PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN MAKMUR
PENOR UTARA JAYA KUANTAN PAHANG
(PERSATUAN PUJ)
PPM-019-06-11102017
No.8, Lorong PUJ 12, Perumahan Makmur Penor Utara Jaya,
25150 Kuantan, Pahang
Email: [email protected]
LAPORAN PROGRAM
KECERGASAN DAN KESIHATAN PUJ 2018
EKSPEDISI BUKIT PANORAMA
10 SEPTEMBER 2018
BUKIT PANORAMA
PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN MAKMUR
PENOR UTARA JAYA KUANTAN PAHANG
(PERSATUAN PUJ)
PPM-019-06-11102017
No.8, Lorong PUJ 12, Perumahan Makmur Penor Utara Jaya,
25150 Kuantan, Pahang
Email: [email protected]
LAPORAN
PROGRAM KECERGASAN DAN
KESIHATAN PUJ 2018-
EKSPEDISI BUKIT PANORAMA
TARIKH
10 September 2018/ Isnin
TEMPAT
Bukit Panorama, Kuantan Pahang
DISEDIAKAN OLEH
SITI NURASHIKIN BINTI JUMALI
SETIAUSAHA PERSATUAN PUJ
1.0 PENGENALAN
Pihak Persatuan PUJ telah menganjurkan Program Kecergasan dan Kesihatan PUJ 2018- Ekspedisi
Bukit Panorama pada 10 September 2018 di Bukit Panorama, Kuantan Pahang.
2.0 LATAR BELAKANG
Program Kecergasan dan Kesihatan Puj 2018- Ekspedisi Bukit Panorama yang telah diadakan
merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan dan
kejiranan. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni,
dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang sihat, harmoni dan
dinamik. Penganjuran Program Kecergasan dan Kesihatan PUJ 2018- Ekspedisi Bukit Panorama ini
juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara
semua ahli keluarga dan jiran. Program Kecergasan dan Kesihatan Puj 2018- Ekspedisi Bukit
Panorama ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara jiran
dan keluarga. Sebagai tanggungjawab sosial terhadap kominiti penduduk setempat dalam aspek
mengeratkan perhubungan perpaduan, menyemarakkan semangat kerjasama dan menanam nilai-
nilai murni dan memastiakan kesihatan penduduk yang optimum.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka
dalam pengisian masa yang terluang.
3.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di
kalangan penduduk.
3.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
3.4 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan keluarga dan jiran
sekaligus dapat memantapkan lagi institusi kejiranan yang sedia ada.
3.5 memberikan peluang kepada ahli persatuan penduduk setempat melibatkan diri dalam apa jua
program yang boleh menyumbangkan faeadah bersama kepada agama, bangsa dan negara.
4.0 ATUCARA PROGRAM
4.1 Tarikh : 10 September 2018/ Isnin
4.2 Tempat : Bukit Panorama, Kuantan Pahang
4.3 Bil Peserta : 20 orang
4.4 Tentatif program:
Perkara
Masa Bergerak dari PUJ
5.00 Pagi Solat di masjid Sungai Lembing
5.50 Pagi Ekspedisi bermula
6.05 Pagi
7.00 Pagi Ekspedisi tamat
8.00 Pagi Turun dari puncak Bukit Panorama
5.0 PENGISIAN PROGRAM
5.1 Tarikh : 10 September 2018/ Isnin
5.2 Tempat : Bukit Panorama, Kuantan Pahang
5.2 Atucara Program :
Jam 4.50 Pagi – Para peserta berkumpul di perkarangan kedai PUJ
Jam 5.00 Pagi – Bertolak ke Bukit Panorama ke Masjid Sungai Lembing
Jam 5.50 Pagi – Tiba di Masjid Sungai Lembing dan berhenti solat
Jam 6.05 Pagi – Ekpedisi Bukit Panorama bermula
Jam 7.00 Pagi – Ekspedisi Bukit Panorama tamat
Jam 8.00 Pagi – Para peserta turun dari puncak Bukit Panorama
Jam 8.30 Pagi – Minum pagi
6.0 LAPORAN KEWANGAN PROGRAM KECERGASAN DAN KESIHATAN PUJ 2018- EKSPEDISI
BUKIT PANORAMA
6.1 Akaun tunai Program Kecergasan dan Kesihatan Puj 2018- Ekspedisi Bukit Panorama
0.0
0
TUNAI
NO TARIKH BUTIRAN KETERANGAN
KREDIT (RM) DEBIT (RM)
1 08/09/2018 Peruntukan Persatuan PUJ 350.00
09/09/2018 Air 100plus 32.99 rujuk resit di lampiran
Air mineral 8.90 rujuk resit di lampiran
Coklat Cloud 9 4.34 rujuk resit di lampiran
Bag plastic 1.79 rujuk resit di lampiran
Roti 17.00 rujuk resit di lampiran
Minum Pagi rujuk resit di lampiran
Duit minyak kereta 152.00 rujuk kenyataan di lampiran
120.00
Jumlah Perbelanjaan 337.02 Pindah ke akaun Persatuan PUJ
Baki 13.00
350.00
350.00
Saya Saifuddin Bin Abdul Rahman, bendahari yang bertanggungjawab ke atas
pengurusan kewangan Persatuan PUJ, adalah secara tulus ikhlas mengakui bahawa
butiran-butiran akaun yang dibentangkan adalah betul dan benar.
……………………………………………………………….
SAIFUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
BENDAHARI
PERSATUAN PUJ
Tarikh :
Saya yang bertanggungjawab di bawah ini mengaku bahawa penerimaan dan
perbelanjaan kewangan Persatuan PUJ disahkan betul dan lengkap
Juruaudit 1 Juruaudit 2
…………………………………………………. ………………………………………………….
NAMA: NAMA:
Tarikh : Tarikh :
7.0 LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM JOM SIHAT
8.0 PENUTUP
Dengan terlaksananya Program Kecergasan dan Kesihatan PUJ 2018- Ekspedisi Bukit
Panorama pada tahun 2018 ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah
di kalangan ahli keluarga , di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat
kekeluargaan serta kasih sayang dikalangan ahli keluarga dan jiran. Selain itu dengan
penganjuran program ini akan meningkatkan tahap kesedaran dan akuantabiliti semua
penduduk taman setempat dalam pengatahuan berkaitan bertapa pentingnya perpaduan
masyarakat bagi pemangkin masyarakat yang jitu dan kukuh ikatan taat setia kepada
pemerintahan dalam membangun ekonomi negara. Penduduk tonggak negara, kesihatan
rakyat terpelihara, smoga agenda negara tidak tergendala. Kerjasama baik antara penduduk
PUJ dan AJK Persatuan PUJ telah menjayakan Program Kecergasan dan Kesihatan PUJ
2018- Ekspedisi Bukit Panorama pada 10 September 2018di Bukit Panorama.