The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MENGANDUNGI
-TENTATIF PROGRAM
- SENARAI AJK PELAKSANA MESUARAT AGUNG PERSATUAN PUJ
-AGENDA MESYUARAT AGUNG
-SENARAI AJK SESI 2017-2019
-MINIT MESYUARAT AGUNG PERTAMA SESI 2017-2019
-PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA 31.12.2019
-PERLEMBAGAAN PERSATUAN PUJ

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur_ekins88, 2019-03-21 22:26:41

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PUJ YANG KE-2 SESI 2019-2021

MENGANDUNGI
-TENTATIF PROGRAM
- SENARAI AJK PELAKSANA MESUARAT AGUNG PERSATUAN PUJ
-AGENDA MESYUARAT AGUNG
-SENARAI AJK SESI 2017-2019
-MINIT MESYUARAT AGUNG PERTAMA SESI 2017-2019
-PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA 31.12.2019
-PERLEMBAGAAN PERSATUAN PUJ

Keywords: MESYUARAT AGUNG

1

ISI KANDUNGAN

1. Tentatif program.
2. Senarai AJK Pelaksana Mesyuarat Agung Persatuan PUJ

Kali Ke-2 Sesi 2019-2021.
3. Agenda Mesyuarat Agung Persatuan PUJ Kali Ke-2 Sesi

2019-2021.
4. Senarai AJK Persatuan PUJ yang pertama sesi 2017-2019.
5. Minit mesyuarat agung kali pertama sesi 2017-2019.
6. Catatan.

2

TENTATIVE PROGRAM

Masa Perkara
8.00 Mlm
- Pendaftaran
8.30 Mlm - Bacaan Doa
- Ucapan Pengerusi Sementara
- Mesyuarat Agung Bermula
- Ucapan Penangguhan
- Jamuan Makan
- Bersurai

3

SENARAI AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN PUJ KALI KE-2 SESI 2019-2021

Perkara Nama Catatan/ Tindakan

AJK Pendaftaran Siti Nurashikin binti Jumali
AJK Jamuan Norhidayah binti Ishak
Mohd Najib bin Ab Rahman

Noraizam binti Samat

AJK Siaraya dan Teknikal Mohd Zulkifli bin [email protected]
AJK Pengurusan Tempat Mohd Khairi bin Mohamed
AJK Buku Program Ahmad Fitri bin Abdul Rahim
Shahrizan bin Romli
Siti Nurashikin binti Jumali

AJK Bacaan Doa Mohd Khairi bin Mohamed

AJK Pencatat Minit Nor Asyikin binti Mohd Razali
Murnira binti Mohd Yusof

AJK Fotografi Dan Dokumentasi Mohd Azrai bin Misbah

AJK Kebersihan Mohd Najib bin Ab Rahman
AJK Banner dan Publisiti Ahmad Fitri bin Abdul Rahim
Shahrizan bin Romli
Mohd Azrai bin Misbah
Ahmad Fitri bin Abdul Rahim
Shahrizan bin Romli

4

AGENDA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PUJ KALI
KE-2 SESI 2019-2021

1. Ucapan aluan Pengerusi Majlis
2. Ucapan Pengerusi Sementara
3. Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung

kali pertama sesi 2017-2019
4. Pembentangan dan pengesahan laporan tahunan

kewangan yang berakhir pada 31.12.2018
5. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan PUJ sesi 2019-

2021
6. Perbahasan usul (jika ada)
7. Pindaan Perlembagaan (jika ada)
8. Hal hal lain
9. Ucapan penangguhan

5

SENARAI AJK PERSATUAN PUJ YANG PERTAMA
SESI 2017-2019

Pengerusi - Kasween Habzan Bin Shamsudin (Sehingga 26.02.2019)

Pengerusi Sementara - Mohd Khairi Bin Mohamed

Timbalan Pengerusi - Ahmad Termizi Bin Awang Ngah ( Sehingga 01.04.2018)

Setiausaha - Siti Nurashikin Binti Jumali

Timbalan Setiausaha - Nor Asyikin Binti Mohd Razali

Bendahari - Saifuddin Bin Abdul Rahman ( Sehingga 26.02.2019)

Bendahari Sementara - Mohd Azrai Bin Misbah
Ahli Jawatankuasa:

- Nor Asmawati Bt Mohd Mokhtar

- Noraizam Bt Samat

- Norazlinta Bt Nordin

- Mohd Khairi Bin Mohamed

- Mohd Najib Bin Ab Rahman

- Murnira Binti Mohd Yusof

- Mohd Zulkifli Bin [email protected]

