

Menerusi gagasan “Melahirkan Graduan MUSLIH”, MARSAH berusaha
melahirkan graduan yang memiliki sifat Mapan, Unggul, Sejahtera,
Luhur, Intelek dan Hikmah yang memiliki daya saing dan kebolehpasaran
yang tinggi sama ada pada peringkat nasional mahupun global.

Kursus sulung ini amat penting kerana kursus ini dapat menyelaraskan
dan menyeragamkan kefahaman terhadap falsafah, pedagogi, teknologi,
pengukuran dan pentaksiran antara semua institusi tahfiz. Keselarasan
dan keseragaman ini perlu dalam usaha meningkatkan profesionalisme
pendidikan tahfiz khususnya di negeri Johor.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

4

KATA ALU-ALUAN TIMBALAN SETIAUSAHA PINTA JOHOR

‫اﻟﺴﻼم ﻋﻠﻴﻜﻢ ورﲪﺔ ﷲ وﺑﺮﻛﺎﺗﻪ‬

Alhamdulilah, saya berasa amat gembira kerana hasrat untuk mengadakan
Kursus Pedagogi Pendidikan Tahfiz dengan kerjasama MAIJ dan MARSAH
telah termakbul. Sambutan hangat daripada para peserta di seluruh Johor dan
di luar Johor amat luar biasa. Saya berharap Kursus Pedagogi Pendidikan
Tahfiz ini mempunyai kesinambungan kerana tenaga pengajar di institusi tahfiz
amat memerlukan ilmu pengetahuan yang terkini dalam mewujudkan
pembelajaran berkesan dan sistematik.

PINTA JOHOR menjadi lidah rasmi yang diiktiraf bagi pihak ahli dalam
menyuarakan kepentingan, hak dan keperluan mereka menyatukan Institusi
Tahfiz Al-Quran swasta di Johor Darul Ta’zim melalui jalinan kerjasama dengan
pihak berkuasa agama, organisasi bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan
masyarakat. Justeru kerjasama yang diberikan oleh MARSAH dan MAIJ amat
dihargai dan disanjung tinggi. Hanya Allah SWT dapat membalas segala budi
baik yang telah kami terima. Mudah-mudah kerjasama ini akan berterusan pada
masa akan datang. Sekian, terima kasih.

5

LATAR BELAKANG

Program akademik yang berdaya saing dan berkualiti adalah signifikan
untuk kelestarian dan kecemerlangan sesebuah institusi pengajian termasuk
institusi tahfiz. Kualiti pelajar yang dihasilkan bergantung kepada kurikulum,
pengalaman pembelajaran yang bermakna serta ekosistem pengajaran dan
pembelajaran berkualiti yang disediakan oleh pihak institusi.

Matlamat utama MARSAH sebagai sebuah institusi pengajian tinggi
Islam adalah untuk menghasilkan graduan MUSLIH yang akan memiliki daya
saing dan sentiasa ingin mencapai kebitaraan dalam pelbagai bidang
antaranya bidang pendidikan, pengajian Islam dan turath, dakwah, pengurusan
pentadbiran, multimedia dan ICT, serta memiliki kemahiran dan kesedaran
insaniah yang tinggi.

Selain itu, MARSAH juga berhasrat mengadakan kursus-kursus dan
latihan-latihan yang bersesuaian menerusi kerjasama dengan rakan strategik
bagi meningkatkan mutu pendidikan. Institusi pendidikan tahfiz merupakan
rakan strategik yang mendapat perhatian utama dalam usaha meningkatkan
profesionalisme tenaga pengajar dan pengurusan tahfiz dalam bidang seperti
pedagogi pendidikan, falsafah pendidikan, teknologi pendidikan, pengukuran
dan pentaksiran pendidikan, pengurusan institusi yang cemerlang, dan
sebagainya.

Pada 10 November 2022 (Khamis), satu mesyuarat antara PINTA dan
MARSAH telah diadakan. Dalam mesyuarat tersebut, pihak PINTA berharap
agar MARSAH dapat mengadakan kursus berkaitan dengan pedagogi bagi
pihak pengurusan dan tenaga pengajar institusi tahfiz di seluruh negeri Johor.

6

RASIONAL KURSUS

1. MARSAH mempunyai kekuatan melaksanakan program ini kerana
MARSAH memiliki kepakaran berkaitan pendidikan. MARSAH juga
mempunyai program Pendidikan Tahfiz di bawah Sekolah Pengajian Islam
yang bertujuan menghasilkan tenaga pengajar di institusi pendidikan tahfiz
kelak. MARSAH merupakan satu-satunya pusat pengajian tinggi Islam di
Johor yang mempunyai program seumpama ini.

