The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur_ekins88, 2019-03-22 04:23:48

LAPORAN PROGRAM JOM SIHAT

LAPORAN PROGRAM JOM SIHAT

PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN MAKMUR
PENOR UTARA JAYA KUANTAN PAHANG
(PERSATUAN PUJ)

PPM-019-06-11102017
No.8, Lorong PUJ 12, Perumahan Makmur Penor Utara Jaya,
25150 Kuantan, Pahang
Email: [email protected]

LAPORAN
PROGRAM JOM SIHAT 2018

TARIKH
03.03.2018

TEMPAT
SEMPURNA RESORT, INDERA SEMPURNA,

25150 KUANTAN

DISEDIAKAN OLEH
SITI NURASHIKIN BINTI JUMALI
SETIAUSAHA PERSATUAN PUJ

1.0 PENGENALAN

Pihak Persatuan PUJ telah menganjurkan Program sihat pada 03 Mac 2018 di Sempurna Resort,
kuantan. Persatuan PUJ telah menerima Geran Persatuan Penduduk yang disampaikan pada 25
November 2017 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Pada asalnya program ini
dijadualkan pada 24 Mac 2018, namun kekangan masa dan keadaan, program ini dijalankan pada 03
Mac 2018.

2.0 LATAR BELAKANG

Jom Sihat yang akan diadakan merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan
hubungan kekeluargaan dan kejiranan. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam
pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah
masyarakat yang sihat, harmoni dan dinamik. Penganjuran Program Jom Sihat ini juga merupakan
salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli keluarga
dan jiran. Aktiviti-aktiviti yang di jalankan semasa program Jom Sihat ini adalah dirancang bagi
menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara jiran dan keluarga. Sebagai tanggungjawab
sosial terhadap kominiti penduduk setempat dalam aspek mengeratkan perhubungan perpaduan,
menyemarakkan semangat kerjasama dan menanam nilai-nilai murni dan memastiakan kesihatan
penduduk yang optimum.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka
dalam pengisian masa yang terluang.
3.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan
penduduk.
3.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
3.4 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan keluarga dan jiran
sekaligus dapat memantapkan lagi institusi kejiranan yang sedia ada.
3.5 memberikan peluang kepada ahli persatuan penduduk setempat melibatkan diri dalam apa jua
program yang boleh menyumbangkan faeadah bersama kepada agama, bangsa dan negara.

4.0 ATUCARA PROGRAM

4.1 Tarikh : 03 MAC 2018/ SABTU
4.2 Tempat : SEMPURNA RESORT
4.3 Bil Peserta : 200 orang
4.4 Tentatif program:

Masa Program
7.30 Pagi Pendaftaran
8.00 Pagi Senaman aerobik
09.00 Pagi Sukaneka
10.00 Pagi - Perasmian oleh YB. ADUN
- Cabutan bertuah
12.00 T/hari Rehat / solat
2.30 Petang Ceramah kesihatan
4.30 Petang Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah
Jamuan makan
Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah

5.0 PENGISIAN PROGRAM

5.1 Tarikh: 03 Mac 2018
Tempat: Sempurna Resort

5.2 Atucara Program Jom Sihat:

Jam 7.30 Pagi – Para peserta di sambut oleh AJK Persatuan PUJ di pintu masuk Sempuna
Resort. Mereka dikehendaki mendaftar di kaunter pendaftaran
sebelum masuk ke Program Jom Sihat

Jam 8.00 Pagi – Senam aerobik yang diketuai oleh NJ Fitness Studio dan di ikuti oleh
warga penduduk PUJ di Dewan Sempurna Resort.

Jam 9.00 Pagi – Selepas selesai aktiviti senam aerobik, aktiviti sukaneka telah
telah dijalankan dengan jayanya. Pelbagai kategori sukan dan
permainan dijalankan pada hari tersebut. Antara aktiviti yang dijalakan
adalah seperti musang berjanggut, tiup belon sampai pecah, masuk
benang dalam jarum dan pelbagai lagi.

