The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jky5222, 2023-01-06 21:07:56

Buku Pedagogi Tahfiz Siri 2

buku a4 cover full

KURSUS PEDAGOGI PENDIDIKAN TAHFIZ

ANJURAN
KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH)

DENGAN KERJASAMA
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ)
PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN JOHOR (PINTA JOHOR)

TARIKH
6-8 JANUARI 2023M
BERSAMAAN 13-15 JAMADILAKHIR 1444H.

TEMPAT
THE KATERINA HOTEL, BATU PAHAT,

JOHOR DARUL TA’ZIM.

i

ISI KANDUNGAN

KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT PENGERUSI JAWATANKUASA
HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR ...............................................1
KATA ALU-ALUAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAINJ ............................2
KATA ALU-ALUAN REKTOR MARSAH ...........................................................3
KATA ALU-ALUAN PENGERUSI PINTA JOHOR ............................................4
LATAR BELAKANG KURSUS ..........................................................................5
RASIONAL KURSUS ........................................................................................6
OBJEKTIF KURSUS .........................................................................................6
TENTATIF KURSUS .........................................................................................7
AHLI JAWATANKUASA ....................................................................................9
SENARAI PENYERTAAN INSTITUSI.............................................................11
PENGHARGAAN ............................................................................................14
CATATAN........................................................................................................15

ii

KATA ALU-ALUAN YANG BERHORMAT PENGERUSI JAWATANKUASA
HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

‫اﻟﺴﻼم ﻋﻠﻴﻜﻢ ورﲪﺔ ﷲ وﺑﺮﻛﺎﺗﻪ‬

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia-Nya, Kursus Pedagogi Pendidikan Tahfiz Siri 2
telah berjaya dilaksanakan. Syabas kepada Kolej
Pengajian Islam Johor (MARSAH), Majlis Agama
Islam Negeri Johor (MAINJ), Persatuan Institusi
Tahfiz Al-Qur’an Johor (PINTA JOHOR).

Mudah-mudahan segala perkongsian ilmu selama tiga hari dalam bidang
falsafah pendidikan, pedagogi pendidikan, psikologi pendidikan, teknologi
pendidikan, pengukuran dan pentaksiran pendidikan memberi manfaat yang
besar kepada semua peserta.

MAINJ turut terlibat secara langsung dalam usaha meningkatkan mutu
pendidikan tahfiz dan berhasrat untuk memperkenalkan Latihan Teknikal serta
Vokasional (TVET) kepada sekolah tahfiz. Hal ini bagi membolehkan pelajar
tahfiz turut mempunyai kemahiran lain selain menghafaz Al-Qur’an dengan
mengikuti kursus-kursus jangka pendek di MARSAH bagi meningkatkan dan
mengasah potensi diri sebagai guru yang seimbang dalam aspek jasmani,
emosi. rohani dan intelektual. Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT TUAN MOHD FARED BIN MOHD KHALID
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor
merangkap
Pengerusi Lembaga Pengarah MARSAH Sdn. Bhd.

1

KATA ALU-ALUAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAINJ

‫اﻟﺴﻼم ﻋﻠﻴﻜﻢ ورﲪﺔ ﷲ وﺑﺮﻛﺎﺗﻪ‬

Alhamdulilah, saya memanjatkan setinggi-tinggi
kesyukuran kepada Allah SWT dengan izin dan limpah
kurnia-Nya, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
berjaya melaksanakan Kursus Pedagogi Pendidikan
Tahfiz Siri 2. Tahniah ditujukan kepada pihak Majlis
Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Persatuan
Institusi Tahfiz Al-Quran Johor (PINTA JOHOR)
yang telah bersama-sama menjadi rakan strategik dalam menguruskan
program tersebut.

Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
kepada MARSAH yang telah dinaik taraf kepada Kolej Universiti Islam Johor
Sultan Ibrahim (KUIJSI). Kolej ini merupakan Institusi Pendididikan Tinggi
Swasta berteraskan pendidikan Islam tunggal di Negeri Johor yang bernaung
di bawah MAINJ.