2. Kursus Pedagogi Pendidikan Tahfiz ini amat penting kerana kursus seperti
ini dapat menyelaraskan dan menyeragamkan pedagogi antara semua
institusi tahfiz. Keselarasan dan keseragaman ini amat penting dalam usaha
meningkatkan profesionalisme pendidikan di institusi tahfiz di seluruh
Malaysia, khususnya di negeri Johor.

OBJEKTIF KURSUS

1. Memberi perkongsian ilmu berkaitan pedagogi pendidikan, falsafah
pendidikan, pengukuran dan pentaksiran pendidikan, teknologi pendidikan
kepada seluruh peserta.

2. Memberi pendedahan berkaitan cabaran dan isu semasa yang berlaku di
institusi pendidikan tahfiz.

3. Meninjau dan bertukar-tukar pengalaman serta kaedah terbaik dalam
mewujudkan institusi tahfiz yang cemerlang.

4. Mempromosi MARSAH sebagai pusat pengajian tinggi Islam yang
menawarkan program pendidikan tahfiz kepada bakal tenaga pengajar dan
para pengajar institusi tahfiz.
7

TENTATIF KURSUS

6 Disember 2022 (Selasa)

MASA PERKARA

7.00 pagi Ketibaan Para Asatizah dan Sesi Pendaftaran

9.00 pagi SLOT 1 : UCAPAN SELAMAT DATANG

10.30 pagi Rehat

11.00 pagi SLOT 2 : FALSAFAH PENDIDIKAN

12.30 tengah hari Makan tengah hari dan Solat

2.00 petang SLOT 3 : PEDAGOGI PENDIDIKAN I

3.30 petang SLOT 4 : LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

4.30 petang Minum petang

5.00 petang Rehat, persiapan diri dan Solat

8.30 malam SLOT 5 : SESI DIALOG – ISU DAN CABARAN

11.00 malam Rehat

7 Disember 2022 (Rabu)

MASA PERKARA
7.00 pagi
8.00 pagi Sarapan Pagi
9.00 pagi SLOT 6 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAHFIZ

AL- QURAN

SLOT 7 : PENGUKURAN DAN PENTAKSIRAN

11.00 pagi Rehat
11.00 tengah hari SLOT 8 : PEDAGOGI PENDIDIKAN II

12.30 petang Makan tengah hari dan Solat Zuhur

8

2.00 petang SLOT 9 : TEKNOLOGI PENDIDIKAN
3.30 petang SLOT 10 : LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)
5.00 petang Rehat, persiapan diri dan Solat
8.30 malam SLOT 11 : FORUM – MAAHAD TAHFIZ CEMERLANG
11.00 malam Rehat

8 Disember 2022 (Khamis)

MASA PERKARA
7.00 pagi
8.00 pagi Sarapan Pagi
9.00 pagi
SLOT 12 : CIRI-CIRI PENDIDIKAN BERTERASKAN
11.00 pagi ASWAJA

12.30 petang SLOT 13 : BERSAMA PINTA JOHOR DAN REFLEKSI
2.00 petang
SLOT 14 : MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS
PEDAGOGI PENDIDIKAN TAHFIZ DAN
PELANCARAN PROGRAM TVET TAHFIZ MAIJ
BERSAMA DENGAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAIJ

Makan tengah hari dan Solat

Bersurai

9

AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Prof. Madya Dr. Hussin bin Salamon
- Rektor MARSAH

Pengerusi : Ustaz Muhammad Sanusi bin Md Noh
- Pendaftar MARSAH

Timbalan : En. Mohd Fadzly bin Fatkhorrahman
Pengerusi - Pegawai Tadbir Hal Ehwal Pelajar & Alumni MARSAH

Setiausaha / : Dr. Hajah Maskiah binti Masrom
Penceramah - Dekan Sekolah Pendidikan MARSAH
- Ketua Pusat Penyelidikan dan Penerbitan MARSAH

Timbalan : Pn. Norhayati binti Mohd Noor
Setiausaha 1 / - Kaunselor MARSAH
Fasiltator LDK

Timbalan : Ustaz Syafiq bin Zulakifli
Setiausaha 2 / - Pensyarah Sekolah Pengurusan Dakwah
Mederator - Timbalan Ketua Pusat Penyelidikan dan Penerbitan
MARSAH

Bendahari : En. Mohamad Hafizuddin bin Mohd Esa
- Akauntan MARSAH

AJK Pengurusan : En. Zaki bin Othman
Peserta dan Pakej - Pegawai Tadbir Pentadbiran dan Sumber Manusia