- Mohd Mzi Bin Wahid

- Ahmad Fitri Bin Abdul Rahim
- Norhidayah Binti Ishak
- Shahrizan Bin Romli
- Zabidi Bin Mohamad
- Mohd Azrai Bin Misbah

6



MINIT MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA
SESI 2017-2019

7

PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN MAKMUR
PENOR UTARA JAYA KUANTAN PAHANG
(PERSATUAN PUJ)
PPM-019-06-11102017
Email: [email protected]

MINIT MESYUARAT AGUNG PERTAMA 2017-2019
PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN MAKMUR PENOR UTARA JAYA KUANTAN PAHANG

(PERSATUAN PUJ)

TARIKH : 15 OKTOBER 2017
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : SEMPURNA RESORT
JUMLAH AHLI YANG HADIR : 103

1. JUMLAH AHLI YANG HADIR
1.1 Setiausaha Penaja mengumumkan kehadiran ahli ke mesyuarat agung Persatuan
Penduduk Perumahan Makmur Penor Utara Jaya sebanyak 103 orang.

1.2 Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan tahniah
kerana hadir ke mesyuarat agung kali pertama ini dan seterusnya menjemput pengerusi penaja
memberi ucap tamanya.

2. KATA-KATA ALUAN

2.1 Ucapan Pengerusi penaja
2.2.1 Pengerusi penaja mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli yang hadir ke

mesyuarat pada kali ini serta mengucapkan terima kasih atas kesudian YB. Dato’ Haji
Khairuddin bin Haji Mahmud (ADUN Pulau Manis) merasmikan mesyuarat agung kali ini.
Beliau menerangkan tujuan mesyuarat ini adalah untuk mendapatkan mandat penuh
Persatuan dan membubarkan Ahli Jawatankuasa penaja serta melantik Ahli Jawatankuasa
rasmi Persatuan Penduduk Perumahan Makmur Penor Utara Jaya bagi sesi 2017-2019. Beliau
mewakili Ahli Jawatankuasa penaja memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan

8

kesalahan yang telah dilakukan sepanjang beliau menerajui kepimpinan yang lalu. Beliau
berharap agar kepimpinan yang akan dilantik dapat merancang dan menjalankan aktiviti
dengan lebih baik serta dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan Penduduk Perumahan
Makmur Penor Utara Jaya.

3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PENAJA

3.1 Setiausaha penaja membentangkan minit mesyuarat penaja yang telah dijalankan pada 13
ogos 2017.
3.2 En. Ahadi bin Moslan dari No. 3 lorong PUJ 21 mencadangkan minit mesyuarat diterima dan
disahkan.
3.3 Disokong oleh En. Zabidi bin Mohamad dari No. 24, lorong PUJ 7.

4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit

5. LAPORAN AKTIVITI
Puan Siti Nurashikin binti Jumali selaku Setiausaha penaja memaklumkan tiada laporan aktiviti
bagi tahun 2017 kerana persatuan ini baru sahaja ditubuhkan.

6. MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN TAHUN 2017.
En. Saifudddin bin Abdul Rahman selaku bendahari penaja memaklumkan tiada pembentangan
kewangan bagi tahun 2017 kerana tiada penyata kewangan untuk tahun 2017.

7. MEMBAHASKAN USUL
7.1 Usul dari En. Ahmad Taufiq bin Adnan Dari No. 11 , Lorong PUJ 4.
7.1.1 Pengerusi Penaja telah membacakan usul yang dibawa oleh En. Ahmad Taufiq
Bin Adnan
7.1.2 Pembinaan surau dan khairat kematian
7.1.3 Usul ini akan dibawa kepada YB. Dato’ Haji Khairuddin bin Haji Mahmud.
ADUN Pulau Manis untuk tindakan selanjutnya.

9

7.2 Usul dari En. Nazrul Nizam bin Abd. Malek dari No. 12, Lorong PUJ 13
7.2.1 Pengerusi Penaja telah membacakan usul yang dibawa oleh En. Nazrul Nizam
bin Malik
7.2.2 Keselamatan penduduk melibatkan projek baru PRIMA di sebelah kawasan
Perumahan Makmur Penor Utara Jaya yang akan dibina dan penggunakan jalan
Lorong PUJ 15 sebagai laluan utama projek tersebut.
7.2.3 Usul ini akan dibawa untuk tindakan pihak yang berkenaan.