Selaku pemilik KUIJSI, MAINJ sentiasa memberi dokongan bukan sahaja dari
sudut kewangan bahkan kepercayaan bahawa KUIJSI mampu berdiri sendiri
sebagai sebuah Kolej Universiti ternama yang mampu berdaya saing dan
mempunyai kekuatan melaksanakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal
dan Vokasional (TVET). Ia adalah proses pendidikan dan latihan yang
mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan
industri, khususnya untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam
bidang pendidikan tahfiz. Sekian, terima kasih.

TUAN HAJI ISMAIL BIN ABU
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)

2

KATA ALU-ALUAN REKTOR MARSAH

‫اﻟﺴﻼم ﻋﻠﻴﻜﻢ ورﲪﺔ ﷲ وﺑﺮﻛﺎﺗﻪ‬

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT dan terima
kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada semua
peserta Kursus Pedagogi Pendidikan Tahfiz Siri
2 seramai 120 orang. Saya juga mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan
Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Johor (PINTA JOHOR) kerana sudi
menganjurkan program ini

Menerusi gagasan “Melahirkan Graduan MUSLIH”, MARSAH berusaha
melahirkan graduan yang memiliki sifat Mapan, Unggul, Sejahtera, Luhur,
Intelek dan Hikmah yang memiliki daya saing dan kebolehpasaran yang tinggi
sama ada pada peringkat nasional mahupun global.

Kesinambungan kursus amat penting kerana kursus ini dapat menyelaraskan
dan menyeragamkan kefahaman terhadap falsafah, pedagogi, teknologi,
pengukuran dan pentaksiran antara semua institusi tahfiz. Keselarasan dan
keseragaman ini perlu dalam usaha meningkatkan profesionalisme pendidikan
tahfiz khususnya di negeri Johor.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

PROF. MADYA DR. HUSSIN BIN SALAMON
Rektor
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

3

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI PINTA JOHOR

‫اﻟﺴﻼم ﻋﻠﻴﻜﻢ ورﲪﺔ ﷲ وﺑﺮﻛﺎﺗﻪ‬

Alhamdulilah, saya berasa amat gembira kerana
hasrat untuk mengadakan Kursus Pedagogi
Pendidikan Tahfiz dengan kerjasama MAINJ dan
MARSAH telah termakbul. Sambutan hangat
daripada para peserta di seluruh Johor dan di
luar Johor amat luar biasa. Saya berharap
Kursus Pedagogi Pendidikan Tahfiz ini
mempunyai kesinambungan kerana tenaga pengajar di institusi tahfiz amat
memerlukan ilmu pengetahuan yang terkini dalam mewujudkan pembelajaran
berkesan dan sistematik.

PINTA JOHOR menjadi lidah rasmi yang diiktiraf bagi pihak ahli dalam
menyuarakan kepentingan, hak dan keperluan mereka menyatukan Institusi
Tahfiz Al-Quran swasta di Johor Darul Ta’zim melalui jalinan kerjasama dengan
pihak berkuasa agama, organisasi bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan
masyarakat. Justeru kerjasama yang diberikan oleh MARSAH dan MAINJ amat
dihargai dan disanjung tinggi. Hanya Allah SWT dapat membalas segala budi
baik yang telah kami terima. Mudah-mudah kerjasama ini akan berterusan pada
masa akan datang. Sekian, terima kasih.

USTAZ ANUAR BIN HASHIM
Pengerusi
Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Johor (PINTA JOHOR)

4

LATAR BELAKANG KURSUS

Program akademik yang berdaya saing dan berkualiti adalah signifikan
untuk kelestarian dan kecemerlangan sesebuah institusi pengajian termasuk
institusi tahfiz. Kualiti pelajar yang dihasilkan bergantung kepada kurikulum,
pengalaman pembelajaran yang bermakna serta ekosistem pengajaran dan
pembelajaran berkualiti yang disediakan oleh pihak institusi.

Matlamat utama MARSAH sebagai sebuah institusi pengajian tinggi
Islam adalah untuk menghasilkan graduan MUSLIH yang akan memiliki daya
saing dan sentiasa ingin mencapai kebitaraan dalam pelbagai bidang
antaranya bidang pendidikan, pengajian Islam dan turath, dakwah, pengurusan
pentadbiran, multimedia dan ICT serta memiliki kemahiran dan kesedaran
insaniah yang tinggi.