Penceramah : Ustaz Yazid bin Bahrin
- Dekan Sekolah Pengajian Islam MARSAH

AJK Tugas-Tugas : Ustaz Haji Othman bin Sahalan

Khas - Ketua Program Sekolah Pengurusan Dakwah

MARSAH

Penceramah : Ustaz Mohd Hazwan bin Nor Hashim
- Ketua Program Tahfiz, MARSAH

Penceramah / : En. Wan Mohd Hazani bin Wan Ibrahim

AJK Tugas-Tugas - Pensyarah Sekolah Pendidikan MARSAH

Khas

10

Penceramah / : Puan Hayatul Aqmal binti Yusof Akmar

AJK Tugas-Tugas - Pensyarah Sekolah Pendidikan MARSAH

Khas

Fasilitator LDK / : En. Za’im Addli bin Meskam
AJK Tugas-Tugas - Kaunselor, MARSAH
Khas

AJK Dokumentasi : En. Muhammad Shahiirudin bin Samsuddin

dan Teknikal - Pegawai Teknologi Maklumat

AJK Dokumentasi : En. Ali Redza bin Usunu Jamal

dan Teknikal - Juruteknik Komputer

AJK Dokumentasi : En. Muhammad Izzuddin bin Sam

dan Teknikal - Juruteknik Komputer

Penceramah : Tuan Haji Zolkifle Mohamad Bin Ahamed
- Pensyarah Jemputan Sekolah Pendidikan MARSAH

Penceramah : Tuan Haji Abdullah Zhidi bin Omar
- Pensyarah Jemputan Sekolah Pendidikan MARSAH

11

SENARAI PENYERTAAN INSTITUSI

JOHOR BAHRU
1. Maahad Tahfiz Al-Mustofa
2. Maahad Tahfiz Ar-Rahmah
3. Maahad Tahfiz Sains Al-Insyirah
4. Madrasah Tahfiz Al-Quran Sidi Ibrahim Ar-Rashid
5. Madrasah Tahfiz Az-Zahra
6. Madrasah Tahfiz Dar Absyir
7. Madrasah Tahfiz Riyadhus Solihin
8. Sek Ren Agama dan Tahfiz Darul Irfan
9. SMI Hidayah
10. SRI Hidayah
11. SRI Tahfiz Mutiara Ar-Raudhah
12. SRITI Al-Irfan Tebrau

BATU PAHAT
1. Maahad Integrasi Tahfiz Al-Fathi
2. Maahad Tahfiz Al-Ikhsan
3. Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Fathah
4. Maahad Tahfiz Luqman Al-Hakim
5. Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Raudhah
6. Madrasah Tahfiz Al-Quran Hurul Ain
7. Madrasah Tahfiz Darul Quran As-Sharif
8. Madrasah Tahfiz Rendah Jawahir Al-Ulum
9. Madrasah Tahfizul Quran Al-Furqan (MATQAF)
10. Madrasah Tarbiyyah Ad-Darunnafis

PONTIAN
1. Madrasah Tahfiz Khaulah Al-Azwar
2. Madrasah Tahfiz Pendita Madani

KULAI
1. Maahad Tahfidzul Quran Al-Misykat
2. Maahad Tahfiz Al-Ghazali

12

TANGKAK
1. Maahad Tahfiz Al-Mizan
2. Madrasah Tahfiz Al-Quran Annuur
3. Mahaad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi
4. Tahfiz Al-Quran Darul Tuba

MERSING
1. Madrasah Pondok Hassaniah Islamiah

SEGAMAT
1. Maahad Tahfiz Al-Alawiyah
2. Madrasah Ibnu Mas'ud
3. Madrasah Riyadhusolihin

KOTA TINGGI
1. Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Naurah

KLUANG
1. Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Ta’alim
2. Maahad Tahfiz Nur Syafaat
3. Maahad Tahfizul Quran Al-Batul
4. Madrasah Tahfiz Al-Quran Nadhwatul Ulum
5. Madrasah Tahfiz Al-Mukarromah
6. Pondok Tahfiz Al-Quran
7. Tahfiz Al-Mukhlisin

MUAR
1. Madrasah Tahfizul Quran Silaturahim
2. Ma'had Tahfiz Al-Quran Al-Muttaqin

LAIN-LAIN
1. Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang

13

PENGHARGAAN
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)
Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Johor (PINTA JOHOR)

Rektor MARSAH
Pendaftar MARSAH
Ahli Jawatankuasa Kursus Pedagogi Pendidikan Tahfiz

para peserta
dan semua pihak yang terlibat menjayakan
"KURSUS PEDAGOGI PENDIDIKAN TAHFIZ 2022"
Semoga Allah SWT jua yang memberikan sebaik-baik balasan.

14




Click to View FlipBook Version