7.3 Usul dari En. Mohd Ikhbar Bin Mohd Yusof dari No. 11 Lorong PUJ 6
7.3.1 Pengerusi Penaja telah membacakan usul yang dibawa oleh Mohd Ikhbar Bin
Mohd Yusof
7.3.2 Pengangkutan Awam seperti Bas Rapid diperlukan bagi kemudahan
penduduk.
7.3.3 Usul ini akan dibawa untuk tindakan Prasarana Malaysia Berhad

8. PEMBUBARAN AJK PENAJA PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN MAKMUR PENOR UTARA
JAYA

8.1 Pengerusi Penaja membuburkan Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk
Perumahan Makmur Penor Utara Jaya 2017-2019 secara rasminya.

8.2 Puan Nor Asyikin binti Mohd Razali mencadangkan Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan
Penduduk Perumahan Makmur Penor Utara Jaya diterima sebulat suara sebagai Ahli
Jawatankuasa Rasmi Persatuan Penduduk Perumahan Makmur Penor Utara Jaya.

8.4 Disokong sebulat suara

9. BARISAN AHLI JAWATANKUASA RASMI PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN MAKMUR
PENOR UTARA JAYA

10

JAWATAN NAMA ALAMAT
PENGERUSI KASWEEN HABZAN BIN NO 11 LORONG 19
SHAMSUDIN
TIMBALAN PENGERUSI AHMAD TERMIZI BIN AWANG N0 20 LORONG 12
NGAH
SETIAUSAHA SITI NURASHIKIN BINTI JUMALI N0 8 LORONG 12
TIMBALAN SETIAUSAHA NOR ASYIKIN BINTI MOHD RAZALI NO 28 LORONG 6
BENDAHARI SAIFUDDIN BIN ABDUL RAHMAN NO 21 LORONG 18
AJK
1. BIRO MEDIA, SOSIAL DAN IT NOR ASMAWATI BT MOHD NO 9 LORONG 6
MOKHTAR
2. BIRO KEMAJUAN WANITA NORAIZAM BT SAMAT NO 5 LORONG 5
3. BIRO PEMBANGUNAN KELUARGA NORAZLINTA BT NORDIN NO 24 LORONG 7
4. BIRO BELIA DAN SUKAN MOHD KHAIRI BIN MOHAMED NO 17 LORONG 3
5. BIRO KEBERSIHAN, KESIHATAN AHMAD FITRI BIN ABDUL RAHIM NO 1 LORONG 4

DAN ALAM SEKITAR MOHD NAJIB BIN AB RAHMAN NO 14 LORONG 3
6. BIRO ADUAN DAN KEBAJIKAN MURNIRA BINTI MOHD YUSOF NO 14, LORONG 4
7. BIRO EKONOMI DAN KEWANGAN MOHD ZULKIFLI BIN NO 10 LORONG 21
8. BIRO KESELAMATAN [email protected]
MOHD M ZI BIN WAHID NO 4 LORONG 19
9. BIRO PENDIDIKAN, MODAL INSAN
DAN KEROHANIAN NORHIDAYAH BINTI ISHAK NO 10 LORONG 21
NO 23 LORONG 8
10. PENGERUSI MAJLIS TETAP SHAHRIZAN BIN ROMLI NO 24 LORONG 7
NO 20, LORONG 9
JURUAUDIT 1 ZABIDI BIN MOHAMAD
JURUAUDIT 2
MUHAMAD HISYAMUDDIN BIN ALI
YASA’A

10. HAL-HAL LAIN
11.1 Tuan Haji Taib Bin Haji Kassim, Ketua Kampung Kg. Pahang
11.1.1 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua penduduk kerana hadir ke
mesyuarat yang pertama persatuan penduduk perumahan makmur penor utara jaya.
10.1.2 Beliau mengulas ucapan dasar perasmian YB. Dato’ Haji Khairuddin bin Haji
Mahmud (ADUN Pulau Manis) berkenaan pertukaran nama perumahan yang baru.
Beliau akan memberi sokongan dalam proses pertukaran tersebut.
10.1.3 Beliau juga menghuraikan bidang tugas yang beliau lakukan sebagai ketua
kampung iaitu mengsahkan surat sokongan pendapatan, tandatangan dokumen rasmi
dan lain-lain.
10.1.4 Beliau menyatakan nombor telefon untuk penduduk menghubungi beliau atas
talian 019 9455426.

11

10.1.5 Beliau mengharapkan persatuan penduduk Perumahan Makmur Penor Utara
Jaya terus maju dengan penubuhan ahli jawatankuasa baru dengan memberi
komitmen dalam menjayakan aktiviti persatuan.