Jam 10.00 Pagi – Ketibaan YB. Dato’ Haji Khairuddin Bin Haji Mahmud, DIMP., SMP,
ADUN Pulau Manis di sambut oleh warga penduduk PUJ dan barisan AJK
Persatuan PUJ di Sempuma Resort. Beliau merasmikan Program Jom
Sihat selepas ucapan ringkas diberi. Selesai perasmian Program Jom
Sihat, beliau diminta mencabut 10 nombor cabutan bertuah utk
disampaikan kepada pemenang. Selepas itu, beliau di iringi oleh
Pengerusi dan Setiausaha untuk menjamu selera di Cafe Sempurna
Resort. Aktiviti sukaneka di sambung sebaik sahaja beliau keluar dari
dewan tersebut.

Jam 12.00 T/ hari – Program Jom Sihat berhenti rehat dan laluan solat sehingga
jam 2.30 petang.

Jam 2.30 Petang – Program Jom Sihat diteruskan dengan sesi ceramah kesihatan oleh Dr.
Nik Alyani Nik Abdul Adel dari Jabatan Ortopedik, Traumatologi dan
Rehabilitasi, IIUM Medical Centre yang bertajuk Sakit Lutut. Selepas sesi
ceramah berlangsung selama 45minit itu, sesi soal jawap diteruskan
selama 15minit. Selepas itu, Dr. Nik Alyani Nik Abdul Adel diminta untuk
mencabut nombor cabutan bertuah sebanyak 10 nombor untuk
disampaikan kepada pemenang.

Jam 4.30 Petang – Sesi cabutan bertuah dan penyampaian hadiah pemenang sukaneka
dijalankan.

Jam 5.00 Petang – Semua penduduk PUJ dijemput minum petang dan Program Jom Sihat
telah tamat dengan jayanya.

5.3 Penglibatan agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

- Pemeriksaan kesihatan percuma merangkumi pemerikssaan gula dalam darah, permeriksaan
darah tinggi dan BMI oleh IIUM Medical Centre.

- Pemeriksaan mata percuma oleh IIUM Optometry Clinic
- Pemeriksaan telinga oleh IIUM Hearing & Speech Clinic
- Pameran Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuantan.
- Pameran Indah Water Konsortium
- Pameran Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd
- Pameran Suruhanjaya Pilihan Raya
- Kaunter Majlis Perbandaran Kuantan
- Pameran Bomba
- Badan Sukarelawan Pelajar UIA
- Gerai jualan
5.4 Perasmian Program Jom Sihat
YB. Dato’ Haji Khairuddin Bin Haji Mahmud, DIMP., SMP, ADUN Pulau Manis

5.5 Tugas-tugas AJK di bentuk bagi melancarkan Program Jom Sihat.

Pengerusi Kasween Habzan Bin Shamsudin
Timbalan Pengerusi Ahmad Tarmizi Bin Awang Ngah
Setiausaha Siti Nurashikin Binti Jumali
Penolong Setiausaha Nor Asyikin Binti Mohd Razali
Bendahari Saifuddin Bin Abdul Rahman
Jk Tempat Norazlinta Bt Nordin
Nor Asyikin Binti Mohd Razali
Jk Pendaftaran Ahmad Tarmizi Bin Awang Ngah
Nor Asmawati Bt Mohd Mokhtar
Jk Sukan & Rekreasi Mohd Hisyamuddin Bin Ali Yasa’a
Ahmad Fitri Bin Abdul Rahim
Mohd Najib Bin Ab Rahman
Noraizam Bt Samat
Norazlinta Bt Nordin
Murnira Binti Mohd Yusof

Jk Sumbangan & Hadiah + Sukarelawan Uia
Jk Pengacara Majlis/Aturcara Majlis Siti Nurashikin Binti Jumali
Jk Logistik, Teknikal & Peralatan Nor Asmawati Bt Mohd Mokhtar
Jk Kebajikan & Kecemasan Shahrizan Bin Romli
Jk Jamuan Norhidayah Binti Ishak
Jk Media/ Risalah/ Banner Nor Asyikin Binti Mohd Razali Saifuddin Bin
Jk Kebersihan Abdul Rahman
Mohd Zulkifli Bin Razak@Ismail
Ahmad Tarmizi Bin Awang Ngah
Noraizam Bt Samat
Zabidi Bin Mohamad
Norazlinta Bt Nordin
Murnira Binti Mohd Yusof
Siti Nurashikin Binti Jumali
Mohd Mzi Bin Wahid
Shahrizan Bin Romli
Norhidayah Binti Ishak
Ahmad Fitri Bin Abdul Rahim

