The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL SEMPENA KARNIVAL IR4.0 ANJURAN UNIT SAINS SOSIAL

SK SENTUL 2
WBA0041
MUHAMMAD RIDZUAN SHAH BIN MOHD NANIZUL
TAHUN 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azrul Roslan, 2021-11-11 19:21:32

BUKU SKRAP DIGITAL: "RUMAHKU SYURGAKU"

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL SEMPENA KARNIVAL IR4.0 ANJURAN UNIT SAINS SOSIAL

SK SENTUL 2
WBA0041
MUHAMMAD RIDZUAN SHAH BIN MOHD NANIZUL
TAHUN 4

2021"RBUUMKUAHSKKRUA, SPYURGAKU"

SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL 2

MUHAMMAD RIDZUAN SHAH BIN MOHD NANIZUL

110326-10-0579

EN. MUHAMMAD AZRUL BIN ROSLAN

Perkara Muka Surat

1. Pendahuluan...................................... 1

2. Pernyataan Masalah......................... 2

3. Isu Kajian............................................ 2

4. Persoalan Kajian................................ 3

5. Kajian Literatur................................. 4-5

6. Objektif Kajian................................... 6

7. Kaedah Kajian.................................... 7

8. Dapatan Kajian.................................. 8-13

9. Kesimpulan & Cadangan................... 14

10. Rujukan............................................... 15

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU

Buku skrap ini merupakan sebuah kajian tentang
tempat tinggal sebagai keperluan asas manusia.
Dalam Kurikulum Sejarah Tahun 4, Unit 4 Sejarah
Tempat Tinggal. Sejarah telah membuktikan bahawa
manusia mula menduduki gua sebagai tempat
berlindung semasa petempatan awal. Akibat
perubahan zaman, manusia mula mempelbagaikan
jenis petempatan mereka.

Di samping itu, faktor luaran juga menyumbang
kepada reka bentuk dan jenis rumah di negara kita.

Sebagai seorang murid Tahun 4, saya perlu
menghargai rumah sebagai tempat tinggal dan
menjadikan rumah sebagai ‘Rumahku Syurgaku’. Saya
juga perlu menjadikan rumah sebagai satu tempat
istimewa dalam kehidupan saya sekeluarga.

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU 1

Tempat tinggal merupakan keperluan asas
manusia. Buktikan penyertaan di atas.

Menyatakan maklumat tempat tinggal,
bentuk muka bumi dan sejarah tempat

tinggal.
K1.4.7 Menjelaskan kepentingan sikap
menghargai kawasan tempat tinggal.

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU 2

Apakah alamat tempat tinggal dan bentuk muka
bumi di kawasan tempat tinggal?

Apakah sejarah tempat tinggal?

Apakah kepentingan sikap menghargai kawasan
tempat tinggal?

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU 3

Sebagai salah satu daripada keperluan asas manusia,
berbagai-bagai definis diberikan tentang tempat tinggal
oleh ahli-ahli antropologi dan sosiologi. Maslow (1970),
menyatakan bahawa rumah adalah tempat berlindung
dan keperluan asas manusia yang mesti dipenuhi
sebelum keperluan asas lain yang lebih tinggi secara
berperingkat-peringkat.

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU 4

Teori keperluan Maslow (1970), menunjukkan rumah
merupakan keperluan asas manusia yang perlu bersifat
selesa dan kondusif (Mohd Reduan Buyung, 2017),
Hierarki keperluan Maslow melibatkan limat peringkat
seperti rajah di atas. Teori ini adalah penting bagi
meneliti tentang keperluan manusia untuk hidup
terutama apabila melibatkan pembangunan kawasan
tempat tinggal. Tempat tinggal dan rumah yang selesa
akan mendorong penghuni tinggal untuk merasa aman
dan dapat meningkatkan motivasi untuk
meningkatkan keperluan lain (Mohd Reduan Buyung,
2017).