11. LAIN-LAIN HAL.
Mesyuarat bersetuju melantik Bank Rakyat sebagai bank urusan kewangan persatuan. Persatuan
dikehendaki membuka akaun semasa di Bank Rakyat dengan tiga penandatangan berkuasa
(Pengerusi, Setiausaha, Bendahari) dan urusan transaksi 2/3.

12. PENUTUPAN.
Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Makmur Penor Utara Jaya mengucapkan ribuan terima
kasih kerana meluangkan masa menghadiri mesyuarat agung yang pertama ini. Beliau juga
mengucapkan ribuan terima kasih kerana di beri kepercayaan untuk menerajui Persatuan Penduduk
Perumahan Makmur Penor Utara Jaya. Beliau berjanji akan cuba menjalankan tanggungjawab dan
amanah yang di beri sebagai baik mungkin dalam melaksanakan tugas menerajui persatuan ini.
Beliau juga mengharapkan kerjasama dari semua pihak dalam semua perkara yang berkaitan dengan
masalah penduduk dan persatuan.

13. PENANGGUHAN
Mesyuarat Agung ditangguhkan pada jam 5.50 petang

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

_____________________________ __________________________
Pn, Siti Nurashikin binti Jumali En. Kasween Habzan bin Shamsudin
Setiausaha, Pengerusi,
Persatuan Penduduk Perumahan Persatuan Penduduk Perumahan
Makmur Penor Utara Jaya Makmur Penor Utara Jaya

12

PENYATA KEWANGAN PERSATUAN PUJ
YANG BERAKHIR PADA 31.12.2018

13

PENYATA KEWANGAN

PERSATUAN PUJ BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

PENDAPATAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA JUMLAH (RM) JUMLAH (RM) BIL. PERKARA JUMLAH (RM) JUMLAH (RM)

1 Baki pada 01/01/2018 1 Perbelanjaan mengikut bulan :

1. Tunai 18.15 Januari 229.40

2. Bank 10,113.41 10,131.56 Februari 218.00

Mac (d) 8,680.15

2 Hibah Bank (a) 51.93 April 69.00

3 Sumbangan (b) 3,200.00 Mei 215.00

4 Pendapatan (c) 520.00 3,771.93 Jun 432.55

Julai 26.70

Ogos 10.00

September 834.70

Oktober 570.50

November 496.00

Disember 315.90 12,097.90

2 Caj Bank (e) 1.00

JUMLAH PERBELANJAAN 220.25 12,098.90
3 Baki pada 31/12/2018 1,584.34 1,804.59

1. Tunai
2. Bank

JUMLAH 13,903.49 JUMLAH 13,903.49

Rujukan :
a) Keuntungan simpanan sepanjang tahun (terkumpul)
b) Sumbangan daripada YB
c) Pendapatan daripada sewa tapak jualan (Program Jom Sihat)
d) Perbelanjaan tinggi (Program JomSihatdi Indera Sempurna Resort)
e) Caj Bank (Service Charge for Transfer)

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………………………. …………………………………………………….
MOHD AZRAI BIN MISBAH
Bendahari (Sementara)

14

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PUJ

15

PERLEMBAGAAN BAGI
PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN MAKMUR PENOR UTARA JAYA KUANTAN

PAHANG (PERSATUAN PUJ)

FASAL 1 NAMA

1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama

PERSATUAN PENDUDUK PERUMAHAN MAKMUR PENOR
UTARA JAYA KUANTAN PAHANG (PERSATUAN PUJ)

Selepas ini disebut pertubuhan.

2. Takrif Nama :
3. Bertaraf : Lain-lain

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
NO 8, LORONG PUJ 12, PERUMAHAN MAKMUR PENOR
UTARA JAYA 25150 KUANTAN
PAHANG

dan alamat untuk surat-menyurat adalah

NO 8, LORONG PUJ 12, PERUMAHAN MAKMUR PENOR
UTARA JAYA 25150 KUANTAN
PAHANG

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;

2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh
diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

16

FASAL 3 MATLAMAT
1. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasakan
pendidikan,kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk
penduduk setempat
2. Memupuk dan menggalakan gaya hidup sihat bagi penduduk setempat
3. Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya
peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala
sosial serta memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan disiplin di kalangan

17

penduduk
4. Mengeratkan perasaan muhibah serta saling hormat menghormati.
5. Memupuk semangat kejiranan dan persahabatan.
6. Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang berkuasa

mengenai masalah penduduk

FASAL 4 KEAHLIAN

1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 21 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Perumahan Makmur Penor Utara Jaya
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Semua
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada

B. Ahli Bersekutu

Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.