6.0 LAPORAN KEWANGAN PROGRAM JOM SIHAT

6.1 Akaun tunai Program Jom Sihat

0.00
TUNAI

NO TARIKH BUTIRAN KREDIT DEBIT KETERANGAN
(RM) (RM)

1 30/11/2017 Geran Persatuan PUJ 2017 10,000.00

Hadiah 729.30 rujuk resit di lampiran
Tempat 1,150.00 rujuk resit di lampiran
Cenderahati VIP & Pendaftaran
Sarapan Pagi 616.45 rujuk resit di lampiran
Makan Tengahari 577.25 rujuk resit di lampiran
Minum Petang 2,000.00 rujuk resit di lampiran
Banner & Backdrop 750.00 rujuk resit di lampiran
Baju Urusetia & Cenderahati Pendaftaran 550.00 rujuk resit di lampiran
Peralatan Sukan 1,011.00 rujuk resit di lampiran
Peti Pertolongan Cemas 195.50 rujuk resit di lampiran
Jurulatih Senamrobik 101.70 rujuk resit di lampiran
Cabutan Bertuah 150.00 rujuk resit di lampiran
286.65 rujuk resit di lampiran

Jumlah Perbelanjaan JOM SIHAT 8,117.85
Baki Pindah ke akaun

1,882.15 Persatuan PUJ

10,000.00 10,000.00

Saya Saifuddin Bin Abdul Rahman, bendahari yang bertanggungjawab ke atas
pengurusan kewangan Persatuan PUJ, adalah secara tulus ikhlas mengakui bahawa
butiran-butiran akaun yang dibentangkan adalah betul dan benar.

……………………………………………………………….
SAIFUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
BENDAHARI
PERSATUAN PUJ
Tarikh :

Saya yang bertanggungjawab di bawah ini mengaku bahawa penerimaan dan
perbelanjaan kewangan Persatuan PUJ disahkan betul dan lengkap

Juruaudit 1 Juruaudit 2

…………………………………………………. ………………………………………………….
ZABIDI BIN MOHAMAD MUHAMAD HISYAMUDDIN BIN ALI YASA'A
Tarikh : Tarikh :

7.0 LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM JOM SIHAT

SENAM AEROBIK SUKANEKA

PERASMIAN PERASMIAN

PEMERIKSAAN KESIHATAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

BADAN SUKARELAWAN PELAJAR UIA CABUTAN BERTUAH

PAMERAN AGENSI ANTIDADAH PAMERAN INDAH WATER KONSORTIUM
KEBANGSAAN DAERAH KUANTAN.

KAUNTER BANK KERJASAMA RAKYAT PAMERAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
MALAYSIA BHD

PENYAMPAIAN CENDERAHATI BOMBA

GERAI JUALAN CERAMAH KESIHATAN

PENDAFTARAN PENDAFTARAN

8.0 PENUTUP

Dengan terlaksananya program Jom Sihat pada tahun 2018 ini dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan ahli keluarga , di samping dapat mewujudkan
persefahaman dan semangat kekeluargaan serta kasih sayang dikalangan ahli keluarga dan
jiran. Selain itu dengan penganjuran program ini akan meningkatkan tahap kesedaran dan
akuantabiliti semua penduduk taman setempat dalam pengatahuan berkaitan bertapa
pentingnya perpaduan masyarakat bagi pemangkin masyarakat yang jitu dan kukuh ikatan taat
setia kepada pemerintahan dalam membangun ekonomi negara. Penduduk tonggak negara,
kesihatan rakyat terpelihara, smoga agenda negara tidak tergendala. Kerjasama baik antara
penduduk PUJ dan AJK Persatuan PUJ telah menjayakan Program Jom Sihat pada 03 Mac
2018 di Sempurna Resort ini.


Click to View FlipBook Version