The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh: Cikgu Wan Rugayah binti Wan Ibrahim
Ketua Panitia Pendidikan Muzik
SK Sentul 2, Kuala Lumpur

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azrul Roslan, 2021-05-17 21:01:13

NOTA MUZIK SEKOLAH RENDAH

Disediakan oleh: Cikgu Wan Rugayah binti Wan Ibrahim
Ketua Panitia Pendidikan Muzik
SK Sentul 2, Kuala Lumpur

NOTA MUZIK

DISEDIAKAN OLEH CIKGU WAN RUGAYAH BINTI WAN
IBRAHIM

GURU MUZIK SK SENTUL 2

Baluk

• Apa Dia Baluk ? Dalam skor muzik, baluk adalah benda yang paling

penting dalam pembacaan skor lagu. Baluk dalam bahasa Inggeris
dipanggil Staff ataupun Stave. Baluk ditulis secara lima garis dan
empat ruang selari. Setiap garis dan ruang baluk tersebut akan ditulis
not.

Klef Trebel

• Dalam skor muzik simbol muzik ini sering digunakan. Simbol

ini dalam bahasa Inggeris dipanggil Trebel Clef dalam
bahasa Melayu digelar Klef Trebel. Klef ini akan ditulis pada
awal setiap baluk. Klef ini akan menetukan notasi
A,B,C,D,E,F,G,A' pada garis dan ruang pada baluk. Setiap
klef menetapkan nama yang berlainan bagi garis dari ruang
pada baluk. Apabila ditulis pada baluk, klef trebal ini akan
mewakili not G. Selalunya selain dipanggil Klef Trabel ia juga
dipanggil Klef G.



Klef Bes

• Klef Bes akan ditulis pada awal setiap skor lagu. Selalunya, apabila

klef bes ini ditulis, lagu yang akan dimainkan adalah terdiri dari lagu
yang bernada rendah. Klef bes ini akan menetapkan not F garis ke 2
dari atas sebagai garis F. Oleh yang demikian, klef bes ini juga sering
digelar Klef F.

Kedudukan Not Pada Baluk

• Not-not sering ditulis pada setiap ruang dan garis pada baluk. Bagi

baluk klef trebal (G), not akan bermula dari not C Tengah ataupun
Middle C. Setiap not akan ditulis seperti tangga samaada dari not
paling bawah ke atas atau dari atas kebawah. Begitu juga dengan
baluk bagi klef bes. Asas not bermula dari C Tengah. Tetapi not akan
ditulis ke bawah sehingga ke not E. Perlu diingat bahawa kedudukan
not antara klef trabel dan klef besadalah tidak sama. Berikut
merupakan gambarajah berkenaan kedudukan not pada baluk.

KEDUDUKAN NOT PADA GARISAN

KEDUDKAN NOT PADA RUANGAN
(F, A ,C’ dan E’)

NAMA DAN SIMBOL NOTASI

SIMBOL DAN TANDA REHAT


Click to View FlipBook Version