Selain itu, MARSAH juga berhasrat mengadakan kursus-kursus dan
latihan-latihan yang bersesuaian menerusi kerjasama dengan rakan strategik
bagi meningkatkan mutu pendidikan. Institusi pendidikan tahfiz merupakan
rakan strategik yang mendapat perhatian utama dalam usaha meningkatkan
profesionalisme tenaga pengajar dan pengurusan tahfiz dalam bidang seperti
pedagogi pendidikan, falsafah pendidikan, teknologi pendidikan, pengukuran
dan pentaksiran pendidikan, pengurusan institusi yang cemerlang dan
sebagainya.

Pada 10 November 2022 (Khamis), satu mesyuarat antara PINTA dan
MARSAH telah diadakan. Dalam mesyuarat tersebut, pihak PINTA berharap
agar MARSAH dapat mengadakan kursus berkaitan dengan pedagogi bagi
pihak pengurusan dan tenaga pengajar institusi tahfiz di seluruh negeri Johor.

5

RASIONAL KURSUS

1. MARSAH mempunyai kekuatan melaksanakan program ini kerana
MARSAH memiliki kepakaran berkaitan pendidikan. MARSAH juga
mempunyai program Pendidikan Tahfiz di bawah Sekolah Pengajian Islam
yang bertujuan menghasilkan tenaga pengajar di institusi pendidikan tahfiz
kelak. MARSAH merupakan satu-satunya pusat pengajian tinggi Islam di
Johor yang mempunyai program seumpama ini.

2. Kursus Pedagogi Pendidikan Tahfiz ini amat penting kerana kursus seperti
ini dapat menyelaraskan dan menyeragamkan pedagogi antara semua
institusi tahfiz. Keselarasan dan keseragaman ini amat penting dalam usaha
meningkatkan profesionalisme pendidikan di institusi tahfiz di seluruh
Malaysia, khususnya di negeri Johor.

OBJEKTIF KURSUS

1. Memberi perkongsian ilmu berkaitan pedagogi pendidikan, falsafah
pendidikan, pengukuran dan pentaksiran pendidikan, teknologi pendidikan
kepada seluruh peserta.

2. Memberi pendedahan berkaitan cabaran dan isu semasa yang berlaku di
institusi pendidikan tahfiz.

3. Meninjau dan bertukar-tukar pengalaman serta kaedah terbaik dalam
mewujudkan institusi tahfiz yang cemerlang.

4. Mempromosi MARSAH sebagai pusat pengajian tinggi Islam yang
menawarkan program pendidikan tahfiz kepada bakal tenaga pengajar dan
para pengajar institusi tahfiz.

6

TENTATIF KURSUS
6 JANUARI 2023 (JUMAAT)

MASA PERKARA
7.00 pagi
Perjalanan peserta ke tempat kursus
2.00 petang
SLOT 1 : PENDAFTARAN PESERTA /
MAJLIS SELAMAT DATANG BERSAMA
(REKTOR MARSAH/ PENDAFTAR/ PINTA)

3.30 petang SLOT 2 : FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
(DR. MASKIAH BINTI MASROM)

5.00 petang Minum petang / Latihan dalam kumpulan (LDK)
6.00 petang Rehat, Persiapan Diri, Solat, Makan Malam

8.00 malam FORUM MAAHAD TAHFIZ CEMERLANG
MODERATOR : USTAZ SYAFIQ BIN ZULAKIFLI
SLOT 3 :
PENCERAMAH : USTAZ MOHD IHSAN BIN MD HALID
PENCERAMAH : USTAZ MOHAMMAD ISA BIN NUHIN

11.00 malam Supper / Rehat

7 JANUARI 2023 (SABTU)

MASA PERKARA
7.00 pagi
Sarapan Pagi

8.00 pagi SLOT 4 : PEDAGOGI PENDIDIKAN
(PUAN HAYATUL AQMAL BINTI YUSOF AKMAR)