C. Ahli Kehormat

Tiada

D. Ahli Seumur Hidup

TIADA

E. Ahli Remaja

Tiada

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan
dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan
secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh
mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas,
hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang

18

ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.

FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan
bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan
cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung
keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.
Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara
bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan
membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan
mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:

1. Bayaran masuk :
RM 20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)

2. Yuran :
RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

a. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam
tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan

b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli )
RM Tidak Berkenaan

c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan
menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan
hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah
dijelaskan.

d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga ( 3 )
tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan
Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya
dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan
berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi
sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

19

f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh
dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang
mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan,
maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahun.

3. Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang
dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan
jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.

4. Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual,
membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain
kegiatan ekonomi.

FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang- kurangnya
satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli
Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi
mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih
daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas
setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah
ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi
tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan.

3. Mesyuarat Agung DwiTahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh dalam
tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung DwiTahunan terakhir pada tarikh, masa
dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung DwiTahunan
adalah:

a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu;
b. mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit;
c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)
d. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum
Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit
mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira- kira Pertubuhan bagi tahun lalu
yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini

20

juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

5. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:

a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
b. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima 1/5

dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab
mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.

6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di
dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh
Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah
ditetapkan untuk bermesyuarat.

8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat
Agung DwiTahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum
tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat
Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan
dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan
tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung
DwiTahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat
itu.

FASAL 8 JAWATANKUASA

1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih
dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan:

Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi Seorang

Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha Seorang
Bendahari

11 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas
eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.

3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan
pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung
DwiTahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula dua tahun sekali

21

.

4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan
membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar
am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh
mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih
dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan
mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya
dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.

5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun. Notis bagi
tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu.
Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa
bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila
masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah
hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat

6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat
Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari
ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya
seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa:

a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat
pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;

b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan

c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati
melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat
Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.

7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut
tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.

8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang
kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk
memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan
itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu
sehingga Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan.

9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk
menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan
mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau
kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan
keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab

22

yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan
memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

11. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil
pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat- surat maklumbalas,
buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya
kepada Jawatankuasa baru.

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1. Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua
mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia
menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.

2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan

dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia
bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan
dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha
hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli
mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan,
nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir
dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan
memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia
hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan
yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.
6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang
diarahkan olehnya.

FASAL 10 KEWANGAN

1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Pertubuhan
ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan
Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan
pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta

23

upah juruaudit.

2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 2000.00 (Ringgit

Malaysia Dua Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah

itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan.

3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah
ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Walaubagaimanapun,
Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk
menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana
penandatangan tersebut.

4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 2000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) bagi

sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh

Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000.00 (Ringgit Malaysia Lima

Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa

mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 2000.00 (Ringgit

Malaysia Dua Ribu Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh

diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh
Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah
tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan
untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung
DwiTahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman
ahli di tempat urusan Pertubuhan.

6. Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari
1 Januari .

FASAL 11 JURUAUDIT

1. Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung
DwiTahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama dua tahun boleh
dilantik semula.

2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi setiap tahun.
Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut
untuk pertimbangan Mesyuarat Agung DwiTahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila
masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam
tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 12 PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH

1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala
surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan

24

berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu
disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil
perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.

2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa
persetujuan Mesyuarat Agung.

FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

1. Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya
kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara
yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.

2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat
dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika
tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG

1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini
dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.

FASAL 15 LARANGAN

1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953
adalah dilarang di permis pertubuhan.

2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga
mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam
gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.

3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau
tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa
kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.

4. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh
diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya
dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai
matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan
atau bonus kepada mana-mana ahli

25

Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau
kedua-duanya kepada mana- mana ahli atau pekerja Pertubuhan.

6. Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.

FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN

1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan
hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang
meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 17 PEMBUBARAN

1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada
tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung
yang dipanggil khas kerananya.

2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala
hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan
dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam
mesyuarat agung berkenaan.

3. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam
masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.

FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

1. Bendera

-
Keterangan
-

2. Lambang

-
Keterangan
-

3. Lencana

Keterangan

26

Gading melambangkan kegagahan keteguhan warga penduduk PUJ.
Lambang PUJ berwana biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai warga PUJ.
Warna Kuning melambangkan kesetiaan penduduk kepada Raja dan Negara.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
PEMBESTARIAN SEKOLAH
Next Book
SGS_EMS Show Guide 2018