Justeru, buku skrap yang dihasilkan ini adalah
berkaitan dengan kajian tempat tinggal yang
merupakan keperluan asas setiap manusia. Saya telah
mengkaji tentang tempat tinggal saya dari aspek
bentuk muka bumi, sejarah tempat tinggal,
kemudahan-kemudahan yang ada dan kepentingan
sikap menghargai tempat tinggal.

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU 5

Objektif kajian ini akan memfokuskan kepada tiga
iaitu:

Menyatakan maklumat tempat tinggal yang
lengkap.

Menjelaskan sejarah tempat tinggal.

Menjelaskan kepentingan sikap menghargai
kawasan tempat tinggal.

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU 6

Kaedah kajian adalah merupakan cara atau bagaimana
sesebuah kajian mendapatkan bahan atau maklumat
melalui pelbagai bahan atau sumber.

Bagi mencapai objektif kajian ini, saya menggunakan
kaedah secara bertulis yang mana sumber rujukan
yang diperoleh menerusi laman sesawang internet dan
kaedah lisan yang melibatkan orang sumber iaitu saya
menemubual ibu dan bapa saya sendiri.

Kaedah Kaedah
Bertulis Lisan

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU 7

Soalan kajian 1: Apakah alamat tempat tinggal dan
bentuk muka bumi di kawasan
tempat tinggal?

Saya tinggal di Kampung Padang Balang, Sentul
Kuala Lumpur. Jarak dari rumah ke sekolah kira-kira
dua kilometer dan sembilan kilometer sekiranya
saya hendak ke pusat bandar. Di sini, saya menetap
bersama keluarga yang beralamat di No.21 Lot 575,
Lorong 1 Kampung Padang Balang, Sentul Kuala
Lumpur. Kawasan tempat tinggal saya ini adalah
merupakan tanah lot persendirian.

Selain itu, terdapat beberapa kemudahan di sekitar
tempat tinggal saya. Antaranya ialah masjid, kedai
runcit, warung, tadika dan tabika. Berhampiran
tempat tinggal saya ini juga terdapat kemudahan
pengangkutan awam seperti bas.

Masjid Saidina Ali KW, Kampung
Padang Balang

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU 8

Bentuk muka bumi di kawasan tempat tinggal saya
pula adalah merupakan kawasan tanah rata yang
luas yang mana pada masa dahulu merupakan
tanah bagi kawasan pertanian pokok getah dan
dikelilingi Banjaran Titiwangsa.

Tuntasnya, tempat tinggal saya ini merupakan
lokasi strategik untuk didiami kerana kemudahan
yang wujud di sekitar ini dapat meningkatkan lagi
keselesaan untuk menjalani kehidupan yang
berkualiti. Walaupun status kampung yang terletak
di tengah-tengah bandar, namun ianya menjadi
tumpuan orang ramai kerana kemudahan seperti
warung-warung kecil di sini menyediakan pelbagai
jenis juadah dengan harga yang berpatutan.

Salah satu kedai runcit di Kedai buah-buahan di
sekitar Kampung Padang Balang Kampung Padang Balang

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU 9

Soalan kajian 2: Apakah sejarah tempat tinggal?

Sejarah pembentukan Kampung Padang Balang
bermula pada sekitar tahun 1930an di mana
peneroka pertamanya lebih dikenali sebagai Datuk
Ampat Balang yang telah membuka kampung ini.
Tambahan pula, kampung ini mempunyai keluasan
seluas 240 ekar atau enam kilometer persegi yang
berstatuskan tanah rezab Melayu yang telah
diwartakan pada 10 Januari 1916. Paling menarik,
kampung ini merupakan antara perkampungan
tradisional lama yang terletak di Kuala Lumpur.

Majoriti pendudukan di kawasan ini merupakan
orang Melayu dan mempunyai pelbagai asal usul
keturunan. Dianggarkan terdapat 10 ribu orang yang
menetap di kampung ini dengan 30 peratus
daripadanya ialah cucu, cicit dan piut anak watan di
kawasdan ini. Manakala selebihnya ialah mereka
yang berhijrah dari luar dan memilih untuk tingga di
sini.