9.00 pagi SLOT 5 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN
(TUAN HJ. ABDULLAH ZHIDI BIN OMAR)

10.30 pagi Minum Pagi

11.00 pagi SLOT 6 : PENGUKURAN DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN
12.30 petang (TUAN HJ. ZOLKIFLE MOHAMAD BIN AHAMED)

Makan tengah hari dan Solat Zuhur

7





2.00 petang SLOT 7 : TEKNOLOGI PENDIDIKAN
(EN. WAN MOHD HAZANI BIN WAN IBRAHIM)

3.30 petang SLOT 8 : PROFESIONALISME KEGURUAN TAHFIZ
(PROF. MADYA DR. ABD. RAHMAN BIN ABD. GHANI)

5.00 petang Minum petang / Latihan dalam kumpulan (LDK)

6.00 petang Rehat, Persiapan Diri, Solat, Makan Malam

SESI DIALOG : CABARAN DAN ISU SEMASA

MODERATOR : USTAZ SYAFIQ BIN ZULAKIFLI

PENCERAMAH : PROF. MADYA DR. ABD. RAHMAN

8.00 malam SLOT 9 : BIN ABD. GHANI

PENCERAMAH : DR. USTAZ OTHMAN BIN SAHALAN

PENCERAMAH : TENGKU MUHAMMAD AUWAL BIN

TENGKU ISMAIL

11.00 malam Supper / Rehat

8 JANUARI 2023 (AHAD)

MASA PERKARA
7.00 pagi
8.00 pagi Sarapan Pagi

9.00 pagi CIRI-CIRI PENDIDIKAN BERTERASKAN
SLOT 10 : ASWAJA
10.00 pagi
11.30 pagi (USTAZ YAZID BIN BAHRIN)
1.00 petang
3.30 petang PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAHFIZ
SLOT 11 : AL-QUR’AN

(USTAZ MOHD HAZWAN BIN NOR HASHIM)

SLOT 12 : BERSAMA PINTA JOHOR
(USTAZ MOHD ARIFF BIN JASIMAN @ NIN)

SLOT 13 : MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

Makan Tengah Hari

Bersurai

8

AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Prof. Madya Dr. Hussin bin Salamon
- Rektor MARSAH

Pengerusi : Ustaz Muhammad Sanusi bin Md Noh
- Pendaftar MARSAH

Bendahari : En. Mohamad Hafizuddin bin Mohd Esa
- Akauntan MARSAH

Pengurusan : En. Zaki bin Othman
Peserta dan - Pegawai Tadbir Pentadbiran dan Sumber Manusia
Logistik

Pengarah Kursus / : Dr. Maskiah binti Masrom
Penceramah - Dekan Sekolah Pendidikan MARSAH
- Ketua Pusat Penyelidikan dan Penerbitan MARSAH

Ketua Setiausaha / : Ustaz Syafiq bin Zulakifli
Penceramah - Pensyarah Sekolah Pengurusan Dakwah
- Timbalan Ketua Pusat Penyelidikan dan Penerbitan
MARSAH

Setiausaha 1 / : En. Wan Mohd Hazani bin Wan Ibrahim
Penceramah - Pensyarah Sekolah Pendidikan MARSAH

Setiausaha 2 / : Puan Hayatul Aqmal binti Yusof Akmar
Penceramah - Pensyarah Sekolah Pendidikan MARSAH

Penceramah : Ustaz Yazid bin Bahrin
- Dekan Sekolah Pengajian Islam MARSAH

Penceramah : Ustaz Mohd Hazwan bin Nor Hashim
- Ketua Program Tahfiz, MARSAH

Penceramah : Dr. Ustaz Othman Bin Sahalan
- Ketua Program Sekolah Pengurusan Dakwah MARSAH

Penceramah : Tuan Haji Zolkifle Mohamad Bin Ahamed
- Pensyarah Jemputan Sekolah Pendidikan MARSAH

Penceramah : Tuan Haji Abdullah Zhidi bin Omar
- Pensyarah Jemputan Sekolah Pendidikan MARSAH

