ARAHAN : Murid Diminta Menyalin Nota-Nota Yang Diberi Pada Kertas A4. Nota-Nota Ini Akan Dikumpulkan
Untuk Dijadikan Kerja Projek iaitu Buku Skrap. Murid Digalakkan Menggunakan Kreativiti Masing-Masing Untuk
Menjadikan Nota Anda Lebih Menarik.
PERINGAT. AN : Murid Tidak Perlu Tangkap Layar (Screen Shoot) Nota Yang Telah Disalin. Nota-Nota Ini Perlu
Diserahkan Kepada Guru Apabila Sekolah Buka Nanti Atau Bila-Bila Diminta Nanti.
A. PENGERTIAN SEJARAH – Sejarah ialah peristiwa yang benar-
benar berlaku pada masa lalu.
Heradotus – Sejarah merupakan
penceritaan tentang tindakan
manusia dan sebab-sebab mereka
melakakannya.
Pandangan Ibn Khaldun – Sejarah
Sejarawan tentang membicarakan peradaban manusia
pengertian sejarah. dan perubahan yang berlaku.
E.H.Carr – Sejarah ialah satu
proses interaksi antara masa kini
dengan masa lampau.
Glosari Profesor Emeritus Tan Sri Dr.
Khoo Kay Kim – Sejarah merujuk
Peradaban – peristiwa yang pernah atau sudah
Kemajuan berlaku.
social dan
kebudayaan Dr. Muhd Yusof Bin Ibrahim –
sesuatu Sejarah merupakan catatan atau
bangsa. rekod sesuatu peristiwa yang
berlaku pada masa lalu.
Sejarah melibatkan tindakan manusia, perubahan dan catatan
sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Oleh itu, sejarah
memberikan iktibar dan teladan untuk kehidupan manusia.
B. SUMBER SEJARAH – Sumber sejarah memberikan maklumat yang tepat
tentang sesuatu peristiwa yang telah berlaku.
Sumber Sejarah Sumber Primer / Sumber
Pertama – Ia berada dalam
bentuk asal dan belum diolah.
Contohnya :
fosil
manuskrip
dokumen rasmi
artifak
Sumber Sekunder – Penulisan
yang dihasilkan daripada sumber
asal. Contohnya :
buku
majalah
risalah
akhbar
Sumber Sejarah penting sebagai bukti bagi memahami sesuatu
peristiwa yang telah berlaku.
Glosari
Fosil – Tinggalan tumbuhan atau haiwan yang terawet.
Manuskrip – Tulisan tangan seperti hikayat Hang Tuah
dan Sulalatus Salatin.
Artifak – Hasil ciptaan manusia seperti alat batu,
tembikar, senjata dan duit syiling.
Dokumen Rasmi – Catatan tentang sesuatu peristiwa
sejarah yang telah berlaku.
C. KAEDAH PENYELIDIKAN SEJARAH – Penyelidikan sejarah dilakukan
untuk membuktikan peristiwa sejarah yang telah berlaku.
KAEDAH ARKEOLOGI – Proses
mendapatkan maklumat daripada bahan
tinggalan sejarah. Kaedah ini dilakukan
melalui proses gali cari (ekskavasi).
Contohnya :
fosil
tembikar
barangan logam
kulit siput
Kaedah Penyelidikan KAEDAH LISAN – Proses mendapatkan
Sejarah maklumat memalui temu bual. Individu
yang ditemu bual dikenali sebagai orang
sumber. Orang sumber terdiri daripada
mereka yang terlibat dalam peristiwa
sejarah, melihat atau mendengar
peristiwa sejarah daripada orang lain.
KAEDAH BERTULIS – Proses
mendapatkan maklumat daripada tulisan
dan lakaran. Maklumat ini diperoleh
daripada dinding gua, kayu batu dan
bahan bercetak.