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU 10

Soalan kajian 3: Apakah kepentingan sikap menghargai
kawasan tempat tinggal?

Tempat tinggal ialah tempat untuk setiap orang
berlindung bukan sahaja daripada panas terik dan
hujan malah sebagai keperluan fizikal yang amat
penting dalam kehidupan manusia. Tempat tinggal
bukan sahaja merangkumi struktur fizikal, malah
mempunyai dimensi-dimensi lain yang memberi
kepentingan untuk dihargai.

Pentingnya saya menghargai kawasan tempat
tinggal kerana tempat yang mana untuk mendapat,
menerima dan memberi kasih sayang dalam
konteks pertalian antara ahli keluarga termasuklah
bapa, ibu dan adik-adik saya. Ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan lagi kualiti hidup saya
sebagai seorang anak.

Ruang tamu menjadi tempat 11
mengeratkan hubungan ahli keluarga

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU

Selain itu, tempat tinggal yang didiami juga dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dengan jiran
dan komuniti setempat. Hal ini jelas menunjukkan
apabila adanya apa-apa aktiviti yang melibatkan
kelompok besar di tempat tinggal. Sebagai contoh,
gotong-royong kawasan perumahan, semangat
kejiranan dan saling menolong antara satu sama
lain dapat mengekalkan lagi hubungan kejiranan
yang dibina.

Seterusnya, peri pentingnya tempat tinggal kerana
menjadi tempat untuk mendapatkan privasi,
keselesaan, ketenangan dan tempat untuk berehat.
Ini jelas memaparkan tempat tinggal itu
sememangnya satu ruang untuk melahirkan rasa
kebahagiaan dan perkembangan keluarga dalam
meneruskan kehidupan yang harmoni.

Gazebo, tempat untuk saya dan 12
keluarga bersantai di luar rumah

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU

Intihanya, keselesaan di tempat tinggal merupakan
keselesaan yang perlu diberikan keutamaan dalam
sesebuah pembangunan perumahan bagi
mewujudkan kehidupan yang berkualiti. Sekaligus,
tempat tinggal juga adalah keperluan asas bagi
setiap manusia di dunia ini.

Perkarangan rumah, tempat 13
untuk saya dan adik-adik bermain

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU

Kesimpulannya, kita seharusnya menghargai akan
sejarah tempat tinggal kita. Tanpanya tiadalah
kenangan dan tiadalah tempat untuk kita berlindung.
Menjaga keharmonian, kebersihan dan keindahan
persekitaran kawasan tempat tinggal juga akan
menambahkan lagi keselesaan dan kemakmuran di
kawasan kita.

Memandangkan struktur kawasannya yang sempit
dengan kepadatan rumah yang begitu hampir tidak
banyaklah pembangunan yang boleh dilihat di kawasan
ini. Namun dengan cadangan pembangunan dari segi
infrastruktur seperti laluan jalan yang baik sedikit
sebanyak memberi keselesaan kepada penduduk di
samping mewujudkan pusat riadah seperti taman
permainan kanak-kanak untuk bermain.

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU 14

Laman sesawang:
1.Mohd Reduan Buyung. 2017. Pembentukan Kriteria
Bagi Garis Panduan Kemudahan Asas Kolej
Kediaman Lestari di Universiti Awam. Tesis PhD.
Batu Pahat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2. http://eraaddeen.blogspot.com/2011/01/padang-
balang-menunggu-warta-kampung.html

Orang sumber:
1.Bapa; En. Mohd Nanizul bin Abd Wahid
2.Ibu; Pn. Norhana binti Mohd Nasri

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU 15

IMBAS QR CODE DI BAWAH UNTUK
MENONTON BUKU SKRAP INI
MENERUSI VIDEO

TERIMA KASIH

BUKU SKRAP DIGITAL SEJARAH: RUMAHKU SYURGAKU 16


Click to View FlipBook Version