9

Dokumentasi dan : En. Ali Redza bin Usunu Jamal
Teknikal - Juruteknik Komputer

Dokumentasi dan : En. Muhammad Izzuddin bin Sam
Teknikal - Juruteknik Komputer

Pengangkutan dan : En. Hairol bin Halid
Tugas-Tugas Khas - Pemandu

Pembantu : En. Mohamad Faiz Bin Yahya
Pengurusan - Pembantu Tadbir
Peserta dan Pakej

10

SENARAI PENYERTAAN INSTITUSI

JOHOR BAHRU
1. Maahad Tahfiz Al-Mustofa
2. Maahad Tahfiz Dar Absyir
3. Madrasah Tahfiz Az-Zahra
4. Madrasah Tahfiz Bustanul Jannah
5. Madrasatul Qur'an Ar-Redha
6. Mahaad Tahfiz Al-Ansar Permas Jaya
7. Sekolah Rendah Islam Ar-Rasyidin
8. Sekolah Rendah/Menengah Agama Dan Tahfiz Darul Irfan
9. Sri Tunas Khalifah

BATU PAHAT
1. Maahad Darul Huffaz
2. Maahad Darul Huffaz Al Imtiyaz
3. Maahad Integrasi Tahfiz Al-Fathi
4. Maahad Pendidikan Tahfiz An-Nur
5. Maahad Tahfiz Al-Ikhsan
6. Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Fathah
7. Maahad Tahfiz Al-Quran Musa Al-Makki
8. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Arabiah
9. Ma'ahad Tahfiz Luqman Al-Hakim
10. Madrasah Pondok Ibnu Yazid
11. Madrasah Tahfiz @ Alim Baitul Bayan
12. Madrasah Tahfiz Al-Quran An Nawawi
13. Madrasah Tahfiz Darul Quran As-Syarif
14. Madrasah Tahfizul Quran Al-Furqan (MATQAF)
15. Madrasah Tarbiyyah Ad-Darunnafis
16. Sekolah Rendah Islam Minhaj Al-Abidin
17. Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin
18. Tahfiz Darul Qura Lil Banat

11

MUAR
1. Akademi Tahfiz Al Jawhar
2. Maahad Tahfiz Al-Quran Assholihin
3. Madrasah Al-Hafizah Saidatina Khadijah
4. Madrasah Al-Quran Tahfiz Desa Warisan
5. Madrasah Ar Raudhah
6. Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tarbiyah
7. Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Thohiriah
8. Madrasah Tahfiz An-Najah

SEGAMAT
1. Madrasah Tahfiz Nurul Iman
2. Madrasah Tahfiz Quran Nurul Iman
3. Akademi Tahfiz Al-Affan
4. Madrasah Tahfiz Nurul Iman Lilbanat

KOTA TINGGI
1. Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nur
2. Madrasah Tahfiz Darul Iman
3. Madrasatul Qur'an Ar-Redha Desaru

KLUANG
1. Maahad At-Tahfiz Chamek
2. Madrasah Tahfiz Al-Quran Nadhwatul Ulum
3. Pondok Tahfiz Alquran Taman Sri Kluang

KULAI
1. Maahad Tahfidzul Quran Al-Misykat
2. Madrasah Tahfiz Al-Quran Assunnah

12

PONTIAN
1. Madrasah Tahfiz Al-Quran Azizurrahim

TANGKAK
1. Madrasah Tahfiz Al Fath

MERSING
1. Madrasah Pondok Hasaniah Islamiah

LAIN-LAIN
1. Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Kuala Langat
2. Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Falah (Banat), Negeri Sembilan
3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Selangor

13

PENGHARGAAN
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)
Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Johor (PINTA JOHOR)

Rektor MARSAH
Pendaftar MARSAH
Ahli Jawatankuasa Kursus Pedagogi Pendidikan Tahfiz

para peserta
dan semua pihak yang terlibat menjayakan
KURSUS PEDAGOGI PENDIDIKAN TAHFIZ 2023

- SIRI 2 -
Semoga Allah SWT jua yang memberikan sebaik-baik balasan.

14

CATATAN
15

CATATAN
16




Click to View FlipBook Version